Anda di halaman 1dari 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS

TUN ABDUL RAZAK, KOTA SAMARAHAN, SARAWAK

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

AMBILAN JUN 2019


SEMESTER 3 TAHUN 3

TUGASAN: 3
PELAPORAN AMALI

Nama Pelajar : AENNDY ALEXY BIN JASLI


Angka Giliran : 2019312340135
No. Kad Pengenalan : 001015-12-0609
Kumpulan /Unit : PISMPJ 1619
Kod Kursus : PJMS 3123
Nama Kursus : LAKUAN MOTOR
Nama Pensyarah : JEKIUS BIN KARIM
Tarikh Hantar : 23 MARCH 2022

Pengakuan Pelajar
Saya sudah membaca dan
dimaklumkan tentang kerja kursus
oleh pensyarah.
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
SENARAI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA SURAT

SENARAI KANDUNGAN ii

1.0 PENGENALAN TOPIK 1

2.0 OBJEKTIF AKTIVITI AMALI 1

3.0 KAEDAH / PROSEDUR AKTIVITI AMALI 2-3

4.0 KEPUTUSAN AMALI 3

5.0 PERBINCANGAN KEPUTUSAN AMALI 4-5

6.0 RUJUKAN 6

0
PELAPORAN AMALI

1.0 Pengenalan Topik

Pelaporan amali ini adalah untuk memenuhi kehendak kerja kursus PJMS 3123 iaitu
amali lakuan motor dengan melaksanakan juggling bola tenis. Amali ini telah dilaksanakan
oleh dua kelas Pendidikan Jasmani dan Kesihatan PISMP ambilan Jun 2019 di Institut
Pendidikan Guru Kampus Tun Abdul Razak yang di nilai oleh seorang pensyarah kursus
subjek Lakuan Motor iaitu Encik Jekius Bin Karim. Tujuan penulisan pelaporan amali ini
adalah untuk melihat tahap kefahaman dan kemampuan siswa guru pendidikan jasmani untuk
mengplikasikan teori pembelajaran subjek lakuan motor terhadap sesuatu pergerakan secara
kemahiran motor. Berdasarkan kepada amali tersebut, item yang dilihat dan dinilai adalah
tahap lakuan motor dan juga kemahiran motor siswa guru dalam menjuggling bola tenis.
Menurut Valli (2009), menyatakan bahawa, lakuan motor adalah kawalan pergerakan yang
dicapai menerusi interaksi biologi badan manusia untuk menghasilkan suatu pergerakan
badan manusia. Kemahiran motor pula didefinisikan sebagai pergerakan manusia yang
difokuskan kepada prestasi kawalan motor dan juga penguasaan kawalan motor yang berlaku
hasil daripada praktis serta latihan yang dijalankan menurut Haywood dan Getchell (2005).
Oleh hal yang demikian, amali juggling bola tenis ini adalah untuk melihat kemahiran motor
siswa guru pendidikan jasmani selepas praktis dan juga latihan beberapa minggu yang telah
dijalankan.

2.0 Objektif Aktiviti Amali

Berdasarkan kepada amali Juggling bola tenis yang telah dijalankan oleh 40 orang
siswa guru pendidikan jasmani bagi kursus lakuan motor ini, ia mempunyai beberapa objektif
aktiviti amali yang telah ditetapkan dan hendak dicapai. Objektif aktiviti amali ini adalah yang
pertama, untuk melatih dan meningkatkan kemahiran motor halus pada setiap siswa guru
pendidikan jasmani. Seterusnya, untuk meningkatkan tahap koordinasi badan terutamanya
bahagian mata dan tangan siswa guru pelatih semasa menjalani aktiviti amali tersebut. Selain
itu, objektif aktiviti amali ini juga adalah untuk mengaplikasikan kaedah pembelajaran dalam
melatih lakuan motor seseorang dari peringkat kognitif, assosiatif dan autonomos. Obejktif
keempat adalah, untuk menilai kawalan pergerakan yang dilakukan oleh semua peserta
semasa melakukan juggling bola tenis. Objektif amali ini juga adalah untuk melatih siswa guru
pendidik berkaitan dengan kaedah pembelajaran secara ansur maju bermula daripada tahap
yang mudah, sederhana dan juga sukar. Akhir sekali, untuk menilai dan melatih kemahiran
terkawal dan kemahiran luar kawal setiap siswa guru pendidikan jasmani. Objektif ini
dirancang agar siswa guru pendidikan jasmani dapat mengajar perkembangan lakuan motor
dan kemahiran motor dengan lebih teratur dan tersusun apabila berada di sekolah nanti.

1
3.0 Kaedah / Prosedur Aktiviti Amali

A. Peralatan yang digunakan : Bola Tenis

B. Prosedur pelaksanaan amali:

Set 1: Jumlah latihan= 10 percubaan latihan mengikut blok berikut:

Blok latihan 1 = 5 percubaan menggunakan 1 biji bola

Blok latihan 2 = 5 percubaan menggunakan 2 biji bola

1 Bola 2 Bola

Set 2: Jumlah latihan = 10 percubaan latihan mengikut blok berikut:

Blok latihan 1 = 5 percubaan menggunakan 2 biji bola

Blok latihan 2 = 5 percubaan menggunakan 3 biji bola

3 Bola

C. Kaedah Melaksanakan Aktiviti Amali

1. Apabila ‘juggling’ sebiji bola dengan menggunakan tangan, lambungkan bola


tersebut dari tangan kanan ke kiri dan balik ke tangan kanan. Fokus lambungan
pada satu titik di atas sedikit dari aras mata berhadapan dengan muka anda.
2. Apabila ‘juggling’ dengan dua biji bola, mulakan dengan sebiji bola di tangan kanan
dan sebiji lagi di tangan kiri. Lambungkan bola di tangan kanan dahulu ke titik yang
sama anda gunakan pada mulanya. Bila bola tersebut sampai ke puncak,
lambungkan bola yang di tangan kiri. ‘Juggling’ dua biji bola adalah janggal kerana

2
anda perlu berhenti selepas dua biji bola dilambungkan.
3. Apabila ‘juggling’ 3 biji bola sekali gus, mulakan dengan 2 biji bola di tangan kanan
dan sebiji bola di tangan kiri. Mula ‘juggling’ dengan melambung ke atas sebiji bola
yang berada di tangan kanan. Bila bola ini sampai di puncak, lambung ke atas
bola yang di tangan kiri.
4. Bila bola kedua sampai di puncak, lambung bola terakhir yang di tangan kanan.
Kitaran ini perlu berterusan untuk ‘juggling’ dengan jayanya. Sentiasa menangkap
bola yang di udara dengan tangan yang berlawanan dengan tangan yang
melambung bola tersebut. ‘Juggling’ 3 biji bola memerlukan sebiji bola sentiasa
berada di udara.
5. Rekodkan jumlah tangkapan bagi setiap blok latihan pada borang skor yang
disediakan. Jumlah tangkapan adalah bilangan setiap tangkapan yang berjaya
dilakukan sebelum bola jatuh ke tanah.

4.0 Keputusan Amali

Perlakuan 1 Bola Perlakuan 2 Bola Perlakuan 3 Bola

SET 1 SET 2

Blok Latihan 1 Blok Latihan 2 Blok Latihan 1 Blok Latihan 2

1 2 2 3

1 2 2 3

1 2 2 3

1 2 2 3

1 2 2 3

Rajah 1: Aktiviti pelaksaan amali

Rajah 2: Dapatan Skor Ujian Amali

3
5.0 Perbincangan Keputusan Amali

Aktiviti amali yang telah dijalankan, boleh dikatakan bahawa saya telah mendapatkan
keputusan dan juga penilaian amali yang baik kerana, saya dapat melakukan juggling bola
tenis sama ada 1 bola, 2 bola dan juga 3 bola tanpa menjatuhkan bola tersebut sehingga ke
balingan penghabisan. Perkara yang boleh dikatakan berdasarkan kepada aktiviti amali ini
adalah, saya dapat menguasi kemahiran motor halus dengan menggunakan ransangan yang
telah diberikan hasil daripada pembelajaran motor yang dilatih dan dipraktikkan sepanjang
sesi latihan kelas dijalankan. Hal ini dikatakan demikian kerana, menurut Schmidt & Lee
(2014), pembelajaran motor yang baik akan memberikan kesan kepada pemberian maklum
balas sepanjang sesi latihan dan praktis yang dijalankan. Apabila maklum balas berlaku
dengan sangat baik maka, ia akan menukarkan ransangan yang diterima menjadi
pengalaman jangka masa panjang untuk mencapai matlamat dan penyelesaian masalah yang
akan mempegaruhi proses pembelajaran motor seseorang individu pada masa akan datang
menurut Tzetis dan Votsis (2006).

SKOR UJIAN JUGGLING BOLA TENIS


6

5
JUMLAH TANGKAPAN

0
1 Bola 2 Bola 3 Bola

Rajah 3: Graf skor ujian amali

Berdasarkan kepada graf diatas, saya telah selesai dan dapat melakukan juggling bola
tenis sama ada menggunakan 1 bola, 2 bola, dan juga 3 bola tanpa menjatuhkan bola ke
bawah lantai sehingga 5 percubaan juggling habis dilaksanakan serta telah mendapatkan
markah penuh bagi setiap balingan yang dilaksanakan. Hal ini dikatakan demikian kerana,
saya mendapatkan 5 markah penuh seperti yang tertera pada graf diatas bagi setiap bilangan
lontaran bola tenis yang telah ditetapkan. Oleh hal yang demikian, boleh dikatakan bahawa,
peringkat lakuan kawalan motor bagi kemahiran motor halus saya telah berada pada tahap

4
penguasaan autonomos yang baik kerana, saya telah dapat menyeimbangkan koordinasi
tangan dan mata saya untuk melaksanakan pergerakan juggling bola tenis tersebut. Menurut
Utley & Astill (2008), maklum balas tambahan yang diterima akan mempunyai kesan terhadap
perkembangan motor sepanjang proses latihan dan pembelajaran kemahiran motor. Oleh
sebab itu, praktif dan juga latihan yang telah dijalankan sepanjang kelas telah memberikan
saya satu pengalaman baru untuk mengusai suatu kemahiran motor halus iaitu juggling bola
tenis dan telah dibuktikan daripada skor yang telah didapatkan daripada amali tersebut.

Kesimpulanya, maklum balas yang telah diperolehi sepanjang tempoh praktis dan juga
latihan yang dijalankan itu dapat digunakan sebagai satu pembelajaran motor untuk
menguasai kemahiran motor halus seperti amali yang telah dijalankan iaitu juggling bola tenis.
Selain daripada itu, dalam menguasai amalai juggling bola tenis ini juga saya telah
menggunakan Teori Skema Schmidt (1975), untuk memantapkan lagi kemahiran mengingat
kembali dan juga pengenalpastian respons terhadap sesuatu ransangan yang diterima.
Apabila kesemua bidang pembelajaran lakuan motor ini telah digunakan, maka saya telah
dapat menjalankan amali juggling bola tenis ini dengan sangat baik kerana, saya berjaya
mengawal setiap balingan yang dilakukan bermula daripada menggunakan 1 bola
sehinggalah menggunakan 3 biji bola. Oleh hal yang demikian, pelaksanaan aktiviti amali
tersebut berjalan dengan lebih lancar dan dapat melakukan setiap kemahiran juggling bola
tersebut dengan sangat baik.

5
6.0 Rujukan

Haywood, K. M., & Getchell, N. (2005). Lifespan motor development. 4th ed. Champaign, IL:
Human Kinetics
Schmidt, R. A. (1975). Motor learning and performance: A situation- based learning approach
(4th ed.). Human Kinetics.
Schmidt, R. A. & Lee, T. D. (2014). Motor learning and performance: From Principles to
Application (6th ed.). Human Kinetics
Tzetzis, G. & Votsis, E. (2006). Three Feedback Methods in Acquisition and Retention of
Badminton Skills. Perceptual and Motor Skills, 102(1), 275-84.
Utley, A. & Astill, S. L. (2008). Motor Control, Learning and Development. International Journal
of Sports Science & Coaching, 3(2), 297-299.
Valli A/P Subramaniam, (2009). Prestasi Kemahiran Motor Kanak-Kanak Spastik
Menggunakan McCarront Assessment if Neuromuscular Development. Projek Sarjana
Muda, UTM: Tidak Diterbitkan

Anda mungkin juga menyukai