Anda di halaman 1dari 1

UCAPAN PENGERUSI KELAB STAFF

Terima kasih saudari pengacara majlis.


Bismillahirrahmanirrahim,
Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera.

Yang berusaha,
En Kasbulah Mangun,
Guru Besar SK Pekan Putatan,

Yang dihormati ,
Barisan Penolong Kanan SK Pekan Putatan,

Rakan- rakan guru, staff sokongan, serta hadirin & hadirat sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan
Taufik dan Inayahnya dapat kita berkumpul dalam Majlis Makan Malam Sekolah Kebangsaan Pekan
Putatan tahun ini.

Mencari timba si anak dara,


Di bawah sarang burung tempua;
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Si adik manis memakai abaya,


Si abang hensem dari Mesir,
Semua tetamu segak bergaya,
Bertemakan malam di padang pasir.

SELAMAT DATANG saya ucapkan kepada semua ahli Kelab Staff yang hadir pada malam ini.
Semuanya kelihatan cantik dan segak bergaya bersesuaian dengan tema kita iaitu ARABIAN NIGHT:
1001 Malam. Saya amat berbesar hati dengan kehadiran guru-guru dan staff sokongan semua dan
berharap agar kita semua dapat bergembira sambil menjamu juadah yang enak malam ini. Malam ini
juga kita akan disajikan dengan beberapa aktiviti santai untuk kita bergembira, disamping
mengeratkan lagi silaturahim antara kita.

Hadirin dan Hadirat sekalian,


Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada semua AJK
MAKAN MALAM SKPP ini sama ada secara langsung mahupun tidak kerana telah bertungkus-lumus
menjayakan majlis kita malam ini. Tanpa kalian, majlis ini sudah semestinya tidak akan sehebat
malam ini. Tahniah & Syabas saya ucapkan!

Akhir sekali, saya juga ingin memohon kemaafan seandainya majlis ini ada kurangnya. Yang buruk
datangnya dari pihak kami dan yang baik sudah semestinya dari Allah SWT.

Sekian saya sudahi dengan wabillahi taufik wal hidayah wassalamualaikum warah matullahi
wabarakatuh. Terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai