Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH SAINS BANTING

Jalan Sultan Suleiman Shah Jugra


42700 Banting, Selangor Darul Ehsan
Kod Sekolah : BEA 1074
TEL : 03-31201597 FAX : 03-31201623

TEKS PENGACARA MAJLIS


PENDAFTARAN TINGKATAN 1 SM SAINS BANTING 2023
WAKTU TINDAKAN TEKS

Majlis mengumumkan
UCAPAN YANG BERBAHAGIA
SELAMAT Dato’ Muzamir bin Hj Mustafa ,
DATANG YDP PIBG SM Sains Banting
Diiringi
YANG BERUSAHA
Encik Yusanizan bin Shafei
Pengetua Sekolah Menengah Sains Banting,

Bersama barisan pentadbir sekolah.

MASUK KE DALAM DEWAN....

KATA ALUAN Hadirin yang dihormati,

Anak muda pergi ke pekan,


Pergi membeli buah kuini,
Kedatangan tuan puan kami alukan,
Selamat datang ke sekolah ini.

Yang Berbahagia,
Dato’ Muzamir bin Mustafa
Yang Dipertua PIBG

Yang Berusaha
Encik Yusanizan bin Shafei,
Pengetua Sekolah Menengah Sains Banting,

Yang Dihormati
Puan Maryati binti Sahudi
Penolong Kanan Pentadbiran SM Sains Banting,

Yang Dihormati
Ustaz Mohamad Zaki bin Othman,
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati
Tuan Haji Azizan bin Hasbollah,
Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru Kanan Mata Pelajaran ,

Guru-guru Cemerlang,

Kaunselor ,

Guru-guru

Ahli Jawatankuasa PIBG yang hadir

Para ibu bapa

DAN MURID-MURID BAHARU TINGKATAN 1 TAHUN


2023 YANG DIRAIKAN SEKALIAN.

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Pertama sekali, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan


rahmat dan nikmatnya maka dapat kita berkumpul bagi
mendengar sesi Ucapan dan taklimat bersama YDP PIBG,
Tuan Pengetua dan barisan pentadbir sekolah.

Ke Bukit Jugra membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula bersua muka,
Dengan alunan madah yang indah..

BACAAN DOA Hadirin yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis dengan


penuh takzimnya mempersilakan saudara
__________________ untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan.

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas bacaan doa


sebentar tadi.

ATAU... MARILAH SAMA-SAMA MULAKAN MAJLIS


DENGAN BACAAN UMMUL KITAB AL-FATIHAH

AL-FATIHAH....... (EMCEE BACA BERSAMA SCR


SENYAP)
PERSEMBAHAN Hadirin dan hadirat sekalian,
MULTIMEDIA
(jika ada) Sebelum kita mendengar taklimat daripada tuan pengetua,
para ibu bapa dan para pelajar akan disajikan dengan
tayangan multimedia berkaitan sekolah yang telah
disediakan. Sama-sama kita saksikan.
UCAPAN YDP Hadirin sekalian, kita tiba ke sesi ucapan.
PIBG Sebagai pembuka sesi ucapan.
Majlis sukacita menjemput

Yang Berbahagia Dato’ Muzamir bin Mustafa,


YDP PIBG SM SAINS BANTING
untuk menyampaikan ucapan.

Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Dato’


atas ucapan yang diberikan.

TAKLIMAT Kita ke agenda seterusnya Kalau tuan pikat kenari,


DISIPLIN / HEM & Jangan patahkan batang jerami;
e-Wallet MyBASIS Kepada tuan salam diberi,
Mohon teruskan majlis kami.

Majlis menjemput Ustaz Mohamad Zaki bin Othman, PK Hal


Ehwal Murid SM Sains Banting untuk menyampaikan taklimat.

Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Mohamad Zaki atas


taklimat yang disampaikan sebentar tadi.

Hadirin, kita beralih ke sesi seterusnya iaitu Ucapan


UCAPAN TUAN
PENGETUA dan Amanat Tuan Pengetua....

Dengan itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan


Yang Berusaha, Encik Yusanizan bin Shafei,
Pengetua Sekolah Menengah Sains Banting,
untuk memberikan ucapan kepada ibu bapa dan para
pelajar tingkatan satu yang baru menjadi sebahagian
daripada warga SM Sains Banting.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

***********************************************************
Terima kasih diucapkan kepada tuan pengetua atas
UCAPAN sebentar tadi.

SESI SERAH Hadirin sekalian, kita sampai ke acara kemuncak iaitu


AMANAH
KEPADA sesi serah amanah.... untuk menyempurnakan acara
SEKOLAH ini... pihak majlis menjemput wakil ibu bapa untuk
mengetuai bacaan ikrar IBU BAPA...

Seterusnya, dipersilakan wakil ANAK untuk memimpin


bacaan ikrar....

PENUTUP Dengan berakhirnya sesi sebentar itu tadi, maka berakhirlah


majlis kita pada hari ini. Diharap para murid tingkatan satu
sesi 2023 dapat menempuh kehidupan baru bergelar murid-
murid Sekolah Berasrama Penuh dengan penuh iltizam
demi masa depan diri dan keluarga yang lebih baik, serta
bermatlamat besar....

SM Sains Banting tempat bertemu,


Tidak kira selatan mahupun utara;
Kita di sini mengumpul ilmu,
Generasi penggerak wawasan negara.

Majlis selepas ini akan berehat sehingga jam .... petang dan
kemudiannya akan diteruskan dengan pembelian barang-barang
di koperasi dan pengurusan di asrama.

Sekian.

Assalamualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai