Anda di halaman 1dari 11

KESAN LATIHAN BICARA KENDIRI POSITIF TERHADAP KEBIMBANGAN KOGNITIF,

SOMATIK DAN KEYAKINAN DIRI ATLET TAEKWONDO ITF PERAK SEBELUM


PERTANDINGAN
Nor Fazila Abd Malek
Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan
Universiti Pendidikan Sultan Idris

Abstrak : Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan latihan bicara kendiri positif terhadap
kebimbangan dan keyakinan diri sebelum pertandingan bagi atlet-atlet Taekwondo ITF negeri Perak
yang menyertai Kejohanan Taekwondo Peringkat Kebangsaan 2016. Seramai 20 orang peserta (11
lelaki dan 9 perempuan) terlibat dalam kajian ini, yang dibahagikan secara rawak ke dalam dua
kumpulan, iaitu kumpulan eksperimen menerima latihan bicara kendiri positif selama 5 minggu,
manakala kumpulan kawalan tidak menerima sebarang intervensi. Borang soal selidik Competitive
State Anxiety Inventory– 2 (CSAI2) digunakan sebagai instrument kajian untuk mengukur tahap
kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri semasa ujian pra dan pasca. Data kemudiannya
dianalisis dengan program SPSS menggunakan kaedah Paired sample T-Test secara berasingan
terhadap kedua-dua kumpulan untuk melihat perbandingan tahap kebimbangan dan keyakinan diri
semasa ujian pra dan pasca. Hasil kajian mendapati latihan intervensi selama 5 minggu berjaya
menggurangkan kebimbangan kognitif, p = 0.002 < 0.05, kebimbangan somatik p = 0.010 < 0.05 dan
meningkatkan keyakinan diri, p = 0.000 < 0.05. Manakala bagi kumpulan kawalan pula tidak terdapat
perbezaan yang signifikan terhadap kebimbangan kognitif p = 0.066 > 0.05 dan keyakinan diri p =
0.130 > 0.05, malahan terdapat peningkatan terhadap tahap kebimbangan somatik p = 0.045 < 0.05.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan bahawa latihan bicara kendiri positif berjaya
menggurangkan kebimbangan dan meningkatkan keyakinan diri sebelum pertandingan Atlet
Taekwondo ITF Perak.

Kata kunci : Latihan bicara kendiri, Kebimbangan sebelum pertandingan, Atlet taekwondo

Pengenalan
Walaupun kebanyakkan atlet mempunyai persembahan yang baik semasa latihan, namun tidak semua
atlet mampu untuk memindahkan keupayaan atau kemahiran semasa latihan kedalam pertandingan
(Esfahani et al., 2010). Pengurangan prestasi semasa pertandingan berbanding semasa latihan boleh
disebabkan oleh pelbagai faktor yang berkaitan dengan mood negatif seperti pengurangan motivasi,
tumpuan dan faktor lain yang berkaitan mental seperti kebimbangan. Hal ini kerana, atlet yang terlibat
dalam sukan tempur seperti Taekwondo, bukan sahaja memerlukan tahap teknikal, taktikal, fizikal
kecergasan dan ciri-ciri fisiologi, tetapi juga aspek psikologi yang baik (Chiodo et al., 2012).
Kebimbangan semasa pertandingan boleh dilihat daripada dua aspek iaitu kebimbangan trait
dan kebimbangan seketika, Kebimbangan yang dihadapi atlet sebelum pertandingan dikenali sebagai
kebimbangan pra pertandingan. Kebimbangan pra-pertandingan adalah keadaan kebangkitan pada
fisiologi tubuh yang positif atau negatif dan berlaku pada diri seseorang individu sepanjang hayat 24
jam sebelum sesuatu pertandingan dijalankan (Cashmore, 2002; Tamorri, 2004).
Dalam sukan, bicara kendiri yang positif merupakan salah satu strategi kognitif yang boleh
menyakinkan individu untuk mencapai prestasi yang diingini, ianya digambarkan sebagai sesuatu yang
dapat meningkatkan harga diri, motivasi dan konsentrasi. Sebaliknya, kata kendiri negatif boleh
mempengaruhi atlet secara negatif dimana ia boleh menghasilkan kebimbangan, tekanan penilaian yang
tidak baik terhadap diri sendiri. (Johnson, Hrycaiko, Johnson, & Halas, 2004; Hatzigeorgiadis,
Theodorakis, & Zourbanos, 2004). Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat kesan latihan bicara
kendiri positif terhadap kebimbangan dan keyakinan diri sebelum pertandingan atlet Taekwondo ITF
Perak

Pernyataan Masalah
Secara keseluruhannya, kajian ini dijalankan terhadap atlet Taekwondo ITF Perak, separuh daripada
atlet Taekwondo ITF yang mewakili negeri Perak dalam kejohanan peringkat kebangsaan 2016
merupakan atlet pelapis muda yang pertama kali terlibat dipilih untuk mewakili negeri Perak. Oleh itu,
faktor kebimbangan dan kekurangan keyakinan diri merupakan aspek psikologi yang dikenalpasti boleh
mengganggu prestasi atlet dalam kejohanan tersebut, memandangkan atlet kekurangan pengalaman
beraksi di peringkat kebangsaan yang turut disertai peserta-peserta berpengalaman, seperti yang
dinyatakan oleh Mamassis & Doganis (2004) bahawa kebimbangan lebih tinggi kepada atlet muda
berbanding atlet yang lebih tua atau berpengalaman.

Objektif Kajian
1. Mengenalpasti kesan latihan bicara kendiri positif terhadap kebimbangan kognitif sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak.
2. Mengenalpasti kesan latihan bicara kendiri positif terhadap kebimbangan somatik sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak.
3. Mengenalpasti kesan latihan bicara kendiri positif terhadap keyakinan diri sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak.

Hipotesis kajian
Hipotesis Nol (Ho1):
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian pra dan pasca terhadap kebimbangan kognitif sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan eksperimen yang menerima latihan bicara
kendiri.
Hipotesis Nol (Ho2):
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian pra dan pasca terhadap kebimbangan somatik sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan eksperimen yang menerima latihan bicara
kendiri.
Hipotesis Nol (Ho3):
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian pra dan pasca terhadap keyakinan diri sebelum
pertandingan atlet Taekwondo Perak dalam kumpulan eksperimen yang menerima latihan bicara
kendiri.
Hipotesis Nol (Ho4):
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian pra dan pasca terhadap kebimbangan kognitif sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi.
Hipotesis Nol (Ho5):
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian pra dan pasca terhadap kebimbangan somatik sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi.
Hipotesis Nol (Ho6):
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan ujian pra dan pasca terhadap keyakinan diri sebelum
pertandingan atlet Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi.

Kepentingan Kajian
Atlet Taekwondo ITF Perak :
Membantu atlet dari aspek persediaan mental bagi menghadapi pertandingan, selain turut berpeluang
mempelajari kemahiran psikologi melalui intervensi yang diberikan iaitu latihan bicara kendiri positif.
Pendedahan ini memberi lebih kesedaran terhadap atlet kepentingan persediaan aspek fizikal dan
psikologi yang seimbang. Maklumat kajian ini seterusnya, dapat membantu atlet dalam mendapatkan
kaedah tambahan bagi menguruskan tahap kebimbangan mereka sebelum menghadapi pertandingan
pada masa akan datang. Hal ini secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan prestasi atlet
tersebut.

Terhadap Jurulatih
Dapatan yang diperolehi daripada kajian ini dapat membantu jurulatih untuk mengenalpasti tahap
kebimbangan atlet dalam pasukan mereka sebelum pertandingan. Sekaligus, membantu jurulatih dalam
meningkatkan tahap motivasi, semangat dan juga prestasi atlet. Oleh itu, maklumat daripada kajian ini
dapat meyakinkan jurulatih kepentingan untuk terlibat secara langsung dalam membantu atlet
mengaplikasikan latihan kemahiran psikologi sebelum, semasa dan selepas menjalani latihan
Taekwondo, memandangkan peranan sebagai jurulatih adalah sangat penting terhadap atlet.

Persatuan Taekwondo ITF Perak


Maklumat yang diperolehi boleh digunakan oleh pihak persatuan untuk merancang dan menganjurkan
program berkaitan persediaan aspek psikologi sukan seperti seminar atau kem yang dikendalikan oleh
pakar-pakar psikologi sukan untuk mendedahkan dan melaksanakan latihan kemahiran psikologi
kepada atlet-atlet sebagai persediaan bagi menghadapi pertandingan, sekaligus, membantu
meningkatkan lagi prestasi atlet-atlet ITF Perak.

Metodologi Kajian
Sampel kajian

Terdiri daripada dua puluh (20) orang atlet Taekwondo ITF Perak yang dipilih untuk mewakili
Negeri Perak dalam Kejohanan Taekwondo ITF peringkat Kebangsaan 2016. Atlet-atlet ini
terdiri daripada golongan yang berumur antara 17 tahun hingga 29 tahun dan merupakan
pemegang tali pinggang hitam gred 1st hingga 3rd.
Instrumen kajian
Kajian ini menggunakan Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2), (Martens, Burton, Vealy,
Bump & Smith, 1990) bagi mengukur kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri. Soal selidik
CSAI-2 ini mempunyai 27 item dan 3 konstrak . Kesahan & kebolehpercayaan ialah 0.79 hingga 0.83
Cronbach alpha.
Kerangka kajian

20 orang atlet Taekwondo ITF Perak yang terlibat untuk mewakili Negeri
Perak dalam Kejohanan Taekwondo ITF Peringkat Kebangsaan 2016.

Ujian pra Intervensi Ujian pasca

2. Competitive State 1. Pembahagian atlet 1. Competitive State


Anxiety Inventory-2 kepada 2 Anxiety Inventory-2
(CSAI-2) kumpulan secara (CSAI-2)
(Martens, Vealey, & rawak (Martens, Vealey, &
Burton, 1990) Burton, 1990)
2. Kumpulan
27 item, 3 konstruk: 27 item, 3 konstruk:
Eksperimen
i) Kebimbangan Kognitif  Intervensi i) Kebimbangan Kognitif
ii) Kebimbangan Somatik Bicara Kendiri ii) Kebimbangan Somatik
selama 5
iii) Keyakinan Diri minggu iii) Keyakinan Diri
Kesahan &  Sesi dijalankan Kesahan &
kebolehpercayaan: 0.79 seminggu kebolehpercayaan: 0.79
hingga 0.83 Cronbach sekali sebelum hingga 0.83 Cronbach
alpha dan selapas alpha
latihan selama
2. Diukur 5 minggu 2. 1 Jam sebelum
15 minit setiap
sebelum intervensi pertandingaan
dijalankan sesi

3. Kumpulan
Kawalan
 Tanpa
Intervensi
Bicara Kendiri

Analisis Data
Data dianalisis menggunakan Paired sample T-Test secara berasingan bagi kedua-dua kumpulan
eksperimen dan kawalan bagi mendapatkan maklumat perbezaan tahap kebimbangan kognitif, somatik
dan keyakinan diri atlet semasa ujian pra dan pasca.
Tahap Kebimbangan Kognitif Ujian Pra Dan Pasca Bagi Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.4 Analisis Paired Sample T-Test tahap kebimbangan kognitif dalam kalangan atlet Taekwondo
ITF Perak bagi kumpulan eksperimen

Min Bilangan Sisihan Nilai df Sig


Piawai
t (2-Tailed)

Pra Kognitif 21.10 10 3.69 4.272 9 .002


Pasca Kognitif 17.00 10 2.98

Berdasarkan jadual 4.4, dapatan menjelaskan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor tahap
kebimbangan pra kognitif dan tahap kebimbangan pasca kognitif apabila, t(9) = 4.272, p = 0.002, p <
0.05. Dapatan ini mengesahkan bahawa hipotesis Ho1 ditolak. Tahap skor min kebimbangan kognitif
semasa ujian pasca lebih rendah (M = 17.00, SP = 3.69) berbanding tahap skor min kebimbangan
semasa ujian pra (M = 21.10, SP = 2.98). Hasil analisis menunjukkan terdapat penurunan tahap
kebimbangan kognitif sebelum pertandingan dalam kumpulan eksperimen setelah menerima intervensi
bicara kendiri positif.

Tahap Kebimbangan Somatik Ujian Pra Dan Pasca Bagi Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.5 Analisis Paired Sample T-Test tahap kebimbangan somatik dalam kalangan atlet Taekwondo
ITF Perak bagi kumpulan eksperimen

Min Bilangan Sisihan Nilai df Sig


Piawai
t (2-Tailed)

Pra Somatik 23.30 10 3.59 3.228 9 .010


Pasca somatik 20.70 10 3.49

Jadual 4.5 menunjukkan dapatan bagi kebimbangan somatik, iaitu terdapat perbezaan signifikan antara
skor tahap kebimbangan pra somatik dan pasca somatik apabila t(9) = 3.228, p = 0.010, p < 0.05.
Dapatan ini mengesahkan bahawa hipotesis Ho2 ditolak. Tahap skor min kebimbangan somatik semasa
ujian pasca lebih rendah (M = 20.20, SP = 3.49) berbanding tahap skor min kebimbangan semasa ujian
pra (M = 20.70, SP = 3.59). Hasil analisis ini menunjukkan intervensi bicara kendiri positif juga dapat
menggurangkan kebimbangan somatik atlet sebelum pertandingan.

Tahap Keyakinan Diri Ujian Pra Dan Pasca Bagi Kumpulan Eksperimen
Jadual 4.6 Analisis Paired Sample T-Test tahap keyakinan diri dalam kalangan atlet Taekwondo ITF
Perak bagi kumpulan eksperimen

Min Bilangan Sisihan Nilai df Sig


Piawai
t (2-Tailed)
Pra keyakinan diri 20.20 10 2.85 -5.861 9 .000
Pasca keyakinan diri 25.10 10 2.84

Berdasarkan jadual 4.6, terdapat perbezaan yang signifikan antara skor tahap keyakinan diri pra dan
keyakinan diri pasca, t(9) = -5.861, p = 0.000, p < 0.05. Dapatan ini mengesahkan bahawa hipotesis
Ho3 ditolak. Skor min bagi tahap keyakinan diri semasa ujian pasca (M = 25.10, SP = 2.84) lebih tinggi
berbanding skor min tahap keyakinan diri semasa ujian pra (M = 20.20, SP = 2.85). Hasil analisis ini
menunjukkan intervensi bicara kendiri positif yang dijalankan mampu meningkatkan tahap keyakinan
atlet Taekwondo ITF Perak sebelum pertandingan.

Tahap Kebimbangan Kognitif Ujian Pra Dan Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
Jadual 4.7 Analisis Paired Sample T-Test tahap kebimbangan kognitif dalam kalangan atlet Taekwondo
ITF Perak bagi kumpulan kawalan

Min Bilangan Sisihan Nilai df Sig


Piawai
t (2-Tailed)
Pra Kognitif 22.80 10 3.55 -2.095 9 .066
Pasca Kognitif 24.80 10 2.25

Jadual 4.7 menunjukkan tahap kebimbangan kognitif bagi kumpulan kawalan yang tidak menerima
sebarang intervensi. Berdasarkan jadual 4.7, tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor tahap
kebimbangan pra kognitif dan tahap kebimbangan pasca kognitif apabila, t(9) = -2.095, p = 0.066, p >
0.05. Dapatan ini mengesahkan bahawa hipotesis Ho4 diterima.

Tahap Kebimbangan Somatik Ujian Pra Dan Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
Jadual 4.8 Analisis Paired Sample T-Test tahap kebimbangan somatik dalam kalangan atlet Taekwondo
ITF Perak bagi kumpulan kawalan

Min Bilangan Sisihan Nilai df Sig


Piawai
t (2-Tailed)

Pra Somatik 23.00 10 2.74 -2.320 9 .045


Pasca somatik 25.50 10 2.32

Jadual 4.8 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara skor tahap kebimbangan pra somatik
dan pasca somatik apabila t(9) = -2.320, p = 0.045, p < 0.05. Dapatan ini mengesahkan bahawa hipotesis
Ho5 ditolak. Tahap skor min kebimbangan somatik semasa ujian pasca lebih rendah (M = 20.20, SP =
3.49) berbanding tahap skor min kebimbangan semasa ujian pra (M = 20.70, SP = 3.59). Hasil dapatan
ini menunjukkan terdapat peningkatan kebimbangan somatik atlet sebelum pertandingan atlet
Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan kawalan yang tidak menerima sebarang intervensi.
Tahap Keyakinan Diri Ujian Pra Dan Pasca Bagi Kumpulan Kawalan
Jadual 4.9 Analisis Paired Sample T-Test tahap keyakinan diri dalam kalangan atlet Taekwondo ITF
Perak bagi kumpulan kawalan

Min Bilangan Sisihan Nilai df Sig


Piawai
t (2-Tailed)

Pra keyakinan diri 23.40 10 1.77 1.667 9 .130


Pasca keyakinan diri 21.30 10 3.97

Jadual 4.9 menunjukkan tahap keyakinan diri bagi kumpulan kawalan yang tidak menerima sebarang
intervensi. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara skor tahap keyakinan diri pra dan tahap
keyakinan diri pasca apabila, t(9) = 1.667, p = 0.130, p > 0.05. Dapatan ini mengesahkan bahawa
hipotesis Ho6 diterima.

Perbincangan
Tahap kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri Atlet Taekwondo ITF Perak sebelum
pertandingan bagi kumpulan eksperimen yang menerima latihan bicara kendiri.
Hasil daripada kajian ini, menunjukkan bahawa tahap kebimbangan kognitif dan somatik telah berjaya
dikurangkan serta keyakinan diri ditingkatkan bagi atlet Taekwondo ITF Perak dalam kumpulan yang
menerima intervensi bicara kendiri, dapatan ini disokong oleh beberapa kajian lepas yang turut
mendapati bahawa intervensi bicara kendiri mampu mengurangkan tahap kebimbangan dan
meningkatkan keyakinan diri sebelum pertandingan.
Antaranya, kajian yang dijalankan oleh (Georgakaki, & Karakasidou, 2017) yang mendapati
keberkesanan setelah menjalankan latihan bicara kendiri motivasi 5 minggu terhadap 44 atlet renang
yang berumur lingkungan 18-25 tahun, hasil dapatannya menunjukkan terdapat peningkatan dalam
penggunaan bicara kendiri terhadap peserta dalam kumpulan eksperimen, sekaligus menggurangkan
tahap kebimbangan, sedangkan tiada perubahan yang berlaku terhadap kawalan kumpulan.
Dapatan kajian (Georgakaki, & Karakasidou, 2017), menyokong hasil dapatan kajian ini yang
turut menggunakan jangkamasa yang sama, iaitu intervensi bicara kendiri yang dijalankan adalah
selama 5 minggu terhadap atlet Taekwondo ITF Perak. Keputusan yang diperolehi menunjukkan,
walaupun jangkamasa intervensi adalah singkat, namun iainya terbukti berkesan dalam membantu
pengurangan kebimbangan kognitif dan somatik serta peningkatan keyakinan diri terhadap kumpulan
eksperimen berbanding kumpulan kawalan.
Selain itu, dapatan kajian turut disokong oleh, (Hatzigeorgiadis et al, 2009) yang menyatakan
bahawa, walaupun bicara kendiri positif yang diterima oleh atlet adalah dalam jangka masa yang
singkat, namun iainya masih mampu untuk memberikan manfaat terhadap atlet, hal ini dibuktikan
dalam hasil kajiannya terhadap 72 orang atlet tenis, yang mendapati latihan bicara kendiri motivasi
selama 5 minggu dapat meningkatkan keyakinan diri dan mengurangkan kebimbangan kognitif,
sekaligus meningkatkan prestasi tugasan dalam kalangan atlet muda.
Begitu juga, kesan intervensi bicara kendiri yang telah dikaji oleh (Kanniyan, 2015), mendapati
latihan bicara kendiri positif selama 8 minggu berjaya menggurangkan kebimbangan kognitif, somatik
dan meningkatkan keyakinan atlet muda sebelum pertandingan dalam kumpulan eksperimen
berbanding kumpulan kawalan yang tidak menunjukkan perubahan ketara terhadap pengurangan tahap
kebimbangan dan peningkatan tahap keyakinan diri.
Jesteru itu, iainya mengukuhkan lagi hasil kajian ini, yang membuktikan bahawa latihan bicara
kendiri positif adalah berkesan untuk membantu menggurangkan kebimbangan kognitif, somatik dan
meningkatkan keyakinan diri dalam kalangan atlet, hal ini kerana mereka yang menerima intervensi
bicara kendiri dilatih untuk menyedari pemikiran dan pernyataan negatif mereka, kemudian
menggantikan fikiran dan kenyataan dengan lebih positif dan motivasi serta membiasakan diri dengan
menggunakan bicara kendiri melalui amalan yang sesuai.
Latihan bicara kendiri yang dijalankan terhadap atlet Taekwondo ITF Perak ternyata berkesan
dalam menggurangkan kebimbangan dan meningkatkan keyakinan diri, terutama sebelum
pertandingan, kerana latihan bicara kendiri postif mampu membantu atlet untuk menafsirkan perasaan
dan persepsi, selain dapat mengawal dan mengubah penilaian serta kepercayaan sebelum menghadapi
pertandingan (Hardy et al.2001). Malahan, bicara kendiri positif membantu meningkatkan tumpuan
pada tugas yang sedang dihadapi, peningkatan tahap usaha dan motivasi juga boleh diperolehi dengan
menggunakan pernyataan membina yang bersesuaian dengan pencapaian peribadi melalui verbalisasi
positif, sekaligus membawa kepada persaingan iaitu keyakinan diri (Hatzigeorgiadis, 2008).
Faktor lain keberkesanan latihan bicara kendiri positif juga kerana, iainya merupakan strategi
penstrukturan semula kognitif, yang membantu atlet menilai kebangkitan tubuh untuk membawa
kepada keseronokan dan persediaan menghadapi cabaran, seterusnya mengubah cara seseorang atlet
berfikir tentang persaingan. Craske et al, (2006) menyatakan bahawa menyedari pemikiran dan perasaan
merupakan kunci untuk menguruskan gejala kebimbangan seketika. Pemikiran negatif yang memasuki
fikiran dapat dihentikan atau dikawal dan menggantikannya dengan perkara yang lebih positif.

Tahap kebimbangan kognitif, somatik dan keyakinan diri Atlet Taekwondo ITF Perak sebelum
pertandingan bagi kumpulan kawalan yang tidak menerima intervensi bicara kendiri.
Hasil daripada dapatan kajian ini mendapati tahap kebimbangan kognitif dan keyakinan diri atlet
Taekwondo ITF Perak bagi kumpulan kawalan tidak mengalami perubahan signifikan sebelum
pertandingan. Iainya mungkin berkait rapat dengan kajian yang dijalankan oleh, (Hardy, Gammage, et
al. 2001) yang mengkaji penggunaan bicara kendiri dalam kalangan atlet dengan menggunakan "empat
W" (What, where, when, dan why), yang menunjukkan bahawa bicara kendiri lebih kerap digunakan
sebelum dan semasa pertandingan yang terdiri daripada pemikiran positif untuk tujuan pembangunan
kemahiran, strategi, keyakinan, dan dorongan.
Perkara yang sama turut dinyatakan oleh (Hardy, Hall, dan Hardy, 2005) yang melaporkan
penggunaan bicara kendiri lebih kerap digunakan oleh atlet semasa pertandingan berbanding semasa
latihan kerana dipercayai oleh atlet bahawa bicara kendiri positif dapat meningkatkan motivasi,
meningkatkan keyakinan diri dan meningkatkan kebangkitan.
Berdasarkan hasil kajian oleh penyelidik-penyelidik ini menunjukkan bahawa, bicara kendiri
positif sememangnya digunakan oleh atlet terutamanya dalam situasi pertandingan atas faktor-faktor
yang dinyatakan, seperti untuk meningkatkan keyakinan diri dan motivasi, walaupun tidak pernah
menerima sebarang latihan bicara kendiri.
Namun begitu, bicara kendiri yang dilakukan tanpa pendedahan yang terancang dan sewajarnya
hanya akan memberi kesan yang minima terhadap atlet. Iainya menyokong dapatan kajian ini, yang
menunjukkan walaupun kumpulan kawalan tidak menerima intervensi bicara kendiri, namun tahap
peningkatan tahap kebimbangan kognitif dan pengurangan keyakinan diri yang dialami sebelum
pertandingan adalah tidak ketara dan masih berada pada tahap sederhana.
Selain itu, tahap kebimbangan kognitif dan keyakinan diri yang tidak signifikan bagi kumpulan
kawalan juga boleh dikaitkan dengan faktor pengalaman, kerana atlet yang terlibat dalam kajian ini
merupakan atlet yang bertanding di peringkat kebangsaan, walaupun sebahagiannya terdiri daripada
atlet pelapis dan muda, namun mereka telah menyertai banyak kejohanan di peringkat sekolah,
univerisiti dan daerah sebelum dipilih mewakili negeri Perak di peringkat kebangsaan. Oleh itu,
pengalaman yang diperolehi sebelum ini sedikit sebanyak membantu mereka dalam mengawal tahap
kebimbangan dan keyakinan diri sebelum pertandingan.
Hal ini disokong oleh kajian tinjauan tahap kebimbangan sebelum pertandingan yang
dijalankan oleh (Parnabas et al, 2013) terhadap atlet MASUM, hasil kajian tersebut menunjukkan
bahawa atlet elit atau kebangsaan menunjukkan tahap somatik dan kognitif yang lebih rendah daripada
atlet bukan elit disebabkan faktor pengalaman.
Seterusnya, bagi hasil dapatan yang menunjukkan terdapat peningkatan tahap kebimbangan
Somatik sebelum pertandingan dalam kajian ini, boleh dikatakan iainya adalah disebabkan perkara
biasa yang dialami oleh sistem fisiologi manusia dalam keadaan tekanan, iaitu kebimbangan somatik
yang berlaku adalah tindak balas yang normal dan sihat terhadap seseorang individu untuk mengatasi
keadaan atau situasi yang tertekan, iainya juga memberi penunjuk kesediaan individu untuk persaingan.
Selain itu, peningkatan tahap kebimbangan somatik sebelum pertandingan berbanding ujian pra
juga boleh disebabkan kecenderungan atlet mentafsir jenis kebimbangan mereka semasa menjawab soal
selidik CSAI-2. Hal ini kerana kebimbangan somatik lebih bersifat abstrak atau lebih mudah
dikenalpasti secara fizikal berbanding kebimbangan kognitif yang lebih subjektif dan tidak dapat
dilihat.
Pendapat ini disokong oleh, Lious (2006) yang menyatakan bahawa apabila atlet mula
mengalami peningkatan kadar denyutan jantung, berpeluh, pernafasan yang cepat dan mulut kering
sebelum persaingan, bermakna iainya menunjukkan tanda-tanda kebimbangan pra-kompetitif. Pada
tahap ini, pemikiran turut mula menjadi negatif. Iainya sama seperti yang pernah dinyatakan oleh Krane
(1994) bahawa badan manusia memberi banyak petunjuk apabila kebimbangan tidak terkawal, seperti
ketegangan otot, perut memulas, keinginan untuk buang air kecil dan mulut kering. Hasil kajian yang
dijalankan oleh penyelidik-penyelidk ini, jelas sekali menunjukkan keadaan atlet ketika mengalami
kebimbangan seketika, lebih menjurus terhadap ciri-ciri kebimbangan somatik, dan iainya lebih mudah
dikenalpasti kerana boleh dirasai dan dilihat secara fizikal berbanding kebimbangan kognitif.
Dapatan ini turut disokong oleh Martens et al, (1990) dalam (Athan et al, 2013), yang
menyatakan kebimbangan kognitif adalah bersifat subjektif, kerana iainya merupakan pemikiran negatif
individu atau kebimbangan tentang prestasi, serta gangguan perhatian dan kurang tumpuan yang tidak
boleh dilihat secara fizikal. Manakala kebimbangan somatik boleh dikenal pasti melalui gejala tindak
balas fizikal yang mungkin berlaku pada individu seperti berpeluh berlebihan, peningkatan kadar
denyutan jantung, ketegangan otot, atau mengalami kegigilan anggota tubuh badan tertentu seperti
tangan. Jesteru itu, ia membuktikan bahawa kebimbangan somatik lebih mudah dikenalpasti.

Kesimpulan
Tuntutan yang diperlukan oleh atlet dalam latihan dan pertandingan adalah berbeza dari segi fizikal dan
psikologi. Ini kerana, ciri-ciri pertandingan dan tekanan yang berbeza berbanding semasa latihan,
seperti persekitaran, kelakukan jurulatih, rakan sepasukan, lawan yang dihadapi dan penonton
(Hatzigeorgiadis et al, 2014). Oleh itu, berlaku peningkatan tahap kebimbangan dan pengurangan
keyakinan kepada atlet, seperti yang dinyatakan oleh (Bagherpour, 2012).
Kebimbangan boleh memberi kesan buruk kepada prestasi atlet, bahkan boleh membawa
kepada konsep “Chocking” terutama ketika situasi pertandingan. Oleh itu, pentingnya atlet untuk
mengawal kebimbangan mereka untuk mencapai prestasi puncak (Peak). Antara kaedah mengawal
kebimbangan dan meningkatkan keyakinan diri adalah melalui penggunaan latihan kemahiran
psikologi, salah satu nya adalah latihan bicara kendiri. Kajian ini telah membuktikan latihan bicara
positif mampu menggurangkan tahap kebimbangan kognitif dan somatik, serta meningkat keyakinan
diri atlet Taekwondo Perak sebelum pertandingan.

RUJUKAN

Athan, A. N., & Sampson, U. I. (2013). Coping with pre-competitive anxiety in sports competition. European
Journal of Natural and Applied Sciences, 1(1), 1-9.

Bagherpour, T., Hashim, H. A., Saha, S., & Ghosh, A. K. (2012). Effects of Progressive Muscle Relaxation and
Internal Imagery on Competitive State Anxiety Inventory–2R among Taekwondo
Athletes. International Proceedings of Economics Development & Research, 30, 218..

Cashmore, E. (2002). Sport Psychology: The key concepts. London: routledge

Chiodo, S., Tessitore, A., Lupo, C., Ammendolia, A., Cortis, C., & Capranica, L. (2012). Effects Of Official Youth
Taekwondo Competitions On Jump And Strength Performance. European Journal Of Sport Science,
12(2), 113-120.

Craske and Barlow (2006). Worry. Oxford University Press, Inc. P. 53. ISBN 0-19-530001-7.

Esfahani, N. & Soflu, G. H. (2010). The Comparison Of Pre-Competition Anxiety And State Anger Between
Female And Male Volleyball Players. World Journal Of Sport Sciences, 3(4), 237-242.

Georgakaki, S. K., & Karakasidou, E. (2017). The Effects Of Motivational Self-Talk On Competitive Anxiety
And Self-Compassion: A Brief Training Program Among Competitive Swimmers. Psychology, 8(05),
677.

Hardy, J., Gammage, K., & Hall, C. (2001). A Descriptive Study Of Athlete Self-Talk. The Sport Psychologist,
15(3), 306-318.

Hardy, J., Hall, C. R., & Hardy, L. (2005). Quantifying Athlete Self-Talk. Journal Of Sports Sciences, 23, 905-
917. https://doi.org/10.1080/02640410500130706

Hatzigeorgiadis, A., Theodorakis, Y., & Zourbanos, N. (2004). Self-talk in the swimming pool: The effects of
self-talk on thought content and performance on water-polo tasks. Journal of Applied Sport
Psychology, 16(2), 138-150.

Hatzigeorgiadis, A., Zourbanos, N., Mpoumpaki, S., & Theodorakis, Y. (2009). Mechanisms underlying the self-
talk–performance relationship: The effects of motivational self-talk on self-confidence and anxiety.
Psychology of Sport and exercise, 10(1), 186-192.

Hatzigeorgiadis, A., Galanis, E., Zourbanos, N., & Theodorakis, Y. (2014). Self-Talk And Competitive Sport
Performance. Journal Of Applied Sport Psychology, 26(1), 82-95.

Johnson, J. J. M., Hrycaiko, D. W., Johnson, G. V., & Halas, J. M. (2004). Self-Talk And Female Youth Soccer
Performance. The Sport Psychologist, 18, 44-59. Https://Doi.Org/10.1123/Tsp.18.1.44

Kanniyan, A. (2015). Competitive state anxiety: impact of positive self talk training on junior level football
players. Sport Mont Journal, 42-49.

Louis, A. (2006). Psychology: Seven Edition. New York.


Martens, R., Burton, D., Vealey, R. S., Bump, L.A and Smith, D. E. (1990). Development and validation of
the Competitive State Anxiety Inventory-2 (CSAI-2). In competitive anxiety in Sport (edited by R.
Martens, R.S. Vealey and D. Burton), 117-213. Champaign, II: human kinetics.

Mamassis, G., & Doganis, G. (2004). The effects of a mental training program on juniors pre-competitive anxiety,
self-confidence, and tennis performance. Journal of Applied Sport Psychology, 16(2), 118-137.

Parnabas, V. A., Mahamood, Y., & Parnabas, J. (2013). The relationship between cognitive and somatic anxiety
on performance of student-athletes of Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP). International Journal of
Human Movement and Sports Sciences, 1(3), 61-66.

Tamorri, S. (2004). Neuroscience and sport: Sport psychology, an athlete’s mental processes. Barcelona:
Paidotribo.

Anda mungkin juga menyukai