Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN SMK JALAN KEBUN : TAKLIMAT PT3

SKRIP PENGACARA MAJLIS

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t, salam sejahtera dan salam 1


Malaysia

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Yang Berusaha Pn Alijah bt Md.Dom


Pengetua SMK Jalan Kebun
Yang Dihormati Tn. Hj. Shamsuddin bin Shaari
Guru Penolong Kanan 1, SMK Jalan Kebun, juga selaku penceramah untuk hari ini.
Yang Dihormati Pn.Hjh Che Nor Khasimah bt. Mohd Noor
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Yang Dihormati Tn. Hj, Mazlan bin Abdul Manan


Guru Penolong Kanan Kokurikulum
Ketua-ketua Bidang,
Guru-guru Cemerlang
Dan rakan-rakan guru sekalian

Selamat datang ke :

Taklimat PT3 yang akan disampaikan oleh Tn Hj Shamsuddin bin Saari


Syukur Alhamdulillah kerana dengan limpah dan kurniaNya maka kita dapat
bersama-sama berhimpun pada pagi ini untuk menimba ilmu yang akan
meningkatkan lagi mutu profesion keguruan kita. Semoga usaha kita semua
diberkati Allah. Insya Allah.

Bagi memberkati Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah samasama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh: Al
Fadil Ustaz Mohd Nasir bin Yunus. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Amin Amin Ya Rabbal `Alamin


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Al Fadil
Ustaz Mohd Nasir bin Yunus atas bacaan doa itu tadi.

Seterusnya, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Dihormati


Tn. Hj. Shamsuddin bin Shaari untuk menyampaikan taklimat. Dipersilakan.

(KALAU ADA SESI SOAL JAWAB)


Majlis diteruskan lagi dengan sesi soal jawab. Kepada tuan-tuan dan puan-puan
peserta seminar boleh mengemukakan pertanyaan kepada tuan penceramah.

PENUTUP
Ribuan terima kasih di ucapkan kepada atas kesudian Yang Berusaha Tn. Hj.
Shamsuddin bin Shaari meyampaikan taklimat tadi. Semoga semua peserta dapat
memanfaatkan ilmu yang diperolehi hari ini
Pohon berangan tempat bertemu,
Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan Negara.
Sekian sahaja untuk kali ini. Mohon maaf dari saya sekiranya ada terkasar
bahasa, terlanjur bicara sepanjang mengendalikan majlis sebentar tadi.
Sesungguhnya, yang terbaik itu datangnya daripada Allah s.w.t. yang kekurangan
itu adalah kelemahan saya.

Sekian, Wabillahiltaufik Walhidayah Assalamualaikam Warahmatullahi


Wabarokatuh.

MAJLIS BERAKHIR

Disediakan Oleh:
Pn. Fairuz Binti Abdul Rahman

Anda mungkin juga menyukai