Anda di halaman 1dari 85

Bab1

1.1 Pengenalan

Zaman Prasejarah.
 Terbahagi kepada 4 tahap atau zaman
a. Zaman Paleolitik
b. Zaman Neolitik
c. Zaman Mesolitik
d. Zaman Logam
 Pengkajian Zaman PraSejarah dan budayanya dikaji oleh ahli arkeologi
Arkeologi ialah kajian terhadap
- Artifak – tinggalan barangan yang dicipta oleh manusia seperti pasu, pinggan
mangkuk, tembikar, pisau dan sebagainya.
- Ekofak – tinggalan sisa makanan, tulang dan tumbuhan.
- Feature – tinggalan seperti struktur bangunan, dan lubang sampah yang tidak dapat
diubah.
 Petempatan zaman Paleolitik di Malaysia ialah di:
- Tingkayu
- Kota Tampan
- Gua Niah
- Lenggong
Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik dan Mesolitik:
Hidup secara nomad iaitu berpindah randah
Tinggal di tepi tasik, sungai atau gua.
Hidup dalam kelompok keluarga secara berkumpulan.
Menyara kehidupan dengan berburu, hasil hutan, dan menangkap ikan.
Peralatan yang digunakan lebih kepada fungsi penggunaan. Tidak kepada nilai
estetika dan seni.
Ciri-ciri kehidupan zaman Paleolitik:
Kehidupannya mula secara kekal dalam kelompok besar – wujud masyarakat.
Menyara diri dengan bercucuk tanam spt menanam padi di China, Non Nok Tha
dan Ban Kao Di Thai, Gua Sireh di Sarawak.
Menternak binatang spt menternak biri-biri di Iraq.
Penciptaan alat mempunyai pelbagai fungsi.
Mencipta tembikar melalui teknik putar spt di Gua Musang.
Wujud pengkhususan kerja – banyak masa untuk hasilkan artifak.
Berjaya memikirkan cara melebur logam.
Sistem tukaran barangan kerana mulai ada lebihan makanan.
i. Sistem barter –
ii. Cengkerang Cowrie atau siput gerus dibentuk jadi rantai.
Masyarakat Neolitik di Timur Dekat
- Wujud pertanian sejak 8000SM
- Penternakan biri-biri di Iraq
- Di China – padi ditanam sejak 8000 tahun lalu
- Di Asia Tenggara padi ditanama di Non Nok Tha dan Ban Kao di Thailand 3500SM.
- Di Malaysia padi di Gua Sireh Sarawak – 4500SM
Zaman Logam terbahagi kepada Zaman Gangsa dan Zaman Besi.
- Di Malaysia wujud sekitar 500SM
- Gangsa dihasil – campuran tembaga dan timah.
- Di Eropah – gangsa mula digunakan sekitar 2300SM – 700SM.
- Tanah Besar Asia Tenggara – Zaman Logam sekitar 1000SM – 1500SM – Bukti
gendang gangsa di Dongson, Vietnam.

Ciri-ciri kehidupan zaman Logam:

e. Penggunaan logam besi dan kejayaan mencipta rumah dan perahu.


f. Meneroka lautan dan meningkatkan kegiatan perdagangan maritim.
g. Perkembangan perdagangan bermula di pesisiran pantai dan kemudian lebih jauh
ke daratan.
h. Wujud petempatan besar kepada kota pertahanan.
i. Wujud bandar-bandar besar spt. Jericho (8000SM), Catal Hayuk di Turki
( 6500SM).
j. Mengetahui cara mengkebumikan mayat dengan bekalan spt makanan, tembikar
dan besi.

1.2 Makna Tamadun


Tamadun boleh dimaksudkan dengan:
 Madain atau mudun .
 Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar.
 Civilisation berasal dari Greek civitas bermakna bandar
 Peradaban manusia.
 Maksud tamadun dari sudut Barat:
- Dikaitkan dengan pembangunan lahirah spt dalam aspek kebudayaan –
penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran.
- Pencapaian lahiriah ialah kayu ukur kemajuan dalam sesebuah masyarakat.
- Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun.
 Maksud tamadun dari sudut Islam:
- Merangkumi pembangunan lahiriah dan rohaniah.
- Ibn Khaldun melihat dari aspek kehidupan bandar.
- Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.
 Ibn Khaldun – nama sebenar Abd Al Rahman Ibn Muhamad.
- Lahir – di Tunisia
- Pemikir yang unggul dan asli sosiologi Islam.
- Menganggap kehidupan bandar ialah kehidudpan bertamadun. Terbentuk
apabila lahir semangat assabiah atau kekitaan – maka lahir semangat tolong
menolong dan kerjasama.
- Penulisannya – berasaskan pengalaman.

- Karya sulung Muqadimmah – guna istilah


 Umran bermakna tanah yang didiami secara tetap, berkembang dan
maju.
 Hadarah – hidup di bandar yang penuh tatasusila, kesopanan, sopan,
adan bermoral yang tinggi.
 Karyanya jadi rujukan sarjana barat, bidang sosiologi dan sejarah.

1.3 Ciri-ciri Tamadun


Terdapat 6 ciri tamadun iaitu:
- Petempatan kekal
 Lebih sistematik, tidak berpindah -randah.
 Berusaha menternak, bertani, dan mencipta peralatan bagi
meningkatkan pengeluaran.
- Sistem pemerintahan
 Pemerintahan yang mengamalkan sistem Raja sebagai ketua dianggap
mewakili tuhan.
 Adanya sistem perundangan yang mengawal tingkah laku rakyat,
menjaga keamanan dan kemakmuran.
- Agama dan Kepercayaan
 Manusia mula percaya ada kuasa ghaib yang mengawal sekeliling
mereka.
 Wujud kepercayaan animisme dan kemudian politisme dan
penyembahan tuhan.
- Kehidupan berorganisasi
 Wujud lapisan masyarakat yang berperanan spt Raja,pembesar rakyat.
 Dapat aturkan kehidupan yang stabil dan makmur.
- Pengkhsusan Kerja
 Mengakibatkan peningkatan pengeluaran.
 Berkembangnya pertukaran barangan dan pedagangan.
 Wujud ilmu pengetahuan dan penciptaan teknologi.
- Bahasa dan Sistem Penulisan.
 Wujudnya bahasa Yunani dan Sanskrit.
 Tulisan hieroglif, cuniefom, ideogram dan piktograf.
 Tersebar ilmu pengetahuan dan perhubungan.
 Digunakan dalam urusan pentadbiran spt penyimpanan rekod,
penulisan undang-undang dan hal keagamaan.

1.4 Proses Pembentukan Tamadun


 Pembentukan awal tamadun terletak di lembah sungai seperti:
- Tamadun Mesopotamia di Sungai Euphrates dan Tigris.
- Tamadun Mesir Purba di Sungai Nil.
- Tamadun Indus di lembah sungai Indus.
- Tamadun Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho.
 Sebab pemilihan lembah sungai sebagai tumpuan tamadun awal:
- Kesuburan tanah untuk pertanian.
- Bekalan air untuk keperluan harian dan pertanian.
- Memudahkan pengangkutan memasarkan barangan dan berhubung.
- Sumber makanan daripada tangkapan ikan.
- Sebagai alat perhubungan.

1.5 Tamadun Mesopotamia


 Bermaksud tanah di antara dua sungai. Terletak antara Sungai Euphrate dan sungai
Tigris
 Terbahagi kepada tujuh zaman pemerintahan iaitu:
- Kerajaan Sumeria – 3500 – 2340 SM
 Merujuk wilayah selatan Iraq – Sumir .
 Peringkat awal didiami dua puak – Orang Sumeria dan Orang tidak
tahu asal usulnya dan kecil bilangannya.
- Kerajaan Akkad – 2371 – 2006 SM
- Kerajaan Ur – 2113 – 2006 SM
- Kerajaan Babylon Awal dan Lama – 2000 – 1530 SM
- Kerajaan Kassites – 1530 – 1100 SM
- Kerajaan Assyria – 1100 – 626 SM
- Kerajaan Chaldea - 626 – 539 SM
 Parsi telah menguasai wilayah Mesopotamia sehingga menyebabkan keruntuhan
kerajaan tersebut.
 Proses pembentukan tamadun Mesopotamia melalui proses berikut:
- Terbahagi kepada dua bahagian – utara dan selatan Baghdad.
- Utara Baghdad meliputi kawasan Sg Tigris ke utara termasuk Sg. Zab yang
dikenali Assyria.
- Selatan Baghdad meliputi kawasan Sg. Tigris dan Euphrate dikenali Babylon.
- Bermula di wilayah selatan iaitu Sumer – org Sumeria bina petempatan –
menjalankan aktiviti pertanian dan bina sistem pengairan.
- Perkampungan awalberkembang jadi kota dan membentuk negara kota spt
Kish, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur, dan Mari.
- Negara kota ini terletak di sepanjang sungai dan tersusun sistematik.
 Keluasannya sekitar 1000 batu persegi. Cth Kota Lagash –
keluasannya 1800 batu persegi, penduduknya 30000 – 35000 orang.
 Setiap negara kota merupakan kerajaan berdaulat – ada unit politik
sendiri.
 Hanya bersatu untuk menentang musuh.
 Ciri-ciri tamadun Mesopotamia.
- Setiap negara kota ada ciri tersendiri dan terbahagi kepada beberapa kawasan
utama iaitu pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.
- Mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai pintu gerbang – lambang
kekayaan negara kota.
- Di pusat kota terdapat istana, rumah kediaman, rumah ibadat, rumah kedai,
dan pasar.
- Jalan raya lebar dan lurus.
- Rumah ibadat menjadi tumpuan masyarakat dan pusat kota.
- Mempunyai unit politik tersendiri dan agamanya.
- Sungai dan kawasan tanah pamah memudahkan pengangkutan dengan kapal,
pedati dan keldai.
- Jalan laut menghubungkan negara kota dengan wilayah sekitarnya.
 Antara jalan utama ialah yang hubung Sumeria dan Kota Mari diguna
pedagang luar dari Mesopotamia.
 Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia terbahagi dua golongan iaitu
- golongan pemerintah
 Terdiri daripada Raja, Ketua pendeta, ketua Tentera dan orang
bangsawan.
- rakyat.
 terdiri daripada rakyat bebas,- petani, artisan, dan pedagang.
 Hamba – daripada tawanan perang
 Raja dalam sistem pemerintahan Mesopotamia berperanan sebagai:
- Ketua kerajaan/pemerintah dan dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan dan
pemilik negara kota, dikenali teokrasi.
- Ketua tentera
- Ketua pendeta/agama
- Berkuasa melantik pembesar terutama ahli keluarga dalam memegang jawatan
di Zigurat.
- Berkuasa dalam bidang ekonomi – pengutipan cukai tanah, hasil pertanian dan
perniagaan.
- Ketua pemerintahan dan dibantu golongan bangsawan yang ada ikatan
kekeluargaan.
- Masyarakatnya tidak menyembah raja saebagai tuhan kecuali dalam zaman
Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.
 Dalam bidang pengkhususan kerja dapat dilihat melalui aspek:
- Wujud apabila mempunyai lebihan hasil pertanian.
- Kesannya – ada petani yang tukar kerja sebagai petani, artisan, dan peniaga
- Wujud perdagangan antarabangsa untuk mendapatkan banyak bahan mentah
seperti logam,kayu - kayan, emas,dan perak. Ditukarkan dengan hasil
pertanian. Berdagang di lembah Indus.
- Wujud pengusaha tembikar, tekstil, dan alat keperluan.
- Tukang rumah- keperluan masyarakat untuk rumah.
- Rakyat yang berkhidmat sebagai tentera.
 Aspek keagamaan dan kepercayaan masyarakat Mesopotamia dapat dilihat
berdasarkan ciri-ciri berikut:
- Mengamalkan kepercayaan banyak tuhan – politeisme.
- Raja sebagai wakil tuhan.
- Era Raja Naramsin di Akkad – gelar diri Raja Empat Penjuru Alam.
- Memaksa rakyat menyembah baginda.
- Pendeta mengetuai upacara agama di Zigurat.
- Tidak percaya kehidupan selepas mati tetapi hanya jatuh ke dalam gua yg
penuh debu.
- Pemerintahan oleh tuhan atau wakil tuhan berasaskan hukum agama dan
bersifat ketuhanan – teokrasi.
 Sistem tulisan
- Berasaskan gambar dan berkembang menjadi simbol dan ditulis pada tanah
liat. Menggunakan pen rumput buluh - bentuk pepaku dikenali cuneifom.
- Wujud jurutulis
- Tradisi kesusasteraan – Epik Gilgamesh
 kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia. Tentang
kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu pertiga
manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah
memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
 Ceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.

Sumbangan Tamadun Mesopotamia


1. Dalam Perundangan - Sumbangan Raja Hammurabi 1792 – 1750SM.
 Hammurabi – Keturunan Amorite , Banyak dirikan negara kota, Pusat
pemerintahan di Babylon. Menakluk Akkad – jadi Raja Mesopotamia.
 Aspek undang-undang ini dapat dicirikan dengan:
 Menperkenalkan Kod Undang-Undang Hammurabi
 Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan.
 Hukuman adalah setimpal dengan kesalahan, tetapi berbeza ikut susun
lapis masyarakat. Contoh:
 Jika rakyat patah tulang bangsawan – tulangnya akan
dipatahkan.
 Jikan bangsawan cedera atau patahkan tulang rakyat –
hukumannya denda satu wang perak.
 Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok.
 Dasar perundangan tamadun Mesopotamia.
 Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan di kalangan masyarakat
pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat.
 Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan organisasi.
 Mewujudkan empayar Kerajaan Akkad – empayar pertama di dunia.
 Raja Sargon berjaya satukan wilayah kerajaan Sumeria di Selatan
Mesopotamia.
 Perintis pembentukan empayar – menjadi ikutan Firaun Tutmose III.
 Membantu peradaban Mesopotamia dan pembentukan masyarakat dari
3000SM hingga 539SM.
Sumbangan dalam aspek tulisan memberikan kelebihan dalam aspek berikut:
 Melahirkan sistem pendidikan dan mewujudkan jurutulis.
 Mewujudkan perpustakaan – perpustakaan diRaja.
 22000 tablet – mengandungi pelbagai penemuan.
 Antaranya ilmu perubatan. Surat dan dokumen perniagaan.
 susunan peristiwa peperangan ikut urutan sejarah.
 Pentadbiran dan perniagaan dapat direkodkan.
 Urusan jualan beli direkod dalam resit, nota, dan surat kredit.
 Melahirkan golongan sastera dan kesusasteraan seperti epik Gilgamesh –epik
tertua di dunia menjelaskan falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia.
 kisah Falsafah dan cara hidup masyarakat Mesopotamia.
 Tentang kepahlawanan Gilgamesh – ada sifat dua pertiga tuhan, satu
pertiga manusia. Wajah tampan, ada kekuatan dan keberanian. Telah
memerintah dan memberikan perlindungan kepada Kota Uruk.
 Menceritakan juga kehidupan yang kekal dan kesaktian.
Sains dan teknologi:
 Perkembangan ilmu astronomi.
 Perkembangan pencerapan bulan,bulan dan matahari telah perkembangkan
ilmu matematik – sistem mengira perpuluhan, menambah, menolak, darab,
bahagi,punca ganda dua dan ilmu geometri.
 Astronomi – guna jalan laut perdagangan dan penerokaan.
 Penciptaan kalendar 12 bulan.
 Perkembangkan ilmu perubatan – kerajaan Assyria.
 Penciptaan roda dan kereta kuda – peperangan atau kegunaan harian.
 Kincir air – mengairi kawasan tandus, kawal banjir dan tingkatkan hasil
pertanian.
 Kapal layar dan pengangkutan beroda menguasai jalan laut dan darat.
 Perkenalkan batu bata daripada tanah liat.
 Dalam seni bina berjaya:
 Mencipta arca dan tiang batu – Contoh Zigurat dan patung Raja Gudea
 Pembinaan Taman Gantung Babylon – dibina Raja Chaldea zaman
Raja Nebuchadnezzar.
 Terdapat pelbagai jenis pokok dan pokok bunga – ditanam pada binaan
bertingkat di bukit berteres.

1.6 Tamadun Mesir Purba


 Berkembang dari petempatan awal zaman Neolitik 10000- 5000SM. Sekitar 3500SM
di kaw delta dan tengah Mesir berkembang jadi tamadun awal .
 Terbahagi 4 zaman
- Awal - 3100 – 2200SM
- Pertengahan - 2040 – 1785Sm
- Empayar - 1570 – 1085SM
- Keruntuhan - 1085 – 322SM
- Dikuasai :
 Libya 1110 – 947SM ,
 Kush 730 – 670SM
 Assyria 663 – 609SM
 Parsi 525SM
 Yunani332 – 30SM
 Rom 30SM
 Terletak di tebing Sungai Nil – ada dataran yang subur.
 Pusat pentadbiran – Memphis, Thinis, dan Thebs.
 Kuasa luar yang pernah jajah – Libya, Kush, Assyria, Parsi, Yunani dan Rom.
 Proses pembentukan tamadun Mesir Purba
- Bermula dalam zaman logam sejak 5000SM dengan membina sistem
perparitan dan pengairan untuk pertanian.
- Kemudian membina peralatan kawalan air dan terusan – meningkatkan
kesuburan pertanian.
- Mendirikan petempatan dan berkembang menjadi kampung.
- Perkampungan berkembang menjadi bandar dan bergabung bentuk daerah atau
nome.
- Nome atau daerah disatukan menjadi pusat pentadbiran seperti Thebes,
Thinis dan Memphis.
Ciri-ciri :
 Asas petempatan disatukan oleh Firaun Menes 3200SM. Semua nome disatukan jadi
sebuah kerajaan.
 Pusat pentadbiran berpindah ke Memphis dari Thinis – hampir dengan sungai Nil.
 Kemudian berpindanh ke Thebes pd zaman kemuncaknya.
 Menjadi tempat kediaman Firaun.
 Bandar berfungsi sebagai pusat pemerintahan dan pentadbiran. Pelabuhan dijadikan
pusat keagamaan dan tumpuan penduduk.
 Bentuk dan struktur organisasi :
- Firaun merupakan raja yang berkuasa mutlak serta dianggap suci
- Jawatan firaun diwarisi secara turun-temurun.
- Firaun dianggap sebagai tuhan Horus semasa pemerintahan dinasti ketiga dan
keempat,firaun digelar sebagai Raja Matahari,iaitu Amon-Re.
- Firaun juga merupakan ketua pendeta,ketua hakim,pemilik tanah,dan ketua
pahlawan.
- Golongan pahlawan menjalankan pentadiran,menjaga keamanan,mengurus
dan mengagihkan makanan dan menjadi pegawai,penasihat dan gabenor
wilayah yang ditakluki.
- Para rahib dipertanggunjawabkan oleh firaun untuk mentadbir hal keagamaan.
- Jurutulis ditugaskan untuk menulis rekod kerajaan.
- Rakya bebas terdiri daripada petani,pedagang dan artisan.
- Hamba adalah susun lapis masyarakat yang paling bawah.
 Sistem Pemerintahan dan peranannya:
- Raja – Ketua dan pemerintahan Mesir Purba.Digelar Firaun .Perkataan Firaun
dari Yunani Pharaoh – bermaksud rumah yang agong. Merujuk istana dan
raja yang memerintah. Berperanan:
 Raja berkuasa mutlak
 Dianggap sebagai suci dan dianggap sebagai jelmaan tuhan Horus.
 Mewarisi pemerintahan secara turun temurun.
 Dalam dinasti ke tiga dan empat Firaun digelar Amon Re – Raja
Matahari.
 Ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim, dan pahlawan.
 Dibantu golongan bangsawan dalam jalakan pemerintahan, menjaga
keamanan, mengurus dan mengagih makanan.
 Melantik para rahib mentadbir hal keagamaan.
 Melantik orang awam sebagai jurutulis rekod kerajaan.
 Firaun Hatshepsut seorang wanita – membina terusan dan menukar
padang pasir jadi tanah pertanian yang subur
- Pembesar, Bangsawan, Rahib, Jurutulis, Tuan Tanah
 Membantu raja sebagai pegawai, penasihat dan gabenor wilayah.
 Rahib mentadbir hal keagamaan.
 Jurutulis merekod rekod kerajaan.
- Rakyat Bebas – Petani, Pedagang, Artisan
- Hamba
 Pengkhususan pekerjaan masyarakat Mesir.
- Terlibat dalam kraftangan seperti penenunan dan pembuatan barangan
tembikar dan peralatan.
- Hasil tekstil dan kertas untuk ekspot.
- Perlombongan emas di Nubia.
- Sungai Nil – membolehkan kapal menyusuri dan berlabuh di pelabuhan spt
Thebes, Memphis, Fayoun, dan Heliopolis untuk aktiviti perdagangan.
- Pentadbiran terancang – menarik pedagang Laut Mediterranean dan Laut
Merah untuk singgah di Pelabuhan Mesir Purba.
 Kepercayaan masyarakat Mesir.
- Berkonsepkan politeisme.
- Setiap tahun orang Mesir Purba selalu dikaitkan dengan unsur alam seperti Re
(Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit) dan Amun (Tuhan Angin).
- Mempercayai kepada kehidupan selepas mati dan mayat perlu disimpan serta
dijaga dengan teliti.
- Makam mayat dibekalkan dengan barangan kelengkapan harian serta
kehidupan selepas mati
 Ciri-ciri sistem tulisan Mesir Purba:
- Sistem tulisan hieroglif – tulisan bergambar. Berkembang kepada hieratik –
tulisan berangkai kemudian demotik 700SM .
- Sistem tulisan ini berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan
bunyi.
- Sistem tulisan bertujuan mencatatkan rekod aktiviti pertanian dan pengutipan
cukai.
- Juga berperanan dalam keagamaan dan amalan ritual kepercayaan.

Sumbangan Tamadun Mesir Purba


 Sumbangan dalam sains dan teknologi.
- Sumbangan seni bina piramid-dibina Imhotep.
 Jasa Imhotep – Bina piramid Sakkara.
 Dibina untuk Firaun Djoser – Firaun kedua dinasti ketiga.
- Memperkenalkan teknik pembinaan menggunakan batu bata.
- Mencipta kertas daripada pokok papyrus.
- Penciptaan kertas memudahkan penyimpanan khazanah bangsa.
- Tinggalan tamadun Mesir Purba kepada dunia adalah dalam bentuk rekod
yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisannya iaitu hieroglif.
- Kemajuan dalam ilmu perubatan melahirkan pengamal perubatan mendapat
status yang tinggi dalam masyarakat dan berkhidmat untuk firaun dan
masyarakat.
 Dokumen perubatan Mesir Purba jumpa dalam makan Firaun Khufu.
1600SM.
 Catatan perubatan yang tertua.
- Kemajuan dalam bidang perubatan dalam memumiakan mayat.
- Tahap keilmuan dan kemahiran dalam bidang fizik,kimia,perubatan dan
pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu
hingga ke hari ini.
- Penggunaan ilmu matematik digunakan untuk mengawal banjir.
- Berjaya mencipta sistem pengairan – menyuburkan kawasan pertanian.
- Zaman Firaun Senuustret III – berjaya menebusguna tanah – 123KM dan bina
terusan mengairi 10000hektar.
- Memperkenalkan kalendar 365 hari , 12 bulan setahun.
- Tinggalan bangunan, tulisan, dokumen, dan buku – pembuktian wujud
tamadun Mesir Purba.
- Pengawalan air nadi tamadun Mesir.
 Sumbangan dan penekanan dalam pendidikan.
- Diwujudkan untuk kanak-kanak sejak umur rendah – golongan atasan.
- Diadakan di rumah ibadat dan dikawal kerajaan.
- Tujuan – lahirkan golongan pegawai kerajaan spt jurutulis.
- Wujudkan juga ahli sains, geometri, matematik – uruskan hal ehwal
pertanian,pengawalan air, pembinaan bangunan, dan piramid.

1.7 Tamadun Indus


 Di lembah Indus disaliri sungai Indus yang berpunca dari Gunung Himalaya dan
sekelilingnya.
 Dikenali juga sebagai Tamadun Harappa.
 Mula muncul pada sekitar tahun 2500SM dan merosot pada 1800SM.
 Kehancuran disebabkan serangan orang Aryan serta bencana alam seperti banjir,
kemarau, dan gempa bumi.
 Dua negara kota Tamadun Indus:
- Mohenjo-Daro
- Harappa
 Proses pembentukan tamadun Indus seperti berikut:
- Penduduk nomad di barat laut India membentuk pentempatan kekal di
sepanjang sungai Indus.
- Kekal kerana adanya sungai Indus – menyediakan sumber air dan tanah yang
subur.
- Telah meningkatkan hasil pertanian dan menambahkan jumlah penduduk
kerana kepandainya menyesuaikan diri dengan alam sekitar.
- Sebabkan wujudnya bandar dan yg utama Mohenjo-Daro dan Harappa –
bandar pelabuhan penting.
 Ciri-ciri keistimewaan Mohenjo-Daro dan Harappa sebagai petempatan kekal
- Pembentukan yang terancang dan terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi
tembok.
 Bahagian utama – pusat pentadbiran dan keagamaan yang
menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam yang
digunakan untuk upacara ritual dan pembersihan.
 Bahagian kedua – kawasan perumahan dan disusun berasaskan blok
berbentuk segi empat.
- Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalanraya dan lurus yang bersambung
antara satu sama lain.
- Perancangan bandar dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan
yang diterapkan daripada Tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
- Menggunakan batu bata daripada tanah liat melalui pembakaran suhu yang
tinggi.
- Ada sistem kumbahan dan saliran yang terancang.
 Rumah ada bilik mandi dan tandas.
 Air kumbahan disalirkan keluar melalui paip ke longkang.
 Longkang tidak ditutup terus untuk pembersihan.
 Bahan buang dihantar ke luar bandar.
- Bandar boleh dihubungi melalui sungai. Berfungsi sebagai alat perhubungan.
 Ciri-ciri sistem oraganisasi sosial masyarakat Tamadun Indus.
- Terbahagi dua golongan:
 Bawahan
 Terdiri daripada petani, buruh, dan hamba.
 Petani menjalankan aktiviti pertanian dan salurkan sebahagian
hasil kepada kerajaan.
 Golongan buruh menjalankan kerja perburuhan spt menjaga
kebersihan bandar , membina tembok di benteng dan membina
terusan.
 Atasan
 Terdiri daripada pendeta dan pedagang.
 Pendeta mempunyai pengaruh dan kuasa yang besar dalam
mengawal aktiviti masyarakat terutamanya yang melibatkan
aspek keagamaan.
 Mempunyai pengaruh keagamaan – alat dapatkan taat setia
golongan bawahan.
 Aspek pengkhususan pekerjaan masyarakat Indus dapat dicirikan dengan:
- Menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti perdagangan, pertanian,
pertukangan dan pembuatan.
- Aspek perdagangan membabitkan perdagangan luar dengan Mesopotamia.
Dibuktikan dengan penemuan cap mohor di Mespotamia
 Cap mohor diperbuat dari batu lembut ,diukir, dan dipanaskan.
 Berbentuk segi empat bujur.
 Lambang pengenalan diri atau kumpulan pedagang.
- Hasil perdagangan seperti emas, gading, manik, dan hasil pertanian.
- Petani mengeluarkan hasil seperti barli, kacang dan sebagainya.
- Golongan artisan terlibat dalam pembinaan dan penghasilan barangan logam
dan tembikar.
 Amalan keagamaan dan kepercayaan masyarakat Indus.
- Mempunyai satu amalan agama dibuktikan dengan penemuan patung dan
ukiran yang mempunyai unsur keagamaan iaitu patung Proto-Siva.
- Patung tersebut menunjukkan seseorang sedang duduk bersila dengan stail
yoga dan terdapat tiga tanduk di kepelanya yang melambangkan Dewa
Brahma,Vishnu dan Siva.
- Proto Siva menjadi sangat penting dari sudut perkaitannya dengan agama
Hindu.
- Masyarakat dalam tamadun ini juga percaya kepada Tuhan Ibu.
 Dibuktikan dengan penemuan patung wanita.
 Disembah sebagai lambang kesuburan.
 Berlaku juga dalam masyarakat Mesopotamia, Asia Kecil, Syria, dan
Palestin.
 Sistem tulisan yang dihasilkan ialah sistem tulisan piktograf.

Sumbangan Tamadun Indus


 Perancangan bandar
- Terdapat gabungan kepakaran dari sudut perletakan bandar dan pengisiannya.
- Pemahaman dalam ilmu geometri.
- Pemahaman dalam ilmu kesenian.
- Pemahaman dalam ilmu matematik.
- Mahir dalam bidang pembinaan.
- Pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir menghasilkan
perancangan bandar berbentuk segi empat dengan jalan raya yang lurus.
- Meningkatkan mutu pembinaan dengan membuat batu bata melalui
pembakaran suhu yang tinggi.
- Sifat keterbukaan.
- Tamadun Indus memperlihatkan bahawa sesebuah masyarakat tidak akan
mampu mencapai kecemerlangan tanpa membuat hubungan serta bertukar
pandangan dengan pihak lain.
- Hubungan dengan tamadun Mesopotamia serta tamadun MesirPurba
membolehkan kedua-dua pihak memperoleh manfaatnya dalam bentuk
pertukaran teknologi.
- Hubungan dengan tamadun Mesopotamia membolehkan segala pengaruh dari
luar disesuaikan dengan keadaan tempatan.
 Dilihat melalui nama bandar Makan dan Meluhha.
 Makan – Makran
 Meluhha – Mohenjodaro.
- Tamadun Indus telah menunjukkan kepada masyarakat dunia moden akan sifat
keterbukaan dalam proses pembinaan sesebuah tamadun, termasuk keamanan.
- Tamadun Indus mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah
tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai kemajuan dan
kecemerlangan.
 Kematangan ketamadunan manusia :
- Pencapaian cemerlang dalam perancangan bandar.
- Menjalankan kegiatan perdagangan antarabangsa.
- Pencapaian dalam keseimbangan rohani dan kepercayaan.
- Melahirkan masyarakat yang kreatif.
- Menghasilkan teknologi yang hebat.

1.8 Tamadun Hwang Ho


 Terletak dilembah sungai Hwang Ho atau sungai Kuning utara China.
 Dinasti awal dalam tamadun Hwang Ho ialah
- Dinasti Hsia yang bermula pada sekitar tahun 2205-1766 S.M.
- Dinasti Shang pada sekitar tahun 1766-1050 S.M.
- Dinasti Chou dari tahun 1050-256 S.M.
 Proses pembentukan melalui aspek berikut:
- Lembah Hwang Ho yang subur menarik penduduk nomad untuk tinggal
menetap dan membina petempatan.
- Tapak Banpo yang berhampiran bandar Siam moden merupakan petempatan
awal penduduk Hwang Ho.
- Penduduk menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan
binatang,mengumpul hasil hutan dan berburu.
- Perkembangan petempatan awal mewujudkan beberapa buah bandar antaranya
Anyang yang menjadi pusat kerajaan Dinasti Shang.
- Semasa Dinasti Chou,tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai
Yangtze.
 Proses pembentukan negara kota tamadun Hwang Ho ialah
- Hwang Ho menyuburkan kawasan.
- Tapak Banpo ialah petempatan awal.
- Asaskan pertanian, penternakan , kutip hasil hutan, memburu .
- Berkembang - wujud bandar-bandar dan Anyang menjadi negara kota Dinasti
Shang.
 Anyang dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan
musuh dan dikelilingi perkampungan yang didiami oleh masyarakat
petani.
 Ketua pemerintah – Raja , golongan pembesar dan golongan agama
tinggal di bandar.
 Dibandar ini terdapat istana,kuil dan pusat pentadbiran Dinasti Shang.
- Dinasti Shang menyebar budaya dan meluaskan wilayah.
- Dinasti Chou sebar hingga Sungai Yangtze.

Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho


 Aspek organisasi sosial masyarakat Dinasti Shang ialah:
- Raja menduduki lapisan teratas diikuti golongan pembesar.
- Golongan petani yang membentuk sebahagian besar penduduk,mendiami
kawasan diluar negara kota ini.
- Golongan artisan memiliki kemahiran menguasai teknologi gangsa yang
digunakan bagi menghasilkan senjata,perisai dan hiasan pada kereta kuda yang
digunakan oleh tentera serta peralatan untuk acara keagamaan.
- Golongan pembesar yang mampu memiliki tentera dan senjata gangsa
menggunakan keistimewaan untuk menundukkan golongan bawahan.
- Golongan paling bawah dalam masyarakat Shang ialah hamba.
 Aspek sistem pemerintahan Dinasti Shang ialah:
- Sistem pemerintahan berbentuk pemerintahan beraja.
- Pengganti raja selalunya dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih
muda atau anak lelaki raja.
- Raja-raja berkuasa keatas pusat pentadbiran dan mempunyai kewibawaan
politik,ekonomi,sosial dan agama.
- Mengikut kepercayaan masyarakat kuasa raja merupakan mandat daripada
tuhan.
 Jika raja adil – kerajaan dan rakyat makmur dan sejahtera kerana restu
Tuhan – jika tidak sebaliknya.
 Percaya Dinasti Shang runtuh kerana zalim.
- Raja-raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka
adalah daripada keturunan pemerintah agama.
- Raja dibantu oleh golongan basngsawan yang dipertanggungjawabkan untuk
mentadbir wilayahnya.
- Golongan bangsawan berhak mewujudkan sistem dalam tugas seperti pungutan
cukai,pertahanan dan undang-undang.
 Kezaliman Raja Shang menunjukkan raja kehilangan mandat menyebabkan golongan
hamba menyingkirkan Dinasti Shang untuk diganti dengan Dinasti Chou.
Pemerintahan Raja Chou telah
- membahagikan pemilikan tanah mereka kepada wilayah-wilayah dan melantik
pembesar tempatan di setiap wilayah ini.
- mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintahan dan
memberikan hadiah seperti kereta kuda,senjata gangsa,hamba dan binatang.
- meminta melindungi raja dan memberikan bantuan tentera pada masa perang.
- memberi hak kpg pembesar tempatan bertindak sebagai ketua agama untuk
menjalankan upacara pengorbanan.
- Dibantu oleh ketua menteri dan enam badan yg urus
 Pertanian
 Tentera
 Kerja awam
 Upacara agama
 Hal ehwal monarki
 Undang-undang.
- Peringkat wilayah dikendali pembesar feudal.
 Ciri-ciri pengkhususan pekerjaan dan peranan masyarakat .
- Golongan pembesar mempunyai tentera masing- masing terdiri daripada
tentera berkuda dan tentera berjalan kaki.
- Golongan petani sebagai tonggak ekonomi dan pentadbiran berperanan
memenuhi keperluan golongan atasan,
- Golongan artisan telah mencipta pelbagai barangan tembaga seperti bekas
minuman dan makanan,senjata dan barang tembikar.
- Golongan hamba berfugsi ;
 sebagai tentera paksaan
 membantu kerja-kerja perburuhan
 bagi tujuan koban dalam upacara penyembahan.
 Agama dan kepercayaan .
- Sebahagiaan masyarakat mengamalkan kepercayaan anismisme dan politisme.
- Masyarakat Shang mempercayai politeisme seperti tuhan syurga,tuhan
bumi,sungai,bukit dan gunung.
- Mereka mengamalkan penyembahan roh nenek moyang.
- Mereka juga sembah tuhan syurga (Shang Ti)dan Tuhan Bunyi ( Tu). Sembha
juga bukit, sungai, dan gunung.
 Shang Ti – Dewa tertinggi di syurga dan nenek moyang Shang.
 Percaya pada kuasa agung – Tien. – suatu makhluk unggul atau kuasa
tertinggi alam semesta atau syurga.
 Konsep ini mempengaruhi Yin dan Yang.
 Alam semesta dan kejadiannya terdiri dari dua unsur.
 Yin – kuasa pasif
 Yang – Kuasa aktif
- Upacara sembah libatkan permainan muzik,tarian dan upacara korban diketuai
oleh bomoh.
- Tulang oracle berfungsi bagi meramal keadaan.
 Bomoh terlibat dalam upacara penilikan tulang oracle meletakkan di
atas unggun api sehingga timbul rekahan untuk maramalkan untuk
mentafsir sesuatu kejadian.
 Amalan ini bawa kemunculan sistem tulisan.
 Sistem tulisan masyarakat Tamadun Hwang Ho
- Rekahan tulang oracle mempengaruhi idea penciptaan tulisan.
- Tulisan peringkat awal berbentuk ideogram berdasarkan simbol.
- Tulisan asal mempunyai gambar seperti kanak-kanak,bulan,matahari dan sungai.

Sumbangan Tamadun Hwang Ho


 Aspek Politik
- Sistem pemerintahan berbentuk monarki hingga Zaman Dinasti Ching.
- Gelaran Raja bertukar jadi Maharaja.
- Raja dikatakan anak syurga dan dapat mandat dari syurga.
- Pemerintahan Dinasti diteruskan sehingga abad ke 20.
 Aspek Ekonomi
- Sistem pengairan diperbaharui.
- Bina terusan untuk pertanian dan elak banjir.
- Teknologi pembajakan dan penciptaan cangkul dan sabit untuk pertanian.
- Menggunakan batas .
- Maenggunakan alat pertanian daripada kayu kepada besi.
 Aspek Sosial
- Sistem tulisan digunakan hingga hari ini.
- Tulisan digunakan dalam bidang penulisan dan pencetakan.
- Tulisan diajar di sekolah-sekolah di Cina.
- Berkembang dan digunakan oleh orang Korea dan Jepun.
 Agama dan kepercayaan
- Kepercayaan yang masih berkekalan sehingga hari ini ialah pemujaan roh
nenek moyang.
- Unsur pemujaan dijalankan sejak zaman Shang, diteruskan mengikut
kesesusaian masa dengan unsur korban manusia digantikan dengan unsur
makanan,duit kertas dan barang hiasan.
- Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui merupakan dua daripada kepercayaan
yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini.
 Feng Hsui = Dari falsafah Taoisme berlandaskan alam
semesta .
 Rujuk hubungan manusia dan alam.
- Orang China percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada
dua unsur yang saling melengkapi Yin kuasa pasif dan Yang kuasa aktif.
- Feng Hsui merujuk kepada falsafah Taoisme berlandaskan bagaimana manusia
berharmoni dengan alam semesta.
- Pemerintahan Shang,sistem kalender telah diperkenalkan, terdapat 30 hari
dalam sebulan dan 360 hari dalam setahun.
- Raja menggunakan kalender untuk menentukan musim menanam dan musim
menuai.
- Amalan menggunakan kalender ini diteruskan untuk menjalankan aktiviti
harian seperti upacara perkahwinan perkuburan atau pengebumian.
- Falsafah perang Sun Tzu,- ,The Art of War membicarakan selok- belok perang
dan cara menangani musuh telah diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
- Falsafah tersebut diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Objektif topik
Pada akhir topik ini, saya dapat belajar:
1) Konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun manusia.
2) Mengklasifikasikan sumbangan tamadun Mesopotamia, Mesir, Indus dan Hwang Ho.
3) Faktor-faktor pemimpin awal memilih sungai sebagai lokasi pembinaan tamadun
awal.
4) Nilai murni dan kebijaksanaan yang ada pada manusia.
5) Kedamaian dan keamanan adalah tunjang kepada sesebuah bangsa untuk mencapai
kemajuan dan kecemerlangan.

Pengajaran yang perolehi:


Topik ini telah banyak memberikan idea tentang penyelesaian masalah dalam
kehidupan harian saya. Selain itu, ciri-ciri tamadun yang berbeza menyedarkan saya bahawa
dalam dunia ini yang terdapat pelbagai kaum dan bangsa yang berbeza. Masing-masing
mempunyai agama, sistem pemerintahan, petempatan, pekerjaan, bahasa dan tulisan yang
berbeza. Namun demikian, kita tetap dapat hidup dalam keadaan yang aman dan
harmoni.Kita sebagai sekeluarga seharusnya berinteraksi dengan sebaiknya.Saya juga
menjadi lebih bekerjasama dengan orang lain.

Melalui pendedahan tentang usaha-usaha manusia pada zaman dahulu untuk


menjadikan kehidupan mereka lebih sempurna dan berjaya, saya dapat belajar bahawa untuk
mencapai kejayaan, kami seharusnya mencuba dengan sedaya-upaya. Tidak kira berjaya atau
tidak, prosesnya adalah paling penting, kami tidak akan berasa menyesal atau kecewa kerana
kami faham bahawa kami telah mencuba dan meletakkan usaha kami dalam perkara yang
ingin kami buat. Manusia dilahirkan dengan otak yang cekal dan mampu berfikir dengan
wajarnya, dan kami seharusnya menggunakannya dengan bijaksana.
Setiap tamadun awal mempunyai keistimewaan nya yang tersendiri. Begitu juga
dengan masyarakat serta manusia pada masa kini. Kami mempunyai karakter yang unik dan
berbeza. Kami seharusnya menggunakannya dengan baik seperti bekerjasama dengan orang
lain dengan mengamalkan nilai toleransi. Dengan ini, yakinnya dapat mencapai sesuatu
kejayaan dengan lebih senang dan sempurna!

Pandangan/pendapat tentang topik ini:


Setelah belajar tentang topik ini, saya berasa bahawa masyarakat dahulu memang
hebat. Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyediakan persekitaran serta suasana
yang lebih selesa dan senang untuk mereka dan juga generasi seterusnya. Tanpa pengorbanan
mereka, kita tidak akan mempunyai hidup yang senang lenang seperti sekarang. Kita
seharusnya mengenang jasa mereka yang mulia itu.

Saya juga berasa amat kagum dengan pemerintah pada zaman dahulu. Mereka
mempunyai kuasa mutlak yang mampu memerintah kawasan mereka dengan baik dan
terkawal. Dengan adanya pemerintah yang berwibawa ini, barulah negara akan menjadi
makmur dan rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan damai seperti apa yang kami alami
sekarang.

Seni bina pada zaman dahulu juga sangat mengagumkan. Pada masa itu, bahan dan
teknologi adalah terhad, tetapi manusia pada zaman dahulu masih dapat menghasilkan seni
bina yang sehebat ini. Bangunan tersebut juga dapat kekal hingga sekarang dan menjadi
bangunan bersejarah. Hal ini merupakan perkara yang amat membanggakan.

Bacaan/ maklumat tambahan tentang topik ini:

Dewa dan Dewi utama (Tamadun Mesopotamia)

 Dewa Anu merupakan Dewa langit Sumeria. Dia berkahwin dengan Dewi Ki, tetapi
dalam kepercayaan Mesopotamian lain dia mempunyai isteri yang dipanggil Uraš.
Sungguhpun dia dianggap dewa paling penting dalam Dewa Dewi, dia memainkan
peranan pasif dalam epik, membenarkan Enlil untuk mengambil keduduk sebagai
dewa paling penting.
 Dewa Enlil pada awalnya merupakan dewa paling berkuasa dalam kepercayaan
Mesopotamia. Isterinya adalah Dewi Ninlil, dan anak-anaknya adalah Iškur (kadang-
kala), Nanna - Suen, Nergal, Nisaba, Namtar, Ninurta (kadang-kala), Pabilsag, Nushu,
Enbilulu, Uraš Zababa dan Ennugi. Kedudukannya pada puncak dewa dewi
(pantheon) kemudiannya digantikan oleh Marduk dan kemudiannya oleh Ashur.
 Dewa Enki (Ea) dewa kepada Eridu. Dia merupaka dewa hujan.
 Dewa Marduk merupakan dewa utama Babylon. Apabila Babylon semakin berkuasa,
mithologi mengangkat Marduk dari kedudukan asalnya sebagai dewa pertanian
kepada dewa utama dalam pantheon.
 Dewa Ashur merupakan dewa empayar Assyrian dan sama juga apabila Assyrians
semakin berkuasa, mitos mereka mengangkat Ashur kepada kedudukan penting.
 Dewa Gula atau Dewa Utu (dalam Sumeria), Shamash (dalam Akkadian) merupakan
dewa matahari dan dewa keadilan.
 Dewi Ishtar atau Dewi Inanna merupakan dewi seks dan perang.
 Dewi Ereshkigal merupakan dewi Alam Bawah (Netherworld).
 Dewa Nabu merupakan dewa tulisan Mesopotamia. Dia amat bijaksana, dan dipuji
bagi keupayaannya untuk menulis. Di sesetengah tempat, dia dipercayai mengawal
langit dan bumi. Kepentingannya semakin meningkat pada tempoh berikutnya.
 Dewa Ninurta merupakan dewa perang Sumeria. Dia juga merupakan dewa hero.
 Iškur (atau Dewa Adad) merupakan dewa ribut.
 Dewa Erra kemungkinannya dewa kemarau. Dia sering disebut bersama dengan Dewa
Adad dan Dewa Nergal bagi memusnahkan tanah.
 Dewa Nergal kemungkinannya dewa wabak (plague). Dia juga merupakan pasangan
kepada Dewa Ereshkigal.
 Dewa Pazuzu, juga dikenali sebagai Dewa Zu, merupakan dewa jahat, yang mencuri
kepingan (tablets ) masa depan Dewa Enlil, dan dibunuh kerana ini. Dia turut
membawa penyakit yang tidak mempunyai penawar yang diketahui.

Zaman Purba Mesir merujuk kepada kebudayaan di Hulu Lembah Nil menganjur dari ke
selatan sehingga Jebel Barkal, Napata [1], keutara sehingga Laut Mediterranean, walaupun
mempunyai saiz berbeza sepanjang sejarahnya antara sekitar 3200 SM dan 332 SM, dengan
penaklukan oleh Alexander the Great. Sebagai kebudayaan yang berasaskan pengairan ia
merupakan contoh jelas (quintessential example) empayar hidrolik.

Mesir silam bertutur bahasa Afro-Asiatik berkait dengan bahasa Chadic, Berber dan Semitik.
Rekod bahasa Mesir silam telah ditarikh sekitar 3200 SM. Para sarjana meletakkan bahasa
Mesir kepada enam pembahagian mengikut kronologi:

 Mesir Silam (Archaic Egyptian) (sebelum 2600 SM)


 Mesir Lama (Old Egyptian) (2600–2000 SM)
 Mesir Tengah (Middle Egyptian) (2000–1300 SM)
 Mesir Akhir (Late Egyptian) (1300–700 SM)
 Mesir Demotik (Demotic Egyptian) (abad ke-7 SM–abad ke-4)
 Bahasa Coptik (Coptic language) (abad ke-3–abad ke-12)

Penulisan

Pengkaji Mesir Purba (Egyptologis) merujuk kepada tulisan Mesir sebagai hieroglif, bersama
dengan skrip baji (cuneiform script) Mesopotamia ranking sebagai sistem penulisan tertua di
dunia. Skrip hieroglif sebahagiannya syllabik, sebahagiannya ideografik. Hieratic adalah
bentuk hieroglif Mesir bersambung (cursive) yang pertama sekali digunakan semasa Dinasti
Pertama (kk. 2925 SM - kk. 2775 SM). Istilah Demotik dari sudut Mesir, Ia itu, "asal -
indigenous" dari sudut pandangan Hellenistik, berubah menjadi merujuk kepada kedua-dua
skrip dan bahasa yang selepas tahap Mesir Silam Akhir (Late Ancient Egyptian) daripada
Nubian dinasti ke-25 sehingga ia dipinggirkan oleh Greek Koine pada awal abad AD. Selepas
penaklukan oleh Umar ibn al-Khattab, bahasa Coptic kekal sehingga Zaman Pertengahan
sebagai bahasa keugamaan (liturgical) oleh minoriti Kristian.

Skrip hieroplif akhirnya tidak lagi digunakan sekitar abad ke-4, dan mulai dijumpai kembali
semenjak abad ke-15 (lihat Hieroglfika).

Abjad terawal juga dicipta di Mesir Purba, sebagai hasilan dari hieroplyphik sylabik
(syllabic).
Tulisan

 kk. 1999 SM - Papyrus Westcar


 kk. 1800 SM Cerita Sinuhe
 kk. 1800 SM - Papyrus Ipuwer
 kk. 1800 SM - Papyrus Harris I
 kk. 1000 SM Cerita Wenamun

Soalan yang berkaitan dengan topik ini serta jawapan:

Soalan Objektif

1) Antara petempatan awal Zaman Paleolitik di Malaysia ialah


I Tingkayu. Sabah
II Kota Tampan, Perak
III Lembah Bujang, Kedah
IV Sungai Tembeling, Pahang
A. I dan II C. III dan IV
B. II dan III D. I dan IV

Masyarakat X
- Menetap di suatu tempat
- Menggunakan air sungai untuk pertanian dan penternakan
2) X merujuk kepada Zaman
A. Neolitik
B. Mesolitik
C. Paleolitik
D. Batu Tengah

3) Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Greek, iaitu civitas. Apakah maksud
civitas?
A. Kota
B. Bandar
C. Pusat
D. Negara

 Madana
 Civitas
 Madain
4) Apakah persamaan yang terdapat dalam senarai di atas?
A. Pengertian bandar
B. Petempatan awal
C. Maksud tamadun
D. Negara kota terawal

Pencapaian manusia dlam proses pembentukan tamadun awal bergantung kepada


kekuatan rohaniah dan pemikiran mereka.
5) Bagaimanakah kekuatan tersebut dapat membentuk sesebuah tamadun?
A. Kemunculan semangat ingin tahu
B. Melalui sikap inovatif dan kreatif
C. Penghayatan terhadap keindahan alam
D. Melalui kajian terhadap sejarawan lampau

6) Apakah peranan bandar dalam proses pembentukan tamadun?


I Pusat penyembahan
II Pusat pentadbiran
III Pusat pelancongan
IV Pusat pertemuan masyarakat
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

7) Unsur magis yang digunakan oleh raja dalam tamadun awal adalah untuk
A. Menakutkan musuh luar
B. Menggalakkan bangsawan mentaatinya
C. Memastikan rakyat membayar cukai
D. Mengukuhkan kuasanya sebagai ketua pemerintah

 Tamadun Indus
 Tamadun Mesopotamia
8) Apakah persamaan antara kedua-dua tamadun di atas?
A. Rakyatnya menyembah raja
B. Golongan pendeta terlibat dalam pentadbiran
C. Perkembangan pesat dalam ilmu perubatan
D. Sistem tulisan berasaskan gambar dan simbol.

9) Antara berikut yang manakah membuktikan sumbangan Raja Hammurabi dalam


pemerintahan Mesopotamia?
I memperkenalkan kod undang-undang
II memperkenalkan sistem politik berbentuk teokrasi
III membina banyak negara kota
IV kejayaan beliau menakluki Akkad
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

10) Apakah sebab utama keruntuhan kerajaan dalam tamadun Mesopotamia?


A. Dikuasai oleh Parsi
B. Persaingan daripada tamadun Indus
C. Berlaku bencana alam yang teruk
D. Ketiadaan pemimpin yang berwibawa

11) Firaun Hatshepsut merupakan raja perempuan yang pernah memerintah tamadun
Mesir Purba. Ini menunjukkan
A. Kejayaan firaun dalam membawa perubahan
B. Kebesaran kerajaan Mesir Purba
C. Wanita diiktiraf sebagai pemimpin
D. Kemajuan dalam politik Mesir Purba

12) Apakah peranan pendeta pada zaman pemeintahan firaun?


A. Menjaga keamanan
B. Mentadbir hal keagamaan
C. Menulis segala rekod kerajaan
D. Memastikan firaun akan memerintah dengan adil

13) Apakah persamaan peranan raja dalam tamadun awal?


I Raja berkuasa mutlak
II Raja dibantu oleh bangsawan
III Raja disembah sebagai Tuhan
IV Raja perlu mendapatkan sokongan rakyat
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

14) Apakah sebab utama berlakunya kehancuran tamadun Indus?


I pertukaran pemimpin
II kemerosotan dalam bidang ekonomi
III serangan dari orang Aryan
IV berlakunya bencana alam
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

15) Antara berikut yang manakah bukti wujudnya hubungan perdagangan antara
masyarakat Indus dengan Mesopotamia?
A. Penemuan syiling perak
B. Penemuan alat penyukat
C. Penemuan jalan perdagangan
D. Penemuan cap mohor

16) Apakah ciri utama bandar Mohenjo- Daro dan Harappa dalam tamadun Indus?
I jalan raya yang lurus dan besar
II sistem peparitan yang sistematik
III bandar disusun berasas kepada blok berbentuk empat segi
IV bandar dikelilingi oleh tembok yang panjang
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

17) Antara berikut yang manakah tugas golongan buruh dalam tamadun Indus?
I membina terusan
II menjadi askar upahan
III menjaga kebersihan bandar
IV membina tembok di benteng
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV

18) Apakah kepercayaan yang diasaskan oleh Tamadun Hwang Ho dan kekal hingga
kini?
A. Menyembah patung Buddha
B. Menyembah roh nenek moyang
C. Menyembah dewa agung
D. Memuja matahari waktu pagi

Masyarakat mempercayai kuasa raja merupakan mandat daripada Tuhan.


19) Kepercayaan di atas merupakan kepercayaan bagi masyarakat China pada zaman
Dinasti
A. Ming
B. Tang
C. Han
D. Shang

20) Antara berikut yang manakah menunjukkan idea daripada konsep Feng Hsui dalam
tamadun Hwang Ho?
I Falsafah yang merujuk kepada hubungan antara manusia dengan alam sekitar.
II Falsafah yang menekankan tentang bagaimana manusia boleh hidup harmoni
dengan alam sekitar
III Alam semesta yang terjadi melalui dua unsur yang saling melengkapi
IV Manusia perlu berkorban walaupun terpaksa mati di medan perang
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Soalan Struktur
1) Sistem sosial masyarakat tamadu awal berbentuk piramid dan bersusun lapis.
Terdapat lapisan pertama yang terdiri daripada raja, lapisan kedua(pembesar), lapisan
ketiga(rakyat biasa), dan lapisan paling bawah( hamba).

a) Nyatakan tiga golonagan masyarakatyang terdapat dalam lapisan kedua.


i. Golongan yang menguasai upacara agama
ii. Kumpulan pentadbir dan ilmuan
iii. Ahli pakar dalam bidang kesenian

b) Apakah kesan aktiviti perdagangan dalam masyarakat tamadun awal?


i. Berlaku pertukaran ilmu pengetahuan
ii. Berlaku pertukaran budaya antara masyarakat

c) Nyatakan dua peranan sistem tulisan pada zaman tamadun awal.


i. Penyimpanan rekod
ii. Penulisan undang-undang

2) Antara sumbangan tamadun Mesopotamia ialah Kod Undang-undang


Hammurabi,sistem tulisan, ilmu perubatan, roda, dan kapal layar. Ciptaan ini bukan
sahaja memberi manfaat kepada tamadun Mesopotamia tetapi memberi manfaat yang
besar kepada dunia hari ini.
a) Apakah kesan kepada pengamalan Kod Undang-undang Hammurabi
dalam tamadun Mesopotamia?
i. Mengelakkan wujudnya masalah di kalangan masyarakat pelbagai
kaum
ii. Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi dalam
masyarakat

b) Terangkan sumbangan tamadun Mesopotamia dalam bidang astronomi.


i. Perkembangan dalam ilmu matematik
ii. Perkembangan dalam ilmu geometri
iii. Penciptaan kalendar yang berasaskan sistem solar.

c) Senaraikan dua fungsi roda dalam tamadun Mesopotamia.


i. Menghasilkan kereta kuda
ii. Mencipta kincir air

3) Tamadun Mesir Purba dianggap anugerah daripada Sungai Nil. Limpahan air Sungai
Nil ke daratan menyebabkan bumi Mesir menjadi subur dan seterusnya membentuk
tamadun yang mengagumkan.
a) Senaraikan tiga buah bandar yang pernah menjadi pusat pentadbiran
tamadun Mesir Purba.
i. Thinis
ii. Memphis
iii. Thebes
b) Berikan tiga sebab kehidupan di bandar menjadi ciri penting dalam
tamadun Mesir Purba.
i. Tempat kediaman Firaun
ii. Pusat pemerintahan dan pentadbiean
iii. Pusat palabuhan yang penting
c) Selain menjadi raja, apakah peranan firaun dalam pemerinthan Mesir
purba?
i. Ketua pendeta
ii. Ketua hakim

4) Masyarakat Lembah Indus berjaya menjalankan pelbagai aktiviti ekonomi seperti


perdagangan, pertanian, pertukangan, dan pembuatan. Kejayaan tersebut
melambangkan kerajinan, kerjasama, dan kebijaksanaan masyarakatnya.
a) Senaraikan tiga hasil perdagangan yang utama dalam tamadun Indus.
i. Emas
ii. Manik
iii. Gading gajah
b) Nyatakan dua sumbangan besar tamadun Indus kepada perkembangan
ketamadunan manusia.
i. Mengeksploitasi kelebihan yang mereka miliki
ii. Kebolehan mengeksploitasi Sungai Indus

c) Senaraikan dua faktor masyarakat Indus berupaya mambina bandar


terancang.
i. Kemajuan dalam bidang pembinaan dan geometri
ii. Wujudnya hubungan dengan negara luar dan penerimaan
pandangan daripada pihak lain.

Soalan Esei
Beri maksud tamadun. ( 5 Markah )

F1 bahasa Arab yang bermaksud mudun, madain, madana yang bermaksud tinggi budi
bahasa.
F2 pembukaan Bandar
F3 Bahasa Inggeris, Civilization
F4 civitas yang bermaksud Bandar
F5 kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi politik, sosial dan ekonomi.

Maksud tamadun ialah daripada bahasa Arab yang bermaksud mudun, madain,
madana yang bermaksud tinggi budi bahasa . Selain itu, tamadun juga bermaksud pembukaan
Bandar. Bahasa Inggeris, Civilization yang berasal daripada bahasa Greek juga merupakan
maksud tamadun. Tamadun juga memberi maksud civitas yang bermaksud Bandar.
Akhirnya, tamadun juga didefinisikan sebagai kemajuan yang dicapai oleh manusia dari segi
politik, sosial dan ekonomi.

Huraikan sumbangan Alexander The Great dalam perluasan kuasa di Yunani. [10markah]
F1 menggantikan bapanya Philip II sebagai Raja Macedonia
F2 menaiki takhta pada tahun 336 S.M
F3 jeneral yang agung dalam sejarah dunia
F4 mengetuai gabungan tentera Macedonia dan Yunani menakluk empayar Parsi
F5 meluaskan lagi kawasan takluk Yunani setelah menguasai Parsi, Mesir, Samarkand,
dan Turkistan
F6 menjadikan seluruh kawasan Laut Meditererranean di bawah kekuasaannya
F7 menyebarkan kebudayaan Hellenistik iaitu campuran antara kebudayaan Yunani
dengan Parsi serta kebudayaan Timur yang lain
F8 Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik dari kota-kota utama dalam empayar
Yunani seperti Antioch, Iskandariah, dan Syracuse di Itali
F9 Beliau menyebarkan kebudayaan Hellenistik dari kota-kota utama dalam empayar
Yunani seperti Antioch, Iskandariah, dan Syracuse di Itali.
F10 kematian Alexander dan kemunculan Rom menandakan berakhirnya empayar Yunani

Salah satu sumbangan Alexander The Great dalam perluasan kuasa di Yunani ialah
menggantikan bapanya Philip II sebagai Raja Macedonia. Selain itu, beliau juga menaiki
takhta pada tahun 336 S.M. Alexander The Great juga merupakan jeneral yang agung dalam
sejarah dunia. Di samping itu, beliau juga mengetuai gabungan tentera Macedonia dan
Yunani menakluk empayar Parsi. Sumbangan lain beliau ialah meluaskan lagi kawasan
takluk Yunani setelah menguasai Parsi, Mesir, Samarkand, dan Turkistan. Alexander The
Great juga menjadikan seluruh kawasan Laut Meditererranean di bawah kekuasaannya.

Bukan itu sahaja, beliau juga menyebarkan kebudayaan Hellenistik iaitu campuran
antara kebudayaan Yunani dengan Parsi serta kebudayaan Timur yang lain. Beliau
menyebarkan kebudayaan Hellenistik dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti
Antioch, Iskandariah, dan Syracuse di Itali. Akhir sekali, kematian Alexander dan
kemunculan Rom menandakan berakhirnya empayar Yunani.

Rujukan:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mesir_Purba
Buku teks Sejarah Tingkatan 4
Buku Rujukan Sejarah Tingkatan 4 ( Sasbadi)

Lampiran:

BAB 2 : PENINGKATAN TAMADUN

Latar Belakang Tamadun


Peningkatan tamadun bermaksud penggunaan pemikiran manusia untuk mengawal dan guna
alam sekitar – bawa kehidupan yang lebih maju dan kompleks – selain dapat kemahiran bagi
hasilkan idea baru serta kemajuan menerusi aspek poltik, ekonomi dan sosial.

 Tamadun Yunani
- Greece – Laut Aegean dan Mediteranean
- Negara Kota atau polis . Gabungan beberapa buah kampung 1000 – 800 SM.
- Setiap kota ada ibu kota dikelilingi pertanian .Dalam kota : pasar, kubu, kuil, dan
istana.
- Kota yg menonjol Athens, Sparta, dan Corinth. Lain corak pentadbiran dan Tuhan.
- Setiap kota @ Polis ada ibu kota – Acrapolis ada bangunan kerajaan dan tempat
keagamaan.
- Agora tempat mesyuarat dan pusat ekonomi.

 Tamadun Rom
- Bukit Palatine dekat Sg Tiber, Lembah Latium- masyarakat Latin
- Wujud Majlis Perbandaran - 2SM Perintah sendiri. Perancangan bandar terancang ada
bekalan air, sistem pemanas, rumah ibadat, teater, sarkas berdialog (forum ), rumah
mandi awam dan istana.
- Bandar pemerintahan – Pompei ada pejabat, dewan, pintu gerbang, kedai, dan
colleseum – tempat pertandingan pahlawan Rom.
- 50000 penduduk. Saliran air bawah tanah 165 km melibatkan 14 terusan. Tujuan
bekalan harian, perindustrian dan pengangkutan.

 Tamadun India
- Asas kecemerlangan Tamadun Indus terdahulu yg musnah oleh orang Aryan.
- Tahap baru dikenali Zaman Vedik asal dari kitab Veda – lahir agama Hindu. Beralih
di Lembah Ganges.
- Pemerintah oleh Raja. Dua kerajaan Janapada ( kerajaan kecil ) dan Mahapada
( kerajaan besar )
- Chadradupta Maurya satukan kerajaan kecil. 321 SM wujud empayar pertama –
Dinasti Maurya. Kemuncaknya dalam pemerintahan Asoka.

 Tamadun China
- Lembah Hwang Ho dan Selatan Cina. Bermula dengan Dinasti Chin – Mula
meningkatkan tamadun terdahulu
- Dinasti Chin 221 – 206 SM. Shih Huang Ti pengasasnya – wujudkan empayar hingga
Sg. Merah di Vietnam. Pemerintahan kerajaan pusat . Penuh penaklukan dan
peperangan

Faktor Peningkatan

Pemerintahan dan Pentadbiran

 Tamadun Yunani
- Sistem Monarki , oligarki, aristokrasi, diktator atau tirani, demokrasi
- Sebelum demokrasi , Athens amalkan sistem beraja – dibantu oleh konsul – golongan
kaya.
- Raja beperanan sebagai ketua negara dan kerajaan, ketua hakim, ketua tentera, dan
ketua agama.
- Apabila konsul kuat peranan tersebut merosot. Wujud sistem Raja dipilih dengan
kuasa terhad.
- Beberapa orang konsul mewujudkan oligarki. Melahirkan juga golongan aristokrat –
ada kuasa besar – Aristokrasi.
- Rakyat tidak puas hati – merampas kuasa wujud diktator / tirani – biasanya dari
golongan tentera .
- Ditentang oleh aristokrat- wujud demokrasi
- Demokrasi wujud Dewan Perhimpunan dan Majlis.
- Lelaki Athens berpeluang jadi ahli – 6 bulan hingga 1 tahun.
- Dewan Perhimpunan bersidang 3 kali setahun. Bincang dasar kerajaan.
- Keputusan Dewan dilaksanakan Ahli Majlis dilantik Dewan Perhimpunan.
- Begitu juga Majistret dan Juri.
 Tamadun Rom
- Bermula sistem beraja secara mutlak sejak tahun 753 SM.
- Rom dikuasai oleh raja-raja keturunan Etruscan yang bukan Latin tempatan.
- Tidak disenangi oleh masyarakat Latin tempatan.
- Masyarakat memberontak di bawah pimpinan golongan bangsawan (Partrician).
 Wujud Republik.
- Republik – tiada kuasa mutlak.
- Kuasa tertinggi 2 orang Konsul. Dilantik oleh Dewan Senat untuk tempoh tertentu.
Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan.
- Dewan Senat berperanan membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan menggubal
perundangan.
- Sebelum ahli Dewan Senat jadi konsul, beliau menjadi Praeotor – pemerintah tentera.
- Di bawah Dewan Senat – Dewan Perhimpunan
- Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua rakyat Rom.
- Keputusan Dewan Senat diserahkan kepada Dewan Perhimpunan untuk kelulusan.
- Mengamalkan sistem demokrasi.
- Berubah dalam zaman Julius Ceasar menjadi Diktator.
- Wujud pemerintahan berpusat – Empayar .
- Menakluki Macedonia, Yunani, Syria, Mesir, Perancis, Britain, dan beberapa wilayah
Jerman.
- Menguasai tentera dan Senat
- menggunakan gelaran Maharaja.
- Diteruskan oleh Augustus dari tahun 27 – 14 SM.
- Membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom yang terdiri daripada
pelbagai bangsa dalam Tiga Benua. – Asia, Afrika dan Eropah.
- Kekal 200 tahun.
- Digelar Pax Romana.

 Tamadun India.
- Mempunyai dua bentuk kerajaan.
- Kerajaan kecil dan kerajaan besar.
- Kerajaan kecil tiada raja dan berpuak.
- Kerajaan besar diketuai raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha.
- Raja kuasa mutlak.
- Diperkukuhkan dengan upacara ritual.
- Raja suci dan harus dihormati.
- Brahmin penasihat Raja
- Di bawah Brahmin -Ksyatria.
- Chandragupta Maurya membentuk empayar dari tahun 321 – 185 SM.
- Raja bertukar menjadi Maharaja.
- Empayar Maurya meliputi Teluk Benggala hingga Pergunungan Hindu Kush.
- Ibu negara Pataliputra.
- Zaman kegemilangan (273 – 232 SM) semasa pemerintahan Asoka.
- Dapat manamatkan perang saudara selepas bapanya mati : Bindusara,
- menakluk Kalinga.
- Perang Kalinga 150 ribu cedera, 100 ribu mati.
- Asoka memeluk Buddha.
- Menekankan kemajuan sosial dan kedamaian.
- Menjalankan panaklukan melalui penyebaran agama Budhha.
- Mewujudkan Birokrasi pentadbiran.
 Tamadun Cina
- Konsep raja bertukar menjadi Maharaja
- Mewujudkan empayar dan peluasan kuasa.
- Mengubah sistem Feudal kepada sistem pentadbiran berpusat.
- Dinasti Chin 221 – 206 SM. Pemerintahan berpusat membolehkan pembentukan
birokrasi awam .
- Birokrasi awam terdiri daripada pegawai yang dilantik oleh Maharaja – di kalangan
rakyat melalui jawatankuasa : Hon Kao Tsu.
- Lantikan atas pencapaian dalam peperiksaan awam.
- Bermula pada Dinasti Han.
- Tokoh penting Shih Huang Ti.

Perundangan

 Tamadun Yunani
- Dewan Perhimpunan menggubal undang-undang.
- Plato bukunya Republic –menekankan kepentingan undang-undang.
 Tamadun Rom
- Undang-undang pertama – Hukum Kanun 12 –
- dipahat pada Papan Dua Belas. Dipamer di tempat awam.
- Maharaja Juntinian – satukan undang-undang yang banyak : Kod Undang-
Undang Rom atau Kod Undang-Undang Justinian.

 Tamadun India
- Berdasarkan kitab Dharma Sastra – Undang-undang tertua Hindu .
- Raja bertanggungjawab menjaga kesuciandan kedaulatan undang-undang.
- Brahmin yang mahir kerana tentang hukum hakam agama.
- Zaman Dinasti Maurya – undang-undang disampaikan sebagai titah raja.
- Diukir pada batu : Tiang Asoka.
- Berkonsep keadilan dan kesjahteraan rakyat.
 Tamadun Cina
- Berteraskan 2 prinsip: Hukuman Berat dan Bercorak Kolektif.
- Berdasarkan falsafah Legalisme.
- Digubal Han Fei Tzu – Dinasti Chin , seorang ahli falsafah.
- Ciri-ciri undang-undang: tidak harus wujud belas kesihan, perlu dipelihara. Sebab
itu raja mesti ada kuasa utuh.
- Bertentangan dengan falsafah undang-undang Confucius. Raja perlu ada perkerti
baik dan menjaga keharmonian manusia dan masyarakat.

Peluasan Kuasa

 Tamadun Yunani
- Bermula 800 SM.
- Zaman Raja Philip II , Macedonia dan Yunani disatukan.
- Diteruskan anaknya, Alexander The Great.-
- menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, dan Samarkand serta seluruh Mediteranean.
- Menyebarkan budaya Hellenistik – campuran budaya Yunani, Parsi dan kawasan
Timur lain.
- Tersebar : di Syracuse, Itali, Iskandariah, dan Antioch.
- Empayar berakhir dengan kematian Alexander.
 Tamadun Rom
- Mula sejak tahun 27SM pada zaman pemerintahan Augustus Caesar.
- Empayar berdasarkan Republik warisan.
- Meliputi – Britain, Sepanyol, kaw. Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam,
Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, Sebahagian Turki, dan Palestine.
 Tamadun India
- Berlaku dalam Dinasti Maurya – Mula zaman Chandargupta Maurya dari tahun
321 – 292SM.
- Berjaya – mempunyai angkatan tentera yang besar : 600 gajah, 1000 org tentera
berkuda, dan 10000 infrantri.
- Meliputi India Utara, Punjab, Seleceus yang memerintah Seleucid di Syria dan
sempadan India Barat.
- Bindusara – anaknya meluaskan empayar Maurya ke Mysore, Selatan India.
- Asoka anak Bindusara mengubah cara peluasan kuasa.
- Lebih lembut tiadakekerasan tentera.
- Penggunaan agama Budhha.
- Berjaya menguasai Seluruh India selepas Perang Kalinga.
 Tamadun Cina
- Wujud semasa Dinasti Chin.
- Shih Huang Ti memerintah secara autokratik – tegas dan mutlak.
- Menyatukan kerajaan kecil.
- Menghapuskan kuasa bangsawan dan melantik gabenor serta pegawai tentera
untuk tadbir.
- Membina Tembok Besar Cina untuk mempertahankan empayar China.
- Kejatuhan Chin digantikan dengan Dinasti Han.
- Maharaja Tentera @ Han Wu Ti meluaskan empayar ke SinKiang, Lembah Tarim
dan Tutor di Utara, Yang Tze, Kwangsi, dan KwanTung.
- Akhir pemerintahan ke Jepun dan Turkistan.
- Menggunakan kuasa tentera yang besar dan kuat serta kekerasan.
Peningkatan Ekonomi
 Tamadun Yunani
- Semua negara Kota menjalankan kegiatan perdagangan kecuali Sparta kerana
keadaan muka bumi tidak subur – bergunung-ganang.
- Wujud peningkatan perdagangan melalui jalan laut dengan kawasan lain seperti
Mesir, Syria dan Phoenecia.
- Kekurangan tanah menyebabkan Athens dan Corinth kekurangan makanan.
- Makanan dibawa dari luar.
- Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatan dan Laut Hitam.
Menjadi pusat pengumpulan barangan dari timur.
- Perdagangan dikenakan cukai – rakyat berpindah ke tempat lain seperti
Alexandria pada zaman Graeco-Roman 300SM.
 Tamadun India
- Pesat berkembang pada 3SM.
- Melibatkan perdagangan dalaman dan luaran.
- Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa.
- Menghasilkan senjata, gading , emas, berlian dan mutiara.
- Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia
Tengah, Asia Tenggara – alam melayu
- Menjual rempah, gading, besi, dan bedak wangi.
- Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China.
- Terbentuk Perdagangan Maritim.
- Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul,
Kalyan, dan Cambay di bahagian Barat.
- Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar.
- Matlamat : mangawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.
- Wujud undang-undang bagi mengawal persatuan.
- Diawasi Raja.
- Mata wang digunakan. Zaman Gupta- wang emas.
- Mempunyai dasar kewangan dan ekonomi yg sistematik.
- Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas,
dan sutera.
- Sutera di Benares dan Bengal.
- Perdagangan lain - Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan.
- Cukai dikenakan untuk menyara tentera, pentadbir, dan raja.
 Tamadun China
- Pesat – Dinasti Shang.
- Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan
dan pembentukan persatuan perniagaan
- Bidang pertanian ; Dinasti Han - memperkenalkan batas tanaman, kolar kuda
tarik tenggala, kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.
- Mencipta alat pertanian, sistem tanaman secara bergilir untuk menyuburkan tanah,
Bukit ditereskan – Dinasti Shang.
- Sistem pengairan spt terusan – pertanian terkawal dan pengawalan banjir .
- Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.
- Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat.
- Melalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut mulai Dinasti Tang.
- Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat
pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.
Peningkatan Sosial

Pendidikan
 Tamadun Yunani
- Di Athens pendidikan bertujuan untuk melahirkan manusia seimbang dari segi rohani
dan jasmani.
- Manusia cemerlang memenuhi tuntutan mental dan fizikal.dapat menyumbang
kepada kesejahteraan kehidupan manusia.
- Tumpuan pada pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca,
menghafal, dan menulis.
- Sparta – pendidikan bertujuan melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah,
dan setia kepada negara kotanya.
- Mementingkan latihan fizikal dan kemahiran senjata.
- Perkembangan berlaku apabila banyak sekolah didirikan di Athens, Thebes, Elea,dan
Miletus.
- Athens terkenal sebagai pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa
pemerintahan Pericles.
 Tamadun Rom
- Menekankan ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom.
- Terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan yang memberi
kesejahteraan hidup.
- Pada peringkat awal unsur dari Yunani banyak diserapkan dalam pendidikan Rom.
Pusat pendidikan melahirkan jurutera , ahli falsafah, dan sejarawan.
- Dapat membina sistem pengairan, bangunan, jalan raya dan penulisan kegemilangan
Rom.
 Tamadun India
- Bermula Zaman Vedik.
- Mementingkan keagamaan dan agama Hindu.
- Didominasi lelaki.
- Tumpuan pada pengkajian kitab Veda dan penggunaan bahasa Sanskrit.
- Kaedah hafalan digunakan.
- Berteraskan Hindu dan Budhha untuk sediakan manusia selepas mati.
- Pendidikan tinggi – Kolej Brahmin
- Sebelumnya di istana dan di rumah.
- Universiti Budhha: Nalanda.
- Untuk mencapai taraf Brahmin – hafal kitab veda kandungan: ritual, mantera, dan
lagu agama.
- belajar saintifik dan falsafah.
- Telah meningkatkan ilmu sains.
- Zaman seterusnya – untuk menambahkan ilmu dan mengatasi buta huruf, dan
mendapatkan jawatan awam.
 Tamadun China
- Menghargai pendidikan, perniagaan, dan kesusasteraan.
- Matlamat- lulus peperiksaan awam
- 3 peringkat – pendidikan rendah, menengah, dan tinggi.
- Rendah – tumpukan kegiatan mengenal dan hafal ideogram dan 9 buku suci tanpa
faham maknanya.
- Menengah – karangan dan sastera.
- Tinggi – menterjemahkan kitab suci.
- Kepentingan – untuk pentadbiran.
- Peperiksaan awam 3 tahap.
- 1- Hsiu Tai : setaraf ijazah pertama di daerah , lulus jadi pegawai kerajaan, dua kali
dalam 3 tahun
- 2 - Chun Jen : sarjana di ibu kota daerah, 3 tahun sekali.
- 3 – Chin Shih : Doktor Falsafah di ibu kota empayar hadapan maharaja, lulus jadi
pendidik, 3 tahun sekali

Falsafah

 Tamadun Yunani
- Ahli falsafah : Herodotus, Socrates, Plato, Aristotle, Thucydides, Zeno.
- Isu utama – individualisme, kehidupan manusia, dan demokrasi.
- Karya: Herodotus – History of Persian Wars, bapa sejarah.Thucydides – pengasas
sejarah saintifik, tulis secara penyelidikan – Peloponesian Wars.
- Karya Plato – Republic – negara baik diperintah oleh ilmuan dan ahli falsafah.
- Aristotle – Guru kepada Alexander The Great – bincang cara berfikir yang teratur.
 Tamadun Rom
- Kurang ahli falsafah – menggunakan pengaruh Yunani seperti Zeno
- Falsafah Stoik @ Stoisisme. Membincangkan kebahagiaan hidup dan nasib seseorang
bergantung pada alam, menekankan keadilan, keberanian, tanggungjawab dan
perikemanusiaan.
 Tamadun India
- Falsafah tertua.
- 2 bentuk pemikiran besar : 1 – Bersumberkan Veda, 2 – Menolak kitab Veda.
- Mempunyai 3 veda – Rig Veda, Yajur Veda, dan Atharva Veda.
- Sumber falsafah dalam. Veda – Upanishad 700 – 600SM , Mahabaratta, dan
Bhagavad. – Falsafah Bersumberkan Veda
- Falsafah menolak Veda mengikut ajaran carvaka, Janinisme, dan Buddhisme.
 Tamadun China
- Memberi penekanan pada hal hubungan manusia dengan manusia lain.
- Ahlinya:
- Kung Fu Tze @ Confucius – Confucianisme.
- Loa Tze – Toaisme.
- Mo Tzu @ Motze@ Mencius menolak beberapa ajaran Confucius. Memikir cara
untuk melahirkan masyarakat yang baik. Baik buruk ahklak manusia bergantung pada
alam sekitarnya.
- Falsafah legalisme – undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban
masyarakat.

Sains dan Teknologi

 Tamadun Yunani
- Ilmuan :- Thales – matematik – mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba
- Phytogaras – Teorem Phytogras – mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan
Babylon.
- Hippocrates – Bapa perubatan
- Archimedes – ahli matematik dan fizik – teori isi padu air dan graviti.
- Ptolemy – astronomi Yunani.
 Tamadun Rom
- Boethius – ahli matematik – asas matematiknya diambil dari Yunani. Kaitkan dengan
muzik, geometri, dan astronomi.
 Tamadun India
- Cabang pengetahuan Vedik.
- Pengetahuan astronomi ada dalam Rig Veda.
- Ilmu matematik wujud zaman Gupta. Ahli matematik India tekah tahu konsep
geometri.
- Memperkenalkan sistem nombor – angka Brahmin dibaca dari kiri ke kanan, dan
angka Kharosti – wujud dalam zaman Asoka.
- Dalam tamadun Yunani – herodianic dan ionic.
- Ahli matematik – Aryabhata Varahmihira.
- Ilmu perubatan yang berkaitan dengan yoga.
 Tamadun Cina
- Ilmu Perubatan dihubung dengan Yin dan Yang – Kuasa Pasif dan Aktif.
- Teknologi buat kertas 106 M – Chan Lun – mencampurkan rami, sayur, dan buluh –
dijadikan pulpa – diskrinkan dan diratakan, tembikar, kapal layar, dan perahu.
Pelayaran dibuat dengan penciptaan layar yang lebih kukuh
- wujud juga dalam Tamadun Rom dan India.
- Meningkatkan aktiviti perdagangan maritim.

Seni Bina

- Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.


- Tembok Besar Cina – pertahanan – Mulai pada zaman Dinasti Chou, 1500 batu dari
Kansu ke Peking.
- Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah
berhala, dan parthenon.
- Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM
untuk memperingati kemenangan dengan Persia.
- Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung.
- Mahajara Flavian , Muatan 50 ribu – 80 ribu orang.
- Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam.
Zaman Maharaja Hadrian 117 – 138M.
- Great Bath
- Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil
- Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil.
- Penggunaan geometri – segi empat dan bulat - India
- Pembinaan tembok : China – tanah liat dan batu bata di bandar.
- Kampung guna tanah lumpur. Mempunyai pintu gerbang dan menara.
- Kawasan Tembok mempunyai istana seperti Kota Larangan. Mempunyai dewan dan
taman.
- Dewan berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.
- Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina – beberapa bangunan untuk tempat tinggal,
ruang tetamu, pusat pemujaan.
- Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon.
- Peningkatan dapat dilihat daripada elemen baru seprti bentuk dan nilai estetik.
Bahasa dan Kesusasteraan

 Tamadun Yunani
- Penggunaan bahasa Yunani. Selepas itu Latin ketika zaman empayar Rom. Tokoh
penting: Homer dan Hesiod.
- Hesiod penyair hasil dua buku : Theology – ilmu tentang asal usul manusia dan
ketuhanan dan Works and Days.
- Homer: Iliad dan Odyssey – Kisah perang Achaea dan Troy.
 Tamadun Rom
- Dua penyajak Rom : Cicero ( 106 – 43M ) dan Virgil ( 70 – 19M ).
- Meningkatkan semangat patriotisme.
- Mencapai keagungan pada zaman Augutus Caesar ( 27 – 14 SM )
 Tamadun India
- Epik Mahabarattha dan Ramayana – cerita peperangan dua tentera, baik dan jahat.
Ramayana cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhan dengan raja
Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita.
- Bahasa digunakan – Sanskrit.
 Tamadun Cina
- Wujud 7 dialek : Mandarin, Wu, Hunanis, Kiangsi, Hakka, Kantonis, dan Fukien.
- Kebangkitan sastera disokong kerajaan.
- Dinasti Han , Sau-ma Chien meningkatkan sastera prosa, karyanya Shih Chi.
Menceritakan aspek sosial, sejarah kerajaan, pemimpin, dan ilmu pengetahuan`
- Puisi : Tokohnya – Tu Fu, Li Po, dan Po Chu-I dalam Dinasti Tang.
- Dinasti Han – cerpen dan sajak.

Sistem Sosial

 Tamadun Yunani
- Organisasi Yunani terdapat 3 kumpulan.
- Warganegara – mempunyai hak politik
- penduduk bukan warganegara – tiada hak politik
- golongan hamba – tiada hak politik.
- Sparta – 3 kelas sosial:
- Warganegara Sparta tulen
- para pekerja/artisan/pedagang
- Helot – mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti
 Tamadun Rom
- 3 kelas :
- warganegara Rom
- bukan warganegara – penduduk yang ditakluki
- hamba.
 Tamadun India
- Wujud sistem kasta – unik
- 4 kasta: Brahmin, Ksyatria, Vaisya, dan Sudra.
- Ciri-ciri Kasta:
- Seorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta lain.
- Mereka tidak dibenarkan bercampur gaul dengan ahli kasta yang lain.
 Tamadun Cina
- 3 kelas utama:
- golongan atasan – pentadbir seperti maharaja/keluarganya/bangsawan/sida-sida
- rakyat bawahan seperti petani/artisan, dan hamba.
- petani/artisan – kumpulan sokongan.
- Confucius bahagikan 4 kelas:
- golongan sarjana seperti pegawai kerajaan yang berpendidikan
- golongan petani – tulang belakan ekonomi Cina,
- golongan tukang
- golongan pedagang.
- Kelas golongan tidak tetap, bertukar berdasarkan pencapaian pendidikan.

Sumbangan Tamadun
- mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi.
- Sistem demokrasi diamalkan di kebanyakan negara di dunia hari ini.
- Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana. Bahasa Latin dan
Sanskrit yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu.
- Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – menghormati Tuhan Zeus.
- Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun
sekali. Pendidikan : sistem peperiksaan.
- Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik, perubatan, Teori
Phytogoras, dan Teori Archimedes.
- Agama dan budaya.( warisan yang diamalkan hingga hari ini)
- Kewujudan ahli falsafah.

Agama dan Tamadun Manusia

 Agama Hindu
1. Perkataan Hindu dari sungai Sindhu(Indus)
2. Dikenali juga sebagai Sanata Dharma – peraturan kerohanian yang kekal abadi.
Semakin jelas dlm zaman vedik.
3. Tuhan mempunyai 3 fungsi utama : Mencipta(Brahman), Memelihara(Vishnu),
membinasa( Siva).
4. Enam aliran: Saivisme, Vaishavisme, Saktham, Ganapathym, Kaumaram, dan Saura.
5. Sejak zaman empayar Maurya agama Hindu menjadi penting – didominasi Brahmin.
6. Menghadapi saingan daripada agama Buddha terutamanya semasa pemerinttahan
Chandragupta Maurya dan Asoka.
7. Percaya akan Hukum Karma – kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula
selepas mati.
8. Kelahiran semula bergantung pada karma dan tujuan hidup untuk capai maksya-
kebebasan mutlak iaitu bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi.
 Agama Buddha
1. Diasaskan oleh Siddharta Gautama. Dianggap penentangan golongan Kystria terhadap
Brahmin. Lihat ketidakadilan Kasta dalam agama dan kehidupan, mencari
ketenangan. Mencapai ketenangan dan pengajaran di bawah pokok Bodhi di kampung
Uruveda.
2. Dapat melarikan diri daripada kesengsaraan. Pencerahan agung yang didapati di
bawah pokok bodhi merupakan “ Empat Kebenaran Mulia” yang menjadi asas agama
Buddha.Kegemilangan dlm. Zaman Asoka – jadi agama rasmi Dinasti Maurya.
Buddha: guna bahasa Pali, Kitab Tripitaka – kitab suci mengandungi Sutta Pitaka,
Vinaya Pitaka, dan Abhidhamma Pitaka.

3. Empat kebenaran yang mulia


a. Kehidupan penuh dengan kepahitan
b. Kepahitan dan kesengsaraan disebabkan oleh tuntutan nafsu
c. Untuk mengatasi kepahitan hidup mesti mengatasi nafsu
d. Cara menamatkan kesengsaraan dan mengatasi nafsu ialah dengan cara Jalan
Lapan Lapis
4. Jalan lapan lapis
a. Kepercayaan dan pengetahuan yang baik
 Bebas daripada kepercayaam karut
 Memahami diri sendiri dan Empat Kebenaran yang Mulia.
 Membangunkan wawasan kehidupan yang jelas ( ditthi).
b. Keinginan yang baik
 Perlu megambil keputusan yang tegas untuk mencapai jalan kehidupan
yang berjaya.
c. Pengucapan yang baik
 Tidak boleh melakukan gosip. menipu atau mengenakan seseorang.
d. Kelakuan yang baik
 Bertindak secara aman, jujur dan sejati dan tidak membunuh, mencuri, dan
keterlaluan dalam tuntutan arak dan pelakuan sex.
e. Makna kehidupan yang baik
 Perlu mendapatkan kehidupan dengan tidak memusnahkan kehidupan lain.
f. Usaha yang baik
 Perlu mengawal diri sendiri dan berdisiplin.
 Mengekang kepercayaan syaitan dan menjaga kebaikan
g. Pemikiran yang baik
 Perlu berhati-hati dengan kata-kata dan pelakuan orang lain.
h. Pertapaan yang baik
 Perlu menumpukan pada satu perkara untuk mendapatkan kesedaran yang
mendalam dan istimewa.

 Agama Kristian

1. Penganut kristian percaya ia diasaskan oleh Jesus Christ, berasal Jerusalem. 25


Dis,dianggap hari lahirnya disebut sebagai Hari Natal. Kitab Suci : Old Testament dan
New Testament – dikenali sebagi bible.
2. Mendapat tempat dalam Tamadun Rom tertama zaman Constantine 280 – 337 SM.
Sebelumnya masyarakat beragama pagan – suatu kepercayaan tidak percaya pada
agama.
3. Mereka yang terlibat dengan agama dikecuali daripada melakukan sebarang pekerjaan
berat.
4. Hari Ahad hari kegiatan agama. Zaman Rom dianggap Zaman Empayar Kristian.

 Agama Islam

1. Diwahyukan kepada Nabi Muhamad saw pada 6 Ogos 610M@ 17 Ramadhan, melalui
Jibril di Gua Hira. Berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah. Sebagai
pelindungan berhijrah ke Yathrib@Madinah pada 622M @ 1 Rabiulawal.
2. Di Madinah Islam berkembang Dua teras dalam Islam : akidah dan syariah. Akidah
membentuk keyakinan seluruh jiwa fizikal dan rohaniah terhadap keesaan Allah swt.
Syariah merupakan peraturan @ undang-undang yang terkandung dalam Al Quran
dan Hadis. – Petunjuk kepada orang Islam. Akidah dan Syariah sumber ketamadunan
Islam.
3. Asas kepercayaan – percaya kepada Rukun Iman dan Rukun Islam.

 Confucianisme

1. Diasaskan oleh Confucius 551SM., Shangtung @ Lu. Seorang pegawai kerajaan


kemudian letak jawatan. Confucius disembah sebagai tuhan.
2. Ajaran menekan prinsip moral yang tinggi spt perikemanusiaan (ren), kesusilaan (li),
dan ketaat kepada ibubapa (xiao).
3. Untuk mencapai harus ada ketinggi pendidikan.

 Toaisme

1. Diasaskan oleh Lao Tze. Dilahir di Chu 604 SM. Bvekerja di Chou. Kembara keluar.
Tulis buku Tao Te Ching.
2. Asalnya berbentuk falsafah kemudian tukar jadi agama.
3. Tumpukan konsep Tao @ jalan. Setiap tindakan ditentukan oleh Tao. Manusia tidak
harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku – berkaitan dengan konsep wu-wei
iaitu tidak mengambil tindakan. Jika tidak akan merosakkan dunia. Oleh itu Lao Tze
anggap manusia boleh ubah ke arah kebaikan.

Objektif topik:
Pada akhir topik ini, saya dapat belajar
i. Latar belakang tamadun Yunani, Rom, India dan China.
ii. Mengenal pasti aspek-aspek yang membawa kepada peningkatan tamadun
iii. Menghuraikan sumbangan tamadun Yunani, Rom, India dan China.
iv. Merasionalkan kepentingan agama dan ajaran utama dunia dalam perkembangan
tamadun manusia.

Pengajaran yang perolehi:


Melalui topik ini, saya dapat memahami peningkatan pelbagai tamadun. Dengan
belajar peningkatan tamadun tersebut, saya menyedari bahawa semua manusia seharusnya
meningkatkan diri sendiri pada setiap masa agar diri sendiri akan menjadi lebih maju.

Selain itu, selepas membelajari pelbagai agama yang terdapat dalam dunia ini, saya
berasa amat kagum dengan pengasas agama masing-masing. Dengan usaha mereka, manusia
pada masa kini dapat mempunyai pegangan agama dan hidup masing-masing. Saya juga
menyedari bahawa kami seharusnya mewarisi agama dan budaya masing-masing yang unik
kepada generasi akan datang agar budaya yang istimewa tidak akan pupus.

Saya juga belajar tentang kejayaan adalah berada di tangan sendiri. Kejayaan harus
dicapai sendiri dengan usaha yang berterusan, barulah kami akan berasa puas hati terhadap
kejayaaan yang dicapai. Kami hendaklah mengamalkan nilai kerajinan pada setiap masa agar
dapat mencapai kejayaan dengan sempurna. Seperti masyarakat dahulu, mereka juga
berusaha untuk mencapai matlamat mereka.
Pandangan/pendapat tentang topik ini:

Saya berasa bahawa kita perlulah berterima kasih kepada moyang kita yang
menyediakan suasana yang begitu baik untuk kita. Usaha mereka harus dihargai sampai bila-
bila masa. Sumbangan masyarakat mereka tidak kira dari segi pendidikan, falsafah, sains dan
teknologi, bahasa dan tulisan, atau yang lain-lain juga tidak patut dilupa. Kalau tiada
pengorbanan mereka, maka kita tidak mungkin dapat menikmati kesenangan sekarang.
Mereka juga menjadi contoh yang terbaik untuk kita semua. Kita seharusnya belajar amalan
yang baik daripada mereka dan mengambil pengajaran daripada sejarah yang tidak baik agar
tidak akan mengulanginya lagi. Dengan ini, pastinya hidup kita pada masa hadapan akan
menjadi lebih baik dan berkualiti.

Saya berasa bahawa tidak pentingnya kita menganuti apa –apa agama. Pokoknya kita
perlu membawa apa yang kita telah belajar dalam agama ke dalam hidup dan
menggunakannya tetapi bukan menyalahgunakannya.

Dengan adanya topik ini, yakinnya pelajar dapat belajar banyak dan membawakannya
ke dalam kehidupan kami agar dapat bergaul dan toleransi dengan orang lain dengan baik.

Bacaan/ maklumat tambahan tentang topik ini:

Tamadun Rom
Tamadun Rom mengamalkan kerajaan bercorak republik.

Kerajaan Republik tidak mempunyai raja dan prinsip demokrasi diamalkan.Ciri-ciri kerajaan
republik di Rom ialah :
Dua konsul dilantik untuk memerintah negara menjamin kedaulatan dan kebajikan rakyat
Konsul dibantu oleh Dewan Senat
Dewan Senat dianggotai oleh golongan bangsawan
Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang dianggotai oleh semua rakyat Rom
Kuasa Dewan Perhimpunan terhad.
Dewan Perhimpunan bertanggungjawab mengesahkan undang-undang yang diluluskan oleh
Senat
Undang-undang Rom ditulis buat pertama kali pada tahun 451 - 450 SM.Empayar Rom
muncul sebagai sebuah kuasa besar pada kurun ke-3 dan ke-2 SM semasa dipimpin oleh
julius Ceasar.Di bawah pemerintahannya , Empayar Rom meliputi Makedonia , Yunani ,
Syam , Mesir , Gaul , Brittania dan kawasan puak Jerman.Julius Ceasar dikenal dengan kata-
kata ' veni , vedi , vinci ' yang bererti 'saya datang , saya lihat dan saya takluk'.Pada tahun 59
SM , beliau telah dilantik sebagai konsul.Pada 44 SM beliau dilantik pula sebagai diktator
seumur hidup.Pada 15 Mac 44 SM , Ceasar telah dibunuh oleh sekumpulan senatornya yang
diketuai oleh Brutus.Pada tahun 27 SM , Octavius pula memerintah Rom dengan gelaran
Maharaja Augustus.Tempoh 27 SM - 180 TM dikenali sebagai Zaman Keemasan
Kesusasteraan dan Seni Bina Rom.

Tamadun Rom banyak menyumbang dalam bidang pembinaan.Bangunan terkenal yang


dibina pada zaman Rom ialah Colosseum , Pantheon dan Circus Maximus.Colosseum ialah
sebuah panggung terbuka dan berbentuk bulat yang dibina pada tahun 80 M.Ciri istimewanya
ialah ia berbentuk melengkung dan dapat memuatkan 50 000 orang penonton.Pantheon ialah
sebuah kuil yang berbentuk bulat yang dibina pada tahun 2 M.Saliran air yang dikenali
sebagai aqueduct juga telah dibina.Orong Rom juga membina jalan raya , tempat mandi
awam , air pancuran dan kolam renang.Seni bina Rom ini memaparkan gabungan tradisi
Etruscan , Yunani dan Rom yang dipanggil Graeco-Roman.Masyarakat Rom dibahagikan
kepada 3 kelas utama iaitu Patrician , Plebeian dan Hamba.

Falsafah Rom berasaskan ajaran Stoisisme Zeno.Namun Stoisisme Rom lebih praktikal dan
memberi penekanan kepada keadilan , bertanggungjawab , keberanian serta
berperikemanusiaan.Penganut Stoisisme yang berpengaruh di Rom ialah Marcus Tullius
Cicero ( 106 - 43 SM).Beliau merupakan seorang negarawan dan pemidato yang
terkenal.Retorik mula diajar dalam bahasa yunani dan Latin semasa pemerintahan Julius
Ceasar.

Soalan yang berkaitan dengan topik ini serta jawapan:

agora
Athens

Kawasan pertanian

1. Rajah di atas adalah berkaitan dengan ..


A. polis
B. parthenon
C. colloseum
D. majlis perbandaran

2. Apakah kesan kedatangan orang Aryan kepada masyarakat Indus?


A. Permulaan zaman Vedik
B. Kelahiran Kerajaan Maurya
C. Kemunculan agama Buddha
D. Keruntuhan tamadun India

Sistem Pemerintahan yang dikuasai oleh Konsul yang terdiri daripada


golongan kaya

3. Rajah di atas berkaitan sistem pemerintahan Tamadun Yunani , Sistem pemerintahan di


atas ialah
A. demokrasi
B. oligarki
C. tirani
D. aristokrasi

Sistem pemerintahan Demokrasi


Athens
4. Manakah antara berikut cirri-ciri sistem pemerintahan di atas?
I. Dewan Perhimpunan
II. Dewan Senat
III. Majistret
IV. Ahli Majlis
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

5. Maharaja Augustus telah Berjaya membawa keamanan dan keagungan empayar Rom
selama 200 tahun, zaman terseut dikenali sebagai..
A. Empayar
B. Pax Romana
C. Republik
D. Aristokrasi

Undang-undang yang keras


Legalisme dan tegas

6. Rajah diatas adalah undang-undang yang dilaksanakan oleh Dinasti chin, bagaimanakah
undang-undang di atas dilaksanakan?
I. Tidak mengira keadaan
II. Tiada perasaan belas kasihan
III. Larangan menderhaka kepada raja
IV. Menekankan kesejahteraan rakyat
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

7. Kebudayaan Campuran
Yunani Parsi Timur
ketiga- tiga
kebudayaan di atas telah menyebabkan ..
A. Runtuhnya tamadun Yunani
B. Kemunculan Bandar-bandar baru
C. Penyebaran kebudayaan Hellenstik
D. Bermulanya zaman pax Romana

 Chandragupta Maurya
 Asoka
8. Apakah yang membezakan tokoh di atas?
A. Gelaran Maharaja
B. Dinasti kerajaan
C. Cara perluasan kuasa
D. Dasar tentera

9. Shih Huang ti telah menjalankan pemerintahan secara autokratik, tegas dan mutlak,
Bagaimanakah Shih Huang Ti menghapuskan pengaruh golongan bangsawan?
A. Melantik gabenor untuk mentadbir
B. Menjalankan undang-undang Legalisme
C. Membina tembok besar China
D. Menyatukan pemerintahahan

Sresthin telah ditubuhkan disetiap bandar di India

10. Apakah matlamat penubuhan persatuan perdagangan di atas?


I. Mengawal harga barangan
II. Melaksanakan undang-undang ekonomi
III. Mengawal matawang
IV. Menjaga kualiti barangan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

 Kolej Brahman
 Universiti Nalanda

11. Apakah bentuk pendidikan yang diajar di peringkat tinggi di atas?

I. Mempelajari karya saintifik


II. Mempelajari Bahasa sangskrit
III. Menghafal buku undang-undang
IV. Menghafal buku kita veda
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Sistem pendidikan di China


Peringkat rendah Mengenal tulisan ideogram
Peringkat Menengah Karangan dan sastera
Peringkat Tinggi X

12. Apakah tumpuan pendidikan peringkat tinggi di atas?


A. Menghafal Karya saintifik
B. Buku Undang-Undang
C. Karya falsafah
D. Menterjemahkan buku suci

13. Maklumat di atas adalah berkaitan dengan Tokoh falsafah tamadun Yunani, Apakah
persamaan ketiga-tiga tokoh di atas ?
A. Berfikir tentang manusia
B. Menghasilkan karya sains
C. Mengasaskan sekolah akademi
D. Bertanya soalan untuk berfikir

Simbol yang dan yin

14. Apakah kaitan simbol di atas kepada manusia?


A. Mempengaruhi sikap
B. Membolehkan seseorang sihat
C. Mempunyai naluri mencari pasangan
D. Menentukan jantina bayi dalam kandungan

Monumen Tamadun
acropolis Yunani
Colloseum Rom
Tembok Besar China China
15. Apakah sifat yang perlu ada pada kita untuk membina binaan seperti di atas?
I. Jati Diri
II. Yakin Diri
III. Berani
IV. Kuat
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

16. Mengapakah Sparta mengamalkan pemerintahan yang berbentuk ketenteraan?


A. Bersaing dengan Negara Kota
B. Mempertahankan Negara
C. Menghadapi ancaman Helot
D. Membentuk rakyat bersemangat kental

Tarikh Peristiwa
776 S.M Sukan Olimpik

17. Apakah tujuan sukan olimpik di atas di adakan ?


A. Menghormati tuhan zeus
B. Mengeratkan perpaduan Negara Kota
C. Meningkatkan persaingan antara rakyat
D. Menggalakkan aktiviti bersukan di kalangan rakyat

Tokoh Peristiwa
Menemui kebenaran sewaktu
Gautama Buddha bertapa di bawah pokok bodhi di
Uruveda

18. Kebenaran yang dimaksudkan di atas ialah ?


A. Cara melepaskan diri dari penderitaan
B. Manusia adalah punca kesengsaraan
C. Sikap mementingkan diri sendiri harus dielakkan
D. Selalu berbuat baik dengan alam semulajadi

 Dukka
 Samudaya
 Nirodha

19. Maklumat di atas adalah berkaitan dengan ..


A. Kitab agaman Hindu
B. Empat kebenaran Mulia
C. Jalan Lapan lapis Mulia
D. Tingkat amalan penganut

20. Bagaimanakah agama kristian mula di terima di Eropah ?


A. Selepas keruntuhan Tamadun Rom
B. Pengiktirafan oleh Constantine
C. Kematian Jesus Christ
D. Perang salib

Soalan Struktur

1)

a) Di manakah tamadun Rom diasaskan?

Di kawasan Bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber di


Lembah Latium.

b) Nyatakan kesan kewujudan majlis perbandaran di setiap Bandar dalam tamadun


Rom.

Membawa kepada kemajuan dan keselesaan hidup di Bandar.

c) Senaraikan tiga kemudahan yang terdapat di Bandar Pompei.

i. Mahkamah
ii. Dewan orang ramai
iii. Perpustakaan

1) Peningkatan dalam aspek pemerintahan dan pentadbiran dibuat melalui idea-idea baru
yang diperkenalkan untuk menjadikan pentadbiran Negara berjalan dengan lancar dan
teratur.
a) Senaraikan tiga bentuk pemerintahan yang pernah diamalkan oleh Negara kota
Yunani.
i. Monarki
ii. Oligarki
iii. Aristokrasi

b) Nyatakan ciri-ciri system beraja yang diamalkan oleh Athens.


i. Raja dibantu konsul
ii. Raja berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama.
iii. Kuasa konsul bertambah kuat sehingga peranan raja merosot.

c) Berikan tiga ciri sistem demokrasi yang diamalkan oleh Athens.


i. Semua warganegara diberi peluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan
antar enam bulan hingga setahun.
ii. Dewan Perhimpunan akan bersidang sebanyak tiga kali sebulan.
iii. Segala keputusan Dewan Perhimpunan dikendalikan oleh Majlis.

2) Salah satu ciri ketamadunan manusia yagn maju ialah kewujudan sistem pendidikan
dan perundangan. Menerusi sistem perundangan, kehidupan manusia menjadi lebih
teratur, aman, dan sejahtera.
a) Namakan kitab undang-undang Hindu yang paling tua dan tarikh ia dihasilkan.
Dharma sastra yang dihasilkan pada abad ke-6 hingga abad ke-2 S.M.

b) Huraikan dengan ringkas undang-undang pada zaman Dinasti Maurya.


i. Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah raja.
ii. Titah perintah raja diukir pada tiang batu di tepi jalan.

c) Nyatakan prinsip undang-undang berasaskan ajaran Confucius.


Raja perlu mempunyai pekerti yang baik. Raja perlu menjaga keharmonian
manusia dan masyarakat.

3) Peningkatan ekonomi dalam ekonomi dalam tamadun China telah berlaku sejak
zaman Dinasti Shang. Jenis kegiatan ekonomi yang dijalankan ialah pertanian,
perusahaan logam, dan perusahaan tembikar.
a) Nyatakan perkembangan peralatan pertanian dalam Dinasti Han.
i. Pengenalan tenggala untuk membuat batas tanaman.
ii. Kolar kuda untuk menarik tenggala kayu.
iii. Kewujudan kereta kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.

b) Senaraikan dua faktor yang membantu perkembangan ekonomi yang pesat dalam
tamadun China.
i. Pembinaan jalan raya dan jambatan
ii. Terciptanya pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Soalan Esei

1. a)Terangkan sumbangan seni bina tamadun china kepada peradaban dunia


(8m)

F1 Tembok Besar China

H1a mula dibina pada zaman Dinasti Chau dan diteruskan dinasti seterusnya

H1b sepanjang 1500km dari Kansu ke Peking

H1C Tembok , pintu gerbang , parit besar dan menara merupakan binaan biasa terdapat di
bandar-bandar purba China

H1d Tembok diperbuat daripada tanah liat dan batu-batan

H1e kampung pula dibina dengan tanah lumpur

H1f tembok dikelilingi parit besar , menara dan pintu gerbang , ditempatkan di istana yang
menjadi kediaman Maharaja .
F2 Kuil dan Paggoda
H2a mempunyai tempat tinggal , ruang tamu dan pusat pemujaan
H2b berbentuk oktagon atau segi empat sama dan tingginya sehingga 15 tingkat
F3 Kota Larangan di Peking
H3a Dewan-dewan tersebut berfungsi sebagai balai penghadapan , tempat hukuman
dijatuhkan , tempat keraian dan perjumpaan .

Antara sumbangan seni bina tamadun cina yang terkenal adalah Tembok Besar China .
Tembok ini mula dibina pada zaman Dinasti Chau dan diteruskan dinasti seterusnya .
Tembok Besar China dibina sepanjang 1500km dari Kansu ke Peking .

            Tembok , pintu gerbang , parit besar dan menara merupakan binaan biasa terdapat di
bandar-bandar purba China . Contohnya di Anyang , Changan , Peking , Loyang . Tembok-
tembok tersebut diperbuat daripada tanah liat dan batu-batan . Tembok di kampung pula
dibina dengan tanah lumpur . Didalam tembok dikelilingi parit besar , menara dan pintu
gerbang , ditempatkan di istana yang menjadi kediaman Maharaja .

            Salah satu istana yang masih kekal ialah Kota Larangan di Peking . Kota ini
mempunyai banyak dewan dan taman . Dewan-dewan tersebut berfungsi sebagai balai
penghadapan , tempat hukuman dijatuhkan , tempat keraian dan perjumpaan .

            Kuil dan Pagoda juga merupakan binaan yang penting di China . Kuil yang besar
biasanya mempunyai tempat tinggal , ruang tamu dan pusat pemujaan . Pagoda yang dibina
biasanya berbentuk oktagon atau segi empat sama dan tingginya sehingga 15 tingkat . Namun
bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat .

c) Terangkan perkembangan ekonomi tamadun China . ( 8m )


F1 kemajuan bidang pertanian
H1a tenggala
H1b Penciptaan kolar kuda
H1c Pengenalan sistem penanaman secara bergilir
H1d Teres mula dibina
H1e Sistem pengairan juga dibina
F2 perusahaan logam
H2a dibawa melalui jalan darat, jalan laut
H2b tembikar China ditapak
F3 persatuan perdagangan
H3a melahirkan golongan kelas pertengahan

 Antara perkembangan ekonomi tamadun China adalah kemajuan bidang pertanian . Pada
zaman Dinasti Han , tenggala dicipta untuk membuat batas tanaman . Penciptaan kolar kuda
yang membolehkan kuda manarik tenggala kayu , kereta kuda dan kereta sorong beroda juga
dicipta pada zaman Dinasti Han . Pengenalan sistem penanaman secara bergilir untuk
menjaga kesuburan tanah . Teres mula dibina untuk pertanian sejak zaman Dinasti Shang .
Sistem pengairan juga dibina seperti pembinaan terusan untuk memperoleh sumber air dan
mengawal banjir .

            Antara perusahaan yang meningkatkan ekonomi tamadun China pada Zaman Dinasti
Han adalah perusahaan logam . Perusahan juga diusahakan sejak zaman dinasti Han . Hasil
perusahan akan diperdagangkan ke kawasan luar China iaitu rantau Asia Tenggara , India ,
Timur Tengah dan Eropah . Hasil ini juga diperdagangkan di negara China sendiri . Pada
mulanya , hasil ini dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudiannya pada
Zaman Dinasti Tang , jalan laut digunakan . Buktinya , terdapat tembikar China ditapak
pelabuhan awal dikawasan tersebut .

            Disamping itu , muncul persatuan perdagangan untuk mengembangkan ekonomi di


tamadun China . Persatuan perdagangan ini melahirkan golongan kelas pertengahan yang
besar . Ekonomi juga menjadi pesat kerana wujud sistem perhubugan iaitu jalan raya ,
jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu .   

d) Terangkan sumbangan Sains dan Teknologi tamadun China (8m)


F1 ilmu perubatan yang dipengaruhi oleh konsep keseimbangan Ying ( kuasa pasif ) dan
Yang
H1a asas perubatan tradisioanal masyarakat China
F2 Penciptaan teknologi membuat kertas
H2a dicipta oleh Chai Lun
H2b pengunaan bahan mentah seperti rami , buluh , dan sayur-sayuran yang dicencang
menjadi pulpa
F3 ilmu penciptaan Layar Perahu
H3a membolehkan pelayaran jarak jauh
F4 aktiviti perdagangan laut

            Tamadun China juga turut menyumbang dalan Sains dan teknologi . Antaranya , ilmu
perubatan yang dipengaruhi oleh konsep keseimbangan Ying ( kuasa pasif ) dan Yang
( kuasa aktif ) yang boleh menentukan keadaan kesihatan seseorang . Konsep ini merupakan
asas perubatan tradisional masyarakat China .

            Penciptaan teknologi membuat kertas turut didapati di China . Teknologi ini dicipta
oleh Chai Lun , seorang pegawai di istana Raja China . Penciptaan ini melibatkan pengunaan
bahan mentah seperti rami , buluh , dan sayur-sayuran yang dicencang menjadi pulpa . Pulpa
tersebut kemudian diratakan pada skrin boros , dituskan dan dikeringkan dalam bentuk
kepingan yang nipis . Teknik ini disebarkan ke Barat pada kurun ke-13 masihi oleh orang
islam .

            Masyarakat Cina juga mencapai ilmu penciptaan Layar Perahu . Meraka mencipta
layar yang lebih kuat dan perahu yang lebih besar untuk membolehkan pelayaran jarak jauh .
Oleh yang demikian , ilmu pelayaran semakin meningkat dan berkembang maju . Penciptaan
layar dan perahu merupakan alat pengankutan yang penting untuk mereka bergerak ke
sesuatu tempat .

            Oleh kerana ilmu pelayaran semakin menigkat , aktiviti perdagangan laut juga
meningkat yang turut menyumbang dalam bidang sains dan teknolodi tamadun China .
Aktiviti ini dapat meningkatkan perhubungan antara kawasan ketika menjalankan aktiviti
perdagangan .

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Agama_Buddha
buku teks sejarah tingkatan 4

Lampiran:
 

   

BAB 3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

Pengenalan

 Kemunculan Tamadun awal Asia Tenggara dapat dibuktikan dengan wujudnya kerajaan
awal di Tanah Besar seperti: Funan, Chenla, Angkor, Sukhotai, dan Ayuthia.
 Di kawasan kepulauan Melayu dapat dilihat melalui Kedah Tua, gangga Negara dan
Langkasuka, Srivijaya, Majapahit, Singhasari dan Mataram.
 Bukti kewujudan dapt dilihat menerusi sumber bertulis dan artifak arkeologi.
 Sumber Cina: Funan wujud pada 3M – yg awal di AT. Data arkeologi Funan wujud 3M –
bukti jumpa seni arca unsur Hindu Buddha. Langgamnya dipengaruhi langgam Amaravati
di India.
 Tahap awal jalin hubungan diplomatik dgn Cina hubungan budaya dengan India.
Hubungan petempatan wujud sejak zaman logam – hubungan dagang.
 Buktinya jumpa artifak gendang gangsa Dongson dari Dongson, Vietnam Utara di Batu
Buruk Trengganu, Sg tembeling, Sungai Klang,Thai, Indonesia, dan Burma.
 Hubungan dagang Rom juga wujud – buktinya persamaan artifak manik di Kuala
Selinsing, Kota Tinggi, dan Muar, Pantai Barat dan Selatan Siam.
 Petempatan awal merupakan pembekal bahan mentah dan pelabuhan pembekal kerana
berhampiran dengan sungai.- tetapi belum ditakrif sebagai kerajaan sebab tidak ada raja.
 Tamadun Awal AT seiring dengan perkembangan perdagangan maritim – yang
berkembang dengan kapal layar dan perahu.
 Manik dan tembikar bukti perdagangan di AT mula sejak 5SM dan petempatan awal pada
2 @ 3M.
 Bukti proses tamadun ambil masa 600- 700 tahun untuk bentuk kerajaan.

Kerajaan Agraria
 Kerajaan berasaskan ekonomi pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan
dan sungai.
 Terbentuk berhampiran lembah sungai yg subur seperti kerajaan Dvaravati – Sungai
Menam, Thailanddan Sg Irrawady, Kerajaan Sungai Merah, Vietnam, Kerajaan Sg
Mekong ( Kemboja, Loas, dan Vietnam)
 Selain itu dapat juga di pedalaman – kawasan berbukit dan lereng gunung berapi
seperti kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng, Indonesia..
 Kerajaan awal yang terkenal: Sailendra ( Jawa tengah ), Angkor ( Kemboja ), dan
Sukhotai ( Thailand ).
 Funan berkembang dari kerajaan agraria ke kerajaan maritim.
 Terbentuk secara evolusi – menjadi petempatan kekal kemudian bandar dan kerajaan.
 Tanaman utama : Padi sawah
 padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi.
 Tanaman sampingan: jagung , pisang, keledek, dan sayur-sayuran.
 Rempah ratus seperti – cengkih, dan lada hitam
 hasil hutan seperti gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana, dan
buah- buahan.
 Lain-lain : Sarang burung untuk perdagangan
 Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai, mendapatkan kulit kura-kura.
 Menternak haiwan seperti lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
 Tahap awal pertanian untuk sara diri
 Kemudian menjadi komersil – dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan.
 Wujud sistem pengairan di Funan dan Angkor yang mendapatkan air dari sungai
Mekong dan Tasik Tonle Sap.
 Baray dibina untuk mendapatkan air.
 raja bertanggungjawab membina dan mengurusnya seperti zaman Raja Indravarman 1
(877M)
 Kerajaan Maritim
 Kerajaan yang menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta pelabuhan.
 Terletak di pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan seperti Srivijaya di Sungai
Musi, Kedah Tua – Sg Merbok dan Sg.Muda, Tiumah di Pulau Tioman.
 Kerajaan utama : Langkasuka ( Sungai Yarang ), Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua
( Sungai Merbok dan Sg.Muda ), Chih Tu ( Sungai Kelantan ), Srivijaya ( Sungai
Musi ), Mo-lo-yu ( Sungai Batang Hari ), Kalah ( Sungai Takuapa), Fo-lo-an
( Sungai Trengganu ), Peng-keng ( Sungai Pekan )dan Tiumah di Pulau Tioman.
 Bermula dengan tangkap ikan dan hasil laut – jadi kampung nelayan – ada juga
berkembang jadi kaw. Emas dan timah.
 Wujud lebihan pengeluaran – didagang – jadi pusat dagang – pelabuhan pembekal spt
Klang dan Kuala Selingsing( Perak ).
 Disinggahi –mendapatkan barang seperti. Damar, rotan, emas, timah, dan hasil laut.
 Maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya.
 Mula perdagangan yang berhampiran kemudian berkembang jauh.
 Kedudukan di tengah perjalanan Timur Barat jadikan Kedah Tua dan Srivijaya maju.
Dekat dengan Selat Melaka dan Selat Sunda – laluan dagang antarabangsa. – menjadi
pelabuhan entrepot – pembekal emas, timah, hasil hutan, dan hasil kerajaan
persekitarannya.
 Emas banyak – T Melayu dikenali sbg. Semenanjung Emas, Sumatera – Bumi Emas.
Tarikan org India dan Yunani.
 Bahasa melayu – bahasa lingua franca
 penduduknya: orang tempatan, orang laut dan pedagang luar. Org Melayu – terkenal
pelaut, pedagang, peneroka – punyai pelabuhan yang lengkap spt di Champa, dan
Srivijaya. – Mampu belayar dan berkemahiran buat perahu dan kapal layar. Tahu juga
kaedah bintang di langit.

 Kerajaan Maritim Srivijaya


 Terletak di Sungai Musi. Mempunyai tentera yang besar.- Kawal keselamatan
dan perdagangan di Selat Melaka.
 Rakyat terdiri – orang laut dan pelbagai golongan lain.
 Pelabuhan strategik ditengah laluan Timur dan barat di Selat Melaka. –
Bekalkan barang dagang di kawasan jajahan takluk dan pemerintahannya. – Ia
juga mampu bina kapal besar kata I Tsing.
 Menganut agama Hindu.
 Menjadi kuasa Maritim Utama dengan cara
i. Ada bala trentera yang besar kawal perdagangan dan jalan laut seperti
di Selat Melaka.
ii. Kedudukan pelabuhan yang strategik dan jadi pusat persinggahan
kapal yang berdagang antara Cina dan India.
iii. Ada hasil barangan untuk perdagangan antara bangsa yang dibekalkan
oleh wilayah taklukannya.
iv. Keupayaan membina kala besar.

 Kerajaan Maritim Kedah Tua


 Terletak di Sungai Merbok dan Sg.Muda, Kedah. Jadi pelabuhan entrepot.
Bukti : jumpaan tembikar Cina Dinasti Tang, Song, dan Yuan, pelita tembaga
dan tembikar dari Timur tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
Banyak terpengaruh dengan Srivijaya.
 Panduan ke pelabuhan – Gunug Jerai.
 Kedudukan strtegik – Selat Melaka, terlindung dari angin monsun, laluan
Timur dan Barat.
 Wujud tempat penyimpanan barang spt. Damar, rotan dan timah. Barangan
luar yang ada spt. Teh, sutera, kaca, manik dan tembaga.

 Hubungan Kerajaan Maritim dan Kerajaan Agraria


 Agraria hasilkan beras , makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
Kerajaan maritim bekalkan barangan mewah spt tembikar, tekstil, gelas, dan
manik. – Berlaku perdagangan – cara tukar barang @ sistem barter.
 Kerajaan maritim juga perlukan kayu dari kerajaan agraria untuk buat kapal –
guna tukang kayu kerajaan agraria.
 Kerajaan maritim juga perlukan gajah – diperoleh dari kerajaan agraria.
 Berlaku hubungan dan saling perlu memerlukan antara kerajaan – hubungan
diplomatik.

 Ciri-Ciri Kerajaan Maritim


 Pelabuhan Pembekal kemudian pelabuhan kerajaan
 Terletak dipesisiran pantai, sungai dan di kepulauan
 Pelabuhan entrepot
 Penduduknya pelbagai terdiri daripada orang tempatan, pedagang luar, orang laut.
 Wujud bahasa lingua franca
 Kerajaan maritim srivijaya ada bala tentera laut yang besar dan kuat.
 Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal
 Menjadi pusat perkembangan agama hindu buddha.

 Peranan Pelabuhan Kerajaan Maritim


 Pelabuhan Pembekal – bekalkan barangan tempatan kepada pedagang kemudian
pelabuhan kerajaan apabila menjadi sebuah kerajaan dan negeri dan jadi
pelabuhan entrepot – membekalkan hasil tempatan dan luar kepada perdagangan
antarabangasa.
 Pelabuhannya menjadi tempat persinggahan kapal

Faktor saling bergantung Kerajaan Agraria dan Kerajaan Maritim


 Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan dapat membekalkan tenaga
kerja yang mencukupi.
 Agraria membekalkan beras kepada kerajaan maritim
 Agraria membekalkan hasil hutan kepada kerajaan maritim
 Agraria membekalkan haiwan kenderaan kepada kerajaan maritim
 Agraria membekalkan tukang kayu dan tukang batu kepada kerajaan maritime
 Kerajaan maritim membekalkan barang mewah seperti tembikar, tekstil, gelas dan
manic kepada kerajaan agraria.
Pengaruh Hindu Buddha

Amalan masyarakat dalam Zaman Logam – Animisme .


Dalam abad ke 3M dipengaruhi kepercayaan dan budaya kerajaan India .
Antaranya sistem kepercayaan dan agama, sistem pemerintahan beraja, kesenian dan
kesusasteraan.
Bukti kemasukan pengaruh India:
Peninggalan data arkeologi seperti Candi Lembah Bujang, Candi Borobudur, Candi di
Angkor.
Perkembangan agama Hindu dan Buddha di Sriwijaya dapat juga dilihat melalui data I Tsing
671M terdapat 1000 bhiksu yang belajar agama Buddha dan nahu sanskrit

Cara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.


 Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. –
 Pedagang atau vaisya.
 Golongan Brahmin atau pendeta.
 Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. –
Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:
 Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan
ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.
 Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.
 Amalan kepercayaan – agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua – Buddha, Dieng,
Indonesia – Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka – Hindu,
Sumatera dan Jawa – Buddha Mahayana.
 Sistem beraja
 Aspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. –
untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikan perdagangan
emas dengan India.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan


 Peranan candi dalam agama Hindu ndan Buddha di Asia Tenggara
 Monumen keagamaan
 Rumah ibadat
 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
 Tempat menyimpan patung dewa utama
 Lambang keagungan seseorang pemerintah

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan

 Gelaran raja
 Raja berada di puncak pemerintahan
 Raja berkuasa mutlak
 Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan
 Raja bayangan Tuhan
 Konsep dewa-raja / raja Tuhan
 Memiliki kesaktian
 Memperkuatkan kedudukan dan status raja
 Adat istiadat seperti pertabalan raja
 Mengukuhkan kedaulatan raja
 Tujuan untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah
 Raja berkuasa terhadap seluruh alam semesta
 Mendirikan kompleks kota melambangkan konsep alam semesta atau orde
kosmos.

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan


 Peranan candi dalam agama Hindu ndan Buddha di Asia Tenggara
 Monumen keagamaan
 Rumah ibadat
 Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
 Tempat menyimpan patung dewa utama
 Lambang keagungan seseorang pemerintah
Contoh: Candi Borobudur, Angkor Wat dan candi di Lembah Bujang.

Peranan bahasa Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat di Asia Tenggara
 Meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat
 Mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang.
 Memberi arahan dan pemberitahuan pemerintah kepada rakyat
 Merupakan bahasa keagamaan
 Banyak perkataan digunakan dalam bahasa Melayu seperti dosa dan dukka
 Digunakan dalam bidang kesusasteraan seperti kitab sastera Hindu, Buddha
 Bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal.

Objektif topik:
Pada akhir topik ini, saya dapat belajar:
1) Bentuk kerajaan awal di Asia Tenggara.
2) Menghuraikan pembentukan tamadun awal di Asia Tenggara.
3) Menyenaraikan ciri kerajaan agraria dan kerajaan meritim
4) Mengenal pasti pengaruh agama Hindu dan Buddha dalam perkembangan tamadun
awal di Asia Tenggara.

Pengajaran yang perolehi:


Setiap kerajaan mempunyai keistimewaan masing-masing. Mereka masih
mengekalkan keistimewaan masing-masing. Dalam topik ini, kedua-dua kerajaan, iaitu
kerajaan Agraria dan kerajaan Maritim saling bergantung disebabkan masing-masing
mempunyai bahan mentah serta perkhidmatan yang berlainan. Seperti cara kami bergaul
dengan kawan, kami tolong-menolong antara satu sama lain tanpa mengira kedudukan,
identiti, bangsa dan agama. Inilah semangat 1 Malaysia!

Selain itu, agama Hindu dan agama Buddha mempunyai kaitan pada masa dahulu.
Apabila mengetahui tantangnya, saya berasa agak terkejut. Tetapi kan baiknya, kedua-dua
agama yang berbeza bercampur, pasti kesannya akan menjadi lebih baik dengan adanya nilai-
nilai dalam kedua-dua agama tersebut.Saya menjadi lebih menghormati agama tersendiri
kerana itu merupakan sesuatu yang amat bermakna untuk seseorang.

Pandangan/pendapat tentang topik ini:


Agama yang terdapat dalam topik ini masing-masing mengajar penganutnya agar
berbuat baik dan mengamalkan nilai positif supaya hidup mereka akan menjadi lebih
bermakna. Inilah yang menjadikan semua rakyat dapat hidup dalam keadaan aman dan
harmoni tanpa peperangan.

Kegiatan atau aktiviti yang dijalankan oleh kerajaan yang berbeza juga telah diwarisi
kepada generasi sekarang. Terdapat banyak orang yang masih menyara diri mereka dengan
melakukan kerja yang dilakukan oleh masyarakat dahulu. Hal ini telah membuktikan bumi ini
mempunyai banyak bahan mentah yang amt berharga, dan kita perlu menghargai mereka
dengan baik.

Bacaan/ maklumat tambahan tentang topik ini:

Angkor ialah nama yang digunakan untuk merujuk kepada suatu kawasan di Kemboja yang
merupakan pusat pemerintahan empayar Khmer yang berkuasa di antara abad ke-9 dan abad
ke-15 Masihi. Kerajaan Angkor menerima pengaruh Hindu-Buddha.Raja Angkor dianggap
sebagai Devaraja yang mempunyai kuasa mutlak. Kerajaan Angkor mencapai zaman
kegemilangan semasa pemerintahan SuryavarmanII. Raja dibantu oleh kerabatnya dalam
menjalankan tugas pentadbiran. Pembinaan baray menjadikan kerajaan Angkor mendapat
hasil pertanian yang lumayan. Kawasan pertanian terletak di tasik Tonle Sap. Ia dibina pada
abad ke-10 Masihi. Pusat pentadbiran ialah hilir Mekong.

Raja-raja Kerajaan Angkor

 Jayavarman II (802-850)
 Jayavarman III (850-877)
 Indravarman I (877-889)
 Yasovarman I (889-900)
 Jayavarman IV (928-942)
 Rajendravarman (944-968)
 Jayavarman V (968-1001)
 Sruyavarman I (1002-1050)
 Udayadityavarman II(1050-1066)
 Harshavarman III (1066-1080)
 Draranindravarman I(1107-1113)
 Suryavarman II (1113-50)

Soalan yang berkaitan dengan topik ini serta jawapan:


Persamaan artifak manik di Kuala selising ( Perak ), di Kota Tinggi dan
Muar ( Johor ) serta di pantai barat dan Selatan Thailand

1. Apakah kaitan penemuan artifak di atas dengan penempatan awal di Asia Tenggara?
A. Pelabuhan pembekal
B. Hubungan dengan Rom
C. Hubungan dengan India
D. Pelabuhan Entroport

2. Apakah bukti yang menunjukkan kerajaan Funan telah wujud semenjak abad ke 3
masihi ?
A. Jumpaan arca berunsur Hindu
B. Penemuan artifak gendang gangsa
C. Persamaan artifak manik
D. Terdapat hubungan perdagangan dengan India

Kegiatan mencari sarang Burung di kawasan gua

3. Apakah tujuan penduduk kerajaan agraria menjalankan kegiatan di atas?


A. Sara Diri
B. Perdagangan
C. Hiasan Rumah
D. Perubatan tradisional

4. Mengapakah masyarakat Asia Tenggara menanam padi huma di Tanah Tinggi Dieng?
A. Kekurangan bekalan air
B. Tanah yang subur
C. Padi bermutu tinggi
D. Iklim yang tidak sesuai

Raja Kerajaan Angkor Raja Indravarman II

5. Apakah sumbangan tokoh di atas kepada Kerajaan Angkor?


A. Perintis pembinaan Angkor wat
B. Mengarahkan pembinaan baray
C. Zaman kegemilangan kerajaan
D. Menjalankan dasar perluasan kuasa

6. Manakah antara kerajaan berikut dikaitkn dengan Tasik Tonle Sap?


A. Funan
B. Angkor
C. Srivijaya
D. Champa

7. Bahasa Melayu sebagai bahasa Lingua Franca dituturkan dalam urusan


A. keagamaan
B. perdagangan
C. hubungan diplomatik
D. pendidikan

8. Bagaimanakah masyarakat di atas mampu belayar dan berdagang ke kawasan yang jauh?
A. Berpandukan bintang dilangit
B. Mewarisi warisan tradisi ilmu pelayaran
C. Mempunyai semangat meneroka
D. Kemampuan mencipta kompas

9. Apakah yang membuktikan peranan Kerajaan Kedah Tua sebagai pelabuhan entreport?
A. Jumpaan Gendang gangsa dongsong
B. Jumpaan tembikar Qing pai
C. Hubungan dengan kerajaan srivijaya
D. Dikenali sebagai chieh-Cha

Kerajaan Agraria Kerajaan maritim

10. Rajah di atas berkaitan dengan hubungan antara kerajaan Agraria dan Kerajaan maritim,
Apakah barangan yang dibekalkan oleh Kerajaan maritim kepada kerajaan Agraria?
A. Rempah ratus
B. Binatang keperluan raja
C. Barangan Mewah dari India
D. Tukang kayu

11. Manakah antara kerajaan berikut adalah merupakan pelabuhan entreport?


I. Srivijaya
II. Funan
III. Angkor
IV. Kedah Tua
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

12. Apakah peranan Gunung Jerai kepada kerajaan Kedah Tua?


A. Mencari hasil hutan
B. Panduan kapal keluar masuk
C. Melindungi Kedah daripada tiupan angin
D. Penanda kerajaan kedah Tua

Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan Maritim untuk mendapatkan


barangan Mewah

Maharaja Vespian Rom telah menghentikan perdagangan logam


emas dengan India

13. Apakah kesan maklumat di atas terhadap India


A. Keruntuhan tamadun India
B. India mengalami kekurangan sumber emas
C. Peningkatan perdagangan India di asia Tenggara
D. India memutuskan hubungan perdagangan dengan Rom
14. Mengapakah rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tersebut tidak
berlaku adil semasa zaman Hindu Buddha?
A. Raja bayangan tuhan
B. Raja memiliki kuasa sakti
C. Raja mempunyai kuasa mutlak
D. Raja menguasai alam semesta

Raja Suryavarman II Membina Angkor Wat

15. Mengapakah raja di atas membina Candi Angkor Wat?


A. Selaras dengan orde kosmos
B. Untuk menyimpan mayatnya
C. Menjadikannya pusat pemerintahan
D. Mengadakan upacara keagamaan

 I-Tsng
 Atisa

16. Apakah persamaan kedua-dua tokoh di atas?


A. Tokoh agama Buddha Tibet
B. Tokoh agama Buddha Srivijaya
C. Mendalami agama Buddha di Srivijaya
D. Mempopularkan Srivijaya sebagai pusat agama Buddha

 Vimana
 Mandapa

17. Maklumat di atas adalah berkaitan dengan candi


A. Angkor Wat
B. Borobudur
C. Lembah Bujang
D. Prambanan

Negara dianggap sebagai suatu alam semesta, raja dan ibukotanya


ialah pusat alam dan pusat pemerintahan
18. Maklumat di atas adalah berkaitan dengan…
A. Candi Borobudur
B. Order Kosmos
C. Dewa-Raja
D. Hukuk Karma
19. Bagaimanakah seseorang raja tamadun awal mengukuhkan kedudukannya?
A. Menggunakan kuasa mutlak
B. Mewujudkan unsur metos
C. Mengadakan pelbagai adat istiadat
D. Menakluki kawasan tanah jajahan yang luas

Upacara angkat sumpah akan dilaksanakan disebuah tempat suci bernama Telaga
Batu

20. Golongan manakah yang mesti menjalankan angkat supah di atas?


A. Datu
B. Parvanda
C. Senapati
D. Bhupati

Soalan Struktur
1) Kerajaan yang wujud di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan
agraria dan kerajaan maritim.
i. Namakan dua kerajaan agraria.
i. Kerajaan Dvaravati
ii. Kerajaan Sungai Merah
ii. Namakan dua kerajaan maritim.
i. Kerajaan Srivijaya
ii. Kerajaan Kedah Tua
iii. Nyatakan tiga ciri kerajaan agraria.
i. Kegiatan ekonominya berasaskan pertanian
ii. Terbentuk di kawasan pertanian yang subur.
iii. Memungut hasil hutan dan sungai.
2) Perkembangan pertanian dalam kerajaan agraria depengaruhi oleh kewujudan system
pengairan.
a. Apakah faktor yang menyebabkan sistem pengairan dapat dibina dalam
kerajaan agraria?
i. Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan
sistem pengairan.
ii. Raja sendiri terlibat dalam pembinaan.
b. Nyatakan tiga faktor yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah
kerajaan yang kuat.
i. Kedudukannya berhampiran dengan tasik Tonle Sap
ii. Persekitarannya yang subur dan mempunyai iklim panas dan
lembap sepanjang tahun.
iii. Terdapat sumber ikan air tawar yang banyak didapati di Tasik
Tonle Sap.
c. Nyatakan kepentingan Tasik Tonle Sap.
i. Membekalkan sumber air minuman
ii. Membekalkan sumber protein
iii. Digunakan untuk kegiatan pertanian.
3) Pelabuhan pembekal berkembang maju apabila mendapat status pelabuhan kerajaan
setelah wujud kerajaan di situ.
a. Senaraikan dua pelabuhan kerajaan yang utama.
i. Champa
ii. Langkasuka
b. Apakah sebab pelabuhan Kedah Tua dan Srivijaya menjadi terkenal?
i. Terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda
ii. Berupaya memperdagangkan hasil bumi
c. Nyatakan ciri-ciri kerajaan Srivijaya.
i. Memiliki bala tentera laut yang besar
ii. Mampu menghasilkan kapal besar
4) Pengaruh Hindu dan Buddha dalam aspek kehidupan masyarakat Asia Tenggara
sangat ketara sehingga kini.
a) Nyatakan tiga pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem
pemerintahan.
i. Raja berada pada peringkat pemerintahan paling atas
ii. Raja berkuasa mutlak
iii. Perintah raja menjadi undang-undang Negara.
b) Berikan dua sebab rakyat takut untuk menderhaka raja.
i. Wujud kepercayaan bahawa raja adalah bayangan Tuhan.
ii. Raja memiliki kesaktian.

Soalan Esei

Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan kerajaan


awal Asia Tenggara.

Sistem beraja muncul apabila kerajaan awal dipengaruhi agama Hindu dan Buddha . 
Dalam sistem beraja, raja merupakan puncak pemerintahan . Raja juga berkuasa dalam
pentadbiran , hubungan luar , ketenteraan dan khazanah negara . Raja juga mengubal
undang-undang dan ianya wajib dilaksanakan . Raja juga ditakuti rakyat kerana wujud
konsep dewa raja ( raja tuhan ) .
Konsep Orde Kosmos juga dipengaruhi agama Hindu –Buddha dalam sistem
pemerintahan . Negara diaggap sebagai satu alam semesta dengan raja dan ibu kotanya
sebagai pusat alam . Konsep ini diamalkan Raja Suryavarman II yang memerintah
Kerajaan Angkor . Raja dipercayai mempunyai kesaktian dan lahir unsur mitos dan
lagenda tentang asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai
pemerintah .

Selain itu , Raja bercita-cita berkuasa terhadap seluruh alam semesta . Hal ini kerana ,
kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta didirikan . Oleh yang begitu,
Raja Suryavarman membina Angkor Wat yang melambangkan Orde Kosmos . Raja akan
dibantu oleh pembesar , gabenor pegawai tentera dan hakim . Brahmin juga memainkan
peranan penting dalam upacara kegamaan .

Di samping itu, Adat istiadat seperti pertabalan raja diwujudkan turut mempengaruhi
agama Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan . Hal ini dapat mengukuhkan lagi
kedaulatan raja . Adat istiabat ini dipimpin oleh golongan Brahmin dan agama raja juga
telah diambil kira . Oleh itu , dapat membesarkan golongan raja daripada golongan yang
diperintah .

Rujukan:

Buku teks sejarah tingkatan 4


http://www.google.com.my/images?
rlz=1T4TSHS_enMY342MY342&q=kerajaan+kedah+tua&um=1&ie=UTF-
8&source=univ&ei=syQeTIqSIsaGrQfPkvzmCw&sa=X&oi=image_result_group&ct=title&r
esnum=4&ved=0CDUQsAQwAw

Lampiran:

BAB 4

KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

DI MAKKAH

Masyarakat Arab Jahiliah


Jahiliyah berasal daripada perkataan Arab, jahala – bermaksud jahil dan tidak mengetahui
atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan.

Masyarakat Jahiliah – masyarakat Arab yang hidup selepas runtuhnya empangan Maarib di
Sabak sehingga turunya wahyu kepada Nabi Muhamad saw. Jangka masa lebih kurang 310
tahun dari 300sm hingga 610sm.

Sebab empangan maarib runtuh : berlaku banjir besar, kelalaian pemimpin sabak untuk
membaikinya.

Kerajaan sabak : 2 peringkat – 950 – 650 sm, 650 – 115 sm. Ekonominya berasaskan
pertranian, dan perdagangan. Pernah diterajui oleh Ratu Balqis.

Dikatakan jahiliyah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi
dan rasul sebelumnya.

Zaman jahiliyah dianggap zaman kegelapan kerana tidak sembah allah. Keadaannya kucar-
kacir Akhlaknya rendah spt kejam, angkuh, dan degil sebab tiada petunjuk dan pembimbing
spt nabi dan rasul serta kitab suci..

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah.


1. Dua golongan : Arab Badwi dan Arab Hadari. Arab Badwi tinggal di gurun dan
pedalaman. Bahagian Tengah Semenanjung Arab. Arab Hadari – menetap di kawasan
pesisiran pantai.
2. Ciri-cirinya dapat dilihat dari aspek agama, ekonomi , kepercayaan, nilai hidup dan sosial.
a. Amalkan perbuatan berzina, berjudi, dan meminum arak.
b. Kedudukan waanita rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka.
c. Menanam bayi perempuan – percaya ia pembawa sial kepada keluarga.
d. Perkahwinan tidak ada peraturan khusus. Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa
banyak wanita sekali gus, begitu juga wanita.
e. Aktiviti p[erniagaan berasaskan riba dan penindasan.Lebih pentingkan untung.
f. Merompak kafilah antara punca pencarian. Merompak satu kewajipan dalam
kabilah Kafilah – sekumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu
tempat bertujuan berniaga atau berpindah.
g. Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin.
h. 4 bentu kepercayaan.
i. Agama wathani – menyembah berhala.
ii. Animisme – memuja alam
iii. Samawi – Kristian dan Yahudi
iv. Kepercayaan – menilik nasib, sihir dan percayai roh orang mati menjadi
burung.
i. Catatan Al Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif – Agama
yang disampaikan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail . Penganutnya digelar
Hunafa. Antara pengikutnya ialah Waraqah bin Naufal, Uthman bin Huwarith,
Abdullah bin Jahsh, dan Umaiyah bin Abi Saif. Ada juga yang mencampurkan
agama ini dengan amalan jahiliyah. Beransur-ansur hilang setelah 3500 tahun.
j. Amalkan sistem kabilah hidup berpuak dan berkelompok. Dalam kabilah ada suku
dan tinggal dalam sebuah kawasan. Ada identiti dan peraturannya – taasub kepada
kabilah masing-masing.
i. Diketuai oleh Sheikh – lambang perpaduan kabilah.
1. Syarat Pelantikan sheikh – Mesti disukai ahli kabilah
2. Dilantik atas persetujuan ramai
3. Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
ii. Amalan datangkan kesan.
1. Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau. –
a. Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan.
b. Keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering
kontang.
2. Menjadikan kehidupan kucar-kacir dan persengketaan.
3. Peperangan antara kabilah berlaku. Perang Al-Basua selama 40
tahun – antara Bani Tagrib dan bani bakar. Sebab berlaku:
a. Tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani
Tagrib

Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum menjadi Rasul

Keperibadian Nabi Muhamad saw


1. siddiq ( Berkata Benar)
2. amanah ( dipercayai )
3. Tabliq ( menyampaikan )
4. fatanah ( bijaksana )

1. Mendapat gelaran Al Amin – sentiasa dipercayai dan berkata benar. Kesannya


a. Mendapat kepercayaan Khadijah Khuwailid untuk memberikan modal perniagaan.
b. Menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraish dalam peristiwa Hajar
Aswad..
c. Menjadi pemimpin unggul.
2. Ketua keluarga yang patut dicontohi. Sifat pengasih, melayan anak, memasak,
menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah. Anak diberikan didikan agama.
3. Penyayang terhadap orang tua dan kanak-kanak, pengampun.
4. Bijaksana dalam menyelesaikan masalah. Cth Perjanjian Hudaibiyah 628M. Walau berat
sebelah tetapi berjaya sebar Islam di Makkah.
5. Ubah nilai masyarakat jahiliyah dengan cara bertahannuth ( mengasingkan diri untuk
beribadat) di gua Hira yg terletak di Jabal Nur kira-kira 6 km dari Mekah..
6. 6 Ogos 610M ( 17 Ramadhan ) turun wahyu pertama. Surah Al- Alaq – menjadi tanda
pemisah Zaman Jahiliyah dengan Zaman Islam. Umur Nabi ketika itu 40 tahun.
Kerasulan Nabi Muhamad saw.

1. Wahyu pertama Surah Al-Alaq ayat 1-5 – memerintah umat Islam membaca. Mula
tamadun Islam yang bersandarkan ilmu.
2. Kepentingan pembacaan dari aspek Ilmu :
a. Pembacaan melahirkan masyarakat berilmu pengetahuan.
b. Bacaan menggalakkan kajian.
c. Bangsa yang maju ialah bangsa yang berilmu – ilmu hanya wujud jika
masyarakat rajin membaca.
d. Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
3. Wahyu kedua Surah Al-Muddasir ayat 1 –7. Mengistiharkan Muhamad sebagai rasul dan
mewajibkan Nabi saw menyampaikan kepada masyarakat Arab Jahiliyah.
4. Cara pertama yang dilakukan ialah
a. membetulkan akidah dan kehidupan masyarakatnya.
b. Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperi penindasan , pembunuhan
dan mencuri.

Penyebaran Islam di Makkah


1. Cara dakwah beperingkat.
a. Secara rahsia
i. Selama 10 tahun di kalangan ahli keluarga, sahabat rapat dan kaum
kerabay baginda.
ii. Antaranya kepada Khadijah Khuwailid, Ali Bin Abi Talib ( 10
Tahun ), Zaid Bin Harithah, anak angkat Nabi, Abu bakar Assiddiq dan
beberapa tokoh Qiraisyh spt Uthman Bin Affan, Zubair bin Awam, Al-
Arqam bin Abu Arqam.
iii. Al- Arqam menjadikan rumah sebagi pusat dakwah yang pertama di
Makkah
iv. Nabi menyebarkan melalui keperibadiannya seperti ketinggian akhlak
Nabi, kejujuran para sahabat.
b. Terbuka - apbila mendapat perintah daripada Allah swt.
i. Kepada keluarga Abul Muttalib. Diadakan di rumah Ali bin Abu Talib.
Penentang kuat Abu Lahab , bapa saudara Nabi.
ii. Secara terangan di Bukit Safa. Menerusi wahyu Allah al- Hijr ayat 94.
kepada bani Abdul Muttalib, Zuhrah, Tamim, Makhzum dan Asad.
iii. Berlaku perdebatan terbuka dengan Abu Lahab.- menghina Nabi saw.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

Peringkat awal tidak ambil tahu kerana hal keluarga. Bila ramai memeluk Islam mula proses
penentangan terhadap Islam. Asasnya reaksi masyarakat Arab dapat dilihat melalui dua
unsur:
Penerimaan Terhadap Islam

1. Reaksi positif – kerana dibuat secara rahsia bagi mengelakkan ajaran ini dihancurkan dan
melemahkan penganutnya.
2. Peringkat awal penganut dari kalangan ahli keluarga , para sahabat yang terdekat dan
golongan hamba. Sebab layanan yang sama antara sesama manusia.
3. Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya kerana
a. Layanan yang saksama
b. Kemurnian ajarannya.
c. Kebijaksanaan dakwah Nabi saw secara lemah lembut dan berhikmah
d. Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal.
e. Pendekatan yang baik seperti:
i. Membandingkan nilai akhlak jahiliyah dan nilai akhlak Islam.
ii. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan yang
dikemukakan
iii. Penerangan dan teladan yang baik.
f. Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman. Harta bukan matlamat ,
tetapi kesabaran dan pengorbanan
g. Keperibadian Nabi saw yang berakhlak mulia.
h. Nabi saw mempunyai kekuatan mental, fizikal, dan rohani

Penentangan Terhadap Islam

1. Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara . Antaranya


a. Dicemuh.
b. Diganggu dalam membuat ibadat. Sebagai cth. Diletakkan benda kotor pada
tengkuk baginda Nabi saw.
c. Cubaan membunuh Nabi.
d. Hamba yang peluk Islam disiksa. Bilal bin Rabah dijerut lehernya oleh Umaiyah
bin Khalaf, Keluarga Yassir dijemur di tengah padang pasir, Isterinya Sumaiyah
mati syahid, Amir bin Fuhairah disiksa dengan kejam sehingga gila dan Zunainah
disiksa Abu Lahab sehingga buta.
e. Melalui syair – sering ejek melaluimpuisi.
f. Pujukan dengan menyerahkan wanita cantik dan harta.
g. Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda. Pernyataan pemulauan
digantungkan di kaabah. Berjalan selama 3 tahun. Tidak begitu berjaya sebab:
i. Bantuan daripada Abu Talib.
ii. Ada orang Quraish yang tidak mematuhi pemulauan.
iii. Orang Islam yang berkeupayaan membantu. Khadijah serahkan semua
hartanya untuk Islam. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang spt
Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.
h. Bentuk pemulauan orang Quraish:
i. Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
ii. Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
iii. Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.
2. Sebab penentangan:
a. Perbezaan kepercayaan dan amalan. Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah
swt. Jahiliyah – berhala.
b. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan , Jahilaiyah tidak.
c. Islam bertunjangkan konsep persaudaraan, Jahiliyah menolak lebih kepada
Assabiyah.
d. Amalan dan akhlak yang murni, Jahiliyah banggakan mencuri, merampas harta
orang, dan menindas.
e. Politiknya – Mereka merasakan jika menerima Islam mereka akan tunduk kepada
kepimpinan Nabi. Sebab mereka dari dulu bersaing untuk menjadi ketua.
f. Islam boleh menggugat pengaruh politik kabilah mereka dan menaikkan kabilah
bani Qusai / Hashim.
g. Aspek ekonomi – Islam menggugat dan jejaskan perusahaan ukir patung berhala.

Penyelesaian masalah oleh Nabi Muhammad saw.


 Membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah
 Untuk mendapatkan perlindungan
 Nabi Muhammad s.a.w dan Zaid bin Harith pula merancang ke taif
 Untuk menyebarkan Islam ke tempat baru
 Tetapi gagal
 Berhijrah ke Madinah setelah mendapat wahyu daripada Allah

1. Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah kematian Abu talib dan
Khadijah. Maka Nabi mengambil langkah tertentu. Antaranya ialah
a. Hijarh ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
b. Nabi dan Zaid bin Harithah ke Taif – kurang dapat sambutan.
c. Hijrah ke Madinah pada 622M

Objektif topik:
Pada akhir topik ini, saya dapat:
1) Menerangkan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.
2) Menghuraikan kemunculan tamadun Islam dan perkembangannya di Makkah.
3) Menjelaskan reaksi masyarakat Arab Makkah terhadap penyebaran Islam.
4) Mengenal pasti kesan penyebaran Islam dalam masyarakat Islam.

Pengajaran yang perolehi:


Dalam bab ini, saya dapat mempelajari tentang masyarakat pada zaman dahulu. Selain
itu, saya juga dapat mempelajari tentang perwatakan baik yang terdapat pada Nabi
Muhammad s.a.w. Saya telah menyedari bahawa untuk mencapai kejayaan atau sesuatu
matlamat, kita seharusnya berusaha dengan bersungguh-sungguh. Hanyalah orang yang
berusaha yang akan mengecapi kejayaan pada akhirnya.

Selain itu, kita perlu mempunyai semangat kecekalan dan ketabahan yang berterusan
semasa melakukan apa yang ingin dicapai. Tanpa semangat yang berkekalan ini, tidak
mungkin kita akan berjaya. Seperti Nabi Muhammad s.a.w, beliau tidak berputus asa, dan
dengan semangat kecekalan dan ketabahannya, beliau brjaya menyebarkan agama Islam.

Pandangan/pendapat tentang topik ini:


Saya tidak menyangka bahawa terdapat sekumpulan masyarakat yang bersikap begitu
dan buruk. Dengan ini, saya dapat faham tentang kepentingan mempunyai agama dan
pegangan hidup.Seseorang yang mempunyai pegangan agama akan mengikuti ajaran agama
masing-masing dan secara langsungnya mereka akan berbuat baik seperti yang diajar oleh
agama mereka. Dengan ini, maka mereka dapat mempunyai kehidupan yang lebih baik dan
berkualiti.

Bacaan/ maklumat tambahan tentang topik ini:

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (bahasa Arab: ‫نبي محمد صلى هللا عليه‬
‫ )وسلم‬adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk
seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Sesungguhnya
Nabi Muhammad merupakan satu rahmat kepada manusia sekalian alam. Baginda
bukan sahaja diangkat sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua
tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad dilahirkan di Makkah, Arab
Saudi dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa
Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam,
tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi
dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa
dan Nabi Isa.

Nabi Muhammad s.a.w. pernah berkahwin dengan 13 orang perempuan. Sebelas daripadanya
pernah bersama dengan Baginda sebagai suami isteri, manakala dua daripadanya diceraikan
sebelum mereka bersama.

1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a


2. Saudah bt. Zam'ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Raihanah bt Zaid bin Amrin
11. Maimunah bt Al-Harith
12. Zainab bin Khuzaimah
13. Maria al-Qibtiyyah (Maria The Copt)

Soalan yang berkaitan dengan topik ini serta jawapan:

1. Kemunculan tamadun Islam dianggap unik berbanding tamadun-tamadun lain di


dunia kerana
A. berkembang di kawasan pertanian yang subur
B. terletak berhampiran dengan kawasan pantai
C. muncul di kawasan padang pasir yang panas dan kontang
D. terletak di kawasan yang sangat strategik dari segi perdagangan

2. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri kehidupan masyarakat Arab pada
Zaman Jahiliah?
I Menyembah berhala
II Hidup dalam keadaan kucar-kacir
III Menganut agama yang dibawa oleh nabi
IV Berakhlak rendah, bersikap kejam, serta degil
A. I, II, dan III
B. I, III, dan IV
C. I, II, dan IV
D. II, III, dan IV

3. Apakah tanggapan masyarakat Arab Jahiliah terhadap seseorang lelaki yang


minum arak sehingga mabuk?
A. Mereka sangat dihormati oleh masyarakat
B. Mereka mempunyai sifat sempurna sebagai seorang lelaki
C. Mereka dianggap mempunyai status yang tinggi
D. Mereka layak dijadikan pemimpin angkatan perang
4. Agama Hanif dalam masyarakat Arab Jahiliah telah dibawa oleh
I Nabi Ibrahim a.s.
II Nabi Ismail a.s.
III Nabi Isa a.s.
IV Nabi Musa a.s.
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
5. Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan Sistem Kabilah yang diamalkan
dalam masyarakat Arab Jahiliah?
I Mereka hidup berpuak-puak dan berkelompok
II Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturan sendiri
III Ahli kabilah sangat taksub kepada kabilah masing-masing
IV Ahli sesuatu kabilah terdiri daripada beberapa suku yang berbeza
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
6. Antara berikut, yang manakah kesan negatif dari Sistem Kabilah yang diamalkan
dalam masyarakat Arab Jahiliah?
I Ekonomi menjadi mundur
II Sistem pentadbiran dalam masyarakat mereka berjalan lancar
III Muncul semangat assabiah yang melampau
IV Peperangan sering berlaku dalam masyarakat
A. I dan II
B. I dan II
C. III dan IV
D. I dan IV
7. Antara berikut, yang manakah kemahiran yang dimiliki oleh keturunan Nabi
Muhammad s.a.w. yang menguasai kota Makkah?
I Bijak berniaga
II Pandai bersyair
III Handal berperang
IV Mahir mentadbir
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
8. Apakah maklumat tentang Nabi Muhammad s.a.w yang disampaikan oleh
Buhaira kepada Abu Talib?
A. Ada orang Yahudi yang ingin membunuh Nabi Muhammad s.a.w.
B. Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi pemimpin masyarakat Arab
C. Nabi Muhammad s.a.w. akan menjadi ahli perniagaan yang berjaya
D. Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai tanda-tanda seorang rasul
9. Mengapakah gelaran al-Amin diberikan kepada Nabi Muhammad s.a.w.?
A. Baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong
B. Baginda sangat mahir dalam bidang perniagaan
C. Baginda sering membantu penduduk Makkah yang dalam kesusahan
D. Baginda berasal daripada keturunan yang mulia
10. Wahyu kedua Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w penting kerana
A. Nabi Muhammad s.a.w. diarahkan mendalami ajaran agama Islam
B. Nabi Muhammad s.a.w. diarahkan membina sebuah masjid
C. Nabi Muhammad s.a.w. diarahkan mengislamkan penduduk Makkah
D. Nabi Muhammad s.a.w. diisytiharkan sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah
11. Apakah tindakan Abu Lahab terhadap dakwah Islamiah yang dibawa oleh
Nabi Muhammad s.a.w.?
A. Beliau telah menerimanya dengan baik
B. Beliau telah memberikan bantuan kewangan kepada Nabi Muhammad s.a.w.
C. Beliau telah melindungi NabiMuhammad s.a.w. daripada ancaman orang Quraisy
D. Beliau memusuhi Nabi Muhammad s.a.w. dan menentang ajaran Islam
12. Mengapakah golongan bawahan merupakan golongan terawal yang memeluk
agama Islam?
A. Orang Islam telah memerdekakan ramai hamba
B. Islam memberikan layanan yang sama kepada semua manusia
C. Mereka dipaksa menganut agama Islam oleh tuan mereka
D. Mereka tidak perlu lagi melakukan kerja-kerja yang berat
13. Mengapakan orang ramai dapat menerima dakwah Islamiah di Kota Makkah?
I Ajaran Islam sangat murni
II Nabi Muhammad s.a.w. berdakwah secara bijaksana
III Nabi Muhammad s.a.w. tidak melakukan sebarang paksaan
IV Nabi Muhammad s.a.w. memberikan ganjaran kepada orang yang memeluk
agama Islam
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
14. Mengapakah masyarakat Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang dibawa
oleh Nabi Muhammad s.a.w.?
I Mereka tidak mahu meninggalkan amalan menyembah patung berhala
II Mereka telah dipaksa untuk memeluk agama Islam
III Menentang konsep persamaan taraf manusia dalam Islam
IV Mereka tidak boleh lagi mencuri dan menindas jika memeluk agama Islam
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
15. Bagaimanakah bentuk pemulauan yang dilakukan oleh masyarakat Arab
Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya?
I Cuba membunuh anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
II Tidak menjalankan aktiviti jual beli dengan keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
III Tidak memberikan pertolongan kepada keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
IV Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi Muhammad s.a.w.
A. I, II, dan III
B. I, II, dan IV
C. I, III, dan IV
D. II, III, dan IV
16. Apakah yang berlaku terhadap perjuangan Nabi Muhammad s.a.w. selepas Abu
Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia?
A. A Nabi Muhammad s.a.w. meninggalkan perjuangannya
B. B Orang Islam kehilangan sumber pendapatan
C. C Ramai orang Quraisy bersimpati dengan Nabi Muhammad s.a.w.
D. D Penentangan orang Quraisy terhadap Nabi Muhammad s.a.w. semakin hebat
17. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak melakukan hijrah bersama-sama
orang Islam yang lain?
I Ingin menumpukan penyebaran Islam di Makkah
II Tidak mahu orang Quraisy menganggapnya pengecut
III Tidak mempunyai wang untuk berhijrah
IV Ingin menjaga keselamatan orang Islam yang tidak berhijrah
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
18. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w. tidak dapat menyampaikan dakwah
Islam secara menyeluruh di Makkah?
A. Bilangan penganut tidak bertambah
B. Orang Quraisy masih enggan menerima kepimpinan baginda
C. Orang Quraisy terus mencari jalan untuk menghapuskan Islam
D. Ramai orang Islam kembali mengamalkan cara kehidupan jahiliah
19. Mengapakan Nabi Muhammad s.a.w. mengambil keputusan untuk berhijrah ke
kota Madinah?
I Baginda hendak dibunuh oleh orang Quraisy
II Baginda telah menerima perintah Allah
III Menerima jemputan daripada penduduk Madinah
IV Penduduk Madinah menawarkan jawatan pemimpin kepada baginda
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
20. Mengapakah peperangan antara satu kabilah dengan kabilah yang lain sering
berlaku dalam kalangan masyarakat Jahiliah?
A. Semangat kesukuan
B. Kepercayaan yang berbeza
C. Kegiatan ekonomi yang menindas
D. Penderitaan dan kesengsaraan hidup

1.Jelaskan cara penentangan orang Arab Quraisy terhadap penyebaran Islam.


( 6 markah )
F1 Cemuhan, tohmahan dan tuduhan terhadap baginda
F2 Mengganggu ketika beribadah iaitu meletakkan benda kotor di tengkuk baginda
F3 Ancaman membunuh
F4 Menawarkan pangkat, harta dan wanita cantik kepada baginda
F5 memulaukan keluarga seperti
H5a Melarang aktiviti jual beli dengan keluarga baginda
H5b Tidak memberi pertolongan
H5c Tidak berkahwin dengan anggota keluarga baginda
F6 Pemulauan selama tiga tahun
F7 Penyair Arab Quraisy mengejek melalui puisi mereka.

Salah satu cara penentangan orang Arab Quraisy terhadap penyebaran Islam ialah
cemuhan, tohmahan dan tuduhan terhadap baginda. Selain itu, mereka juga mengganggu
Nabi ketika beribadah iaitu meletakkan benda kotor di tengkuk baginda. Mereka juga
mengancam untuk membunuh Nabi Muhammad. Menawarkan pangkat, harta dan wanita
cantik kepada baginda juga merupakan salah satu penentangan. Di samping itu, Melarang
aktiviti jual beli dengan keluarga baginda, tidak memberi pertolongan,dan tidak berkahwin
dengan anggota keluarga baginda. Mereka talah menjalankan pemulauan selama tiga tahun.
Penyair Arab Quraisy mengejek Nabi Muhammad melalui puisi mereka.

2.    Mengapakah orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah
?
( 8 markah )
F1 Perbezaan amalan tradisi orang Arab Quraisy dengan ajaran Islam
H1a Ajaran Islam percaya keesaan Allah manakala orang Quraisy menyembah berhala
F2 Islam menyarankan persamaan taraf sesama manusia
H2a Arab Jahiliah mementingkan perbezaan darjat
F3 Islam mengamalkan konsep amalan persaudaraan yang bertentangan dengan
semangat assabiah
F4 Dilarang melakukan amalan keji seperti mencuri, menindas, berzina dan minum arak
F5 Dari segi politik puak Quraisy beranggapan salah terhadap tugas Nabi
H5a Menerima Islam menunjukkan tunduk kepada kepimpinan Nabi
F6 Islam menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka
H6a Menggugat ekonomi perusahaan patung berhala.
Orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam yang dibawa oleh Rasulullah
kerana amalan tradisi orang Arab Quraisy berbeza dengan ajaran Islam. Ajaran Islam percaya
keesaan Allah manakala orang Quraisy menyembah berhala.
Selain itu, Islam menyarankan persamaan taraf sesama manusia manakala masyarakat
Arab Jahiliah mementingkan perbezaan darjat. Islam mengamalkan konsep amalan
persaudaraan yang bertentangan dengan semangat assabiah.
Di samping itu,masyarakat Arab Jahiliah juga dilarang melakukan amalan keji seperti
mencuri, menindas, berzina dan minum arak. Dari segi politik pula, puak Quraisy
beranggapan salah terhadap tugas Nabi. Mereka beranggapan bahawa menerima Islam
menunjukkan tunduk kepada kepimpinan Nabi. Akhirnya, Islam menggugat pengaruh dan
kedudukan keluarga mereka dengan menggugat ekonomi perusahaan patung berhala.

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Nabi_Muhammad_s.a.w.
buku teks sejarah tingkatan 4

Lampiran:

Khat membentuk nama Muhammad

BAB 5
KERAJAAN ISLAM DI MADINAH

Pengenalan
Madinah terletak antara Makkah dan Syam. Laluan pedagang . Tempat persinggahan.
Penduduknya terdiri daripada Yahudi, Nasrani dan Arab. Yahudi – Bani Quraizah, Bani
Nadhir, Bani Qunaiqa’ , Arab – Aus dan Khazraj. Kehidupan kurang sebab pergeseran
kabilah dan penguasaan ekonomi oleh Yahudi. Aus dan Khazraj jemput Nabi saw – wujud
Aqabah 1 pada 621M.

Madinah – Bandar bercahaya. Dikenali juga dengan Yathrib. Terletak di wilayah Hijjaz.

Suku Aus di Selatan dan Timur, Khazraj di tengah Madinah, Yahudi pertama hijrah ke
Madinah ialah Qinuqa’.
Perjanjian Aqabah
 Aqabah ialah tempat antara Mina dan Makkah. Wakil Aus dan Khazraj menemui
Nabi di Aqabah kemudian peluk Islam. 621M mengunjungi kagi dan wujud perjanjian
Aqabah 1. Syarat Perjanjian:
o Suku Aus dan Khazraj hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
o Membantu Nabi saw
o Tidak mengamalkan amalan Jahiliyah.
 Selepas perjanjian hantar Mus’ab bin Umair ubtuk mendakwah.
 622M Perjanjian Aqabah 2. Syaratnya :
o Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam dan taat kepada Nabi saw.
o Suku Aus dan Khazraj jemput Nabi saw di Makkah untuk hijrah ke Madinah
o Mereka secara sukarela mengadakan tempat tinggal
o Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
o Kesediaan mempertahankan Islam.
 Kesan Perjanjian:
o Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
o Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
o Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
o Jaminan dan keselamtan orang Islam Makkah terjamin
o Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
o Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
o Megembalikan keaman dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw
melalui Islam.
o Wujud tentangan dan rancangan bunuh Nabi oleh Quraish di Makkah.

Hijrah
Berlaku pada 12 Sept 622M ( 1 H ). Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Muhamad hijrah
bersama Abu Bakar AsSiddiq – perjalanan 12 hari. Umar secara sendirian dan terang-
terangan.

Konsep Hijrah
 Maknanya:

 Maksud perkataan Arab – berpindah.


 Dalam konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan orang Islam dari Makkah ke
Madinah . Bertujuan untuk memperkukuhkan kedudukan Islam dan satu strategi
penyebaran.
 Pengertian lain – Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan
atau kejahatan.
 Semangat ingin berubah dan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan spt perubahan
sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.
 Barat mentafsir Hijrah sebagai pelarian. Disangkal kerana terdapat perbezaan konsep
Hijrah Barat dan Islam spt berikut:
o Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah.
o Orang Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
o Orang Islam Makkah diberi jaminan kjeselamatan dan diberi tempat tinggal.
o Nabi Muhamad saw pula dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima
oleh semua golongan penduduk Madinah.

Cara penghijrahan Nabi Muhamad saw.


 Setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan
 Ali Abu Talib menggantikan nabi saw untuk tidur di tempat nabi.
 Bersama Abu bakar meninggalkan Makkah .
 Bersembunyi di gua Thur = Dibantu oleh Abdullah bin Abu bakar – intip kegiatan orang
Quraish, Asma binti Abu Bakar – menghantar makanan, Amir bin Fuhairah – gembala
kambing agar susu kambing diberi kepada baginda.
 Dipandu oleh Abdullah bin Arqat – waktu itu belum Islam lagi.

Sebab dan Tujuan Hijrah

 Perintah Allah swt menerusi wahyu. Firman spt: Surah al- Anfal.
 Meneruskan penyebaran Islam. Di Makkah Islam diancam.
 Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran.
 Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam.
 Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik. Memerlukan
pemimpin dan mendamaikan ketegangan.

Kepentingan Hijrah
 Dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman. Dan dilakukan secara terangan.
 Peluang untuk mendamaikan amasyarakat Arab di madinah.
 Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah dan Madinah.
 Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini berseteru.
 Wujud golongan Muhajirin dan Ansar.Muhajirin bermaksud – berpindah. Ansar
bermaksud – menolong ( Nasara ) Golongan ansar membantu Muhajirin dengan cara:
o Menjaga keselamatan
o Menyediakan modal untuk berniaga
 Kemanan dapat menjana ekonomi , kegiatan agama, dan kegiatan lain dalam sejahtera
sebagai sebuah negara.
 Wujud takwim Hijrah. Mula digunakan pada zaman Khulafa Ar Rasyidin kedua –
Umar al Khatab.
 Wujud masjid Nabawi . Masjid pertama dalam perkembangan Islam ialah Masjid
Quba’. Fungsi mnasjid pelbagai seperti:
o Beribadat
o Belajar
o Tempat bertemu dan berbincang akan masalah
o Aktiviti jual beli.
 Pertukaran nama Madinah Al Munawarah daripada Yathrib. Pusat tamadun islam dan
agama.
 Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.
 Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Menggadai nyawa, harta. Abd
rahman Auf menyumbangkan hartanya untuk Islam.
 Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Cth puteri Abu
bakar Assiddiq – Asma’ – menghantar makanan dan berita semasa persembunyian
Nabi di Gua Thur.
 Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa nabi sanggup meninggalkan
kampung halaman.
 Kebijaksanaan nabi mengatur strategi untuk berhijrah.
 Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah daripada
Quraish.

Piagam Madinah atau Sahifah Madinah

1. Perlembagaan atau undang-undang bertulis pertama di dunia yang dirangka Nabi pada
622M- berpandukan wahyu.
2. Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islan dan Bukan
Islam.
3. Mencatatkan tentang tanggung jawab ketua negara dan rakyatnya
4. Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
5. 47 fasal . 23 fasal membincangkan hubungan orang Islam dan tanggungjawab mereka. 24
fasal tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
6. Boleh dirumus kepada 7 aspek penting yg merangkumi politik, ekonomi, sosial spt
a. Pentadbiran
i. Nabi Muhamad pemimipin di Madinah
ii. Sebagai hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
b. Agama
i. Bebas mengamalkan sebarang agama
ii. Bebas mengamlkan adat selagi tidak bertentangan dengan Islam.
c. Sosial
i. Masyarakat sebagai satu ummah dan mem[unyai tanggungjawab yang
sama terhadap negara
ii. Tidak boleh bermusuhan
d. Perundangan
i. Undang-undang Islam diguna pakai, tetapi undang-undang
kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan
dengan Islam
ii. Undan-undang Islam menekankan pengingsafan dan bukannya jatuhan
hukuman.
iii. Mennetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat
mengesahkan jenayah.
e. Pertahanan
i. Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
f. Kedudukan kaum Yahudi
i. Keselamatan terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
g. Ekonomi
i. Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
ii. Unsur tipu dan riba dihapuskan.

Kepentingan Piagam Madinah

1. Model kerajaan Islam yang unggul


2. Unsur Islam boleh digunakan dalam negara pelbagai agama dan kaum
3. Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
4. Menunjukkan sistem ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam
perniagaan.
5. Berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah – hidup dalam bersatu padu dan
aman menerusi semangat ukhuwah Islamiah – iaitu semangat persaudaraan sesama Islam.
Aspek Ukhwah dapat dilihat menerusi:
a. Keadilan sosial
b. Persamaan hak dan persaudaraan Islam
c. Tiada perbezaan taraf
6. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna berasaskan undang=undang
syariah.
7. Negara diwujud atas dasar pelembagaan terlebih dahulu.
8. Berjaya menyusun masyarakat kehidupan yang sistematik berasaskan undang-undang
bukan nafsu dan kekuatan kaum.
9. Wujudkan semangat kerjasama dan sama-sama bertanggungjawab menjaga keselamatan
negara hingga menjadikan kerajaan Islam kuat dan disegani.

Penyebaran Islam

Strategi penyebaran Islam:

1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di
sekitar semenanjung Arab.
2. Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
3. Menerusi warkah atau surat untuk wujud persefahaman.
4. Peperangan – dengan izin atau bertujuan memeprtahankan diri, agama dan negara.
Kerajaaan Islam melalui beberapa siri peperangan sejak 622M Antaranya:
a. Perang Badar 624M/2H
i. Dalam perang ini Islam menang, Nabi mengampunkan orang tawanan
Arab Quraish, Tawanan Wanita dan kanak-kanak dibebaskan. Lelaki
diberi syarat untuk membebaskan diri mereka – ajar 10 kanak-kanak
Islam baca dan tulis sehingga pandai akan dibebaskan.
b. Perang Uhud 625M/3H
c. Perang Khandak 627M/5H
d. Perang Tabuk 630M/8H
5. Perang dalam Islam mesti ikut prinsip tertentu, iaitu
a. Dengan izizn Allah swt setelah turunnya wahyu. Berperang apabila diserang
oleh musuh.
b. Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
c. Menentang kesaliman dan mempertahankan diri.
d. Islam menganjurkan perdamaian jika musuhnya inginkan perdamaian.
e. Dakwah mesti dilaksanakan dengan baik
f. Perang berpandukan aspek berikut:
i. Tidak boleh membunuh orang yang lemah spt orang tua, kanak-kanka,
wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri.
ii. Tidak dibenarkan membunuh binantang ternakan, dan tanaman.
iii. Dilarang meroboh rumah ibadat.

Perjanjian Hudaibiyah
Latar Peristiwa

628M orang Islam ingin ke Makkah untuk beribadat.dan mengerjakan umrah Disekat oleh
Quraish. Di Hudaibiyah. Di situ orang Islam cuba menerangkan tujuan kedatangan dengan
menghantar Uthman bin Affan. Peringkat awal tidak mempedulikan, tetapi apabila dapat tahu
orang islam bersetia dan bersumpah untuk membela Uthman yang dikatakan dibunuh. Orang
Quraish takut dan hantar Suhail bin Amru untuk berunding. Maka wujud Perjanjian
Hudaobiyah pada 628M/6H.

Mengapakah Uthman Bin Affan dipilih?

1. Mempunyai ramai saudara mara di Makkah


2. Sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
3. Lemah lembut dan bertolak ansur.

Kandungan Perjanjian Hudaibiyah.

1. Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun


2. Kabilah Rab lain bebas memilih sama ada kepada orang Islam Madinah atau Arab
Quraish Makkah.
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak
dipulangkan.
4. Orang Quraish Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu
dipulangkan.
5. Orang Islam boleh ke Makkah pada tahun berikutnya - 7 H.
Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

1. Orang Islam dapat menunaikan haji pada tahun 629M/7H.


2. Tempoh perdamaian membolehkan Nabi saw merangka program dakwah ke seluruh
Tanah Arab.
3. Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan.
4. Islam dapat berkembang berlipat kali ganda.
5. Islam tersebat dengan aman
6. Walaupun dikatakan berat sebelah tetapi telah dapat mengislamkan pemuka Quraish spt
Khalid Al Walid, Amru Al As, dan Uthman bin Talhah.
7. Melambangkan ketokohan Nabi saw sebagai pemimpin unggul.
8. Sebagai satu pengiktirafan terhadap kerajaan Islam Madinah.
9. Pembukaan Makkah pada 630M setelah berlaku pencabulan gencatan senjata. Berlaku
apaila orang Quraish memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani
Khuzaah yang berpihak kepada Islam.

Pembukaan Semula Kota Makkah


Sebab

1. Tempat kelahiran Nabi Muhamad saw dan tempat lahirnya Islam.


2. Orang Quraish melanggar perjanjian Hudaibiyah 630M.
3. Satu strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.
4. Kedudukan Madinah akan menjadi lebih mantap.

Cara:

1. Tanpa kekerasan
2. Peringkat awal menghantar tentera Islam – empat pasukan 10000 orang.
3. Diketuai oleh Khalid Al Walid, Abu Ubaidah Al Jarrah, Saad bin Ubadah, dan Zubair
Al Awwam.. Masuk Makkah melalui 4 penjaru.
4. Keyakinan dan setia kawan kunci kejayaan tentera Islam.
5. Pengislaman Abu Sufian dan AL Abbas – memudahkan lagi Makkah dibuka. Selain
jaminan keselamatan penduduk Makkah.

Kesan

1. Sebelum memasuki Makkah Abu Sufian dan bapa saudara nabi Al Abbas telah
memeluk Islam.
2. Menunjukkan persaudaraan dengan mereka yang memasuki rumah Abu Sfian tidak
akan ditentang.
Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

1. Menunjukkan semangat persaudaraan Islam dengan memberi jaminan keselamatan


2. Menunjukkan semangat perpaduan dalam negara yang pelbagai agama dan keturunan
3. Sifat pemaaf Nabi saw terserlah – tidak membalas dendam terhadap orang Quraish.
4. Kaabah terpelihara daripada kemungkaran. Agama menyembah berhala dihapuskan.
5. Kota suci umat Islam dalam melakukan ibadah.
6. Membuktikan kukuhnya negara Islam di Madinah.
7. Bermulanya penyebaran Islam secara menyeluruh ke Tanah Arab tanpa paksaan.
8. Wujud sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat – Madinah masih kekal pusat
pemerintahan.
9. Titik akhir perjuangan Nabi saw dan pada 632M/11H Nabi Muhamad wafat. Khutbah
akhir Nabi menyatakan
a. Setiap orang Islam bersaudara
b. Meninggalkan pusaka iaitu al quran dan sunnah.

Objektif topik:
Pada akhir topik ini, saya dapat:

Pengajaran yang perolehi:


Pandangan/pendapat tentang topik ini:

Bacaan/ maklumat tambahan tentang topik ini:

Hijrah ke Madinah

biasanya merujuk kepada sebuah perjalanan yang diambil oleh umat Islam dan Nabi
Muhammad s.a.w. pada tahun 622 Masihi dari Makkah ke Madinah. Tujuan penghijrahan ini
adalah untuk meneruskan penyebaran Islam. Ancaman orang Arab Quraisy juga telah
menjejaskan aktiviti penyebaran ajaran Islam. Hijrah merupakan satu strategi Nabi
Muhammad s.a.w untuk mengembangkan Islam dengan aman. Hijrah membolehkan sebuah
masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna diwujudkan. Perjalanan sejauh 320 km ini
mengambil masa 8 hari.

Hari Tarikh Nota

26 Safar SH 1
Hari 1 Meninggalkan rumah di Mekah. Tinggal tiga hari di Gua Thur di
(9 September
Khamis dekat Mekkah.
622)

1 Rabiulawal SH
Hari 5 1 Meninggalkan lingkungan di Mekkah. Perjalanan ke daerah
Isnin (13 September Yatsrib.
622)

Hari 12 8 Rabiulawal SH Tiba di Masjid Quba dekat Madinah.


Isnin 1
(20 September
622)

12 Rabiulawal
Hari 16 SH 1
Kunjungan pertama ke Madinah untuk solat Jumaat.
Jumaat (24 September
622)

Hari 26 22 Rabiulawal
Monda SH 1 Pindah dari Masjid Quba ke Madinah.
y (4 October 622)

Perangkaan Piagam Madinah

Rasulullah s.a.w. dalam merangka piagam Madinah, beliau telah mengikut bimbingan wahyu
dan berdasarkan norma-norma masyarakat Madinah ketika itu. Terdapat tiga langkah yang
diambil oleh Rasulullah dalam membentuk piagam Madinah.

Langkah pertama

Dilakukan oleh Rasulullah dengan mendirikan sebuah masjid sebagai tempat orang Islam
beribadat dan tempat Rasulullah menyampaikan ajaran Islam serta tempat pentadbiran
Rasulullah.

Langkah kedua

Mengikat tali persaudaraan antara kaun Ansar dan Muhajirin, bagi mewujudkan
persefahaman dan untuk membantu kaum Muhajirin memulakan hidup baru dengan
pertolongan kaum Ansar.

Langkah ketiga

Mengadakan perjanjian dengan orang Yahudi supaya sama-sama mempertahankan Madinah


dari ancaman luar.

Berdasarkan langkah-langkah tersebut maka lahirlah satu perjanjian yang dikenali sebagai
piagam Madinah. Perkara utama yang terkandung dalam Piagam Madinah adalah:

 Nabi Muhammad s.a.w. adalah ketua negara untuk semua penduduk Madinah dan
segala pertelingkaran hendaklah merujuk kepada baginda.
 Semua penduduk Madinah ditegah bermusuhan atau menanam hasad dengki sesama
sendiri, sebaliknya mereka hendaklah bersatu dalam satu bangsa iaitu bangsa
Madinah.
 Semua penduduk Madinah bebas mengamal adat istiadat upacara keagamaan masing-
masing.
 Semua penduduk Madinah hendaklah bekerjasama dalam masalah ekonomi dan
mempertahankan Kota Madinah dari serangan oleh musuh-musuh dari luar Madinah.
 Keselamat orang Yahudi adalah terjamin selagi mereka taat kepada perjanjian yang
tercatat dalam piagam tersebut.

Soalan yang berkaitan dengan topik ini serta jawapan:

Perjanjian Aqabah berlaku antara penduduk Madinah dan Nabi Muhammad s.a.w

1. Penduduk Madinah yang terlibat di dalam perjanjian di atas ialah…

I. Aus
II. Khazraj
III. Ansar
IV. Muhajirin
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Ulangi taat setia dan menjemput Nabi


Perjanjian Aqabah Kedua Muhammad s.a.w dan orang Islam berhijrah
ke Madinah

2. Apakah jaminan yang disediakan oleh penduduk Madinah kepada orang Islam
Makkah?
A. Memeluk Islam
B. Menyediakan tempat tinggal
C. Tidak akan menganayai mereka
D. Menceraikan isteri untuk dikahwinkan

3. Siapakah tokoh yang dihantar oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas perjanjian Aqabah
Pertama?
A. Usman bin Affan
B. Mus’ab bin Umair
C. Khalid bin al-walid
D. Ali bin Abi Talib
Hijrah Ke Madinah Secara terang-terangan

4. Siapakah tokoh yang berhijrah ke Madinah mengikut cara di atas?


A. Abu Bakar al-siddiq
B. Uthman bin Affan
C. Umar al-khatab
D. Ali bin Abu Talib

5. Apakah perbezaan tersebut?


A. Berjaya dalam hidup
B. Akan dihantar pulang
C. Diterima sebagai warganegara
D. Kedatangan mereka amat dialu-alukan
Perintah Allah S.W.T Surah al-Anfal

6. Apakah kesan akibat daripada turunnya ayat di atas?


A. Penyebaran Islam secara terbuka
B. Pembukaan Semula kota Makkah
C. Menunaikan Ibadat haji di Makkah
D. Penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah

7. Apakah faktor utama penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w ke Madinah?


I. Perintah Allah s.w.t
II. Strategi penyebaran Islam
III. Mencari tempat berlindungan
IV. Jaminan keselamatan penduduk Madinah
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan Iv
D. I dan IV

Peristiwa Hijrah memperlihatkan pengorbanan Para sahabat

8. Manakah antara tokoh-tokoh berikut digambarkan oleh maklumat di atas?


I. Uthman Bin affan
II. Umar al-khatab
III. Abu bakar al-siddiq
IV. Ali Bin Abi Talib
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV
Aus

Hijrah

Khazraj
9. Apakah kesan peristiwa hijrah ke atas penduduk Aus dan Kharaj?
A. Dikenali sebagai Muhajirin
B. Menerima kekuasaan Islam
C. Menjadi golongan Ansar
D. Di tindas oleh golongan Yahudi

10. Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w merangka Piagam Madinah ?


A. Berpandukan wahyu Allah s.w.t
B. Berbincang dengan para sahabat
C. Merujuk kitab undang-undang
D. Mengkaji teks undang-undang lama

11. Bagaimanakah undang-undang yang dikenakan ke atas orang bukan Islam?


A. Menggunakan undang-undang kekeluargaan
B. Tiada peraturan undang-undang untuk bukan islam
C. Tertakluk kepada undang-undang Islam
D. Menggunakan undang-undang berasaskan kitab

12. Apakah perbezaan Nabi Muhammad s.a.w dengan pemimpin lain didunia dalam
mendirikan sebuah kerajaan ?
A. Dilantik oleh Allah s.w.t
B. Menyusun perlembagaan dahulu
C. Membina Negara berasaskan al-quran
D. Menyatupadukan semua kaum dibawah uukhuwah islamiah

Nabi Muhammad s.a.w telah menghantar perutusan ke Rom, parsi, Mesir, Habsyah dan
wilayah di sekitar Tanah Arab

13. Apakah cara yang digunakan oleh nabi Muhammad s.a.w dalam usaha untuk
menyebarkan dakwah islamiah di tempat di atas?
I. Pujukan
II. Rundingan
III. Diplomasi
IV. Nilai baik
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

14. Apakah garis panduan peperangan mengikut islam ?


I. Dilarang merobohkan rumah ibadat
II. Tidak dibenarkan menyerang musuh
III. Dibenarkan membunuh musuh yang lemah
IV. Dilarang membunuh binatang dan tumbuhan
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV’
D. I dan IV

15. Mengapakah Uthman bin Affan telah dipilih oleh Nabi Muhammad s.a.w sebagi
wakil utusan untuk berunding dengan orang Quraisy setelah disekat di Hudaibiyah?
I. Undian majlis syura
II. Sifat yang lemah lembut
III. Mempunyai ramai saudara mara
IV. Sahabat paling rapat
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Sumpah Setia baiah al-ridwan

16. Mengapakah umat islam bersumpah seperti di atas?


A. Umat Islam disekat dari menunaikan umrah
B. Mempertahankan kesucian agama Islam
C. Pencabulan perjanjian Hudaibiyah
D. Mendengar khabar tentang pembunuhan Uthman

17. Apakah tujuan utama Nabi Muhammad s.a.w menziarahi kota Makkah pada tahun
628 Masihi?
A. Membuka Kota Makkah
B. Mengerjakan Umrah
C. Menziarahi sahabat lama
D. Menyebarkan islam

Pihak Quraisy telah menyokong Bani Bakar yang berperang dengan Bani
Khuzaah
18. Apakah kesan tindakan pihak Quraisy di atas?
A. Berlakunya perang khandak
B. Pembukaan semula kota Makkah
C. Quraiys menandatangani Perjanjian Hudaibiyah
D. Orang islam bersumpah setia dalam Baiah al-Ridwan

19. Apakah kesan penting pembukaan semula kota Makkah oleh Nabi Muhammad s.a.w?
I. Nabi Muhammad membina masjid quba
II. Pentadbiran Islam di pindahkan ke Makkah
III. Kota Makkah menjadi kota suci umat Islam
IV. Kaabah terpelihara daripada unsur jahiliah
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

20. Apakah faktor penting yang memudahkan Kota Makkah dikuasai oleh orang Islam?
I. Pengislaman Abu Sufian
II. Strategi ketenteraan Nabi Muhammad s.a.w
III. Tentera islam dipimpin oleh Khalid al-walid
IV. Penduduk Makkah takut dengan kekuatan tentera Islam
A. I dan II
B. II dan III
C. III dan IV
D. I dan IV

Rujukan:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrah
buku teks sejarah tingkatan 4
Lampiran:

Anda mungkin juga menyukai