Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Asrama

Indah berbalam si awan petang,


Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berusaha Tuan Guru Besar SK Matang Kunda En Shahrullizam b. Saparman,

Yang dihormati En Azman b. Mohd Yusof, Guru Kanan Pentadbiran SK Matang


Kunda,

Yang dihormati En Hasan Hisamuddin b. Ahmad, Guru Kanan Hal Ehwal Murid SK
Matang Kunda,

Yang dihormati En Mohd Hasrol Nizam b. Mohd Hadzir, Guru Kanan Ko Kurikulum
SK Matang Kunda,

Barisan guru-guru dan seterusnya semua murid Sk Matang Kunda selaku


peserta Kem Kepimpinan Pelajar yang sangat dikasihi sekelian.

Assalammualaikum wbh.

Alhamdulillah. Bersyukur kita kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya,


program Kepimpinan Pelajar kita telah pun sampai ke penghujung. Pastinya
pada detik ini pelbagai perasaan berbaur-baur dalam sanubari masing-
masing. Dan segala yang berbaur itu menjadi satu pengajaran dan kenangan
yang akan terua dikenang selamanya dalai lipatan sejarah.

Tuan-tuan dan puan-puan, sidang hadirin yang dimuliakan;

Tetak buluh kajang sepuluh,


Laksana dititing kias ibarat;
Angkat tangan jemari sepuluh,
Doa di pohon biar selamat.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-Fadhil Ustaz Khairuddin bin


Zainon Untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

(Selesai bacaan doa)

Amin ya rabulalamin.
Sepanjang 4 hari 3 malam di sini, pelbagai pendedahan aktiviti telah kami
lakukan bersama. Banyakpengalaman yang kami peroleh. Untuk mendengar
secara lebih menyeluruh rentetan pengalaman dan perasaan sepanjang kami
di sini, dipersilakan dengan segala hormatnya Yang Berusaha Tuan Kem
Komandan untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.

Demikian tadi ucapan dan sedikit luahan pengalaman sepanjang kami di sini.
Majlis merakamkan ucpan terima kasih.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam.

Terbang di awan burung jentayu,


Batu diangkat bunyi meletup;;
Kata azimat kami merayu,
Sebagai ucapan kata penutup.

Majlis menjemput dan mempersilakan Yang Berusaha Tuan Penolong Pengarah


Pusat Kokurikum untuk memberi ucapan dan seterusnya merasmikan
penutupan Kursus Kepimpinan Pelajar anjuran Bersama SM Sains ubang Pasu
dan SMK Sultanah Bahiyah dari 20 23 April 2011. Dipersilakan.

Terima kasih atas ucapan perasmian sebentar tadi.

Sekali lagi majlis menjemput dan mempersilakan Tuan


.. diiringi PK HEM SMK Sultanah Bahiyah
dan PK Koourikulum SM Sains Kubang Pasu untuk menyampaikan hadiah dan
sij-sijil penghargaan kepada para pemenang. Dipersilakan.

Kategori .Nama / Kumpulan :

Kategori .Nama / Kumpulan :

Kategori Nama / Kumpulan :

Kategori Nama / Kumpulan :

Kategori .Nama / Kumpulan :


Kategori .Nama / Kumpulan :

Majlis merakamkan ucapan terima kasih. Tuan-tuan dan puan-puan;

Banyak keluk ke penarik

Keluk tumbuh pohon kuini;


Nan elok bawalah balik,
Nan tak elok tinggallah di sini.

Dipersilakan tuan-tuan dan puan-puan serta para peserta untuk menikmati


makan tengahari sebelum bersurai.

Bunga dedap di atas para,


Anak dusun pasang pelita;
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai