Anda di halaman 1dari 13

PENGENALAN

Malaysia adalah sebuah negara berbilang kaum yang terdiri daripada tiga
kaum utama atau etnik yang berbeza iaitu Melayu Bumiputera, Cina dan
India. Walaupun aspek berbilang kaum itu sendiri bukanlah sesuatu yang
pelik malahan ianya adalah satu keunikkan kerana negara Malaysia
mempunyai pelbagai jenis etnik yang mampu dikongsikan oleh semua
penduduk dan dirasai bersama. Terutama sekali kumpulan-kumpulan etnik ini
boleh hidup bersama yang telah lama bersatu untuk melakukan apa sahaja
aktiviti dengan mengekalkan identiti mereka yang berbeza.
Melalui pelbagai etnik yang ada di Malaysia ini terdapat beberapa
budaya yang semakin dilupakan dimana terdapat beberapa perbandingan
yang dapat kita lihat dari semasa ke semasa, dari generasi ke satu generasi
budaya tradisional seakan akan ditinggalkan dan masyarakat kini lebih
terpengaruh dengan budaya popular. Seperti yang kita fahami budaya
adalah satu ikutan yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat dari generasi
ke generasi. Kebudayaan ini diperoleh melalui proses penyerapan ke dalam
amalan kehidupan sehari-hari dan ditiru oleh masyarakat berikutnya sebagai
mengekal dan menghormati budaya asal.
Namun, disebabkan globalisasi yang semakin pesat berkembang ke
negara Malaysia ianya telah menyebabkan budaya popular semakin diagungagungkan sehingga budaya tradisional lenyap dan tidak digunapakai dengan
sebaik mungkin, tetapi bukanlah semua yang telah diadaptasi dari budaya
tradisional kepada budaya popular, ini kerana hanya terdapat beberapa yang
paling mempunyai pengaruh besar iaitu teknologi ataupun media massa
yang telah banyak mempengaruhi pemikiran anak muda khususnya.
Dalam konteks yang lebih khusus konsep budaya dalam budaya
popular itu merujuk kepada segala perlakuan yang merupakan keperluan
manusia atau anggota-anggota masyarakat untuk mengisi keinginan yang
lebih tinggi, iaitu bersifat ekspresif dan simbolik. Secara tidak langsung

budaya tradisional dari segi pakaian, makanan, agama, kepercayaan,


perayaan, bahasa, agen sosialisasi dan sebagainya akan berubah mengikut
masa yang bersesuaian dengan sebuah hadis iaitu Didiklah anak-anak
kamu mengikut zaman mereka dan bukan zaman kamu dilahirkan yang
boleh diselarikan dengan maksud perubahan budaya tradisional kepada
budaya popular.
PERBANDINGAN BUDAYA POPULAR DAN TRADISIONAL
Tamadun sesuatu bangsa selalunya dapat dilihat pada warisan seni
budayanya. Warisan budaya ini harus dikekalkan kerana mempunyai identiti
tersendiri. Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai
kaum di negara kita. Hal ini termasuklah pakaian, makanan, adat resam,
seni, dan sebagainya. Tetapi kini, warisan budaya tradisional negara kita
semakin lenyap ditelan arus pemodenan.
Dengan itu, kita dapat lihat beberapa perubahan budaya serta
perbandingan yang ketara contohnya dari segi amalan atau nilai murni yang
dulunya sangat menekankan aspek kerjasama dalam sesuatu majlis seperti
gotong royong bagi majlis keramaian, ianya adalah satu budaya tradisional
yang masih dikekalkan sehingga kini tetapi terdapat perbezaan dari segi
persediaan gotong royong berkenaan, dimana budaya atau masyrakat
sekarang lebih gemar menggunakan khidmat katering dalam penyediaan
makanan.
Selain itu, penawaran bahan-bahan budaya yang dihasilkan daripada
budaya tradisional itu adalah selaras dengan permintaan orang ramai,
terutama penduduk bandar yang mengalami perubahan yang pesat.
Penawaran bahan-bahan budaya itu umumnya adalah untuk memenuhi atau
mengisi keperluan yang lebih tinggi sebagaimana yang dialami penduduk
bandar. Jadi, proses modenisasi dan urbanisasi memainkan peranan penting
dalam pembangunan budaya itu berubah ke arah budaya popular. Oleh itu,
perbezaan budaya ini tidak banyak dapat dikenalpasti tetapi ianya banyak

diperbaharui bagi menyesuaikan budaya yang digunapakai itu sesuai dengan


peredaran zaman. Walaubagaimanapun, budaya tradisional juga dapat
memupuk perpaduan negara. Rakyat majmuk kita kaya dengan nilai
tradisional yang murni. Misalnya, kunjung- mengunjungi dan mengadakan
rumah terbuka pada hari kebesaran. Tidak kira keturunan, agama dan
amalan adat resam turut merayakan bersama-sama. Jiran tetangga dan
sahabat handai saling mengunjungi. Kita saling menerima dan memberi.
Semangat kekitaan ini akan mengeratkan siraturahim, seterusnya memupuk
perpaduan. Dengan itu, budaya perlu dikekalkan demi kesinambungan
tamadun kita kerana melalui budaya tradisional, kita mengetahui asal usul
kita.
Keseluruhannya, di dalam bab ini kami tetap akan membincangkan
perbezaan yang ketara bagi memudahkan pemahaman berkenaan budaya
tradisional dan budaya popular dari tiga jenis etnik iaitu melayu, cina dan
india agar kita didedahkan juga dengan budaya nenek moyang.
BUDAYA TEKNOLOGI
Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya
popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin
meningkat. Fenomena ini melanda masyarakat di peringkat global terutama
berikutan

dengan

pesatnya

pembangunan

teknologi

yang

telah

menyebarkan satu budaya popular melalui pembelajaran klasik melalui


internet yang dianggap satu media yang mampu menghubungkan pelbagai
jenis budaya dan etnik sekaligus telah menjadi satu agen yang utama dalam
pembentukan budaya baru atau popular.
Gelombang budaya popular yang berkembang secara global itu
didapati memainkan peranan yang semakin penting bukan sahaja dari segi
pengaruh

budaya,

malahan

turut

berperanan

dalam

membawa

pembangunan ekonomi, teknologi dan seterusnya dalam menyalurkan


ideologi negara-negara maju ke paras global. Disebabkan itulah kita dapat

lihat perubahan yang berlaku terhadap perubahan budaya, dimana agen


sosialisasi

yang

semakin

berubah

ke

arah

media

massa

daripada

mempelajari adat resam atau etnik yang diturunkan daripada nenek moyang
atau keturunan sesebuah keluarga.
Jika kita lihat budaya tradisional dahulu akan memperolehi sesuatu
berita hanya melalui penyampaian mulut ke mulut dan selalunya ianya tidak
akan tersebar luas kerana penyampaian atau metode yang ada ketika itu
tidak seperti teknologi yang ada sekarang, dimana semua dihujung jari,
segala maklumat dapat disampaikan atau dikongsi dengan pantas sekali, jadi
tidak mustahil la apabila dikatakan teknologi telah mengubah budaya
tradisional secara menyeluruh segala adat resam, etnik setiap kaum mampu
ditinggalkan begitu sahaja kerana banyak lagi budaya barat yang lebih baik
atau bagus difikirkan oleh anak-anak muda khususnya golongan remaja yang
merupakan pengguna majoriti dalam penggunaan internet.

Apabila menyentuh budaya yang sepatutnya menjadi agen utama


dalam

penyebaran

pembentukan

sebuah

etnik

contohnya

perayaan,

dahulunya masyarakat sering dilihat hanya menyambut perayaan yang


berkenaan dengan agama masing-masing sahaja, namun pada zaman
moden kini kesemua perayaan dianggap perlu diraikan bersama, ianya telah
dimainkan oleh teknologi semasa atau media massa berkenaan perayaan
yang mampu membentuk etnik bersatu, walaupun ianya adalah satu langkah
yang bagus, tetapi kita boleh lihat perbandingan budaya dahulu dan
sekarang yang telah diperkenalkan supaya setiap perayaan dianggap
perayaan utama yang perlu dikongsi bersama.

Selain itu perbandingan antara adat resam yang dianggap sebagai


satu budaya tradisional bagi kaum melayu, cina dan india contohnya dalam
aspek

perkahwinan.

Budaya

tradisional dalam perkahwinan dianggap

sebagai satu majlis perkhawinan yang biasa, dimana ianya dilakukan dalam
keadaaan yang sederhana, jemputan hanyalah keluarga, kenalan rapat yang
tidak memerlukan belanjawan perkahwinan sehingga mencecah ribuan
ringgit.

Namun

pada

era

globalisasi

ini,

budaya

perkahwinan

telah

dipopularkan oleh media iaitu bermulanya dengan artis pujaan luar negara
mahupan dalam negara, dimana mereka mengadakan majlis perkahwinan
secara besar-besaran, meletakkan mas kahwin pada harga yang sangat
tinggi, upacara persandingan yang dahulunya hanya sekali tetapi sekarang
siap disediakan pra-perkahwinan, seolah-olah meniru budaya luar yang boleh
dilihat melalui perkembangan teknologi internet yang telah mempengaruhi
perubahan budaya yang besar.
Keseluruhannya, dapat kami simpulkan disini, media massa adalah
satu teknologi yang banyak mengubah sesuatu budaya itu, daripada apa
yang ditawarkan oleh teknologi telah menarik minat ramai golongan muda.
Oleh itu, Fenomena budaya popular didapati merupakan sebahagian penting
dalam kehidupan masyarakat moden kini. Peranan fenomena itu dalam
mempengaruhi

pembinaan

peradaban

manusia

tidak

dapat

dinafikan

sekaligus budaya tradisional semakin dilenyapkan, walaubagaimanapun kita


perlu ingat bahawa budaya tradisional merupakan budaya yang banyak
membentuk nilai murni berbanding budaya popular yang dilihat mampu
membawa impak yang negative kepada masyarakat Malaysia khususnya.

BUDAYA PAKAIAN

Malaysia mempunyai jenis-jenis kain dan pakaian tradisional yang berbagai


bentuk dan warna, dari tengkolok bulu burung dan baju kulit kayu, hinggalah
kain songket DiRaja yang antik. Pada zaman dahulu, penduduk peribumi
memakai pakaian yang diperbuat daripada kulit kayu dan hiasan manik.
Apabila munculnya tamadun lama, kain tenunan dan batik Melayu dipakai
oleh orang kenamaan dan kerabat diraja. Apabila munculnya pedagang
asing, pakaian serta kain seperti sutera Cina, pelikat dan jubah Arab
diperkenalkan di negara ini.
Seperti yang kita tahu budaya tradisional dari segi pakaian bagi etnik
melayu ialah baju kurung bagi wanita dan baju melayu untuk lelaki, namun
perbezaan yang dapat kita lihat dalam budaya popular baju kurung telah
diubahsuai menjadi baju kurung moden yang mempunyai pelbagai jenis
fesyen, apatah lagi fesyen yang dibawa oleh negara barat telah berjaya
mempengaruhi pereka fesyen untuk merekacipta suatu perubahan yang
agak berbeza daripada budaya tradisional. Manakala baju melayu yang
dahulunya dipakai satu set penuh, namun sekarang jarang dilihat generasi Y
memakai pada hari raya ataupun hari jumaat, kerana baju nmelayu sering
dipakai dengan seluar jeans, dan rekaan fesyen baju melayu yang agak pelik
sehinggakan baju itu kelihatan melampau.
Selain itu, pakaian tradisional masyarakat india pula adalah sari bagi
wanita dan Dhoti bagi lelaki. Budaya pakaian yang ada masih digunakan
sekarang dan tidak banyak yang dipopularkan atau diubahsuai mengikut
peredaran masa, begitu juga dengan pakaian cheongsam bagi wanita dan
sam foo bagi lelaki, tidak ada perubahan fesyen yang melampau tetapi
hanya menukar cara pemakaian, dimana kesemua pakaian tradisional tidak
digunakan tetapi digantikan dengan pakaian seperti T-shirt, jeans dan coat.
Kesimpulannya, budaya yang telah dipopularkan melalui pakaian ini
masih

mampu

dikawal

perubahannya

walaupun

pemakaian

baju

ini

digunakan pada waktu formal atau majlis rasmi. Ianya tidak ditinggalkan

begitu sahaja, tetapi ianya mengalami satu perubahan yang agak ketara.
Namun, cirri-ciri baju itu masih ada Cuma kurangnya penggunaan baju
tradisional pada kehidupan seharian berbanding zaman dahulu yang boleh
dikatakan setiap hari dan setiap masa tanpa menunggu hari raya atau
sebaliknya.

BUDAYA MAKANAN
Variasi merupakan perkataan yang sesuai apabila kita mengambarkan tradisi
makanan di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang
mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya
makanan. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya
menyatukan

pelbagai

hidangan

kepada

hidangan

Malaysia.

Bermula

daripada budaya tradisional berkenaan makanan boleh juga berubah kepada


corak pemakanan yang berbeza apabila masyarakat lebih gemar mencuba
makanan yang baru antaranya Fast food.
Budaya makanan Melayu mempunyai keunikan yang tersendiri. Bagi
budaya makanan masyarakat Melayu, pelbagai lauk-pauk tidak akan
sempurna jika tidak diiringi dengan sajian nasi. Nasi merupakan makanan
utama rakyat Malaysia dan masyarakat Melayu amnya. Disebabkan itu
masakan melayu yang paling digemari sehingga sekarang adalah nasi
lemak, namun ianya bukanlah dicari oleh etnik orang melayu sahaja, tetapi
semua kaum meminatinya dan turut berniaga nasi lemak yang mungkin
berlainan rasanya yang bergantung kepada sesuatu etnik berkenaan.
Budaya masih diterapkan tetapi masakan melayu telah banyak dipopularkan
oleh etnik lain sehingga ianya menjadi makanan utama rakyat Malaysia
khususnya.
Tidak

dinafikan

juga

budaya

makanan

masyarakat

Cina

turut

mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Bahan utama dalam menu

masyrakat Cina ialah bahan soya yang terdiri daripada tahu, taucu, dan
kicap soya serta lain-lain. Bahan ini kemudian akan diolah bersama rempah
yang digunakan oleh kaum Melayu seperti kayu manis, daun ketumbar dan
sebagainya. Melalui budaya yang dibawa ini telah berubah menjadi satu
budaya popular yang mampu digunapakai oleh etnik lain, sekaligus telah
meningkatkan satu jalinan mesra antara budaya dan dapat menyahut
cabaran 1 Malaysia.

Bagi masyarakat India pula, elemen yang menggambarkan keunikan


makanan kaum tersebut ialah penggunaan daun pisang sebagai alas
makanan bagi menggantikan pinggan mangkuk. Daun hijau yang beraroma
itu bukan sahaja memudahkan proses menghidang makanan bahkan
membangkitkan selera. Budaya makanan ini telah dipopularkan dimana daun
pisang yang digunakan oleh masyarakat india telah diinovasikan dengan
membuat sekeping pinggan yang berbentuk daun pisang dan kemudiannya
pinggan itu mampu digunakan oleh semua etnik, ini menunjukkan budaya ini
sudah dipopularkan dan ianya mampu diterima oleh semua masyarakat.
Secara keseluruhannya, dari segi budaya makanan pelbagai etnik
ianya tiada banyak perbandingan jikalau kita melihat daripada budaya
tradisional iaitu makanan yang telah diperkenalkan kepada budaya popular
tidak banyak berubah, Cuma melalui jenis makanan yang ada di Malaysia ini
telah membantu masyarakat mengetahui setiap budaya gemar makan apa,
dengan itu tiada perubahan besar yang berlaku dalam variasi makan, malah
ianya sangat membanggakan penduduk Malaysia kerana setiap budaya

mampu berkongsi segala resepi makanan dan mampu duduk bersama dan
bercerita berkenaan makanan yang pelbagai.

BUDAYA BAHASA
Bahasa merupakan alat komunikasi yang penting dalam pergaulan manusia.
Tanpa bahasa, tidak mungkin berlaku hubungan yang berkesan antara dua
pihak termasuk antara satu bangsa dengan bangsa yang lain. Kita boleh
mengukur sejauh mana rapatnya hubungan kedua-dua bangsa atau kerajaan
melalui penggunaan bahasa antara kedua-dua pihak.
Walaupun terdapat perbezaan bahasa antara semua etnik, namun
ianya bukanlah satu penghalang untuk kita mengenali seseorang itu dengan
lebih dalam, melalui budaya yang telah lama kita pelajari yang dahulunya
bahasa utama yang digunakan atau lingua franca (bahasa pengantara)
dengan itu tidak mustahil la jikalau semua tahu menggunakan

bahasa

melayu daripada awalnya. Namun pada zaman kini bahasa yang digunakan
semakin berbeza dimana, masyarakat melayu sendiri gemar merojakkan

bahasa dengan mencampurkan bahasa melayu dan bahasa inggeris. Selain


itu, bahasa melayu juga turut disalahgunakan dengan penggunaa bahasa
tambahan atau bahasa singkatan seperti perkataan sekarang menjadi
skunk yang membawa maksud sejenis musang yang mengeluarkan bau
busuk.
Manakala bagi kaum cina dan india mereka masih tetap dengan
pendirian bahasanya iaitu bahasa Kantonis, Mandarin, Hokkien dan Tamil
walaupun hanya ada sesetengah masyarakat india dan cina yang duduk di
bandar mereka akan lebih menggunakan bahasa inggeris dimana mereka
jarang menggunakan bahasanya kerana ia menyenangkan mereka untuk
berkomunikasi dengan pihak lain apatah lagi dalam urusan pekerjaan dan
sebagainya yang memerlukan mereka tidak menggunakan bahasa ibunda.
Apabila kita menonton televisyen,kita akan mendengar berita yang
pada zaman dulu kala menggunakan bahasa melayu, namun pada kali ini
budaya yang banyak telah mengubah dengan wujudnya berita bahasa
melayu, cina, tamil dan inggeris yang sedikit sebanyak membantu setiap
kaum tidak berasa terasing dengan penggunaan bahasa yang mereka
gunakan. Secara tidak langsung Malaysia merupakan satu negara yang
sangat mementingkan budaya dan etnik dalam setiap perkara tanpa
meninggalkan mereka terkontang-kanting dengan budayanya sendiri.
Dengan

itu,

budaya

popular

tidak

banyak

mengubah

budaya

tradisional dalam penggunaan bahasa kerana tidak dapat dinafikan semua


etnik di Malaysia tahu menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris
yang utamanya untuk berkomunikasi.
IMPAK PERBANDINGAN BUDAYA KEPADA MALAYSIA
Abad ini dunia menghadapi gelombang kepesatan perkembangan budaya
popular yang dibawa bersama dalam proses globalisasi yang semakin
meningkat. Fenomenon ini melanda masyarakat di peringkat global terutama

berikutan dengan pesatnya pembangunan teknologi. Ini telah menarik


perhatian para pengkaji masyarakat dan budaya untuk memahami kesan
dan pengaruhnya kepada masyarakat dan budaya di luar negara-negara
maju, dimana terdapat pro dan kontra apabila budaya popular mula
diperkenalkan oleh negara luar khususnya
Kesan positif yang dapat kita lihat dari segi budaya pakaian, makanan
dan bahasa adalah sangat membangun kerana melalui kesepaduan ataupun
variasi etnik inilah kita mampu membentuk sebuah negara yang bersatu
padu sekaligus mengambil cabaran 1 Malaysia ini sebagai satu perkara yang
terbaik dalam mendidik bangsa-bangsa bekerjsama walau apa yang terjadi.
Malahan ianya turut berperanan dalam membawa pembangunan ekonomi,
teknologi dan sebagainya ke arah sebuah negara yang membangun kerana
masyarakatnya yang mampu bertoleransi antara satu sama lain.
Selain itu, fenomenon ini tidak boleh dianggap kurang penting, tetapi
perlu diberikan perhatian serius, terutama untuk menilai kesannya dan
menyusun strategi perancangan pembangunan budaya selaras dengan
perubahan yang berlaku di peringkat global. Ini kerana setiap pembangunan
sebuah negara itu bergantung kepada bagaimana rakyatnya memainkan
peranan sebagai penduduk yang mampu menerima segala jenis perubahan
iaitu adakah mereka mampu menghadapi perubahan budaya ataupun tidak.
Dengan itu ianya membawa kesan yang positif dengan menunjukkan
Malaysia mampu membentuk sebuah negara yang boleh menerima budaya
luar dengan hati yang terbuka tanpa mengubah terlalu banyak budaya
tradisional walaupun hanya sesetengah sahaja budaya yang dianggap
mengalami perubahan yang drastik.

Budaya tradisional mencakupi amalan dan cara hidup pelbagai kaum di


negara kita, oleh itu, budaya tradisional juga dapat memupuk perpaduan
negara dengan rakyat majmuk kita kaya dengan nilai tradisional yang murni.
Dengan kemasukan budaya popular yang telah diperkembangkan oleh barat
telah menyebabkan beberapa pecahan kaum berlaku. Sepatutnya melalui
budaya tradisional, kita akan lebih mengetahui asal usul kita. Dengan ini,
kita tidak akan lupa daratan. Sebaliknya, kita akan sedar tentang kesulitan
hidup nenek moyang kita. Dari sini kita akan mendapat iktibar. Budaya kita
yang murni juga merupakan benteng budaya. Dengan ini, rakyat kita tidak
dihanyutkan oleh budaya Barat dan yang ada pada hari ini berpunca
daripada yang silam. Jadi generasi muda harus mengenali asal usul sendiri.
Kesan positif selalunya perlu wujud dalam diri seseorang individu
dimana menetapkan matlamat dan berpegang kepada identiti budaya yang
ada dan janganlah meninggalkannya, tidak salah jika ingin menerapkan
elemen barat dalam kehidupan, cuma kita akan dipandang serong sekiranya
pelancong asing bertanyakan berkenaan budaya negara kita tetapi kita tidak
mampu menjawabnya, oleh itu kepentingan dalam menjaga budaya supaya
terus

dikekalkan

sebagai

satu

asset

penting

setiap

rakyat

untuk

mengetahuinya dan seterusnya mampu mengekalkan warisan budaya.


Kesan negatif dapat dilihat melalui penggunaan teknologi iaitu yang
merupakan perubahan globalisasi dunia tanpa sempadan yang terbesar dan
telah menyebabkan agen sosialisasi berubah mengikut perkembangan
semasa, malahan majoriti penduduk atau anggota-anggota masyarakat
Malaysia terdiri daripada golongan muda, termasuk golongan remaja yang
mudah terpengaruh dengan media massa terutama sekali media baru iaitu
internet. Dimana kesemua budaya baru atau popular boleh didapati di sana,
tidak kiralah apa jenis budaya mereka akan meniru dan seperti yang kita
tahu remaja akan mempelajari satu pembelajaran melalui pemerhatian

mereka tanpa berfikir panjang dan hanya ingin menjadi dan meniru seakanakan apa yang dilihat oleh mereka.
Peranan media massa itu amat penting dalam membina fenomena
budaya popular. Sekaligus ianya membawa beberapa kesan negatif kepada
pembentukan masyarakat khususnya remaja, namun seperti apa yang
diterangkan ianya bergantung kepada individu untuk membendung dirinya
daripada terus mengikut barat sehingga lupa kepada budaya tradisional.
Walaubagaimanapun, usaha penting dalam mengekalkan sesuatu budaya itu
untuk terus kekal.
KESIMPULAN
Penilaian melalui perbandingan budaya tradisional dan budaya popular itu

Anda mungkin juga menyukai