Anda di halaman 1dari 2

ANTONIM

Pilih perkataan berlawan dengan perkataan yang bergaris dalam ayat di bawah ini.

1 Pada akhir tahun ini, harga getah akan merosot.


A mengembang C membesar
B meningkat D meninggi

2 Tindakan kamu itu akan menyenangkan kerja kami.


A melambatkan C menghalang
B menyukarkan D mengganggu

3 Kami akan menuruti arahan jurulatih pasukan kami.


A mengikuti C mengingkari
B melarang D membantah

4 Negara itu mengalami musim tengkujuh pada awal tahun.


A kemarau C banjir
B dingin D luruh

5 Baginda menitahkan kekanda baginda mengetuai pasukan perang negara.


A anakanda C adinda
B memanda D cucunda

6 Hidupnya bahagia semenjak kematian ibunya.


A sedih C susah
B dukacita D sengsara

7 Persahabatan antara Nizam dengan Yazid semakin lama semakin renggang.


A dekat C padat
B erat D ketat

8 Apabila hari menjelang senja, berduyun-duyun nelayan menuju ke laut lepas.


A subuh C petang
B pagi D gelap

9 Buku Panduan Khas itu dianggap mustahak oleh guru-guru Tahun Enam.
A remeh C senang
B mudah D enteng

10 Cincin di jari manis Adibah digadaikan oleh tunangnya.


A dijual C ditebus
B diambil D dipinjam
11 Orang utan di zoo itu sangat jinak.
A bengis C garang
B taat D liar

12 Murid baru itu mempelawa saya bekalan yang dibawanya.


A mengajak C mengusir
B menyambut D menerima

13 Kamu tidak perlu waswas akan ketulenan barang itu.


A yakin C faham
B faham D ragu-ragu

14 Majikan Encik Zahari memuji kerja yang dilakukannya.


A membantah C menegur
B mengeji D membantah

15 Pelajar itu sungguh gembira kerana mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR.
A sepi C sedih
B sayu D murung

Anda mungkin juga menyukai