Anda di halaman 1dari 10

Petikan 1

Baca petikan di bawah,kemudian jawapan soalan-soalan yang berikutnya.

Labu sayong sejenis bekas tembikar untuk menyimpan air minuman.


Biasanya,labu sayong berwarna hitam dan merupakan produk perusahaan dari
Kampung Kepala Bendang,dalam Mukim Sayong. Kampung Kepala Bendang
merupakan sebuah kampung kecil yang terletak satu kilometer dari Kuala
Kangsar,Perak. Labu sayong banyak diusahakan di kampung ini kerana sumber bahan
mentahnya,iaitu tanah liat khas diperoleh dari kampung ini. Dari sini jugalah asal nama
labu sayong diambil.

Perusahaan membuat labu sayong telah berkembang dalam kalangan waris asal
pembuat tembikar di sekitar perkampungan dalam daerah Kuala Kangsar ini. Mutu
penghasilan labu sayong telah dipertingkat dari semasa ke semasa.

Labu sayong dihasilkan daripada tanah liat yang dibentuk dan diukir dengan
amat teliti. Motif ukirannya banyak menjurus kepada unsur tradisional, khususnya
bunga-bungaan seperti bunga tanjung padi, senduk, lawang, cengkih, dan pucuk
rebung.

Bersesuaian dengan peredaran zaman,perusahaan labu sayong yang tergolong


dalam pembuatan seramik ini telah melalui proses revolusi dalam kaedah
pembuatannya. Kini,perusahaan labu sayong bukan sahaja dijalankan secara
tradisional malahan secara moden.
1. Apakah kegunaan labu sayong ?
A. Menyimpan tanah liat
B. Menyimpan air minuman
C. Sebagai barangan perhiasan
D. Tempat menyimpan produk keluaran Kampung Kepala Bendang

2. Asal usul nama labu sayong diambil daripada……………………


A. tanah liat yang diambil dari Mukim Sayong
B. cara labu sayong dihasilkan
C. peredaran zaman yang semakin berubah
D. warnanya yang kehitaman

3. Siapakah yang mengusahakan perusahaan labu sayong?


A. Seluruh rakyat negeri Perak.
B. Para peminat labu sayong di negeri Perak.
C. Penduduk dari sebuah kampung yang kecil
D. Waris asal pembuat tembikar di Kuala Kangsar.

4. Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan tersebut.


A. Pembuatan labu sayong hanya diusahakan secara tradisional.
B. Ukiran labu sayong berunsurkan tradisional,iaitu bunga-bungaan.
C. Labu sayong merupakan bekas tembikar penyimpan air minuman,
D. Labu sayong diperbuat daripada tanah liat yang dibentuk dan diukir.

5. Frasa proses revolusi membawa maksud


A. mengubah cara
B. perubahan zaman
C. mengalami perubahan
D. melakukan demonstrasi
Petikan 2
Baca petikan di bawah,kemudian jawapan soalan-soalan yang berikutnya

Pokok lidah buaya juga dikenali sebagai “Aloe Vera”. Tumbuhan asli dari Afrika
ini telah diperkenalkan ke Hindia Barat dan negara-negara tropika yang lain. Pokok
lidah buaya tumbuh liar dan digunakan sebagai ubat tradisional untuk melegakan luka,
ruam, demam, gatal-gatal kulit, dan banyak lagi.

Pokok lidah buaya merupakan saka separa-tropika, dengan akar serabut yang
kuat, berdaun hijau, berisi tebal, dan bergerigi. Bahagian yang digunakan dalam
perubatan ialah jus dan gel di dalam daunnya. Pokok lidah buaya boleh menerima
cahaya matahari penuh atau separa penuh untuk hidup. Lebar daun lidah buaya
mencecah 60 hingga 120cm, manakala pangkal pokok ini ialah 80cm pada peringkat
matang. Apabila ditanam secara komersial, pokok lidah buaya akan dituai setiap enam
hingga lapan minggu dengan mengambil tiga hingga empat daun setiap pokok.

Daun lidah buaya adalah antara tumbuhan yang membebaskan oksigen dan
menyerap karbon dioksida walaupun berada dalam keadaan gelap. Oleh itu,daun
lidah buaya sangat sesuai diletakkan di dalam bilik tidur sebagai hiasan.

Selain itu, daun lidah buaya juga digunakan secara meluas dalam industri
kosmetik dan produk kesihatan. Gel daun lidah buaya digunakan dalam produk alat
solek, pelembap kulit, sabun, syampu, sebagai pelindung sinaran matahari, dan lain-
lain lagi.
1. Dari manakah pokok lidah buaya berasal?
A. Afrika
B. Hindia Barat
C. Negara-negara tropika
D. Negara-negara Eropah

2. Apakah ciri-ciri pokok lidah buaya?


A. Berakar serabut dan berkulit keras.
B. Berdaun hijau, berisi tebal, dan bergerigi.
C. Berakar serabut, berdaun hijau, dan berair.
D. Berdaun hijau, berisi tebal, dan berkulit keras.

3. Bahagian pokok lidah buaya yang manakah digunakan dalam perubatan?


A. Akar
B. Batang
C. Daun hijau
D. Jus dan gel di dalam daun

4. Pilih pernyaaan yang benar berdasarkan petikan tersebut.


A. “Aloe Vera” sejenis tumbuhan liar.
B. “Aloe Vera “ tidak boleh terkena cahaya matahari.
C. Pokok lidah buaya menyerap oksigen dan membebaskan karbon
dioksida.
D. Pokok yang ditanam secara komersial boleh dituai pada setiap enam
bulan sekali

5. Rangkai kata walaupun berada dalam keadaan gelap dalam petikan


bermaksud……
A. akan mati jika tidak mendapat cahaya matahari.
B. sesuai diletakkan sebagai hiasan di dalam rumah.
C. boleh dilihat walaupun dalam keadaan yang gelap.
D. hidup subur walaupun tanpa cahaya matahari yang mencukupi.
Petikan 3

Baca petikan di bawah,kemudian jawapan soalan-soalan yang berikutnya.

Masyarakat Melayu mempunyai pelbagai jenis kebudayaan dan kesenian


daripada pelbagai keturunan. Antaranya ialah permainan tradisional atau dikenali
sebagai permainan rakyat. Ada antara permainan ini sudah tidak dimainkan lagi dan
hanya diketahui oleh ibu bapa, datuk dan nenek. Namun, ada juga permainan yang
masih dimainkan sehingga kini seperti guli, gasing, wau, sepak raga dan sebagainya.

Pada masa dahulu, selepas musim menuai pada dan musim tengkujuh tiba,
masyarakat kampung yang bekerja sebagai pesawah dan nelayan akan menghabiskan
masa melakukan kerja-kerja sampingan,selalunya mereka akan mengadakan
keramaian, permainan dan pesta.

Kini, pengaruh permainan moden seperti permainan video,monopoli dan


komputer telah menyebabkan permainan tradisional semakin dilupakan. Pihak yang
bertanggungjawab haruslah berusaha untuk menghidupkan semula permainan
tradisional yang dapat menjadi daya tarikan pelancong kerana bentuk serta kaedah
permainan yang unik.

Permainan tradisional bukan sahaja memberi hiburan, malah bermanfaat


terhadap kecerdasan minda dan fizikal sewaktu bermain terutamanya permainan di luar
rumah. Keadaan ini berlaku kerana pemainnya menggunakan gerakan otot seperti
lengan, kaki dan mata. Hal ini akan melahirkan badan yang sihat. Di samping itu,
permainan ini turut melatih individu terutamanya kanak-kanak tentang nilai-nilai murni
seperti tolong-menolong, bersatu-padu, bertolak-ansur dan bertanggungjawab. Mereka
dapat mengeratkan hubungan dengan rakan sebaya dan secara tidak langsung
melatih mereka untuk bergaul.

Permainan tradisional juga menguji kecekapan mengira. Contohnya,permainan


batu seremban,congkak dan guli memerlukan kepintaran menghitung. Permainan
tradisional juga mampu melahirkan masyarakat kreatif yang penuh dengan nilai
kesenian. Contohnya, untuk menghasilkan sesuatu alat permainan seperti gasing dan
wau, kemahiran dan ketelitian amat diperlukan.

Tidak dapat dinafikan bahawa permainan tradisional memberi banyak maafaat


kepada masyarakat. Dalam bidang pelancongan, permainan tradisional menjadi daya
tarikan pelancong. Dalam usaha mengekalkan permainan tradisional ini, pihak yang
berkenaan haruslah berusaha mengetengahkan kepelbagaiannya. Khazanah
permainan tradisional sekiranya tidak dikekalkan akan menghilangkan lambang peribadi
dan jati diri bangsa.
1. Nama lain bagi permainan tradisional ialah……….
A. permainan rakyat
B. permainan orang tua
C. permainan nenek moyang
D. permainan antara musim

2. Mengapakah permainan tardisional dapat menarik perhatian pelancong?


A. Kerana permainan tradisional telah dipermodenkan.
B. Kerana permainan tradisional sangat unik.
C. Kerana permainan tradisional tidak terdapat di tempat lain.
D. Kerana permainan tradisional hanya dimainkan oleh orang Melayu.

3. Frasa rakan sebaya dalam petikan membawa maksud………


A. kawan sepermainan
B. kawan sekampung
C. kawan yang sama usia
D. kawan yang berlainan usia.

4. Pada zaman dahulu,bilakah permainan tradisional dimainkan ?


A. Pada masa lapang
B. Selepas menuai padi
C. Selepasa musim menuai dan sementara musim tengkujuh berakhir.
D. Sebelum musim menuai

5. Penyataan yang berikut ialah faedah permainan tradisional kecuali….


A. mengeratkan hubungan dengan rakan-rakan.
B. membantu mengira dengan cekap
C. melahirkan masyarakat yang kreatif
D. melambangkan taraf hidup masyarakat.
Petikan 4

Baca petikan di bawah ,kemudian jawapan soalan-soalan yang berikutnya.

Taman Orkid Antarabangsa Serendah terletak 40 kilometer ke utara Kuala


Lumpur. Taman Orkid ini diwujudkan bersempena dengan Persidangan Orkid Sedunia
yang diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 2002.

Taman Orkid ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Orkid yang


ditanam di kawasan ini mempunyai pokok yang segar dan banyak mengeluarkan
bunga. Hal ini disebabkan oleh iklim yang amat menyegarkan di kawasan tanah tinggi.

Di Taman Orkid Antarabangsa ini terdapat lebih kurang 500 jenis orkid.
kebanyakan orkid di sini ialah orkid kacukan. Namun,ada juga orkid hutan. Orkid-orkid
di sini jarang-jarang ditemukan di tempat lain.

Peminat orkid banyak mempunyai pilihan jika membeli orkid di sini. Harga yang
ditawarkan adalah antara RM5 hingga RM70 bergantung pada jenis bunganya. Semasa
membeli orkid, pegawai yang bertugas akan menerangkan cara-cara menanam orkid
yang betul,cara mencegah serangan penyakit,dan cara membaja orkid yang betul.

Semenjak taman ini dibuka, kira-kira 25,000 orang pengunjung telah berkunjung
ke sini setiap tahun. Selain pengunjung tempatan,pengunjung dari luar negara,misalnya
dari India, Taiwan, China, Afrika Selatan, Scotland, Jerman, dan Perancis tertarik
untuk datang ke sini.

Di samping berpeluang menikmati keindahan dan kecantikan pelbagai jenis


orkid, pengunjung dapat juga menaiki menara tinjau untuk melihat pemandangan yang
menghijau di Taman Orkid Antarabangsa Serendah.
1. Perkataan keistimewaan dalam petikan bermaksud….
A. Keunikan
B. kebesaran
C. kelebihan
D. keindahan

2. Pernyataan yang berikut adalah benar tentang orkid yang terdapat di


Taman Orkid Antarabangsa Serendah kecuali…….

A. pokok-pokoknya segar dan mengeluarkan bunga


B. jenis orkidnya ialah orkid hutan dan orkid kacukan
C orkid di sini tidak perlu dijaga dengan teliti.
D. orkid yang ditanam di sini tidak kurang daripada 500 jenis.

3. Berapakah jumlah pengunjung Taman Orkid Antarabangsa Serendah


dalam jangka masa emapat tahun itu?

A. 500 orang
B. 50,000 orang
C. 25000 orang
D. 100,000 orang

4. Apakah bukti yang menunjukkan bahawa Taman Orkid Antarabangsa


mendapat perhatian orang ramai?

A. Banyak pelancong dari dalam dan luar negeri yang mengunjungi taman itu.
B. Pelancong banyak membeli pokok orkid sebagai tanda kenangan.
C. Bilangan pelancong asing yang mengunjungi taman ini melebihi
bilangan penduduk setempat.
D. Pengunjung sering menaiki menara tinjau

5. Pada pendapat anda,mengapakah Taman Orkid Antarabangsa Serendah


diwujudkan ?

A. Untuk memperkenalkan tanaman orkid kepada generasi baharu.


B. Untuk memperindah Bandar Raya Kuala Lumpur.
C. Untuk mempelbagaikan tanaman yang terdapat di negara kita.
D. Untuk menanam minat orang ramai terhadap pokok orkid.

Anda mungkin juga menyukai