Anda di halaman 1dari 6

CIRI-CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

1.PERTANIAN DAN PERDAGANGAN


-Penciptaan pelbagai peralatan,pembinaan
saliran,penciptaan kincir angin dan
pembinaan teres di tanah tinggi telah
menggalakkan kegiatan pertanian dalam
kalangan masyarakat.
-Masyarakat yang tinggal dikota mendapat
makanan dan barangan pertanian dengan
menukar barangan kraf tangan dan
perkhidmatan termasuklah kegiatan
keagamaan.
2.SISTEM PEMERINTAHAN
-Pada peringkat awal,pemerintahan negara
kota diketuai oleh pendeta,tetapi
kemudiannya raja mengambil alih peranan
sebagai pemerintah.
-Bagi melicinkan urusan pentadbiran
negara,undang-undang telah dibentuk.
3.PEMBENTUKAN BANDAR
-Pembinaan sistem perparitan dan
pembentungan
-Pembinaan kota untuk berlindung daripada
serangan orang luar dan menjadi kawasan
sempadan.
4.PENGKHUSUSAN PEKERJAAN
-Terdapat lebih banyak peluang pekerjaan
baharu seperti,PENGUTIP CUKAI,JURUTERA
yang mengawal sistem pengairan
sungai,TENTERA,PETANI yang bekerja di
sawah,dan mereka bekerja dalam bidang
pentadbiran.
-Kumpulan artisan pula menumpukan masa
mereka dalam kerja mengukir,menempa
besi dan tembikar.
5.TEKNOLOGI
-Hasil ciptaan ini telah memberikan
keselesaan kepada masyarakat.
-Tamadun Mesir Purba pula terkenal
dengan pembinaan piramid dan
sfinks,manakala Tamadun Indus terkenal
dengan pembinaan negara kota Mohenjo-
Daro.
6.ORGANISASI SOSIAL
-Kelas sosial berasaskan jenis
pekerjaan,kekayaan dan pengaruh .Pada
peringkat tamadun
awal,pemerintahan,firaun,golongan agama
dan golongan bangsawan berada pada
kedudukan tertinggi dalam susunan
masyarakat.
-Golongan saudagar dan artisan berada
dalam kelas kedua.Dibawah mereka ialah
golongan petani dan pekerja yang tidak
berkemahiran.Golongan hamba berada
pada kedudukan paling rendah.Hamba
terdiri daripada dua kumpulan iaitu hamba
perang dan hamba yang dijual.
7.AGAMA DAN KEPERCAYAAN
-Masyarakat tamdun awal mempercayai
banyak tuhan disembah termasuklah
TUHAN BULAN,MATAHARI,IBU dan SUNGAI
-Tempat ibadat yang besar dibina sebagai
tanda menghormati tuhan.Di Mesir
misalnya,penduduk mempercayaikehidupan
selepas kematian.
8.TULISAN DAN PENYIMPANAN REKOD
-SISTEM TULISAN MULA HADIR KIRA-KIRA
5,000 Tahun lalu.
-Manusia mencipta system tulisan yang
lebih baik menggunakan abstrak symbol
bagi mewakili pelbagai bentuk idea.
9.KESENIAN DAN KESUSASTERAAN
-Masyarakat pada zaman tamadun awal
melahirkan hasil sastera dan seni bina yang
mengagumkan .Gaya dan teknik yang
digunakan oleh artis yang menggambarkan
setiap budaya tamadun masing-masing.
-Artis menghasilkan ciptaan berupa
PATUNG dan LUKISAN TUHAN dan DEWA
PAHLAWAN dan PEMERINTAHAN.Apabila
penggunaan tembaga meluas,patung-
patung dicipta menggunakan tembaga.

Anda mungkin juga menyukai