Anda di halaman 1dari 9

LAPORAN PROGRAM PERKHEMAHAN(MOHD SHUKRI BIN DULKARIM921002125699) Pada semester ini, opsyen kami iaitu dari kumpulan MT/PJ/BM

1 perlu melaksanakan perkhemahan unit beruniform berpusat yang dianjurkan oleh pihak pengurusan unit kokurikulum IPG. Terdapat lima badan unit beruniform menyertai perkhemahan ini iaitu terdiri daripada Pengakap, PBSN, Pandu Putri, Kadet Remaja Sekolah dan Putri Islam. Saya dan rakan yang lain mengikuti perkhemahan tersebut selama 3 hari 2 malam yang diadakan di Lata Belatan, Terengganu. Sebelum memulakan perkhemahan, beberapa persediaan dari aspek alatan dan makanan telah dilaksanakan oleh unit beruniform pengakap. Sebelum intu, kami telah mengikuti beberapa interaksi bersama pensyarah sepanjang lima kali interaksi bagi mempelajari kemahiran-kemahiran yang berkaitan dengan kepengakapan seperti membuat gadjet, melaksanakan masakan ikhtiar hidup, mempelajari ikatan dan simpulan, membaca kompas dengan betul, dan berkawad. HARI PERTAMA (AHAD : 01 SEPTEMBER 2013) Pada tarikh 1 September 2013, kami telah berangkat ke Lata Belatan , Terengganu untuk mengikuti perkhemahan tersebut. Kami bertolak daripada maktab pada jam 9 pagi dan semasa dalam perjalanan kami sempat singgah untuk sarapan. Alhamdulillah setelah hampir 2 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di Kem Lata Belatan tepat jam 1.00 tengah hari. Rupanya sudah ramai peserta yang sampai lebih awal daripada kami. Selepas itu, kami semua bekerjasama untuk mengangkat barang keperluan perkhemahan dan barang peribadi dari dalam bas ke kawasan tapak perkhemahan yang telah dibersihkan khas untuk memudahkan perjalanan program perkhemahan ini dengan cara menggunakan kaedah bergilir-gilir yang

lebih memudahkan serta mempercepatkan lagi proses ini. Dalam situasi ini, saya dapat melihat semangat kerjasama dan sikap ringan tulang yang mula ditonjolkan dalam kalangan guru pelatih.

Setibanya

kami

di

tapak

perkhemahan,

Setelah

sampai

ke

tapak

perkhemahan satu taklimat berkenaan tentang pembahagian tapak perkhemahan dan pengakap berada di tapak perkhemahan tapak A iaitu berhadapan dengan surau, dan juga dewan berkumpul. Sesampai di sana kami telah membawa barangbarang keperluan pengakap ke tapak perkhemahan. Selepas itu kami mendirikan

khemah besar untuk 45 orang lelaki pengakap. Setelah siap kami diberikan makan tengah hari dan sebelah petang pula kami telah dikumpulkan di dataran untuk sesi pratikal Laung Agung. Laung agung merupakan cara untuk mengumpulkan semua ahli kumpulan atau disebut akela.

Sebelum memulakan aktiviti, kami telah melaksanakan solat secara berjemaah di dataran tengah-tengah tapak perkhemahan kami. Sebelum

melaksanakan aktiviti seterusnya iaitu latihan laung agung, taklimat ringkas oleh Encik Abdullah mengenai tugasan pertama kami iaitu aktiviti laung . Walaupun terpaksa mengahadapi pelbagai masalah yang tidak dijangka, namun hasil kreativiti dan toleransi semua pihak, kami berjaya menyelesaikan tugasan ini dengan jayanya.

Setelah hujan berhenti, kami semua dikehendaki untuk berlatih kawad kaki di dataran perhentian bas di luar pagar kawasan kem. Hal ini kerana kawasan tersebut adalah merupakan tapak atau kawasan yang luas serta sesuai untuk membuat pelbagai pergerakan. Aktiviti kawad kaki ini telah diketuai oleh Ketua Skuad iaitu Fahmi. Latihan ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan dan penekanan semula kepada kami supaya kami dapat ingat semula peraturan serta arahan kawad yang sebetulnya di samping sebagai persediaan untuk amali tatacara pembukaan yang akan diadakan di hari akhir program perkhemahan ini berlangsung.

Pada jam 4.30 petang, aktiviti kami diteruskan dengan kuliah berkenaan dengan lencana pengakap yang telah dikendalikan oleh Encik Abdullah. Kami telah diberi pendedahan semula tentang lencana serta cara mendapat lencana tersebut. Cara ini untuk kami sebagai guru pelatih untuk memberi lencana PKK kepada muridmurid nanti di sekolah. kuliah ini telah berakhir pada jam 5.30 petang. Selepas berakhirnya aktiviti pada petang tersebut, kami telah diberi peluang untuk berehat. Tugasan memasak juga telah diberikan secara adil dan saksama. Bagi kumpulan yang perlu memasak, mereka tidak dibenarkan rehat lagi kerana perlu menyiapkan juadah untuk makan malam sepertimana yang tertulis dalam menu yang telah ditetapkan.

Tepat jam 7.30, semua peserta yang beragama Islam telah menunaikan solat Maghrib secara berjemaah manakala peserta bukan Islam pula mengikuti kuliah moral. Selesai memunaikan solah Maghrib, kami telah diminta untuk turun ke

dataran terbuka untuk menghadiri majlis pembukaan yang akan dirasmikan oleh Pengarah IPGKKB. Pelbagai nasihat dan teguran telah saya peroleh sepanjang ucapan yang telah beliau sampaikan. Rupanya menjadi seorang guru bukan sahaja perlu bijak dan kreatif bahkan perlulah sentiasa bersedia dengan ilmu dan iman dengan pelbagai kemungkinan. Di samping itu juga, kami diberi peringatan oleh pensyarah penasihat merangkap Kem Komander iaitu Tuan Hj. Wan Zil tentang latar belakang serta penghuni yang mendiami Lata Belatan ini. Bagi lebih menjaga keselamatan, kata kunci golok dan Johor telah digunakan oleh setiap individu yang telah disepakati dan giliran untuk sentry dilaksanakan.

Setelah berakhirnya sesi majlis pembukaan bersama Pengarah IPGKKB iaitu Tuan Hj Hashim bin Deraman, kami telah mendengar taklimat yang disampaikan oleh pensyarah-pensyarah pengiring mengenai keselamatan dan aktiviti-aktiviti yang akan berlangsung sepanjang kami berada di dalam program ini. Rumusan yang dapat saya simpulkan dari sesi ini ialah, sebagai seorang guru, kita hendaklah sentiasa bersikap bersedia dan tidak mudah melatah dalam mengahadapi sebarang perubahan yang mendadak serta sentiasa bersikap ramah dan tidak malu untuk berkongsi idea pendapat masing-masing dengan masyarakat. Sikap bekerjasama dan bantu-membantu juga amat penting dalam sebuah kumpulan. Tepat jam 11.30 semua peserta diarahkan untuk masuk tidur dan hanya sesetengah peserta pengakap sahaja yang tinggal mengikut giliran sentry yang telah diagihkan.

Sementara itu, kami juga dibenarkan untuk membuat gadjet yang kana diambil markah sebagai amali kami satu unit. Kami telah bertungkus lumus untuk menyiapkan tiga gadjet iaitu tempat letak kasut, tempat letak alatan memasak dan meja untuk meletakkan makanan. Hasil berkat gabungan kepakaran dan usaha anatara kami, pada malam tersebut, kami berjaya membuat rangka dan menyiapkan hampir separuh gadjet tersebut. Sebelum tidur juga, kami telah membaca sural AlMulk secara beramai-ramai di tengah-tengah kawasan tapak perkhemahan. Aktiviti membuat gadjet pada malam tersebut terpaksa diberhentikan pada jam 1 kerana bimbang akan mengganggu rakan yang lain berehat.

HARI KEDUA (ISNIN : 02 SEPTEMBER 2013)

Pada hari kedua, aktiviti bermula pada pukul 5.00 pagi. Bagi kumpulan yang bertugas menyediakan sarapan pagi, mereka akan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan pagi dan kemudiannya menunaikan solat Subuh berjemaah. Selesai sahaja solat berjemaah, kami telah mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Satar daripada Jabatan Pengajian Islam dan Moral yang bertugas sebagai salah seorang jurulatih sepanjang program perkhemahan ini berlangsung. Teguran demi teguran telah disampaikan oleh beliau mengenai disiplin kami sepanjang mengikuti perkhemahan ini dan kami akan berusaha untuk

memperbaikinya dari masa ke semasa.

Selepas itu, kami dibenarkan untuk bersarapan pagi dan melaksanakan beberapa persiapan untuk Aktiviti Laung Agung. Aktiviti senaman ini telah dikendalikan oleh Kem Komander iaitu Tuan Hj. Wan Zil menggunakan pelbagai muzik yang menarik dan dapat meningkatkan semangat untuk mengikuti aktiviti tersebut. Setelah aktiviti senaman ini semua sekawan pengakap diarahkan untuk berkumpul ke dataran depan tapak perkhemahan untuk aktiviti permainan. Sebelum itu kami di arahkan untuk mengaplikasikan Laung Agung sebelum aktiviti diadahkan. Setelah Laung Agung semua sekawan berkumpul dalam kumpulan masing-masing untuk membuat satu permainan dan dibentangkan kepada sekawan yang lain. Aktiviti ini penting bagi memupuk satu budaya main dalam pengakap supaya pengakap menjadi seronok dan cergas. Pelbagai permainan telah di rangka oleh sekawan-sekawan pengakap dan dimainkan dengan jayanya. Aktiviti ini dibuat hinggalah tengah hari. Selepas itu kami berehat untuk makan tengah hari dan solat zohor.

Selepas makan tengahari, kami dikumpulkan untuk aktivit kawad kaki yang diketuai oleh Fahmi iaitu ketua skuad pengakap. Aktiviti ini berjalan dengan lancar dan diikuti oleh semua sekawan pengakap. Aktiviti ini berjalan sehingga jam 3 petang dan diteruskand dengan aktiviti perbicangan malam kebudayaan dan juga satu pengajaran tentang yell dan iaitu satu cara kita memberi penghormatan kepada orang yang membuat persembahan. Aktiviti khas untuk meraihkan malam kebudayaan .Selapas itu kami diarahkan untuk duduk dalam sekawanuntuk

berbincang tentang malam kebudayaan yang bakal di buat pada malam hari. Sekawan saya iaitu sekawan 3 akan membuat satu sketsa berdasarkan lagu pengakap yang telah dipilih. Antara lagunya ialah Hikayat duriani dan air terjun. Kami dalam 6 orang sekawan berbincang dengan baik dan

Tepat jam 7.oo petang, kami semua menjamu makan malam dan bersiap untuk solat berjemaah. Selesai solat, kami sekali lagi diberikan peluang untuk berlatih bagi persembahan malam kebudayaan yang kana berlangsung pada malam tersebut pada jam 8.30 malam. Pada pukul 8.30 malam, penghulu bersama-sama ketua kumpulan telah menjemput semua jurulatih selaku pensyarah untuk datang ke dewan terbuka untuk menghadiri sesi malam kebudayaan bersama kesemua peserta yang mengikuti program perkhemahan Unit Beruniform dan Bina Insan Guru (BIG) ini. Tepat jam 9.00 malam, aktiviti untuk malam kebudayaan yang

dikendalikan oleh saudara Mohd Nazrin daripada kelas GSTT Sejarah telah bermula.

Terdapat sebanyak 18 persembahan pada malam tersebut. Hal ini kerana bagi unit Pengakap, mereka dikehendaki membuat persembahan mengikut kumpulan masing-masing kerana ianya adalah merupakan tugasan wajib mereka sepanjang perkhemahan ini manakala bagi unit yang lain, mereka akan membuat persembahan mewakili unit masing-masing. Pelbagai persembahan menarik daripada keenam-enam unit beruniform telah diadakan. Ada yang menari, ada yang berlakon, ada yang menyanyi dan kepelbagaian persembahan ini diserikan lagi dengan pelbagai lakonan yang benar-benar hebat daripada guru pelatih IPGKKB. Akhirnya pada pukul 11.30 malam, aktiviti ini telah berjaya dilangsungkan dan seusai itu, kami semua dibenarkan rehat di dalam khemah. Melalui aktiviti ini, hubungan peribadi antara setiap peserta menjadi lebih erat dan kami smeua mampu ketawa, berkongsi idea dan menjadi pendengar yang setia buat semua ahli kumpulan kami dan pelbagai kisah menarik dan mencuit hati dapat kita dengar dan ambil iktibar.

Pada malam tersebut juga, terdapat seorang ahli Pengakap wanita yang mengalami sedikit masalah kesihatan telah digegaskan ke hospital oleh pensyarah penasihat, Encik Rosmadi kerana demam panas. Bagi lebih menjaga keselamatan ahli perkhemahan yang lain pada malam tersebut, tugasan sentry atau berjaga

malam masih tetap berlangsung dan dilaksanakan dengan sebaiknya oleh setiap individu yang terlibat. Sentry yang dilaksanakan adalah mengikut unit beruniform masing-masing. Sebuah walkie-talkie dibekalkan buat peserta wanita bagi memudahkan perhubungan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.

Setelah tamat sesi malam kebudayaan pada malam kedua ini, kami semua telah mendengar taklimat dan nasihat daripada pensyarah-pensyarah pengiring. Kebanyakan teguran dan nasihat yang diberikan adalah merujuk kepada masalah disiplin kami sepanjang perkhemahan ini berlangsung. Meskipun nada mereka sedikit marah, namun saya percaya. Kesemua pensyarah bukan sengaja mahu memarahi kita tetapi sebagai teguran. Bak kata pepatah marah bukan kebencian, tapi tanda sayang. Kami juga diberi beberapa taklimat dan maklumat mengenai aktiviti majlis penutup yang akan berlangsung pada esok hari.

Tepat jam 12.00 tengah malam, kesemua peserta berehat dan masuk ke dalam khemah manakala peserta yang terlibat dengan jaga malam, beristirehat di dewan terbuka di kawasan khemah masing-masing iaitu peserta lelaki di kawasan lelaki dan peserta perempuan di kawasan perempuan. Namun masih juga terdapat beberapaindividu dalam kalangan kami yang masih berjaga untuk menyambung gadjet yang telah bermula pada malam semalam. Tepat jam 1, kami tidak lagi dibenarkan untuk melaksanakan sebarang aktiviti yang berkemungkinan akan membuat bising dan mengganggu rakan yang lain berehat.

HARI KETIGA (SELASA : 03 SEPTEMBER 2013)

Aktiviti hari ketiga bermula pada pukul 5.00 pagi. Seperti biasa, bagi kumpulan yang bertugas menyediakan sarapan pagi, mereka akan bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan pagi dan kemudiannya menunaikan solat Subuh berjemaah. Selesai sahaja solat berjemaah, kami telah mendengar tazkirah yang disampaikan oleh Ustaz Satar daripada Jabatan Pengajian Islam dan Moral yang bertugas sebagai salah seorang jurulatih sepanjang program perkhemahan ini berlangsung. Teguran demi teguran telah disampaikan oleh beliau mengenai disiplin kami sepanjang mengikuti perkhemahan ini terutamanya teguran mengenai ketepatan masa solat. Hal ini kerana masih ada individu dalam kalangan kami yang sering

melambatkan solat serta bangun lambat untuk mengerjakan solat. Selain itu, kami juga ditegur mengenai disiplin yang kurang memuaskan dengan membeli makanan di gerai luar serta sebagainya. Segala teguran yang disampaikan ini amat memberi kesan yang mendalam buat kami kerana ianya melibatkan diri kami dan kami akan berusaha untuk memperbaikinya dari masa ke semasa. Seperti biasa, aktiviti senam aerobik telah dilaksanakan dan dikelolai oleh Tuan Hj. Wan Zil bersama Encik Noorlan.

Pada hari terakhir ini kami didedahkan dengan aktiviti mingguan pengakap dan juga aktiviti bulanan pengakap. Kami di ajar untuk merancang aktivit yang sesuai dengan pengakap bagi mengisi setiap waktu perjumpaan pengakap. Antaranya ialah latihan laung agung,latihan ikatan, masakan rimba, iktiar hidup , malam kebudayaan dan lain-lain. Aktiviti ini amat penting bagi melahirkan pengakap yang mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pengakap. Kami diarahkan merangka aktiviti yang sesuai dan membentang kepada pensyarah pengakap. Setelah selesai kami di beri kebebasan untuk mandi di

Majlis Penutupan diadakan di dataran kawad kaki pada jam 12 tengahari. Perasmian penutup bagi Program Perkhemahan Unit Beruniform ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Wan Zil, Pensyarah Unit Kokurikulum yang bertugas sebagai kem komander dalam program ini.

Setelah tamat Majlis Penutup, kami semua menunggu ketibaan ketujuh-tujuh buah bas yang sama yang telah menghantar kami ke Kem Lata Belatan ini. Namun, pada asalnya terdapat 8 buah bas yang terlibat akan tetapi, bas IPG telah rosak dan menyebabkan kami hanya akan menggunakan sebanyak 7 buah bas sahaja. Oleh sebab itu, kami terpaksa berhimpit kerana setiap bas akan ditambah lagi dengan 6 orang peserta yang lain. Selepas mendapati bahawa bas yang kami naiki semasa pergi tiba, kami semua bekerjasama memunggahkan kesemua barangan ke dalam bas.. Semasa dalam perjalanan pulang, tiada seorang pun yang bising. Semua peserta mengambil peluang ini untuk berehat kerana setibanya di IPG nanti, kami terpaksa menyiapkan pelbagai tugasan. Kami tiba di IPG Kampus Kota Bharu pada pukul 3.00 petang.

Bermula dari hari pertama kami mengikuti program perkhemahan ini sehinggalah ke hari akhir, saya mendapati bahawa kami telah dipupuk dan disemai dengan nilai-nilai murni yang begitu banyak dalam diri ini. Kesemua nilai-nilai murni ini dapat diterap dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita bukan hanya sebagai seorang guru pada masa akan datang bahkan juga sebagai seorang anggota masyarakat yang sentiasa peka dengan kehidupan bermasyarakat. Program ini bukan sahaja dapat menguji kekuatan daya ketahanan fizikal dan mental kami sebagai peserta, malahan ianya juga telah berjaya mencapai objektif utamanya untuk membina kemahiran berfikir aras tinggi dan berupaya berfikir

secara reflektif untuk melaksanakan penambahbaikan secara berterusan.

SELEPAS

Setibanya di IPG, kami terus memulangkan semula segala peralatan yang kami gunakan sepanjang perkhemahan ini ke dalam stor. Kami telah meminta jasa baik pemandu bas tersebut untuk menghantar kami terus ke stor sukan di padang supaya mudah untuk kami mengangkat barang-barang dan mengemasnya ke dalam stor.

Kami telah bekerjasama mengangkat barang-barang tersebut sehingga selesai. Selepas membuat penyemakan semula bersama pegawai yang menjaga stor sukan tersebut, kami semua pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.

Walau bgaimanapun, pengalaman seperti ini sedikit sebanyak dapat membantu saya dan memberikan pengalaman kepada saya bahawa situasi seperti ini akan terjadi kepada saya sekiranya saya ditempatkan di sekolah kawasan pedalaman. Masalah-masalah yang dihadapi ini sebenarnya telah memberikan pendedahan awal kepada saya untuk menghadapi situasi sebenar kelak. Tambahan pula, sepanjang saya mengikuti aktiviti pengakap di kem tersebut, terdapat banyak perkara yang telah saya pelajari berkaitan dengan ilmu kepengakapan. Antaranya adalah seperti simpulan dan ikatan, laungan agung, lagu pengakap, kembara, asas kepemimpinan pengakap dan sebagainya. Berdasarkan kepada pengalaman saya sewaktu berada di sekolah, aktiviti-aktiviti dan pengisian seperti ini tidak diberi pendedahan oleh guru terhadap pengetahuan berkaitan pengakap. Namun, setelah mengikuti

perkhemahan ini, ianya sedikit sebanyak dapat memberikan pengetahuan dan

pengalaman kepada saya terhadap ilmu kepengakapan. Hal ini kerana, segala pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan dengan pengakap akan dapat saya gunakan sewaktu berada di sekolah kelak bagi menguruskan murid-murid. Selain itu, perkara yang paling menarik bagi saya sepanjang perkhemahan tersebut adalah pada malam pesembahan malam kebudayaan. Pada malam tersebut saya dapat melihat rakan-rakan yang lain menunjukkan kehebatan dan bakat yang tersendiri. Tambahan pula, saya juga melakukan persembahan bagi mewakili unit beruniform pengakap. Segala perasaan negatif seperti malu, gementar dan tajut dapat saya neutralkan sewaktu melaksanakan persembahan tersebut. Hal ini kerana, ianya melatih saya supaya membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Sebagai seorang guru, perasaan malu dan takut perlu dihapuskan kerana peranan guru adalah sentiasa bercakap di hadapan khlalayak.Selain itu, pengalaman yang paling manis buat saya adalah sewaktu memasak. Hal ini kerana, saya dan rakan yang lain dapat belajar cara memasak dengan betul. Aktiviti tersebut memberikan pengalaman yang berguna kepada saya kelak apbila perlu memasak sendiri. Tambahan pula, saya juga dapat mepraktikkan nilai-nilai murni seperti

tanggungjawab, amanah, kerjasama dan komitmen. Nilai- nilai ini saya dapat prakttikkan sewaktu menjalankan aktiviti pengakap seperti memasak, kembaran, membuat gadjet dan sebagainya. Pada pandangan saya, nilai-nilai murni ini perlu ada pada setiap orang guru kerana ianya akan menjadi model kepada murid-murid sewaktu berada di sekolah. Setelah selesai perkhemahan ini, saya dan rakan yang lain telah mengumpul semula alatan yang dibawa. Setiap individu memainkan peranan masing-masing dalam menyempurnakan tugasan terakhir. Akhirnya, kami telah diarahkan untuk membuat laporan berkaitan dengan perkhemahan tersebut. Secara keseluruhannya, saya melihat perkhemahan ini memberi impak yang positif kepada diri saya dimana saya telah mempelajari banyak perkara baru dalam hidup sama ada berbentuk Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek. Oleh itu, banyak input dan pengalaman yang telah saya perolehi sepanjang pelaksanaan aktiviti perkhemahan yang disertai.

Anda mungkin juga menyukai