Anda di halaman 1dari 2

Pendahuluan

Program SUKA # Excellent RMT adalah satu program motivasi kepada semua murid
penerima bantuan RMT yang menunjukkan peningkatan pencapaian dalam bidang akademik,
kokurikulum dan pemantapan sahsiah.

Rasional

Memberi penghargaan ke atas kecemerlangan yang dicapai secara menyeluruh ke arah


melahirkan insan yang cemerlang dan seimbang dari segi jasmani, rohani dan intelek
sebagaimana yang dihasratkan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan seterusnya menepati
dan mencapai Visi dan Misi Sekolah Kebangsaan Temong.

Matlamat

Melahirkan dan memupuk daya saing di kalangan murid-murid dalam mencapai


kecemerlangan dalam semua aspek yang mendukung Sasaran Mikro Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2015 iaitu penekanan Kualiti Kemenjadian Murid.

Objektif

1. Memberi penghargaan kepada murid-murid penerima RMT yang cemerlang dalam


bidang kokurikulum dan akademik.
2. Menjadi perangsang dan penggalak bagi murid-murid penerima RMT untuk
mengamalkan nilai murni dalam kehidupan setiap masa.

Sasaran

Semua murid penerima RMT Tahun 1 hingga Tahun 6 SK Temong

Pelaksanaan

Program ini dilaksanakan bermula Februari 2018 hingga November 2018

Kewangan

Sumber kewangan untuk Program SUKA # Excellent RMT ini adalah menggunakan
peruntukan unit Bimbingan Kaunseling bagi tahun 2018.
Jawatankuasa Program

JAWATANKUASA INDUK PROGRAM SUKA # Excellent RMT 2018

Pengerusi : Puan Rozana binti Om (Guru Besar)


Naib Pengerusi : Encik Kamarulizra bin Mat Kasirin (PK HEM)
: Puan Hjh Mastura binti Mior Adlan (PK Pentadbiran)
: Encik Mohd Rizallmin bin Hasan (PK Pentadbiran)
Setiausaha : Puan Nor Wati binti Hamzah
Bendahari : Puan Nor Fatehah binti Rozali

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Puan Suryati binti Ismail – Guru Kelas Tahun 1 Excellent


Puan Maslina binti Ali – Guru Kelas Tahun 2 Excellent
Encik Ahmad Tauran bin Yahya – Guru Kelas Tahun 3 Excellent
Puan Haliza binti Mat Jad – Guru Kelas Tahun 4 Excellent
Puan Noor Azita binti Azizi – Guru Kelas Tahun 5 Excellent
Puan Zainiah binti Md Kassim – Guru Kelas Tahun 6 Excellent

Strategi Pelaksanaan

Merujuk Pelan Operasi Pelaksanaan – Lampiran 1

Penutupan

Program ini diharap dapat dilaksanakan dengan jaya dalam usaha mencapai Indikator
Pencapaian Lonjakan Kecemerlangan Kemenjadian Murid, Kokurikulum dan Akademik SK
Temong sejajar dengan hasrat Top 3 PPD Kuala Kangsar.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

(NOR WATI BINTI HAMZAH)


Setiausaha

Disahkan oleh,

Anda mungkin juga menyukai