Anda di halaman 1dari 18

MENGUMUMKAN KETIBAAN ,YANG BERBAHAGIA.......................................................................... tunggu sehingga VVIP duduk di tempat masing-masing.

BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHHIWABARKAATUH, SELAMAT PAGI DAN SALAM PERPADUAN,SALAM SATU MALAYSIA. YANG BERBAHAGIA...................................................................................................... YANG BERUSAHA.......................................................................................................... MERANGKAP PENGERUSI JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON A DAN B NEGERI SARWAK. YANG BERUSAHA............................................................................................................. YANG BERUSAHA,ENCIK....................................................,WAKIL PEJABAT PELAJARAN NEGERI SARAWAK MERANGKAP PENYELARAS JAWATANKUASA INDUK PERTANDINGAN PIDATO PERINGKAT ZON A DAN B NEGERI SARAWAK BAGI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK. YANG DIHORMATI ,KETUA-KETUA PENOLONG PENGARAH, TETAMU-TETAMU KHAS, TETAMU-TETAMU JEMPUTAN ,GURU-GUTU PENGIRING, PESERTAPESERTA , TUAN-TUAN, PUAN-PUAN SERTA ADIK-ADIK PELAJAR YANG DI KASIHI SEKALIAN. ALHAMDULILLAH. BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH SWT KERANA DENGAN KEIZINANNYA DAPAT KITA BERSAMA-SAMA MEMERIAHKAN MAJLIS KITA PADA PAGI INI IAITU PERTANDINGAN PIDATOPERINGKAT ZON B BAGI NEGERI SARAWAK. DENGAN KESEMPATAN INI,MAJLIS MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG DAN MAJLIS AMAT MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN SEKALIAN DI DEWAN .....................................................................

UNTUK MAKLUMAN HADIRIN,PERTANDINGAN PIDATO ......................................,PERINGKAT ZON B INI TELAH MENERIMA SEBANYAK 14 PENYERTAAN DARI SEKOLAH-SEKOLAH DALAM ZON B YANG TERDIRI DARI BAHAGIAN SAMARAHAN, BAHAGIAN SRI AMAN, DAN BAHAGIAN BETONG.

HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN. DENGAN HARAPAN SEMOGA MAJLIS KITA PADA PAGI INI AKAN BERJALAN DENGAN LANCAR DAN AKAN LEBIH DIBERKATI ALLAH SWT,MAJLIS MENJEMPUT ............................................................UNTUK MENGETUAI BACAAN DOA. DENGAN SEGALA HORMATNYA DIPERSILAKAN. bacaan doa MAJLIS MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA..............................................UNTUK BACAAN DOA SEBENTAR TADI.

TUAN-TUAN DAN PUAN=PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,MAJLIS SETERUSNYA MENJEMPUT YANG BERBAHAGIA..........................................................................................UNTYK MENYAMPAIKAN UCAPAN PERASMIAN. DENGAN SEGALA HORMATNYA MAJLIS MEMPERSILAKAN YANG BERBAHAGIA. ucapan perasmian TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA YANG BERBAHAGIA...........................DI ATAS UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR TADI. SETERUSNYA MAJLIS MENJEMPUT YANG BERUSAHA,......................UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI KEPADA YANG BERBAHAGIA.................................. DIPERSILAKAN. penyampaian cenderahati TERIMA KASIH DIUCAPKAN. MAKA DENGAN INI,RASMILAH SUDAH PERTANDINGAN PIDATO ........................,PERINGKAT ZON B NEGERI SARAWAK. UNTUK TIDAK MELENGAHKAN MASA MAJLIS AKAN DISERAHKAN KEPADA.............................................SELAKU PENGERUSI PERTANDINGAN PIDATO KITA PADA PAGI INI. DIPERSILAKAN TUAN PENGERUSI. majlis diserahkan kepada pengerusi pertandingan. selepas majlis diserahkan semula kepada pengacara majlis TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA PENGERUSI MAJLIS,........................................ HADIRIN YANG DIHORMATI SEKALIAN,SEBENTAR LAGI KITA AKAN DIPERSEMBAHKAN DENGAN NYAYIAN LAGIU-LAGU PATRIOTIK YANG AKAN DIPERSEMBAHKAN OLEH KUMPULAN KOIR ..................................................DUA BUAH LAGU YANG AKAN DISAMPAIKAN IAITU..............................................DAN.......................DIPERSILAKAN. persembahan koir TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA KUMPULAN KOIR...............................DI BAWAH BIMBINGAN......................................... SEBAGAI TANDA PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ,MAJLIS BERBESAR HATI MENJEMPUT YANG BERUSAHA.........................................UNTUK MENYAMPAIKAN CENDERAHATI DARI PIHAK PENGANJUR.DIPERSILAKAN. DIJEMPUT PENYELARAS PERTANDINGAN PIDATO............................................PERINGKAT ZON A ,DARI JABATAN PELAJARAN NEGERI SARAWAK, ENCIK...................................................

SETERUSNYA CENDERAHATI KEPADA PANEL HAKIM. DIJEMPUT EN....................................... EN........................................ EN......................................... DAN EN......................................... SETERUSNYA PENYAMPAIAN SIJIL SIJIL PENGHARGAAN KEPADA GURU-GURU PENGIRING . DIJEMPUT(RUJUK SENARAI ) DAN PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN KEPADA PARA PESERTA. MENDAHULUI SENARAI DIJEMPUT (RUJUK LAMPIRAN) SETERUSNYA DI JEMPUT PEMENANG PERTANDINGAN PIDATO................................ PEMENANG TEMPAT KETIGA DIPERSILAKAN.................................................DARI SEKOLAH..........................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM 500 BERSAMA TROFI ,SIJIL PENYERTAAN DAN SEBUAH KOMPUTER RIBA. NAIB JOHAN DIPERSILAKAN ADIK..............................................DARI SEKOLAH.......................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI SEBANYAK RM 750 BERSAMA TROFI,SIJIL PENYERTAAN.SEBUAH KOMPUTER RIBA PERIBADI DAN SEBUAH KOMPUTER UNTUK PIHAK SEKOLAH. DAN JOHAN PERTANDINGAN PIDATO................................................TAHUN...................... TELAH DISANDANG OLEH ADIK............................................................DARI SEKOLAH..............................................................MEMBAWA PULANG WANG TUNAI RM1000 BERSAMA TROFI,SIJIL PENYERTAAN,SEBUAH KOMPUTER RIBA.SIMPANAN ASB RM 300.SEBUAH KOMPUTER UNTUK PIHAK SEKOLAH. TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PEMENANG DAN TAHNIAH JUGA KEPADA PESERTA-PESERTA YANG TELAH MENGAMBIL BAHAGIAN.TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA..................................................................ATAS PENYAMPAIAN HADIAH ITU TADI.

PARA HADIRIN YANG DIHORMATI. KINI TIBALAH MASANYA KITA KE KEMUNCAK ACARA BAGI MENYAKSIKAN YANG TERBAIK ANTARA YANG BAIK,YANG TERHEBAT DIANTARA YANG HEBAT.JUSTERU ITU,SAMA-SAMALAH KITA SAKSIKAN PERSEMBAHAN PIDATO DARIPADA JUARA KITA. TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA ADIK.................................................JUARA PERTANDINGAN PIDATO................................................................ TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHORMATI. KITA TELAHPUN BERADA DIPENGHUJUNG MAJLIS.DIKESEMPATAN INI ,MEWAKILI JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PIDATO,MEMOHON AMPUN DAN MAAF SEANDAINYA TERDAPAT KEKURANGAN SEPANJANG MAJLIS INI BERLANGSUNG.

SEKIAN TERIMA KASIH.

BAHAS ALA PARLIMEN: TEKS PENGACARA PERTANDINGAN AKHIR (MC FOR PARLIAMENTARY DEBATE)
Dari Dewan SMK St. Michael, Ipoh dengan bangganya kami bawakan pertandingan akhir bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara. Majlis mengalu-alukan kehadiran pasukan yang bertanding, para penyokong, tuan puan, saudara saudari hadirin yang dimuliakan. Sebelum majlis diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua Dewan Parlimen, terlebih dahulu marilah sama-sama kita mengikuti ucapan perasmian pembukaan pertandingan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara. Dengan segala hormatnya, Encik Phoon Chong Chee, Pengetua SMK ST. Michael, Ipoh, merangkap pengerusi pertandingan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya merasmikan majlis. (Cue: pengetua akan menyampaikan ucapan ringkas yang lebih kurang bunyinya: Selamat sejahtera, selamat pagi Terima kasih pengacara majlis. Tuan Haji Mohd Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMK St. Michael, Ipoh, dan pasukan beliau selaku urus setia pertandingan, guru-guru, peserta- peserta pertandingan yang memainkan peranan sebagai ahli-ahli Yang Berhormat, para penyokong, hadirin dan hadirat yang dimuliakan. Bagai pihak sekolah selaku tuan rumah, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan tuan puan dan pelajar sekalian dalam majlis pertandingan pusingan akhir bahasa ala parlimen zon 2 Kinta Utara pada pagi ini. Pertandingan koakademik seperti ini dapat mencapai objektif supaya bakat para pelajar dapat diasah dan digilap sebagai sebahagian proses pengalaman pembelajaran yang ditawarkan dalam sistem pendidikan negara. Kebolehan menampilkan diri di hadapan khalayak bagi menyampaikan hujah-hujah bernas secara beradab dan tertib ialah suatu usaha memupuk daya kepimpinan generasi muda dalam kalangan pelajar sekolah. Fasa persiapan yang dilalui oleh pasukan sekolah yang

mengambil bahagian merupakan prngalaman pembelajaran yang sangat berguna, serta tidak sama dengan proses-proses lain seperti membaca buku, atau sekadar mendengar pengalaman orang lain. Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam pertandingan ini, sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Kepada pasukan yang bertanding pada pusingan akhir pagi ini, saya mengucapkan selamat bertanding dengan penuh semangat kebahasaan. Bahasa jiwa bangsa, bahasa menunjukkan bangsa. Yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang molek itu budi, yang indah itu bahasa. Saya dengan sukacitanya merasmikan majlis. Terima kasih)

(Cue: Tunggu sehingga pengetua mengambil semula tempat) Terima kasih tuan pengetua. Bagi memulakan pertandingan, majlis diserahkan kepada Tuan Yang Dipertua persidangan bahas ala parlimen Zon 2 Kinta Utara, Saudara/i ...........................................................................

(Cue: Usai keputusan diumumkan oleh speaker, majlis diserahkan semula kepada pengacara)

Terima kasih Tuan Yang Dipertua Dewan Sidang Bahas Ala Parlimen Zon 2, Kinta Utara. Terukir indah lakaran meniti Pakaian bertatah bercekak mutiara Berakhir sudah debaran hati Penyampaian hadiah kemuncak acara Sebelum itu, mari kita ikuti terlebih dahulu ulasan oleh ketua hakim. Yang Arif Tuan / Puan ______________________________ dipersilakan. (Cue: Usai ucapan dan ketua hakim kermbali ke tempat duduk) Terima kasih tuan ketua hakim. Kini, acara penyampaian cenderamata dan hadiah. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan Tuan Haji Mohd Sidik bin Zakaria mengiringi Encik Phoon Chong Chee ke atas pentas. Dipersilakan.

(Cue: setelah Haji Sidik dan Encik Phoon bersedia, mulakan pengumuman) Sebagai menghargai jasa baik dan pertolongan yang dihulurkan oleh para hakim yang arif lagi bijaksana, majlis menyampaikan cenderamata kenang-kenangan. Diersilakan: Ketua Hakim, Tuan / Puan _____________________________________________ Hakim, Tuan / Puan __________________________________________________ Hakim, Tuan / Puan __________________________________________________ (Cue: selesai penyampaian cenderamata hakim)

Pembahas terbaik pusingan akhir bahasa ala parlimen zon 2 Kinta Utara (cue: berhenti sejenak): Saudara / saudari ___________________________________ _________________________ dari SMK

Naib Johan pertandingan puisi pertandingan bahasa ala parlimen Zon 2 Kinta Utara jatuh kepada SMK __________________________________________. Dipersilakan anggota pasukan menerima hadiah dan sijil penyertaan. (Cue: usai naib johan mengambil hadiah) Johan pertandingan bahas ala parlimen Zon _____________________________________________ Dipersilakan Guru pengiring dan anggota pasukan. (Cue: Usai penyampaian hadiah) Terima kasih Tuan Haji Sidik dan Encik Phoon. Tahniah kepada pasukan yang bertanding. Sebelum mengundur diri, saya bagi pihak majlis menyusun sepuluh jari memohon maaf atas segala salah dan silap sepanjang majlis ini berlangsung. Sekian. (Wabillahi taufiq wal hidayah. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh). Terima kasih dan jumpa lagi... 2, Kinta Utara: SMK guru pengiring dan

Mengumumkan ketibaan tetamu kehormat Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh dif-dif kehormat. Majlis dimulakan dengannyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah. Hadirin diminta berdiri. Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang, Awal Bismillah pembuka bicara. Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan Yang Berbahagia, Dato Mohd Nasir bin Ahmad Presiden Staroba Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG, STAR Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, Pengetua Cemerlang STAR Dif-dif kehormat, AJK STAROBA, AJK PIBG, pegawai-pegawai kementerian, para ibu bapa, guru-guru seterusnya anak-anak pelajar yang dikasihi sekalian. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan lizin kasih-NYA, kita dapat berkumpul di dewan sekolah yang bersejarah ini bagi menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang STAR kali ke 51 bagi tahun 2011. Majlis merakamkan setingggi-tinggi ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat kita pada hari ini Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan kerana sudi hadir dalam majlis Hari Anugerah Cemerlang STAR pada tahun ini. Selamat datang juga diucapkan kepada semua tetamu, ibu bapa serta hadirin-hadirat sekalian. Semoga dengan kehadiran semua, maka majlis ini lebih bermakna dan berseri. Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat. Untuk itu, majlis mempersilakan Al Fadhil Ustaz Imran bin Jemain untuk meminpin bacaan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al Fadil Ustaz Imran bin Jemain atas bacaan doa sebentar tadi. Pakaian dipakai cantik berseri, Majlis keraian kita semua, Majlis kita takkan berseri,

Tanpa persembahan multimedia

Hadirin yang dihormati, Marilah sama-sama kita saksikan persembahana multimedia. Untuk makluman semua, persembahan multimedia sebentar tadi, merupakan ilham kreatif pasukan Briged Bestari STAR dibawah bimbingan Encik Abdul Rahman bin Rashid. Tak molek, jika ada alu tida lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah majlis jika tiada yang berbicara Tirai ucapan pada pagi ini, dimulakan dengan ucapan dan laporan Pengetua Cemerlang STAR. Untuk itu, Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan. Majlis merakamkan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim, atas kesudian menyampaikan ucapan sebentar tadi. Hadirin dan hadirat yang dihormati, Kini tibalah kita kepada acara yang dinantikan iaitu ucapan daripada tetamu kehormat. Bertonggak adat, yang datang disambut, yang pergi diringi, maka majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Anugerah Cemerlang STAR kali ke-51 bagi tahun 2011. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan atas ucapan serta perasmian majlis Hari Anugerah Cemerlang sebentar tadi. Setrusnya majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan tetamu kehormat kita diiringi oleh tuan pengetua untuk memukul gong sebagai simbolik perasmian Hari Anugerah Cemerlang 2011. Dipersilakan. Kini, tibalah kita ke acara penyampaian anugerah kepada para pelajar dan guru-guru yang telahpun menyumbang kepada kecemerlangan bidang akademik Sekolah Tuanku Abdul Rahman. Bagi menyempurnakan upacara ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid, Yang Dipertua PIBG STAR diiringi oleh Penolong Kanan HEM untuk menyampaikan anugerah kepada pelajar-pelajar dan guru-guru Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Ahmad Hamdan bin Abdul Hamid atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi.

Penyampaian anugerah diteruskan lagi dengan sesi yang ke dua. Untuk itu majlis memepersilakan Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad, Presiden STAROBA diiringi oleh Dr Mior Hamdan bin Haji Ghazali, Penolong Kanan STAR untuk menyempurnakan upacara penyampaian anugerah. Dipersilakan. Majlis merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato Mohd Nassir bin Ahmad atas kesudian menyempurnakan upacara oenyampaian anugerah sebentar tadi. Adat tuan adat berserah Mari datang membawa puan Adat bersirih adat sejarah Untuk tuan kami sembahkan Majlis penyampaian anugerah berhenti rehat seketika bagi member laluan kepada persembahan pelajar. Persembahan pertama merupakan persembahan Choral Speaking para pelajar Tingkatan 1 hingga tingkatan 3. Mankala persembahan kedua merupakan nyanyian lagu memeperoleh tempat ke dua dalam pertandingan lagu Perancis sempena Hari Kebudayaan Bahasa Perancis SBP. Beliau juga telah diberi penghormatan untuk menyanyikan lagu Perancis di hadapan duta Perancis barubaru ini. Hadirin sekalian, sama-sama kita saksikan persembahan dari para pelajar sekolah Tuanku Abdul Rahman. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada kumpulan choral speaking dan nyanyian solo lagu perancis sebentar tadi. Untuk makluman semua, persembahan persembahan tadi dibimbing oleh Puan Faizah Ismail, Cik Norhasliza Abdul Hamid dan Cik Norhidayah Abdullah. Majlis pada pagi ini diteruskan dengan upacara penyampaian anugerah bagi sesi ke tiga. Untuk itu, majlis dengan penuh takzimnya, mempersilakan Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah, Pengarah Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlangan diiringi oleh Tuan Pengetua, Tn Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan anugerah. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Seterusnya, majlis mempersilakan Pengetua Cemerlang STAR, Tuan Haji Abdul Hashim bin Abdul Karim untuk menyampaikan cenderamata daripada pihak sekolah kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah. Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Puan Ashah binti Samah atas kesudian menyampaikan anugerah sebentar tadi. Tahniah dan syabas diucapkan kepada pelajar-pelajar dan panitia yang menerima anugerah pada hari ini. Semoga kejayaan ini menjadi pendorong untuk anda terus cemerlang dalam bidang masing-masing. Hadirin sekalian, kita telah pun berada di penghujung acara Gugur menguning buah kuini,

Menghijau pohon subur dibaja, Majlis kita berakhir di sini, Salah dan silap lupakan saja Sebarang kelemahan harap dimaafi Segala kerjasama sangat dihargai Terima kasih sekalung budi Kenangan nan indah simpanlah di hati Semoga kita berjumpa lagi. Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Hari Anugerah Cemerlang kali ke-51 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini. Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis untuk Majlis Perasmian Rumah Tetamu STAR. Sekian, wabillahitaufik, walhidayah. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh

TEKS PENGACARA PERTANDINGAN PUISI DAN LAGU DAERAH KINTA UTARA ZON 2 dewan smk st Michael, ipoh 2 april 2010 Cue A Cue B setelah mendapat isyarat guru kanan bahasa, pengacara mengumumkan Acara pertandingan akan dimulakan sebentar lagi. Para peserta dan tetamu dipersilakan mengambil tempat. Terima kasih. Setelah keadaan tenteram, dan sekali lagi mendapat isyarat guru kanan bahasa Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, selamat sejahtera. Salam puisi dan lagu! Bagi pihak jawatankuasa pertandingan puisi dan lagu zon 2 daerah Kinta Utara, saya dengan sukacitanya mengalu-alukan kehadiran tuan puan, dan saudara saudari ke dewan SMK St Michael, Ipoh ini. Moga kehadiran anda semua bakal mengakrabkan hubungan sesama kita warga sekolah zon 2 Daerah Kinta Utara. Di samping bersaing secara sihat, aktiviti seumpama ini juga berupa proses pembelajaran sebagai persediaan pelajar menempuh kehidupan sosial dan rasmi pada masa hadapan dengan lebih yakin, insya-Allah. Saya, dan rakan pengacara . memohon untuk memulakan acara pertandingan. Yang Berusaha Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh, Encik Mohamad Sidik bin Zakaria, Guru Kanan Bahasa SMI merangkap penyelaras pertandingan, hakim pertandingan, guru, peserta, dan seterusnya hadirin yang dimuliakan. Sebagai pembuka kata majlis pertandingan, saya dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Poon Chong Chee, Pengetua SMK St Michael, Ipoh

Cue B

selaku tuan rumah menyampaikan sepatah dua kata aluan. setelah selesai ucapan pengetua, tunggu hingga pengetua mengambil tempat Terima kasih Encik Poon Chong Chee. Sebelum pertandingan bermula izinkan saya membacakan peraturan pertandingan. Setiap pasukan tidak melebihi enam orang, dan puisi yang dilagukan hendaklah karya asli pelajar berkenaan. Tema yang ditetapkan ialah "", "", dan "..", dan peserta dibenarkan memilih salah satu daripada tiga tema yang disebutkan. Seyogia diingatkan bahawa perkara sensitif seumpama agama, budaya dan kaum perlu dielakkan. Puisi dideklamasikan oleh seorang pelajar sahaja dengan iringan muzik secara langsung (live). Melodi juga merupakan karya asli pasukan. Seterusnya puisi yang sama akan dinyanyikan secara solo (individu) atau berkumpulan, dengan iringan muzik oleh ahli kumpulan yang sama, tanpa menambah, atau mengurangkan perkataan daripada puisi asal. Sebagai makluman, alat muzik iringan yang digunakan mestilah alat muzik akustik, yakni tanpa elektrik (unplug) Penggunaan masa bagi kedua-dua aktiviti ialah 6 minit. Setiap satu minit yang lebih akan dipotong 2 markah. Persembahan bagi kedua-dua aktiviti ialah 8 minit. Masa dikira setelah peserta mengambil tempat di atas pentas dan memulakan persembahan. Giliran peserta adalah berdasarkan undian yang telah dibuat. Saya dengan ini menjemput para hakim pertandingan, dan penjaga masa mengambil tempat. Dijemput. Setelah hakim dan penjaga masa mengambil tempat Izinkan saya memperkenalkan tiga orang panel hakim pertandingan. Yang pertama, ...selaku ketua hakim. Kedua,.. ... Ketiga, ... Keputusan hakim adalah muktamad, dan sebarang bantahan tidak dibenarkan. Penjaga masa pertandingan ialah _________________________________. Setelah cukup tempoh masa yang diperuntukkan, penjaga masa akan menekan loceng sebanyak dua kali. Setelah penjaga masa menekan loceng dua kali sebagai contoh Pertandingan Puisi dan Lagu Peringkat Zon 2 Sekolah Menengah Daerah Kinta Utara tahun 2010 dimulakan dengan menjemput peserta pertama dari SMK ___________________________________ Selesai persembahan peserta pertama, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Demikian persembahan penuh kreativiti peserta pertama. Seterusnya majlis mempersilakan peserta kedua dari SMK _____________________________________ Selesai persembahan peserta kedua, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Terima kasih. Satu persembahan yang mengkagumkan. Kini tiba giliran peserta ketiga. Peserta dari SMK _______________________________________ dijemput Selesai persembahan peserta ketiga, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Selain terhibur, persembahan peserta ketiga sebentar tadi menampilkan mesej untuk direnungkan. Nampaknya saingan kian hangat. Hadirin hadirat. Mari kita tumpukan

A Cue A

Cue A

Cue A

Cue B

Cue B

perhatian terhadap persembahan peserta keempat ___________________________________________________

dari

SMK

Cue A Cue A

Cue

Selesai persembahan peserta keempat, dan mereka selamat turun pentas. Tunggu isyarat ketua hakim sebelum menyambung pertandingan Terima kasih peserta keempat yang merupakan peserta terakhir Selesai persembahan peserta terakhir, dan mereka selamat turun pentas. Dengan berakhirnya persembahan peserta keempat. debaran kian memuncak. Peserta manakah yang akan menyandang gelaran johan pertandingan puisi dan lagu Zon 2 sekolah menengah daerah Kinta Utara tahun 2010? Pasukan manakah yang bakal membawa pengiktirafan berupa sijil daripada Pejabat Pelajaran Daerah? Penglibatan dan pencapaian yang tercatat ialah tanda penyertaan dalam aktiviti kokurikulum peringkat zon. Kita beri masa kepada panel hakim untuk memuktamadkan keputusan. Sementara itu kesempatan masa yang ada boleh digunakan untuk berinteraksi dan bertanya khabar dengan para peserta yang hebat-hebat belaka. Muzik instumental (cd) dimainkan Setelah hakim menyerahkan keputusan pertandingan, muzik instrumental dihentikan

Cue B

Kini tiba detik yang dinantikan, iaitu pengumuman keputusan yang sudah pun berada di tangan pengacara. Sebelum pemenang diisytiharkan, bagi pihak majlis saya dengan sukacitanya mempersilakan Encik Mohamad Sidik bin Zakaria mengiringi Pengerusi Jawatakankuasa Pengelola Pertandingan, Encik Poon Chong Chee naik ke pentas bagi menyempurnakan penyampaian cenderamata dan hadiah. Tunggu hingga pengetua, En Sidik, dan pembawa dulang sijil mengambil tempat Tanpa para hakim yang bijaksana, sesuatu pertandingan tidak akan dapat dijalankan. Sebagai menghargai kesudian mereka meluangkan masa, pihak penganjur menyediakan oleh-oleh yang tidak sepertinya. Dipersilakan ... Terima kasih daun keladi. Jika diundang, harap datang lagi. Selesai penyampaian sagu hati kepada hakim, dan mereka selamat turun pentas Debaran peserta bakal bertemu titik noktah. Diumumkan pemenang ketiga jatuh kepada peserta dari SMK _________________________________________________ Dipersilakan naik ke pentas. Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang ketiga, dan mereka selamat turun pentas Pemenang kedua jatuh kepada SMK ________________________________________ Syabas. Dipersilakan. Selesai penyampaian hadiah kepada pemenang kedua, dan mereka selamat turun pentas Johan pertandingan puisi dan lagu peringkat zon 2 sekolah menengah daerah Kinta tahun 2010.. SMK _______________________________________________ Selesai penyampaian hadiah kepada johan , dan mereka selamat turun pentas

Cue A

Cue B

Cue A, B Cue

Cue B

Terima kasih Encik Poon, dan Encik Sidik. Tahniah kepada semua pemenang, dan tahniah juga kepada peserta yang lain yang telah berusaha gigih dan memberi saingan. Jadikan pengalaman ini satu kenangan manis yang pernah kalian lalui. Setelah En. Poon dan En Sidik mengambil tempat

Majlis berakhir di sini. Bagi pihak majlis dan Jawatankuasa Pengelola pertandingan, saya memohon maaf andainya terdapat kesilapan dan kekurangan yang berlaku. Seterusnya saya dengan sukacitanya menjemput para tetamu, hakim, guru pengiring, dan peserta menikmati kudapan. Wassalamu alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Hingga jumpa lagi.

Selamat pagi. Kita kembali ke segmen Teks Pengacara majlis. Kali ini Imanshah nak kongsikan teks pengacara Majlis perkahwinan yang pernah diacarakan oleh Imanshah untuk dijadikan panduan buat semua pengacara majlis. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat.
1 KETIBAAN MEMPELAI DIIRINGI PALUAN KOMPANG Diiringi paluan kompang, berjalan masuk ke Dewan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi menawan, pasangan Raja Sehari; Nor Zafina bt Mohd Zamin dan Mohd Suffian b Zamali Anak Cina memasang lukah Lukah dipasang di Tanjung Selasih Pasangan pengantin segak melangkah Mara menuju mahligai kasih 8.30 p.m

Panas kering siapakan tahu Hujan rintik di Pulau Pandan Berjalan seiring bersentuh bahu Samalah cantik samalah padan

MEMPELAI BERADA DI PENTAS Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara Yang berbahagia, Tan Sri-tan Sri, Puan Sri-puan sri, dato-dato, datin-datin, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin sekalian, bagi pihak keluarga Tn Haji Mohd Zamin bin Kamaruzaman dan Puan Hajah Noraini bt Ahmad, saya ingin mengalu-alukan kehadiran semua tetamu jemputan pada malam ini. Sesungguhnya kehadiran para tetamu sekalian amatlah bermakana dan dapat menyerikan majlis kita pada malam ini.

BACAAN DOA DAN SELAWAT Burung Nuri hinggap di balai Balai seri buatan Pak Tua Tempat berehat rakan dan taulan Duduk tersenyum kedua mempelai Menadah tangan memanjatkan doa Moga jodoh sentiasa berkekalan

Dengan itu, bagi memohon majlis ini diberkati dan dirahmati Allah, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh .. Terima kasih diucapkan.

UPACARA MERENJIS Dengan Bismillah kami mulai, Tepung tawar si tepung jati, Dengan takdir Iiiahi Rabbi, Minta berkat dua sejoli.. (tepung tawar) Senarai daripada kelauraga pengantin

MAKAN BERADAB Majlis diteruskan dengan acara makan beradab Untuk itu dipersilakan pasangan pengantin kita untuk bergerak ke meja utama untuk upacara makan beradab.

Semerbak bunga seroja Dibelai dara pingitan Lauk pauk penuh semeja Jemput mempelai menikmati hidangan

JAMUAN MAKAN MALAM DIMULAKAN Saya kira para tetamu juga sudah tidak sabar menikmati hidangan di depan mata. Untuk itu hadirin sekalian, silalah menjamu selera, usah malu, usah segan, tak cukup sepinggan, kita minta nasi tambahan. Dipersilakan semua

NYANYIAN MC berbual2 Hadirin sekalian, sebagai halwa telinga serta memeriahkan lagi dengan penyanyi Majlis Perkahwinan kita pada hari ini, saya nak mempersilakan dan menjemput seseorang. Pada malam ini kita akan dihiburkan dengan beberapa penyanyi menyanyi buah lagu pengantin dan lagu-lagu cinta dari ........................................ khusus untuk pasangan mempelai. Sama-sama kita saksikan.

UCAPAN Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara Dengan itu, Majlis ingin mempersilakan Tuan Haji Mohd Zamin bin kamaruzzaman, ayahanda pengantin perempuan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Kepada pasangan pengantin, itulah sebentar tadi luahan rasa hati daripada ayahanda tercinta mendoakan agar ikatan yang terbina akan sentiasa diBerkati dan diRahmati Allah S.W.T. Aduhai zafina dan juga Suffian Janganlah risau jangan gundah, Ambik senang ambik mudah Pesan tok imam dalam khutbah nikah, Sentiasa waras dalam susah Jgn seperti retak menunggu belah Rahsia di rumah jgn di bawa ke tanah Didengar org jadi fitnah Byk sabar byk tabah InsyaAllah rukun damai serumah-rumah.

PERTUNJUKAN SENI SILAT Majlis diteruskan lagi dengan persembahan seni silat oleh

PERSEMBAHAN TARIAN TRADISIONAL Bersarang merbah di Kuala Langat Manis madunya pabila dimakan Suasana meriah bertambah hangat Tarian tradisional kami persembahkan

10

PERSEMBAHAN CD Orang jauh dikenang-kenang Hanya terkenang pada yang satu Mula berkenalan kemudian bertunang Akad dilaksana sama bersatu

Hadirin sekalin, suka duka, kasih-cinta, pahit manis waktu berkasihan dan diijabkabulkan ingin dikongsi oleh pasangan mempelai, buat sekalian yang hadir. Sama-sama kita saksikan persembahan multimedia.. 11 UPACARA MEMOTONG KEK Hadirin yg dimuliakan, agenda majlis diteruskan ke upacara memotong kek selamat pengantin baru. Dipersilakan kedua mempelai berangkat ke sudut kiri pentas utk upacara memotong kek...

12

BERSURAI Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi Tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh keberkatan ini. Tuan puteri tersenyum-senyum Melihat laksamana bermain rodat

Senyum-senyum jangan tak senyum Sudah sempurna segala adat Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali Sekian, Wabillah hitaufiq walhidayah. Wassalamualaikum W.B.T

Sutera indah dari kayangan, bagai rembulan di lamar bintang, bulan oktober bulan bahasa kebangsaan bahasa disemai bangsa dijunjung. Sutera indah dari kayangan, bagai rembulan dilamar bintang, sungguh indah bahasa kebangsaan, harta tinggalan terus dijuang. Sutera indah dari kayangan, bagai rembulan dilamar bintang, berseni tinta dalam karangan, bukti indah bahasa terbilang Sutera indah dari kayangan Bagai rembulan dilamar bintang Bulan Bahasa lambang kemegahan Pemangkin utama masyarakat terbilang Sutera indah dari kayangan , bagai rembulan dilamar bintang, Walau jauh nun di rantauan, bahasa melayu tetap ku tatang Sutera indah dari kayangan, bagai rembulan dilamar bintang, bulan Oktober bulan Bahasa Kebangsaan, bahasa turun temurun yang disanjung Sutera indah dari kayangan, bagai rembulan di lamar bintang, bahasa melayu jadi junjungan, menjadi kebanggaan namanya di julang. Semua pantun ini saya ambil dari laman facebook hotfm yang mencari pantun hebat sempena bulan bahasa kebangsaan iaitu sepanjang bulan oktober ini. Dengan pembayang sutera indah dari kayangan, bagai rembulan dilamar bintang dan sambungkan pelengkap. Versi saya, Sutera indah dari kayangan, bagai rembulan dilamar bintang, ku sanjung budimu bulan bahasa kebangsaan, tanpamu hilang warisan ilmu zaman mendatang.

Anda mungkin juga menyukai