Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

CUE ANN.

KETIBAAN Mengumumkan ketibaan Yang dihormati, Encik Mahari bin Kapor,


Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai diiringi
Tuan Guru Besar dan barisan Penolong Kanan menuju ke
Persada Perpaduan.

SALUTASI Assalammualaikum w.b.t. Salam Sejahtera dan Salam Muafakat


Johor.

Yang dihormati,
Encik Mahari bin Kapor,
Yang dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kota Masai.

Yang berusaha,
Tuan Haji Kamaruddin bin Abu Hassan,
Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Yang dihormati,
Puan Norhaliza binti Taha,
Penolong Kanan Pentadbiran Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Encik Saifuldin bin Hassan,


Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Kota Masai

Ahli Jawatankuasa penyelaras Majlis Sambutan Maulidur Rasul


Sekolah Kebangsaan Kota Masai,

Barisan guru-guru seterusnya murid-murid yang dikasihi.

Hadirin yang dirahmati,


KATA-KATA ALUAN
PENGACARA Kayu dibelah di tepi paya,
Sampai di baruh gelap gelita,
Lahirnya Rasulullah membawa cahaya,
Menerangi seluruh alam semesta.

Sampai di baruh gelap gelita,


Suram cahayanya di rumah bonda,
Menerangi seluruh alam semesta,
Dengan berkatnya kelahiran baginda.

Sesungguhnya, kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad


s.a.w. yang merupakan Khatimul Anbia’ dinanti-nantikan oleh
sekalian makhluk. Kelahiran Baginda membawa sinar cahaya
yang menerangi kegelapan jahiliah. Baginda memandu hati dan
jiwa dengan menjunjung Islam sebagai penunjuk arahnya.

Justeru, sambutan Maulidur Rasul 1439 Hijrah ini merupakan satu


pembuktian cinta kita terhadap Baginda Rasulullah s.a.w. yang
tidak berbelah bahagi selain mengamalkan sunnah Baginda dan
menjadikan Rasulullah sebagai idola sepanjang zaman.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

BACAAN DOA Para guru dan murid yang dihormati,

Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, pihak majlis menjemput
dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Wan Mohd Zainal Abidin bin
Wan Dollah untuk memimpin bacaan doa. Majlis mempersilakan.

- Amin, amin ya Rabba; ‘alamin. Semoga bacaan doa


sebentar tadi memberikan kelancaran majlis kita pada hari
ini.

UCAPAN YDP PIBG Hadirin dan hadirat yang dikasihi,

Majlis kita terus beranjak dengan atur cara seterusnya. Pihak


majlis berbesar hati menjemput dan mempersilakan, Yang
dihormati Encik Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Kota Masai untuk menyampaikan ucapan. Majlis
dengan segala hormatnya mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih.

CERAMAH Para guru dan murid,


MAULIDUR RASUL
Majlis diteruskan lagi dengan agenda utama majlis dengan
menjemput dan mempersilakan, Al-Fadhil Ustaz Abdul Mahfuz bin
Abdul Mubin untuk tampil bagi menyampaikan ceramah Maulidur
Rasul. Majlis dengan penuh takzimnya mempersilakan.

- Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadhil Ustaz


atas penyampaian ceramah yang sungguh bermanfaat
sebentar tadi. Semoga semua guru dan murid dapat
mengambil ibrah dan tarbiah daripada ceramah yang
disampaikan sebentar tadi.

PERTANDINGAN Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah,


SELAWAT
Majlis kita akan dimeriahkan lagi dengan pertandingan selawat.
Untuk pengetahuan hadirin, pertandingan selawat ini merupakan
pertandingan di antara pasukan unit beruniform Sekolah
Kebangsaan Kota Masai di bawah kelolaan Ustazah Nur Hidayah
binti Almi.

Tanpa melengahkan masa, pihak majlis menjemput dan


mempersilakan kumpulan yang pertama,
Untuk menyampaikan persembahan selawat. Dipersilakan.

(Pertandingan selawat)
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

PERSEMBAHAN Para hadirin yang dikasihi,


NASYID Alangkah molek majlis kita andai diserikan dengan persembahan.
Untuk itu, pihak majlis menjemput dan mempersilakan, Ustaz
Wan Najib bin Wan Anuar untuk menyampaikan persembahan
dua buah lagu iaitu, Ya Rasulullah dan Perkhabaran Yang Pasti.
Majlis mempersilakan.

- Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustaz


atas persembahan yang menarik sebentar tadi.

PENYAMPAIAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


HADIAH
Kini, tibalah kita ke acara penyampaian cenderahati dan hadiah.
Untuk menyempurnakannya, pihak majlis berbesar hati
menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji
Kamaruddin bin Abu Hassan, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kota Masai diiringi Puan Norhaliza binti Taha, Penolong Kanan
Pentadbiran untuk tampil ke pentas utama. Dipersilakan.

Pihak majlis menjemput dan mempersilakan Yang dihormati,


Encik Mahari bin Kapor, Yang dipertua PIBG Sekolah
Kebangsaan Kota Masai untuk menerima cenderahati daripada
pihak sekolah. Dipersilakan.

Seterusnya, dijemput Ustaz Abdul Mahfuz bin Abdul Mubin untuk


tampil menerima cenderahati. Majlis mempersilakan.

Bagi pertandingan selawat sempena Sambutan Maulidur Rasul


peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai, diumumkan
pemenang Tempat kelima,
Tempat keempat
Tempat ketiga
Naib Johan
Johan

(Penyampaian hadiah pertandingan selawat)

Seterusnya, pihak majlis menjemput dan mempersilakan


Kumpulan Kompang Sekolah Kebangsaan Kota Masai untuk naik
ke pentas bagi menerima cenderahati.

Dan, majlis menjemput Ustaz Wan Muhammad Najib bin Wan


Anuar untuk tampil menerima cenderahati. Dipersilakan.

- Pihak majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada


Tuan Guru Besar atas kesudian menyampaikan
cenderahati dan hadiah sebentar tadi.
TEKS PENGACARAAN MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

BERSURAI Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Dengan itu, berakhirlah majlis Sambutan Maulidur Rasul


peringkat Sekolah Kebangsaan Kota Masai pada hari ini. Pihak
majlis menjemput dan mempersilakan para guru dan murid untuk
menikmati juadah yang disediakan. Mohon tindakan guru kelas
untuk mengagihkan makanan kepada murid-murid.

Sekian, Assalammualaikum w.b.t

Anda mungkin juga menyukai