Anda di halaman 1dari 7

LAPORAN KAJIAN KES

1.0 PENGENALAN

Pada era ini, generasi sekarang tidak suka untuk belajar matapelajaran Matematik tetapi
ada yang segelintir suka belajar. Hal ini kerana, mereka tidak memahami topik-topik yang
terkandung dalam matapelajaran tersebut. Antara topik yang sangat sukar bagi murid-murid
adalah topik Pecahan dalam Nombor dan Operasi. Menurut Maria Miller (2003), terdapat guru
dan ibu bapa berpendapat bahawa kebanyakkan murid di sekolah mengalami masalah dalam
belajar operasi pecahan. Pecahan merupakan topik yang sangat penting kepada murid untuk
masa hadapan mereka sebagai panduan untuk kehidupan seharian mereka misalnya,
belanjawan, mengira kadar gadai, atau dalam pembaikan rumah.( Hansen, 2015). Menurut
Booker (1996), pecahan merupakan konsep matematik yang abstrak kepada murid sekolah
rendah selepas mereka mempelajari konsep nombor bulat. Murid-murid sukar mengingat
istilah-istilah dalam topik Pecahan iaitu pecahan wajar, pecahan tidak wajar, pecahan campur
dan sebagainya. Sebagai seorang guru Matematik harus mengambil inisiatif untuk
menghasilkan resos yang sesuai dan pelbagai bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran
yang efektif serta meningkatkan prestasi pembelajaran murid. Sehubungan dengan itu, sebagai
seorang guru pelatih kami menghasilkan sebuah resos yang sesuai dan relevan bagi topik
pecahan mengikut DSKP Matematik Tahun Dua bagi membantu murid untuk memahami dan
menyelesaikan masalah dalam topik pecahan.

1
2.0 ISU-ISU DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PECAHAN DENGAN
MENGGUNAKAN RESOS

Dalam pada itu, saya melaksanakan kajian saya semasa melaksanakan PBS iaitu
Pengalaman Berasaskan Sekolah di sebuah sekolah. Tujuan saya melaksanakan kajian ini
adalah untuk mengetahui isu-isu yang dihadapi oleh murid dalam proses pengajaran dan
pembelajaran topik Pecahan. Menurut kajian saya, topik pecahan merupakan topik yang
sangat sukar bagi murid-murid sekolah rendah untuk memahami dan menyelesaikan masalah.
Antara isu atau masalah dalam pengajaran dan pembelajaran dalam topik pecahan adalah
memudahkan pecahan dalam bentuk pecahan wajar, membandingkan nilai dua pecahan wajar.
Oleh hal demikian, murid hilang markah dalam peperiksaan. Murid-murid hilang markah dalam
peperiksaan kerana tidak mengetahui atau memahami dan tidak dapat menguasai konsep atau
cara melaksanakan pecahan setara sacara sepenuhnya. Teknik penghafalan menjadi
penghalang untuk murid-murid menceburi konsep pecahan. Tambahan pula, mereka juga
keliru dengan istilah pecahan wajar dan pecahan tidak wajar dan juga konsep kedua-dua
pecahan tersebut. Hal ini kerana, guru tidak memberi contoh yang sesuai semasa proses
pengajaran dan pengajaran. Tambahan pula, guru tidak menggunakan bahan bantu mengajar
(BBM) ataupun alat bantu mengajar (ABM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran
sebaliknya hanya menggunakan kaedah ‘chalk and talk’ sahaja. Menurut Ball (1988), guru-guru
baru lebih banyak bergantung kepada rumus dan petua yang dihafal tanpa memahami konsep
di sebaliknya. Guru-guru menggunakan teknik hafal sahaja semasa membuat lembaran kerja.
Beliau hanya meminta murid-murid untuk hafal petua dan menggunakannya dalam lembaran
kerja. Ini menyebabkan murid tidak faham konsep sebenar pecahan wajar dan tidak wajar.

2
3.0 PROFIL MURID

Dalam melaksanakan PBS, saya telah pergi ke sebuah sekolah Tamil SJK(T) Ladang
Nova Scotia 1. Pada masa itu, saya telak melaksanakan kajian kes saya dengan murid Tahun
2 dalam topik pecahan. Saya telah memilih seorang murid (kes kajian) bagi menjalankan kajian
kes saya. (gambar disertakan dalam lampiran 1). Latar belakang murid ini ialah dia datang
daripada keluarga yang sosioekonominya bertaraf sederhana. Ibu bapa dia berkerja di sebuah
kilang. Bilangan adik- beradiknya ialah 4 orang termasuk dia. Sebab faktor sosioekonomi
keluarganya bertaraf rendah, dia tidak pergi ke tuisyen. Jadi dia hanya belajar di rumah sahaja.
Di sekolah juga dia tidak mempunyai kelas tambahan kerana biasanya kelas tambahan hanya
kepada murid dari tahun empat hingga enam. Di rumah juga dia tidak dapat bantuan daripada
ibu bapa kerana mereka sibuk dengan kerja mereka mahupun, murid ini belajar bersungguh-
sungguh dan mendapat 4A 4B dalam peperiksaan tetapi dia menghadapi kesukaran dalam
mempelajari matapelajaran Matematik, dia mendapat gred B dalam peperiksaan. (gambar
disertakan dalam lampiran 2). Dia juga sentiasa berlari asyik bermain dalam kelas dan juga
bersembang dengan kawan-kawan sekelas. Guru kelas dia juga memberi gred B bagi kelakuan
dia. (gambar disertakan dalam lampiran 3). Saya temubual murid tersebut dengan kebenaran
guru kelas dia. Hasil daripada temubual saya, saya dapat mengetahui bahawa murid tersebut
tidak suka belajar matapelajaran Matematik dan juga sukar memahami konsep asas sesuatu
topik dan juga bosan. Hal ini kerana, guru mereka tidak menggunakan apa jua teknologi dan
komunikasi dan juga bahan bantu mengajar dalam kelas kerana beliau hanya memberi
tumpuan dalam menghabiskan silibus sahaja. Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan intipati
dalam membantu guru untuk melancarkan pengajaran dalam usaha bagi memudahkan murid-
murid memahami konsep dan isi fakta dalam proses pengajaran dan pembelajaran.(Mok Soon
Sang, 1991).

3
4.0 METODOLOGI

Bagi menjalankan kajian saya, saya telah membawa murid tersebut ke pusat sumber
dengan kebenaran guru kelas dia. (gambar disertakan dalam lampiran 4) Pertama sekali, saya
telah menjelaskan tujuan saya menghasilkan resos tersebut dan juga konsep dan fakta
pecahan mengikut standard kandungan. Setelah menjelaskan, saya telah menjelaskan cara
mengendalikan resos tersebut. Bagi membantu murid tersebut memahami dan memudahkan
melorek tempat mengikut soalan, saya menyediakan beberapa plastik lutsinar yang ditulis
dengan penyebut 2 hingga 10 dan pengangka 1 hingga 10. Dengan menggunakan plastik
lutsinar yang sedia ada, saya mengarahkan murid tersebut untuk mengambil plastik lutsinar
mengikut soalan dan meletakkan atas roda sebelah kiri serta melorek tempat. Seterusnya bagi
mengajar perbandingan nilai antara dua pecahan wajar, saya mengarahkan murid tersebut
untuk melorek tempat mengikut soalan di sebelah kiri dan meletak plastik lutsinar tersebut di
sebelah kanan untuk mencari nilai yang sama dengan tempat yang dilorek di sebelah kiri
dengan menggunakan kaedah padanan. Setelah selesai mengajar, saya telah menyediakan
lembaran kerja dan mengarah murid tersebut untuk buat. (lembaran kerja disertakan dalam
lampiran 5). Sewaktu mengendalikan resos tersebut murid tanya banyak soalan walaupun saya
menjelaskan dengan teliti. Oleh hal demikian, saya harus membuat penambahbaikan terhadap
resos saya bagi mengelakkan murid keliru semasa mengajar dalam kelas.

4
5.0 RANCANGAN BAHARU UNTUK PENAMBAHBAIKAN

Dalam pada itu, bagi mengelakkan murid keliru dan juga berlakunya miskonsepsi dalam
topik Pecahan saya telah membuat beberapa penambahbaikan atas resos yang telah dibuat.
Pertama sekali, semasa mengajar murid melorek tempat saya harus menutup roda sebelah
kanan sebab murid hanya menggunakan roda sebelah kiri sahaja maka, murid menghadapi
kekeliruan dengan roda sebelah kanan. Jadi, saya harus menyediakan penutup untuk menutup
roda sebelah kanan. Seterusnya, saya harus mengecilkan saiz bulatan plastik lutsinar tersebut.
Hal ini kerana, setelah murid meletak plastik lutsinar atas roda mereka sukar untuk menanda
tempat yang mereka hendak dilorek. Oleh itu, saya harus mengecilkan saiz bulatan plastik
lutsinar bagi memudahkan murid menanda. Selain itu, sebagai seorang guru kita harus
memberi peluang kepada murid mengambil inisiatif serta perasaan ingin tahu untuk meneroka
terlebih dahulu sebelum kita mula mengajar bagi murid meneroka dan memahami sesuatu
konsep secara mendalam. Pada abad ke-21 ini, guru harus memberi kepentigan kepada KBAT
iaitu Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. Jadi, saya harus menyediakan soalan-soalan KBAT
kepada murid bagi memudahkan dan memahami konsep pecahan dengan lebih mudah. Akhir
sekali, setelah murid menjawab sebagai ganjaran guru harus menyediakan hadiah bagi
meningkatkan keyakinan mereka.

6.0 KESIMPULAN

Akhirulkalam sebagai seorang guru Matematik, kita harus mengambil inisiatif untuk
mengajar murid-murid dan juga memastikan mereka memahami konsep sepenuhnya mengikut
isi kandungan dalam DSKP sesuatu tahun. Jadi, guru harus menjalankan proses pengajaran
dan pembelajaran dengan lebih efektif dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat
membantu murid bergerak secara aktif yang dapat membina kefahaman, sikap dan kreativiti
mereka serta mengelakkan mereka berasa bosan. Kebijaksanaan dan kecemerlangan guru
dalam bilik darjah bergantung kepada pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki, khususnya
yang berhubung dengan isi kandungan dan cara penyampaian. Tambahan pula, guru harus
menghasilkan BBM mengikut topik-topik yang mereka hendak mengajar serta menghasilkan
rancangan pengajaran harian yang berkreatif. BBM haruslah bersifat maujud, kreatif, menarik
bagi menarik perhatian para murid dan mengelakkan mereka berasa bosan. Kesimpulannya,
topik pecahan adalah topik yang sangat penting bagi seseorang individu untuk menjalankan
kehidupan seharian mereka.

5
RUJUKAN

Ahmad.M. (2017). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pendidikan Pemulihan.
Dicapai daripada https://www.coursehero.com/file/21196188/214366129-Penggunaan-
Alat-Bantu-Mengajar-Dalam-Pengajaran-Pendidikan-Pemulihan/

Freeninda. (2012). Peningkatan Pemahaman Konsep Operasi Hitung Pecahan Dengan Media
Visual. Dicapai daripada https://freeninda1310.wordpress.com/2012/01/13/peningkatan-
pemahaman-konsep-operasi-hitung-pecahan-dengan-media-visual/

Kurikulum Standard Sekolah Rendah. (2015). Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran
Matematik Tahun Dua. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Nur Liyana. (2007). Cara Mengajar Pecahan Dengan Menggunakan Kaedah Melipat Kertas.
Dicapai daripada https://www.scribd.com/doc/182187501/Cara-Mengajar-Pecahan-
Dengan-Menggunakan-Kaedah-Melipat-Kertas

Tengku Zainal.T.Z., Mustapha.R., Habib. A.R. (2009). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan
Guru Matematik Bagi Tajuk Pecahan: Kajian Kes Di Sekolah Rendah. p.131-153.
Dicapai daripada www.ukm.edu.my/jurfpend/journal/vol%2034%202009/.../8.doc

Toth M.J. (2010). Amalan Penggunaan Bahan Bantu Mengajar dalam Kalangan Guru
Cemerlang Pendidikan Islam Sekolah Menengah di Malaysia. Dicapai daripada
https://www.researchgate.net/publication/287647693_Amalan_Penggunaan_Bahan_Ban
tu_Mengajar_dalam_Kalangan_Guru_Cemerlang_Pendidikan_Islam_Sekolah_Menenga
h_di_Malaysia

6
7

Anda mungkin juga menyukai