Anda di halaman 1dari 5

Teks ucapan Majlis Penutupan Bulan Bahasa 

Tahun 2021

Bismillahirrahmanirrahim

Yang Bersuha, Assoc. Prof. Dr. Sarimah Binti Shamsudin


(ahli lembaga pengarah SRSAAPM)

Muallim Hazim Bin Rosnan selaku Guru Besar SRAAPM.

Yg Dihormati Muallimah Nurul Hafisah Binti Abd Rahim sebagai (GPK


Kurikulum)

Muallimah Fadhilatul Ehsan Binti Fakhrul Adabi sebagai (GPK HEM)

Muallim Amir bin Mazmi (Pemngku GPK Kokurikulum)

Serta Muallim muallimah dan murid-murid yang dikasihi sekalian. Moga


semua berada di dalam naungan dan rahmat Allah SWT.

Dengan segala hormatnya, saya ucapkan, Assalamualaikum, wbt, dan salam


sejahtera.

Bagi memuliakan lagi majlis kita pada pagi ini marilah kita terlebih dahulu
sama-sama memanjatkan doa agar majlis kita diberkati oleh Allah SWT.

Untuk itu, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Muallim Amir bin


Mazmi untuk memimpin bacaan doa, dengan segala hormatnya dipersilakan.

[ BACAAN DOA]

Majlis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Muallim Amir di


atas bacaan doa sebentar tadi.

Seterusnya murid diminta bersedia untuk menyanyikan Lagu Asmaul


Husna, Lagu Negaraku, Lagu Selangor &Lagu Sekolah.

[ NANYIAN LAGU ASMAUL HUSNA, NEGARAKU, SELANGOR,


SEKOLAH]

Seterusnya majlis menjemput Adik RAHAADATUL AISY BINTI


MUHAMMAD AIZUDDIN dari kelas 5Abu Bakar untuk membacakan ikrar.
Majlis mempersilakan,

[ BACAAN IKRAR]

Majlis mengucapkan terima kasih kepada adik Rahaadatul atas bacaan ikrar
sebentar tadi.
Seterusnya, majlis ingin memaklumkan bahawa guru - guru yang bertugas
pada minggu ini iaitu Muallim Muhammad Amrun, Muallimah Zafirah, dan
Muallimah Syuhada. Majlis menjemput Muallimah Zafirah untuk
menyampaikan sepatah dua kata. Dengan segala hormatnya majlis
mempersilakan.

[ UCAPAN GURU BERTUGAS]

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Muallimah Zafirah di atas ucapan


sebentar tadi. Semoga kita semua dapat ambil iktibar darinya.

Dengan ucapan tersebut maka telah tamatlah majlis perhimpunan kita pada
hari ini.

Majlis kini akan beransur pula kepada agenda yang seterusnya iaitu majlis
penutupan Bulan Bahasa SRAAPM.

Alhamdulillah, thummal alhamdulillah, thummal alhamdulillah.

Setelah sebulan Bulan Bahasa dijalankan, akhirnya kita telah sampai ke


penghujung yang sudah lama dinanti-nantikan oleh para Muallim dan
muallimah para pelajar yang dikasihi sekalian.

Banin banat dan Muallim muallimah yang dikasihi sekalian, Program Bulan
Bahasa merupakan salah satu program tahunan yang diadakan oleh Panitia
Bahasa yang telah dilancarkan pada 9 Ogos yang lalu.

Bulan Bahasa dilancarkan dengan niat untuk menyemai semangat sayang


akan kepelbagaian bahasa dan juga mengasah bakat serta pengetahuan para
murid selari dengan ciri – ciri insan Rabbani. Iniatif ini selari dengan tema
Bulan Bahasa iaitu.

“INDAH BAHASA TUNGGAK KEMENJADIAN MURID”

Bagi memeriahkan lagi majlis penutup Bulan Bahasa SRAAPM 2021,


majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput, Yang Berusaha Prof Assoc.
Prof. Dr. Sarimah Binti Shamsudin selaku ahli lembaga pengarah SRSAAPM
untuk menyampaikan ucapan. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

[ UCAPAN PROF DR SARIMAH]

Pihak majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Dr.


Sarimah di atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Kini kita telah sampai ke agenda yang dinanti – nantikan iaitu Majlis
Penyampaian Hadiah dan juga tayangan video – video persembahan dan aktiviti
– aktiviti yang telah dijalankan sepanjang bulan.
Kita akan mulakan bagi kategori Bahasa Melayu. Terdapat 7 aktiviti yang
telah dijalankan sepanjang Bulan Bahasa bagi kategori Bahasa Melayu iaitu
pertandingan sajak, pantun, syair, pidato, bercerita, nyanyian lagu melayu asli
dan juga permainan Bahasa.

Majlis bakal menyaksikan sedutan persembahan lagu Melayu Asli oleh


saudara Ahmad Imran Khair bin Shahrizal dari 6 Abu Bakar.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

[ IMRAN KHAIR, LAGU MELAYU ASLI]

Suara merdu bila menyanyi,


Irama lagu joget menari.
Hati tak rindu rasa tak sunyi,
Walau menunggu setiap hari.

Sungguh merdu suara saudara Imran Khair dalam sedutan persembahan


beliau sebentar tadi.

Kini sudah sampai masanya majlis kita diteruskan lagi dengan penyampaian
hadiah bagi pertandingan – pertandingan kategori Bahasa Melayu.

[ PENYAMPAIAN HADIAH BAHASA MELAYU]

Majlis mengucapkan setinggi – tinggi tahniah kepada semua para


pemenang. Moga dengan kemenangan ini, ia akan membakar lagi semangat
para murid untuk terus maju dalam mencungkil bakat dan pengetahuan.

Seterusnya majlis bakal menyaksikan satu lagi sedutan persembahan


daripada pemenang – pemenang iaitu sebuah sajak yang dipersembahkan oleh
saudari Noor Raudhatuljannah Binti Ahmad Syamim dari 4 Abu Bakar.

[ VIDEO RAUDHATULJANNAH, SAJAK]

Seterusnya majlis akan beransur kepada minggu Bahasa Inggeris atau


English Fun Week oleh panitia Bahasa Inggeris. English Fun Week telah
menjalankan 5 pertandingan iaitu, Wordsearch, Storytelling, Masquerade Mask
Making, Take It Out Competition dan American Breakfast Video.

But before that, we will start the English Week category by watching a
Storytelling video by our fellow student Muhammad Aysar bin Mohd Nazren
from 2 Zainab.

[ VIDEO MUHAMMAD AYSAR, STORYTELLING]

What a talent. We are very thankful to have seen such a heartfelt performance
by our fellow student.
Next, we will about to see the winners of all the competitions that have been
held throughout the month.

[ PENYAMPAIAN HADIAH ENGLISH]

Congratulations to all the winners of English Fun Week. The school would
like to express our highest gratitude towards everyone how has participated in
the competitions.

May this victory be a huge catalyst to our effort in improving our English skills
as well as our enthusiasm in learning.

Before we continue, the school would like to showcase to everyone a


performance footage of Nur Fatihah Husna Binti Faris Mahida from 4 Abu
Bakar in her submission of the American Breakfast competition.

[ VIDEO FATIHAH, AMERICAN BREAKFAST]

Jadi setakat ini, kita telah lihat pemenang – pemennag bagi kategori Bahasa
Melayu dan juga pemenang – pemenang bagi kategori Bahasa Inggeris.

Sudah tibanya masa untuk kita lihat aktiviti – aktivit dan juga pemenang –
pemenang bagi kategori Bahasa Arab pula. Aktiviti – aktivit untuk kategori
Bahasa Arab adalah pertandingan poster kreatif tahun 1 & 2, pertandingan
tulisan cantik tahun 3, pertandingan membaca petikan tahun 4 & 5 dan akhir
sekali pertandingan vlog tahun 6.

Majlis bakal menyaksikan salah satu penyertaan oleh saudari Norhana Syafie
Khalisya dari 6 Abu Bakar dalam pertandingan vlog. Falyatafadhhal
masykura.

[ VIDEO NORHANA, VLOG]

Masyaallah, Sungguh berbakat anak – anak murid di SRAAPM dan cukup fasih
dalam berbahasa arab. Moga keberanian dan semangat yang ditunjukkan oleh
adik Norhana dapat dicontohi oleh semua para murid yang lain.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan –


pertandingan sepanjang Minggu Bahasa Arab.

[ PENYAMPAIAN HADIAH BAHASA ARAB]

Alhamdulillah. Mabruk diucapkan ke atas semua para pemenang bagi kategori


Bahasa Arab. Moga dengan kemenangan in, semangat mempelajar Bahasa Al-
quran ini dapat disemai supaya Bahasa yang indah dan mulia ini dapat
diangkatkan lagi serta ilmu ditingkatkan. Seperti kata – kata ulama.

Al ilm fil aql kasy syamsu fis Sadri.


Ilmu di minda seperti matahari di dalam dada.
Seterusnya majlis bakal menyaksikan saudari Qalesha Nur Khadijah Bt
Muhammad Qayyum dari 5 Abu Bakar dalam penyertaannya dalam
pertandingan membaca petikan. Falyatafadhhal masykura.

[ VIDEO QALESYA, BACA PETIKAN]

[ VIDEO PENUTUP]

Dengan tamatnya video penutup sebentar tadi, maka telah berakhirlah Bulan
Bahasa SRAAPM 2021.

Pihak majlis merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan Bulan Bahasa SRAAPM 2021.

Majlis juga ingin memohon maaf sekiranya adanya sebarang kekurangan


dan kesilapan. Segala yang baik datang daripada Allah, dan segala yang buruk
itu datangnya dari kami sendiri. Saya sudahi majlis dengan surah al asr dan
tasbih kaffarah.
Jejaran mengkudu bias kesuma
Dicelah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain masa bersua kembali
Jejaran mengkudu bias kesuma
Dicelah angsana di Kuala Sedeli
Akhir di sini noktah bersama
Di lain Jejaran mDicelah angsana Kuala Sedeli,

Murid-murid boleh bersurai masuk ke kelas Pdpr masing-masing. Sekian terima


kasih.

Assalamualaikum wbt.

Anda mungkin juga menyukai