Anda di halaman 1dari 3

MINIT MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA TAHUN 2O2O

SK DATO KLANA MAAMOR,SEREMBAN


TARIKH: 4 FEBRUARI 2020
HARI: SELASA
MASA: 2:30 PETANG
TEMPAT: BILIK GERAKAN
KEHADIRAN:
1. En. Ainol Azmi Bin Ismail- GPK HEM
2. Pn. Nor Zalilah Bt Aini- NYDP PIBG
3. Pn. Siti Muharyani Bt Ahmad.-Penyelaras Kantin
4. En Jefri Bin Jaafar- Pengusaha Kantin
5. Pn. Nor’Azah Bt Bagus
6. Pn. Norzila Bt Shamsudin
7. Pn Hafsah Bt Majid
8. Pn Tina Devi A/P Kumaresan
9. Pn Nazariza Bt Ahmad
Tidak hadir bersebab:
1. Pn Zaleha Bt Saleh
2. Pn Arfah Bt Zuki

1.0 UCAPAN ALUAN


1.1 GPK mengalu-alukan kehadiran NYDP PIBG, Pn Nor Zalilah Bt Aini,Pengusaha
kantin En Jefri Bin Jaafar dan semua guru ke mesyuarat kantin pertama bagi tahun
2020.
1.2 Beliau berharap pada tahun 2020 kantin SK Dato Klana Maamor lebih cemerlang
dan semua jawatankuasa kantin yang dilantik dapat memberi kerjasama yang baik
supaya pengurusan kantin dapat dilaksanakan dengan lebih baik.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LEPAS


Cadangan Oleh: Pn. Nor Azah Bt Bagus
Sokong Oleh: Pn. Nazariza Bt Ahmad

3.0 PERKARA BERBANGKIT


Tiada

4.0 PENGURUSAN KANTIN


4.1 Bangunan dan kemudahan kantin.
-GPK HEM memaklumkan bahawa bangunan kantin pernah mendapat peruntukan
penambahbaikan. Walaubagaimanapun kerja-kerja penambahbaikan hanya
melibatkan tampal dan cat sahaja. Masalah yang sepatutnya seperti masalah anai-
anai masih belum dapat diselesaikan.
-GPK HEM memaklumkan masih tiada penambahan untuk kerusi dan meja.
- Kedudukan tong sampah besar yang berhampiran dengan kantin terlalu hampir
adalah tidak sesuai dan boleh menimbulkan masalah seperti bau dan tikus. Walau
bagaimanapun Kawasan sekolah yang terhad menyebabkan sukar mengalihkan kan
tong tersebut.

Tindakan: Makluman
4.2 Pengendalian kantin

- GPK HEM memaklumkan setakat ini beliau berpuas hati dengan perjalanan
pengendalian kantin dan mohon agar terus dikekalkan.
- Kedudukan makan murid ketika waktu rehat mengikut kelas sepertimana yang
ditetapkan oleh guru besar berjalan dengan lancar tetapi ada menimbulkan
masalah seperti tidak cukup bangku untuk duduk memandangkan semua
berkumpul dikantin sehingga tamat waktu rehat. Gangguan pergerakan murid
agak lambat akibat ruangan yang terhad.
- Masalah perangkap lemak yang dihadapi oleh pengusaha kantin masih belum
dapat diselesaikan. GPK HEM memaklumkan pihak sekolah cuba ingin
mendapatkan hadiah dari kontrakator yang berjaya mendapat kontrak membaik
pulih kantin sekolah.
Tindakan: Makluman

4.3 Penjualan makanan

- GPK HEM memaklumkan penjualan makanan dan minuman tertakluk kepada


panduan pengurusan kantin tahun 2017.
- Dalam buku tersebut ada 230 menu yang disediakan untuk dijadikan panduan.
- Pihak Sekolah berharap agar kantin sekolah mengikut panduan tersebut dan
tidak lagi menjual makanan dan minuman yang tidak dibenarkan.
Tindakan: Makluman

4.4 Kawalan kebersihan makanan dan keselamatan kantin.

-GPK HEM memaklumkan bahawa guru bertugas akan memantau kebersihan


kantin.
- Mohon pengusaha kantin sentiasa memastikan kebersihan kantin terutama diruang
dapur, makan dan tandas.
-Jabatan kesihatan telah membuat lawatan dan alhamdulilah kantin telah mencapai
peningkatan dari gred B kepada A.
-GPK HEM memaklumkan alat pemadam api telah diselenggara dan diletakkan
dikantin.
-Pihak sekolah masih berusaha untuk menyediakan penutup longkang dikantin.
Tindakan: Makluman

4.5 Tender Kantin


-GPK HEM memaklumkan tender kantin adalah bermula dari tahun 2018 sehingga
tahun 2020. Sekiranya pencapaian kantin kekal A maka pihak sekolah berhak
mengekalkan dan menambah setahun lagi tempoh kontrak.
- GPK HEM memaklumkan sewa kantin masih kekal RM300 sebulan.
Tindakan: Makluman

4.6 Penilaian kendiri Kantin


-GPK HEM memaklumkan penilaian kendiri kantin masih diteruskan dan dibuat oleh
pengusaha kantin dan diserahkan kepada penyelaras untuk direkod oleh GPK HEM.
Tindakan: Makluman

5.0 KECERIAAN KANTIN

5.1 GPK HEM mengucapkan tahniah kepada pengusaha kantin kerana di atas usaha-
usaha keceriaan yang telah dijalankan pada awal tahun.
5.2 GPK HEM memaklumkan sekiranya memerlukan lagi penambahan poster pihak
sekolah akan mengusahakan untuk mendapatkan daripada jabatan.
Tindakan:
Makluman
6.0 HAL-HAL LAIN
6.1 Pengusaha kantin memaklumkan sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak
kantin agar segera dimaklumkan untuk ditambah baik.
Tindakan:
Makluman

7.0 PENUTUP
7.1 GPK HEM mengucapkan terima kasih di atas kerjasama semua pihak sehingga
mesyuarat selesai. Beliau berharap pihak pengusaha sentiasa berkerjasama dengan
pihak sekolah bagi memastikan prestasi kantin sekolah adalah sentiasa terbaik.
Mesyuarat ditangguh jam 3:30 petang

Disediakan oleh:

…………………………………………………………..
(PN.ZALEHA BT SALEH)
Setiausaha Unit Kantin

Anda mungkin juga menyukai