Anda di halaman 1dari 5

SKRIP PENGACARA MAJLIS JAMUAN HARI RAYA

Bil Aturcara Perkara catatan


1 Ketibaan Mengumumkan ketibaan Yang berbahagia , YB Chua Wei Kiat, Ahli Dewan 8.30 pagi
Perasmi & Undangan Negeri Selangor bahagian Rawang bersama tetamu jemputan, majlis
Jemputan masuk ke dalam dewan dimulakan
2 Ucapan Bismillahirrahmanirrahim 5 minit
Aluan
Pengerusi Yang Berbahagia, YB Chua Wei Kiat, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
Majlis bahagian Rawang
Pn. Hurul Ain Zahra Binti Mohd Halim, Guru Besar SK Bukit Rawang Jaya
En. Nik Hisyamuddin Bin Nik Mohd Yusoff, Yang Dipertua Persatuan Ibu
Bapa dan Guru Sk bukit Rawang Jaya

Para tetamu undangan dari:


1. Balai Polis Rawang
2. Klinik Kesihatan Rawang
3. _________________________________________________
4. _________________________________________________
5. _________________________________________________
6. _________________________________________________
7._________________________________________________
8. _________________________________________________
9. _________________________________________________
10._________________________________________________
Guru besar-guru besar, pengetua-pengetua, Guru-guru penolong Kanan,
rakan-rakan guru, ibu bapa – ibu bapa, murid-murid serta hadirin hadirat
yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bersongkok sampin segak bergaya
Berbaju kurung anggun jelita
Majlis selamat hari raya
Tangan dihulur maaf dipinta
Kuih bahulu tradisi kita
Ketupat rendang pembuka selera
Tangan dihulur maaf dipinta
Agar ukhwah terjalin mesra
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya jua
maka kita masih diberikan kesempatan untuk menghirup udara Syawal
setelah sebulan Ramadhan kita berpuasa. Syukur juga kerana kita sama-
sama dapat berkumpul di Dewan Gemilang ini bagi meraikan majlis
Sambutan hari raya Aidilfitri dan sambutan hari lahir peringkat sekolah
bagi tahun 2019.
3 Bacaan Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian 3 minit
Doa
Majlis sambutan hari raya Aidilfitri dan sambutan hari lahir ini, kita
mulakan dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa. Majlis
mempersilakan Ustaz Che Abduk Rahim Bin Che Omar bagi memimpin
pembacaan doa. Dipersilakan al-fadzil ustaz.
………
terima kasih Al Fadzil Ustaz atas pimpinan ketulusan pembacaan doa
sebentar tadi. Semoga majlis nan berlangsung diberkati oleh Yang Maha
Agung.
4 Ucapan Hadirin hadirat , para pelajar yang dikasihi sekalian, 7 minit
Guru
Besar Lemang dihidang enak rasanya
Nasi impit dijamu bertambah selera
Bingkisan kata nasihat berguna
menjadi penguat hati dan minda
Bagi maksud itu, majlis dengan penuh hormat dan sukacitanya
mempersilakan yang berbahagia, Pn. Hurul Ain Zahra Binti Mohd Halim,
Guru Besar SK Bukit Rawang Jaya untuk menyampaikan sepatah kata.
Dipersilakan.
………….
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
yang Berbahagia. Guru Besar di atas ucapan itu tadi.
5 Ucapan Para hadirin sekalian, 12 minit
Perasmi
Kuih muih beraneka rasa
Menjadi hidangan di hari mulia
Tetamu hadir bahagia dirasa
Majlis disambut penuh ceria
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Yang Berhormat Tuan Chua Wei
Kiat, Ahli Dewan Undangan Negeri Bahagian Rawang bagi memberikan
ucapan dan seterusnya merasmikan program sambutan hari raya dan hari
lahir peringkat sekolah 2019. Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
……….
Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat atas ucapan
tersebut.
Majlis sekali lagi menjemput Yang Berhormat Tuan Chua Wei Kiat diiringi
Puan Hurul Ain Zahra, Guru Besar SK Bukit Rawang Jaya dan En. Nik
Hisyammudin Bin Nik Mohd Yusoff untuk naik ke pentas bagi
menyempurnakan majlis potong kek dan menyempurnakan gimik
perasmian yang disediakan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.
……….
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berhormat di atas peyempurnaan perasmian itu tadi.
6 Jamuan Tuan-tuan dan puan-puan sekalian 9.00 pagi
Baik lelaki mahupun perempuan
Janganlah malu, janganlah segan
Makanan yang terhidang jemputlah makan.
Selama sebulan kita berpuasa
Lapar dahaga sama dirasa
Bermaaf-maafan sesama kita
Semoga terhapus segala dosa
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkirim rindu
Mari lupakan kisah yang silam
Kita buka buku yang baharu
Para hadirin yang dihormati sekalian, atur cara majlis diteruskan lagi
dengan jamuan Hari Raya Aidilfitri. Para hadirin dan semua tetamu
jemputan dipersilakan menikmati juadah dan hidangan yang telah
disediakan.

Sambil menikmati hidangan, hadirin hadirat akan didendangkan dengan


lagu-lagu raya dan aktiviti-aktiviti sampingan yang disediakan. Selamat
menjamu selera.
7 Aktiviti Awan bersua citra berkisah 5mnt/lagu
Ukiran sukma kilauan kelisa
Sambil berbual nikmati juadah
Persembahan murid ceria acara

Marilah kita sama-sama menghayati alunan suara lagu-lagu raya yang akan
didendangkan oleh pelajar.

{1}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{2}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________

{3}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Dipersilakan ____________________________________________ bagi membuat cabutan
bertuah sebanyak _______________ dan seterusnya menyampaikan hadiah
kepada pemenang.
..........................
Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu raya dendangan murid.
Dipersilakan.
{4}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Dendangan lagu raya akan disambung sebentar lagi. Kita teruskan aturcara
dengan pertandingan sampin kreatif. Syarat pertandingan adalah peserta
perlu mengikat sampin dengan cara yang paling kreatif bagi dinobatkan
sebagai juara.
.............
Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu raya dendangan murid.
Dipersilakan.

{5}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{6}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{7}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Dipersilakan ____________________________________________ bagi membuat cabutan
bertuah sebanyak _______________ dan seterusnya menyampaikan hadiah
kepada pemenang.
.............
Acara diteruskan lagi dengan nyanyian lagu-lagu raya dendangan murid.
Dipersilakan.
{8}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{9}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
{10}
Terima kasih diucapkan kepada __________________________
Dipersilakan ____________________________________________ bagi membuat cabutan
bertuah sebanyak _______________ dan seterusnya menyampaikan hadiah
kepada pemenang.

Demikian tadi berakhirnya persembahan murid dan cabutan bertuah.


Terima kasih sekalung budi diucapkan kepada semua murid yang
menjayakan persembahan itu tadi.
8 Penyampa Acara diteruskan lagi dengan penyampaian bagi pemenang pertandingan 11.30 pagi
ian Hadiah karaoke raya. Bagi menyempurnakan majlis, majlis dengan ini menjemput
____________________________________________________________________________ untuk
menyampaikan hadiah kepada pemenang. Dipersilakan.

Pertandingan Karaoke Raya


Tempat Ketiga : ________________________________________________________________
Naib johan : ________________________________________________________________
Johan : ________________________________________________________________

Pertandingan Sampin Kreatif


Tempat Ketiga : ________________________________________________________________
Naib johan : ________________________________________________________________
Johan : ________________________________________________________________

Dipersilakan ____________________________________________ bagi membuat cabutan


bertuah yang terakhir sebanyak _______________ dan seterusnya
menyampaikan hadiah kepada pemenang.
........
Majlis mengucapkan terima kasih kepada ________________________________ di
atas penyampaina hadiah itu tadi.
9 Penutup Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil 12.00
kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan ribuan kalungan
bunga terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah ini dapat dilangsung
dengan meriahnya. Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid atas
kerjasama yang diberikan bagi mengharmonikan majlis ini. Majlis mohon
ampun maaf sekiranya tersilap atau terkasar bahasa sepanjang
mengendalikan majlis. Pihak sekolah mohon hadirin hadirat sama-sama
membersihkan kawasan bagi persediaan ke sekolah nanti.

Sekian, Wassalamualakum wbt.dan Selamat hari raya Aidilfitri, Maaf Zahir


Batin.

Anda mungkin juga menyukai