Anda di halaman 1dari 7

TEKS PENGACARA MAJLIS

FORUM
BAJU MELAYU BERTEMU BAJU KURUNG

TARIKH : 31 MAC 2016


HARI : KHAMIS
TEMPAT : PENTAS UTAMA, KUO, UPSI
Masa Panduan Pengumuman
8.45pm Pengumuman Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Umum Hadirin sekalian,
Bagi memastikan majlis berjalan dengan lancar, hadirin diminta untuk mematikan atau
memastikan telefon bimbit anda berada dalam pengaturcaraan senyap.
Apabila diumumkan
ketibaan ........................................................................................................................................
..................................................................................................... ................................................
.. ...........
diiringi oleh dif-dif jemputan, hadirin diminta untuk berdiri.

Kerjasama hadirin amat dihargai.

9.00pm Ketibaan VIP Majlis mengumumkan


ketibaan ........................................................................................................................................
......................................................................................................................................................
..............diiringi oleh dif-dif jemputan masuk ke perkarangan majlis.
Nyanyian Lagu Mohon kerjasama semua hadirin untuk terus berdiri bagi menyanyikan lagu Negaraku dan
Negaraku & lagu Ibu Kandung Suluh Budiman.
Ibu Kandung
Suluh Budiman

Hadirin dipersilakan duduk.

Salutasi Bismillahirrahmanirahim...

Sirih Berlipat Sirih Pinang,


Sirih Dari Pulau Mutiara,
Pemanis Kata Selamat Datang,
Awal Bismillah Pembuka Bicara.

Baca SALUTASI yang disediakan.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera..


Bacaan Doa Hadirin yang dihormati,
Buluh Diasah Jalinan Di semat,
Gubahan Diolah Bawa Berangkat,
Bersama Kita Memohon Rahmat,
Moga Majlis Mendapat Berkat.
Bagi memberkati majlis kita pada malam ini, majlis dengan ini
menjemput ...................................................................................................................................
...................untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

Aamiin aamiin Ya Rabbalalamin..


Terima kasih diucapkan kepada .............................................................................................
atas bacaan doa sebentar tadi.
Semoga pertemuan kita pada malam ini dilimpahkan sepenuh keberkatan, manfaat dan
keceriaan.
Majlis Forum Hadirin sekalian,
Tak Molek Jika Ada Alu Tiada Lesungnya,
Tak Berguna Jika Ada Dayung Tiada Perahunya,
Tak Berkat Ilmu Tanpa Amalnya,
Tak Lengkaplah Majlis Jika Tiada Yang Berbicara.

Oleh itu, bagi tidak membuang masa, saya selaku pengacara majlis dengan ini menyerahkan
majlis ini kepada saudara ...
selaku moderator forum islamik kita pada malam ini yang bertajuk BILA BAJU MELAYU
BERTEMU BAJU KURUNG. Majlis dengan tazimnya mempersilakan.

Alhamdulillah, Terima kasih diucapkan kepada saudara moderator dan kedua-dua ahli panel
atas forum yang telah disampaikan sebentar tadi. InsyaAllah semoga segala ilmu yang telah
disampaikan dapat sama-sama kita amal dan sampaikan kepada orang lain.

Hadirin yang dikasihi,

Persembahan
Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati.
nasyid
Dipersilakan Saudari Natrah Khalilah Binti Lidzan untuk mengiringi Yang Berusaha Dr
Bazrul Bin Bahaman Pengetua Kolej Ungku Omar untuk menyampaikan cenderahati kepada
moderator dan ahli panel pada malam ini. Majlis mempersilakan..

Dipersilakan saudari Natrah Khalilah Binti Lidzan untuk menyampaikan cenderahati kepada
Yang Berusaha Dr. Bazrul Bin Bahaman.

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha Dr. Bazrul Bin Bahaman di atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

Hadirin sekalian,
Tanpa melengahkan masa, marilah kita berhibur dengan persembahan daripada kumpulan
nasyid .

Dipersilakan
Hadirin yang dihormati sekalian,
11.30pm Bersurai Dengan berakhirnya persembahan nasyid itu tadi, maka berakhirlah majlis kita pada malam
ini. Maaf sekiranya terdapat kekurangan daripada pihak kami dan kekhilafan sepanjang saya
mengendalikan majlis. Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang
lemah itu datang daripada pihak kami sendiri.

Sekian wabillahitaufiqwalhidayah.. assalamualaikum wbt.


Mengumumkan perarakan keluar dif-dif jemputan dari perkarangan majlis..

Anda mungkin juga menyukai