Anda di halaman 1dari 6

PENULISAN AKADEMIK

Pada era globalisasi ini, berlakunya pelbagai kes disiplin di semua sekolah. Dalam hal
ini, siapakah yang dipertanggungjawabkan? Menurut pandangan saya, guru yang harus
bertanggungjawab menangani serta menyelesaikan masalah yang ditimbul di dalam bilik darjah
mahupun di luar bilik darjah. Dalam membincangkan hal ini, peranan guru bukan sahaja
mengajar, mereka harus mengatur disiplin dan juga menghasilkan hubungan yang baik dengan
anak murid mereka serta menunjukkan ciri-ciri guru yang efektif. Menurut Havighurst
menjelaskan bahawa peranan guru disekolah sebagai pegawai (employee) dalam hubungan
kedinasan, sebagai bawahan (subordinate) terhadap atasannya, sebagai rakan sejawat dalam
hubungannya dengan teman sejawat, sebagai mediator dalam hubungannya dengan anak
didik, sebagai pengatur disiplin, evaluator dan pengganti orang tua. Sesetengah pelajar sering
menimbulkan masalah di dalam bilik darjah dengan mengganggu pengajaran dan pembelajaran
serta menimbulkan tekanan kepada guru. Misalnya, Rizal merupakan seorang pelajar yang
sering tidak menumpukan perhatian semasa guru mengajar dan tidak menyiapkan kerja yang
diberi oleh guru. Dia juga sentiasa mengganggu rakan-rakan yang sedang mengikuti pelajaran
menyebabkan ada pelajar lain yang turut terpengaruh dengan tingkah lakunya. Semasa guru
memberikan kerja kumpulan, kelas menjadi riuh-rendah kerana Rizal dan beberapa orang
rakannya mula bercakap dan bergerak dari satu tempat ke tempat lain. Apabila ditegur, Rizal
bersikap biadap dan tidak mengedahkan teguran gurunya serta terus keluar dari kelas tanpa
kebenaran.

Menurut Alberto & Troutman (1986), pengurusan bilik darjah boleh dikatakan sebagai
kemahiran guru menguruskan masa, ruang, sumber pembelajaran, peranan dan tingkah laku
murid ketika menyediakan suatu iklim yang sesuai untuk pengajaran. Dalam mempertahankan
hal ini, guru harus memastikan persekitaran pembelajaran yang optimum. Guru
bertanggungjawab untuk menjaga persekitaran fizikal bilik darjah bagi memastikan persekitaran
pembelajaran yang kondusif. Persekitaran fizikal di dalam bilik darjah merangkumi aspek-
aspek seperti susunan dan reka bentuk fizikal di dalam bilik darjah, sumber bahan
pembelajaran, ruang atau sudut pembelajaran, ruang pada dinding, pencahayaan,
pengudaraan dan perabot serta kebersihan. Tambahan pula, guru juga harus merancang
pengajaran pada hari tersebut sebelum memasuki bilik darjah. Hal ini kerana, pengajaran yang

1
telah dirancang dapat membantu guru mengadakan pelbagai aktiviti bagi menarik perhatian
para murid. Dengan ini, para murid tidak akan berasa bosan dan mengganggu pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah. Menurut Erik Erison, murid-murid pada peringkat ini mula
mendapat pengalaman baharu dan berfokus kepada pembelajaran pengetahuan dan
kemahiran baharu. Namun, mereka memerlukan pemantauan, struktur, dan prosedur-prosedur
yang jelas bagi mengamalkan tingkah laku yang baik di dalam bilik darjah. Oleh itu, menurut
Model Disiplin Asertif Canter, guru hendaklah menggunakan peraturan dan menguat kuasa
kesan secara konsisten. Guru harus menghasilkan peraturan bilik darjah sebagai panduan
kepada para murid untuk mengelakkan membuat masalah dalam bilik darjah dan juga
mengenakan hukuman atas kesalahan mereka. Contohnya, guru menghasilkan peraturan tidak
boleh bersikap biadap dan tidak boleh keluar dari kelas tanpa kebenaran. Jadi, apabila Rizal
keluar dari kelas tanpa kebenaran guru maka, dia harus dikenakan hukuman bagi menyedari
kesalahannya. Tambahan pula, guru juga harus mengorganisasi satu perjumpaan dengan
murid-murid dan menjelaskan keperluannya peraturan bilik darjah dipatuhi bagi para murid
faham tentang kepentingan mengamalkan peraturan di dalam bilik darjah. Guru juga menyalin
segala peraturan bilik darjah yang telah dibincang dengan murid dan mengantung ia di hadapan
kelas bagi mengelakkan murid terlupa dan membuat masalah. Guru juga harus
mengaplikasikan konsekuen dan konsisten dengan menggunakan peraturan dan menguat
kuasa kesan secara konsisten. Dalam kes Rizal, guru harus menggantikan hukuman dengan
teknik perbincangan bagi mengurangkan situasi ketegangan. Konsep utama model ini adalah
ganjaran dan hukuman. Guru harus mengenal pasti situasi yang mana boleh beliau dapat
memberi ganjaran dan hukuman. Contohnya, jika Rizal mematuhi peraturan guru maka guru
akan memberi ganjaran dengan kata-kata pujian ataupun memberi gula-gula tetapi apabila
Rizal tidak mematuhi peraturan dengan bersikap biadap, dia harus dikenakan hukuman dengan
menghantar dia ke bilik kaunseling ataupun menyuruh dia berdiri di satu tempat bagi dia
menyedari kesalahannya. Pada masa yang sama, guru sentiasa memberi peringatan tentang
peraturan bilik darjah sebelum memulakan pengajaran dan pembelajaran pada hari tersebut.
Jadi, pengurusan persekitaran bilik darjah yang kondusif adalah tanggungjawab guru bagi
menangani masalah disiplin dalam dalam bilik darjah.

2
Pada era ini, pentingnya hubungan antara guru dan murid bagi meningkatkan prestasi
pembelajaran para murid. Tambahan pula, hubungan yang positif antara guru dan murid boleh
meningkatkan komunikasi yang berkesan antara kedua-dua belah pihak. Dalam
membincangkan lagi hal ini, hubungan yang positif antara guru dengan murid dapat menangani
masalah disiplin dalam bilik darjah. Hal ini kerana, guru sentiasa mengawasi dan peka
terhadap masalah yang dihadapi oleh Rizal dan memahami serta menyelesaikannya. Menurut
Good dan Brophy, guru yang dihormati dan mesra pelajar dapat bekerjasama dengan murid-
muridnya dalam menjayakan aktiviti di dalam bilik darjah. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru
mengadakan komunikasi yang berkesan dengan para murid bagi sama-sama mencapai objektif
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru harus mengadakan hubungan yang positif
dengan Rizal bagi dia tidak mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Tambahan pula, guru
yang menghormati dan peka dengan murid tetapi dalam masa yang sama tegas dan
menetapkan batas-batas tertentu akan dihormati oleh murid. Pencapaian akademik dan
tingkah laku murid dipengaruhi oleh kualiti hubungan guru dan murid. (Jones, 1995). Guru
harus mewujudkan suasana yang demokratik dalam bilik darjah dan juga komunikasi yang
berkesan dengan semua murid tanpa mengira agama, bangsa dan Negara bagi meningkatkan
prestasi seseorang murid. Hal ini, kerana apabila guru mengadakan komunikasi dengan murid,
beliau dapat mengetahui masalah yang dihadapi oleh murid tersebut dalam akademik mahupun
dalam keluarga, dengan ini beliau senang untuk membantu murid tersebut dalam apa jua
keadaannya. Seterusnya, strategi bagi membentuk hubungan yang positif antara guru dengan
murid adalah guru harus ingat nama setiap murid dalam bilik darjah tersebut dalam tempoh 48
jam. Hal ini kerana, sesetengah murid takut untuk memulakan perbincangan dengan guru,
maka guru harus ingat nama mereka dan menegur mereka dengan panggil nama mereka serta
memulakan perbincangan bagi murid berasa mereka wujud serta dihormati dan juga hilang rasa
takut terhadap para guru dan dapat berkongsi masalah mereka dengan guru. Menurut Canter
murid-murid biasa menunjukkan kelakuan disruptif dan senang memberontak yang selalu
mencabar kemarahan guru tetapi mereka yang memerlukan perhatian daripada guru. Oleh itu,
guru harus bertanggungjawab membentuk hubungan yang positif dengan Rizal bagi memahami
situasi dia. Guru juga sentiasa senyum dan menunjukkan keprihatinan guru dengan semua
murid bagi murid dapat lupa segala masalah mereka dan menumpukan perhatian dalam
pengajaran serta tidak melibatkan diri dalam apa jua masalah disiplin bilik darjah.

3
Dalam menyelesaikan hal ini, peranan guru yang efektif sangat penting kerana guru
yang efektif adalah guru yang sering memberi motivasi kepada para murid untuk belajar dan
meningkatkan semangat belajar. Ciri-ciri guru yang efektif ini mempunyai empat aspek utama
iaitu kualiti peribadi, kompetensi pengajaran dan pembelajaran, kompetensi budaya serta
penghayatan dan amalan nilai. Menurut Model Disiplin Asertif Canter, terdapat tiga jenis sifat
guru iaitu, guru bersifat asertif, tidak asertif dan agresif. Dalam menyelesaikan masalah yang
dihadapi oleh Rizal, guru yang bersifat asertif adalah dapat membantu Rizal menangani
masalah dia. Aspek yang pertama ialah kualiti peribadi, kualiti ini dapat membantu guru
melaksanakan tugas beliau dengan lebih baik di dalam bilik darjah. Dalam hal ini, guru yang
peka terhadap perbezaan cara mengajar sentiasa menggunakan pelbagai cara untuk mengajar
dalam bilik darjah bagi menarik tumpuan murid dan juga menangani mereka terlibat dalam
masalah disiplin seperti Rizal mengganggu rakan-rakannya sebab dia tiada minat untuk belajar.
Oleh itu, guru mengadakan akitiviti, menyangkan video dan sebagainya bagi menarik perhatian
murid. Tambahan pula, guru juga sentiasa mengamalkan sifat mesra, peramah, tabah,
penyayang, sistematik, adil, bersemangat dan sebagainya. Hal ini kerana, apabila guru
mengamalkan sifat-sifat tersebut murid sentiasa memberi hormat kepada guru dan mengikut
arahan beliau tanpa menghasilkan masalah dalam bilik darjah, malah guru juga senang untuk
mengawal suasana bilik darjah dengan lebih mudah. Misalnya, dalam kes Rizal apabila beliau
menunjukkan perasaan sayang kepada Rizal dia tidak akan melakukan masalah dispilin dan
mendengar kepada guru. Guru juga sentiasa mengamalkan nilai dengan melaksanakan tugas
beliau seperti yang ditakrif dalam Prinsip-prinsip kod etika keguruan. Misalnya,
tanggungjawabnya terhadap murid, ibu bapa, masyarakat dan Negara serta rakan sejawat.
Jadi , sifat guru yang efektif perlu ada pada semua guru bagi menguruskan suasana bilik darjah
yang sistematik.

Seterusnya, aspek kualiti yang terdapat dalam Lima Aspirasi Sistem Pendidikan
Malaysia sangat penting bagi melibatkan peranan sekolah dalam memastikan setiap sekolah
memberikan proses pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid setanding dengan Negara
maju. Oleh itu, guru harus memberi komitmen mereka untuk menggunakan i-THINK, Frog VLE
serta Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi memenuhi kerangka asas yang dapat
memenuhi proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti tinggi. Contohnya, apabila
guru menggunakan kaedah ini dalam proses p&p, beliau dapat menangani masalah disiplin
yang berlaku di dalam bilik darjah kerana ia akan menarik perhatian murid serta menaikkan
taraf pendidikan mereka.

4
Akhirulkalam, usaha guru yang efektif dapat membantu mengorganisasikan suasana
bilik darjah yang sistematik dengan tidak berlakunya masalah disiplin. Seterusnya, dengan
adanya hubungan yang positif antara guru dengan murid, kita dapat melahirkan modal insan
yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan dan bertanggungjawab berasaskan Falsafah
Pendidikan Negara.

5
RUJUKAN

Ali Edu Blog. (2017). Strategi Membina Hubungan Positif Guru- Murid. Dicapai daripada
http://aesnote.blogspot.my/2012/12/strategi-membina-hubungan-positif-guru.html#

Dawam Kahat, Faridah Jaafar, Ainon Awang. (1992). Pengurusan Bilik Darjah. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.

Haliza Hamzah, Joy Nesamalar Samuel. (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku.
Edisi Kedua. Selangor:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Kita Orang. (2011). Hubungan Guru & Murid. Dicapai daripada


http://notapismpks.blogspot.my/2011/12/pbdt-nota-topik-3-hubungan-guru-murid.html

Mok Soon Sang. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Selangor: Penerbitan
Multimedia SDN.BHD.

Portal Rasmi Pejabat Pendidikan Daerah Larut Matang & Selama. (2017). 5 Aspirasi
Pendidikan dan 6 Aspirasi Murid. Dicapai daripada
http://jpnperak.moe.gov.my/ppdlms/index.php/informasi/warta-pendidikan/pppm-2013-2025/76-
5-aspirasi-pendidikan-6-aspirasi-murid

Anda mungkin juga menyukai