Anda di halaman 1dari 4

Ucapan Salutasi

Yang Berbahagia,
Datuk Ruslan B. Madon, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayubi,
Doktor

Haji Azhar

Yaakub

selaku

penceramah

jemputan

Program

Munajat

Kecemerlangan Sempena UPSR, UPSRA, dan PT3.


Yang Berusaha,
Tuan Hj. Sabar B. Mat, Timb Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayubi,
Ustaz Muhammad Jalani B. Ahmad, Ketua Imam Masjid Salahuddin Al-Ayubi,
Yang Dihormati
En Mohd Sadli B. Harun, Guru Besar SK Taman Melati merangkap Pengerusi Biro
Pendidikan Masjid Salahuddin Al-Ayubi
En. Mohd Faizullah B. Buyong, Guru Besar SK Taman Setia,
Pn. Nuriah Bt Shaari, Guru Besar SRA Al-Falahiah Taman Melati
En. Kherul Anwar B. Hj. Othman, Guru Besar SRA Salahuddin AL-Ayubi
En. Azuar B. Hussin, Pengetua SMK Taman Melati,
ibu bapa, guru-guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalamualaikum w.b.t

Intro MC
- Beritahu berkaitan dengan majlis munajat
Bacaan Doa
Bunga mawar cantik tersemat,
Dipetik gadis di tepi titi,
Doa dibaca memohon rahmat,
Moga majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan program kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah
sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh
Ustaz Hishamuddin B. Abdullah
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan
terima kasih kepada Ustaz Hishamuddin B. Abdullah atas bacaan doa sebentar tadi.
Baca Biografi Penceramah
Sebelum saya menjemput penceramah kita pada hari ini, suka untuk saya
menceritakan sedikit biodata diri penceramah.
Jemput Penceramah
Tuan-tuan, puan-puan, ibu-ibu dan bapa-bapa,
Kini tibalah masanya untuk sama-sama kita dengarkan ceramah motivasi yang akan
disampaikan oleh Yang Berbahagia Doktor Haji Azhar Yaakub. Majlis dengan segala
hormatnya mempersilakan.
Demikianlah tadi ceramah motivasi yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia
Doktor Haji Azhar Yaakub. Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Dengan ceramah
yang telah dengar sebentar tadi, diharapkan semua murid mendapat input yang
berguna.

Penyampaian Cenderamata
Hadirin dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata kepada penceramah kita
pada hari ini.
Untuk menyempurnakan upacara tersebut, majlis dengan ini ingin menjemput dan
mempersilakan YB Datuk Ruslan B. Madon, Pengerusi Masjid Salahuddin Al-Ayubi
diiringi En Mohd Sadli B. Harun, Guru Besar SK Taman Melati merangkap Pengerusi
Biro Pendidikan Masjid Salahuddin Al-Ayubi. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada YB Datuk Ruslan B. Madon di atas kesudian
menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita sebentar tadi.
Penutup
Kalaulah ada sumur di ladang,
Bolehlah kami menumpang mandi,
Kalaulah ada umur yang panjang,
InsyaAllah kita jumpa lagi.
Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian,
Saya mewakili majlis ingin mengucapkan ucapan rasa syukur dan terima kasih kepada
semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis kita pada hari ini sama ada secara
langsung mahupun tidak langsung. Moga program kita pada hari ini mendapat
keberkatan daripada Allah s.w.t.
Dikesempatan ini, saya ingin memohon maaf andai tersalah bicara dan kata sepanjang
mengacarakan

majlis

ini.

Sekian

walhidayah..wassalamualaikum w.b.t.

sahaja,

salam

hormat,

wa

billahit

taufiq

Anda mungkin juga menyukai