Anda di halaman 1dari 13

BAHAGIAN A

[20 markah]
[Masa yang dicadangkan: 30 Minit]

Arahan: Jawab semua soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu
A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan sahaja.

Soalan 1 hingga soalan 4


Lengkapkan ayat yang berikut dengan memilih jawapan yang paling sesuai.

1. Kadar inflasi negara kita semakin meningkat ekoran daripada harga


barang.
A kenaikan
B kemasukan
C kedatangan
D kemunculan

2. Kudin menggunakan beberapa kain untuk membuat layar kapalnya.


A helai
B keping
C kajang
D lembar

3. Pegawai yang disyaki itu sedang disoal siasat oleh pihak Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
A makan hati
B makan gaji
C makan suap
D makan angin

4. Murid-murid Tiga Cerdik laman sesawang berkaitan untuk mencari


maklumat tentang kajian kes mata pelajaran Geografi mereka.
A melayari
B memasuki
C menjelajahi
D menerawang

1
Soalan 5 dan 6
Ayat-ayat di bawah ini mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditanda dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah
ditandakan dengan D.

5. Peraturan menggunakan tanda nama telah dikuat kuasakan sejak tahun lepas.
Tiada kesalahan. A B C
D

6. Dengan menggunakan resepi yang diwarisi sejak turun-temurun, nasi beriani yang
A B
dijual oleh Mak Jah amat enak sekali. Tiada kesalahan.
C D

Soalan 7 dan 8
Pilih ayat yang menggunakan perkataan yang berhuruf condong dengan betul.

7. I Akibat sikap melulu kamu, habis perang peranda semuanya.


II Perang saraf antara kedua-dua parti politik itu menjengkelkan rakyat.
III Rupa paras Zaleha sememangnya menarik dengan rambutnya yang perang.
IV Kesilapan maklumat mengakibatkan perang mulut tercetus antara kedua-dua
pekerja syarikat akhbar itu.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

8. I Nia membungkus cincin itu dengan kain baldu.


II Keheningan malam itu terasa membungkus diri kami.
III Mereka pandai benar membungkus rahsia perasaan masing-masing.
IV Kilang itu baru sahaja membeli sebuah lagi mesin membungkus gula-gula.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D I, III dan IV sahaja

2
Soalan 9 dan 10.
Bahagian yang bergaris dalam ayat berikut mungkin mengandungi kesalahan
penggunaan bahasa atau mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C
jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan.

9. Setelah meneliti semua syarat-syarat yang terkandung dalam surat perjanjian


itu, Akmal menandatangani surat perjanjian tersebut di hadapan peguamnya.

A semua syarat
B semua bersyarat
C semua-semua syarat
D semua syarat-syarat

10. Komposer yang terkenal itu telah menghasilkan beberapa buah lagu-lagu baharu
yang pasti akan diminati oleh orang ramai.

A beberapa buah lagu


B berapa jenis lagu-agu
C berapa buah lagu-lagu
D beberapa buah lagu-lagu

Soalan 11dan 12.


Pilih ayat-ayat yang betul.

11. I Murid yang tertinggi sekali itu baru sahaja berpindah ke sekolah saya.
II Buah-buahan tempatan bukan sahaja enak malahan banyak khasiatnya.
III Konsert penyanyi yang terkenal itu terpaksa dibatalkan oleh sebab
masalah yang tidak dapat dielakkan.
IV Peserta ekspedisi itu menemui barang-barang tinggalan di zaman Jepun di
kawasan perkhemahan itu.

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

12. I Reka bentuk rumah baharu itu diilhamkan dari abang.


II Pertandingan ini perlu dimenangi oleh kalian pada hari ini.
III Murid kelas Tiga Neptun menyusun kerusi-kerusi di dewan terbuka
sebelum majlis bermula.
IV Peraturan-peraturan di sekolah akan dikaji semula oleh pihak kerajaan dalam
usaha membendung salah laku murid-murid.

3
A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 13
Pilih peribahasa yang paling sesuai.

13. Akmal kelihatan resah gelisah apabila guru disiplin hendak membuat pemeriksaan
secara mengejut terhadap beg sekolah murid-murid.

Keadaan Akmal ini dikatakan.

A Seperti gergaji dua mata.


B Seperti emas bari disepuh.
C Seperti cacing kepanasan.
D Seperti rusa masuk kampung.

Soalan 14 hingga soalan 17


Berdasarkan petikan drama di bawah. Jawab soalan-soalan yang berikutnya.

MUZAMIR: Kami menghayati melalui hati kami. Jari-jari yang menyentuh alam yang segar
ini akan terus tertancam di hati. (Tersenyum).
AZIZI: Dan, inilah kumpulan orang cacat penglihatan pertama yang smpai ke mari. Oh ya,
Zam! Punyalah banyak pihak yang menyediakan kemudahan berkayak, kenapa
tempat peranginan ini yang menjadi pilihan?
MUZAMIR: Sebenarnya, dulu, rakan-rakan sepejabat saya ada bertandang ke mari untuk ekspedisi
berkayak.
AZIZI: Ya? Zam tak ikut serta dengan mereka?
MUZAMIR: Memang saya nak ikut. Tapi mereka pandang remeh keinginan saya. Mereka
perkecilkan keupayaan saya.
AZIZI: Sebab itulah Zam mengusahakan ekspedisi ini, ya?
MUZAMIR: Ya, bang. Kebetulan, saya dapat tahu alamat tempat peranginan ini daripada perbualan
mereka. Tambah menyemarakkan semangat saya untuk ke mari ialah pujian-pujian
mereka terhadap kakitangan dan keindahan di sini.
AZIZI: Tapi, masa Zam mengajukan permohonan kepada kami, Zam terfikir tak kemungkinan
permohonan Zam akan ditolak?
MUZAMIR: Terfikir juga, bang. Bukan senang tempat peranginan dan pusat-pusat rekreasi nak
membenarkan kami orang cacat menggunakan kemudahan dan peralatan mereka.
Macam mana pun, setelah saya susuli surat saya dengan penggilan telefon, saya yakin
pihak tempat peranginan ini ikhlas menyambut kedatangan kami.

4
§

Dipetik daripada drama Tenang-tenang Air di Tasik,


Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3
Kementerian Pendidikan Malaysia.

14. Apakah maksud rangkai kata menyemarakkan semangat?

A Meluaskan usaha
B Membuka peluang
C Menyatakan kemahuan
D Meningkatkan keinginan

15. Pilih perwatakan Azizi yang terdapat dalam petikan drama.

A Mementingkan diri sendiri


B Bijak menanyakan soalan kepada orang lain
C Sentiasa menjaga hati orang lain ketika bertanyakan soalan
D Memandang rendah akan kemampuan golongan kelainan upaya

16. Mengapakah Muzamir yakin bahawa permohonannya untuk ke pusat rekreasi itu
akan diluluskan?

A Muzamir dan rakan-rakannya sering menyertai aktiviti rekreasi


B Muzamir merupakan golongan kelainan upaya yang perlu
diberikan keutamaan.
C Azizi akan membantunya untuk mendapatkan kelulusan daripada pusat
rekreasi itu.
D Muzamir telah mengutus surat dan menelefon pusat rekreasi tersebut
untuk menunjukkan kesungguhannya.

17. Yang berikut merupakan faktor-faktor Muzamir memilih tempat peranginan tersebut
sebagai destinasi untuk mengadakan rekreasi, kecuali

A tempat tersebut banyak menyediakan kemudahan untuk berkayak


B pujian rakan-rakannya terhadap kakitangan dan keindahan tempat itu.
C rakan-rakan sepejabatnya pernah berkunjung ke situ untuk
ekspedisi berkayak.
D dia mengetahui alamat tempat peranginan tersebut daripada perbualan
rakan-rakannya.

5
Soalan 18 hingga soalan 20
Berdasarkan petikan cerpen di bawah. Jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Hujan yang turun renyai-renyai sejak semalam berlarutan hingga ke pagi. Cuaca sejuk.
Beluntung memakai baju hujan warna kuning. Melihat Beluntung menghampiri Tuyog, Bawod
menjerit-jerit. Bawod mengekori Tuyog hingga ke tebing sungai. Tiba-tiba hujan turun dengan
lebat. Bawod diam sebentar tidak tahu apakah yang harus dilakukan. Tiba-tiba kilat memancar
disusuli dengan dentuman petir yang kuat. Bawod terkejut lalu terjun ke dalam sungai untuk
mengejar Tuyog. Akhirnya, Bawod berjaya juga menyeberangi sungai.
Muka Beluntung basah. Ketika menyapu mukanya dengan tangan, dia teringat betapa
takutnya Bawod dengan air. Apabila hujan turun, Bawod akan segera berlari ke bawah kolong
dan tidak berani keluar hingga hujan berhenti. Pernah juga Beluntung mengikat Bawod pada
pohon nangka dan menyiram kepalanya dengan air. Bawod terjerit-jerit sebelum tergigil-gigil
kesejukan. Akan tetapi sekarang Bawod boleh menyeberang sungai. Air sungai sama sejuk.
Sama sejuknya dengan air hujan. Bawod sudah sanggup masuk ke dalam sungai.
Hujan semakin lebat disusuli dengan tiupan angin kencang. Beluntung berasa sangat
terganggu dengan keadaan itu. Tiba-tiba, dia berasakan hujan itu menghalangnya ke sekolah.
Angin seperti sengaja menanggalkan baju hujannya. Dia tidak mahu jatuh sakit kerana
kehujanan. Dia mahu ke sekolah. Aku tidak sakit, jerit hatinya.

Dipetik daripada cerpen


Bawod, Antologi Bintang Hati,
Tingkatan 3 Kementerian
Pendidikan Malaysia.

Bawod diam sebentar tidak tahu apakah yang harus dilakukan.

18. Peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas ialah

A berbesar hati.
B berputih mata.
C berlapang dada.
D berbelah bahagi.

19. Apakah perkara yang menghairankan Beluntung apabila melihat Bawod


menyeberang sungai?

A Bawod yang sangat takut akan air boleh menyeberang sungai.


B Bawod menjerit-jerit apabila melihat Beluntung menunggang Tuyog.
C Bawod sangat suka akan air hingga sanggup terjun ke dalam sungai.
D Bawod menghalangnya pergi ke sekolah apabila hujan semakin
lebat.

6
20. Yang berikut ialah faktor-faktor yang menyebabkan Beluntung berasa sangat
terganggu apabila berhadapan dengan hujan lebat dan tiupan angin
kencang, kecuali

A hujan menghalangnya ke sekolah


B hujan akan menyebabkannya jatuh sakit.
C angin kencang seperti sengaja menanggalkan baju hujannya.
D hujan dan angin kencang menyebabkan Bawod terjerit-jerit dan tergigil-
gigil kesejukan.

BAHAGIAN B
[25 markah]
[Masa yang dicadangkan: 45 Minit]

Soalan 1(a)
Dalam iklan di bawah ini, terdapat tiga kesalahan ejaan. Kenal pasti kesalahan
tersebut dan tulis ejaan yang betul pada ruang jawapan yang disediakan. Anda tidak
perlu menyalin iklan itu semula.

KARNIVAL KEUSAHAWANAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 2019
“Keusahawanan Kerjaya Pilihan”
Diskaon
jualan
buku
Tarikh: 1-9 June 2019 sebanyak
Masa: 8:00 pagi – 10:00 malam 10%
Tempat: Kolej Ungku Omar Kampus Sultan Azlan Shah,
UPSI
Aktiviti menarik: Motivasi keusahawanan, Ceramah Tata cara
pendaftaran perniagaan, Cabutan bertuah, Pameran, Kempen derma
darah, Gerai jualan dan banyak lagi.

Semua dijemput hadir.

7
(i)
(ii)
(iii) [3 markah]

8
Soalan 1(b)
Susun semula perkataan atau frasa di bawah ini supaya menjadi ayat susunan
biasa yang gramatis. Ayat yang dibina hendaklah menepati pola ayat dasar yang telah
ditetapkan. Anda hendaklah menggunakan semua perkataan yang diberikan dan tidak
boleh menambah perkataan lain.

(i) di dibawa Angkatan Tentera Malaysia pulang akan Arab Saudi

Pola: Frasa nama + Frasa sendi nama

(ii) menganugerahkan kepada bintang kebesaran baginda sukan tokoh itu

Pola: Frasa nama + Frasa kerja

[2 markah]

Soalan 2
Baca bahan-bahan yang diberikan dengan telitinya. Kemudian, jawab soalan-soalan
yang berikutnya.

BAHAN 2
BAHAN 1
Nafisa menutup komputer ribanya.
Akhirnya akulah yang akan
Dia berasa lega kerana berjaya
membawa tapai ubi itu ke warung-warung menyiapkan tugasan yang diberikan oleh
berdekatan. Sudah menjadi rutin. Aku dan pensyarahnya. Nafisa merenung jauh ke
tapai, tapai dan aku seperti ada luar jendela. Dia teringat akan ibunya di
keserasiannya. kampung. Rindu benar dia kepada wanita
Setelah aku di universiti, baru aku itu. Dulu, Nafisa membantu ibunya menjual
sedar betapa bapa dan emak banyak nasi lemak dan kuih-muih di sebuah gerai.
berjasa kepadaku. Berkat hasil jualan tapai, Ibunya mahu mengumpul wang untuk
aku adik-beradik berjaya juga menjejakkan membiayai pengajiannya di menara
kaki ke menara gading. Aku sendiri tidak gading. Berkat kegigihan ibunya berniaga
menyangka aku diterima masuk ke fakulti secara kecil-kecilan, Nafisa berjaya
perubatan setelah hampir dua tahun aku melangkah ke universiti. Pengorbanan
belajar di sebuah pusat matrikulasi.
ibunya itu tidak terkira nilainya.

9
(i) Berdasarkan bahan 1 dan bahan 2, nyatakan rutin “aku” dan Nafisa sebelum
melanjutkan pelajaran di universiti. [3
markah]

(ii) Berdasarkan kedua-dua petikan, nyatakan persamaan antara “aku” dengan Nafisa.
[3 markah]

(iii) Pengorbanan ibu dan bapa untuk membesarkan anak-anak wajar dihargai dan
diberikan balasan yang sebaiknya.
Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh anak-anak
untuk membalas jasa ibu bapa? [4
markah]

10
BAHAGIAN C
[15 markah]
[Masa yang dicadangkan: 15 minit]

Bahagian ini mengandungi dua soalan. Jawab satu soalan sahaja.

Soalan 1

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang cara-cara untuk mengelakkan diri daripada bersikap boros.
Panjang ringkasan anda hendaklah antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda
digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal
petikan.

Kita sering diingatkan agar tidak membelanjakan wang yang belum ada atau dengan kata
lain, berhutang. Banyak cara yang dapat kita lakukan untuk berjimat cermat. Antaranya
termasuklah dengan menabung lebihan pendapatan atau perbelanjaan harian. Hasil
tabungan tersebut dapatlah kita gunakan pada waktu-waktu kesempitan tanpa perlu
menyusahkan orang lain. Selain itu, hasil tabungan dapat digunakan untuk membiayai kos
perubatan atau pendidikan pada masa hadapan.
Kita perlu mengawal diri daripada tabiat membeli-belah yang tidak terkawal.
Memang benar, telefon bimbit yang terkini atau pakaian dengan fesyen terbaharu cantik
sekali dan menawan hati. Namun, tanyalah diri sendiri sebelum membeli, adakah kita
benar-benar memerlukannya? Kita sewajarnya memanfaatkan sesuatu barangan dengan
sebaik-baiknya tanpa perlu membeli barangan baharu mengikut trend semasa. Pembeli
yang berhemat bijak merancang sebelum membeli sesuatu. Sehubungan dengan itu, kita
perlu membuat batasan terhadap diri sendiri ketika berbelanja. Kita hanya membeli
barangan yang perlu.
Janganlah mudah tertarik oleh tawaran harga murah sesuatu barangan di pasaran.
Kemungkinan barangan tersebut tidak penting ataupun barangan tersebut bermutu
rendah dan tidak berkualiti. Tambahan pula, kita perlu mendidik jiwa agar tidak membazir
dan tidak berbelanja secara boros.
Selain itu, kita perlu membuat anggaran perbelanjaan pada setiap bulan agar tidak
berbelanja secara berlebihan kerana “gunung jika dicangkul setiap hari akan runtuh juga”.
Jika kita bijak merancang perbelanjaan, pasti kita mempunyai harta untuk kelangsungan
hidup yang lebih stabil pada masa hadapan.

11
12
Soalan 2
Lihat gambar papan iklan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat
dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnya tidak melebihi 100 patah
perkataan.

13

Anda mungkin juga menyukai