Anda di halaman 1dari 4

TEKS MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BARU

BISMILAHIRRAHMANIRRAHIM……
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHITA’ALA
WABARAKATUH DAN SELAMAT PAGI

DARI JOHOR HENDAK KE PEKAN


UCAPAN SINGGAH DI LIPIS MEMBELI HARUAN
ALUAN SEMANIS SENYUMAN KAMI HAMPARKAN
PENGERUSI BUAT BINGKISAN SALAM PERTEMUAN
MAJLIS
YANG BERUSAHA,
EN HASHIM BIN SARYANI @ MD. NOH
PENGETUA SMK IDEAL HEIGHTS,

PN NOOR ALIZA RASHDIAH BT TAUFEK,


PENOLONG KANAN PENTADBIRAN,

PN AZIAH BT BAKRIN,
PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID,

PN NORSHIMAH BT NEIMAD,
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM

BARISAN GURU KANAN MATAPELAJARAN,


GURU-GURU CEMERLANG, GURU-GURU DAN PARA
PELAJAR YANG DIKASIHI SEKALIAN.

UCAPAN Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan


RAIKAN syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya
PENGETUA jua maka kita diberikan luangan waktu dan kesempatan
untuk kita sama-sama berkumpul pada pagi ini bagi
meraikan Majlis Sambutan Tuan Pengetua, EN HASHIM
BIN SARYANI @ MD. NOH

Mawar di taman mekar nan indah


Harum mewangi dirumpun serai
Terukir senyuman pembuka kalimah
TEKS MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BARU

Selamat datang tuan dirai

Puisi dialun madah termetrai


Usik si dara dititip kalam
Datang bersambut tuan dirai
SMK Ideal Heights menguntum salam.

Pihak majlis serta seluruh warga SMK Ideal Heights


merasa berbesar hati, mengucapkan selamat datang
serta mengalu-alukan Tuan Pengetua ibarat kecil telapak
tangan, nyiru kami tadahkan

Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian,


BACAAN
DOA Majlis bermakna di pagi nan berbahagia ini, kita mulakan
dengan munajat doa memohon restu dari yang maha Esa.
Majlis mempersilakan En. Abdul Aziz bin Mohamad Ashari
bagi memimpin pembacaan doa.

Dipersilakan.

(SELESAI BACAAN DOA)

Terima kasih En. Abdul Aziz bin Mohamad Ashari atas


pimpinan ketulusan pembacaan doa sebentar tadi.

Jejaran mengkudu berbias kesuma


UCAPAN Di celah angsana di Tanah Jawa
PKP Ucapan Aluan pembuka bicara
Di pagi indah kita bersua

Sebagai pembuka acara, majlis dengan segala hormatnya


memepersilakan, Yang berusaha PN NOOR ALIZA
TEKS MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BARU

RASHDIAH BT TAUFEK, PENOLONG KANAN


PENTADBIRAN untuk menyampaikan ucapan, dipersilakan.

( UCAPAN PKP)

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada PN NOOR


ALIZA RASHDIAH BT TAUFEK atas ucapan itu tadi.

Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian,


(UCAPAN
PENGETUA) Sampai masa yang kita nantikan untuk ucapan dan
amanat daripada PENGETUA SMK IDEAL HEIGHTS .Majlis
dengan penuh hormat dan sukacitanya mempersilakan
yang berbahagia, EN HASHIM BIN SARYANI @ MD. NOH
PENGETUA SMK IDEAL HEIGHTS, untuk menyampaikan
bingkisan kata.

Dipersilakan.

(SELESAI UCAPAN PENGETUA)

Demikian tadi, satu pengucapan yang telus, percikan kata


yang halus membawa mesej dan makna yang kudus dari
Tuan Pengetua, pasti menyelinap ke sanubari warga SMK
IDEAL HEIGHTS.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan


terima kasih kepada Yang Berbahagia Tuan Pengetua.

Terbang helang di hujung salang,


Hinggap berdua di dahan ara
Pencetus wawasan pemangkin gemilang
Bernaung khidmat tuan pengetua
.

(PENYAMPAIAN Seterusnya, majlis mempersilakan PN NOOR ALIZA


CENDERAHATI)
RASHDIAH BT TAUFEK, PENOLONG KANAN
PENTADBIRAN mengiringi tuan pengetua naik ke pentas
serta menyampaikan cenderahati kepada Tuan Pengetua.
TEKS MAJLIS SAMBUTAN PENGETUA BARU

(SELESAI PENYAMPAIAN CENDERAHATI)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada PN NOOR ALIZA


RASHDIAH BT TAUFEK di atas kesudian menyampaikan
cenderahati tersebut.

Majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon


mengambil kesempatan waktu dipenghujung ini untuk
mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas
kepada yang berbahagia Tuan Pengetua, dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini.

SEKIAN, WABILLAHITAUFIK WALHIDAYAH


WASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH
HITA’ALAWABARAKATUH….

Dipersilakan guru- guru beratur disepanjang laluan blok A


untuk meraikan Tuan Pengetua.

Anda mungkin juga menyukai