Anda di halaman 1dari 6

ATUR CARA PENTADBIRAN

MAJLIS GRADUASI
SMK DATO’ USMAN AWANG, JOHOR BAHRU

TARIKH : 23 OKTOBER 2016


TEMPAT : HORIZON HILL

MASA SKRIP PENGACARA CATATAN


12.30 tgh Pelajar mengambil tempat
12.45 tgh Juruacara : MC
Hanif
Mengumumkan perarakan masuk Yang Berusaha En. Hasan Bin
Abd Rashid, Pengetua SMK Dato’ Usman Awang diiringi oleh
Yang Dihormati YDP PIBG En. Kamaruddin Deo Bin Abdullah
serta guru-guru
Tuan Amzi
Gagah melangkah bak pahlawan (Gamelan dimainkan) 
Cekalnya hati memberi harapan *Gamelan berhenti apabila
Onak dan duri sebagai teman semua guru duduk
Menjunjung ilmu dan kepakaran
Atas bahu terpikul harapan
Dengan tabah menempuh seribu duga
Dengan tabah menyampai ilmu bermakna
Semoga segala harapan jaya dilaksana
Bersama tekad dan semangat yang dijana
Bukan mudah menjulang harapan bangsa
Bukan mudah menjejak mimpi warga Negara 

12.50 tgh Juruacara : MC


Emilia
Hadirin hadirat yang dihormati,

Nyanyian Lagu Bangsa Johor dan lagu sekolah. Semua hadirin Tuan Amzi
diminta berdiri. (Lagu-lagu dimainkan)

(Semua berdiri)

1.00 tgh Juruacara : MC


Hanif
Duduk bersama satu tujuan
Indah majlis gilang gemilang
Kepada Allah doa dipohonkan
Semoga majlis peroleh keberkatan 

Hadirin hadirat yang dimuliakan,

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita


menadah tangan bermunajat, memohon keberkatan agar segala Pembaca Doa
urusan mendapat rahmat. Justeru, majlis dengan segala Ahmad Abqari
hormatnya mempersilakan saudara Ahmad Abqari Bin Mohd
Fadzil untuk memimpin bacaan doa. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilaknn.

(Bacaan doa) 

Amin Ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan jutaan terima


kasih kepada saudara Ahmad Abqari Bin Mohd Fadzil di atas
pimpinan bacaan doa itu tadi. 
Juruacara : MC
Emilia
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor

Melayang serindit di atas permatang


Merbah berkicau di hujung muara
Pemanis kata selamat datang
Awal bismillah pembuka bicara

Jajaran mengkudu di selang bidara


Di celah angsana meredup di hutan 
Awal bismillah pembuka bicara 
Majlis gemilang kita raikan 

Yang Berusaha, En. Hasan Bin Abd Rashid,


Pengetua SMK Dato’ Usman Awang,

Yang Dihormati En. Kamaruddin Deo Bin Abdullah,


YDP PIBG SMK Dato’ Usman Awang,

Yang Dihormati En. Abd Razak Bin Abd Karim,


Penolong Kanan Pentadbiran,

Yang Dihormati En. Mohd Ayob Bin Abd Wahab,


Penolong Kanan HEM,

Yang Dihormati Pn. Safurah Binti Othman,


Penolong Kanan Kokurikulum,

Yang Dihormati Pn. Norhayati Binti Latip,


Penolong Kanan Petang,

barisan guru-guru kanan,


guru-guru
seterusnya graduan yang diraikan sekalian

1.15 tgh Juruacara : MC


Hanif
Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi.

Majlis mempersilakan En. Hasan Bin Abd Rashid, Pengetua


SMK Dato’ Usman Awang mengisytiharkan tujuan majlis dan
mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi. Dengan segala
hormatnya dipersilakan.

(Pengetua membuat pengisytiharan) 

Pengetua :

Pengisytiharan pembukaan Majlis Graduasi  (Gong dimainkan kuat sebanyak


3 kali)
“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Hasan Bin
Abd Rashid, Pengetua SMK Dato’ Usman Awang dengan ini
mengisytiharkan pembukaan Majlis Graduasi SMK Dato’
Usman Awang 2016. Tujuannya untuk memberi pengiktirafan
daripada pihak sekolah kepada putera dan puteri SMK Dato'
Usman Awang yang berjaya menamatkan pembelajaran selama
5 tahun di sekolah ini” 
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada En.Hassan Bin Abd Rashid, Pengetua SMK Dato’
Usman Awang atas pengisytiharan tujuan majlis dan
mengisytiharkan pembukaan majlis graduasi sebentar tadi. 
Juruacara : MC
Emilia
SMK Dato’ Usman Awang tersergam indah
Dari jauh tampak berseri
Bangunan lama dan baru berganding megah
Pepohon palma berbaris-baris
Pepohon rendang berbanjar-banjar
Dewan A tempat penyatuan
Pentas utama penyaksian anugerah
Para graduan segak menawan
Memakai jubah indah dan tampan
Tersenyum bangga menerima watikah
Hari ini yang penuh keramat
Segala usaha berjuta hikmat
Kepada graduan kami pertaruhkan
Selautan hasrat segunung harapan 

Terlebih dahulu, Majlis merakamkan sekalung penghargaan dan


setinggi-tinggi terima kasih kepada semua para hadirin di atas
kesudian meluangkan masa, bersama-sama kami dalam
menjayakan majlis graduasi pada kali ini. Semoga dengan
kehadiran kalian dapat menyuntik bara semangat kepada para
bakal graduan bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan SPM tahun 2016. 
Juruacara : MC
Hanif
Hadirin hadirat yang dimuliakan, 

Majlis graduasi ini merupakan pengiktirafan tertinggi daripada


pihak sekolah kepada putera dan puteri SMK Dato’ Usman
Awang yang berjaya menamatkan pembelajaran di alam
persekolahan selama 5 tahun di sekolah ini, Seramai ………..
orang pelajar tingkatan 5 akan di graduasikan sebentar lagi.

Warga dewan yang dimuliakan,

Majlis graduasi tahun 2016 ini diraikan khusus untuk putera


puteri SMK Dato’ Usman Awang sebagai perangsang kepada
mereka untuk mencapai kejayaan dalam segala bidang yang
bakal diceburi, terutamanya dalam bidang akademik. Majlis ini
juga diharapkan mampu mengukir kenangan manis dan
mencatat nostalgia penuh bermakna dalam lipatan sejarah
kepada kalian. Diharapkan ia dapat dijadikan obor semangat
untuk menempa kejayaan yang lebih gemilang pada hari
mendatang. 

Kepada putera puteri SMK Dato' Usman Awang, di harap


sentuhan majlis ini juga dapat membuatkan anakanda putera dan
puteri tidak melupakan jasa dan pengorbanan yang telah
dicurahkan oleh barisan pendidik mithali SMK Dato' Usman
Awang. Kami berharap, anakanda putera dan puteri dapat
mencurahkan jasa dan bakti kepada bangsa dan negara sebaik
sahaja melangkah keluar mengakhiri sesi persekolahan di SMK
Dato' Usman Awang. 
Juruacara : MC
Emilia
Hadirin-hadirat yang dimuliakan,
Majlis meneruskan tirainya dengan mempersilakan Yang
Berusaha Tn. Pengetua SMK Dato' Usman Awang, En. Hasan
bin Abd. Rashid, untuk menyampaikan ucapan dan amanat.
Majlis dengan penuh rasa takzim mempersilakan.

Berilah kami haluan kemudi


Pengubat hati menanti harapan
Ucapan diberi penuh bererti
Amanat tuan jadi pegangan 

Demikianlah tadi ucapan yang telah disampaikan oleh Tuan


Pengetua SMK Dato' Usman Awang, En. Hasan bin Abd.
Rashid. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih atas ucapan dan amanat itu tadi. 

1.25 tgh Juruacara : MC


Hadirin hadirat warga dewan sekalian, Hanif

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil graduasi


kepada putera-puteri SMK Dato' Usman Awang.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan En. Hasan bin


Abd. Rashid untuk menyempurnakan penyampaian sijil graduasi Jawatankuasa Sijil
diiringi oleh guru tingkatan.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima anugerah


sijil graduasi kepada 137 orang pelajar SMK Dato' Usman
Awang.

Majlis mempersilakan penerima sijil graduasi dimulakan dengan Tuan Amzi


penerima: (Gamelan dimainkan) 

(Baca nama Penerima)

Hadirin dan hadirat majlis diteruskan dengan Penyampaian


Anugerah kepada pelajar yang memperoleh markah terbaik
dalam Mata Pelajaran.
Majlis mempersilakan En. Abdul Razak bin Abdul Karim
Penolong Kanan Pentadbiran untuk mengiringi tuan pengetua.

Majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah kepada pelajar


terbaik aliran Sains dan Sastera

(Baca nama Penerima)

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian anugerah-anugerah


dan sijil-sijil graduasi yang telah disempurnakan oleh Tuan
Pengetua.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima


kasih kepada Tuan Pengetua atas kesudian menyempurnakan
penyampaian anugerah-anugerah dan sijil-sijil.

Juruacara : MC
Hanif
Cantik jambangan bunga disusun,
Bunga orkid, cempaka, melati
Budimu bagaikan air terjun,
Mengalir terus tanpa henti.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanjung;
Hati terkenang mulut tersebut,
Budi yang baik rasa nak junjung. 

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima


kasih kepada semua ahli jawatankuasa kerja Majlis Graduasi
tahun 2016 yang bertungkus lumus dari mula hingga ke
akhirnya.. 

Pulau Pandan Jauh di tengah


Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

Hari ini bertanam jagung


Hari esok bertanam serai
Hari ini kita berkampung
Hari esok kita bercerai 

3.00 ptg Juruacara : MC


Emilia
Pengisytiharan penangguhan majlis Graduasi SMK Dato' Usman
Awang Tahun 2016.

Majlis mempersilakan En. Hasan Bin Abd Rashid, Pengetua


SMK Dato' Usman Awang mengisytiharkan penangguhan
Majlis Graduasi Tahun 2016. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

Pengetua :

(Pengetua membuat pengisytiharan) 

Pengisytiharan penangguhan Majlis Graduasi 

“Assalamualaikum.... dan selamat sejahtera. Saya Hasan Bin


Abd Rashid, Pengetua SMK Dato' Usman Awang dengan ini
mengisytiharkan penangguhan Majlis Graduasi SMK Dato'
Usman Awang tahun 2016”. 

(Gong dipalu kuat 3 kali) 

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada En. Hasan Bin


Abd Rashid dan barisan tetamu kehormat yang hadir pada hari
ini.
3.05 ptg Juruacara : MC
Hanif
Sidang hadirin yang dimuliakan,

Dengan ini selesailah sudah Majlis Graduasi SMK Dato' Usman


Awang tahun 2016.

Inilah yang dikatakan,


Umpama belayar sudah sampai ke pelabuhan,
Umpama berjalan sudah sampai ke destinasi,
Umpama berkayuh sudah sampai ke haluan

Akhir kata, marilah kita hayati 


Gurindam Dua Belas Pasal Yang Kelima: 

Jika hendak mengenal orang berbangsa,


lihat kepada budi dan bahasa.
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia,
sangat memeliharakan yang sia-sia.
Jika hendak mengenal orang mulia,
lihatlah kepada kelakuan dia.
Jika hendak mengenal orang yang berilmu,
bertanya dan belajar tiadalah jemu.
Jika hendak mengenal orang yang berakal,
di dalam dunia mengambil bekal.
Jika hendak mengenal orang yang baik perangai,
lihat pada ketika bercampur dengan orang ramai.

Banyak keluk ke penarik, MC


Keluk tumbuh pohon kuini; Emilia
Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Pohon berangan tempat bertemu,


Girangnya rasa si anak dara;
Baliklah tuan membawa ilmu,
Binalah bangsa bangunkan negara.

Di atas dahan burung tempua,


Melihat rusa tepi perigi;
Salam perpisahan untuk semua,
Dilain masa bersua lagi.

Terima kasih sekalung budi,


Daripada kami seikhlas hati.

Dengan ini, majlis memohon kemaafan, atas segala


keterlanjuran, kepincangan dan kekhilafan sepanjang majlis ini
berlangsung.

Hadirin hadirat yang dihormati, Tuan Amzi


(Lagu-lagu dimainkan)
Tirai majlis akan dilabuhkan dengan sama-sama kita
menyanyikan lagu Negaraku. Semua hadirin diminta berdiri.

(Semua berdiri)

Sekian, wabilahi taufik walhidayah assalamualaikum.... 

3.10 ptg Juruacara : MC


Hanif
Mengumumkan perarakan keluar Yang Berusaha, En. Hasan Bin
Abd Rashid, para jemputan dan guru-guru. Tuan Amzi
(Gamelan dimainkan) 
Warga dewan diminta berdiri.

Juruacara : MC
Mengumumkan perarakan keluar para graduan. Hanif

Tuan Amzi
(Gamelan dimainkan) 

Anda mungkin juga menyukai