Anda di halaman 1dari 6

NOTA SEJARAH TING.

4 SPM RINGKAS CEPAT CIKGU ALI

BAB 1: KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

A. ZAMAN PRASEJARAH
1. Maksud Zaman Prasejarah & empat Zaman Prasejarah:

Zaman sebelum manusia mencipta sistem tulisan.


Paleolitik Mesolitik Neolitik Logam (Gangsa & Besi)

2. Apakah Ciri Zaman Paleolitik/ Mesolitik?

1. hidup pindah-randah (nomad)


2. tinggal di tepi kawasan air (tasik, sungai) dan gua
3. hidup berkelompok (keluarga dan puak kecil)
4. kegiatan utama: memburu dan memungut hasil hutan
5. gunakan alatan batu (rupa kasar) utk tujuan memburu dan memungut hasil hutan

3. Ciri Zaman Neolitik?

1. petempatan kekal (juga tepi kawasan air).


2. masih hidup berkelompok (puak yang lebih besar).
3. kegiatan utama: bercucuk tanam & menternak binatang – menghasilkan banyak makanan
4. gunakan alatan batu (rupa licin) dan menghasilkan lebih banyak artifak.
5. artifak lebih banyak fungsi – utk kegunaan harian dan sbg nilai estetika.
6. pengkhususan kerja – krn kelebihan makanan membolehkan manusia menceburi bidang lain.
7. sistem barter – krn pengkhususan kerja dan kelebihan makanan membolehkan manusia bertukar
barang dan kemahiran.

4. Ciri-ciri Zaman Logam:

1. Gunakan alatan gangsa dan besi hasil drpd teknologi melebur logam.
2. Artifak lebih maju spt perahu dan rumah.
Perahu manusia meneroka lautan dan perdagangan maritim.
Rumah sbg asas binaan petempatan besar, kota pertahanan, dan bandar (spt
Jericho dan Catal Huyuk).

B. CIRI-CIRI TAMADUN
Maksud 1. Perkataan Arab “mudun”,”madain”, dan ”madana”=budi bahasa atau bandar.
“tamadun”? 2. Perkataan Inggeris “civilization”, drpd Latin “civitas”=bandar.

Apa yang 1. Pandangan Barat (Childe, Riberio, Buchanan) – memiliki pencapaian lahiriah
dikatakan sbg 2. Pandangan Islam – memiliki pencapaian lahiriah dan rohaniah.
masyarakat – memiliki pencapaian tatasusila dan kebudayaan luhur.
bertamadun?
1. Kewujudan petempatan kekal.
-petempatan tepi sungai (utk menjamin bekalan air & tanah subur utk pertanian)

NOTASOALANSEJARAHSPM.BLOGSPOT.COM 1
NOTA SEJARAH TING. 4 SPM RINGKAS CEPAT CIKGU ALI

6 Ciri-ciri -gunakan peralatan dan teknologi spt cangkul dan sistem pengairan.
tamadun -lebihan pengeluaran makanan boleh menampung lebih banyak penduduk.

2. Kehidupan berorganisasi.
-utk menjamin kestabilan hidup bermasyarakat.
-Sistem sosial disusun dalam bentuk piramid berlapis.
-susunan: Raja  bangsawan/pembesar  rakyat biasa  hamba

3. Sistem pemerintahan.
-utk menjalankan fungsi pentadbiran.
-mewujudkan sistem perundangan utk menjaga keamanan.
-raja menggunakan unsur mitos supaya rakyat taat setia kpd pemerintah.

4. Pengkhususan kerja
-kehidupan berorganisasi membolehkan rakyat menumpukan pada bidang tertentu.
-rakyat menjadi mahir dan boleh menukar barang dalam sistem barter.
-hasilnya, perdagangan wujud.
-juga, berlakunya pertukaran ilmu, teknologi, dan budaya.

5. Agama dan Kepercayaan


-Manusia menyesuaikan kehidupan dgn alam sekitar.
-Manusia percaya yg alam sekitar mempunyai roh/semangat yg mesti dihormati supaya
hidup dijamin selamat (kepercayaan animisme).
-Kepercayaan ini diinstitusikan (institutionalized) dan menjadi agama. Agama tamadun
awal ialah politeisme (menyembah banyak tuhan).
-Agama memainkan peranan utama dalam
a. mengiktiraf pemerintah
b. pembahagian sosial masyarakat,
c. perkembangan ilmu pengetahuan
d. perkembangan kesenian dan nilai estetika masyarakat.

6. Bahasa & Sistem Tulisan


-Bahasa membolehkan perhubungan dan penyebaran idea serta ilmu pengetahuan.
-Tulisan adalah utk merekodkan urusan pentadbiran, perdagangan, undang-undang,
dan keagamaan.
-Sistem tulisan awal ialah cuneiform, hieroglif, dan ideogram.

C. TAMADUN MESOPOTAMIA
1. Pengenalan:

Terletak di antara dua sungai Tigris dan Euphrates di Iraq. (Mesopotamia = tanah antara 2 sungai)
Petempatan berkembang menjadi bandar dan negara kota spt Ur, Urk, dan Kish.
Kerajaan terawal ialah Sumeria dan terakhir Chaldea, kemudian kawasan dikuasai kerajaan Parsi.

NOTASOALANSEJARAHSPM.BLOGSPOT.COM 2
NOTA SEJARAH TING. 4 SPM RINGKAS CEPAT CIKGU ALI

2. Ciri-ciri negara kota (NK) Mesopotamia:

Mempunyai pintu gerbang (ex.: gerbang Ishtar) sbg lambang kekayaan/keagungan NK


Rumah ibadat (ziggurat) sbg pusat NK.
3 fungsi ziggurat (KID) – penyimpan Khazanah, pusat Ibadat, pusat perDagangan.
NK adalah kerajaan berdaulat dgn sistem politik dan agama tersendiri. Bersatu dgn NK lain utk menentang
musuh.

3. Organisasi sosial:

2 golongan – pemerintah dan diperintah.


Pemerintah Raja, ketua pendeta, ketua tentera, bangsawan
Diperintah Rakyat bebas dan hamba

4. Sistem pemerintahan:

Mengamalkan sistem teokrasi (raja sbg wakil tuhan dan pemilik NK)
Raja sbg ketua pentadbir, ketua tentera, dan ketua pendeta.
Rakyat tidak memuja raja sbg tuhan, kecuali Raja Naramsin (Raja Empat Penjuru Alam)
Raja Sargon - Mewujudkan empayar pertama di dunia
Ashurbanipal – Mewujudkan perpustakaan diraja

5. Pengkhususan kerja:

Mesopotamia menghasilkan hasil pertanian yg banyak krn kawasan yg subur.


Hasil pertanian ditukar dengan logam, kayu-kayan, emas, dan perak.
Perdagangan wujud antara Mesopotamia dan Lembah Indus.
Aktiviti perdagangan direkod menggunakan sistem tulisan pepaku cuneiform.

6. 8 Sumbangan Tamadun Mesopotamia:

8 SUMBANGAN KEPENTINGAN
Kod Undang-Undang Hammurabi Dasar sistem perundangan utk menjaga keamanan
Sistem tulisan cuneiform Merekod urusan harian, perkembangan pendidikan, melahirkan
jurutulis
Epik Gilgamesh Menyumbang kpd kesusasteraan lama dan moden
Ilmu astronomi Menguasai jalan laut (dgn kapal layar) dan mencipta kalendar suria
Ilmu matematik Mencipta sistem perpuluhan, punca ganda dua, ilmu geometri.
Ilmu perubatan Menjaga kesihatan anggota tentera, merekod 500 jenis ubat
Roda -Mencipta kereta kuda utk pengangkutan
-Mencipta kincir air utk pengairan & mengawal banjir
Batu-bata tanah liat Membina binaan spt rumah, arca, tiang batu, ziggurat

D. TAMADUN MESIR PURBA


1. Pengenalan:

Terletak di lembah Sungai Nil, Mesir

NOTASOALANSEJARAHSPM.BLOGSPOT.COM 3
NOTA SEJARAH TING. 4 SPM RINGKAS CEPAT CIKGU ALI

Petempatan berkembang menjadi bandar, dan bandar bergabung membentuk nome (daerah)
Terdiri drpd empat zaman – Awal ,Pertengahan, Empayar, Keruntuhan
Kemudian, kawasan dikuasai oleh org asing spt Yunani dan Rom.

2. Organisasi Sosial:

4 lapisan piramid dari atas ke bawah: Firaun  bangsawan  rakyat bebas  hamba

3. Sistem Pemerintahan:

Diketuai Firaun (bermaksud “rumah yg agung”) yg mempunyai kuasa mutlak.


-Firaun dianggap suci krn dianggap jelmaan tuhan Horus dan anak tuhan matahari Amon-Re
-Jawatan firaun diwarisi turun temurun dalam satu dinasti
-Firaun wanita Hatshepsut membina terusan dan mengubah padang pasir menjadi subur.
-Firaun Senuusret III juga membina terusan utk mengairi tanah seluas 10,000 hektar

Firaun dibantu golongan bangsawan/rahib/jurutulis yg menjalankan pentadbiran


Bangsawan mentadbir wilayah dan kawasan ditawan.
Rahib menguruskan hal keagamaan.
-masyarakat mengamalkan kepercayaan politeisme
-percaya kpd kehidupan selepas mati.
-mayat firaun/pembesar diawet (mumia) dan ditanam bersama harta utk kegunaan
selepas mati.
Jurutulis merekod urusan kerajaan. Menggunakan sistem tulisan hieroglif.

4. Pengkhususan kerja:

Kertas dan tekstil sbg bahan eksport utama. Kertas diperbuat drpd pokok papyrus.
Perlombongan emas di kawasan Nubia.
Perdagangan berlaku di sepanjang Sungai Nil. Muncul pelabuhan utama spt Thebes & Memphis.

5. 5 Sumbangan Tamadun Mesir:

5 SUMBANGAN KEPENTINGAN
Membina Piramid Kemuncak pencapaian senibina manusia
Kertas drpd pokok papyrus, Merekod urusan harian, perkembangan pendidikan,
sistem tulisan hieroglif melahirkan jurutulis
Sistem pendidikan Melahirkan pegawai kerajaan
Ilmu perubatan Utk memumiakan mayat, perkembangan ilmu pembedahan
dan anatomi
Ilmu astronomi dan matematik Perkembangan sistem kalendar, algebra dan geometri utk
mengawal banjir Sungai Nil

E. TAMADUN INDUS
1. Pengenalan:

Terletak di lembah Sungai Indus, India-Pakistan

NOTASOALANSEJARAHSPM.BLOGSPOT.COM 4
NOTA SEJARAH TING. 4 SPM RINGKAS CEPAT CIKGU ALI

Petempatan berkembang menjadi bandar terancang spt Harappa dan Mohenjo-Daro.


Ciri-ciri bandar terancang:
Mempunyai tempat mandi awam (Great Bath) Disusun berasaskan blok segi empat
Mengandungi rangkaian jalan raya lurus. Mempunyai sistem perkumbahan

Tamadun merosot akibat serangan org Aryan atau bencana alam.

2. Organisasi Sosial:

2 golongan – atasan dan bawahan


Atasan Pemerintah drpd kalangan pendeta (priest king)
Menggunakan sistem tulisan piktograf utk merekod urusan harian
Bawahan Petani, buruh, hamba

3. Pengkhususan kerja:

Berdagang dengan Mesopotamia (terbukti melalui penemuan cap mohor Indus di Mesopotamia)

4. Agama dan Kepercayaan:

Penemuan patung proto-Siva. Ini menunjukkan kaitan tamadun Indus dgn agama Hindu.
Percaya kpd Tuhan Ibu. Ini disembah bagi tujuan kesuburan.

5. Sumbangan Tamadun Indus:

SUMBANGAN KEPENTINGAN
Mengeksploitasi Sungai Indus Utk mendapatkan air utk kegunaan domestik dan pertanian
Membina bandar terancang Perkembangan ilmu matematik, geometri, dan perancangan
bandar.
Membuat hubungan luar dgn Memperoleh faedah spt aktiviti perdagangan dan pertukaran
tamadun lain teknologi utk membina bandar terancang.
Pemerintah pendeta Memastikan rakyat aman dan menjadi maju
mementingkan kedamaian

F. TAMADUN HWANG HO
1. Pengenalan:

Terletak di lembah Sungai Kuning, China


Telah wujud petempatan sejak zaman Paleolitik melalui penemuan rangka Peking Man.
Melibatkan tiga dinasti beraja terawal (Hsia, Shang, dan Chou)
Kerajaan Dinasti Shang menjadikan Anyang sbg pusat pentadbiran.

2. Organisasi sosial:

2 golongan – atasan dan bawahan

NOTASOALANSEJARAHSPM.BLOGSPOT.COM 5
NOTA SEJARAH TING. 4 SPM RINGKAS CEPAT CIKGU ALI

Atasan Raja dan pembesar/bangsawan (memiliki senjata gangsa utk


menundukkan golongan bawahan)
Bawahan Artisan, petani, hamba

3. Pengkhususan kerja:

Pembesar/bangsawan memiliki tentera (bangsawan diajar seni falsafah perang Sun Tzu)
Artisan mencipta barangan tembaga dan gangsa
Hamba sbg buruh dan tentera paksa, serta dikorbankan dlm upacara penyembahan

4. Sistem pemerintahan:

Mengamalkan sistem pemerintahan beraja.


-Masyarakat percaya bahawa kuasa raja mendapat mandat Tuhan.
Raja dibantu golongan bangsawan yg menjalankan pentadbiran
-Peranan bangsawan:
a. berikrar setia, memberi hadiah, dan melindungi raja
b. memberikan bantuan ketenteraan semasa perang
c. diberi hak sbg ketua agama dlm upacara korban

5. Agama dan kepercayaan:

Mengamalkan kepercayaan animisme dan politeisme


Menyembah roh nenek moyang
Menyembah tuhan syurga dan bumi (Heaven and Earth)
Penyembahan melibatkan upacara korban
-upacara korban manusia dihentikan dan digantikan dengan pemberian makanan dan wang kertas
Bomoh menggunakan tulang nujum oracle utk tujuan ramalan.

6. Sistem tulisan:

Menggunakan sistem tulisan ideogram


Tulisan berasal drpd penggunaan tulang nujum oracle

7. Sumbangan Tamadun Hwang Ho:

SUMBANGAN KEPENTINGAN
Sistem pemerintahan monarki Raja sbg ketua negara meluaskan empayar
Sistem terusan Mengairi kawasan pertanian & meningkatkan ekonomi
Teknologi membajak, cangkul, Diperbuat drpd besi, maka tahan lebih lama
dan sabit
Sistem tulisan Mempengaruhi tulisan Korea dan Jepun
Pemujaan roh nenek moyang Menunjukkan kesetiaan kpd keluarga dan leluhur
Konsep Yin Yang dan Feng Hsui Mengajar manusia hidup harmoni dengan alam
Sistem Kalendar Menentukan musim menanam dan menuai
Falsafah perang Sun Tzu Mengajar taktik pengurusan dan perniagaan

NOTASOALANSEJARAHSPM.BLOGSPOT.COM 6

Anda mungkin juga menyukai