Anda di halaman 1dari 3

PENGUMUMAN Pihak majlis mengalu-alukan ketibaan para hadirin sekalian ke Majlis Makan Malam,

SK DATO KLANA MAAMOR bagi tahun 2019


PEMBUKAAN Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....
MAJLIS
Seiring madah pantun bersambut
Manisnya senyuman secantik ratu
Mesra berdakap kasih terpaut
Persilakan tamu sambut di pintu
UCAPAN Yang berusaha Tuan Guru Besar
PROTOKOL Pn Hamidah Bt Othman

Yang dihormati
Pn. Suriawati Bt Mohd Sukri
Penolong Kanan Akademik dan Pentadbiran,

En Aino Azmi Bin Ismail,


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

En Mohd Hasley Bin Mohd Raus


Penolong Kanan Kokurikulum,

Rakan pendidik SKDKM


Guru-Guru KAFA SKDKM
Staf sokongan SKDKM,

serta hadirin hadirat yang dirahmati Allah.

Selamat datang ke Majlis Makan Malam SK DATO KLANA MAAMOR bagi tahun 2019.

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada Allah swt kerana dengan keizinanNya dapat
kita sama-sama berada dalam Majlis Makan Malam di Ballroom SK Dato Klana Maamor
yang serba nan indah pada malam ini.

Moga majlis ini dapat dijadikan wadah untuk kita bersatu , bekerjasama dan bantu-
membantu demi membangunkan dan memartabatkan SK DATO KLANA MAAMOR di
persada arus perdana kecemerlangan pendidikan negara.
BACAAN DOA Ilmu ibarat cahaya penyuluh
Berkatnya penuh dengan rahmat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon agar selamat

Dengan itu , majlis mempersilakan al-Fadhil Ustaz Razif untuk memimpin bacaan doa.
Majlis dengan hormatnya mempersilakan.....

Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ustaz Razif atas pimpinan
bacaan doa sebentar tadi.

Moga majlis ini dimulai dengan rahmat , pertengahannya barakah , dan disudahi
dengan keampunan , insyaallah.
UCAPAN Hadirin yang dihormati,
PENGERUSI TAK KAN SEMPURNA ALU TANPA LESUNGNYA
BAKES DAYUNG JUGA TIDAK BERGUNA TANPA PERAHUNYA…
TIDAK ENAK HIDANGAN TANPA PEMANISNYA….
TIDAK MOLEKLAH SEANDAINYA MAJLIS SEINDAH INI, TIADA YANG BERBICARA

Untuk itu, Majlis dengan segala hormat menjemput tonggak Utama kelab kebajikan
guru dan staf SK Dato Klana Maamor , Ustaz Razif bagi menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada ustaz Razif atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN GURU Hadirin yang dirahmati,
BESAR
Pergi ke kota beli selasih,
Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa.

Majlis dengan ini diteruskan lagi dengan mendengar ucapan daripada Tuan Guru Besar,
Pn Hamidah Bt Othman untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
majlis makan malam kita pada hari ini.

Terima kasih diucapkan kepada Tuan Guru Besar atas ucapan sebentar tadi.
UCAPAN PUAN Hadirin sekalian
SURYATI
Majlis makan malam pada malam ini bukan sahaja untuk berkumpul bersama-sama
bagi meraikan kejayaan kita pada tahun ini tetapi kita turut meraikan dua sahabat
pendidik kita yang akan menamatkan khidmatnya dalam bidang Pendidikan pada tahun
ini dan seorang lagi yang akan berpindah ke negeri Kelantan.

Untuk itu majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Suryati Bt Nordin
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada Puan Suryati atas ucapan itu tadi
UCAPAN PN Majlis turut menjemput Puan Rubiah Bt Mohd Noor untuk menyampaikan ucapan.
RUBIAH Dipersilakan

Terima kasih diucapkan kepada Puan Rubiah atas ucapan itu tadi

Buat Pn Suryati dan Pn Rubiah.


Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok Jangan rindu-rinduan.

JEMPUT Hadirin sekalian,


MAKAN
Cawan cerek sudah teratur
Pinggan mangkuk sudah terhidang
Hidangan juadah sudah terletak
Bersamalah duduk menjamu selera..

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan , guru-guru dan staf, serta para hadirin
menjamu selera . Dipersilakan..
(Jamuan makan….)

Jangan lupa Baca Doa Makan


CABUTAN Kalau dilipat sebesar kuku
BERTUAH Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Hidangan sudah dijamu. Makanan sudah dijamah.

Kini tibalah masanya untuk acara selingan Cabutan Bertuah. Untuk acara Cabutan
Bertuah ini , saya mempersilakan ………………………. untuk mengendalikannya.
TAMAT MAJLIS Hadirin, hadirat sekalian seperti kata orang lama,

Kok berkayuh dah sampai ke muara


Kok berenang dah sampai ke tepian
Kok berlari dah sampai ke garisan
Kok berjalan dah sampai ke penghujung...

Dengan kata-kata ini maka....Selesailah sudah Majlis Makan Malam SK DATO KLANA
MAAMOR BAGI TAHUN 2019

Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran tuan-tuan,
puan-puan, serta anak-anak ke Majlis Makan Malam yang diadakan pada malam ini.

Semoga pertemuan kita ini merupakan pertemuan yang diberkati dan dirahmati Allah.
Semoga perpisahan kita juga selepas ini sebagai perpisahan yang dipelihara daripada
mara bahaya dan keburukan.

Akhir kata, kami memohon maaf jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang
mengendalikan majlis ini. Yang baik itu datangnya dari Allah, yang buruk itu datangnya
dari diri saya sendiri.

Kami sudahi majlis dengan w.b.t wassalamualaikum warahmatullah hi wabaratuh.


Jumpa lagi
Dengan ini majlis bersurai.

Anda mungkin juga menyukai