Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut Abdull Sukor Shaari (2008) guru berkesan ialah bermula dari pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan yang mana seseorang guru haruslah memberikan
penekanan kepada empat perkara penting dalam pengajaran iaitu perancangan pengajaran,
penyampaian, penilaian dan dorongan. Perlaksanaan Program Bina Insan Guru (BIG) ini
adalah satu usaha dalam membina dan membentuk kualiti insan guru yang dihasratkan oleh
negara dan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah
Pendidikan Guru (FPG). Ia bertujuan dalam menyediakan pelajar dengan pengetahuan dan
pengalaman baharu secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar. Pengetahuan dan
pengalaman yang diperoleh ini akan memperkasakan kemahiran seorang guru itu dari
aspek ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan dalam kalangan pelajar IPG.
Seperti mana yang dinyatakan oleh Pakar Tranformasi Diri, Prof Dr Muhaya Muhammad
(2014) yang dimana guru mestilah mempunyai sistem nilai tinggi, jiwa pengasih, sabar dan
emosi seimbang, pastinya manusia yang akan dibentuk adalah insan mempunyai
keperibadian mulia kerana asas didikan yang diberikan adalah baik. Oleh itu, Program Bina
Insan Guru yang dijalankan ini adalah amat sesuai dalam melahirkan insan guru yang dapat
memenuhi kehendak kesemua pihak dalam melahirkan generasi yang berjaya. Mohd
Fariiqul Amin (2009), pencapaian akademik semata-mata tidak memadai untuk melahirkan
guru yang kompeten dan versatil. Jadi, Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) Darulaman
telah menjalankan program Bina Insan Guru (BIG) selama 5 hari 4 malam bermula 27
November sehingga 1 Disember 2022, bertempat di Pantai Merdeka.

2.0 PENGALAMAN KENDIRI SEWAKTU MELAKUKAN BIG SELAMA 5 HARI

2.1 SEBELUM

Seperti mana yang telah diketahui, saya bersama rakan-rakan yang lain daripada
beberapa kelas telah terpilih dalam menjalani program BIG Siri 4 di Pantai Merdeka selama
5 hari 4 malam bermula pada 27 November sehingga 1 Disember 2022 yang di mana akan
membentuk dan menguatkan fizikal dan mental kami dalam menjadi seorang guru yang
berjaya. Saya dan rakan-rakan lain telah mendengar penerangan tentang cara-cara
penulisan refleksi praktikum dan taklimat program ini melalui aplikasi Google Meet yang
disampaikan oleh Jabatan Kokurikulum sebagai satu persediaan bagi diri kami. Kami juga
telah membentuk satu kumpulan perbincangan di aplikasi Whatsapp antara kelas yang
terlibat dalam BIG Siri 4 ini dalam membincangkan ahli-ahli jawatankuasa (AJK) utama dan
kecil dalam memastikan berlakunya pembahagian tugas secara sistematik dan teratur
sebelum, semasa dan selepas tamatnya program BIG. Kumpulan perbincangan ini juga
menjadi platform untuk kami berbincang antara satu sama lain dan perkongsian maklumat
terbaharu daripada AJK utama kepada semua peserta. Kesungguhan yang ditunjukkan
setiap peserta membuatkan saya lebih rasa bersemangat untuk bersama-sama mereka
dalam menjayakan aktiviti yang bakal dijalankan ketika berada di sana. Setelah memperoleh
maklumat penting seperti tentatif program yang bakal saya lakukan di sana seperti aktiviti
kayak dan abseling, ia membuatkan saya berasa agak gementar meskipun saya pernah
melakukan aktiviti-aktiviti tersebut. Saya berharap apa yang bakal saya lalui semasa saya
menjalani BIG ini akan membantu saya dalam menjadi guru yang lebih baik pada masa
akan datang.

2.2 SEMASA

Saya dan rakan-rakan telah diarahkan untuk berkumpul di hadapan perkarangan


asrama pada pukul 7.30 pagi bagi mendengar taklimat daripada Kem Komandan tentang
pergerakan kami setibanya di Pantai Merdeka dan pembahagian kumpulan bagi setiap
pengangkutan untuk pergi ke sana. Saya dan beberapa rakan yang lain telah diarahkan
untuk menaiki kereta bersama dengan pensyarah dan setibanya kami di sana, saya telah
mendapati rakan-rakan saya yang lain telah memulakan tugas masing-masing dalam
memastikan tapak perkhemahan dapat didirikan sepenuhnya dalam masa yang ditetapkan.
Saya turut serta membantu mereka dalam memasang khemah tersebut dan daripada sini,
saya mendapat ilmu baharu bahawa terdapat pelbagai jenis khemah yang boleh digunakan
semasa melakukan aktiviti berkhemah seperti khemah A10 yang bertujuan untuk
melaksanakan aktiviti perkhemahan jangka masa panjang dan satu khemah tersebut
mampu memuatkan 6-7 orang. Kami juga mendirikan khemah ration (tempat menyimpan
bahan memasak), kehmah utama (tempat berkumpul), khemah peralatan (tempat
menyimpan alatan) dan khemah masakan (tempat memasak). Kami juga diarakan untuk
memasang kain canvas hitam bagi menutup kawasan tertentu dengan menggunakan batang
kayu dan pancang yang telah disediakan oleh AJK peralatan.

Setelah selesai kesemua hal-hal tersebut, saya telah ditugaskan untuk memasak
makan malam bagi kesemua peserta BIG Siri 4 bersama dengan ahli kumpulan saya iaitu
kumpulan Charlie. Pada ketika ini, saya telah banyak mempelajari perkara baharu seperti
cara memotong ayam dengan betul, cara penyediaan makanan yang sistematik, sukatan
yang sepatutnya dimasukkan bagi makanan tertentu dan banyak lagi. Pada malam tersebut,
saya bersama-sama dengan ahli kumpulan kecil saya iaitu kumpulan 8 membincangkan
tentang penghasilan logo bagi setiap kumpulan dan protokol yang perlu diikuti ketika
berlangsungnya sesuatu majlis. Kumpulan saya perlu membentangkan tentang susunan
bendera mengikut urutan di atas pentas namun disebabkan kekurangan masa, aktiviti
tersebut dibawa ke hari yang seterusnya. Kami kemudiannya daripada kumpulan Charlie
dan Delta ditugaskan untuk membina rakit bagi aktiviti rakit yang bakal dijalankan pada
keesokan harinya dan bagi saya, tugasan ini adalah tugasan yang paling mencabar kerana
ia memerlukan kosentrasi yang tinggi dan kerjasama yang kuat antara dua kumpulan yang
berbeza. Ia juga terpaksa dijalankan pada lewat malam dan sudah semestinya, tenaga kami
masih belum pulih sepenuhnya setelah membina tapak perkhemahan dan melakukan
tugasan memasak. Namun saya berasa amat teruja kerana aktiviti membina rakit ini adalah
amat menyeronokkan dan mengajar perkara yang tidak saya ketahui seperti cara mengikat
tali pada badan rakit yang betul, pemilihan tong yang tepat dan pelbagai lagi. Kumpulan
saya telah berjaya menyiapkan rakit kami pada pukul 3 pagi dan kami kemudiannya masuk
ke dalam khemah masing-masing untuk tidur.

Pada keesokannya paginya, setelah selesai perhimpunan pagi dan senamrobik,


kumpulan Charlie dan Delta telah diarahkan untuk menurunkan rakit yang telah dibuat
semalam di tepi pantai dan kemudiannya menjalankan aktiviti waterconfident yang di mana
ia bertujuan untuk menambahkan keyakinan kami di dalam air. Namun sejujurnya bagi diri
saya, aktiviti tersebut bukanlah untuk meningkatkan keyakinan saya dalam melakukan
aktiviti air namun ia adalah usaha untuk pergi ke tengah laut dan pulang tanpa tenggelam di
dalam selut. Setelah itu, kumpulan Charlie pun memulakan aktiviti berkayak hingga ke
tengah laut dan ia adalah satu perjalanan yang amat memenatkan kerana terdapat pelbagai
halangan yang perlu ditempuhi seperti kondisi kayak yang dimana salah satu tongnya
dimasuki air, mengaharungi ombak yang dihasilkan bot merah dan lain-lain lagi. Namun
dengan kerjasama daripada ahli kumpulan saya, kami telah berjaya tiba di tempat
pertemuan meskipun ketinggalan di ke tempat ketiga. Setelah setibanya di situ, kami tiba-
tiba diarahkan untuk melakukan 3 terjunan dengan gaya yang berbeza ke dalam laut dan di
sini, ia amat menguji keberanian saya untuk melakukan terjunan yang pertama kerana jaket
keselamatan yang kami pakai tidak mempunyai tali keselamatan yang boleh mengelakkan
daripada jaket keselamatan tersebut terkeluar apabila melakukan terjunan tersebut. Namun
dengan keyakinan terhadap kebolehan saya untuk berenang dan bantuan yang bakal
diberikan oleh para pensyarah jikalau sesuatu perkara buruk berlaku. Setelah kami semua
berjaya melakukan terjunan tersebut, kami berkayak pula ke arah Teluk Amboi iaitu
destinasi terakhir kayakan kami.

Setibanya kami di sana, kami berehat sebentar dan menghilangkan kepenatan kami
dengan mandi menggunakan air telaga yang ada di situ. Keadaan ini menunjukkan kepada
saya akan kebesaran Tuhan yang dimana meskipun telaga tersebut bersebelahan air laut
namun airnya tetap tawar. Kami diberikan tugasan untuk menghasilkan satu trademark bagi
setiap kumpulan kecil dan satu lagu yang mempunyai perkataan ‘amboi’ di dalamnya bagi
semua pelajar. Kami kemudianya menunggu kedatangan kumpulan Delta yang pada ketika
itu menjalani aktiviti Kembara. Setelah mereka tiba, kumpulan Charlie pun memulakan
tugasan kami iaitu memasak bagi makan tengahari dan makan bersama-sama kumpulan
Delta. Kami kemudiannya bertukar aktiviti di mana kumpulan kami pula menjalani aktiviti
Kembara dalam mencari jalan pulang ke kem dan setibanya kami di pertengahan jalan,
pensyarah menyuruh kami untuk kembali ke kem dengan cara kami yang tersendiri. Kami
kemudiannya membuat keputusan untuk menggunakan jalan raya dan berjalan kaki pulang
ke kem tanpa bantuan pensyarah. Daripada situasi ini, saya telah mempelajari bahawa kita
perlulah bersedia terhadap semua kebarangkalian yang bakal berlaku meskipun ia tidak
dapat diduga dan memikirkan jalan penyelesaian yang bijak dalam menangani masalah
tersebut.

Akhir sekali, terdapat dua lagi aktiviti utama yang telah saya jalankan yang
memberikan impak kepada diri saya iaitu aktiviti malam kebudayaan dan abseling tali. Bagi
aktiviti malam kebudayaan, saya telah melihat pelbagai aksi dan ragam yang ditunjukkan
oleh rakan seperjuangan saya dan sudah semestinya, saya bersama kumpulan 8 juga telah
melakukan persembahan yang di mana tema yang ditetapkan bagi malam kebudayaan
tersebut adalah Bollywood. Apa yang dapat saya belajar daripada aktiviti ini adalah seorang
guru itu haruslah mempunyai satu pemikiran yang kreatif dan mampu berfikir dalam masa
yang singkat. Seorang guru itu juga mesti mampu untuk beradaptasi dan menerima idea
daripada rakan sekerja tanpa berlakunya sebarang ketidaksefahaman antara satu sama
lain. Kumpulan kami berjaya memikirkan satu muzikal lakonan yang hanya dapat difikirkan
dalam masa yang singkat kerana kami terpaksa mengejar masa bagi melakukan aktiviti-
aktiviti lain termasuk tempat persediaan malam kebudayaan dan makanan. Aktiviti abseling
yang dilaksanakan juga merupakan satu pengalaman baharu buat diri saya kerana saya
tidak pernah melakukan aktiviti ini di luar kawasan (alam semulajadi) dan sudah semestinya
ia memberi cabaran kepada diri saya dalam menyelesaikan aktiviti tersebut. Saya dapat
mempelajari bahawa salah satu cara untuk seseorang itu berjaya adalah dengan
mempercayai segala apa yang dikatakan oleh pendidik dan apa yang kita gunakan pada
ketika itu seperti peralatan. Aktiviti ini juga mengenalkan saya kepada peralatan yang saya
akan gunakan semasa melakukan aktiviti abseling seperti carabina, topi keselamatan dan
lain-lain lagi. Ia juga membantu meningkatkan keyakinan terhadap diri saya dalam
menghadapai sesuatu perkara berbahaya yang datang dalam kehidupan dengan cara dan
kaedah yang tepat.

2.3 SELEPAS

Setelah tamatnya kesemua aktiviti utama pada hari keempat, saya dan rakan-rakan
kemudiannya tiba di hari penghujung di mana saya dan rakan-rakan mula mengemas
kawasan perkhemahan dengan menurunkan segala khemah termasuk khemah tidur dan
khemah utama. Kami juga membersihkan kawasan di sekeliling tapak dan bersiap-siap
untuk menghadiri majlis penutupan. Setelah majlis tersebut tamat, saya bersama-sama
dengan rakan yang lain pun pulang ke kampus dengan menaiki kereta pensyarah dan kami
tiba selamat ke kampus.

3.0 ANALISIS SWOT

3.1 KEKUATAN

i. Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui program bina insan guru.


ii. Semangat kerjasama antara peserta dipupuk sepanjang program ini.
iii. Dapat membentuk keyakinan dalam diri peserta.
iv. Ahli jawatankuasa yang sentiasa memberikan kerjasama kepada semua peserta
dan pensyarah.
v. Menanam nilai-nilai keguruaan dalam diri peserta dalam melahirkan guru yang
bertaraf global.
vi. Aktiviti yang menarik dan mencabar bagi mentaliti dan fizikal sebagai seorang guru.

3.2 KELEMAHAN

i. Tidak mempunyai tempat yang sesuai dalam menghadapi suasana yang tidak
terjangka seperti hujan lebat.
ii. Aspek pengurusan masa yang sentiasa berubah atas sebab-sebab yang tidak boleh
dielakkan.
iii. Pemilihan AJK dalam masa yang singkat dan pembahagian tugas yang tidak
sistematik.
iv. Kurang pengisian yang mampu memberian impak yang besar kepada diri peserta.

3.3 PELUANG

i. Program ini dijalankan di tempat yang bersesuaian dengan aktiviti yang ingin
dijalankan dan mempunyai banyak lagi peluang dalam melaksanakan aktiviti
baharu.
ii. Sumber kewangan yang mencukupi dan peralatan yang telah tersedia.
iii. Suasana yang sesuai dengan situasi perkhemahan kerana ia dijalankan di tepi
pantai.
iv. Peserta berpeluang untuk menyatakan hasrat dan perasaan mereka secara terbuka
terutama ketika berjalannya sesi refleksi.
v. Mempunyai tapak organisasi yang kukuh berdasarkan BIG yang telah dijalankan
sebelum ini.

3.4 ANCAMAN

i. Terdapat kawasan yang berbahaya untuk peserta lalui ketika berjalannya sesuatu
aktiviti.
ii. Tidak mempunyai pengawasan yang tertentu yang sepatutnya diberikan ketika
berjalannya sesuatu aktiviti.
iii. Pensyarah kurang peka dengan apa yang berlaku kepada pelajar terutama apabila ia
melibatkan kecederaan ringan.
4.0 GAMBAR AKTIVITI

Berkumpul di hadapan bangunan kokurikulum

Aktiviti memasang kawasan perkhemahan

Aktiviti Kewarnegaraan, Etiket dan Protokol


Aktiviti Memasak

Aktiviti Kerohanian

Aktiviti Membina Rakit

Aktiviti Berkayak
Aktiviti Kembara

Aktiviti Senamrobik

Aktiviti Kem Kraft


Aktiviti Abseling

Malam Kebudayaan (Malam Muda Mudi)

Aktivti Gotong Royong


Aktiviti Memunggah Tapak Perkhemahan

Majlis Penutupan BIG Siri 4

5.0 RUMUSAN

Secara keseluruhannya, Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 4 PISMP Semester 5
Ambilan Jun 2020 ini telah dilaksanakan dengan jayanya. Hal ini kerana sokongan padu dan
kerjasama daripada semua pihak yang terlibat baik secara langsung dan tidak langsung.
Kejayaan program ini juga adalah hasil kerjasama erat pelajar daripada empat kumpulan
iaitu PISMP Pendidikan Khas, PISMP Sejarah, PISMP Bahasa Melayu dan PISMP
Pendidikan Islam. Peserta BIG PISMP JUN 2020 telah menghadapi pelbagai cabaran
sepanjang melakukan aktiviti mereka. Walaupun begitu ianya adalah demi keselamatan
para peserta sendiri. Saya berharap agar program BIG yang seterusnya akan dapat
dirancang dan dilaksanakan dengan lebih baik demi mencapai objektif dan matlamatnya.
Disediakan oleh:

(MUHAMMAD WAFI BIN AZLAN)

Peserta BIG Siri4,

PISMP Pendidikan Khas,

Ambilan Januari 2020


6.0 RUJUKAN

Abdull Sukor Shaari (2008). Maksud Guru Berkesan, Universiti Malaya

Prof Dr Muhaya Muhammad (2014). Sikap Professional Guru Menurut Islam dan Ciri
Seorang Guru, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Mohd Fariiqul Amin Mohd Rosli. (2009). Persepsi Pelajar SPI Terhadap Amalan Kemahiran
Insaniah Dalam Pembelajaran. Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan.

Anda mungkin juga menyukai