Anda di halaman 1dari 4

SKRIP PENGACARA MAJLIS PERSARAAN DATIN KWOK

Yang diraikan Majlis akan bermula sebentar lagi. Hadirin dipersilakan untuk mengambil
ke pentas tempat masing masing.

Dipersilakan yang diraikan, Datin Kwon Sau Yoon untuk naik ke pentas.

1. Aluan
pengerusi Bismillahirrahmanirrahim
majlis ·    
Yang Berusaha,
En. Hashim bin Saryani@ Md Noh, Pengetua SMK Ideal Heights,
 Pn Noor Aliza Rashdiah bt Taufek, Penolong kanan Pentadbiran,
Pn. Azziah binti Bakrin, Penolog Kanan Hal Ehwal Murid,
Pn. Norshimah bt Neimad, Penolong Kanan Kokurikulum

Yang Diraikan,
Datin Kwok Sau Yoon

Serta,
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, rakan-rakan guru, staf sokongan
serta para pelajar sekalian.

Kuning Emas Masaknya Padi


Mawar Merah Dahannya Berduri
Terima Kasih Daun Keladi
Kerana Sudi Menghadirkan Diri.

Ke Pekan Kuala membeli bingka,


Sayang pesanan terlupa sudah;
Majlis bermula tirai dibuka,
Dengan alunan madah yang indah.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

“_____________________________________”

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya


jua maka kita masih diberikan kesempatan untuk berkumpul di hari yang
berbahagia penuh bermakna untuk meraikan majlis persaraan seorang
guru SMK Ideal Height, Datin Kwok Sau Yoon
Bacaan doa
Hadirin-hadirat yang dihormati sekalian

Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

1
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna
ini, marilah sama sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan daa
yang akan dibacakan oleh Encik Mohd Zainal bin Dzulkifli. Majlis
dengan segala hormatnya dipersilakan.

***
Selesai Doa
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi tinggi
penghargaan dan terima kasih kepada Encik Mohd Zainal bin Dzulkifli
atas bacaan doa itu tadi.

Jasamu dikenang Budimu tak terbilang semangatmu dijulang


kepimpinanmu gemilang. Begitulah yang boleh kita perkatakan atas
segala bakti yang ditaburkan oleh yang Diraikan oleh Datin Kwok Sau
Yoon sepanjang perkhidmatan beliau di dalam dunia Pendidikan yang
akan berakhir pada hari ini …

Ucapan Wakil Kumbang terbang di pinggir pekan,


Pelajar Terbang seiring ke pohon ara;
Ucapan sejahtera salam mulakan,
Bagai tanda mulanya acara.

Majlis mempersilakan, Saudara _______________________________,


Wakil Pelajar Ideal Heights, bagi menyampaikan sedikit ucapan.
Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan atas ucapan sebentar tadi

Ucapan Hadirin hadirat ,


pengetua
Majlis diteruskan lagi dengan memepersilakan yang berusaha, En.
Hashim bin Saryani @ Md Noh, Pengetua SMK Ideal Heights, ///
Pn Noor Aliza Rashdiah bt Taufek, Penolong kanan Pentadbiran
untuk menyampaikan ucapan.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Terima kasih di atas ucapan sebentar tadi

Ucapan Datin
**Baca biodata Datin,

Dengan ini, majlis mempersilakan yang diraikan, Datin Kwok Sau Yoon
bagi menyampaikan ucapan. Dipersilakan…

*Selesai ucapan

2
Terima kasih di atas ucapan yang diraikan sebentar tadi

Dari Daik pulang ke Daik


Sehari-hari berkebun pisang
Budi baik dibalas baik
Dalam hati dikenang orang

Penyampaian Hadirin sekalian,


Hadiah Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian kenang- kenangan kepada
Persaraan Datin Kwok Sau Yoon atas persaraan beliau.

Dipersilakan Datin Kwok Sau Yoon untuk ke hadapan pentas untuk


menerima cenderahati.

Dipersilakan Pn Noor Aliza Rashdiah bt Taufek


Mewakili pihak sekolah untuk menyampaikan cenderahati.

Dan Dipersilakan
__________________________________, selaku ketua pelajar
mewakili pelajar SMK Ideal Heights untuk menyampaikan cenderahati.

**** sekiranya lion dance diawalkan terus ke penutup

Persembahan **** Lion Dance masuk


Lion Dance
**** Selesai Persembahan

Begitulah selesainya pesembahan tarian singa yang begitu menarik dan


bertenaga.

Untuk makluman, pasukan tarian singa ini dijemput khas oleh yang
diraikan Datin Kwok Sau Yoon untuk tontonan kita semua bersempena
dengan Sambutan Tahun Baru Cina. Terima kasih diucapkan.

*** sekiranya diawalkan, teruskan ke ___________________

Penutup
Ditanjung Katung airnya biru,
Tempat dara mencuci muka,
Duduk sekampung lagikan rindu,
Inikan pula jauh dimata.

Pucuk pauh delima batu,


Anak sembilang ditapak tangan,
Sungguhpun jauh beribu batu,
Hilang dimata dihati jangan

Nampaknya, majlis kita sampai ke penghujungnya. Pihak majlis mohon

3
mengambil kesempatan waktu di penghujung ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan
majlis persaraan ini dapat dilangsung dengan meriahnya.
Sekian, Wassalamualakum wbt.

Dipersilakan Datin Kwok Sau Yoon bersama- sama barisan pentadbir,


guru-guru serta pelajar ke hadapan pentas untuk sesi bergambar kenang
kenangan.

Anda mungkin juga menyukai