Anda di halaman 1dari 3

TEKS PENGACARAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LADAP)

TAJUK : KEFAHAMAN TENTANG INTEGRITI DALAM DUNIA PENDIDIKAN


TARIKH : 12 OKTOBER 2020 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN AL-KHAWARIZMI , SMK MALIM
MASA : 2.15 – 4.40 PTG

1. Aluan Bismillah………..
( Pengcara Assalamualaikum W.B.T dan selamat petang.
mulakan ucapan
pukul 2.30 ptg) 1) Yang Berusaha, Puan Rosidah binti Harun
(Pengetua SMK Malim)

2) Yang Berusaha, Puan Hjh. Siti Zam binti Hj. Dahlan (Penolong
Kanan Pentadbiran)

3) Yang Berbahagia, PU MERICO BIN ACHENK ABDULLAH


(Penceramah Jemputan)

4) Barisan pentadbir, Guru Kanan Mata Pelajaran,rakan -rakan


guru serta Ahli Kumpulan Pelaksana yang dimuliakan .

Selamat datang ke Program Latihan dalam Perkhidmatan yang


julung-julung kali diadakan pada tahun ini. Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih atas kesudian semua guru dan AKP meluangkan
masa pada petang ini.

2. Bacaan doa Hadirin yang dimuliakan,


Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Bagi memberkati majlis pada hari ini, saya ingin menjemput Tn. Hj.
Azlan bin Mohd Yunus untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

1
BACAAN DOA

Amin-amin Ya Rabbal Alamin


Terima kasih diucapkan kepada Tn. Hj. Azlan bin Mohd Yunus atas
pimpinan bacaan doa itu tadi.

3. Bicara Ilmu oleh Hadirin yang sekalian,


penceramah
Jemputan Agenda pada petang ini akan diteruskan dengan sesi bicara ilmu
bertajuk “KEFAHAMAN TENTANG INTEGRITI DALAM DUNIA
PENDIDIKAN” yang akan disampaikan oleh penceramah yang tidak
asing lagi dalam kalangan warga Malim. Untuk itu, majlis menjemput
PU MERICO BIN ACHENK ABDULLAH tampil ke hadapan dan
memberi kupasan tentang tajuk ladap kita pada petang ini.

SESI BICARA ILMU

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada PU MERICO BIN


ACHENK ABDULLAH atas perkongsian yang sungguh bermakna
sebentar tadi.

Semoga segala saranan dan ilmu yang disampaikan sebentar tadi


dapat diambil iktibar seterusnya meningkatkan profesionalisme
masing-masing dalam menjalankan tugas yang diamanahkan demi
anak murid, bangsa dan negara.

4. Penyampaian Hadirin sekalian,


sijil
penghargaan Sebagai tanda kenang-kenangan, majlis ingin menjemput Pn.
dan bergambar Rosidah binti Harun (Pengetua SMK Malim) diiringi Pn. Hjh. Siti Zam
binti Hj. Dahlan (Penolong Kanan Pentadbiran) tampil ke hadapan
bagi menyampaikan sijil penghargaan kepada penceramah kita,
seterusnya merakamkan foto sebagai tanda kenang – kenangan.

5. Penutup Bunga seroja di atas para,


Jatuh ditimpa buah berangan;

2
Andai kata tersilap bicara,
Kemaafan jua kami pohonkan

Majlis pada petang ini telah sampai ke punghujungnya. Saya bagi


pihak majlis ingin memohon maaf atas segala kekurangan dan
kesilapan semasa mengendalikan majlis ini.

Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang telah menjayakan
dan memeriahkan majlis pada petang ini.

Sedikit kudap-kudapan telah disediakan. Jesteru, kami menjemput


PU Merico, barisan pentadbir, guru-guru kanan dan Jawatankuasa
Kelab Staf ke Bilik Mesyuarat bagi menjamu selera.

Sekian terima kasih.. Assalamualaikum WBT

Majlis bersurai..

Anda mungkin juga menyukai