Anda di halaman 1dari 20

NAMA PELAJAR :

NO.KAD PENGENALAN :

MENTOR :

TUAN HAJI FAHAROL RAZI B. SHAARI


KUMPULAN :

KPLI~SR PENGAJIAN BAHASA INGGERIS JANUARI 2011

ISI KANDUNGAN

Bil. Penghargaan Laporan Program Refleksi Penilaian Kendiri

Kandungan

Muka surat

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7.

4 5 9 12 13 13

Cadangan / penambahbaikan Penutup Lampiran i) ii) Gambar-gambar berkaitan Kertas Kerja

15 20

PENGHARGAAN

Bersyukur kehadrat Allah swt dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya dan rakan-rakan menamatkan Program Bina Insan Guru (BIG) siri pertama tahun 2011. Program ini dijalakan pada 28 Februari hingga 3 Mac 2011 bertempat di Kem Tok Sakah, Lumut, Perak yang melibatkan peserta seramai 46 orang. Sepanjang empat hari dan tiga malam berada di sini, berbagai jenis pengalaman pahit manis telah kami semua tempuhi. Alhamdulliah, berkat kerjasama dan semangat menjaga sesama rakan telah menyebabkan kami semua berjaya menempuhi BIG dengan jayanya. Meskipun telah mengharungi pelbagai jenis rintangan dan halangan yang mencabar, pengalaman yang telah dilalui ini merupakan sebuah detik kenangan yang sangat manis bagi saya sendiri. Sekalung ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan IPDA kerana telah menganjurkan program yang sangat berguna buat kami bakal-bakal guru. Juga barisan jurulatih yang sentiasa berada bersama kami tanpa jemu dan bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi menjayakan program ini. Tidak dilupakan, mentor kami,Tuan Haji Faharol Razi B. Shaari yang turut menyumbang tenaga ketika menjalankan aktiviti lasak sekaligus menyuntik semangat kami untuk terus menjalani program ini. Kepada rakan-rakan juga, tahniah kerana telah berjaya menunjukkan semangat berpasukan sehingga selesai program ini. Semoga program ini telah meninggalkan kenangan yang sangat manis buat kita semua.

LAPORAN PROGRAM
28 FEBRUARI 2011
Semua guru pelatih seramai 46 orang berkumpul pada jam 7.30 pagi di hadapan bagunan GERKO dan seterusnya diberikan taklimat oleh Kem Komanden, En. Mohamad Zahir bin Mohamad Darus. Seterusnya, semua peserta menaiki bas dan bertolak pada jam 8.00 pagi. Satu setengah jam berikutnya, kami singgah di kawasan Rehat dan Rawat Gurun untuk mengisi perut setelah dinasihatkan oleh Kem Komanden ketika sesi taklimat tadi. Selesai sahaja makan, kami meneruskan perjalanan dan tiba ke Kem Tok Sakah, Lumut, Perak pada jam 2.00 petang. Setelah turun dari bas, kami terus memunggah semua barang-barang yang terdapat di dalam lori. Antara barang-barang yang di bawa ialah kayak, khemah, alatan memasak dan pinggan mangkuk. Di sini, jelas kelihatan semangat kerjasama di antara kami sebagai peserta kerana masingmasing memainkan peranan dengan mengangkut barang-barang sehingga habis dari lori. Setelah itu, pada jam 3.00 petang kam semua ditugaskan untuk mendirikan khemah selama sejam setelah dilatih terlebih dahulu oleh En.Yahya Bidi, jurulatih yang ditugaskan untuk mengajar kami semua untuk mendirikan khemah pada hari sebelumnya di IPDA. Khemah yang digunakan ialah jenis 18x24 yang boleh memuatkan seramai enam orang peserta. Setelah selesai, kami berhenti untuk solat secara jamak dan seterusnya sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) pada jam 4.30 yang dikendalikan oleh En.Mohamad zahir. Setelah diberikan tugasan, kami terus bergerak untuk mencari bahan-bahan terbuang untuk dijadikan arca dan akan dipersembahkan secara pembentangan oleh setiap kumpulan dengan menyatakan falsafah dan pendirian setiap kumpulan berdasarkan arca yang telah dibina. Hasilnya, kumpulan saya telah menghasilkan sebuah arca berbentuk seekor burung yang dihasilkan daripada sabut kelapa.

Setelah selesai makan malam dan solat, kami semua terus ke sesi LDK1. Dalam sesi tersebut, kesemua peserta diarahkan untuk membuat pembentangan berdasarkan kepada arca yang telah dibuat pada petang tadi. Sesi pembentangan berjalan dengan rancak sekali dan tamat pada jam 11.30 malam. Selepas itu, Kem Komandan terus memberikan taklimat untuk aktiviti keesokan hari. Pada jam 12.00 malam, aktiviti tamat dan semua diarahkan tidur kecuali bagi enam orang peserta yang akan berjaga malam selama sejam dan akan diganti oleh enam peserta lain pada jam-jam yang berikutnya.

1 MAC 2011
Pagi ini saya dan beberapa orang rakan ditugaskan untuk menyediakan sarapan pagi. Saya bangun pada jam 4.30 pagi untuk persiapan diri dan memulakan penyediaan makanan pada jam 5.00 pagi. Saya ditugaskan sebagai ketua masakan pada pagi tersebut. Menu pada pagi tersebut ialah nasi goreng sementara peserta yang lain melakukan senaman pagi. Pada jam 7.00 pagi, kami semua bersarapan dan setelah itu diberikan taklimat oleh Kem Komandan untuk aktiviti yang seterusnya. Dua kumpulan besar dibahagikan untuk melakukan aktiviti yang berbeza secara serentak. Pada hari ini, kumpulan yang saya sertai akan melakukan aktiviti darat iaitu meredah hutan dan akan masak untuk makan tengah hari di dalam hutan nanti. Manakala satu kumpula lagi akan melakukan aktiviti air iaitu aktiviti water confident dan berkayak dan seterusnya akan memasak makan tengah hari di pinggir pantai. Aktiviti ini berakhir pada jam 2.30 petang. Setelah itu, kami dikehendaki untuk membuat persiapan diri termasuk solat secara jamak sehingga jam 4.00 petang. Setelah selesai persiapan diri, kami meneruskan aktiviti degan sesi LDK2. Sesi LDK2 berhenti pada jam 6.30 petang untuk minum petang dan akan disambung selepas makan malam dengan setipa kumpulan akan membuat pembentangan berdasarkan situasi yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Sesi LDK2 tamat pada jam 11.45 malam dan diteruskan dengan

taklimat oleh Kem Komandan. Pada jam 12.00 malam semua peserta tidur dan peserta-peserta yang berkenaan akan bertugas untuk jaga malam.

2 MAC 2011
Hari ini merupakan hari yang ke tiga kami berada di Kem Tok Sakah. Saya bangun pada jam 5.30 pagi untuk persiapan diri. Setelah selesai solat subuh, di sambung pula dengan sesi tazkirah oleh Tuan Haji Faharol Razi Shaari. Setelah itu, diteruskan pula dengan acara senaman pagi yang dikendalikan oleh En.Yahya. Pada jam 7.30 pagi kami bersarapan dengan bihun goreng dan pada jam 8.00 pagi kedua-dua kumpulan berkumul untuk aktiviti air dan darat. Bagi kumpulan yang telah melakukan aktiviti air akan melakukan aktiviti darat manakala kumpulan yang telah membuat aktiviti darat akan membuat aktiviti air. Pada hari ini, kumpulan saya akan melakukan aktiviti air pula. Aktiviti pada hari ini tamat pada jam 2.00 petang. Semua peserta membuat persiapan diri sehingga jam 4.00 petang. Setelah itu, kami semua berkumpul dan diarahkan untuk membuat latihan terakhir untuk majlis penutup dan malam kebudayaan pada malam itu selama sejam. Pada pukul 5.00 petang kami berkumpul semula untuk membuat persiapan tempat dan menyediakan makanan untuk acara barbeque pada malam itu. Saya dan rakan-rakan kelas bersepakat untuk menyediakan makanan manakala sebuah kelas lagi membuat persiapan tempat. Pelajar lelaki juga turut membuat persiapan tempat seperti membuat pentas untuk persembahan dan menyusun meja makan. Antara menu yang kami sediakan ialah udang goreng celup tepung,kentang coslow dan bihun goreng Singapura. Setelah siap semua persiapan tersebut, kami semua bergegas untuk persiapan diri pula. Kami semua berkumpul pada jam 8.15 malam untuk menyambut ketibaan perasmi majlis pada malam tersebut. Tetamu jemputan tiba pada jam 8.30 malam dan majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu IPDA. Setelah selesai bacaan doa, majlis diteruskan dengan persembahan oleh setiap kumpulan. Sambil itu, semua orang menjamu selera sambil menonton

persembahan yang dipertontonkan. Empat kumpulan membuat persembahan. Setiap kumpulan telah dibahagikan mengikut tema masing-masing. Selepas itu, acara diteruskan dengan penyampaian ucapan oleh penghulu Bina Insan Guru, saudara Mohd Izuan dan diteruskan dengan ucapan oleh perasmi pada malam tersebut iaitu Tuan Haji Jusni Nasirun, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi IPDA. Setelah itu, diteruskan dengan acara penyampaian hadiah dan cenderahati oleh penghulu BIG dan Kem Komandan kepada pemenang acara persembahan dan kepada perasmi majlis malam tersebut. Setelah tetamu kehormat pulang, kami semua terus makan dan sejam kemudian kami mengemas kembali tempat tersebut. Kami selesai mengemas pada jam 12.30 malam dan terus tidur selepas itu. Tetapi, peserta yang akan bertugas untuk jagaan malam akan terus berjaga sehingga tiba giliran orang lain pula.

3 MAC 2011
Hari ini merupakan hari terakhir di Kem Tok Sakah. Saya bangun seperti biasa pada jam 5.30 pagi untuk persiapan diri. Kami solat subuh pada jam 6.20 pagi dan diteruskan dengan sesi tazkirah oleh Tuan Haji Faharol Razi sehingga jam 7.00 pagi. Seterusnya, kami bersenam sehingga jam 7.30 pagi. Setelah itu, kami bersarapan dan berkumpul untuk taklimat oleh Kem Komandan untuk meruntuhkan khemah dan berkemas sebelum pulang. Dalam masa sejam, kami telah meruntuhkan khemah dan mengemas beg pakaian dan kawasan sekitarnya. Pada jam 9.00 pagi kami berkumpul untuk dibahagikan mengikut kelas masing-masing untuk sesi refleksi bersama mentor masing-masing selama sejam. Setelah selesai sesi refleksi bersama mentor, kami teruskan pula dengan sesi refleksi bersama Kem Komandan pula. Setelah itu, berlangsung pula acara menurunkan bendera untuk diserahkan kepada peserta BIG siri dua pula. Selepas selesai upacara menurunkan bendera, kami dibenarkan untuk membuat aktiviti bebas sementara menunggu bas IPDA datang. Pada jam 2.00 petang, kami bertolak pulang dan sampai ke IPDA pada jam 5.30 petang. 8

REFLEKSI
Sepanjang berada di Kem Tok Sakah, Lumut, saya dapat merasakan pelbagai jenis pengalaman yang berbeza meskipun pernah mengikuti pelbagai jenis perkhemahan yang bersifat lasak seperti ini. Pertama kali menjejakkan kaki di kem ini telah memberikan ruang kepada saya untuk melihat keindahan ciptaan Allah swt dan merasai nikmat ciptaan-Nya. Antara pemandangan menarik yang terdapat disini ialah pemandangan lautan,persisir pantai yang tenang dan nyaman, juga keindahan hutan simpan yang baik terpelihara. Program ini telah menyaksikan banyak pengalaman pahit manis yang kami lalui. Program ini juga telah mewujudkan semangat kerjasama dalam berkumpulan dan mengeratkan lagi tali persahabatan sesama kami meskipun baru sahaja saling mengenali. Disini, mula wujud keserasian diantara kami semua. Secara tidak langsung ia dapat menanamkan sikap saling menghormati dan mudah mendekati orang lain sesuai dengan profesyen yang bakal kami tempuhi iaitu sebagai seorang guru. Ketika menjalankan aktiviti meredah hutan, saya dapat menyaksikan pelbagai jenis flora yang terdapat didalam hutan tersebut. Antara flora yang terdapat disitu ialah pokok-pokok balak seperti tualang dan meranti, pokok nibong, palas dan sebagainya. Bunyi burung dan cengkerik turut mengundang rasa tenang sekaligus dapat melupakan keletihan ketika berjalan meredah hutan tersebut. Hutan yang kami redahi tersebut juga merupakan sebuah hutan simpan dara yang merupakan kawasan hutan yang masih belum diteroka dan dijaga dengan elok. Setelah berpeluang menjalani aktiviti meredah hutan, kumpulan saya diberi peluang untuk menjalankan aktiviti air di laut pula. Aktiviti yang pertama kami akukan ialah demonstrasi mendayung kayak. Kemudian, kami diarahkan pula untuk menjalani aktiviti water confident dimana kami telah diajar serba sedikit cara-cara untuk berenang dan mengapungkan diri didalam air. Meskipun

pernah melakukan aktiviti ini, tetapi pengalaman ini banyak berbeza dari yang sebelumnya kerana jurulatih telah menunjukkan teknik yang betul dan mudah kepada saya yang tidak tahu berenang ini. Secara tidak langsung, ini telah meningkatkan tahap keyakinan saya ketika berada didalam air. Setelah itu, kami berpeluang untuk berkayak dan ini merupakan pengalaman saya yang pertama. Teruja yang tidak terhingga menguasai saya ketika mula menaiki kayak tersebut. Ketika berada di tengah lautan, rakan yang berpasangan dengan saya mengalami mabuk laut dan terus memuntahkan segala isi perut beliau ketika kami diarahkan untuk berhenti di tengah-tengah laut. Mujur saya tidak mengalami masalah yang sama. Maka, sayalah yang terpaksa mengerahkan tenaga yang lebih kerana rakan saya itu kurang bermaya untuk meneruskan mendayung kayak yang kami naiki. Namun, pengalaman berkayak telah dapat membuktikan bahawa saya juga mampu menhgharungi cabaran didalam lautan mekipun tidak tahu berenang kerana saya mampu mengawal diri sendri daripada terus panik akibat melihat rakan saya yang mula kehilangan semangat untuk berkayuh sehingga ke tepi pantai. Pengalaman memasak di tepi pantai juga amat menyeronokkan kerana disini terlihatnya semangat kerjasama sesama kami yang mahu menyiapkan makan tengah hari. Selepas meredah hutan dan berkayak, kami semua dimestikan untuk memasak makan tengah hari sendiri. Bagi saya, ia tidak mendatangkan masalah kerana saya sememangnya amat suka memasak. Antara bahan-bahan yang dibekalkan ialah beras, sayur kubis, ikan masin, telur, ikan bilis, bawang dan cili. Selain itu, kami turut dibekalkan dengan peralatan untuk memasak seperti dapur mudah alih, periuk, besen, senduk dan sudu. Bagi saya, kemudahan seperti dapur mudah alih tidak dapat mengasah kemahiran individu untuk survival ketika didalam hutan. Selain itu, kami turut didedahkan dengan kemahiran untuk memasang sendiri khemah. Khemah yang dibekalkan kepada kami berlainan daripada yang biasa saya gunakan. Ini kerana khemah ini perlu dipasang dengan berhati-hati. Jika tidak, boleh mengundang bahaya kepada sesiapa sahaja yang berada

10

didalamnya. Pemasangan khemah ini juga memerlukan kerjasama dan persefahaman yang tinggi dikalangan ahli kumpulan. Selain menerapkan niai-nilai murni didalam diri kami, keadaan yang jelas kelihatan di kawasan sekitar tapak perkhemahan ini terlalu banyak di penuhi dengan lalat. Keadaan ini mewujudkan satu senario yang kurang selesa buat kami semua terutamanya ketika sedang menyediakan makanan dan juga ketika sedang makan. Ini secara tidak langsung menyebabkan tahap kebersihan di sini kurang bersih. Setelah turun daripada meredah hutan, kami turut melalui kawasan pinggir pantai dan di sekitar pantai tersebut banyak terdapat smpah sarap yand dibuang begitu sahaja oleh pengunjung-pengunjung yang berkelah di situ. Keadaan ini secara tidak langsung menambahkan lagi populasi lalat di kawasan tersebut. Selain itu, keadaan bilik mandi khususnya bilik mandi peserta wanita berada dalam keadaan yang kurang selesa yang membahayakan kami semua. Ini kerana tangki najis yang ditanam di tepi bilik mandi hanya di tutup dengan sekaping papan lapis yang sudah hampir reput. Keadaan ini boleh mengundang bahaya terutama ketika waktu malam kerana keadaan disitu sangat gelap dan boleh membahahyakan nyawa sesiapa sahaja yang melalui kawasan tersebut. Selain membahayakan nyawa, keadaan air yang kekuningan dan keruh kami gunakan turut mengundang rasa kurang selesa dikalangan kami semua. Namun begitu, keadaan tersebut secara tidak langsung telah menjadikan kami lebih berhati-hati dan saling berwaspada sesama kami.

11

PENILAIAN KENDIRI
Setelah mengharungi empat hari tiga malam di kem tersebut, saya mula dapat merasakan sedikit sebanyak perubahan di dalam diri saya sendiri. Ini jelas dapat dilihat melalui perhubungan saya dengan rakan-rakan yang lain dimana kami semua telah mula menjadi lebih akrab dan saling memahami diantara satu sama lain. Saya juga telah menjadi lebih ramah dan mudah untuk melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja. Saya juga turut memahami bahawa semangat kerjasama sesama ahli kumpulan juga sangat penting supaya kumpulan itu terus selamat dan sentiasa maju kehadapan. Setiap individu juga memahami tugas mereka masing-masing ketika melakukan semua aktiviti tanpa dipaksa oleh sesiapa pun. Penerapan nilai-nilai murni untuk menjadi seorang guru sememangnya berlaku disini. Saya juga turut menjadi lebih berani apabila melakukan aktiviti berenang yang selama ini merupakan sesuatu yang saya takuti. Saya berjaya menyelam dan mengambil dua genggam pasir didasar laut serta berjaya mengaungkan diri tanpa bantuan jaket keselamatan. Ini merupakan sesuatu yang baru dalam hidup saya yang selama ini saya tidak percaya saya boleh melakukan sedemikian. Secara tidak langsung, keyakinan diri saya juga turut meningkat dan menambahkan satu semangat yang baru untuk mengharungi cabaran didalam hidup saya nanti.

12

CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN
Program BIG yang telah dirangka untuk kami,guru-guru pelatih

merupakan suatu program yang amat berfaedah dan bermanfaat kepada kami semua. Namun begitu, perjalanan program yang agak longgar dari segi peruntukan masa yang diberikan telah menjadikan kami semua sedikit leka mengenai pengurusan masa. Sebagai contoh, setiap kali rehat untuk pengurusan masa, kami diberikan sehingga 40 minit. Kelonggaran ini menjadikan kami semua kurang merasakan sejenis kem yang drencanakan khas untuk membina jati diri. Sebaliknya, saya secara peribadi merasakan seperti berada dalam percutian bukannya berada didalam perkhemahan untuk membina jati diri. Mungkin pihak jurulatih beranggapan kami semua telah memahami situasi dan penerapan nilai-nilai secara tidak langsung secara sendiri tanpa perlu disuruh.

PENUTUP
Secara keseluruhannya, saya merasakan program BIG ini amat menyeronokkan dan telah meninggalkan kenangan yang sangat manis buat kami semua. Terdapat juga aktiviti yang telah membolehkan saya untuk membuktikan kemampuan diri sendiri seperti yang dilakukan ketika berenang dan berkayak. Namun begitu, saya masih berharap dapat melakukan akiviti seperti ini lagi bersama rakan-rakan meskipun tidak dilakukan secara rasmi dan terancang. Jelas yang dapat dilihat disini ialah program BIG telah berjaya menjadikan kami semualebih yakin dan bersemangat tinggi untuk menjadi seorang guru apabila telah tamat pengajian kami nanti.

13

14

GAMBAR-GAMBAR BERKAITAN

15

16

17

18

19

KERTAS CADANGAN PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 1 / 2011 KUMPULAN KPLI-SR PENGAJIAN BAHASA INGGERIS & PENGAJIAN PENDIDIKAN PRASEKOLAH

28 FEBRUARI 2011 - 3 MAC 2011

20

Anda mungkin juga menyukai