Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MATEMATIK TAHUN 1

Mata Pelajaran : Matematik


Topik : Wang hingga RM10
Masa : 60 minit
Pengetahuan sedia ada : Operasi tolak, Menambah wang sehingga RM10
Standard Kandungan : Murid dibimbing untuk;
4.2 Tambah dan tolak melibatkan wang.
Standard Pembelajaran : Murid berupaya untuk;
4.2.1 Menolak wang hingga RM 1
(a) sen hingga RM 1
(b) ringgit hingga RM 10
Objektif Pembelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid
dapat;
i) Menolak nilai wang sen hingga RM 1 dengan
bimbingan guru.
ii) Menolak nilai wang ringgit hingga RM 10 melalui
aktiviti berkumpulan.
iii) Menolak nilai wang dari sen hingga RM10
berdasarkan aktiviti luar kelas.
ABM : Gambar alat tulis, Wang contoh syiling hingga RM1,
wang contoh ringgit hingga RM10, kad imbasan.
Nilai Murni : Keberanian, baik hati, berjimat cermat
KBKK : menilai, membuat keputusan.
EMK : Keusahawanan, kemahiran berfikir, nilai murni

Langkah Isi Pelajaran Aktiviti Pengajaran dan Catatan


(masa) Pembelajaran
Set Induksi Gambar 1. Guru menunjukkan ABM:
(5 minit) gambar alat tulis yang  Gambar alat
Contoh: dijual di koperasi tulis.
sekolah.
Nilai murni:
2. Murid membuat  Keberanian
pemerhatian terhadap
harga pada setiap alat
1. buku (RM1) tulis tersebut. EMK:
2. pensel (RM0.50)  Keusahawanan
3. pembaris (RM1.50) 3. Kemudian, murid diminta
4. gunting (RM1.80) menyatakan harga
barang yang dipaparkan
pada gambar tersebut.

4. Murid diperkenalkan
tajuk yang dipelajari iaitu
Menolak Wang.
Langkah 1 Menolak nilai wang 1. Guru menunjukkan ABM:
(15 minit) sen hingga RM 1 contoh gambar duit  Wang contoh
dengan bimbingan syiling hingga RM1 pada syiling hingga
guru. papan tulis. RM1

Contoh: 2. Murid diminta membuat Nilai murni:


pemerhatian terhadap  Baik hati
jumlah wang yang
ditunjukkan. KBKK:
 Menilai
3. Seorang murid diminta
mengambil gambar dua EMK:
keping duit syiling dan  Nilai murni
menyatakan nilai wang
tersebut.

4. Kemudian, murid
tersebut diminta
memberikan sekeping
gambar duit syiling
tersebut kepada seorang
rakannya.

5. Guru membimbing murid


kaedah menolak wang
hingga RM1 dengan
betul.

6. Langkah 2 hingga 5
diulang menggunakan
kepingan nilai wang
syiling yang lain.

Langkah 2 Menolak nilai wang 1. Murid dibahagikan ABM:


(15 minit) ringgit hingga RM 10. kepada 5 kumpulan.  Wang contoh
dari ringgit
Contoh wang: 2. Guru mengedarkan hingga RM10
contoh wang ringgit  Kad imbasan
hingga RM10 kepada
setiap kumpulan. Nilai murni:
 Berjimat cermat
3. Setiap kumpulan diminta
menolak ringgit hingga KBKK:
RM10 dengan  Menilai
menggunakan contoh
duit yang telah diedarkan EMK:
berpandukan kad  Kemahiran
imbasan yang terdapat berfikir
pada papan tulis.

Contoh kad imbasan: 4. Langkah 3 diulang


dengan menggunakan
Beli 3 batang pensel nilai wang yang berbeza.

Beli 2 buah buku

Langkah 3 Menolak nilai wang 1. Guru membawa murid ABM:


(15 minit) dari sen hingga RM10 keluar ke koperasi  Wang contoh
berdasarkan aktiviti sekolah.  Contoh duit
luar kelas. syiling
2. Setiap kumpulan
Contoh wang: dibekalkan wang contoh Nilai murni:
yang berjumlah RM10.  Berjimat cermat

3. Murid diminta KBKK:


menggunakan wang  Membuat
contoh tersebut bagi keputusan
melakukan sesi membeli
berdasarkan kad arahan. EMK:
 Keusahawanan
4. Kemudian, setiap
kumpulan diminta
menyenaraikan
barangan yang boleh
dibeli dan baki wang
yang tinggal.

Penutup Kesimpulan: 1. Seorang murid diminta


(5 minit) Menolak wang hingga untuk menyatakan isi
RM 1 pelajaran pada hari ini.
(a) sen hingga RM 1
(b) ringgit hingga 2. Guru membimbing murid
RM 10 membuat kesimpulan.
Refleksi

Pada akhir pengajaran ini, terdapat 75% murid dapat mencapai objektif
pembelajaran. Walaubagaimanapun, masih terdapat beberapa perkara yang perlu
ditambahbaikan.

Dalam langkah 2, murid dibahagikan kepada kumpulan dan diminta menolak


nilai wang berpandukan kad imbasan yang dipaparkan. Ketika menjalankan aktiviti
kumpulan tersebut, terdapat beberapa murid yang bersifat pendiam tidak melibatkan
diri mereka dalam aktiviti. Mereka duduk diam dalam kumpulan sahaja, dan lebih
mengharapkan murid yang lebih pandai supaya menyiapkan aktiviti kiraan tersebut.
Oleh itu, sebagai guru, saya perlu menambahbaikkan aktiviti kumpulan supaya
mencapai semua murid terlibat dalam aktiviti.

Sebagai penambahbaikan, aktiviti “Fan & Pick” boleh digunakan pada


pengajaran yang seterusnya. Contohnya, murid dibahagikan kepada watak masing-
masing, iaitu kipas, pilih & tanya, jawab, komen. Aktiviti ini dicadangkan kerana ia
dapat menyebabkan semua murid terlibat dalam aktiviti supaya tiada murid yang
menjadi pendiam dan penunggu jawapan.

Anda mungkin juga menyukai