Anda di halaman 1dari 6

1. Kadazandusun Kadazan ialah kelompok etnik bumiputera bagi negeri Sabah di Malaysia.

Kebanyakan mereka tinggal di sebelah pantai barat Sabah, namun terdapat juga di kawasan pedalaman. Disebabkan kesamaan dalam budaya dan bahasa dengan orang Dusun, dan juga atas sebab inisiatif politik, istilah baharu "Kadazan-Dusun" diwujudkan bagi menggabungkan mereka. Bersama, mereka merupakan kelompok etnik terbesar di Sabah. Agama orang-orang Kadazan dahulu adalah "animisme". Sekarang, kebanyakan telah bertukar agama kepada Kristian dan Islam. Majoriti orangorang Kadazan yang beragama Kristian adalah "Katolik".

2. Bajau BAJAU adalah terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak beberapa ratus tahun yang lama dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar d i negeri abah dan sekitarnya. Manakala disebelah Pantai Barat mereka dikenali sebagai Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur abah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir. Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di sekitar Putatan, Tuaran,Kota Marudu Kota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai imur pula menetap di sekitar udat, andakan, Lahad Datu, unak, Semporna dan Tawau. Bajau Samah yang berasal daripada daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat di kenali di seluruh dunia sebagai 'cowboy of the east' kerana kemahiran dan kecekapan mereka dalam menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Selain mereka pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai di perturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Irranun di Kota Belud. Pedang Samurai daripada Kota Belud amat tinggi kualitinya dan senang di perolehi sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata yang harus di beli oleh para pelancong dari luar negara mahupun dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.

3. Melayu Brunei Orang Brunei atau Orang Melayu Brunei[nota 1] ( dalam Tulisan Jawi) adalah kumpulan etnik asli yang menetap di seluruh Brunei dan di pantai barat Sabah dan juga Sarawak. Sesetengah dari mereka telah merantau ke banyak tempat di Kepulauan Melayu. Hampir separuh daripada penduduk Melayu di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak) adalah milik etnik Brunei dan hampir seluruh penduduk Melayu di Kota Kinabalu, Labuan dan Miri adalah berketurunan Brunei.

4. Murut

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah. Dahulu mereka mempercayai amalan animisme iaitu setiap batu, pokok, sungai, dan bukit mempunyai roh tersendiri. Menurut kepercayaan mereka, Aki Kopuno adalah kuasa ghaib yang mencipta segala-galanya yang berada di bumi, termasuk orang. Kini,kebanyakan suku kaum Murut majoritinya beragama kristian.

5. Orang Sungai Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, SapiNangoh, Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme (tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.

6. Iranun Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasihkasihan ini bermaksud wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.Walaupun begitu,suku irranun ini mempnyai sifat yang amat penyabar tetapi apabila kesabaran mereka sampai ke tahap maksimum,suku irranun juga boleh menjadi pemarah.Menurut kajian,sifat pemarah ini hanya keluar jika mereka di cabar atau suku mereka di perkecilkan.Selain itu suku irranun ini adalah suku yang amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan,menurut cerita suku irranun ini pernah menjadi musuh utama syarikat borneo utara yang pernah menjajah negeri sabah kerana kebanyakan kapal pedagang yang singgah di sabah akan dirompak oleh suku irranun,sehinggakan mereka kebanyakan nya di gelar 'datu' atas keberanian mereka itu dan mereka mampu menumpaskan kapalkapal dagang yang lengkap bersenjata meriam dan senapang sedangkan mereka hanya bersenjatakan parang dan ilmu yang penuh di dada.Rompakan ini bukanlah untuk rompakan semata-mata,tetapi adalah untuk merampas kembali hak mereka yang telah di rampas oleh orang-orang barat.Suku irranun ini juga amat terkenal dengan ilmu-ilmu yang amat hebat dalam mempertahankan diri dan memperthankan hak mereka.Ilmu balan-balan juga di percayai berasal dari suku kaum yang berasal dari mindanau ini.

Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah. Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas, Kaguraan, Kota Peladok, Tamau,Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain. Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad Datu, Kudat, Likas dan Kota Kinabalu.

7. Bonggi 8. Kwijau Kwijau adalah salah satu kaum ethnik bumiputera di Sabah, timur Malaysia di pulau Borneo. Mereka mendiami kawasan Pendalaman dalam sekitar 12-batu sekeliling barat dan utara bandar Keningau.[1] Pada tahun 2000, bilangan mereka dianggarkan sekitar 7,910. Mereka dianggap kumpulan kecil Kadazan-Dusun,[2] kerana bahasa mereka merupakan cabang bahasa Dusun dalam keluarga bahasa Austronesian (ISO 639-3 dkr). Sekitar 20% penduduk telah menganut ugama Kristian, sementara yang baki kekal animistik.

9. Paitan 10. Lun Bawang Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah tinggi Borneo iaitu Kelimantan timur, Brunei, Sabah dan Sarawak.Di Sarawak, digolongkan dari masyarakat Orang Ulu. Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau Lun Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu sungai.) seperti kg Long Pasia dan kg Long Mio , Maligan , sipitang Sabah. Sementara di Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan atau orang pribumi.Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang. Pada umumnya suku kaum Lun Bawang beragama Kristen yang telah disebarkan oleh mubaligh kristen sekitar tahun 1928-1930an.

11. Lundayeh Suku kaum Lundayeh merupakan suku kaum dari Lun Bawang di Sarawak dan Murut di Sipitang.Lundayeh juga sering dikaitkan sebagai Orang Kelabit atau Orang Ulu Sabah dan Sarawak .

12. Kedayan Bangsa Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo. Dipercayai berasal dari Brunei dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan bangsa Kedayan menetap di daerah

Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei). Sebahagian kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau bebas cukai itu.

13. Suluk Sulu berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan bahasa Tausug sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti adalah agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budayanya yang unik dan tersendiri. . Pusat petempatan bagi orang Suluk adalah terletak di daerah Kudat, Semporna, Sandakan, Lahad Datu, Kota Kinabalu, Menggatal, Tuaran dan Telipok Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk melainkan menggelar diri mereka Tausug yang membawa maksud "Orang dari Sulu".

14. Binadan 15. Bisaya Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Kedatangan Islam dalam kaum Bisaya adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya adalah suku kaum asli yang telah tinggal dan menetap di Borneo Sabah sejak beribu tahun yang lalu. Kemahiran suku kaum ini dalah dalam bidang pertanian. Mereka juga mahir memburu binatang liar di hutan untuk dimakan. Selain itu mereka juga menternak ayam, itik, angsa, lembu dan lain-lain binatang sebagai makanan. Kaum Bisaya juga mahir dalam seni kraftangan dan sebahagian besar peralatan kraftangan digunakan dalam kehidupan seharian mereka selain mahirr menangkap ikan.

16. Kokos 17. Rumanau 18. Lotud Lotud merupakan salah satu kumpulan etnik yang tinggal di Sabah, Malaysia Timur di pulau Borneo. Mereka tinggal terutamanya di daerah Tuaran dan Telipok di Bahagian Pantai Barat Sabah. Penduduk mereka dianggarkan sebanyak 5,000 pada tahun 1985 tetapi kini dipercayai telah menjadi lebih

daripada 20,000. Mereka merupakan kumpulan sub-etnik Dusun, juga dikenali sebagai Kadazan-Dusun. Keluarga bahasa Dusun merupakan salah satu cabang bahasa MelayuPolinesia, yang merupakan cabang bahasa Austronesia. Hampir semua suku kaum ini menganut agama Katolik dan beberapa agama Kristian evangelis, dengan bilangan yang sedikit masih mengamalkan animisme.

19. Minokok 20. Tidung Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran. Mereka adalah etnik Muslim dan menggunakan bahasa Melayu untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Bolongan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni.

21. Rungus Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun, Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]

22. Kagayan Kaum Kagayan merupakan kaum yang sudah berabad tahun wujud di Malaysia terutamanya di Sabah. Suku kaum kagayan pada mulanya berasal dari negara jiran iaitu negara Filipina, semasa Sabah dibawah Kesultanan Sulu. Suku kaum ini berhijrah ke negeri Sabah untuk mencari kehidupan yang lebih baik, cuma kewujudannya kurang popular kerana ia bukanlah satu kelompok yang besar. Kaum kagayan banyak ditemui di beberapa tempat atau daerah seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna, dan banyak lagi. Suku kaum kagayan dan bajau telah berjuang bersama-sama Tun Mustapha untuk memerdekakan sabah daripada penjajah. Kaum kegayan mementingkan maruah bangsa dan agama, semua keturunan kegayan adalah muslim dan mereka sangat mengutamakan agama Islam.

23. Tatana 24. Tagaas 25. Ubian Suku kaum Ubian atau juga dikenali sebagai Bajau Laut/Ubian(Sabang), kebanyakannya tinggal di pesisir pantai Sabah, terutama di Kudat, Sabah serta di pulau Banggi, pulau Gaya, Kota Kinabalu serta di Semporna dan berbagai daerah di Sabah, Malaysia. Mereka juga merupakan satu dari tiga suku kaum di pulau Maliangin Besar. ubian juga diiktiraf sebagai bumiputera sabah kaum ubian juga boleh ditemui di kepulauan laut sulu hingga ke utara sulewesi dan sebahagian laut china selatan. ubian juga adalah salah satu dari rumpun kaum bajau dan beragama Islam. Ramai daripada mereka merupakan pelayar yang handal, menjadikan nelayan sebagai pekerjaan utama.[2]

26. Kimaragang 'Kimaragang merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa. Kimaragang ialah sebuah bangsa Dusunkadazan yang berasal di Utara Sabah, Pitas. Kimaragang juga boleh didapati di kawasan Kota Marudu, Malobang, Mendurian, Teluk Marudu dan Pitas. Ada sesetengah pihak yang menyatakan bah'wa Kimaragang berasal dari nama 'Nunuk Ragang' iaitu pokok ara yang mengatakan DusunKadazan mula menetap di Sabah.kimaragang juga dikatakan ber asal dari pada panaitan kawasan pitas/sandakan juga dikatakan wujudnya seorang pahlawan yang gagah perkasa iaitu tumunda,beliau juga dikatakan mempunyai ramai istri disetiap kampung.

27. Bajau Laut 28. Ida'an 29. Inokang Masyarakat pelbagai etnik dan kebudayaan hidup dalam keadaan yang harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain adalah merupakan keunikan bagi negeri Sabah. Masyarakatnya hidup dalam keadaan kepelbagaian budaya dan menarik perhatian ramai pelancong luar ke negeri ini.

Anda mungkin juga menyukai