Anda di halaman 1dari 4

A. Lukiskan pelan bilik darjah semasa membantu mentor melaksanakan PdP.

MASUK

Papan putih

Meja guru

Meja pelajar

Papan
kenyataan

Kerusi
guru

Kerusi
pelajar
B. Cara-cara bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah. Tersebut
digunakan dengan berkesan.

Bahan dan sumber PdP dipamerkan di bilik darjah di Sekolah Kebangsaan Salimpodon
Darat pItas iaitu tempat saya berBPS baru-baru ini adalah dengan menampal kan bahan-
bahan tersebut di belakang bilik darjah pada bahagian papan kenyataan bilik darjah. Selain
itu bahan-bahan dan sumber PdP yang baharu saja dibuat semasa proses PdP dijalankan
juga akan ditampal pada bahagian-bahagian dinding kelas yang kosong. Hal ini dilakukan
oleh para guru di sekolah tersebut, agar pelajar-pelajar mereka mudah memahami apa yang
dipelajari oleh mereka untuk subjek tersebut. Seterusnya dengan cara tersebut juga, guru-
guru lain boleh menggunakan bahan-bahan dan sumber PdP yang sedia ada di dalam kelas
untuk dijadikan contoh yang berkaitan dengan subjek yang mereka pelajari pada masa
tersebut. Sebagai contohnya, guru seni visual mengajar murid-murid melukis seekor ayam.
Selepas sahaja para murid selesai menyiapkan lukisan mereka setiap lukisan tersebut akan
ditampal di bahagian-bahagian dinding bilik darjah yang kosong. Apabila guru sains masuk
kedalam kelas pula dan pada masa yang sama sub tajuk yang diajar pada masa itu adalah
benda hidup dan benda bukan hidup. Dengan adanya lukisan-lukisan tadi ia akan
memudahkan guru sains itu untuk mencari contoh yang terdekar agar para murid lebih
memahami apa yang mereka pelajari pada masa tersebut.
C. Catatkan bahan dan sumber PdP yang mudah digunakan oleh pelajar.

1. Gambar rajah
2. Lukisan
3. Video
4. Nota
5. Inovasi sesuatu alatan yang berkaitan dengan PdP

D. Adakah murid diberi peluang menggunakan sumber pembelajaran yang


berasaskan TMK?

Sk Salimpodon Darat Pitas merupakan sekolah yang berada pada Kawasan luar bandar,
oleh hal yang demikian sekolah tersebut tidak mempunyai makmal komputer dan juga
sangat-sangat kekurangan bahan-bahan yang berkaitan dengan TMK. Oleh hal yang
demikian pelajar-pelajar di sekolah tersebut kurang terdedah dengan pembelajaran yang
berasakan kepada TMK. Mereka diajar lebih kepada cara lama iaitu pembelajaran yang
biasa didalam kelas guru mengajar di depan menggunakan papan putih manakala pelajar
pula Cuma menulis nota berdasarkan kepada nota yang diberikan oleh guru tersebut.
Berdasarkan kepada perkara tersebut, murid di sekolah tersebut kurang berpeluang
menggunakan sumber pembelajaran yang berasaskan kepada TMK kerana kekurangan
teknologi-teknologi yang berkaitan dengan TMK.
E. Sejauh manakah murid digalakkan melibatkan diri secara aktif dalam setiap
aktiviti pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai