Anda di halaman 1dari 23

X PENGENALAN

Dalam topik sebelum ini, penekanan diberikan dalam aspek bagaimana proses
menyampaikan pembelajaran motor boleh diaplikasikan. Ia banyak
mengutarakan isu semasa supaya pembelajaran itu berkesan. Topik kali ini
umumnya cuba memperlihatkan bentuk praktis kemahiran motor supaya ia
membentuk perlakuan yang sepatutnya. Untuk lebih jelas, ikuti pembacaan topik
ini dengan tenang dan penuh tumpuan.

Kualiti dan kuantiti praktis kemahiran motor telah sering dibincangkan dan
dianalisis sejak lama lagi oleh profesional tingkah laku motor.

T
T
o
o
p
p
i
i
k
k
9
9

X
Praktis dalam
Pembelajaran
Motor
HASIL PEMBELAJARAN
Pada akhir topik ini, anda seharusnya dapat:
1. Membincangkan cara perlaksanaan variabiliti praktis dalam
pembelajaran kemahiran;
2. Menghuraikan jumlah dan distribusi praktis melalui strategi
lebihan-belajar dan kaedah perlaksanaan praktis;
3. Menyatakan maksud kompleksiti dan pengelolaan semasa
praktis sesuatu kemahiran motor;
4. Mengenal pasti dua peranan praktis mental dalam pembelajaran
bagi menentukan prestasi kemahiran motor; dan
5. Mentafsirkan jenis lengkuk prestasi berasaskan masa lawan
percubaan.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
234
Terdapat tiga faktor yang mempengaruhi pembelajaran dan perlakuan dalam
sesuatu persekitaran praktis iaitu:
(a) Struktur sesi praktis;
(b) Cara bagaimana praktis dikelolakan; dan
(c) Kesan kedua-dua faktor tadi ke atas individu atau jumlah dan agihan
praktis.

Tujuan utama seorang berlatih sesuatu kemahiran adalah untuk meningkatkan
perlakuan yang lebih baik di masa akan datang. Oleh kerana terdapat keperluan
perlakuan yang lebih baik pada masa akan datang, guru dan jurulatih perlu
mereka dan membentuk satu keadaan praktis yang dapat menyediakan
pelajarnya untuk melakukan sesuatu kemahiran ke tahap paling tinggi.
VARIABILITI PRAKTIS
Kebanyakan teori pembelajaran kemahiran motor memberi tumpuan kepada
manfaat yang diperoleh daripada variabiliti praktis.

Apakah maksud variabiliti praktis?



Mari kita lihat tiga teori variabiliti praktis dalam Jadual 9.1 berikut.

Jadual 9.1: Tiga Teori Variabiliti Praktis
Teori Deskripsi
Teori skema Schmidt Jangkaan kejayaan perlakuan yang akan datang pada
kemahiran berkenaan adalah bergantung kepada jumlah
variabiliti yang pelajar itu alami semasa praktis
Model peringkat
pembelajaran Gentile
Semasa praktis, pelajar perlu mengalami pelbagai ciri
pengalaman regulatori dan bukan regulatori
Corak dinamik Pembelajaran motor memerlukan pelajar mempelopori ruang
perseptual motor dan menemui penyelesaian optimum
kepada masalah yang diwujudkan oleh kemahiran tersebut

Variabiliti praktis adalah merujuk kepada kepelbagaian pergerakan dan ciri-
ciri konteks pelajar itu mengalami semasa berlatih sesuatu kemahiran.
9.1
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 235
Manfaat utama seorang pelajar akan peroleh daripada pengalaman praktis yang
membantu pergerakan dan variabiliti konteks adalah satu peningkatan
kebolehan untuk melakukan kemahiran itu dalam situasi ujian yang akan
datang. Ini bermakna, pelajar itu telah memiliki satu peningkatan kebolehan
untuk melakukan serta mengadaptasi kemahiran yang telah dilatihnya dalam
situasi yang akan datang. Apabila kita melihat dari perspektif pemindahan
pembelajaran, kehadiran variabiliti pergerakan dalam praktis boleh dilihat
sebagai satu cara untuk meningkatkan kebarangkalian pemindahan positif yang
berlaku daripada praktis itu ke situasi ujian.

Untuk memastikan bahawa variabiliti praktis akan memanfaatkan perlakuan
akan datang, kesannya dibandingkan ke atas pengekalan atau pemindahan
perlakuan dalam situasi praktis yang melibatkan satu variasi kemahiran
(contohnya, praktis konstant) dengan yang melibatkan beberapa variasi
kemahiran (contohnya, variabel praktis) tersebut. Perbandingan jenis ini telah
menjadi piawaian strategi kajian.

Apakah teori skema Schmidt?



Langkah pertama bagaimana untuk menyediakan satu jumlah variabiliti praktis
yang sesuai adalah dengan mengakses ciri-ciri situasi akan datang di mana
pelajar itu akan melakukan kemahiran tersebut. Ciri-ciri konteks fizikal
diperlukan dalam situasi perlakuan itu. Perlu diingat bahawa apabila seseorang
melakukan sesuatu kemahiran, mereka melakukannya dalam konteks
mempunyai ciri-ciri yang boleh dikenal pasti.

Apakah pandangan Gentile?



Setelah mengetahui kepentingan variabiliti praktis dalam pembelajaran motor,
kita harus mengambil kira bagaimana guru atau jurulatih harus merancang
pengalaman variabel dalam sesi praktis. Jadual 9.2 menunjukkan bagaimana
contoh perancangan sesi praktis yang melibatkan gangguan kontekstual dibuat.
Teori skema Schmidt mengatakan bahawa semakin besar jumlah variabel
praktis akan mewujudkan satu pembelajaran yang lebih berkesan daripada
jumlah variabel praktis yang sedikit.
Gentile mengatakan bahawa terdapat sebahagian ciri perlakuan yang kritikal
untuk menentukan ciri-ciri perlakuan sesuatu aksi yang dikenali beliau
sebagai keadaan regulatori; sementara ciri lain adalah keadaan bukan
regulatori yang tidak ada pengaruhnya.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
236
Contohnya, praktis setiap servis dalam dua hari dan satu contoh lagi, secara
rawak selama lima minit.

Jadual 9.2: Perancangan Praktis Tiga Struktur Praktis Berlainan
Struktur Minit Sesi
1 2 3 4 5 6
Praktis
terkawal
30
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis
lompat
Servis
lompat
Praktis
rawak
5
Servis
bawah
tangan
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis
lompat
Servis atas
kepala
Servis
bawah
tangan
5
Servis atas
kepala
Servis
bawah
tangan
Servis
lompat
Servis atas
kepala
Servis
bawah
tangan
Servis atas
kepala
5
Servis
bawah
tangan
Servis
lompat
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
lompat
Servis
bawah
tangan
5
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis atas
kepala
Servis
lompat
Servis
lompat
5
Servis atas
kepala
Servis
bawah
tangan
Servis atas
kepala
Servis
lompat
Servis
bawah
tangan
Servis atas
kepala
5
Servis
lompat
Servis atas
kepala
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis atas
kepala
Servis
lompat
Praktis
bersiri
5
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
5
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
5
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
5
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
Servis
bawah
tangan
5
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
Servis atas
kepala
5
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat
Servis
lompat

Kepelbagaian pergerakan dan pengalaman adalah ramuan penting untuk
meningkatkan kebolehan seseorang melakukan kemahiran yang dilatih dengan
jayanya. Di samping itu untuk menyesuaikannya kepada keadaan yang tidak
pernah dialaminya. Kajian telah menunjukkan bahawa variabel praktis
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 237
menggalakkan pengekalan dan pemindahan perlakuan yang baik jika
dibandingkan dengan praktis konstant.


9.1.1 Pendekatan Gangguan Kontekstual untuk
Menyusun Pemboleh Ubah Praktis
Salah satu cara untuk menyelesaikan masalah jadual yang ada pemboleh ubah
ialah memohon fenomena pembelajaran yang dikenali sebagai gangguan
kontekstual.

Apakah yang dimaksudkan dengan gangguan konstekstual?



Jumlah yang berbeza gangguan kontekstual boleh berlaku daripada organisasi
jadual praktis. Praktis blok, rawak dan bersiri opsyen organisasi jadual yang
diterangkan dalam Jadual 9.1 tadi boleh dilihat seperti yang terletak di sepanjang
kontinum gangguan kontekstual (rujuk Rajah 9.1).


Rajah 9.1: Jumlah gangguan kontekstual yang mungkin dalam situasi amalan
digambarkan sebagai kontinum yang terdiri dari tinggi ke rendah
Sumber: Magill (2011)
Gangguan kontekstual ialah istilah yang merujuk kepada gangguan hasil
daripada melaksanakan pelbagai tugasan atau kemahiran dalam konteks
praktis. Anda boleh berfikir istilah "gangguan" di sini sebagai merujuk kepada
gangguan ingatan dan prestasi.
Dengan kupasan idea anda tersendiri, sejauh mana rumusan berikut
sentiasa benar? Keberkesanan pembelajaran motor melalui variabiliti
praktis. Bincang dengan tutor atau rakan sekelas anda melalui forum
dalam talian.
AKTIVITI 9.1
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
238
Gangguan kontekstual yang tinggi berlaku pada satu hujung, apabila jadual
praktis melibatkan susunan praktis rawak di mana percubaan semua tugas
dilakukan secara pelbagai variasi dalam setiap sesi praktis. Dalam jadual ini,
variasi tugasan yang dipraktiskan pada setiap cubaan adalah secara rawak. Pada
hujung yang bertentangan, jumlah gangguan kontekstual yang rendah hasil
daripada jadual yang susunan praktis variasi praktis setiap tugas dalam blok
sendiri atau unit, masa. Jadual lain, seperti jadual praktis bersiri yang
diterangkan sebelum ini, terletak di sepanjang kontinum antara kedua-dua
hujung.

Bukti yang menjelaskan bahawa kesan gangguan kontekstual ke atas
pembelajaran motor di tunjukkan oleh kajian yang dijalankan oleh Shea dan
Morgan (1979). Dalam kajian ini, mereka talah memberi tugasan kepada peserta
kajian untuk menggerakkan satu lengan melalui satu siri halangan kayu kecil
secepat mungkin. Satu kumpulan diberi praktis dengan susunan jadual yang
rendah gangguan kontekstual (praktis blok) dan satu kumpulan lagi tinggi
gangguan kontekstual (praktis rawak).

Keputusan kajian menunjukkan kumpulan praktis rawak menunjukkan prestasi
yang rendah semasa sesi praktis tetapi menunjukkan prestasi yang lebih baik
semasa ujian pengekalan dan ujian pemindahan. Dapatan kajian yang
menyokong dapatan kajian Shea dan Morgan (1979) ini juga dibuktikan oleh
Brady (1998), dan Magill dan Hall (1990) yang membuktikan bahawa
pembelajaran melalui situasi gangguan kontekstual yang tinggi memberi kesan
yang baik terutama peserta kajian diuji dalam situasi yang berubah-ubah.



1. Jelaskan maksud variabiliti praktis.
2. Bincangkan cara pelaksanaan variabiliti praktis dalam
pembelajaran sesuatu kemahiran motor.
SEMAK KENDIRI 9.1
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 239

JUMLAH DAN DISTRIBUSI PRAKTIS
Guru atau jurulatih perlu menetapkan jumlah praktis seseorang pelajar itu harus
menjalani. Begitu juga dengan berapa jumlah masa yang diperlukan untuk
pelbagai aktiviti dalam setiap sesi praktis. Dalam konteks jumlah praktis yang
perlu dilalui untuk mempelajari sesuatu kemahiran, pendapat konvensional
mempercayai bahawa semakin banyak praktis dilalui oleh seorang pelajar,
semakin baik kesannya pada perlakuan. Kajian terhadap pendapat ini telah
menghasilkan dapatan yang menunjukkan bahawa semakin banyak praktis,
semakin baik kesannya. Walaupun pendekatan ini nampaknya logikal, bukti
kajian menunjukkan bahawa ianya bukan merupakan satu pilihan yang terbaik.

Setelah menentukan jumlah masa praktis seorang pelajar perlu melalui untuk
mempelajari sesuatu kemahiran, guru perlu juga menentukan berapakah masa
yang perlu ditumpukan kepada pelbagai aktiviti dalam dan merentasi sesi
praktis. Guru perlu:
(a) Menentukan jumlah masa yang harus ditumpukan kepada setiap aktiviti
dalam sesuatu sesi;
(b) Jumlah masa rehat antara aktiviti dalam sesuatu sesi; dan
(c) Tempoh setiap sesi dan jumlah masa antara sesi.

Contohnya, jika anda seorang jurulatih bola tampar, anda perlu menentukan
berapa jumlah masa anda perlu tumpukan dalam setiap waktu kelas untuk
mengajar pelbagai kemahiran, latih tubi dan aktiviti lain yang anda cadangkan.

9.2
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda
digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgraw-
hill.com/sites/0072557222/student_view0/chapter15/multiple_choice
_quiz.html
Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan
membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik
sahaja anda selesai. Selain itu, terdapat pautan related reading untuk
memantapkan kefahaman anda.
AKTIVITI 9.2
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
240
Jika anda telah menentukan jumlah masa praktis, anda dapat memberi tumpuan
kepada sesuatu aktiviti dalam sesuatu kemahiran dan anda akan ketahui berapa
waktu kelas anda perlukan untuk kemahiran tersebut. Anda juga akan
mengetahui berapakah jumlah masa yang anda perlu gunakan dalam setiap
waktu kelas untuk aktiviti itu.
9.2.1 Jumlah Praktis dan Lebihan-belajar
Pengkaji telah mengkaji hubungan antara jumlah praktis dengan pencapaian
matlamat spesifik perlakuan dalam konteks lebihan-belajar.

Apakah lebihan-belajar?



Seorang guru atau jurulatih menggunakan strategi lebihan-belajar dengan:
(a) Menentukan satu kriteria perlakuan;
(b) Menetapkan jumlah masa praktis pelajar yang diperlu untuk mencapai
kriteria tersebut; dan
(c) Keperluan peratusan masa tambahan masa praktis sebagai praktis
tambahan.

Apabila kita melihat situasi ini dari perspektif teori, idea mengagihkan lebihan
masa praktis mempunyai kelebihannya sendiri. Bagi pihak yang melihatnya dari
sudut pandangan program motor, akan berpendapat bahawa praktis tambahan
akan membantu mengukuhkan program motor dan skema motor untuk
kemahiran yang sedang dipelajari pelajar tersebut. Ini membolehkan pelajar itu
mengaksesnya kembali sebagai aksi lebih mudah apabila diperlukan kelak. Dari
perspektif corak dinamik pula, praktis tambahan merupakan satu cara atau
pendekatan di mana pelajar meningkatkan stabiliti koordinasi dan ciri-ciri
kawalan dalam perlakuan kemahiran tersebut.

Pengkaji mendapati kehadiran fenomena pengembalian penyusutan
(diminishing returns) kesan daripada penambahan jumlah praktis dalam
pembelajaran kemahiran dalam kelas pendidikan jasmani. Contohnya, dalam
kajian yang telah dijalankan oleh Goldberger dan Gerney (1990). Dalam satu unit
pengajaran dan pembelajaran, sekumpulan pelajar lelaki dan perempuan telah
berlatih beberapa kemahiran bola sepak. Matlamat unit pengajaran dan
Lebihan-belajar ditakrifkan sebagai sambungan praktis yang melampaui
jumlah masa yang diperlukan untuk mencapai sesuatu kriteria perlakuan.
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 241
pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan perlakuan
mereka dalam kemahiran ini.

Dalam kajian itu, guru mengagihkan sekumpulan pelajar yang akan berlatih
kemahiran mengikut format pusingan stesen yang ditetapkan oleh guru, di mana
guru itu membahagikan kelas itu kepada lima kumpulan dan setiapnya
ditugaskan ke setiap stesen yang mana mereka akan berlatih kemahiran
berkenaan selama lima minit. Pada akhir setiap lima minit, pelajar akan bertukar
ke stesen baru. Satu kumpulan pelajar lain pula akan berlatih mengikut format
pusingan stesen yang ditetapkan oleh pelajar sendiri; mereka menerima kad
indeks yang menjelaskan apa mereka perlu lakukan di setiap stesen dan
diberitahu menggunakan masa 25 minit mereka dengan efisien untuk melatih
setiap kemahiran. Kesemua pelajar akan berlatih dengan pendekatan ini dalam
dua waktu selama dua hari.

Keputusan ujian kemahiran kedua-dua kumpulan pelajar menunjukkan
perbezaan dalam bilangan percubaan praktis kemahiran tersebut bukannya
dalam ujian perlakuan. Kumpulan yang mengikut format pusingan yang
ditetapkan oleh guru sebenarnya telah melakukan purata praktis sebanyak tujuh
percubaan lebih daripada kumpulan format praktis yang ditetapkan oleh pelajar
sendiri. Hasil kajian menunjukkan tidak ada perbezaan peningkatan perlakuan
dalam kemahiran pada ujian tersebut. Masa praktis tambahan yang dilakukan
oleh kumpulan format pusingan guru tidak menunjukkan peningkatan
tambahan dalam kemahirannya. Namun, dengan batasan masa, kumpulan
pusingan pelajar adalah cemerlang kerana keefisienan penggunaan masa yang
diberikan.

Menurut Shea dan Khol (1991), walaupun strategi lebihan-belajar biasanya
memanfaatkan pembelajaran kemahiran, terdapat beberapa bukti kajian
menunjukkan bahawa kemerosotan pembelajaran mungkin berlaku disebabkan
oleh pembekalan terlalu banyak percubaan praktis. Travlos juga telah
melaporkan bahawa penambahan jumlah praktis melampaui jumlah percubaan
praktis tertentu akan mengakibatkan kemerosotan perlakuan. Kenapakah
penambahan praktis berlebihan boleh mengakibatkan kemerosotan pengekalan
dan perlakuan? Salah satu sebabnya mungkin kemahiran yang dilatih terlalu
mudah dan mengakibatkan kebosanan dalam kalangan pelajar selepas suatu
jumlah praktis yang tertentu. Akibatnya pelajar telah hilang tumpuan kepada
tugasannya. Sebab yang lain mungkin pelajar telah berhenti menggunakan usaha
kognitif yang diperlukan untuk meningkatkan tugasan perlakuan berkenaan.
Menurut teori program motor dan corak dinamik, praktis kemahiran sama yang
berterusan akan mengakibatkan kemerosotan pengingatan pergerakan dan
pemindahan kepelbagaian pergerakan. Lebih baik untuk pelajar terus berlatih
sesuatu kemahiran walaupun pelajar itu telah dapat melakukannya dengan
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
242
betul. Ini membolehkannya meningkatkan pengekalan prestasi perlakuan
kemahiran tersebut.




9.2.2 Distribusi Praktis dan Kaedah Perlaksanaan
Distribusi praktis adalah merujuk kepada jarak atau langkauan praktis. Isu
dalam distribusi praktis adalah sama ada penggunaan praktis massa atau praktis
agihan lebih berkesan untuk pembelajaran sesuatu kemahiran motor.

Apakah maksud praktis massa dan praktis agihan?



Hasil kajian menunjukkan bahawa praktis agihan adalah lebih berkesan jika
dibandingkan dengan praktis berkelompok. Ada tiga kemungkinan ini berlaku
iaitu:
(a) Kelesuan mempengaruhi pembelajaran sesuatu kemahiran dalam praktis
berkelompok;
(b) Praktis massa akan mengurangkan jumlah usaha kognitif; dan
(c) Pengukuhan memori, di mana ia merupakan proses penyimpanan memori
jangka panjang.

Praktis massa bermaksud satu jadual agihan waktu praktis di mana jumlah
rehat antara sesi praktis adalah singkat. Praktis agihan pula jumlah masa
rehat antara sesi praktis adalah panjang.
AKTIVITI 9.3
Bagaimana menentukan indikator yang boleh mengukur strategi
lebihan-belajar supaya sentiasa menghasilkan pencapaian
pembelajaran yang optimum? Bincangkan.
SEMAK KENDIRI 9.2
Apa yang dimaksudkan dengan fenomena pengembalian penyusutan
(diminishing returns)?
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 243
Hipotesis pengukuhan memori menyatakan bahawa untuk menyimpan memori
maklumat yang relevan, kita perlu mempelajari sesuatu kemahiran, di mana
beberapa proses neurobiokimia mesti berlaku. Proses ini mengambil atau
memerlukan satu jangka masa tanpa penambahan praktis kemahiran yang sama
untuk mengubah satu jumlah perwakilan memori kurang stabil kepada memori
yang lebih stabil. Penyebaran praktis merentasi beberapa hari meningkatkan
peluang lebih untuk proses pengukuhan memori berlaku jika dibandingkan
dengan praktis berkelompok.

Distribusi praktis merupakan salah satu faktor utama yang mempengaruhi
secara terus kecekapan dan keberkesanan sesuatu proses pembelajaran. Oleh itu,
keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran adalah sangat bergantung
kepada penjadualan waktu kerja yang bijak. Dalam pembelajaran kemahiran
motor, guru sentiasa berhadapan dengan masalah bagaimana hendak
menggunakan masa yang diberikan supaya dapat digunakan dengan berkesan.

Masa menentukan berapa lama sesuatu praktis itu perlu dijalankan tetapi ia tidak
semestinya dapat memastikan keberkesanan pembelajarannya. Untuk
pembelajaran berlaku, berbagai faktor lain harus dipertimbangkan agar matlamat
yang hendak dicapai pada akhir pengajaran dan pembelajaran itu tercapai.
Faktor seperti kesediaan dan minat pelajar dan juga situasi pembelajaran
merupakan faktor yang harus difikirkan bersama.

Menurut Thorndike, pembahagian atau distribusi praktis perlu
mempertimbangkan sifat semula jadi manusia yang mempunyai sifat seperti
mudah bosan, letih dan juga motivasi yang mudah menurun. Di sini, guru harus
bijak dalam menyesuaikan praktis dengan masa yang diperuntukkan agar ia
mencapai tahap pembelajaran yang optimum.

Ahli psikologi pada dasarnya bersetuju kepada dua jenis distribusi praktis iaitu:
(a) Praktis massa; dan
(b) Praktis agihan.

Oleh itu, bolehlah dikatakan bahawa distribusi praktis ini berkait rapat antara
praktis dan juga masa rehat. Kedua-dua jenis ini mempunyai keistimewaan
mereka tersendiri berdasarkan kepada penerangan awal tentang sifat individu
yang menerima pengajaran tadi.

Praktis massa merupakan satu sesi praktis yang dijalankan berterusan tanpa
mempertimbangkan masa rehat. Ini berbeza dengan praktis agihan di mana ia
merupakan satu sesi praktis yang diselang-selikan dengan masa rehat atau
aktiviti lain.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
244
Kebanyakan kajian masa kini adalah tertumpu kepada bagaimana massa dan
agihan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Pelbagai kombinasi praktis telah
dicadangkan.

Kajian ditumpukan kepada distribusi praktis yang berikut:
(a) Tanpa masa rehat;
(b) Masa rehat yang tetap selepas setiap percubaan;
(c) Masa rehat yang ditambah secara beransur-ansur selepas setiap percubaan;
dan
(d) Masa rehat yang dikurangkan secara beransur-ansur selepas setiap
percubaan.

Dalam membincangkan praktis yang mana satu lebih baik, ini bergantung
kepada beberapa faktor yang harus dipertimbangkan. Kita tidak dapat lihat atau
kaji praktis ini secara berasingan. Apabila praktis sesuatu kemahiran dijalankan,
dua fenomena psikologi berinteraksi di mana satu pihak cuba membantutkan
lakuan dan satu lagi cuba menggiatkan lakuan.

Pada dasarnya, praktis kemahiran pada peringkat awal akan menggiatkan
kemajuan kerana beberapa proses pembelajaran berlaku. Namun, apabila praktis
diteruskan, daya psikologi yang negatif iaitu penghalang tadi mula terbentuk.

Penghalang yang tinggi boleh berlaku akibat praktis berkelompok kerana:
(a) Kemahiran itu mudah atau serupa dengan yang sudah dialaminya; dan
(b) Aktiviti pada anggapan pelajar terlalu sukar.

Sedikit halangan akan berlaku jika tugas itu tidak begitu kompleks dan pelajar
menganggapnya suatu cabaran. Walaupun kajian banyak menunjukkan bahawa
pembelajaran kemahiran motor dan lakuan adalah lebih baik jika praktis
disebarkan daripada berkelompok tetapi penyeluruhan ini tidak semestinya
benar. Sebagai contoh, jika seorang pelajar itu bermotivasi tinggi dan mempunyai
rintangan terhadap kebosanan atau penghalang yang biasanya wujud semasa
sesuatu kemahiran yang mudah dilatih, praktis berkelompok mampu
menggiatkan lebih banyak pembelajaran daripadanya. Malah, pembelajaran juga
akan menjadi lebih cepat.

TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 245
Pada amnya, untuk mencapai praktis yang efisien, bila praktis itu lama, rehat
yang berikutnya harus sama atau lebih bergantung kepada tugasan tadi. Kadar
kerja-rehat perlu diubahsuaikan pada suatu hala iaitu masa rehat lebih daripada
kerja apabila tugas praktis itu sama ada membebankan secara fizikal atau
fisiologikal.

Jika tugasan bersesuaian kepada pelajar dan tidak membebankan, maka nisbah
kerja-rehat perlu diubah suaikan ke arah yang bertentangan. Perlu diingat juga
bahawa masa rehat yang terlalu panjang bagi satu jadual praktis akan
mendatangkan kesan negatif yang selaras dengan teori pembalikan, terutamanya
kepada aktiviti yang kompleks. Jangka masa praktis yang maksimum bagi
sesuatu jadual praktis untuk mencapai tahap yang menguntungkan adalah
tertakluk sebahagiannya kepada keperluan sesuatu kemahiran itu dan juga
kebolehan dan motivasi tiap pelajar. Oleh sebab faktor yang melibatkan
kemahiran itu sendiri dan juga faktor yang terdapat pada individu tadi, maka
distribusi praktis perlu disesuaikan dan jika boleh gabungan kedua jenis adalah
disyorkan.

Distribusi praktis juga tertakluk kepada kaedah pengajaran yang lain seperti cara
sebahagian dan keseluruhan. Kaedah praktis yang mana satu harus disesuaikan
jika kita menggunakan cara sebahagian atau keseluruhan? Para guru harus
mengambil kira ciri-ciri yang terdapat pada kemahiran, masa yang
diperuntukkan dan ciri-ciri keindividuan pelajar mereka agar pembelajaran
secara distribusi mencapai tahap maksimum.




AKTIVITI 9.4
Jika setelah sesi praktis keseluruhan mendapati terdapat keraguan,
manakah tindakan yang patut diambil?
(a) Menambahkan tempoh masa pada setiap kali praktis; atau
(b) Menambahkan bilangan praktis dengan tempoh masa praktis yang
sama.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
246


PRAKTIS KESELURUHAN DAN
SEBAHAGIAN
Penting bagi guru atau jurulatih untuk memastikan semasa mengajar sesuatu
kemahiran motor sama ada adalah lebih baik pelajarnya melatih keseluruhan
atau sebahagian kemahiran tersebut. Contohnya, katakan anda ingin mengajar
kemahiran lompat tinggi gaya flop, adakah anda akan menyuruh pelajar anda
berlatih keseluruhan kemahiran gaya flop atau membahagi-bahagikan
kemahiran gaya tersebut dan pelajar berlatih sebahagian gaya tersebut?

Menurut Naylor dan Briggs, ciri-ciri pengelolaan dan kompleksiti kemahiran
sesuatu kemahiran boleh dijadikan asas penimbangan sama ada menggunakan
praktis keseluruhan atau sebahagian.

Apakah maksud kompleksiti?



9.3
Kompleksiti ditakrifkan sebagai jumlah bahagian atau komponen dalam
kemahiran tersebut dan juga keperluan tumpuan tugasan.
AKTIVITI 9.5
1. Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya,
anda digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau
pengayaan.
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_
view0/chapter16/multiple_choice_quiz.html
Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan
membenarkan anda menjawab serta memaparkan keputusan
sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan related
reading untuk memantapkan kefahaman anda.
2. Huraikan maksud lebihan-belajar dan bagaimana ia
dihubungkaitkan dengan keputusan terhadap jumlah masa praktis
yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kemahiran motor.
3. Jelaskan bagaimana melaksanakan pengetahuan praktis
berkelompok dan bersebar dalam pelbagai situasi.
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 247
Ini bermakna kemahiran kompleks akan mempunyai banyak komponen dan
memerlukan lebih tumpuan, terutamanya untuk pelajar baru.

Apakah pula pengertian pengelolaan?



Satu kemahiran yang mempunyai tahap pengelolaan yang tinggi apabila
bahagian komponennya adalah saling bergantungan antara ruang dan masa. Ini
bermakna bahagian kemahiran yang tinggi pengelolaannya adalah seperti satu
rantai acara di mana ciri-ciri perlakuan ruang-masa mana-mana bahagian adalah
bergantung kepada ciri perlakuan ruang-masa kepada bahagian yang dilakukan
sebelumnya. Disebabkan ciri ini, sukar untuk melakukan satu bahagian sahaja
kemahiran yang pengelolaannya tinggi. Contohnya, jaringan melompat (jump
shot) dalam permainan bola keranjang merupakan satu kemahiran pengelolaan
tinggi. Sebaliknya satu kemahiran yang pengelolaannya rendah adalah apabila
perhubungan ruang-masa antara bahagian komponennya tidak saling
bergantung. Oleh itu, adalah sesuai praktis dijalankan secara bahagian-bahagian.

Berdasarkan kepada pendapat Naylor dan Briggs, penilaian tahap kompleksiti
dan pengelolaan sesuatu kemahiran dan menentukan perhubungannya dapat
membantu guru atau jurulatih menentukan sama ada untuk menggunakan
praktis keseluruhan atau sebahagian. Jika kemahiran itu adalah rendah
kompleksiti dan tinggi pengelolaannya, praktis keseluruhan adalah pilihan yang
lebih baik. Ini bermakna bahawa pelajar akan belajar kemahiran mudah yang
mempunyai bahagia komponen yang kurang dengan lebih berkesan dengan
kaedah praktis keseluruhan. Contohnya, perlakuan membaling damak (dart). Di
sebaliknya, pelajar mempelajari kemahiran yang mempunyai tahap tinggi
kompleksiti dan rendah pengelolaan dengan lebih berkesan menggunakan
kaedah praktis sebahagian. Contohnya, kemahiran servis dalam tenis.

Untuk menentukan kombinasi kompleksiti dan pengelolaan mana yang
menggambarkan sesuatu kemahiran tertentu, adalah terlebih dahulu kita perlu
menganalisis kemahiran tersebut. Analisis ini perlu ditumpukan untuk mengenal
pasti bahagian-bahagian komponen kemahiran itu dan sejauh mana ciri-ciri
perlakuan ruang-masa berhubungan. Berikutnya adalah menentukan bahagian
mana dari kontinum kemahiran itu menunjukkan kompleksiti dan pengelolaan
kemahiran itu.

Pada kebiasaannya, kebanyakan kemahiran motor yang kita lakukan sebagai
sebahagian daripada aktiviti kehidupan harian kita dan sukan adalah terletak
Pengelolaan ditakrifkan sebagai perhubungan antara bahagian komponen
sesuatu kemahiran.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
248
hampir kepada penghujung kontinum kompleks. Ini bermakna untuk
kebanyakan kemahiran, pengamal perlu menentukan tahap pengelolaan yang
mencirikan kemahiran itu. Untuk kemahiran yang kita akan letakkan dalam
kontinum pengelolaan antara yang ekstrem tinggi dan rendah, satu analisis
tugasan tambahan diperlukan.

Untuk kemahiran jenis ini, adalah perlu kita menentukan bahagian komponen
mana adalah saling bergantungan dengan yang lain dan kumpulan mana yang
bersama sebagai saling bergantungan. Hasil daripada analisis ini akan
menentukan bahagian mana boleh dilatih secara sendirian iaitu sebahagian
daripada bahagian seorang itu berlatih akan merangkumi lebih daripada satu
bahagian komponen yang dihasilkan daripada analisis tugasan awal.

Keputusan untuk menggunakan strategi praktis sebahagian malangnya cuma
menyelesaikan sebahagian daripada masalah sahaja. Ini kerana terdapat
beberapa cara berlainan untuk melaksanakan pendekatan praktis sebahagian
dalam sesuatu kemahiran. Semasa memilih satu strategi praktis sebahagian,
adalah penting untuk mengaplikasikan prinsip pembelajaran yang telah
dibincangkan dalam topik terlebih dahulu.

Strategi praktis sebahagian harus melibatkan pemindahan pembelajaran positif
antara dan dalam kalangan bahagian tugasan dan antara bahagian praktis dan
keseluruhan tugasan. Wightman dan Lintern telah mengklasifikasikan tiga
strategi tugasan sebahagian sepertimana dipaparkan dalam Jadual 9.3 berikut:

Jadual 9.3: Tiga Strategi Tugasan Sebahagian
Strategi Deskripsi
Pecahan
(fractionisation)
Ia melibatkan praktis terlebih dahulu anggota tubuh badan untuk
sesuatu kemahiran berkenaan yang melibatkan koordinasi asimetrik
lengan dan kaki
Pensegmenan
(segmentation)
Ia melibatkan pengasingan kemahiran itu ke bahagian-bahagian dan
berlatih bahagian-bahagian itu supaya selepas seseorang pelajar
mempelajari satu bahagian, dia kemudiannya akan berlatih bahagian
itu bersama dengan bahagian berikutnya
Pemudahan
(simplication)
Kaedah ini sebenarnya satu daripada variasi strategi praktis
keseluruhan dan melibatkan pengurangan kesukaran keseluruhan
kemahiran tersebut atau bahagian-bahagian lain kemahiran itu

Ada kalanya adalah tidak digalakkan untuk mengasingkan bahagian-bahagian
sesuatu kemahiran untuk dilatih. Ini tidak bermakna seorang pelajar tidak boleh
berlatih bahagian keseluruhan kemahiran itu. Mungkin ini adalah untuk melatih
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 249
keseluruhan kemahiran itu tetapi fokuskan tumpuan kepada bahagian spesifik
yang memerlukan perhatian.

Pendekatan ini memberikan kelebihan kepada kedua praktis sebahagian di mana
penumpuan ke atas bahagian spesifik kemahiran itu akan menggalakkan
peningkatan bahagian ini dan kelebihan kepada praktis keseluruhan di mana
penumpuan itu adalah pada bahagian kemahiran yang berhubungan antara satu
sama lain untuk menghasilkan satu perlakuan yang baik.



PRAKTIS MENTAL
Pergerakan dan perlakuan yang diingini bukan bergantung kepada proses
praktis motor sahaja. Namun, ia merangkumi aspek kognitif iaitu suatu gubahan
fikiran mengenai perlakuan sesuatu kemahiran. Semua perlakuan melibatkan
interaksi otak, saraf dan otot iaitu aspek fisiologi dan psikologi. Praktis mental
mempunyai kesan yang spesifik, di samping aspek motivasi dan relaksasi untuk
meningkatkan perlakuan secara am.

9.4
Sebelum anda meneruskan pembacaan ke subtopik seterusnya, anda
digalakkan ke laman web berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/
chapter17/multiple_choice_quiz.html
Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan
anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai.
Selain itu, terdapat pautan related reading untuk memantapkan
kefahaman anda.
AKTIVITI 9.6
SEMAK KENDIRI 9.3
Jelaskan maksud kompleksiti dan pengelolaan apabila dikaitkan dengan
perhubungan antara bahagian-bahagian atau komponen-komponen satu
kemahiran motor yang kompleks.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
250
Perlakuan motor yang cekap adalah hasil daripada:
(a) Daya tahan;
(b) Kekuatan;
(c) Kelembutan;
(d) Kemahiran sukan; dan
(e) Pengetahuan.

Sekiranya fikiran seseorang itu terganggu, maka ini akan menjejaskan koordinasi
antara aspek fisiologi dan psikologi dan seterusnya akan mempengaruhi
perlakuannya. Oleh itu, keperluan membentuk kemahiran mental bersama
kemahiran fizikal adalah penting untuk mencapai potensi yang optimum.

Aspek psikologi adalah penting untuk meningkatkan perlakuan apabila tahap
fisiologi telah dikembangkan kepada peringkat optimum. Terdapat tiga
komponen psikologi yang terlibat dalam pembelajaran dan perlakuan motor
iaitu:
(a) Motivasi;
(b) Praktis mental; dan
(c) Keinginan (arousal).

Guru dan jurulatih perlu sedar bahawa aspek psikologi mempengaruhi
pembelajaran sesuatu kemahiran atau perlakuan sesuatu kemahiran sukan.
Pengajaran kemahiran motor dan strategi penting supaya pelaku membentuk
lebih disiplin dan kawalan mental untuk mengawal kerisauan (anxiety) dan
melakukan perlakuan dengan penuh tumpuan tanpa ketegangan.

Praktis mental adalah sesuatu imaginasi yang berlaku mengenai sesuatu
perlakuan tanpa menggunakan pergerakan fizikal. Contohnya, seorang pelajar
membaling lembing hanya perlu membayangkan segala pergerakan
perlakuannya dengan teliti dan ia dikatakan telah melakukan praktis mental. Ini
bermaksud praktis mental merupakan imaginasi pelaku terhadap tugasan yang
perlu dilakukannya.

TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 251
Mari kita lihat pandangan tentang maksud praktis mental seperti berikut



Praktis mental dapat membantu pembelajaran sesuatu kemahiran motor. Kajian
telah menunjukkan bahawa kumpulan yang diberikan praktis mental
mempelajari dan melakukan sesuatu kemahiran dengan tahap yang lebih tinggi
jika dibandingkan dengan kumpulan terkawal.
Pelaku dapat menggambarkan bagaimana untuk melakukan kemahiran itu dan
membayangkannya sebelum melakukan sesuatu aktiviti. Dengan itu, kemahiran
dapat dilakukan dengan lebih lancar, cepat, menyeluruh dan berkemungkinan
akan kekal dalam jangka masa yang lama.

Kelesuan mental akan menyebabkan ketidakmampuan untuk menumpukan
perhatian dan ini akan mempengaruhi keberkesanan pengajaran kerana pelajar
akan menghadapi kesulitan dan kelembapan untuk membuat penimbangan.
Pengajaran perlu dipendekkan kalau terlalu kompleks dan dipelbagaikan aktiviti
supaya ia menyeronokkan.

Kemahiran kompleks yang melibatkan koordinasi tangan dan mata dalam
aktiviti membaling menunjukkan kemajuan pembelajaran melalui praktis mental.
Praktis mental juga dapat mengurangkan kekerapan atau ulangan kesalahan
dalam perlakuan. Praktis mental boleh digunakan pada individu yang
mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza-beza.




Praktis mental merupakan satu gambaran dan imaginasi aktiviti dalam
fikiran sebelum melakukan sesuatu aktiviti atau mengingati gambaran itu
selepas aktiviti itu sudah dilakukan.
Brown (1994)
1. Jelaskan maksud praktis mental.

2. Nyatakan dua peranan praktis mental dalam pembelajaran dan
prestasi kemahiran motor.
SEMAK KENDIRI 9.4
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
252


x Variasi pergerakan dan pengalaman konteks adalah ciri-ciri penting untuk
keadaan praktis yang meningkatkan kebolehan seseorang untuk melakukan
kemahiran yang dilatih dengan jayanya serta penyesuaian dengan keadaan-
keadaan yang ia tidak pernah mengalaminya.
x Penggunaan strategi lebihan-praktis adalah lebih berkesan jika guru atau
jurulatih mengetahui berapa banyak jumlah praktis pelajar perlu gunakan
untuk mencapai satu tahap perlakuan yang tertentu.
x Praktis lebihan-belajar adalah berkesan untuk kemahiran seseorang pelajar
akan berlatih dalam sesuatu tempoh masa sahaja dan tidak akan
melakukannya selepas itu.
x Guru atau jurulatih tidak seharusnya beranggapan bahawa lebih banyak
adalah lebih baik. Ini kerana boleh berlakunya kesan negatif pada perlakuan.
x Apabila timbul keraguan berapa lama satu sesi praktis harus dijalankan,
pilihlah sesi yang lebih singkat. Jika pelajar perlu lebih masa praktis, maka
tambah sahaja sesi praktis.
x Sesi praktis yang lebih kerap adalah lebih baik daripada sesi yang kurang.
x Penjimatan hari praktis boleh jadi satu penjimatan masa yang tidak benar. Ini
kerana praktis berkelompok yang terlalu rapat boleh menyebabkan kesan
negatif atau kemerosotan perlakuan pada jangka masa panjang.
AKTIVITI 9.7
Sebelum anda meneruskan pembacaan, anda digalakkan ke laman web
berikut untuk pengukuhan atau pengayaan.
http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/
chapter18/multiple_choice_quiz.html
Laman web ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan
anda menjawab serta memaparkan keputusan sebaik sahaja anda
selesai. Selain itu, terdapat pautan related reading untuk memantapkan
kefahaman anda.
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 253
x Jadikan sesi praktis itu relatif pendek untuk kemahiran yang singkat
perlakuannya dan yang memerlukan pergerakan-pergerakan berulang.
x Praktis variabel menggalakkan pengekalan yang terbaik dan ujian
pemindahan perlakuan apabila dibandingkan dengan praktis konstan.
x Variabiliti praktis merupakan variasi pergerakan dan ciri-ciri konteks
seseorang alami semasa berlatih sesuatu kemahiran.
x Lebihan-belajar adalah praktis berterusan melampaui jumlah yang
diperlukan.
x Praktis berkelompok adalah jadual praktis di mana jumlah rehat antara sesi
praktis atau percubaan adalah singkat.
x Praktis bersebar adalah jadual praktis di mana jumlah rehat antara sesi
praktis atau percubaan adalah panjang.
x Kompleksiti adalah jumlah bahagian atau komponen dan jumlah permintaan
pemprosesan maklumat yang mencirikan sesuatu kemahiran; kemahiran
yang lebih kompleks mempunyai lebih bahagian komponen dan melibatkan
permintaan pemprosesan daripada kemahiran yang kurang kompleks.
x Pengelolaan apabila diaplikasikan ke atas satu kemahiran motor yang
kompleks, perhubungan antara komponen-komponen kemahiran tersebut.
x Pemilihan untuk menggunakan strategi praktis keseluruhan atau sebahagian
hendaklah berdasarkan kepada ciri-ciri kompleksiti dan pengelolaan sesuatu
kemahiran itu.
x Gunakan strategi praktis keseluruhan sekiranya kemahiran itu mempunyai
kompleksiti yang rendah dan pengelolaan yang tinggi.
x Gunakan strategi praktis sebahagian jika kemahiran itu mempunyai
kompleksiti tinggi dan pengelolaan yang rendah.
x Bahagian kemahiran yang saling bergantung dalam konteks ciri perlakuan
ruang-masa harus dilatih bersama sebagai satu unit semula jadi.
x Bahagian tidak saling bergantung dalam konteks ruang-masa boleh dilatih
berasingan.
X TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR
254
x Praktis mental melibatkan praktis kognitif sesuatu kemahiran dengan
ketidakhadiran pergerakan fizikal.
x Praktis mental boleh di dalam bentuk memikirkan tentang aspek kognitif
atau prosedur sesuatu kemahiran motor, atau melihat atau merasa diri
melakukan sesuatu kemahiran atau sebahagian daripada kemahiran.
x Bukti kajian menunjukkan bahawa praktis mental boleh menjadi satu strategi
praktis yang berkesan untuk memudahkan pembelajaran sesuatu kemahiran
motor.
x Sebagai satu strategi praktis, praktis mental paling sesuai digunakan bersama
praktis fizikal kemahiran berkenaan.



Kompleksiti
Praktis berkelompok
Praktis bersebar
Praktis mental
Lebihan-belajar (overlearning)
Lengkuk prestasi
Pengelolaan
Variabiliti praktis

Brady, F. (1998). A theoretical and empirical review of the contextual interference
effect and the learning of motor skills. Quest, 50, 266-293.
Briggs, G. E., & Naylor, J. C. (1962). The relative efficiency of several training
methods as a function of transfer task complexity. Journal of Experimental
Psychology, 64(5), pp. 505-512.
Brown, R. A. (1994). The golfing mind: The psychologial principles of good golf.
New York, NY: Lyon and Burford.
Coker, C. A. (2006). To break it down or not break it down: That is the question.
Teaching Elementary Physical Education, 17, 26-27.
Goldberger, M., and Gerney, P. (1990). Effects of leraner use of practice time on
skill acquisition of fifth grade children. Journal of Teaching in Physical
Education, 10, 84-95.
TOPIK 9 PRAKTIS DALAM PEMBELAJARAN MOTOR W 255
Kluka, D. A. (1999). Motor behaviour from learning to performance.
US: Morton.
Magill, R. A. (2003). Motor learning and control: Concepts and applications
(7th ed.). New York, NY: McGraw-Hill.
Magill, R. A., & Hall, K. G. (1990). A review of the contextual interference effect in
motor skill acquisition. Human Movement Science, 9, 241-289.
Magill, R. A. (2011). Motor learning and control: Concepts and applications.
(9th ed.). New York: McGraw-Hill.
Sage, G. H. (1984). Motor learning and control: A neuropsychological approach.
Dubuque, Iowa, IA: Wm. C. Brown.
Schmidt, R. A. (1988). Motor control and learning: A behavioural emphasis (2nd
ed.). Champaign, Illinois, IL: Human Kinetics.
Schmidt, R. A. (2004). Motor learning and performance (3rd ed.). US: Human
Kinetics.
Shea, J. B., & Morgan, R. L. (1979). Contextual of motor skill. Journal of
Experimental Psychology, 5, 179-187.
Shea, C. H., Kohl, R., & Indermill, C. (1990). Contextual interference contributions
of practice. Acta Psychologica, 73, 145-157.
Shea, C. H., & Kohl, R. M. (1991). Composition of practice: Influence on the
retention of motor skills. Research Quarterly for Exercise and Sport, 62, 187-
195.
Thorndike, E. L. (1929). Human learning. New York, New York: Johnson Reprint
Corporation: MIT Press.
Travlos, A. K. (2010). Specificity and variability of practice and contextual
inference in acquisition and transfer of an underhand volleyball verve.
Percept Motor Skills, 110(1), 298-312.
Wightman, D. C., & Lintern, G. (1985). Part-task traning for tracking and manual
control. Human Factors, 27(3), 267-283.

Anda mungkin juga menyukai