Anda di halaman 1dari 4

Teks Pengacara Majlis Majlis Titipan Memori dan Sambutan Hari Raya SMK

Bandar Tasik Puteri 2023.

PEMBACA SKRIP ATURAN


MAJLIS
Dipersilakan tetamu-tetamu jemputan mengambil tempat masing-
masing di dalam dewan kerana majlis kita akan bermula sebentar lagi.

Bismillah….

Assalamualaikum w.b.t.... Salam sejahtera dan


salam muhibbah..

Yang Berusaha, Pn. Siti Azlina Saari, Pengetua Sekolah Menengah


Kebangsaan Bandar Tasik Puteri

Yang dihormati,

En.Sallehuddin bin Mohd Yaakob Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa


dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri

Yang Dihormati, barisan Guru Penolong Kanan


UCAPAN ALUAN
Dr Rodziah bt Ahmad Nor – GPK Pentadbiran
Encik N Nagarajah A/L Nagappan – GPK HEM
Pn. Maimon binti Salam– GPK Ko-Kurikulum
Puan Tee Kim Tow –GPK Petang
Pn. Aini Haryati binti Zhawal – GPK PPKI

Barisan Guru Kanan Mata Pelajaran,

Dan seterusnya guru-guru yang dikasihi sekalian.

Selamat datang ke Majlis Titipan Memori dan Sambutan Hari Raya


SMK Bandar Tasik Puteri bagi tahun 2023.

Puji dan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat
sama-sama kita berkumpul sekali lagi di dewan ini untuk meraikan
guru-guru yang bertukar ke sekolah baharu dan memeriahkan majlis
sambutan Hari Raya pada tahun ini.

Semoga majlis pada pagi yang damai ini, dapat mengukuhkan lagi
tautan kemesraan serta jalinan kerjasama di antara guru-guru semua.
Bersongkok sampin segak bergaya,
Berbaju kurung anggun jelita,
Ucapan selamat hari raya,
Tangan dihulur maaf dipinta,

Kuih bahulu tradisi kita,


Ketupat rendang pembuka selera,
Tangan dihulur maaf dipinta,
Agar ukhwah terjalin mesra,

Hadirin dihormati,
BACAAN DOA
Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, marilah kita sama-sama
mengaminkan bacaan doa yang akan dipimpin oleh
_____________________ .Dipersilakan…

--------- Bacaan doa ---------


Amiin, Amiin Ya Rabbal Aamin,
Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada
__________________________atas pimpinan bacaan doa itu tadi.
Semoga majlis yang berlangsung diberkati oleh Yang Maha
Agung.

Lemang dihidang enak rasanya,


Nasi dagang pilihan kita,
Bingkisan kata bingkisan raya,
Puan pengetua bermadah kata,

UCAPAN Majlis mempersilakan Yang berusaha Puan Siti Azlina Saari, Pengetua
PENGETUA SMK Bandar Tasik Puteri untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

….…ucapan pengetua…..

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan Pn.Pengetua itu


tadi.

UCAPAN
PERPISAHAN Hadirin yang dihormati,

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan

Pergi ke kota beli selasih,


Sayang si dara buat halwa;
Berilah kata simpulan kasih,
Sulamkan mesra satukan jiwa

Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan


daripada guru yang diraikan,_____________________
Majlis mempersilakan.

Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai


tanda kenang-kenangan buat insan yang kita raikan.

Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan


mempersilakan ________________________________ untuk
mengiringi Puan Pengetua untuk menerima cenderamata kenang-
kenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Dipersilakan _______________ untuk menyampaikan hadiah daripada


Kelab Guru Sekolah
……………Terima Kasih.

Seterusnya dipersilakan____________________ untuk menyampaikan


hadiah daripada pihak pentadbir.
…………….Terima Kasih.

Bagi meneruskan acara dipersilakan_________________ untuk


menyampaikan hadiah daripada Bidang Teknik dan Vokasional
PENYAMPAIAN
…………….Terima Kasih.
HADIAH
Seterusnya dipersilakan __________________ untuk menyampaikan
hadiah daripada panitia Bahasa Melayu.
…………….Terima Kasih.

Akhir sekali, dipersilakan ____________________________ untuk


menyampaikan hadiah dari unit PPKI
…………….Terima Kasih.

Dipersilakan __________________________untuk menyampaikan


sumbangan peribadi
…………….Terima Kasih.

Begitulah berakhirnya upacara penyampaian hadiah kenang-kenangan


khusus untuk Yang Diraikan
_______________________________________

Hadirin yang dihormati,

Ketupat dianyam penuh beria,


Untuk santapan saudara mara,
Di atas meja hidangan tersedia,
Menjamu
Tibalah masa menjamu selera,
selera
Sambil menjamu selera kami perdengarkan gemersik alunan lagu-lagu
raya sepanjang zaman. Dipersilakan semua guru menjamu selera
dengan juadah yang telah disediakan.

Hadirin sekalian,

Kuning emas masaknya padi


Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan

Dengan itu, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Terima kasih
diucapkan kepada Yang diraikan____________________ kerana sudi
bersama kita pada pagi ini dan kami semua mendoakan agar
__________________________________ ceria di tempat baru.
pPENUTUP
Majlis juga ingin merakamkan setingi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada hadirin sekalian yang telah menyeri dan
menjayakan majlis pada hari ini.

Sekalung penghargaan juga kepada Warga Sekolah serta mereka


yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung bagi
menjayakan majlis ini.

Pihak majlis juga ingin memohon kemaafan kepada hadirin


sekalian atas keterlanjuran kata, terkasar bahasa, terguris rasa.
Sesungguhnya sudah suratan alam …Air yang mengalir itu akan
tiba jua ke muara

Melarik halus papan di jawa,


Tersergam kukuh di gerbang batu,
Adat berjumpa terpisah jua,
Moga bertemu di lain waktu

Segala yang baik datang dari Allah SWT dan segala yang kurang
atau kelemahan adalah dari saya insan biasa.

Sebelum mengundur diri, sambutlah salam manis untuk semua


dan disudahi dengan lafaz suci...
Wabillah hitaufik walhidayah .....
Dan salam sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai