Anda di halaman 1dari 8

SEKOLAH KEBANGSAAN KELAPA SAWIT NO 1

D/A PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH SUBIS

98150 BEKENU, SARAWAK

LAPORAN PERKHEMAHAN UNIT


BERUNIFORM

SK KELAPA SAWIT NO 1
TARIKH :

10-11 SEPTEMBER 2017 (2 HARI 1 MALAM)

TEMPAT :

SK KELAPA SAWIT NO 1

MASA :

2.30 PETANG (10/9/17) – 2.00 PETANG (11/9/17)


1.0 PENGENALAN
Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Kelapa Sawit no 1 ialah suatu program
yang telah dirancang oleh Unit Kokurikulum 2017. Aktiviti ini disertai oleh semua murid tahap
2 yang terdiri daripada badan-badan unit beruniform yang ada di sekolah ini. Aktiviti ini
diadakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
mewujudkan modal insan yang seimbang dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh murid
apabila mereka menempuhi alam dewasa kelak.

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini merupakan aktiviti yang akan dilalui oleh murid apabila mereka
meneruskan pengajian sehingga ke peringkat universiti kelak. Maka, pendedahan pada
peringkat awal adalah perlu. Aktiviti ini juga merupakan aktiviti yang biasa dilakukan oleh
sekolah-sekolah lain dan sesetengah sekolah menjadikan aktiviti ini sebagai aktiviti tahunan.

3.0 MATLAMAT

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan


dan disiplin yang perlu ada dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri serta menguji ketahanan fizikal dan mental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam
program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi
dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan dengan aktiviti
kerohanian untuk membina keyakinan diri dan mengukuhkan rohani agar dapat membentuk
modal insan yang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid tahap 2
5.0 TENTATIF PROGRAM

21 Oktober 2017

Masa Aktiviti
 Pendaftaran peserta
2.00 petang
 Berkumpul dalam patrol
 Taklimat ringkas
2.30 petang
 Membersihkan kawasan penginapan dan mendirikan khemah
 Taklimat dan Aktiviti berkumpulan 1
3.30 petang
(buat bendera kumpulan)
 Solat asar
4.30 petang
 Minum petang
 Riadah
5.00 petang  Aktiviti ‘reasure hunt”
 Persiapan persembahan kebudayaan
 Makan malam / pengurusan diri
 Solat Maghrib dan tazkirah
6.30 petang  Solat Isyak
 Aktiviti kumpulan
 kebudayaan
 Minum malam
11.30 malam  Tidur

22 Oktober 2017

Masa Aktiviti
 Pengurusan diri
 Solat Subuh
5.30 pagi
 Senaman pagi
 Sarapan pagi
 Pemeriksaan kawasan penginapan
 Upacara menaikan bendera
8.00 pagi
 Aktiviti berkumpulan 2 (tunjuk cara ikatan & gadjet)
 Minum pagi
10.00 pagi  Taklimat & aktiviti kumpulan 3 (memasak)
 Pengurusan diri
12.00 tengahari  Makan tengahari
 Solat Zohor
 Aktiviti kumpulan 4 (persembahan kebudayaan)
2.30 petang  Solat Asar, minum petang & mengemas khemah
 Penutup / penyampaian hadiah
5.00 petang  Bersurai
6.0 LAPORAN

Aktiviti perkhemahan unit beruniform merupakan aktiviti tahunan yang


dilaksanakan bagi memberi peluang kepada murid agar dapat menonjolkan kemahiran yang
ada pada diri mereka. Perkhemahan unit beruniform SK Kelapa Sawit No 1 telah dijalankan
selama dua hari telah memberi peluang kepada murid untuk memperkembangkan bakat
masing-masing. Pada hari pertama, iaitu pada pukul 2.30 petang, murid berkumpul di kantin
sekolah bersama barang dan alatan yang di bawa untuk tujuan pendaftaran. Setelah selesai
sesi pendaftaran, murid di minta bergerak ke tapak perhimpunan dengan membawa semua
barang alatan untuk tujuan taklimat daripada kem komandan serta pembahagian kmpulan.
Setelah itu, murid bersama kumpulan masing-masing bergerak ke tapak perkhemahan yang
telah ditetapkan untuk aktiviti mendirikan khemah. Pada aktiviti ini, murid dilatih untuk belajar
mendirikan khemah dengan sendiri. Guru bertindak sebagai pembimbing sahaja.

Setelah itu, murid diarahkan berkumpul di tapak perhimpunan mengikut


kumpulan untuk aktiviti Jalinan Kasih . Dalam aktiviti ini, murid-murid dibantu oleh guru yang
bertindak sebagai fasilitator mengenal antara satu sama lain . Habis aktiviti ini, murid dan
guru bersama-sama minum petang di kantin. Setelah itu, aktiviti riadah bersama. Dalam aktiviti
riadah ini, murid diberi peluang untuk berbincang bersama ahli kumpulan untuk membuat
persiapan persembahan pada malam nanti.

Aktiviti pada sebelah malam di teruskan dengan jamuan makan malam bersama
ibu bapa . Acara membakar ayam diadakan sambil bersantai dan beramah mesra antara satu
sama lain. Aktiviti kebudayaan dijalankan di ruang santai dan terbuka serta ditonton oleh guru
dan ibu bapa. Berbagaibagai ragam dan aneka persembahan yang menghiburkan
dipersembahkan oleh murid. Selesai aktiviti kebudayaan, murid diberikan minum malam dan
bersedia untuk tidur. Atas faktor keselamatan berikutan cuaca yang tidak menentu, murid di
arahkan supaya tidur di dalam kelas .

Keesokkannya, seawal jam 4.30 pagi murid dikejutkan bangun pagi. Murid
beragama islam melakukan solat subuh berjemaah bersama Ustaz. Setelah itu, murid
berkumpul di dataran terbuka untuk aktiviti senaman pagi. Oleh kerana hujan turun pada awal
pagi , aktiviti joging penerokaan alam tidak dapat dilaksanakan. Murid bersarapan bersama
dan kemudian berkumpul dalam kumpulan untuk aktiviti perolongan cemas dan ikatan.
Setelah itu, murid diberikan minum pagi dan bersedia untuk aktiviti masakan rimba. Dalam
aktiviti masakan rimba, setiap kumpulan telah dibekalkan dengan empat bahan utama iaitu
sardin, telur, maggi dan kacang panjang. Aktiviti ini sangat menghiburkan dan murid sangat
teruja untuk menyediakan masakan. Setiap kumpulan dibantu oleh seorang guru yang
bertindak sebagai fasilitator serta mengawal keselamatan murid semasa menhidupkan api dan
pisau. Setelah siap memasak, murid mempersembahkan menu masakan masing-masing
untuk diadili oleh juri. Murid menjamu selera dengan masakan yang dimasak.

Selesai aktiviti masakan rimba, murid-murid diarahkan oleh kem komandan


untuk berkumpul di tapak perhimpunan. Murid-murid bersama guru membersihkan kawasan
perkhemahan, menurunkan khemah dan bersedia untuk majlis penutup. Majlis penutup
perkhemahan telah dirasmikan oleh Guru Besar. Guru besar juga menyampaikan hadiah
kepada murid-murid. Nasihat diberikan kepada murid-murid agar mengekalkan sikap
kerjasama antara satu sama lain. Setelah itu, murid dan guru menikmati jamuan makan
bersama-sama dan murid dibenarkan bersurai pada jam 2.00 petang.

PENUTUP

Alhamdulillah, Aktiviti Perkhemahan Unit Beruniform SK Kelapa Sawit no 1


berjalan dengan lancar. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
pegawai, guru, staf dan murid-murid yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan perkhemahan kali ini. Semoga segala kelemahan atau kekurangan yang terdapat
sepanjang perkhemahan ini berlangsung akan menjadi iktibar, pengajaran dan diambil kira
sebagai usaha penambahbaikan pada penganjuran akan datang.

Disediakan oleh,

_______________________
(ABDUL RAHIM BIN ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Kokurikulum
SK Kelapa Sawit no 1

Disahkan oleh,

_____________________
(ALI BIN JULI)
Penolong Kanan Ko-Kurikulum
SK Kelapa Sawit no 1
8.0 LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai