Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENDAHULUAN
Tugasan ini adalah mengenai hegemoni barat serta implikasinya ke atas hubungan etnik di
Malaysia.
Melalui tugasan ini kita dapat melihat apakah sebenarnya maksud hegemoni barat dan
kesan-kesannya terhadap hubungan etnik di Malaysia. Selain itu kita dapat mengetahui
sejarah bermulanya hegemoni barat ini di dunia amnya dan Malaysia khususnya. Malaysia
unik dengan kepelbagaian masyarakatnya yang berbilang bangsa, etnik dan agama.
Keunikkan masyarakat di negara ini menjadikan Malaysia istimewa di mata dunia. Terdapat
tiga kaum terbesar di Malaysia iaitu Melayu (termasuk masyarakat pribumi di Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India. Kepelbagaian kaum di Malaysia terhasil
daripada proses migrasi, perdagangan, hubungan diplomatik, dan perkahwinan.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza
dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usahausaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering
menghadapi cabaran serta masalahnya. Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ....the road to
a cohesive and proggressivesociety is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is
full of onak danduri.
Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu
kita tempuhi bagi membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai
cabaran yang di antaranya adalah cabaran yang utama iaitu dimana cabaran kepentingan etnik
dari pelbagai aspek, dan cabaran ini bertambah sukar untuk diatasi dengan wujudnya
hegemoni barat di Malaysia dari pelbagai aspek yang jelas memberikan banyak kesan negatif
terhadap hubungan etnik di Malaysia. Kekuatan hegemoni barat di Malaysia boleh dilihat
dalam tugasan ini apabila hampir keseluruhan gaya hidup di Malaysia semakin mengikut
acuan dari negara barat dan rakyat Malaysia tanpa mengira etnik terus selesa dengan gaya
hidup ini tanpa menyedari hegemoni barat yang sedang menguasai seluruh dunia termasuk
negara Malaysia.
2.0 PENGENALAN

Abad ke-20 membawa kepada bermulanya perkembangan pesat sains dan teknologi
maklumat yang luar biasa. Kepesatan yang begitu cepat dan canggih ini berjaya menciptakan
peradaban moden yang menjanjikan pelbagai kemajuan dan kemudahan, sekaligus memenuhi
segala tuntutan arus kemodenan. Pelbagai alat sains dan teknologi maklumat berjaya
dihasilkan dan kehidupan manusia bertambah mudah dengan segala kecanggihan ini. Namun,
dalam manusia leka dengan limpahan kemewahan dan kemajuan ini, penghujung abad ke-20
juga telah diwarnai oleh pelbagai bencana dan kemelut yang hampir semua bidang kehidupan
sosial, politik, ekonomi dan sebagainya yang juga sedikit sebanyak berpunca dari
kecanggihan teknologi maklumat serta sains teknologi ciptaan manusia .
Abad 21 telah pun berada di hadapan kita, seiring dengan kelajuan proses globalisasi
dan dukungan kuat teknologi maklumat dan revolusi komunikasi yang menjadikan kehidupan
manusia semakin pantas dan kompleks. Namun, di sebalik kehidupan manusia yang pantas
dan serba canggih ini, kita menyaksikan kemelut kemanusiaan pada saat kritikal dan tragis,
wabak penyakit yang menular, terrorisrne global, perang saudara yang berterusan dan
pelanggaran hak asasi manusia. Sana-sini dipaparkan di dalam media cetak dan elektronik
kehidupan manusia semakin tragis dengan semakin hebatnya arus kemodenan dunia .
Apabila diimbas kembali akan kehebatan Islam dalam menguasai dunia semenjak
zaman Nabi Muhammad SAW hinggalah kepada kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol, kita
melihat bahawa dunia hidup dalam era yang aman kerana tiadanya dasar penguasaan
globalisasi Barat. Namun, kebangkitan tamadun Barat mula menampakkan taringnya selepas
kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol sekaligus telah membuka era baru kepada dasar
penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara Islam melalui dasar globalisasi
ala-Barat yang diwar-warkan ke seluruh dunia. Inilah yang membawa kepada permulaannya
dominasi barat atau disebut sebagai hegemoni Barat.Fenomena yang disebut sebagai
hegemoni Barat ini ialah apabila Barat menggunakan kuasanya sebagai kuasa terbesar dunia
untuk menguasai politik, ekonomi, budaya, pemikiran, teknologi dan lain-lain.
2.1 DEFINISI HEGEMONI
Hegemoni

ialah

satu

konsep

yang

datangnya

daripada

pemikiran

Barat.

Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination ) ataupun kepimpinan satu
negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara ataupun kumpulan yang lain ( New
Penguin English Dictionary 2000 : 647 ) Di manakah asalnya perkataan hegemoni ini
wujud ?
2

Perkataan hegemoni adalah perkataan bahasa Inggeris yang pada asalnya dipinjam
daripada bahasa Yunani (Greek) Perkataan bahasa Yunani tersebut, hegemonia, datangnya
daripada kata hegemon yang bermakna pemimpin, dan hegemon pula datangnya daripada kata
hegeisthai yang memberi maksud pemimpin ( Mclean,1,1996. The Concise Oxford Dictionary
of Politics, Oxford: University Press,p. 218 ) Mengikut Kamus Dewan (2002 (edisi ketiga) :
448), hegemoni ialah pengaruh atau dominasi sesebuah negara atas negara-negara lain.
Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan hubungan antara kelas
masyarakat yangtertentu dimana unit yang dominan akan memonopoli unit yang lain dari segi
ekonomi, budaya dan moral.
Hegemoni Barat juga boleh dikonotasikan sebagai satu keadaan di mana pengaruh
pemikiran masyarakat Barat yang hampir semua perkara yang dilakukan dalam kehidupan
seharian yang begitu ketara sama ada dari aspek politik, ekonomi,sosial, budaya, ketenteraan,
pendidikan, perundangan dan sebagainya. Hakikat kehidupan sekarang, masyarakat di
Malaysia menerima pemikiran Barat sebagai satu kebiasaan.
Secara umumnya hegemoni barat melibatkan semua perkara dalam kehidupan seharian
yang dilakukan mengikut kebiasaan masyarakat barat tanpa disedari. Hegemoni ini boleh
kelihatan dalam pelbagai perkara yang tidak dilakukan secara tradisional di rumah atau
dengan masyarakat sekeliling, sebaliknya merupakan perbuatan masyarakat. Hasrat Tamadun
Barat untuk menjajah pemikiran masyarakat Tamadun Asia telah berjaya.
Secara jelas hegemoni sebenarnya bermaksud dominasi oleh satu kelompok terhadap
kelompok lainnya, dengan atau tanpa ancaman kekerasan, sehingga idea-idea yang
diketengahkan oleh kelompok dominan terhadap kelompok yang didominasi diterima sebagai
sesuatu yang wajar (common sense ).
Dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil mempengaruhi kelompok
yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral, politik dan budaya dari kelompok
dominan (kelompok yang berkuasa). Hegemoni juga boleh diterima sebagai sesuatu yang
wajar, sehingga ideologi kelompok dominan dapat disebarkan dan dipraktikkan. Nilai-nilai
dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan dipertahankan oleh pihak dominan sehingga
pihak yang didominasi taat terhadap kepimpinan kelompok penguasa.
Menurut Simon (1982) hegemoni ialah strategi mempertahankan kekuasaan

"... the practices of a capitalist class or its representatives to gain state power and
maintain it later . "
Menurut teori Gramsci (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep hubungan
antara kelas-kelas masyarakat tertentu, iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan
memonopoli

kelas-kelas

yang

lain

dari

segi

ekonomi,

budaya

dan

moral.

Ia

menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas
masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.
Kesimpulannya di sini, hegemoni ialah satu konsep yang datangnya daripada
pemikiran Barat. Konsep itu merujuk kepada penguasaan menyeluruh (domination) ataupun
kepimpinan satu negara ataupun kumpulan dan sebagainya ke atas negara atau kumpulan
yang lain.
2.2 SEJARAH HEGEMONI BARAT
Pada tahun 1885, gagasan tentang hegemoni pertama kali diperkenalkan oleh para
marxis Rusia, terutamanya oleh Plekhanov pada 1883-1984. Gagasan tersebuttelah
dikembangkan sebagai langkah dan strategi untuk menggulingkan Tsarisme. Istilah tersebut
merujuk kepada kepimpinan hegemoni yang harus dibentuk oleh kaum proletar, dan wakilwakil politiknya, dan dalam suatu aliansi dengan kelompok-kelompok lain termasuk beberapa
kritikus borjuis, petani dan intelektual yang berusaha mengakhiri negara polisi Tsaris
Dalam konteks inilah Lenin membahas pelbagai masalah tentang pendidikan politik
bagi para pekerja. Lenin berharap bahawa revolusi akan pecah di Jerman dandi tempat-tempat
lain di Eropah setelah perang dunia berakhir. Namun gramschi memberikan analisis tentang
revolusi rusia pada 1917 dan menganggapnya sebagai perang manuver.
Gramsci memberikan dua cara iaitu war of position (perang posisi dan war of
movement (perang pergerakan).
Perang pergerakan iaitu suatu perang pergerakan dalam suatu masyarakat dengan
pelbagai institusi dan organisasi yang memiliki tingkat perkembangan yang rendah dalam
masyarakat sipil di negara Eropah Timur terutamanya di Inggeris dan Perancis. Perang
posisi dilakukan dengan cara memperoleh dukungan melalui propaganda media massa,
membangun aliansi strategis dengan perasaan yang sakit hati, pendidikan pembebasan melalui
sekolah-sekolah yang meningkatkan kesedaran diri dan sosial.
4

Antara ciri-ciri analisa Gramsci ialah menjalankan perjuangan yang panjang,


mengutamakan perjuangan dalam sistem dan perjuangan diarahkan kepada dominasi budaya
dan ideologi perang pergerakan yang dilakukan dengan serangan langsung (fronta) .
Gramsci (1891-1937) adalah merupakan tokoh yang terkenal dengan analisa
hegemoninya. Analisa Gramsci merupakan usaha perbaikan terhadap konsep determinisme
ekonomi dan dialektika sejarah Karl Marx. Dalam dialektika sejarah Marx, sistem kapitalisme
akan menghasilkan kelas buruh dalam jumlah yang besardan terjadi resesi ekonomi. Pada
akhirnya, akan terjadi revolusi kaum buruh (proletar) yang akan melahirkan sistem sosialisme.
Dengan kata lain, kapitalisme akan melahirkan sosialisme. Namun, hal ini tidak terjadi.

Gambar Gramsci
2.3 KONSEP HEGEMONI BARAT
Menurut Fathi Yakan -ialah suatu proses menerima pakai sesuatu yang bersifat
antarabangsa: baik dari sudut budaya, sosial, ekonomi mahupun dari sudut politik. Kadangkadang bermaksud pensejagatan segala perkara, meski pun melalui kekerasan dan tidak
melalui proses bertahap.
Azhar Muhammad & Abdullah Sulong - Pengaruh dan dominasi ini merangkumi
pelbagai sudut seperti politik, ekonomi, sosial, budaya, ketenteraan, pendidikan, perundangan
dan sebagainya.
Gramsci Ia menggambarkan suatu hubungan yang bersifat monopolidan dominasi
antara kelas masyarakat atasan dan bawahan dalam sesebuah negara bangsa.

Dalam situasi ini, Barat atau Yahudi telah mendominasi hampir kesemuabangsa dan
negara. Refomis dakwah Mesir, Hasan al-Banna dalam bukunya,"Rasa'il al-Imam al-Syahid",
melahirkan kebimbangannya terhadap serangan-serangan Barat yang tidak mampu ditepis
oleh umat Islam. Barat telah membawa gelombang kehidupan kebendaan kepada negaranegara Islam.
Teori hegemoni merupakan sebuah teori politik paling penting abad XX. Teoriini
dikemukakan oleh Antonio Gramci (1891-1937). Antonio Gramci dapat dipandang sebagai
pemikir politik terpenting setelah Marx.
Gagasanya yang cemerlang tentang hegemoni, yang banyak dipengeruhi oleh filsafat
hukum Hegel, dianggap merupakan landasan paradigma alternatif terhadapteori Marxis
tradisional mengenai paradigma base-superstructure (basis-suprastruktur). Teori-teorinya
muncul sebagai kritik dan alternatif bagi pendekatan dan teori perubahan sosial sebelumnya
yang didominasi oleh determinisme kelasdan ekonomi Marxisme tradisional.
Menurut teori Gramsci lagi (1891-1937), hegemoni dikaitkan dengan konsep
hubungan antara kelas-kelas masyarakat tertentu, iaitu kelas-kelas yang lebih dominan akan
memonopoli kelas-kelas yang lain dari segi ekonomi, budaya dan moral. Ia menggambarkan
suatu hubungan yang bersifat monopoli dan dominasi antara kelas masyarakat atasan dan
bawahan dalam sesebuah negara bangsa.
Dapat kita simpulkan bahawa dalam hegemoni, kelompok yang mendominasi berhasil
mempengaruhi kelompok yang didominasi untuk menerima nilai-nilai moral,politik, dan
budaya dari kelompok dominan ( the ruling party , kelompok yang berkuasa ).
Hegemoni diterima sebagai sesuatu yang wajar, sehingga ideologi kelompok dominan
dapat menyebar dan dipraktikkan. Nilai-nilai dan ideologi hegemoni ini diperjuangkan dan
dipertahankan oleh pihak dominan sedemikian sehingga pihak yang didominasi tetap diam
dan taat terhadap kepemimpinan kelompok penguasa. Jika dilihat sebagai strategi, maka
konsep hegemoni bukanlah strategi eksklusif milik penguasa. Maksudnya, kelompok
manapun boleh menerapkan konsep hegemoni dan menjadi penguasa. Sebagai contoh
hegemoni, adalah kekuasaan dolar amerika terhadap ekonomi global. Kebanyakan jaringan
antarabangsa ini dilakukan dengan dolar amerika.
Terdapat tiga tingkatan yang dikemukakan oleh Gramsci, iaitu hegemoni total (integral
), hegemini yang merosot (decadent ) dan hegemino yang minimum (Femia, 1981). Dalam
6

konteks ini dapat dirumuskan bahwa konsep hegemoni merujuk pada pengertian tentang
situasi sosial politik. Dalam terminologinya momen filsafat dan praktik sosial masyarakat
menyatu dalam keadaan seimbang, dominasi merupakan lembaga dan manifestasi
perseorangan. Pengaruh roh ini membentuk moral., adat, agama, prinsip-prinsip politik, dan
semua aspek sosial,terutama dari aspek intelektual dan hal-hal yang merujuk pada moral.
Konsep hegemoni terkait dengan tiga bidang, iaitu ekonomi (economic),negara (state),
dan rakyat (civil society ) ( Bocock, 1986 ). Namun, dunia politik yang menjadi arena dari
hegemoni, juga menampilkan momen perkembangan tertinggi dari sejarah sebuah kelas.
Dalam hal ini, pencapaian kekuasaan negarayang dibawa bagi perluasan dan pengembangan
penuh dari hegemoni itu telah muncul secara berpengaruh. Pendek kata, hegemoni merupakan
satu kelompok atas kelompok-kelompok lainnya dalam pengertian Gramscian bukanlah
sesuatu yangdipaksakan. Hegemoni itu harus diperoleh melalui aspek politik, ekonomi
danintelektual yang menggunakan pandangan dunia bersama bagi seluruh masyarakat.
(Sugiono, 1999).
2.4 PERBEZAAN BENTUK HEGEMONI BARAT DAHULU DAN SEKARANG
Manifestasi hegemoni barat ke atas benua Amerika, Asia dan Afrika sebelum ini atau
dulu adalah dalam bentuk penjajahan dengan tiga matlamat utama iaitu (the three Gs) : Gold,
Gospel dan Glory.Dasar ini dijalankan selama 500 tahun dengan mengaut banyak sumber asli
dan tenaga manusia.
Kini hegemoni barat diperhatikan melalui konsep dan amalan globalisasi atau
globalisme. Pemapanan elemen barat secara global.
2.5 KONSEP ETNIK
Etnik bermaksud sekolompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, dari
segi aspek adat resam, pakaian, bahasa, serta kegiatan ekonomi. Konsep ini ada kaitan dengan
ras dan bangsa. Etnik dikelaskan mengikut perbezaan budaya seperti adat resam, pola
keluarga, pakaian, pandangan tentang kecantikan, pengenalan politik, kegiatan ekonomi dan
hiburan. Contoh etnik di malaysia ialah orang melayu, cina, india, kadazandusun dan
melanau.
2.6 KONSEP MASYARAKAT

Menurut Kamus Dewan (2006), masyarakat adalah sekumpulan manusia yang hidup bersama
di sesuatu tempat dengan aturan dan cara hidup tertentu. Menurut Musa Abu Hassan (2000),
masyarakat adalah sekelompok manusia yang mempunyai cara gaya hidup, norma, nilai,
budaya, bahasa, sistem komunikasi dan struktur tertentu. Setiap ahli dalam masyarakat
mempunyai peranan serta fungsi tertentu untuk meneruskan kewujudan kelompok tersebut
dan ciri-ciri ini berbeza dari kelompok ke kelompok lain. Umumnya, ciri-ciri masyarakat
adalah seperti berikut:

Hidup berkelompok.
Mempunyai budaya.
Mengalami perubahan.
Saling berinteraksi dalam dan luar kelompok.
Ada kepimpinan.
Mempunyai aturan sosial seperti susun lapis, kelas, status dan kasta.

2.7 KEPELBAGAIAN HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA


Masyarakat merupakan kelompok manusia yang mempunyai budaya dikongsi bersama dan
berbeza dengan budaya lain serta mempunyai kawasan geografi tersendiri, bersepadu sebagai
satu kelompok dan melihat diri mereka berbeza berbanding orang lain. Umumnya, masyarakat
saling berinteraksi dan berkongsi wilayah sama serta terlibat atau mengamalkan budaya yang
sama. Terdapat tiga kumpulan etnik utama di Malaysia iaitu Melayu (pribumi Semenanjung
Malaysia, Sabah dan Sarawak), Cina dan India.
2.7.1 Masyarakat Melayu (Pribumi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak)
Konsep pribumi secara umum merujuk kepada kumpulan etnik yang naif kepada
wilayah dituntut dan dipertahankan sepenuhnya oleh sesebuah negara. Konsep pribumi secara
khusus pula merujuk kepada penduduk asal Malaysia yang terdiri daripada orang melayu dan
orang asli di Semenanjung Malaysia serta kumpulan etnik pribumi di Sabah dan Sarawak.
2.7.2 Masyarakat Pribumi Semenanjung Malaysia
Masyarakat Pribumi di Semenanjung Malaysia meliputi orang Melayu dan orang asli.
Orang asli terbahagi kepada tiga kumpulan utama iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli atau
Melayu-Proto. Kumpulan Negrito terdiri daripada suku bangsa Kinsui, Kintak, Lanoh, Jahai,
Mendrig dan Bateq. Kumpulan Senoi terdiri daripada suku bangsa Temiar, Semai, Semoq
Beri, Che Wong, Jah Hut dan Mahmeri. Kumpulan Melayu Asli dan Melayu-Proto terdiri
8

daripada suku bangsa Temuan, Semelai, Jakun, Orang Kanaq, Orang Kuala, Orang Seletar
dan Orang Laut.
2.7.3 Masyarakat Pribumi di Sabah
Masyarakat di Sabah terdiri daripada empat kelompok utama seperti Kadazan Dusun
Masyarakat Pribumi di Sabah dikatakan berasal daripada Tanah Besar Asia yang bertutur
dalam kelompok bahasa Austronesia. Masyarakat Pribumi di Sabah adalah Kadazan / Dusun,
Murut, Lun Dayeh, Bisaya, Bajau, Kedayan, Orang Sungei, Melayu Brunei, Iranun dan Suluk.
2.7.4 Masyarakat Pribumi di Sarawak
Di Sarawak etnik Dayak, Melayu dan Melanau berjumlah 73.2 peratus daripada 2.181
juta orang penduduk Sarawak. Etnik Dayak mewakili 44.3 peratus daripada jumlah penduduk
diikut oleh etnik Melayu sebanyak 23.2 peratus dan Melanau sebanyak 5.7 peratus.
Masyarakat Pribumi di Sarawak adalah Bidayuh, Iban, Melayu, Kayan, Kenyah, Kelabit,
Murut dan Lun Bawang, Punan, Penan, Melanau, Kedayan dan Bisayah.
2.7.5 Masyarakat Cina
Menurut sejarah, Masyarakat Cina mula bertapak di Malaysia pada zaman Keagungan
kerajaan kerajaan Melayu Melaka. Petempatan awal orang Cina adalah di Melaka. Pada tahun
1403, Laksamana Yin Ching mengetuai rombongan di Melaka membawa permintaan
Parameswara kepada Maharaja China memohon untuk bernaung di bawah perlindungan
negara China. Pada tahun 1405, utusan dari China diketuai Laksamana Cheng Ho membawa
perutusan pengiktirafan Parameswara sebagai pemerintah kerajaan Melaka oleh maharaja
China. Melaka terus berkembang sebagai pusat perdagangan yang masyhur.
Kegemilangan Melaka menyebabkan maharaja China menghantar puterinya iaitu
Puteri Hang Li Po untuk dikahwinkan dengan sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Syah. Puteri
Hang Li Po bersama pengikutnya kira-kira 500 orang telah disambut baik oleh sultan Melaka
dan kesemuanya memeluk agama Islam. Dipercayai Puteri Hang Li Po dan pengikutnya
menetap di suatu tempat dalam daerah Melaka yang dihadiahkan oleh sultan. Kawasan
petempatan dinamakan Bukit Cina. Perkahwinan sekufu dan silang budaya masyarakat Cina
telah meningkatkan hubungan diplomatik di antara negara China dengan Melaka serta
mewujudkan masyarakat Cina terawal di Melaka khasnya dan di negara ini amnya.

Mengikut catatan sejarah, masyarakat Cina di Malaysia berasal dari China Selatan
iaitu dari wilayah Fukien, Kwangtung dan Kwangsi. Kelompok utama etnik Cina adalah
Hokien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Kemasukan etnik Cina di Malaysia
dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan sejak tahun 1848 hingga 1914. Selepas
tahun 1914, majoriti kemasukan orang-orang Cina adalah secara persendirian. Etnik Cina
aktif sebagai pekerja lombong (di kawasan Kuala Lumpur, Ipoh, Taiping, Ampang, Seremban
dan lain-lain) dan membuka kedai runcit.
2.7.6 Masyarakat India
Mengikut catatan sejarah, masyarakat India di Malaysia berasal dari India Selatan
(Tamil Nadu). Kelompok utama etnik India adalah Tamil, Malayani, Telugu dan Sikh.
Kemasukan etnik India di Malaysia dipercayai melalui sistem Kontrak yang diperkenalkan
sejak tahun 1880an hingga 1910. Pada tahun 1891, terdapat 75,000 orang India di Tanah
Melayu dan jumlah ini telah meningkat kepada 471,536 orang pada tahun 1921. Etnik India
aktif sebagai buruh ladang getah dan pekerja kemudahan asas (buruh pembinaan) seperti
membina jalanraya dan keretapi.

3.0 HEGEMONI BARAT SERTA IMPLIKASINYA KE ATAS HUBUNGAN ETNIK DI


MALAYSIA
Kita hidup dalam dunia yang berputar sekeliling Eropah. Ke arah mana pun kita berpaling,
kita nampak bukti penguasaan orang eropah ke atas dunia. Apa yang kita dengar dan apa yang
kita fikir, banyak dipengaruhi oleh tanggapan dan pemikiran orang eropah.
Akan tetapi kita, kita bukan Eropah, tahu amat sedikit mengenai orang yang
memainkan peranan begitu besar dalam setiap aspek kehidupan kita. Apa yang kita tahu
mengenai mereka adalah apa yang mereka beritahu kepada kita mengenai diri mereka. Jadi,
walaupun mereka cuba untuk berkecuali, apa yang mereka beritahu mengenai diri mereka
tetap berat sebelah. Tidak dapat tidak mereka melihat diri mereka dalam bentuk yang mereka
mahu orang lain lihat.
Mereka sudah melepaskan empayar mereka, tetapi tidak kehilangan pengaruh mereka
ke atas dunia, bahkan lebih berpengaruh lagi. Mereka secara terang-terangan menguasai
politik antarabangsa, ekonomi antarabangsa, ilmu dan maklumat moden, sains dan teknologi,
idea dan ideologi, bahasa, sistemdan kaedah melakukan sesuatu, termasuk pentadbiran negara
10

cara moden. Mereka amat kuat dari segi ketenteraan, mengenakan dominasi politik ke atas
dunia keseluruhannya, malah sehingga ke angkasa lepas. Bahkan tidak ada satu apa pun yang
berlaku di dunia, yang terpisah dan tidak ada kaitan dengan orang Eropah. ( Memoir Tun
Dr.Mahathir Mohamad : 2011, 449).
Hegemoni Barat berlaku dalam pelbagai bidang kehidupan rakyat Malaysia. Dalam
bidang sains dan teknologi,Barat harus dijadikan kayu ukur. Begitu juga dalam bidang
ekonomi dan politik, kita dikehendaki sentiasa akur kepada keperluan dan agenda Barat.Yang
tidak akur akan dilabel sebagai puak pelampau atau penentang pemodenan dan melanggar
berbagai-bagai hak asasi manusia. Barat menggunakan konsep globalisasi untuk
mengukuhkan hegemoni mereka. Kita harus menerima label sebagai pengikut setia mereka,
dan kalau kita ingin lari atau menyimpang daripada pendirian ini kita akan disusahkan dengan
pelbagai halangan dan sekatan sama ada yang bersifat antarabangsa atau oleh negara tertentu.
Negara-negara bukan Barat, tidak pula terus menerus menerima penguasaan atau penaklukan
cara baru tamadun Barat terhadap mereka. Terdapat pelbagai bentuk penentangan dan
sanggahan terhadap penguasaan atau hegemoni Barat ini, dan ini kadangkala menghasilkan
pergeseran atau pertembungan yang agak merancing. Pertembungan budaya atau sering kali
disebut sebagai clash of civilizations boleh mengancamkeamanan dunia (Huntington 1996).
Order dunia baru yang cuba dibentuk dan diperkukuhkan oleh Barat dianggap sebagai satu
bentuk ketakadilan sejagat atau penjajahan era moden.
Bagi Barat, mereka haras teras menjadi tuan, dan kita selamanya harus menjadi
pengikut yang setia. Jika sesebuah negara ingin menanggalkan status sebagai pengikut yang
setia, kita berkemungkinan besar akan dikategorikan sebagai ekstremis, sepertimana yang
sedang dihadapi oleh sesetengah negara masa kini. Konsep hegemoni harus direlakan,
walaupun secara terpaksa. Fenomena rela dalam paksa menyebabkan pelbagai bentuk
hegemoni.
Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan
pembangunan negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat
Malaysia itu sendiri untuk mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini
adalah kerana memandangkan penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza
dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi, lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usahausaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan di kalangan masyarakat sering
menghadapi cabaran serta masalahnya.Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) .... the road to
11

a cohesive and proggressive society is a long and ardous one which to use the Malay phrase,
is full of onak dan duri.
3.1 HEGEMONI BARAT DARI ASPEK SOSIAL
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut
pemisahan fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan
kontrak sosial.
Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul
akibat daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus
menjajah Malaysia. Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) pihak British telah
melahirkan masyarakat majmuk yang mempunyai ciri-ciri berbeza dari segi penempatan.
Etnik Melayu tertumpu di kawasan kampung-kampung, Etnik Cina tertumpu di kawasan
bandar, Etnik India tertumpu di kawasan estet dan ladang-ladang. Ketiga-ketiga kumpulan
kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat tinggal, malahan mereka
menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga menyebabkan sesuatu golongan
etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan lebih kerap di antara sesama
mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayah yang berbeza. Hal ini berlaku akibat
pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak yang terpisah
oleh Laut China Selatan. Implikasinya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan
dari aspek lokasi yang berbeza merupakan perkembangan yang kurang sihat dalam
pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya meningkatkan lagi perasaan
kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang melihatkan
kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi
sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Contoh yang boleh kita nyatakan di
sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam memahami cara hidup
masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan mahupun
adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat
tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk
menjadi negara yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan
terasing dari arus pemodenan negara.
Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing. Setiap golongan etnik
mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar Melayu
12

menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar
Cina menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa
perantaraan, manakala, pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa
Tamil. Sistem persekolahan yang memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan
etnik kurang memainkan peranan yang berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman
dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di
antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan etnik ini hanya memberikan kesan
yang negatif kepada negara Malaysia. Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa
ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka
akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk mempelajari bahasa kaum yang
lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah mengamalkan sistem
pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada
penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga
dilupakan bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para
pemimpin untuk mentadbir negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran
mereka hanya disogok dengan etnik mereka sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada
dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga mengalami kesukaran untuk
mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik yang berbeza.
Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk. Dari sudut polarisasi
dalam kalangan pelajar yang dapat kita lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada
peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat sekolah menegah dan institut
pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS) masih wujud.
Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini
adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat
diterapkan dengan berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita
lihat, pada masa kini masih ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk
menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak
mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana merasakan struktur pendidikan di sekolah
tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak mereka. Sukar sekali untuk kita
memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang perlu kita hormati.
Selain itu , Hegemoni Barat terhadap Bahasa dan Intelektual, Sebenarnya penggunaan
bahasa pengantar juga secara tidak langsung menunjukkan hegemoni Barat. Penguasaan
bahasa Inggeris menjadi begitu penting di Malaysia sehingga kerajaan sanggup melaksanakan
13

Program Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) pada peringkat
sekolah supaya para pelajar dapat menguasai bahasa Inggeris dengan baik lantas
membolehkan kita berinteraksi dengan masyarakat barat. Bahasa ini juga memberikan kesan
yang buruk kepada negara Malaysia khususnya. Hal ini demikian kerana bahasa kebangsaan
iaitu bahasa Melayu yang digunakan oleh semua etnik di malaysia selama ini akan dilupakan
sedikit demi sedikit kerana lebih mementingkan bahasa Inggeris sebagai bahasa intelektual.
3.2 HEGEMONI BARAT DARI ASPEK EKONOMI
Hegemoni barat dan globalisasi telah menjadikan ekonomi dunia sebagai satukod undangundang ekonomi seragam yang diamalkan dan diguna pakai oleh seluruh masyarakat
dunia.Halangan ekonomi antara sebuah negara dengan negaralain telah terhapus dalam tiga
aspek utama ekonomi iaitu perdagangan, kewangan dan pelaburan. Ekonomi Barat ini banyak
digunakan oleh Masyarakat Malaysia kini.
Istilah pecah dan perintah sangat lazim dengan masyarakat di Malaysia dan majoriti
daripada kita tahu tentang istilah tersebut. Kemasukan migran iaitu Cina dan India
menyebabkan pendudukan di Tanah Melayu telah diperintah berdasarkan istilah pecah dan
perintah. Kaum-kaum terbesar di Malaysia dipecah-pecahkan kekawasan Etnik Melayu
tertumpu di kawasan kampung-kampung dan bekerja sebagai petani, pesawah, nelayan,
pertukangan dan sebagainya. Etnik Cina tertumpu di kawasan bandar dan bekerja di kawasan
lombong, melibatkan diri dalam perniagaan runcit dan sebagainya. Etnik India tertumpu di
kawasan estet dan ladang-ladang. Bekerja sebagai penoreh, buruh binaan dan sebagainya.
Perkara ini telah menyebabkan jurang ekonomi bagi tiga kaum terbesar ini telah menjadi
sangat luas dan sangat ketara perbezaannya. Inilah antara cara barat mentadbir ekonomi di
Tanah Melayu suatu ketika dahulu, menyebabkan penguasaan ekomoni mengikut etnik
berlaku sehingga ke hari ini. Penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi
setiap etnik. Majoriti kaum Melayu menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak
tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah. Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai
sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan menggunakan teknologi moden.
Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet getah dan kelapa
sawit.
Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara
Malaysia. Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk
14

berusaha mendapatkan hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang
berbeza serta jurang pendapatan yang tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam
masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua
golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam sektor pertanian mendapat pendapatan
yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan kemiskinan. Situasi yang sama
juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan kelapa sawit adalah
berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka, pulangannya
tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang
cukup mewah. Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan
lubang perniagaan banyak diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu
timbulnya persoalan di lubuk pemikiran mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini
mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara. Isu-isu sebegini merupakan perkara
yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.
kesan daripada hegemoni barat dalam aspek ekonomi menyebabkan perpaduan negara
tidak boleh dipupuk seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskin dan peluang
pekerjaan produktif yang tidak mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di
kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan
negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam kalangan kelompok etnik yang
tertentu sahaja dan turut menyebabkan golongan etnik yang kaya tidak mahu bergaul atau
bercampur dengan golongan etnik yang miskin kerana status pendapatan yang berbeza.
3.3 HEGEMONI BARAT DARI ASPEK MEDIA
Media memainkan peranan yang penting dalam penyebaran maklumat dan informasi
khususnya dalam konteks pembangunan tamadun sesebuah bangsa. Kesan revolusi teknologi
maklumat dan komunikasi memberi kesan yang besar terhadap cara hidup masyarakat dunia.
Pihak Barat telah berjaya mendominasi penyebaran maklumat dan berita antarabangsa melalui
kemajuan dan perkembangan teknologi mereka. Agensi berita Barat mempunyai pengaruh
yang besar dan mereka bebas untuk mengolah sesuatu berita dan maklumat tentang sesuatu
peristiwa mengikut kaca mata mereka.
Penguasaan media merupakan satu perkara yang penting dalam pengekalan hegemoni
Barat. Media massa merupakan tempat di mana Masyarakat Malaysia akan mendapat pelbagai
maklumat tentang dunia sekeliling mereka. Melalui media massa juga Masyarakat Malaysia
15

boleh mendapatkan beberapa bentuk hiburan yang mengisi masa lapang mereka. Media massa
memainkan peranan penting dalam pembentukan minda dan persepsi masyarakat awam.
Masyarakat Barat mempunyai hampir kuasa penuh terhadap media massa dan penyebaran
maklumat. Penyebaran maklumat melalui media massa pada waktu ini kebanyakannya
dilakukan melalui tiga cara, siaran televisyen dan radio, internet dan media cetak.
Pihak Barat juga menggunakan media mereka untuk melemparkan pelbagai tuduhan
palsu pada negara-negara Islam bertujuan untuk mengekalkan, menjamin dan memenuhi
segala kepentingan mereka. Pertubuhan-pertubuhan Islam yang aktif dalam bidang dakwah
juga menjadi mangsa media Barat. Mereka sering dikaitkan dengan kegiatan terorisme dan
subversif yang menggugat keamanan dunia.Oleh sebab itu,kegiatan mereka diharamkan
seperti, Tabligh, Toliban, Mujahidin dan Ikhwa-nul Muslimin. Perkara ini juga dipandang oleh
Masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai agama. Berdasarkan pengaruh Barat ini,
Masyarakat Malaysia yang tidak beragama Islam ini akan memandang remeh terhadap
Masyarakat Malaysia yang beragama Islam dan akan menganggap mereka sebagai
pengganas. Barat telah menggunakan media untuk menyebarkan keburukan agama Islam
dan penganutnya.Umat Islam di dunia ini sering digambarkan sebagai pemberontak dan
golongan yang sering menimbulkan kekecohan.
Tambahan itu juga, hegemoni Barat ini juga memberi kesan yang amat cepat kepada
media. Hal ini demikian kerana, perpindahan maklumat yang diperoleh amat pantas dan
senang diperolehi oleh Masyarakat pelbagai etnik Malaysia. Berita-berita yang diperoleh juga
akan menjatuhkan serta menaikkan seseorang. Secara tidak langsung, Masyarakat Malaysia
akan membentuk pandangan dan sikap yang tersendiri dengan berita-berita yang disebarkan
melalui media. Ini menyebabkan Masyarakat Malaysia saling menuduh dan menfitnah tanpa
menyemak sama ada berita yang disebarkan itu adalah benar atau tidak, akibatnya berlaku
pergaduhan dan permusuhan dalam kalangan pelbagai etnik di malaysia.
Kuasa Barat juga menjadikan media komunikasi mereka sebagai senjata utama yang
mampu menyebarkan segala maklumat dan propaganda mereka. MediaBarat ini berada
dimana-mana dan liputan mereka juga pantas dan menyeluruh. Contohnya, Cable News
Network (CNN), British Broadcasting Corporation (BBC), Reuters, The Associated Press dan
lain-lain adalah beberapa contoh media Barat. Kumpulan-kumpulan media ini sememangnya
memaparkan berita yang isi kandungannya lebih menyebelahi Amerika Syarikat dan Britain.

16

Selain saluran gergasi CNN dan BBC News , terdapat beberapa saluran berita lain. Antaranya
adalah Sky News (Great Britain) dan Al Jazeera.

Gambar 1 : Antara berita yang disebarkan oleh Barat tentang segala maklumat dan
propaganda serta mendapat pengaruh yang cukup kuat di Malaysia
Wartawan diseluruh dunia termasuk wartawan yang berasal dari Malaysia bergantung
kepada media Barat ini sebagai sumber dan bahan berita. Segala maklumat dan berita ini
tentulah dikuasai dan dimanipulasikan oleh media Barat ini.Media Barat boleh menentukan
dengan meluasnya bagaimana maklumat tentang peristiwa antarabangsa yang diolah dan
dipersembahkan kepada masyarakat dunia.Sesuatu cerita atau peristiwa itu diolah dan
dipersembahkan demi memperolehi kepentingan pihak tertentu.
Fenomena laman sosial dan laman sesawang yang dibawa oleh pemikiran Barat dan
pengaruh Barat ini juga berjaya menguasai minda dan pemikiran Masyarakat Malaysia.
Antara laman sosial dan laman sesawang yang sering digunakan dan diluangkan oleh
Masyarakat Malaysia adalah seperti Facebook,Twitter, MySpace, Skype dan sebagainya.
Laman-laman sosial dan sesawang ini bukan sahaja digilai masyarakat remaja dan kanak-

17

kanak, malah masyarakat yang sudah berumur juga seronok menggunakan perkhidmatan yang
disediakan oleh Barat ini.

Gambar 2 : Laman sosial dan sesawang yang didominasi oleh Barat yang digilai oleh
Masyarakat Malaysia masa kini
Fenomena terhadap laman sosial ini membawa banyak kesan buruk kepada rakyat di
malaysia kerana menyebabkan ketagihan serta melekakan dan melalaikan penggunanya.
Gejala sosial juga meningkat kerana pergaulan bebas melalui laman sosial ini. Selain itu,
kewujudan laman sosial boleh menyebabkan terhakisnya pergaulan realiti, akibatnya wujud
masyarakat yang kurang prihatin dan tidak berminat untuk mengambil tahu atau bergaul
dengan masyarakat sekeliling, sama ada keluarga sendiri mahupun jiran tetangga. Keadaan ini
menjadi punca pergaulan pelbagai etnik di Malaysia menjadi renggang.
Selain itu, hegamoni Barat telah memberi kesan kepada media massa Malaysia yang
mana filem-filem yang berunsurkan maksiat dan kurang sesuai ditayangkan kepada umum
telah menjadi suatu kebiasaan kepada masyarakat Malaysia. Filem dari Barat ini akan
mendapat keuntungan yang tinggi melalui pendapatan filem yang disiarkan di serata dunia.
Masyarakat Malaysia juga minat dengan filem-filem dari Barat ini kerana ada menyiarkan dan
menyelitkan unsur seks antara lelaki dan perempuan bahkan golongan masyarakat yang
berumur antara 11tahun sudah bercakap tentang seks. Filem-filem Barat ini juga banyak
memaparkan tentang keganasan, lucah, tahyul, pengagungan sains tanpa batasan, gagal
mendidik jiwa penonton serta tiada penerapan nilai-nilai akhlak dan moral. Akibatnya hilang
18

nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan rakyat malaysia pelbagai etnik. Keadaan ini
memberi kesan ke atas hubungan etnik di Malaysia kerana hilangnya sikap hormat
menghormati dan akhlak yang baik antara etnik di Malaysia.
3.4 HEGEMONI BARAT TERHADAP BUDAYA
Masyarakat Malaysia pada masa kini telah banyak melakukan aktiviti harian mereka dengan
mengikut cara Barat. Dalam keghairahan mengejar gaya hidup kebaratan ini, masyarakat kini
secara umumnya sudah tiada rasa bersalah dalam mengamalkan gaya hidup barat yang ditiru
secara total. Islam juga melarang umatnya berkelakuan seperti dengan kaum-kaum yang lain.
Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka
( AbdulLah bin Umar, Huzaifah bin al-Yaman dan Anas bin Malik )
Hegemoni Barat boleh dikatakan satu keadaan di mana pengaruh pemikiran
masyarakat Barat dalam hampir semua perkara yang dilakukan dalam kehidupan seharian
yang begitu ketara. Kita menerima pemikiran barat sebagai satu kebiasaan. Jikalau kita
bekerja, kita selalunya, bekerja dari pukul 9 sehingga pukul 5 setiap haridari hari Isnin hingga
Jumaat. Apabila diperhatikan dengan rapi, kita bekerja 8 jam sehari. Kita tidur 8 jam dan kita
beriadah atau melakukan kerja lain selama 8 jam yang lebihnya pada tiap tiap hari.Ini
merupakan salah satu hegemoni Barat.
Pembahagian waktu sedemikian merupakan etika kerja Prostestan (Protestant Work
Ethic). Mengikut pemikiran barat, pekerjaan sepenuh masa merupakan pekerjaan yang
memakan masa selama 40 jam seminggu. Masa lebih 40 jam dianggap sebagai overtime.
Ahad pula merupakan hari untuk melakukan ibadat mengikut kepercayaan agama Kristian.
Perubahan yang kita lakukan kepada sistem pemikiran ini hanyalah dengan mengubah waktu
pekerjaan hari Jumaat supaya terdapat cukup masa untuk orang Islam melakukan ibadat solat
Jumaat. Apabila kita mengikut sistem ini secara langsung kita dipengaruhi oleh masyarakat
Barat.
Ledakan teknologi yang canggih juga merupakan bentuk penjajahan yang baru di
Malaysia. Hal ini demikian kerana, ramai masyarakat Malaysia yang menggunakan teknologi
maklumat ini untuk mencari maklumat. Tambahan itu juga, teknologi ini bukan sahaja
berfungsi menyampaikan dan menyalurkan maklumat, tetapi natijahnya sistem ini juga

19

mendekatkan dunia menjadi dunia semakin sempit dan menjadikan maklumat sebagai
komoditi bisnes baru.

Gambar 3 : Ledakan teknologi maklumat yang menjadi penjajahan pemikiran


Masyarakat Malaysia
Pelbagai jenis makanan Barat yang telah berkembang di Malaysia dan dinikmati oleh
seluruh Masyarakat di Malaysia. Mc Donalds, Kentucky Fried Chicken, Pizza Hut .
kesannya Makanan tradisi dari pelbagai etnik di malaysia hanya boleh dinikmati pada harihari tertentu dan golongan pembuatnya semakin pudar. Impak daripada budaya makan
makanan Barat ini juga, Masyarakat Malaysia akan menjadi lebih individualistik sebagaimana
orang Amerika di pasca moden, pembentukan sikap individualistik ini memberikan implikasi
terhadap hubungan etnik di Malaysia kerana masyarakat pelbagai etnik yang terdapat di
malaysia hanya akan mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan etnik lain. Kebudayaan
ketimuran seperti makan berjemaah bersama-sama keluarga juga akan mula dilupakan dalam
masyarakat abad ini.
20

Gambar 4 : Makanan Barat yang menjadi kegemaran Masyarakat Malaysia


Menurut Osman Bakar (1997), menerusi kolonialisme Barat berjaya membentuk satu
persepsi cultural superiority dalam kalangan masyarakat dunia termasuk Masyarakat
Malaysia. Gaya hidup Barat yang mengamalkan hubungan seks tanpa ikatan perkahwinan,
hubungan seks rambang serta songsang melibatkan hubungan sesama jenis turut meresap ke
dalam kehidupan anak muda di seluruh dunia. Budaya kehidupan sedemikian sebenarnya
menyeleweng daripada tatasusila kehidupan manusia normal tetapi ia semakin kuat
mempengaruhi generasi muda sekarang sehingga budaya tempatan yang lebih sopan
ditinggalkan. pengaruh Barat ini juga mewujudkan pelbagai unsur-unsur yang negatif
darisegi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya menyesatkan para remaja
yang menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning yang songsang ini.
Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam kancah
jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas.

21

Gambar 5 : Kesan Hegemoni Barat terhadap budaya Masyarakat Malaysia


Masyarakat kini makin hilang nilai-nilai murni dan mulia. Masyarakat Malaysia kini
sudah jarang bertegur sapa, jiran tidak lagi bantu membantu dan bertoleransi.Dunia Barat
mengajar masyarakat untuk hidup secara sendirian tanpa pertolongan dari orang lain. Akibat
kesan globalisasi dan konsep hidup berkiblatkan nafsu, tidak ada lagi masyarakat yang
sanggup berkongsi kesusahan dan kesengsaraan. Begitu berubahnya nilai-nilai murni ini
hingga kerajaan terpaksa melancarkan pelbagai kempen seperti Kempen Budi Bahasa dan
Nilai Murni, Kempen Kami Prihatin danterkini Kempen Amalan Senyum.
Masyarakat kini makin hilang nilai-nilai murni dan mulia. Masyarakat Malaysia terdiri
daripada pelbagai etnik kini sudah jarang bertegur sapa, jiran tidak lagi bantu membantu dan
bertoleransi. Dunia Barat mengajar masyarakat untuk hidup secara sendirian tanpa
pertolongan dari orang lain. Akibat kesan globalisasi dan konsep hidup berkiblatkan nafsu,
tidakada lagi masyarakat yang sanggup berkongsi kesusahan dan kesengsaraan. Begitu
berubahnya nilai-nilai murni ini hingga kerajaan terpaksa melancarkan pelbagai kempen
seperti Kempen Budi Bahasa dan Nilai Murni, Kempen Kami Prihatin dan terkini Kempen
Amalan Senyum.

4.0 PENUTUP
Kebangkitan tamadun Barat selepas kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol telah
membuka era baru kepada dasar penguasaan Barat terhadap negara lain terutamanya negara
22

Islam. Kebangkitan yang diiringi dengan pelbagai kemajuanketenteraan, ekonomi dan


kewangan telah menjadikan Barat sebuah kuasa yang menggunakan kuasanya untuk
kepentingan diri sendiri. Barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat menjalankan pelbagai
dasar luar yang kononnya untuk menegakkan keadilan namun semuanya ternyata hanya
retorika mereka sahaja.
Di malaysia mengikut rentetan sejarah, Penduduk dominan Malaysia sebelum
wujudnya penjajahan dari negara-negara luar adalah Melayu. Suatu ketika dulu, Malaysia
juga dikenali dengan nama Tanah Melayu. Pembentukkan Malaysia pada 16 September 1969,
Tanah Melayu digantikan dengan nama Malaysia. Malaysia telah dijajah sejak 20 Mac 1824
sehingga 31 ogos 1957. Secara tidak langsung bermula hegemoni barat di tanah melayu pada
ketika itu. Tempoh 129 tahun telah banyak memberi implikasi kepada pembangunan negara
sehingga kini termasuklah perhubungan etnik di negara ini.
Hegemoni barat dan globalisasi dilihat membawa banyak keburukan kepada kita
semua terutamanya di timur. Ia sudah lama mempengaruhi kita sedikit demi

sedikit

sehinggalah sekarang. Hampir semua aspek kehidupan masyarakat kini sedang menjalani
proses globalisasi yang secara langsung membawa kita ke satu sistem dunia yang diseragam
dan didalam acuan kuasa Barat.
Melalui hegemoni yang begitu kuat sama ada media, ekonomi, politik, sosialdan
budaya, kita melihat Barat seolah-olah telah berjaya menguasai dunia tanpasempadan.
Melalui perkembangan teknologi yang begitu hebat, penjajahan ini tetapakan berlaku
walaupun tanpa kehadiran mereka di kalangan negara-negara yang dijajah. Arus globalisasi
yang kita hadapi hanya membenarkan satu budaya dan satugaya hidup. Orang yang tidak
menerimanya dianggap ketinggalan zaman. Hanya yang mempunyai kekuatan dan jati diri
mampu bertahan daripada arus ini.

BIBLIOGRAFI
BUKU
Tun Dr Mahathir Mohamad (2012), Doktor Umum Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad,
MPH Group Publishing Sdn. Bhd.
Ahmad Ali Seman PhD, Warti BT Kimi (2014), Hubungan Etnik Di Malaysia, Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

23

Dr. Zaid Ahmad, Dr. Ho Hui Ling, Dr. Sarjit Singh Gill, Ahmad Tarmizi Talib, Ku Halim Ku
Arifin, Lee Yok Fee, Nazri Muslim, Ruslan Zainuddin. (2006), Hubungan Etnik Di Malaysia,
Oxford Fajar Sdn. Bhd.
INTERNET
http://www.scribd.com/doc/94381208/4/DEFINISI-HEGEMONI-BARAT
http://www.slideshare.net/5015/pengaruh-barat-dari-aspek-politik
http://www.scribd.com/doc/15080867/cabaran-peranan-hubungan-etnik
http://oliy777.blogspot.com/2010/02/1.html
http://noorhistory.blogspot.com/2010/03/hegemoni-barat-dan-globalisasirealiti.html
http://www.cheme.utm.my/cheme/images/Undergraduate/SUBJECT/ULT1022/Isu
%20Kontemporari%20Hegemoni%20Barat.pdf

24

Anda mungkin juga menyukai