Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN REFLEKTIF BINA INSAN GURU 2018

Pada era ini, melahirkan modal insan yang mantap dari segi kerohanian, nilai
etika, dan akhlak keguruan adalah sangat penting bagi mengelakkan pelajar terlibat
dalam aktiviti yang buruk. Oleh itu, Program Bina Insan Guru, BIG, merupakan satu
program yang wajib disertai oleh para pelatih guru di semua Institut Pendidikan Guru
Malaysia. Jadi setiap pelajar harus membuat laporan reflektif berdasarkan aktiviti yang
telah dijalankan semasa Program BIG dibawah kursus MPU 3112.

Pertama sekali, saya ingin bersyukur kepada Tuhan. Hal ini kerana dengan
limpah kurnia-Nya saya diberi peluang untuk melaksanakan segala aktiviti yang
dijalankan dalam Program BIG. Seterusnya, saya juga mengucapkan ribuan terima
kasih kepada para pensyarah, jurulatih, rakan-rakan dan juga ibu bapa saya kerana
sudi membantu, berkongsi ilmu dan idea sepanjang saya menyiapkan tugasan ini.
Melalui kem BIG ini, saya dapat banyak kenangan manis dan juga ilmu baru serta
kemahiran yang dapat membantu saya pada masa akan datang.

Kem BIG ini berlangsung di Pulako Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh. Ia
berlangsung selama 5 hari 4 malam iaitu dari 4 Julai 2018 hingga 8 Julai 3018 yang
telah diselitkan dengan pelbagai aktiviti dan program yang dapat menguji daya
ketahanan diri guru-guru pelatih. Bermula dari aktiviti darat, aktiviti air, aktiviti ringan
seperti memasak, bergotong-royong, kawad kaki dan sebagainya. Aktiviti- aktiviti
tersebut telah memberi banyak nilai dan pengajaran kepada semua guru pelatih. Dari
segi aktiviti darat pula, ia merangkumi aktiviti pemasangan khemah, istiadat bendera,
kawad kaki, flying fox, interaksi profesional bersama sekolah, gotong-royong, memasak
dan mendaki gunung.

1
Hari pertama kami telah bertolak ke Sekolah Kebangsaan Pusing bagi
menjalankan aktiviti interaksi profesional bersama sekolah. Kami telah dibahagi kepada
beberapa kumpulan serta diagihkan kerja. Kumpulan kami bertanggungjawab untuk
membersih dan menceriakan bilik Reka Bentuk dan Teknologi. Kami telah melukis
murel iaitu alatan-alatan RBT, membuat BBM, membersihkan almari serta
menghasilkan tanda laluan kecemasan (Lampiran 1). Kami sekumpulan telah
menolong antara satu sama lain dan juga memberi idea-idea bagi menyelesaikan
tanggungjawab kami. Dengan ini, saya dapat mengetahui bahawa betapa pentingnya
kerjasama antara ahli kumpulan bagi merealisasikan sesuatu tugasan. Selepas
menyelesaikan tugas di sekolah tersebut, kami telah balik ke kampus untuk aktiviti
seterusnya iaitu aktiviti pemasangan khemah. Kami 5 orang dalam satu kumpulan telah
memasang khemah kami (Lampiran 2). Semasa memasang khemah saya telah
mengetahui bahawa kerjasama dalam kumpulan dapat membantu seseorang untuk
menyelesaikan sesuatu perkara walaupun perkara tersebut tidak mudah. Khemah tidak
boleh dibina berseorangan, malah ia merupakan satu aktiviti yang harus dijalankan
dalam kumpulan. Hal ini kerana, salah seorang perlu memegang tiang, seorang lagi
mengikat tali dan ahli-ahli yang lain perlu menarik kain bumbung dan lantai khemah
bagi menyelesaikan aktiviti tersebut dengan mudah.

Aktiviti seterusnya ialah aktiviti berakit atau kayak (Lampiran 3). Kami telah
menghasilkan rakit dalam kumpulan dengan adanya ilmu tentang ikatan. Misalnya,
ikatan sila, manok dan sebagainya. Dengan aktiviti ini, saya dapat mempelajari teknik
memegang dayung dan cara mendayung dengan betul. Kami bertungkus lumus
menolong rakan hingga berjaya naik ke atas kayak. Melalui ini, kami dapati bahawa
sikap sabar dan semangat berpasukan adalah sangat penting kerana tanpa sifat-sifat
tersebut mungkin kami boleh lemas. Aktiviti yang akhir pada hari pertama ialah
ceramah kewarganegaraan dan perpaduan. Kami telah diberikan ceramah mengenai
kewarganegaraan. Dengan ini, saya dapat tahu hak-hak kita sebagai seorang
warganegara Malaysia.

2
Pada hari kedua pula, kami telah pergi ke Kem PLKN Gopeng bagi menjalankan
aktiviti flying fox (Lampiran 4). Aktiviti ini merupakan aktiviti yang dapat meningkatkan
keyakinan dan juga keberanian seseorang guru pelatih. Ini merupakan kali kedua saya
mencuba aktiviti ini. Jadi ia memudahkan saya untuk menjalankan aktiviti ini dengan
penuh ceria dan juga mudah tanpa sebarang ketakutan. Dalam hal ini, rakan-rakan
saya juga memberi sokongan dan juga sorakan semasa saya menaik tangga untuk
menjalankan aktiviti ini. Jadi, kami harus tolong-menolong antara satu sama lain
semasa memakai pakaian keselamatan untuk menjalankan aktiviti ini. Saya membantu
kawan saya untuk memakai pakaian keselamatan. Setelah selesai aktiviti tesebut, kami
telah bersiap sedia untuk aktiviti seterusnya iaitu aktiviti mendaki gunung (Lampiran 5).
Aktiviti ini merupakan aktiviti yang sangat keras bagi setiap orang. Hal ini kerana,
perjalanan mendaki gunung ini merupakan suatu perjalanan yang sangat keras sebab
jalannya adalah batu-bata. Kami menolong antara satu sama lain tanpa mengira
agama dan juga bangsa. Kami menghulurkan tangan kepada rakan-rakan yang tidak
boleh mendaki gunung keran ketakutan. Jadi kami saling membantu untuk menjayakan
aktiviti ini dengan pergi ke kemuncak gunung walaupun mengalami kecederaan yang
kecil. Dengan ini saya dapat mempelajari bahawa sikap tolong-menolong dapat
membantu seseorang untuk berjaya dalam kehidupan mereka. Pada hari kedua juga
kami diberikan ceramah mengenai perpaduan antara masyarakat Malaysia. Dengan
ini, kami dapat tahu betapa pentingnya perpaduan antara masyarakat pelbagai kaum
bagi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham.

3
Pada hari ketiga, kami telah bertolak ke kolam renang yang berdekatan dengan
kem PLKN Gopeng pada pukul 8 pagi. Di situ kami telah menjalankan aktiviti air iaitu
keyakinan di air (Lampiran 6). Kami telah diberi pengetahuan mengenai cara berenang
yang betul dan juga cara menyelamatkan mangsa yang lemas. Dengan ini, saya dapat
ilmu baru yang dapat membantu saya apabila menghadapi sesuatu masalah dalam air.
Jadi, keyakinan diri adalah sesuatu yang sangat penting ketika berada dalam air.
Setelah selesai aktiviti tersebut kami telah pulang ke kampus untuk menjalankan aktiviti
seterusnya. Aktiviti yang kedua hari tersebut ialah aktiviti memasak iaitu masakan
rimba (Lampiran 7). Kami 9 orang dalam satu kumpulan telah bersedia untuk memasak
menggunakan bahan-bahan seperti tepung gandum, gula dan minyak. Kami berfikir
secara kreatif dan memasak pelbagai kuih menggunakan bahan-bahan yang telah
disediakan. Kami bekerjasama antara satu sama lain untuk menghidupkan api,
membuat adunan, mengoreng dan sebaginya. Dengan ini, kerjasama antara ahli
merupakan perkara yang sangat penting. Kami pelbagai kaum dalam satu kumpulan
dapat menyelesaikan aktiviti ini tanpa sebarang kekurangan. Pada akhir hari tersebut,
kami telah membuat refleksi atas aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Pada hari keempat, kami telah berkumpul untuk kawad kaki dan juga istiadat
menaikkan bendera. Istiadat ini merupakan aktiviti yang harus disertai oleh semua
peserta dan menyanyikan lagu dalam keadaan berdiri tegak bagi menunjukkan
semangat patriotik dan juga kesetiaan kepada negara. Kami diketuai oleh ketua skuad
untuk memberi arahan semasa berkawad kaki dan ketua skuad akan memberi laporan
kepada Ketua Komandan. Melalui ini, saya dapat belajar etika dan protokol kerana ia
adalah salah satu cara untuk mendisiplinkan diri saya ketika berada dalam kalangan
pemimpin dan juga semasa bercakap dengan insan-insan yang berpangkat. Selepas
tamat aktiviti tersebut, kami bersiap sedia untuk gotong-royong (Lampiran 8). Kami
telah diagihkan kepada tiga kumpulan. Kami sekumpulan telah diberi tugas untuk
membersihkan surau di kampus. Kami telah bekerjasama membersihkan sekitar surau
dengan menampal kertas dinding di tiang-tiang simen surau, mengecat pintu masuk
surau, mengecat dinding dan sebagainya. Dengan adanya sikap rajin kami telah
melaksanakan tugas kami dengan baik sekali.

4
Akhir sekali, pada malam yang terakhir kami telah mengadakan malam
kebudayaan bagi merayakan malam yang terakhir kem ini (Lampiran 9). Malam
kebudayaan ini dapat mengeluarkan bakat seseorang kepada semua. Setiap kumpulan
harus melaksanakan satu persembahan bagi menceriakan malam kebudayaan
tersebut. Kumpulan kami telah menghasilkan satu persembahan tarian tradisional iaitu
silat, tarian Melayu, India dan Sarawak. Dengan ini, kami dapat memberi persembahan
yang baik kepada para penonton dan menceriahkan mereka. Melalui ini, bakat
seseorang juga dapat diketahui oleh orang lain dan juga kerjasama kumpulan juga
dapat dipupuk. Kami juga dapat hadiah untuk kumpulan yang terbaik dalam program
tersebut. Kami rasa sangat bangga akan ahli kumpulan kami sendiri.

Pada hari terakhir, kami telah menerima taklimat daripada ketua kumpulan untuk
membuka balik khemah yang telah dipasang (Lampiran 10). Kami diminta bergotong-
royong membersihkan sekitar kawasan kem. Kami telah membuka khemah dan
keringkan bagi meletakkan dalam beg. Kami bekerjasama membuka khemah dan
membersihkan tempat kem dengan mengikat dan letak sampah di tempat yang
disediakan, mencuci cawan yang telah diguna dan menyusun dalam bakul dan
sebagainya. Setiap peserta ada sikap rajin dan tolong-menolong tanpa mengira kaum.
Selepas membersihkan tempat kem, kami telah mengambil gambar sebagai kenangan
manis. Kami unit R telah mengambil gambar dengan pensyarah kami menjadikan ia
sebagai kenangan.

5
Secara keseluruhan, saya berasa bahawa program yang kami jalani ini telah
berjaya dilaksanakan. Dengan menyertai semua aktiviti samada di darat atau di air, ia
mendidik saya menjadi seorang yang berdisiplin berpatutan dengan Falsafah
Pendidikan Negara yang mengajar para guru untuk menjaga tingkah laku dan etika
perguruan di mana jua. Program ini juga memberi pengetahuan kepada saya betapa
pentingnya masa. Dengan ini, saya bijak membahagi dan menepati masa. Tambahan
pula, program BIG ini disertai oleh tiga kaum yang berbeza. Hal ini membuatkan saya
banyak mengetahui budaya mereka dan juga mengeratkan hubungan kami dengan
budaya lain. Sikap toleransi dan hormat-menghormati juga tersemai dalam hati saya
dan juga rakan-rakan saya melalui aktiviti-aktiviti tang dilakukan. Akhirulkalam,
program BIG yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia ini sangat
bermanfaat dan praktikal kepada para peserta. Jadi, saya berharap bahawa program
seperti ini akan diteruskan lagi agar setiap bakal guru menyediakan diri mereka bukan
sahaja dari segi mental tetapi juga dari segi ketahanan fizikal.

Anda mungkin juga menyukai