Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis

Sambutan hari raya parlimen parit sulong

Sebelum Majlis Bermula

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt, salam 1 Malaysia. Salam 1 kemas dan salam muafakat
Johor.

Yang di hormati puan sarifah binti wahid penyelia kanan kemas parlimen parit
sulung,
Yang di hormati puan

Yang berusaha puan noraidah binti tukiman selaku penyelia pendidikan awal kanak-
kanak parlimen parit sulung .

Penyelia-penyelia pelbagai jurusan, pemaju-pemaju masyarakat pelbagai jurusan


dan hadirin hadirat sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Tuan-tuan dan para hadirin yang dihormati sekalian.

Buat ketupat bersama rendang


Dihidang bersama dengan serawa
Saya bagi pihak majlis mengucapkan selamat datang
Meraikan tetamu sepenuh jiwa

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua

para hadirin kerana sudi hadir ke majlis sambutan hari raya parlimen parit sulong

dan meraikan bakal haji yang diadakan pada petang ini.


Majlis pada petang ini dimulakan dengan marhaban dari kumpulan zon
........................... yang akan dipimpin oleh
.............................................Dipersilakan:

Selawat dilafazkan sudah;


Mohon berkat dari yang esa;
Moga majlis berseri indah;
Dapat bertemu menjalin mesra.

Majlis mengucapkan terima kasih kepada kumpulan dari


zon. Dan keikhlasan tuan-tuan dan puan-puan
bermarhaban sebentar tadi.

Bagi memberkati majlis kita pada petang ini, majlis menjemput


. selaku
bagi mengetuai
bacaan doa. Dipersilakan.

AminAmin Ya Rabbal Alamin


Terima kasih diucapkan kepada . di atas
bacaan doa sebentar tadi.

Hadirin sekalian,

Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput dan mempersilakan


puan
untuk memberikan ucapan alu-aluan.

Majlis dengan hormat nya mempersilakan.

***************
Majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.
Bagi meneruskan atur cara kita pada hari ini, majlis menjemput dan mempersilakan
Puan. selaku
penyelia untuk
menyampaikan ucapannya dan seterusnya merasmikan Majlis sambutan hari raya
parlimen parit sulong dengan penuh takzim mempersilakan puan.

Terima kasih diucapkan kepada


Puan di atas kesudian
menyampaikan ucapan itu tadi

Sepertimana kita sedia maklum, majlis ini turut meraikan 2 orang bakal tetamu
ALLAH yang akan menunaikan ibadah Haji pada tahun ini iaitu Puan Sarifah binti
wahid penyelia ................................................................. dan Puan bahiyah binti rani
.............................................. majlis mempersilakan puan
__________________________________(salah seorang) sebagai wakil untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan.

***************
Terima kasih diucapkan kepada
Puan di atas kesudian
menyampaikan ucapan sebentar itu tadi. Kita bermohon kepada Allah s.w.t agar
puan sarifah dan puan bahiyah diberikan kesihatan yang baik, kekuatan untuk
melakukan ibadah haji yang sempurna hingga beroleh yang mabrur. insyallah

Majlis diteruskan dengan sesi penyampaian cenderahati.


Dijemput puan ..................................................... untuk menyampaikan cenderahati
kepada bakal-bakal haji.
Dipersilakan bakal haji iaitu puan ...................................................................... untuk
menerima cenderahati.
Seterusnya dipersilakan bakal haji iaitu puan
........................................................................ untuk menerima cenderahati.
Terima kasih diucapkan kepada puan
...................................................................................di atas penyampaian
cenderahati itu tadi.

Para hadirin yang dihormati sekalian, majlis diteruskan lagi dengan jamuan Hari
Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu jemputan dipersilakan menikmati
juadah dan hidangan yang telah disediakan.
Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian


Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan

Sekian wabillahi taufik wal hidayah wassala mualaikum, w.b.t dan Jemput tuan-tuan
dan puan-puan semua hadirin untuk menikmati hidangan.

Anda mungkin juga menyukai