Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacaraan Majlis Syukuria Aidilfitri

PERKARA SKRIP
MAKLUMAN Assalamualaikum dan selamat pagi.
(Nurin) Hadirin dan hadirat sekalian.

Untuk pengetahuan semua, majlis akan bermula sebentar lagi, oleh itu dipersilakan
kepada semua guru, murid-murid dan tetamu yang hadir untuk berada di Dewan Sri Jaya
dengan kadar segera.

*Saya ulangi* *ulang 2 kali*

Kerjasama anda semua amatlah diperlukan agar majlis kita pada hari ini dapat
berlangsung mengikut masa yang telah dirancangkan.

Sekian terima kasih


PENDAHULUAN Bismillahirrahmanirrahim. Alhamdulillahi rabb al-alamiin wassolatu wasala mu ‘ala
(Lily) ‘asrofil anbiyaa e walmursalin, wa’alaa aaa lihi wasohbihi ajmaeeen. Rabbishrohli sodri,
wayassirli amri, wahlul uqdatan minlisaani yafqohuu qauli… Assalamualaikum, salam
sejahtera, salam Malaysia Madani dan salam syukuria aidilfitri.

Yang berusaha Puan Siti Jubaidah Hj Karia, Pengetua SMK Kota Klias Beaufort

Yang dihormati Puan Rashidah Elfha Bistamee, Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Kota
Klias

Yang dihormati En Nordin Ahmad, Penolong Kanan Pentadbiran

Tuan Hj Rosland Salleh, Penolong Kanan Ting 6,

Pn Rashidah Sagap, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn Siti Huzaimah Hakim, Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan ketua bidang, Barisan pendidik dan AKP, Para ibu bapa dan penjaga dan Para
pelajar yang dikasihi sekalian.

WELCOME Wajik dodol tradisi kita,


(Nurin&Lily) Ketupat rendang pembuka selera;
tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhuwah terjalin mesra
pergi ke kedai membeli halia,
terlihat laman adanya cinta;
ziarah menziarahi amalan mulia;
eratkan hubungan antara kita

Hadirin dan hadirat yang dihormati, Ke Hadrat Allah jua segala pujian kami panjatkan,
kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya, membolehkan kita berkumpul pada pagi
jumaat yang barokah ini.

Bagi pihak Penganjur, Majlis berbesar hati mengucapkan selamat datang kepada sidang
hadirin dan hadirat sekalian ke Majlis Syukuria Aidilfitri SMK Kota Klias 2023.

BACAAN DOA Pergi beraya dirumah pak mat


(Lily) Dihidang rendang juga ketupat
Doa dibaca memohon rahmat
Agar majlis mendapat berkat

Sebagai pembuka tirai atur cara, majlis menjemput dan


mempersilakan……………………………………………….., untuk memimpin bacaan doa sebagai
permintaan hajat dan restu agar majlis kita diberkati hendaknya.
Dipersilakan.

(Bacaan Doa)

Semoga doa yang dipanjatkan tadi diberkati dan diperkenankan Allah hendaknya. Majlis
mengucapkan terima kasih.
UCAPAN Baju raya indah berseri
PENGETUA Dipakai si gadis cantik rupawan
(NURIN) Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Siti Jubaidah Hj Karia, Pengetua
SMK Kota Klias untuk menyampaikan ucapan alu-aluan.

Majlis mempersilakan

(Ucapan Pengetua)

Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Puan Pengetua smk kota klias diatas
ucapan alu – aluan sebentar tadi
UCAPAN PIBG Seterusnya, majlis mempersilakan yg dihormati Puan Rashidah Elfha Bistamee, Timbalan
(Lily) Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Kota Klias untuk menyampaikan ucapan
beliau.

Majlis mempersilakan.

(Ucapan YDP PIBG)

Terima kasih diucapkan kepada Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Kota Klias, diatas
ucapan sebentar tadi.
DOA MAKAN Hadirin dan hadirat sekalian
(Nurin)
Masak lemang dan juga rendang
Jangan lupa tambah ketumbar
Melihat makanan banyak terhidang
Perut kenyang menjadi lapar

Semestinya inilah masa yang kita nanti-nantikan. Makanan dan minuman sudah tersedia,
hanya menanti untuk dinikmati.
Sampailah kita ke acara seterusnya. Sebelum makan, eloklah kita membaca doanya. Oleh
itu, majlis menjemput Awangku Eqzham bin Jumat untuk mengetuai bacaan doa makan.

Terima kasih atas bacaan doa sebentar tadi

Dengan ini majlis menjemput hadirin dan hadirat sekalian untuk menjamah hidangan
yang telah disediakan.

Jangan malu dan jangan segan, nikmatilah juadah yang tersedia.


*rehat dalam 10-15 minit, ikut keperluan*
Persembahan Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Moga terhapus segala dosa

Yang jauh berkrim salam


Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Mari buka buku baharu

Hadirin dan hadirat sekalian, sambil kita menikmati segala hidangan yang enak dan
menyelerakan, apa kata kita hidangkan sajian halwa telinga penyejuk mata dengan
persembahan-persembahan hebat oleh guru-guru dan murid-murid SMK Kota Klias.

Tanpa membuang masa, kita jemput:


1…………………………………………………………………………………………………………………………
2………………………………………………………………………………………………………………………..
3……………………………………………………………………………………………………………………….
Penutup Hadirin dan hadirat sekalian

Cantik sungguh cincin suasa,


Disimpan gadis di dalam peti ;
Andai ada terkasar bahasa,
Maaf dipinta seikhlas hati.

Dengan ini labuhlah sudah tirai majlis kita pada hari ini.

Tangan dihulur, ampun dipinta, kiranya ada terlanjur kata tersilap bicara.
Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambaNya.

Dengan ini saya, Nurin Qasrina binti Nordin


Dan saya Nur Alya Arrisya Binti Mohd Sulong

Kami mewakili pihak jawatankuasa Majlis Syukuria Aidilfitri SMK Kota Klias 2023 ingin
memohon maaf seandainya terdapat kekurangan atau kecacatan dalam pelaksanaan
majlis pada hari ini.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum waramatullahi wabarakatuh

Anda mungkin juga menyukai