Anda di halaman 1dari 10

KONSEP DAN DEFINISI KECERGASAN

KESELURUHAN DAN KECERGASAN FIZIKAL

Tajuk 1
Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep kecergasan keseluruhan, definisi


kecergasan fizikal, kepentingan kecergasan fizikal, kecergasan fizikal berlandaskan
kesihatan dan komponen serta kecergasan fizikal berlandaskan perlakuan motor serta
komponen. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran
Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:
1.

menjelaskan konsep dan definisi kecergasan keseluruhan;

2.

menjelaskan konsep dan definisi kecergasan fizikal;

3.

menyatakan kepentingan kecergasan fizikal dalam kehidupan anda;

4.

mengenalpasti komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan;

5.

mengenalpasti komponen-komponen kecergasan fizikal berlandaskan lakuan


motor; dan

6.

membezakan jenis aktiviti fizikal yang sesuai untuk membina komponenkomponen kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal
berlandaskan perlakuan motor.

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Konsep dan Definisi


Kecergasan
Keseluruhan

Konsep dan Definisi


Kecergasan Fizikal
Kecergasan Fizikal
berlandaskan
Kesihatan

Kecergasan Fizikal
berlandaskan
Perlakuan Motor

KANDUNGAN

1.0

Konsep dan Definisi Kecergasan Keseluruhan dan Kecergasan Fizikal

Gaya hidup sihat telah menjadi fokus utama dalam kehidupan seharian kita pada zaman kini.
Status ekonomi, keselesaan dan kebahagian hidup, pembangunan intelek dan psikososial
yang dikejar tidak dapat ditangani dengan baik tanpa konsep gaya hidup sihat yang sebenar,
iaitu pengetahuan, pemahaman dan penggunaan konsep kecergasan keseluruhan.
1.1

Konsep Kecergasan Keseluruhan

Kecergasan keseluruhan adalah integrasi komponen-komponen mental, sosial, emosi, fizikal


dan rohani. Kecergasan ini membolehkan individu memberi sumbangan yang bermakna
kepada masyarakat. Kecergasan keseluruhan mencerminkan perasaan seseorang individu
tentang kehidupan serta keupayaan diri berfungsi dengan lebih cekap dan berkesan.
1.1.1 Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu untuk berfungsi secara berkesan
untuk menghadapi cabaran dalam kerja fizikal harian dan menggunakan masa
lapang dengan lebih efektif di samping mempunyai lebihan tenaga untuk tujuan
kecemasan.
1.1.2 Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan individu untuk berfikir dan menggunakan
maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup seharian dan berfungsi secara optimal.
1.1.3 Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk berinteraksi dengan orang lain
bagi mewujudkan perhubungan yang bermakna supaya dapat meningkatkan kualiti
hidup semua pihak yang terlibat dalam hubungan ini.
1.1.4 Kecergasan Emosi
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu menangani kehidupan harian serta
perasaan kendiri secara membina, proaktif, dan optimistik.
1.1.5 Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk membentuk satu sistem nilai
dan bertindak berlandaskan kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan

matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.


1.2

Konsep dan Definisi Kecergasan Fizikal

Kecergasan fizikal membawa maksud satu keadaan di mana seseorang itu mempunyai
cukup tenaga untuk melaksanakan tugas-tugas hariannya tanpa merasa letih dan masih
bertenaga untuk kegiatan masa senggangnya. Di samping itu seseorang itu masih
mempunyai tenaga untuk bertindak jika berlaku kecemasan.
Kecergasan fizikal pada seseorang individu merupakan hak individu itu sendiri dan
tidak sama dengan individu yang lain. Kecergasan fizikal harus dimiliki oleh kita semua tanpa
mengira jantina dan usia ke arah kehidupan yang berkualiti, iaitu dapat bekerja dengan
efektif, menikmati masa kesenggangan, mempunyai masa rehat yang cukup, dapat
menentang penyakit hipokinetik dan menghadapi kecemasan.
Mengikut Corbin dan Corbin (2008), kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada
kecergasan fizikal berlandaskan kesihatan dan kecergasan fizikal berlandaskan lakuan
motor seperti dalam Rajah 1.

Komponen
Kecergasan Fizikal

Kecergasan Fizikal Berlandaskan


Kesihatan

Kecergasan Fizikal
Berlandaskan Perlakuan Motor

Rajah 1: Komponen Kecergasan Fizikal

1.3

Kepentingan Kecergasan Fizikal

Pencapaian kesihatan dan kecergasan yang optima merupakan sesuatu yang sangat
diperlukan dalam kehidupan seharian. Masyarakat moden secara puratanya tidak dapat
mencapai tahap kesihatan dan kecergasan yang optimum. Kebanyakan dari kita memadai
memilih tahap pencapaian yang minimun terhadap kedua-dua komponen ini.
Demi mencapai kecergasan fizikal yang melibatkan aspek fisiologi dan psikologi
tertentu, kita perlu merangka gaya hidup ke arah yang lebih aktif dan cuba mengelakkan
gejala-gejala yang memudaratkan seperti obesiti, masalah mental-emosi dan tingkah laku
sosial yang tidak berfaedah.

Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek fisiologi termasuk:


-

menguatkan otot dan ligamen

mengurangkan risiko kecederaan

meningkatkan daya tahan kardiovaskular

merendahkan tekanan darah

sistem respiratori yang efisyen

mengurangkan risiko terhadap penyakit jantung dan paru-paru

Kepentingan kecergasan fizikal dari aspek psikologi ialah:

1.4

meningkatkan imej kendiri

mengurangkan tekanan

menambahkan kegiatan sosial

tidur, rehat dan rekreasi yang secukupnya

Komponen Kecergasan Fizikal Berlandaskan Kesihatan


Kelima-lima

komponen

kecergasan

fizikal

berlandaskan kesihatan berkait rapat dengan


kesihatan yang baik di samping merupakan
komponen

kecergasan

mengurangkan
hipokinetik.

risiko

yang

dapat

terhadap

Komponen-komponen

penyakit
kecergasan

berlandaskan kesihatan ialah:

1.4.1 Komposisi Badan


Komposisi badan merujuk kepada peratus lemak dalam badan. Komposisi badan
adalah kadar kandungan lemak relatif kepada otot, lemak, tulang dan tisu-tisu

lain

yang membentuk tubuh. Individu yang


cergas biasanya mempunyai peratus
kandungan lemak yang rendah (tetapi
tidak terlalu rendah) berkadar dengan
berat badan dan ketinggiannya.

1.4.2 Daya Tahan Kardiovaskular

Daya tahan kardiovaskular adalah keupayaan sistem kardio-respiratori untuk


melakukan kerja bagi satu jangka masa yang lama dan berterusan dengan intensiti
kerja yang ringan atau sederhana. Individu yang mempunyai kecergasan daya
tahan kardiovaskular yang tinggi biasanya dapat melakukan aktiviti fizikal dalam
suatu tempoh yang lebih lama dan kurang penat berbanding dengan individu yang
mempunyai kecergasan daya tahan kardiovaskular yang rendah dan lebih penat.

1.4.3 Kekuatan

Kecergasan kekuatan merujuk kepada keupayaan otot atau sekumpulan otot dalam
satu penguncupan maksimun terhadap sesuatu bebanan. Contohnya mengangkat
objek berat memerlukan kecergasan kekuatan yang lebih tinggi berbanding dengan
mengangkat

objek

yang
5

ringan.

1.4.4 Daya Tahan Otot


Kecergasan daya tahan otot
merujuk kepada keupayaan
otot bekerja dalam jangka
masa yang lama. Individu
yang

rendah

kecergasan

daya tahan oto akan rasa


penat lebih cepat daripada
individu

yang

tinggi

keupayaan daya tahan otot


dalam

satu

rangkaian

pergerakan yang sama.


1.4.5 Fleksibiliti

Fleksibiliti ialah keupayaan sendi atau sendi-sendi bergerak licin dengan rintangan
yang minimum. Fleksibiliti dirujuk kepada julat pergerakan sendi. Fleksibiliti
dipengaruhi oleh panjang otot, struktur sendi dan sebagainya yang menyumbang ke
arah julat pergerakan yang maksimum.

1.5

Komponen Kecergasan Fizikal berlandaskan Perlakuan Motor

Bagi membolehkan individu terlibat secara cekap dan berkesan dalam aktiviti sukan
terutamanya sukan kompetetif, komponen-komponen kecergasan fizikal berdasarkan
perlakuan motor diperlukan. Komponen-komponen ini adalah:
6

1.5.1 Ketangkasan
Ketangkasan ialah keupayaan menukar arah dengan cepat dan berkesan dalam
sesuatu pergerakan. Ketangkasan amat diperlukan bagi atlet tinju.
1.5.2 Imbangan
Jenis koordinasi yang melibatkan penglihatan reflek dan sistem otot rangka yang
dapat

mengekalkan

keseimbangan.

Contohnya

kcergasan

imbangan

statik

diperlukan semasa gimnas mengimbangi dirinya di atas balance beam manakala


kecergasan imbangan dinamik diperlu semasa larian pecut di selekoh.

1.5.3 Koordinasi
Kebolehan

menyesuaikan

deria

dengan

bahagian-bahagian

badan

bagi

menghasilkan sesuatu pergerakan dengan tepat, licin dan harmoni. Pergerakan


memukul bola tenis memerlukan kecergasan koordinasi.
1.5.4 Kelajuan
Keupayaan bergerak dari satu titik ke titik berikutnya dengan cepat. Pemain hoki
memerlukan kecergasan kelajuan ini semasa lari ke arah untuk mendapatkan bola.
1.5.5 Masa Tindak Balas
Masa tindak balas merujuk kepada masa yang diperlukan untuk bergerakbalas atau
memulakan pergerakan setelah diberikan rangsangan. Atlet lumba kereta perlu
mempunyai kecergasan ini untuk memulakan lumbaan dengan baik sekali.
1.5.6 Kuasa
Kecergasan kuasa ialah keupayaan menukar tenaga kepada daya untuk melakukan
sesuatu pergerakan dalam masa yang singkat. Kecergasan kuasa amat diperlukan
oleh atlet lontar peluru semasa lontaran dibuat.

TUGASAN TERARAH

1. Merujuk kepada Buku Panduan Ujian SEGAK, laksanakan ujian tersebut kepada
sekumpulan 30 orang murid Tahap II di sekolah anda.

(a) Cari julat, min dan sisihan piawai bagi setiap komponen kecergasan yang
diuji.
(b) Buat rumusan atau kesimpulan penilaian anda.
2. Pelbagai aktiviti fizikal dan senaman boleh dirancang dan dilaksanakan untuk
membina komponen-komponen kecergasan pelajar semasa kelas pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Jasmani atau semasa aktiviti kokurikulum sukan.

(a) Anda dikehendaki merancang dan melaksanakan 2 aktiviti bagi setiap


komponen kecergasan.
(b) Sediakan laporan lengkap tentang komponen kecergasan, jenis aktiviti,
prosedur pelaksanaan, bukti pelaksanaan dan refleksi anda.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah
dalam bentuk soft dan hard copy.

RUJUKAN

Bompa, T.O. (1994). Theory and methodology of training: the key to athletic
performance. (3rd ed). Iowa: Kendall/Hunt Publishing Co.
Corbin,C.B., Welk, G.J., Corbin, W.R., Welk, K.A. (2008). Concepts of fitness and wellness:
a comprehensive lifestyle approach. (7th ed.). New York: McGraw-Hill.
Johnson, B. & Nelson, J.K. (1986), Practical measurements for evaluation in physical
Education. Edina: Burgess Pub.
Morrow, J.R., Jackson, A.W., Disch, J.G. & Mood, D.P.(2010). Measurement and evaluation
in human performance (4th ed.). Champaign: Human Kinetics,
Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th ed.). San
Francisco, CA: Benjamin Cummings.
Prentice, W.E. (1998), Fitness and wellness for life. (6th ed.). US: Mc.Graw Hill College
Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman
Malaysia.
Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan). Shah
Alam: Fajar Bakti.

LAMAN WEB
http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitnes
http://www.cyberparent.com/fitness/five.htm
http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htm
http://www.brianmac.co.uk/conditon.htm
http://www.fitness.com/home.php
http://library.crossfit.com/free/pdf/CFJ-trial.pdf
http://www.scribd.com/doc/20908113/BUKU-PANDUAN-SEGAK-2009
http://akitom.blogspot.com/2008/04/apa-itu-kecergasan.ht

10

Anda mungkin juga menyukai