Anda di halaman 1dari 4

CONTOH TEKS REUNION

(ALUAN)
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke


____________________________________________________________

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan
bermula sebentar lagi.

Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Mengumumkan ketibaan Yang Diraikan ___________________________________.

Semua hadirin diminta berdiri.

Hadirin dipersilakan duduk.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Burung merbah di pohon cemara,
Majlis bermula tirai dibuka,
Assalamualaikum pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim....

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh, Salam Sejahtera


dan______________

Yang berusaha,
………………………………………………………………..

Yang dihormati,
…………………………………………………………………

Yang Dimuliakan
……………………………………………………………….

Yang Dikasihi
Rakan-rakan seperjuangan yang hadir pada hari ini.

Serta hadirin dan hadirat sekalian.


Selamat datang
ke……………………………………………………………………………….. Majlis
mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis ini.

Kuntum melati tumbuh melata


Burung merbah di pohon cemara
Assalamualaikum pembuka bicara
Selamat datang untuk semua

Hari ini memugal jagung


Hari esok memetik peria
Hari ini kita berkampung
Meraikan majlis penuh ceria

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan serta mengalu-alukan kehadiran


………………………………………………………………………………

Alhamdulilah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT , kerana dengan limpah dan
kurnianya, dapat kita bersama-sama berkumpul bagi menjayakan
majlis…………………………………………………..

( BACAAN DOA)
Awal bismillah menepek inai,
Inai ditepek terasa nyaman,
Mari berdoa beramai-ramai,
Supaya majlis di dalam aman.

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini dengan segala hormatnya di jemput
………………………….untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas bacaan doa
sebentar tadi.

( UCAPAN )

Sidang Hadirin Yang dimuliakan,

Kalau dilipat sebesar kuku,


Kalau dibentang seluas alam,
Yang jauh diimbau,
Yang dekat digamit,
Seuntai salam, sejambak kata,
Degup bicara merisik kata.

Embun menitik hamparan rumput,


Kekwa merimbun tepian melati
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

Sebagai pembuka persada ucapan ,pihak majlis dengan hormat dan sukacitanya
mempersilakan…………………………………………………………
ini untuk memberikan ucapan alu-aluannya.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas ucapan


……………………………………..

(UCAPAN PERASMIAN)
Hadirin yang dihormati,

Kini tibalah saat yang amat dinantikan oleh kita semua. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan untuk menyampaikan ucapan sekaligus merasmikan
Majlis

......“UCAPAN PERASMIAN”......

Majlis merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada


……………………………………..atas kesudian beliau memberikan ucapan dan
merasmikan Majlis …………………………………..

Bagi pihak majlis, di sini ada sedikit cenderahati daripada pihak penganjur sebagai
tanda ingatan daripada kami.

Dijemput …………………………………untuk menyampaikan cenderahati kepada


…………………………………………

Terima kasih diucapkan kepada pemberi dan penerima cenderahati.

Lebat rumbia di Sungai Kedah,


Sayang senduduk di tepi muara;
Penganan mulia terletak sudah,
Samalah duduk menjamu selera.

Terbang sekawan si burung merbuk,


Batang selasih di Tanjung Dara;
Padamu tuan kami persembah,
Santapan kasih juadah mesra.

Sungguh indah bunga kemboja,


Di bawah atap tepi halaman;
Juadah sudah letak di meja,
Sudilah santap tuan budiman

Hadirin dan hadirat sekalian,

( BACAAN DOA MAKAN)

Hadirin dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Selamat Menjamu


Selera.

AKTIVITI MAJLIS JIKA ADA


(susun ikut kesesuaian)

(Penutup Majlis)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada adirin dan hadirat sekalian atas
kesudian untuk bersama-sama menjayakan majlis pertemuan semula ini.

Kuning emas masaknya padi,


Mawar merah dalam jambangan,
Terima kasih daun keladi,
Diri kami ini dilupa jangan.

Hari ini bertanam jagung,


Hari esok bertanam serai,
Hari ini kita berkampong,
Hari esok kita bercerai.

Tuai padi antara masak,


Esok jangan layu-layuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Sekiranya terdapat sebarang kelemahan dan kekurangan dalam pengendalian


majlis pada hari ini, saya bagi pihak ahli jawatankuasa, dengan rendah hati
memohon ribuan ampun dan maaf. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Yang
Maha Esa dan yang buruk itu datangnya dari kami.

-Majlis Bersurai

Anda mungkin juga menyukai