Anda di halaman 1dari 11

KERTAS KERJA

HARI SUKAN
NEGARA
PERINGKAT
SEKOLAH
1.0 PENDAHULUAN

Sambutan Hari Sukan Negara pada 8 Oktober 2022 adalah bertujuan untuk menjadikan
sukan sebagai budaya hidup. Menurut Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin,
pelbagai aktiviti sukan dan riadah diadakan bagi membina asas ke arah negara bersukan
sebagai gaya hidup kita.

2.0 MATLAMAT

Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani
dan sosial melalui penyertaan dalam bidang sukan. Seseorang murid itu wajib menyertai
aktiviti bersukan untuk menyeimbangi tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam
kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti riadah ini
bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi kehidupan seharian.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Menggalakkan budaya bersukan dalam kalangan warga sekolah.


3.2 Menitikberatkan penglibatan bersama atau ‘mass participation’ dalam
aktiviti-aktiviti sukan yang akan merapatkan hubungan guru dan murid.
3.3.Menjadikan sukan sebagai gaya hidup sihat bagi mengatasi masalah obesiti
dalam kalangan warga sekolah.

4.0 ANJURAN
Unit Kokurikulum

5.0 TARIKH DAN TEMPAT

5.1 Tarikh : 8 Oktober 2022

5.2 Tempat : Dewan Sekolah


6.0 SASARAN
6.1 Semua murid – 66 orang
6.2 Guru – 9 orang
6.3 Pekerja swasta – 3 orang

7.0 TENTATIF PROGRAM

-Rujuk lampiran 1-

8.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

-Rujuk lampiran
9.0 PERBELANJAAN

BIL PERKARA PERINCIAN BAYARAN


(RM)
1. Sukaneka
Tahap 1 :
a. Mengambil getah gelang 8 kumpulan x 5 ahli
berwarna menggunakan Tempat pertama-ketiga
straw 15 x RM2.00 30.00
b. Membawa bola ping
pong dengan sudu
Tahap 2 :
a.Tisu Mumia 8 kumpulan x 6 ahli
b. Pakaian Kreatif Tempat pertama-ketiga
18 x RM2.00 36.00
2. Pertandingan sempena Tahun 1 : 3 pemenang
Hari Sukan Negara Tahun 2 : 3 pemenang
Tahap 1 : Tahun 3 : 3 pemenang
Pertandingan Mewarna 9 x RM2.00 18.00
Tahap 2 : Tahun 4 : 3 pemenang
Melukis Poster Tahun 5 : 3 pemenang
Tahun 6 : 3 pemenang
9 x RM2.00 18.00

3. Tisu 2 x RM10.00 20.00

4. Getah gelang 1 x RM8.00 8.00

JUMLAH 130.00
11.0 PENUTUP

Adalah diharapkan Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Sekolah pada tahun
ini mendapat kerjasama daripada semua pihak dan dapat dilaksanakan dengan
jayanya. Semoga semua warga sekolah dapat memanfaatkan program ini
dengan sebaik mungkin dan diharapkan segala aktiviti yang dirancang akan
dapat mencapai matlamatnya serta memberi impak positif kepada warga SJKT
LADANG katoyang.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh, Disediakan oleh, Disemak oleh,

......................... .......................... ........................

(PN.V.UMAVATHY) (EN.G.DEVANESH) (PN.S.RAJAMMAL)

SETIAUSAHA SUKAN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM GURU BESAR


SJK (T) LADANG KATOYANG SJK (T) LADANG KATOYANG SJK (T) LADANG KATOYANG
.........................

(PN.V.UMAVATHY)

SETIAUSAHA SUKAN
LAMPIRAN 1
TENTATIF PROGRAM

(SABTU)

MASA AKTIVITI
7.20 pagi Murid, guru dan staf berkumpul di Dewan

7.30 pagi Pendaftaran peserta


8.00 pagi Senamrobik 1Malaysia
9.00 pagi Sukaneka
Tahap 1 dan 2
10.00 pagi REHAT
10.30 pagi Indoor Game - Futsal antara Rumah Pasukan
11.30 pagi Aktiviti Mewarna Hari Sukan Negara Tahap 1
Aktiviti Melukis Poster Hari Sukan Negara Tahap 2
12.30 t.hari Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah
1.10 petang Bersurai
LAMPIRAN 2

STRUKTUR ORGANISASI JAWATANKUASA


PENGANJUR PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN
NEGARA PERINGKAT SEKOLAH

PENAUNG :

PENASIHAT 1 :

PENASIHAT 2 :

PENASIHAT 3 :

PENASIHAT 4 :

PENYELARAS :

SETIAUSAHA :

BENDAHARI :
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA
PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN
NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH

BIL AHLI NAMA BIDANG TUGAS


JAWATANKUASA
1. PENASIHAT 1 ➢ Mengetuai jawatankuasa
PENASIHAT 2 untuk merancang dan
PENASIHAT 3 melaksanakan program.
PENASIHAT 4 ➢ Bertanggungjawab untuk
memantau perjalanan
program.
2. PENYELARAS ➢ Bertanggungjawab
memastikan perjalanan
program dilaksanakan
mengikut perancangan.
3. SETIAUSAHA ❖ Menyediakan dan
menyiapkan kertas kerja
program.
❖ Menyediakan dan
menyiapkan segala jenis surat
yang diperlukan oleh
jawatankuasa kerja untuk
perjalanan program.
❖ Mencatat minit mesyuarat
dan menyiapkan laporan
mesyuarat.
❖ Mengambil alih tugas
pengerusi atau timbalan
pengerusi sekiranya mereka
tidak dapat menghadirkan
diri.
4. BENDAHARI ➢ Bertanggungjawab untuk
membuat perjalanan akaun
program.
➢ Menyedikan kewangan
untuk membeli hadiah
pertandingan.
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PELAKSANA
PROGRAM SAMBUTAN HARI SUKAN NEGARA PERINGKAT
SEKOLAH

BIL AJK KERJA NAMA BIDANG TUGAS


1. Pendaftaran ➢ Menyediakan borang
pendaftaran program untuk
semua murid, guru dan staf.
➢ Menyediakan meja pendaftaran di
bahagian belakang dewan.
➢ Mengambil kehadiran peserta
program.
➢ Menyerahkan borang kehadiran
yang lengkap kepada
jawatankuasa dokumentasi.
2. Keselamatan/ ➢ Memastikan guru berada
Kawalan Murid bersama murid dan disiplin
murid berada dalam keadaan
terkawal semasa program
berlangsung.
➢ Memastikan murid-murid
berada di tempat yang
ditetapkan semasa program
dijalankan.
3. Flyer ➢ Mendapatkan maklumat
perjalanan program.
➢ Menyediakan flyer yang sesuai
dengan program.
4. Perakam Peristiwa ➢ Merakam gambar sepanjang
program berlangsung.
➢ Menyerahkan gambar kepada
jawatankuasa dokumentasi.
5. Hadiah/Sijil ➢ Berbincang dengan GPK
Kokurikulum dan membeli
hadiah.
➢ Menyusun hadiah mengikut
tentatif program.
➢ Menyediakan sijil kepada
peserta program.
➢ Bertanggungjawab menyedia
dan menyimpan alas meja
hadiah dan dulang hadiah.
6. PA Sistem ➢ Memastikan peralatan audio
berfungsi dengan baik.
➢ Memasang peralatan audio
lebih awal.
➢ Memainkan lagu-lagu yang
bersesuaian sebagai selingan
semasa pertandingan Mewarna
dan Poster dijalankan.
➢ Bertanggungjawab mengambil
dan menyimpan peralatan
audio dengan selamat.
7. Makanan dan ➢ Memastikan makanan dan
Minuman minuman disediakan untuk
peserta program.
➢ Memastikan semua murid
berada di kantin semasa rehat.
8. Pengacara Program ➢ Memastikan program berjalan
dengan lancar.
➢ Pengendalian program yang
menarik dan menghiburkan.
➢ Menyampaikan maklumat
terkini dari semasa ke semasa.
9. Senamrobik/ ➢ Menyediakan video yang
Sukaneka/ bersesuaian dengan program.
Permainan ➢ Menyediakan peralatan sukaneka/
permainan sebelum program
bermula.
➢ Mengendalikan acara
sukaneka/ permainan dengan
baik.
10. Hakim ➢ Menjadi hakim pertandingan
acara sukaneka, Pertandingan
Merwarna dan Melukis Poster .
➢ Menyerahkan keputusan
sukaneka dan pertandingan
kepada pengacara program.
11. Persiapan Tempat/ ➢ Menyusun kerusi di tepi dewan.
Kebersihan ➢ Mengemas semula dan
membersihkan dewan selepas
program selesai.
12. Dokumentasi ➢ Membuat laporan
(dokumentasi) program dengan
lengkap dan sempurna.

Anda mungkin juga menyukai