Anda di halaman 1dari 14

Kaum Bajau

Bajau terbahagi kepada dua kumpulan yang telah menetap di Pantai Barat dan Timur Sabah sejak
beberapa ratus tahun yang lepas dan diiktiraf sebagai penduduk asli dan antara bumiputera terbesar
di negeri Ѕabah dan sekitarnya. Manakala di sebelah Pantai Barat pula, mereka dikenali sebagai
Bajau Samah. Mereka bekerja sebagai petani dan nelayan di persisiran pantai barat di samping
menunggang kuda dan Bajau di Pantai Timur Ѕabah sebagai nelayan dan penyelam yang mahir.
Orang Bajau Samah Pantai Barat terkenal sebagai penunggang kuda, pembuatan parang dan
menjadi pesawah serta penternak.Pada masa yang sama juga, masyarakat Bajau Pantai Timur
Sabah khasnya dari daerah Semporna juga mendapat gelaran istimewa dan unik seperti “sea
gypsies"[5], Panglima Dilaut, Pelaut dan Pelayar Terunggul.”
Orang Bajau boleh dibahagikan kepada Orang Bajau Samah Pantai Barat yang menetap di
sekitar Putatan, Tuaran,Kota MaruduKota Belud dan Papar. Manakala Orang Bajau Pantai Τimur
pula menetap di sekitar Κudat, Ѕandakan, Lahad Datu, Κunak, Semporna dan Tawau.
Bajau Samah yang berasal dari daerah Kota Belud dan Tuaran pula amat dikenali di seluruh dunia
sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok
tandingnya. Selain itu, mereka juga pakar dalam pembuatan pedang Samurai yang dipercayai
diperturunkan oleh tentera Jepun suatu ketika dahulu kepada kaum Bajau Samah dan Iranun di
Kota Belud. Pedang Samurai dari Kota Belud amat tinggi mutunya dan senang diperolehi
sehinggakan menjadi tarikan dan cenderamata oleh para pelancong dari luar negara mahupun
dalam negeri yang singgah ke Kota Belud.
Orang Bajau Samah Pantai Вarat adalah berlainan dengan Orang Bajau Рantai Timur khususnya
daerah Lahad Datu dan Semporna. Dari segi pertuturan, pakaian tradisional, pemakanan, adat
resam dan budaya hidup, mereka adalah sangat berlainan. Masyarakat Bajau Samah Pantai Barat
banyak yang terlibat dalam pertanian sawah padi manakala masyarakat Bajau Semporna terkenal
dengan kegiatan penangkapan hasil laut.

Kaum Kadazan

Kadazan ialah kelompok etnik bumiputera bagi negeri Sabah di Malaysia. Kebanyakan mereka


tinggal di sebelah pantai barat Sabah, namun terdapat juga di kawasan pedalaman. Disebabkan
kesamaan dalam budaya dan bahasa dengan orang Dusun, dan juga atas sebab inisiatif politik,
istilah baharu "Kadazan-Dusun" diwujudkan bagi menggabungkan mereka. Bersama, mereka
merupakan kelompok etnik terbesar di Sabah.
Agama orang-orang Kadazan dahulu adalah "animisme". Sekarang, kebanyakan telah bertukar
agama kepada Kristian dan Islam. Majoriti orang-orang Kadazan yang beragama Kristian adalah
"Katolik".
Kaum Murut

Kaum Murut menetap di pedalaman dan kawasan tenggara Sabah serta wilayah perbatasan


antara Kalimantan dan Sarawak. Suku kaum Murut adalah suku kaum ketiga terbesar di Sabah.
Tempat tinggal mereka termasuk Tenom, Kemabong, Pensiangan dan Keningau. Dahulu mereka
tinggal di dalam rumah panjang dan hidup harmoni dalam keluarga besar. Kebanyakan mereka
adalah petani berpindah, pemburu dan penangkap ikan sungai. Mereka juga mejalankan
pemungutan hasil hutan(damar, rotan dan madu lebah).Pada masa kini kaum murut sudah ada yang
berkhidmat dalam sektor awam dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertahanan.
Perkataan ‘Murut’ merujuk kepada kumpulan penduduk yang tinggal di lereng bukit atau tanah tinggi
di Pedalaman Sabah. Murut terdapat di beberapa kawasan seperti Keningau, Tenom, Pensiangan,
Sipitang, Kalabakan dan Kinabatangan. Kaum Murut terbahagi kepada Murut Tahol atau Tagal,
Tidung, Timugon, Sembakung, Paluan, Bookan, Kalabakan, Murut Serundung dan Murut
Lundayeh[1]/ Lun Bawang. Dimana kaum Murut mewakili sebanyak 2.9% daripada penduduk di
Sabah iaitu lebih kurang 50,000 orang. Suku kaum Murut juga terdapat di Brunei, Sarawak dan
sempadan Kalimantan. Kaum Murut mempunyai bahasa tersendiri yang berbeza dengan suku kaum
Murut yang lain seperti Lun Bawang/Lun Dayeh. Ini disebabkan faktor geografi sebagai penghalang
dalam komunikasi bahasa mereka.
Secara uniknya, kaum Murut tinggal di rumah panjang yang berhampiran dengan kawasan sungai
atau membuat penempatan sepanjang sungai. Mereka tinggal di dalam rumah panjang yang
menempatkan 10 hingga 20 keluarga. Tetapi terdapat juga kaum Murut yang tinggal dan membina
penempatan secara individu di sepanjang sungai. Suku kaum Murut pakar dalam membuat perahu
dan menurunkan kepakaran mereka kepada generasi seterusnya. Selain itu kaum Murut pakar
dalam berburu dan masih mengamalkan tradisi bertatu seperti kaum Iban di Sarawak tetapi tradisi
ini semakin kurang di lakukan oleh generasi muda suku kaum ini.
Kaum Murut juga menyambut perayaan seperti Hari Raya, Hari Krismas, Tahun Baru, Majlis harijadi,
pengembumian dan Pesta Kalimaran dan lain-lain. Pesta Kalimaran ialah pesta sama seperti kaum
kadazan-Dusun yang menyambut pesta Kaamatan. Ia di sambut selepas mereka menuai padi.
Kaum Murut masa kini, telah mengalami proses kemodenan dan ramai yang berkerja sebagai
kakitangan kerajaan dan bukan kerajaan. Mereka juga tinggal di bandar-bandar besar dan
mempunyai pekerjaan profsional. Namun demikian, Kaum Murut ini masih lagi mengamalkan adat
istiadat yang diamalkan oleh nenek moyang mereka sebagai adat turun temurun yang mempunyai
nilai estetika tinggi dalam kehidupan.

Tarian Magunatip merupakan tarian tradisi suku kaum Murut Timugon dari daerah
Tenom. [5] Magunatip berasal dari perkataan ‘apit’ yang bermakna jepit (ketika menari kaki
penari terjepit atau terapit oleh 2 buluh jikalau tidak cekap mengelakkannya).
Magunatip ditarikan dalam majlis Hari Magavau yang memuja semangat padi. Biasanya tarian ini
tidak memerlukan iringan muzik kerana bunyi buluh yang dilagakan akan berbunyi kuat serta rentak
dan irama menarik. Ini ditarikan oleh sepasang penari yang berpakaian tradisi. Dua orang akan
melagakan alu dan dua orang lagi memegang pangkal alu supaya tidak berganjak dari
kedudukannya. Tarian Magunatip bertujuan untuk memeriahkan sesuatu upacara yang diadakan.
Kaum Iranun

Iranun atau Illanun ialah nama satu suku kaum yang dikategorikan sebagai


penduduk bumiputera Sabah. Iranun bermaksud berkasih-kasihan. Berkasih-kasihan ini bermaksud
wujudnya sistem hubungan sosial yang amat erat, yang terikat oleh tali persaudaraan yang amat
intim, yang berlandaskan sistem kerjasama dan gotong-royong.Walaupun begitu,suku irranun ini
mempnyai sifat yang amat penyabar tetapi apabila kesabaran mereka sampai ke tahap
maksimum,suku irranun juga boleh menjadi pemarah.Menurut kajian,sifat pemarah ini hanya keluar
jika mereka di cabar atau suku mereka di perkecilkan.Selain itu suku irranun ini adalah suku yang
amat terkenal dengan kebolehan mereka di lautan,menurut cerita suku irranun ini pernah menjadi
musuh utama syarikat borneo utara yang pernah menjajah negeri sabah kerana kebanyakan kapal
pedagang yang singgah di sabah akan dirompak oleh suku irranun,sehinggakan mereka
kebanyakan nya di gelar 'datu' atas keberanian mereka itu dan mereka mampu menumpaskan
kapal-kapal dagang yang lengkap bersenjata meriam dan senapang sedangkan mereka hanya
bersenjatakan parang dan ilmu yang penuh di dada.Rompakan ini bukanlah untuk rompakan
semata-mata,tetapi adalah untuk merampas kembali hak mereka yang telah di rampas oleh orang-
orang barat.Suku irranun ini juga amat terkenal dengan ilmu-ilmu yang amat hebat dalam
mempertahankan diri dan memperthankan hak mereka.Ilmu balan-balan juga di percayai berasal
dari suku kaum yang berasal dari mindanau ini.
Disebabkan mereka merupakan pelayar yang cekap, tempat tinggal masyarakat Iranun banyak
tertumpu di kawasan tepi pantai. Namun ada juga yang terletak di bahagian dalam daerah.
Masyarakat Iranun ini banyak menetap di daerah Kota Belud, seperti di kampung Pantai Emas,
Kaguraan, Kota Peladok, Tamau,Marabau, Payas-Payas, Marampayan, Kota Bongan, dan lain-lain.
Selain itu, masyarakat Iranun juga tinggal di kampung-kampung di Lahad
Datu, Kudat, Likas dan Kota Kinabalu. Jumlah mereka pada 2006 dianggarkan seramai 25,000-
30,000 orang. Di luar Malaysia, masyarakat Iranun juga boleh ditemui di Kepulauan
Sulu dan Mindanao, Filipina.
Masyarakat Iranun mempunyai dialek atau bahasa yang tersendiri dikenali sebagai basa Iranun.
Bahasa Iranun ini digolongkan dalam kumpulan bahasa Hesperonesia, iaitu salah satu kumpulan
keluarga bahasa Austronesia (Encyclopedia of World Culture, 1993: 101). Sesuatu yang menarik
tentang bahasa ini ialah wujudnya kelainan di antara satu kawasan dengan kawasan yang lain.
Contohnya dialek Kaguraan dan dialek Marampayan yang memperlihatkan beberapa perbezaan.
Perkara yang serupa dikesan pada dialek Iranun yang dituturkan di Tungku, Lahad Datu di pantai
timur Sabah dengan dialek Iranun di pantai barat Sabah (Datu Bandira Datu Alang, 1992: 73-4).
Walaupun terdapat perbezaan di antara dialek tersebut, tetapi faktor ini bukanlah penghalang untuk
mereka berinteraksi. Dalam hal lain, tahap saling memahami di antara dialek tersebut masih tinggi.
Hal ini membolehkan mereka berinteraksi dengan baik. Bahasa Iranun Marampayan dianggap
sebagai bahasa Iranun baku dan digunakan oleh kebanyakan penutur bahasa Iranun di Sabah.
Kebanyakan penutur bahasa Iranun juga menguasai bahasa sukuan yang lain dan juga bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Namun demikian, tidak dinafikan bahawa terdapat juga
golongan Iranun yang tidak tahu bertutur dalam bahasa Melayu, tetapi bilangan golongan ini cuma
sedikit sahaja.
Kaum Lundayeh

Suku kaum Lundayeh merupakan suku kaum dari Lun Bawang di Sarawak dan Murut di


Sipitang.Lundayeh juga sering dikaitkan sebagai Orang Kelabit atau Orang Ulu Sabah dan Sarawak.
Masyarakat Murut Lundayeh di Sabah memang sudah ada di Long Pasia sedari awal lagi sebelum
membina beberapa penempatan baru di rumah panjang Kaban di pinggir Sipitang, Melamam yang
turut didiami oleh masyarakat Keled / murut kolor. Selain itu , masyarakat Lundayeh juga tinggal di
kg Bamban, Mendolong, Batu Nuduk dan Long Mio di sekitar Tenom iaitu Kg Baru Jumpa. Semua
penempatan baru itu wujud berikutan perpindahan semua lima kelompok masyarakat Lundayeh di
sekitar Long Pasia ke Batu Tujuh dekat pekan Sipitang pada 1955 atas cadangan Pegawai Daerah
ketika itu. Namun, atas faktor alam dan cuaca, beberapa keluarga mengambil keputusan untuk
kembali ke kawasan pedalaman iaitu di kawasan kg Long Pasia.

Kaum Lun Bawang

Suku Kaum Lun Bawang berasal dan tinggal dikawasan pedalaman tanah
tinggi Borneo iaitu Kalimantan Timur, Brunei, Sabah dan Sarawak. Di Sarawak, mereka digolongkan
dalam kelompok masyarakat Orang Ulu.
Suku kaum Lun Bawang di Sabah lebih dikenali sebagai Murut kolor atau Murut Sipitang atau Lun
Dayeh yang bermaksud Orang Ulu atau pedalaman, (erti asal adalah mereka yang tinggal di hulu
sungai), seperti di Kg. Long Pasia dan Kg. Long Mio, Maligan, Sipitang, Sabah. Sementara di
Sarawak dan Brunei mereka pula dikenali sebagai Lun Bawang yang bermaksud Orang tempatan
atau orang pribumi. Suku kaum Lun Bawang yang dahulu dikenali sebagai Murut juga terdapat di
sepanjang persisiran sungai Lawas, Trusan dan Limbang.

Kaum Lotud

Lotud merupakan salah satu kumpulan etnik yang tinggal di Sabah, Malaysia Timur di


pulau Borneo. Mereka tinggal terutamanya di daerah Tuaran dan Telipok di Bahagian Pantai
Barat Sabah. Penduduk mereka dianggarkan sebanyak 5,000 pada tahun 1985 tetapi kini dipercayai
telah menjadi lebih daripada 20,000. Mereka merupakan kumpulan sub-etnik Dusun, juga dikenali
sebagai Kadazan-Dusun.
Keluarga bahasa Dusun merupakan salah satu cabang bahasa Melayu-Polinesia, yang merupakan
cabang bahasa Austronesia. Hampir semua suku kaum ini menganut agama Katolik dan beberapa
agama Kristian evangelis, dengan bilangan yang sedikit masih mengamalkan animisme.

Kaum Kedayan
Bangsa Kedayan merupakan salah satu bangsa yang menetap di Kepulauan Borneo. Dipercayai
berasal dari Brunei dan berhijrah ke Sabah, Sarawak dan Labuan. Di Miri Sarawak, kebanyakan
bangsa Kedayan menetap di daerah Bekenu. Selain itu, bangsa Kedayan juga boleh ditemui di
daerah Limbang dan Lawas, Sarawak; Sipitang dan Kuala Penyu, Sabah; dan Labuan. Bahasa yang
digunakan ialah Bahasa Kedayan ("bahasa de facto" Brunei).
Sebahagian kaum Kedayan di Labuan bukannya orang pantai, dan cenderung menetap di kawasan
pedalaman. Manakala sebahagian yang lain lagi menetap berhampiran pantai. Rumah-rumah di
kampung dibina agak dekat antara satu sama lain, mengikut pola kelompok, dengan taman-taman
bercabang. Kaum Kedayan-Brunei menjadi penduduk majoriti dan memegang kuasa politik di pulau
bebas cukai itu.

Asal-Usul Puak Kedayan Di Brunei. Kedayan merupakan bangsa campuran


Orang Jawa dan Masyarakat Melayu Brunei yang mana peristiwa Sultan Brunei Ke 5
iaitu Sultan Bolkiah (1473-1521) yang rajin singgah di tanah nusantara seperti di
kepulauan Jawa, Sumatra, Kalimantan dan termasuklah Di tanah Filipina. Dan di tanah Jawa
Baginda dapat melihat aktiviti orang Jawa yang rajin bercucuk tanam dan berpadi dan
mereka ini dikenali dengan jadi bertanam (hasil tangan mereka yang banyak membuahkan
hasil), maka baginda segera menawarkan mereka untuk menetap di Brunei. Setelah di Brunei
banyak aktiviti pertanian dibuat dengan giat dan banyak hasilnya lalu Baginda memberikan
hadiah. Di sinilah bermulanya ikatan pertalian dan persaudaraan orang Jawa melalui
perkahwinan campur dengan Masyarakat Melayu Brunei sehingga pada masa kini puak
kedayan banyak menetap di Daerah Temburong, Tutong, Belait dan Brunei dan Muara
(Jerudong). Dan kemudian berpindah-rendah ada yang menetap di Sabah dan di Sarawak.

Kaum Kwijau.

Kwijau adalah salah satu kaum ethnik bumiputera di Sabah, timur Malaysia di pulau Borneo.


Mereka mendiami kawasan Pendalaman dalam sekitar 12-batu sekeliling barat dan utara
bandar Keningau.[1] Pada tahun 2000, bilangan mereka dianggarkan sekitar 7,910. Mereka dianggap
kumpulan kecil Kadazan-Dusun,[2] kerana bahasa mereka merupakan cabang bahasa Dusun dalam
keluarga bahasa Austronesian (ISO 639-3 dkr). Sekitar 20% penduduk telah menganut
ugama Kristian, sementara yang baki kekal animistik. Mereka terkenal kerana
mengamalkan Magunatip, tarian Malaysia timur yang banyak persamaan
dengan tinikling di Filipina. Tarian ini ditarikan oleh pemuda dan pemudi, ia membabitkan penari
melakukan langkah lompatan yangm eletakkan kaki penari dalam dan keluar, agar kaki mereka tidak
terkepit oleh dua palang buluh yang dipegang oleh sepasang lagi penari, yang menghantukan
sepasang buluh tersebut bersama dan pada batang kayu atau buluh yang lebih pendek, bagi
menghasilkan irama yang menarik.

Kaum Bisaya
Bisaya adalah kaum pribumi yang berasal dari barat laut dan sepanjang
pantai Borneo, Malaysia dan tertumpu di sekitar daerah Beaufort, Sungai Padas, Sungai
Klias, Pulau Gaya di Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan dan Sungai Limbang di timur Sarawak.
Bangsa Bisaya dikenali sebagai Melayu atau Islam oleh suku kaum Lun Bawang/Lun
Dayeh , Dusun, dan Murut
Bisaya dikatakan di antara yang pertama menerima Islam pada awal kurun ke-13. Ketua Bisaya
yang pertama adalah Awang Alak Betatar ataupun Sultan Mohammad Shah. Peringkat awal
kemasukan kaum Bisaya ke dalam Islam adalah melalui hubungan dagang dengan pedagang dari
tanah Arab. Jika dilihat daripada segi kehidupan sosial, sedikit sebanyak pengaruh Arab memainkan
peranan dalam urusan mereka sehari-harian. Bangsa Bisaya memiliki minat dalam bidang pertanian
dan ia juga merupakan sumber utama pendapatan mereka. Suku kaum ini walaupun dikatakan
berkait dengan suku Bisaya di Filipina namun suku kaum Bisaya ini hanya terdapat
di Borneo iaitu Sabah dan Sarawak,Malaysia sahaja. Bisaya yang terdapat di Filipina dikatakan
berasal dari Borneo dan penghijrahan beramai-ramai mereka ke sana adalah disebabkan oleh faktor
politik yang tidak menentu.
Pemerintahan di pulau Borneo atau Pulau Peraca ini telah wujud seawal tahun 977 Masihi dan ini
memungkinkan berlakunya penindasan yang melampau lalu mendorong kepada penghijrahan
bangsa Bisaya ke tempat lain secara kekal. Jika diteliti bahasa Bisaya, mereka menunjukkan
persamaan lebih dekat dengan bahasa Melayu berbanding bahasa suku Bisaya di Filipina.

Sejarah bangsa Bisaya


Mengikut legenda, nenek moyang Bisaya berasal dari satu keluarga berhijrah dan menetap di utara
Pulau Borneo. Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai
atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun
dan Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang
perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting).
Satu pertandingan lumba perahu diadakan untuk menentukan siapakah yang layak menjadi Raja
Barunai. Perlumbaan ini dimenangi oleh Alak Betatar yang paling bongsu. Dia kemudiannya dilantik
menjadi Raja Brunei yang pertama, dan kemudiannya memeluk agama islam dengan menggunakan
nama Sultan Mohammad Shah, Sultan Brunei yang pertama.

Kaum Tidung
Suku kaum Tidung adalah suku kaum rumpun Melayu yang banyak terdapat di bahagian
tenggara Sabah iaitu sekitar daerah Tawau dan Sebatik. Antara suku kaum Melayu Tidung
begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung
Kalumpang, Tidung Pasir Putih, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai
suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran, Labuk dan sekitar
Batu 12 Sandakan. ( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di Kalabakan, Merotai,
Sebatik, Apas dan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi ( natives ) dan kedudukan ini
diwartakan dalam Perlembagaan Negeri Sabah serta dilengkapkan dengan bukti kesahihan di
Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah di Muzium Negeri Sabah . Mereka adalah penduduk
asal di Sabah yang mendiami persisiran pantai timur dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur
( Borneo ) bersama masyarakat Sungai, Idahan, Bajau dan Suluk )
( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah sempadan Indonesia yang juga
berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun masyarakat Tidung di Indonesia ( Tanjung Selor,
Melinau, Tarakan dan Nunukan namun masyarakat Tidung serumpun di Indonesia tidak suka
berhijrah kerana mereka lebih selesa di kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga
turut berkembang maju taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga masyarakat Tidung
yang terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei Malaysia di Papar, Kawang dan
Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei serumpun di negara Brunei Darussalam. )

Kaum Suluk

Kaum Suluk atau Tausūg berasal daripada Kepulauan Sulu dan Borneo (Sabah) sejak


zaman Kesultanan Sulu lagi. Kaum Suluk ini menggunakan Bahasa Tausug atau dengan nama lain
lebih tepat lagi Bahasa Sūg sebagai bahasa pertuturan. Agama rasmi yang dianuti ialah
agama Islam. Kaum Suluk ini juga mempunyai budaya yang unik dan tersendiri. Antara contoh yang
popular ialah pakaian tradisionalnya iaitu kuput (kupot), sablay, samrah dan batawi.
Masyarakat Malaysia kurang mengenali siapa sebenarnya suku kaum Suluk yang terdapat di
Sabah itu. Orang Suluk tidak memanggil diri mereka Suluk. Sebaliknya, mereka menggelar diri
mereka Tausug yang secara harfiahnya membawa maksud "Orang dari Sulu". Suluk di Negeri
Sabah tertumpu di kawasan Sandakan, Tawau, Lahad Datu, Semporna, Kunak, Kudat dan Kota
Kinabalu. Perkampungan awal orang Suluk yang masih boleh dilihat sehingga hari ini ialah Pulau
Tambisan di mana masyarakat Suluk di sana dominan mengamalkan cara hidup orang Melayu.
Namun, bahasa seharian mereka ialah bahasa Suluk yang bukan sahaja dituturkan oleh penduduk
kampung keturunan Sulu,k malah turut dituturkan dengan fasih oleh suku etnik yang lain seperti
Brunei, Kagayan, Bugis, Jawa, Cina dan Arab. Pulau Tambisan telah melahirkan ramai pemimpin
yang berkaliber di Negeri Sabah. Antaranya Yang Dipertua Negeri Sabah ke-10 Tuan Yang
Terutama Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Haji Mahiruddin, YB. Senator Datuk Hajjah Armani
Haji Mahiruddin, Mantan Timbalan Speaker Dewan Negara Malaysia dan Allahyarham Datuk Seri
Panglima Abu Bakar Titingan (Tawau). Menurut cerita lisan, Almarhum Sultan Jalaluddin Pablo
adalah antara tokoh yang membuka perkampungan di Pulau Tambisan bersama-sama dengan
ulama Arab.
Kaum Suluk atau Tausūg ialah majoriti di Kepulauan Sulu dan bahasanya iaitu Bahasa Sūg ialah
bahasa perantara atau lingua franca sebelum era kesultanannya lagi hingga kini. Kaum Suluk atau
Tausug berasal daripada rumpun Melayu-Polinesia (Austronesia) sebagai mana masyarakat
Nusantara di sekitarnya.

Kaum Rungus
Rungus merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah dan juga merupakan salah satu penduduk
asli kepulauan Borneo. Rungus biasanya dikenali sebagai Dayak Dusun Rungus,Momogun,
Momogun Rungus, Momogun Laut, Dusun Laut atau Rungus. "Rungus" berasal dari perkataan
Rungsud iaitu nenek moyang suku kaum Rungus yang berhijrah dari kawasan Nunuk Ragang ke
pesisiran pantai di Semenanjung Kudat, Teluk Marudu, Pitas, Beluran dan Telupid. [1]
Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau
pada zaman dahulu. Istilah penggunaan nama [Momogun] [2]adalah merujuk kepada nama bangsa
suku kaum Rungus sendiri. Menurut legenda Momogun Rungus, Aki Rungsud adalah tokoh yang
membuka kawasan Bandau-Kudat sebagai kawasan perdagangan barter yang terbesar di rantau
Semenanjung Berungus dan Teluk Bandau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan
sebuah pusat perdagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang didagangkan di teluk Bandau
ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya.
Sumber lisan pula menyebutkan bahawa istilah RUNGUS bagi etnik Rungus di Kudat berasal
daripada perkataan Bahasa Bajau dan Bahasa Suluk iaitu dari kata "UNGUS" yang ertinya dalam
bahasa Malaysia adalah PASIR.
Pada hari ini,secara politiknya semua suku-suku Momogun di Sabah dihimpunkan dalam kategori
Kaum Kadazandusun-Murut (KDM). Rungus merupakan salah satu sub kumpulan yang tergolong
dalam kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun.Rungus juga mempunyai bahasa yang hampir sama
dengan bahasa Dusun di sabah dan bahasa tagalog yang ada filipina. Berdasarkan penelitian seni
arkitektur dan bahasa suku kaum Momogun Rungus, ia dengan jelas menunjukkan bahawa
masyarakat Momogun Rungus mempunyai kesamaan dengan sistem kebudayaan Dayak . Dayak
adalah istilah khusus bagi penduduk Asli dan orang asal di Kepulauan Borneo.

Masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak luar seperti Sulu dan Brunei untuk
mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya.
Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri yang mana para pedagang dari luar tidak
dibenarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" iaitu dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh
sama sekali menebang hutan atau membuka sesebuah kawasan sama ada untuk penternakan atau
pun membuka ladang. Ini kerana perbuatan ini melanggar hukum-hakam agama [Labus][3] (disebut
Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu
sistem yang berdaulat pada zaman itu. Hal ini kerana secara tradisinya Semenanjung Kudat dan
Teluk Bandau telah berkurun lamanya dipertahankan oleh suku kaum Momogun Rungus.
Dengan meninjau nama-nama pesisir pantai di sekeliling Semenanjung Berungus ini, dapat
dibuktikan bahawa ia mempunyai sejarah tersendiri bagaimana sesuatu perkampungan pesisir
pantai itu mendapat nama. Nama-nama pesisir pantai sekitar Kudat seperti Andarason, Vingolzon,
Torongkungan, Bvadarag, Andab, Sampang Mangazou, Golzom, Milzobong, Pantai dan lain-lain lagi
adalah merujuk kepada sejarah-sejarah ketika zaman perang di mana komuniti Momogun Rungus
mempertahankan perkampungan mereka pada ketika itu.

Kaum Kagayan
Etnik Kagayan atau Jama Mapun adalah sub-etnik dari suku besar keluarga Bajau. Etnik Kagayan
juga dikenali dengan nama Bajau Kagayan, Sama Kagayan atau Cagayan. Dari segi linguistik dan
kebudayaan, orang-orang Kagayan lebih dekat dengan dengan saudara Bajau-nya dari suku Bajau
Tempasok (Sama Kota Belud). Etnik Kagayan banyak di temui di beberapa daerah di Sabah
seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Kudat, Tawau, Semporna, dan banyak lagi. Selain itu etnik
Kagayan ini juga menghuni beberapa kepulauan di perairan Utara Sabah dan Pantai Timur Sabah
sehingga sehingga ke Pulau Mapun (Tawi-Tawi) di bawah kekuasaan negara Filipina.
Walaubagaimanapun, oleh kerana orang-orang Kagayan sudah terbisa menetap dan berulang alik
dari satu pulau ke pulau yang lainnya termasuk pulau besar Borneo, sempadan yang digariskan
oleh penjajah dan politik antarabangsa, adalah seolah-olah tidak terpakai untuk mereka kerana
kawasan perairan Borneo Utara (Banggi, Kudat, Sandakan) dan Selatan Filipina (Pulau Mapun,
Pulau Palawan, Pulau Taganak) merupakan tanah dan air mereka. Pemilikan mereka bukan hanya
terhad kepada kehidupan di atas tanah, malah juga kehidupan di air, sesuai dengan sebutan dalam
sebutan bahasa Melayu, Tanahair.
Orang-orang dari etnik Kagayan lazimnya menghuni di sepanjang persisiran pantai atau kawasan
yang berdekatan dengan laut kerana kebanyakan kaum ini memilih untuk berkerja sebagai nelayan.
Sehingga pada hari ini ramai suku kaum ini telah menjadi nelayan moden berbanding pada
kehidupan mereka pada masa dahulu yang hanya menggunakan peralatan tradisional, contohnya
pukat (pukut), sampan (bagung), kapal (lanca) buatan sendiri dan banyak lagi. Sehingga ke hari ini
suku kaum ini sinonim dengan kehidupan sebagai seorang pelaut. Orang-orang Kagayan juga
mengalami perkahwinan campur dari bangsa-bangsa lain yang datang dari luar kepulauan
nusantara sejak dari dulu lagi seperti bangsa Arab, dan Cina. Jatidiri anak-anak dari etnik Kagayan
semakin hilang kerana proses asimilasi yang telah berlaku sekian lama. Ramai anak-anak dari etnik
ini tidak lagi mampun bertutur dalam bahasa asal mereka sebaliknya lebih selesa berkomunikasi
dalam bahasa Melayu. Ramai juga tidak mengaku sebagai etnik Kagayan kerana etnik minoriti ini
telah disterotaipkan sebagai pendatang tanpa mengetahui hak mereka seperti termaktub dalam
Perlembagan Borneo Utara dan Persekutuan Malaysia.
Di bawah Perlembagaan Borneo Utara (Sabah) 1952, Pindaan 1958, Seksyen 2(1)(c),
Etnik Kagayan adalah tergolong dalam suku pribumi Sabah yang diiktiraf.

Kaum Ubian
Suku kaum Ubian (Sabang), kebanyakannya tinggal di pesisir pantai Sabah, terutama di Kudat,
Sabah serta di pulau Banggi, pulau Gaya, Kota Kinabalu serta di Semporna dan berbagai daerah di
Sabah, Malaysia. Mereka juga merupakan satu dari tiga suku kaum di pulau Maliangin Besar. ubian
juga diiktiraf sebagai bumiputera sabah[1]
kaum ubian juga boleh ditemui di kepulauan laut sulu hingga ke utara sulewesi dan sebahagian laut
china selatan. ubian juga adalah salah satu dari rumpun kaum bajau dan beragama Islam. Ramai
daripada mereka merupakan pelayar yang handal, menjadikan nelayan sebagai pekerjaan utama.

Kaum Sungai

Orang Sungai merupakan salah satu dari suku kaum asli di Sabah. Mereka kini digolongkan ke
dalam kelompok suku kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa
yang hampir serupa. Orang Sungai kebanyakannya menetap di daerah Kinabatangan, Beluran, dan
Kota Marudu, iaitu di kawasan Sukau, Bukit Garam, Tongod, Pinangah, Telupid, Sapi-Nangoh,
Pamol, Paitan, dan Pitas. Selain itu, orang Sungai juga terdapat di Ranau, Lahad Datu, dan
Sandakan. Terdapat pelbagai pecahan suku bagi bangsa Sungai itu sendiri, di mana bahasa-
bahasanya juga berbeza mengikut daerah masing-masing. Kebanyakan Orang Sungai menganut
agama Islam, tetapi terdapat sebahagian daripada mereka yang beragama Kristian dan animisme
(tiada agama), khususnya di Tongod, Pinangah, Lahad Datu, dan Paitan.
Menurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan
Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394
lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu
istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri
daripada kelompok Idahan, Minokok, Mangkaak, Makiang, Rumanau, Sinabu dan Pingas). Selain
itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Tidong, Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang
berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah.
Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet.
Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan,
Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu),
Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai,
Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang
Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa
sukuan/linguistik.

Kaum Kimaragang
Kimaragang merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam
kelompok kaum Kaum Kadazan-Dusun disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang
hampir serupa. Kimaragang ialah sebuah bangsa Dusunkadazan yang berasal di Utara Sabah,
Pitas. Kimaragang juga boleh didapati di kawasan Kota Marudu, Malobang, Mendurian, Teluk
Marudu dan Pitas. Ada sesetengah pihak yang menyatakan bah'wa Kimaragang berasal dari nama
'Nunuk Ragang' iaitu pokok ara yang mengatakan DusunKadazan mula menetap di
Sabah.kimaragang juga dikatakan ber asal dari pada panaitan kawasan pitas/sandakan juga
dikatakan wujudnya seorang pahlawan yang gagah perkasa iaitu tumunda,beliau juga dikatakan
mempunyai ramai istri disetiap kampung.

kampung yang terdapat di kota marudu ialah;


-tanjung batu laut -tanjung batu darat -marasinsim -taritipan -tandek -tingkalanon -samparita
-bombong satu -bombong dua -bombong tiga -bombong empat -sonito ulu -damai -salimandut
-Kampung Tarangkapas -Kampung Rakit

Kaum Melayu Brunei

Orang Melayu Brunei[nota 1] (‫اورڠ ماليو بروني‬ dalam Tulisan Jawi) adalah kumpulan etnik asli yang
menetap di seluruh negara Brunei dan di kawasan pantai barat selatan negeri Sabah dan sebelah
utara negeri Sarawak.
Keturunan
Hampir separuh daripada penduduk kaum Melayu di Malaysia Timur (kawasan pantai barat selatan
negeri Sabah dan sebelah utara negeri Sarawak) adalah etnik atau berketurunan Melayu Brunei dan
hampir seluruh penduduk Melayu di selatan negeri Sabah seperti daerah Sipitang, daerah Kuala
Penyu, daerah Beaufort dan daerah Papar serta Wilayah Persekutuan Labuan termasuk penduduk
Melayu yang menetap di kawasan sebelah utara negeri Sarawak seperti daerah Limbang, daerah
kecil Lawas dan bandar raya Miri adalah berketurunan Brunei.
Hubungan dengan Kedayan
Hubungan Orang Melayu Brunei dan Kedayan sentiasa erat. Kedua-dua kumpulan etnik tersebut
seperti adik beradik. Ini diperkukuhkan lagi dengan perkahwinan campur di antara Orang Melayu
Brunei dan etnik Kedayan.

Kaum Idahan
Idahan (Idahan, Idaan, Ida'an, Eraan, Begahak) adalah satu etnik pribumi yang terdapat
di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi
semasa dianggarkan sekitar 6,000 (1987 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki
kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Sebahagian besar
orang Idahan adalah muslim, tetapi sebahagian kecil serpihan suku kaum yang dikenali sebagai
Dusun Begahak / Dusun Tungku (populasi sekitar 1,500 pada 1987) kekal animist.
Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-
layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad
ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian
bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai
antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan
korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem
pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal
tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu
unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.
Suku kaum idahan adalah suku kaum yang pertama memeluk agama islam di borneo iaitu pada
tahun 1408..BAGAHAK TUNGKU DAN DUSUN SUBPAN SEGAMA adalah asal suku kaum idaan
setelah memeluk agama islam...kaum ini di kenali sebagai KAUM IDAAN sehingga la
sekarang...SECARA LANGSUNG JUGA PENUAIAN DAN YANG BERHAK KE ATAS HASIL
SARANG BURUNG DI GUA SEPERTI GUA MADAI ADALAH DI TUAI OLEH KAUM YANG
BERAGAMA ISLAM SAAJA IAITU SUKU KAUM IDAAN..KELEBIHAN SUKU KAUM IDAAN
WALAUPUN SALASATU KAUM MINORITI TETAPI SUKU KAUM KELUARGA BESAR" BIG
FAMILY" atas dasar mengekal kan harta pusaka yang dikurniakan seperti GUA MADAI dan
beberapa gua lagi d sabah...PERKAHWINAN CAMPUR tidak di galakkan..OLEH ITU BERAPA
RAMAI PUN SUKU KAUM IDAAN INI MEREKA SALING ADA PERTALIAN DARAH DAN
MEMPUNYAI MUAFAKAT YANG KUAT ATAS DASAR KELUARGA SEPUSAKA(BERKONGSI
HARTA PUSAKA)

Kaum Iban
Iban atau Dayak Iban (dalam Bahasa Iban Iban bermaksud orang atau manusia), adalah salah
satu rumpun Dayak yang terdapat di Sarawak, Kalimantan Barat, Brunei, Sabah dan Johor.
Mengikut sejarah lisan, pembentukan dan perkembangan budaya sosial kaum Iban khasnya atau
bangsa Dayak amnya terjadi semasa zaman kegemilangan Kerajaan Dayak di Tampun Juah,
sebelum kaum Iban dan bangsa Dayak berpecah kepada beberapa subsuku-subsuku yang ada
sekarang. Semasa zaman kolonial Inggeris di Sarawak dan Belanda di Kalimantan Barat, kaum Iban
sebelumnya dikenal sebagai Dayak Laut dalam pengertian Bahasa
Iban Laut bermaksud Melayu (merujuk kepada kaum Melayu). Jika diistilah secara betul Dayak
Laut dalam Bahasa Iban bermaksud Dayak Melayu. Fakta ini juga disokong kerana ada satu lagi
rumpun bangsa Dayak Laut iaitu Dayak Malayik atau Dayak Melayu yang tinggal di Kalimantan
Barat dan Kalimantan Tengah. Fakta ini disokong kerana bahasa Iban adalah bahasa yang paling
dekat dengan Bahasa Melayu dan bahasa Iban sendiri berasal dari rumpun Malayic dan berparas
rupa serta fizikal dari ras Malayoloid. Kekadang asal-usul maksud Dayak Laut ditafsirkan dalam
bahasa Melayu dan diterjemah kepada Bahasa Inggeris bermaksud Sea Dayak sebagai
menggenapi maksud Land Dayak yang digunapakai oleh kaum Bidayuh kerana dalam bangsa
Dayak dibahagikan kepada 4 subbangsa iaitu Dayak Laut, Dayak Darat, Dayak Orang
Ulu dan Dayak Barito.
Sekarang (bancian 2010) kaum Iban dengan jumlah sebanyak 2,745,400 iaitu 60% daripada jumlah
penduduk Sarawak. Kaum Iban merupakan kumpulan etnik yang terbesar di Sarawak dan kaum
ketiga terbesar di Malaysia selepas kaum Melayu, dan Cina. Mereka mendiami setiap daerah,
kabupaten dan bahagian di Sarawak, Brunei, Kalimantan Barat serta 6 daerah di Johor (Kota
Tinggi, Johor Bahru, Kulai Jaya, Pontian, Kluang dan Batu Pahat) dan 2 bahagian
di Sabah (Pedalaman dan Tawau), tetapi kepadatan kependudukan Iban tertumpu di 4 kabupaten
iaitu Sanggau, Sekadau, Sintang dan Kapuas Hulu di Kalimantan Barat serta 9 bahagian
iaitu Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu dan Miri di Sarawak.
Sekarang, kaum Iban telah tersebar besar hingga ke Brunei dan Sabah di utara Borneo serta Johor
dan Selangor di Semenanjung Malaysia. Kebanyakan kaum Iban tinggal berkampung di rumah
panjang yang kebiasaanya terletak di tebingan sungai dan di tepi jalan raya ini adalah bagi
mempermudahkan aktiviti kerja, berhubung dan berkomunikasi antara satu sama lain. Amalan cara
hidup yang diamalkan adalah berlandaskan hukum adat, pantang-larang, tolak-ansur (tolenransi),
dan berteraskan perhubungan persaudaraan yang erat antara satu sama lain. Kebanyakan
masyarakat Iban pada hari ini menerima agama Kristian sebagai pegangan hidup, tetapi dalam
masa yang sama masih mengekalkan nilai adat resam dan ciri-ciri kebudayaan yang menjadi
lambang tradisi masyarakat Iban.

Kaum Rungus
Kaum Tidung

Kaum Kimaragang

Anda mungkin juga menyukai