Anda di halaman 1dari 40

POWERED BY : CS LEE

SPM 2019 TIPS


A. TAMADUN MESOPOTAMIA : Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab 1
Lokasi : Di Lembah Sg.Euprates dan Tigris 3500sm

Perkataan Mesopotamia berasal daripada bahasa Yunanai bermaksud “Tanah antara Dua Sungai“

Wilayahnya terletak di antara Sg.Tigris dan Sg.Euphrates

Sekitar tahun 3500sm wilayah Mesopotamia berkembang menjadi tamadun

Terdapat banyak kerajaan yang muncul dan jatuh, kerajaan awal ialah kerajaan Sumeria pd 3500sm.
Kerajaan terakhir Chadea 626sm

Proses Pembentukan
1) Bahagian Utara Baghdad – dari Baghdad hingga Assyria

1) Bahagian bandar Baghdad – Babaylon ( Akad dan Sumeria)

Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini menjalankan aktiviti pertanian : tebus guna dan pengairan

Petempatan awal ( kampung ) berkembang menjadi bandar dan seterusnya negara kota Contoh:

Kish,Nippur,Lagash,Uruk,Ur,Mari

Ciri-Ciri Tamadun Mesopotamia


1. Negara Kota (kerajaan Berdaulat)

-ada pusat kota,tembok kota,pelabuhan kubu,pintu gerbang. – Di dalam kota ada istana,rumah

kediaman,ibadat,jalan – Pusat kota : rumah ibadat

* N.Kota ( luas 1000 batu.persegi/penduduk 30 ribu)

2. Organisasi Sosial / masyarakat

3. Pemerintah – raja, ketua pendeta, ketua tentera, orang bangsawan

4. Rakyat – rakyat bebas ( petani ,pedagang,artisan) – Hamba ( tawanan perang)

5. Sistem Pemerintahan – berbentuk teokrasi ( raja dianggap tuhan @ wakil tuhan dan pemilik

negara )Contoh : Raja Naramsin , di Akkad paksa penduduk sembahnya. Gelar dirinya ‘Raja Empat
Penjuru Alam ’

-Raja Mesopatamia bertindak sebagai ketua agama dan melantik keluarga diraja memegang

jawatan di zigurat ( pusat ibadat / perdagangan / simpan khazanah negara

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
perdagangan dengan Lembah Indus, bawa masuk logam,kayu-kayan, emas

e) Tulisan – bermula dengan tulisan bergambar dan simbol pada tanah liat ( cuneiform )

Sumbangan Tamadun Mesopotamia


-Kod Undang-Undang Hammurabi

-Hukuman dan denda mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi mengikut susun lapis masyarakat

-Kod ini mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok / tiang besar *Hammurabi :

memerintah tahun 1792-1750 sm berpusat di Babylon

-Sistem tulisan menghasilkan kesusasteraan seperti epik Gilgamesh

-Ilmu astronomi, geometri

-Perubatan – semasa kerajaan Assyria Sebanyak 500 jenis ubatan disampelkan

-Penciptaan roda – kereta kuda, kincir angin

-Cara buat batu-bata daripada tanah liat, arca

-Wujudnya empayar pertama di dunia – Raja Sargon menyatukan wilayah-wilayah Sumeria

-Perpustakaan diraja di Nineveh oleh Ashurbanipal ( 668-627 s.m )

B. TAMADUN MESIR PURBA : Nota Sejarah Tingkatan 4 Bab1


Lokasi : Di Lembah Sg.Nil , Mesir 3100 sm

– Sg.Nil Biru dari Tanah tinggi Ethiopia

– Sg.Nil Putih dari Tasik Victoria, Uganda

Kerangka Masa : zaman Logam

Tamadun Mesir Purba 4 zaman

i. Awal : 3100-2200 sm

ii. Pertengahan : 2040-1785 sm

iii. Empayar : 1570-1085 sm

iv. Keruntuhan : 1085-322 sm

Proses Pembentukan

– Mencapai tahap kemajuan pada Zaman Logam sejak 5000 sm.

– Penggunaan peralatan logam-bina parit, pengairan,terusan

– Petempatan kekal di Lembah Sg.Nil ( kampung – bandar –nome @ daerah )

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
– Sebuah bandar dipilih sebagai pusat pentadbiran Contoh : Thinis / Memphis / Thebes

Ciri-Ciri Tamadun Mesir Purba

• Firaun Menes 3200 sm menyatukan nome menjadi kerajaan berpusat di bandar Thinis pindah ke

Memphis dan Thebes

Kehidupan bandar – Pusat pentadbiran / ekonomi /agama / tumpuan penduduk

Organisasi Masyarakat –

i) Ketua : Firaun, berkuasa mutlak dianggap suci. Jawatannya diwarisi

– dianggap jelmaan Tuhan Horus

– digelar Raja Matahari kerana dipercayai anak Tuhan Matahari ( Amon Re )

– Ketua pendeta / pemilik tanah / ketua hakim / ketua pahlawan

j) Golongan Bangsawan – pembesar / tuan Tanah / juru tulis / rahib

iii) Rakyat Bebas – petani,pedagang,artis

iv) Hamba

Sistem Pemerintahan

– Diketuai oleh : raja, bergelar Firaun ~ Glg Bangsawan @ pembesar ( mentadbir ), ~Rahib ( hal agama ~
Juru tulis ( merekod )

– Ada Firaun perempuan, contoh Firaun Hatsshepsut (1501-1479sm)

– Kerajaan empayar : Nubia, selatan Mesir ke Lubnan dan Syria

Pengkhususan kerja

-Eksport utama tekstil dan kertas, lombong emas di Nubia.

-Sunga Nil jalan utama, muncul pelabuhan Thebes, Memphis, FayoumKepercayaan

i) Politeisme – percaya banyak tuhan ( Re (Tuhan Matahari) Ta-Atum(Tuhan langit ), Amun ( Tuhan

Angin )

ii) Percaya Kehidupan lepas mati : makam mayat dipenuhi keperluan harian

Contoh : Penemunan Makam Tutankhamun ii , badannya disaluti 11 kilo emas.

Sistem Tulisan

-Sistem tulisan hieroglif ( kombinasi simbol + gambar ) kegunaan rekod aktiviti pertanian dan

kutip cukai ( hieroghlif – hieratik – demotik )

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Seni Bina ( Piramid ) – ilham Imhotep, iaitu ahli sains / fizik / pengamal perubatan /pengarang

buku sains dan sastera pada zaman Firaun Djoser 3150sm

-Piramid Sakkara tertua didunia untuk Firaun Djoser

-Pendidikan dan Penggunaan Kertas – cipta kertas drp pokok papyrus

-Tinggalan tamadun Mesir direkodkan dalam tulis hieroglif dipahat pada makam dan batu

-Sistem Pendidikan untuk kanak-kanak atasan, duruskan oleh rumah ibadat

-Perubatan – proses memumiakan mayat

-Ilmu matematik,algebra,geometri, astronomi digunakan untuk kawal banjir sungai Nil(sistempengairan )

Contoh: Firaun Senuusret III bina tembok pengairan 123 km tebus guna padang pasir Sistem kalender
365 hari

Rumusan : Tinggalan seperti bangunan, tulisan, dokumen, buku menunjukkan wujudnya tamadun

yang agung

C. TAMADUN INDUS, DI LEMBAH SG.INDUS 2500SM


Lokasi

Terletak dilembah Indus yg disaliri Sg.Indus di India, dikenali juga dengan tamadun Harappa iaitu

bandar utama zaman tersebut.

Kerangka masa : Sekitar tahun 2500 SM dan merosot tahun 1800 SM

Proses Pembentukan

Penduduk di bahagian barat laut India telah membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus.

Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar telah meningkatkan pengeluaran

hasil pertanian dan membawa petambahan penduduk

Perkembangan bandar di Lembah Indus iaitu Harappa dan Mohenjo Daro.

CIRI-CIRI TAMADUN INDUS

1) Petempatan kekal

Pembentukan bandar terancang-Bandarnya terbahagi kepada 2 bahagian dan dikelilingi tembok

Bahagian utama ( pusat petadbiran & keagamaan : bangunan pentadbiran,tempat mandi awam

dan tempat simpan hasil pertanian

Bahagian kedua : kawasan perumahan berbentuk blok-blok segi empat, setiap blok berbentuk segi

4 dan disambung dengan jalan raya

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
2) Organisasi

Golongan Atasan : ketua pendeta dan pendeta Golongan Bawahan : Pertani,buruh dan hamba

3) Pengkhususan Pekerjaan

Pertanian,perdagangan,pertukangan dan pembuatan. Jalankan hubungan dagagan dgn

Mesopotamia ( bukti terjumpanya cap mohor Indus di Mesopotamia)

Barangan dagangan : emas,gading gajah,manik

4) Amalan Agama

Masyarakatnya dikatakan beragama berikutan penemuan sebuah patung ( proto Siva) yang

bertanduk tiga sedang duduk bersila

Percaya kepada Tuhan Ibu, patung ini disembah bagi melambangkan kesuburan.

5) Sistem Tulisan

Berbentuk piktograf

SUMBANGAN TAMADUN INDUS

I. Pandai Mengeksploitasi Kelebihan

Mengambil kesempatan ke atas Lembah Sungai Indus yang subur dan pamah untuk bercucuk

tanam dan mendirikan bandar

II. Perancangan Bandar

• Keupayaan mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo Daro dan Harappa ( kepakaran

dalam ilmu geografi , seni dan matematik ) untuk susun atur tempat dan pengisian

• Bandar disusun bentuk segi empat dan ada jalanraya

Ilmu geogmetri hasil hubungan dgn tamadun Mesopotamia.

Bahan binaan , batu-bata daripada tanah liat yang dibakar dengan api @ panas matahari

III. Sifat Keterbukaan

• Sanggup membuat hubungan dengan tamadun lain untuk bertukar pandangan dan teknologi.

• Sanggup menerima ilmu,sumbangan tamadun luar untuk digunakan dalam tamadun Indus iaitu

menerima pakai sumbangan tamadun Mesir Purba dan Mesopotamia.

BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN


Peningkatan Ekonomi

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Kegiatan ekonomi awal – bercucuk tanam, ternak, dan hasil barangan – sara diri.

Peningkatan tamadun – ekonomi komersil – lebihan pengeluaran – perdagangan – tukar barang @


barter. Wujud barangan tembikar, peralatan memotong daripada logam, dan perhiasan.

Tamadun Yunani

1. Semua negara Kota kecuali Sparta sebab muka bumi tidak subur – gunung-ganang,.

2. Kawasan lain wujud peningkatan perdagangan lalui jalan laut seperti dengan Mesir, Syria dan
Phoenecia.

3. Kurang tanah , Athens dan Corinth kurang makanan. Dibawa dari luar. Athens dapat dari Selatan
dan Laut Hitam. Jadi pusat pengumpulan barangan dari timur.

4. Perdagangan kena cukai – rakyat lari ke tempat lain spt Alexandria pada zaman Graeco-Roman
300sm.

Tamadun India

1. Pesat berkembang pada 3SM. Libatkan perdagangan dalaman dan luaran.

2. Pusat perdagangan – Anga, Kalinga, dan Karusa. Hasilkan senjata, gading , emas, berlian dan
mutiara.

3. Hubungan dagang antara Maurya dengan Rom, Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara –
alam melayu sejak 100 M- jual rempah, gading, besi, dan bedak wangi. Tekstil, tembikar, barang kaca,
dan minyak wangi dari China. Bentuk Perdagangan Maritim.

4. Pelabuhan penting : Tamralipti, Ghantasala, Kadura di Timur , Broach, Chaul, Kalyan, dan Cambay di
bhg Barat.

5. Wujud persatuan dagang dan perusahaan : Sresthin di setiap bandar. Spt. Persatuan tukang kayu,
kulit, dll. Matlamat untuk: kawal harga, kualiti barangan dan gaji pekerja.

6. Wujud undang-undang bagi kawal persatuan diawasi Raja.

7. Mata wang digunakan. Zaman Gupta wang emas. Bukti ada dasar kewangan dan ekonomi yg
sistematik.

8. Perkembangan dagang Maurya disokong dengan perusahaan tekstil, Kain Kapas, dan sutera. Sutera
di Benares dan Bengal. Perdagangan lain – Emas, mutiara , batu permata, pertanian dan buah-buahan..

9. Cukai ada – untuk sara tentera, pentadbir, dan raja.

Tamadun China

1. Pesat – Dinasti Shang. Pencapaian dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim,
perusahaan dan pembentukan persatuan perniagaan – muncul kelas pertengahan.

2. Bidang pertanian ; Dinasti Han – perkenalkan batas tanaman, kolar kuda tarik tenggala, kereta
kuda, kereta sorong beroda, dan penyisir tanah.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
3. Zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching – cipta alat pertanian, sistem tanaman secara
bergilir untuk suburkan tanah, Bukit ditereskan – Dinasti Shang, Sistem pengairan spt terusan –
pertanian terkawal dan pengawalan banjir .

4. Perusahaan logam dan tembikar sejak Dinasti Han.

5. Didagang ke Alam Melayu, India, Timur Tengah, dan Barat. Lalui Jalan Sutera Darat, dan Jalan Laut
mulai Dinasti Tang. Kepesatan berkembang dengan adanya jalan raya, jambatan, dan alat pengangkutan
seperti kereta kuda dan kereta lembu.

Seni Bina
Mencerminkan ketahanan manusia hadapi cabaran dan kepimpinan yang berwibawa – pembinaan yang
agung – monumen-monumen spt

1. Aqueduct – bekalan air di Rom. Teknologi berasaskan sistem graviti.

2. Tembok Besar Cina – pertahanan – Mula Dinasti Chou, 1500 batu dari Kansu ke Peking.

3. Acropolis – Pusat Pentadbiran dan pememrintahan Athens – binaan teater, rumah berhala, dan
parthenon.

4. Parthenon – Rumah berhala untuk Dewi Athena – Zaman Pericles 421 – 409 SM utk peringati
kemenangan dengan Persia.

5. Colloseum – Tempat pahlawan Rom bertarung. Mula bina 70M – Mahajara Flavian , Muatan 50
ribu – 80 ribu org.

6. Panthenon – Tempat pemujaan dan menyimpan patung dewa dan tempat kerja awam. Zaman
Maharaja Hadrian 117 – 138M.

7. Great Bath , Kompleks Kuil Gua Ajanta – 20 buah kuil , Kompleks Kuil Gua Ellora – 28 kuil ,
Penggunaan geometri – segi empat dan bulat – India

8. Pembinaan tembok : Cina – tanah liat dan batu bata di bandar. Kampung guna tanah lumpur. Ada
pintu gerbang dan menara. Kaw. Tembok ada istana spt Kota Larangan. Ada dewan dan taman. Dewan
berfungsi – hukuman, keraian, perjumpaan.

9. Kuil, Pagoda , Tembok, Jambatan: Cina – beberapa bangunan utk tempat tinggal, ruang tetamu,
pusat pemujaan. Pagoda 15 tingkat – bentuk oktagon. Peningkatan dapat dilihat daripada elemen baru
seperti bentuk dan nilai estetik

Sumbangan Tamadun
Aspek poltik : Demokrasi, Republik.

Aspek Sosial ; Sukan Olimpik 776SM – hormati Tuhan Zeus. Awalnya disertai Athens, Sparta, Corinth,
Thebes, Olympia, dan Argos,4 tahun sekali. Hasil karya : Illiad dan Odyssey, Mahabarata dan Ramayana.
Bahasa Latin dan Sanskrit yang diguna pakai dalam kristian dan Buddha.Hindu.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Pendidikan : sistem peperiksaan. Perkembangan sains dan teknologi – matematik, astronomi, fizik,
perubatan, Teori Phytogoras, dan Teori Archimedes. Binaan: Agama dan budaya. Kewujudan ahli
falsafah.

BAB 3
Maksud kerajaan Agraria

1. Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian , penternakan dan

pemungutan hasil hutan dan sungai

2. Kerajaan terbentuk di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai / kawasan

pedalaman seperti kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi

3. Contoh kerajaan seperti Dvaravati, Taruma, Sailendra, Angkor, Sukhotai dan Funan

Ciri-ciri kerajaan Agraria

Diantara ciri-ciri yang terdapat dalam kerajaan Agraria adalah seperti berikut :-

1. Terletak di kawasan yang subur iaitu di lembah sungai

2. Menanam padi sawah dan padi huma

3. Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran

4. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam

5. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu

cendana dan pelbagai jenis buah-buahan

6. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan

7. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai

8. Mendapatkan kulit kura-kura

9. Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam

10. Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk

memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim

11. Pembinaan sistem pengairan yang bersumberkan dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap

12. Raja terlibat dalam pembinaan pengairan

13. Kerajaan bertanggungjawab dalam pengurusan sistem pengairan

Kegiatan ekonomi masyarakat Agraria

1. Menanam padi sawah dan padi huma

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
2. Menanam tanaman sampingan seperti jagung, pisang,keledek dan sayur-sayuran

3. Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam

4. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk gading, damar, kayu

cendana dan pelbagai jenis buah-buahan

5. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan

6. Menangkap ikan di sawah, paya dan sungai

7. Mendapatkan kulit kura-kura

8. Menternak binatang seperti lembu, kerbau, kerbau, kambing dan ayam

9. Lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman akan dipasarkan atau dibekalkan untuk

memenuhi keperluan masyarakat bandar atau penduduk maritim

Faktor-faktor perkembangan kerajaan Agraria (Angkor )

1. Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap

2. Raja Indravarman 1 terlibat dalam pembinaan sistem pengairan

3. Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan

4. Pembinaan baray yang mampu mengairi tanah

5. Hasil padi dapat menampung keperluan beras

6. Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap

7. Tanah sekitar yang subur

8. Iklim panas lembap sepanjang tahun

9. Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap

10. Sumber ikan air tawar dan punca bekalan air minuman daripada Tasik Tonle Sap

Kepentingan Tasik Tonle Sap

1. Membekalkan sumber air minuman

2. Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik

menjadi luas

3. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur

4. Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik

5. Air dari Tasik Tonle Sap dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan

6. Sumber air dari tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
yang mencukupi kepada penduduk Angkor

Saling bergantung /melengkapi antara Kerajaan Agraria dengan Kerajaan Maritim

1. Kerajaan Agraria mempunyai penduduk yang ramai dan membekalkan tenaga kerja kepada

kerajaan maritim

2. Kerajaan Agraria bergantung kepada Kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah

dari China dan India

3. Agraria membekalkan beras dan hasil hutan kepada kerajaan maritime .Beras menjadi dagangan
utama antara kerajaan maritim dengan agraria

4. Kerajaan maritm mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membuat kapal daripada kerajaan
agraria

5. Maritm memperoleh gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja

6. Kerajaan maritm bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang kayu dan tukang
batu yang mahir
i. Maksud monumen

Binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu untuk memperingati orang ternama atau

peristiwa penting

Monumen boleh berupa candi/kuil/wat/stupa/arca/patung

ii. Kepentingan/fungsi/tujuan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara

Monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha

-Sebagai rumah ibadat

-Sebagai tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya

-Tempat menyimpan patung dewa utama

-Lambang keagungan pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya

-Melambangkan orde kosmos contoh Angkor Wat dan Candi Borobudur

BAB 4
Apakah pengertian Jahiliah.

1. Jahiliah daripada bahasa Arab iaitu jahala bermaksud jahil, tidak mengetahui atau tiada ilmu
pengetahuan.

2. Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab selepas runtuhnya
empangan Maarib di Sabak hingga turunnya wahyu Allah s.w. kepada Nabi Muhammad s.a.w.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
3. Mereka tidak menerima ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Ismail,
Nabi Musa, Nabi Isa.

4. Zaman ini dianggap zaman kegelapan kerana mereka tidak menyembah Allah Taala, mereka
menyembah berhala dan menyembah anismisme.

5. Mereka juga tiada nabi, rasul dan kitab suci.

6. Akhlak mereka rendah – kejam, angkuh, degil.

b) Ciri – ciri masyarakat Arab Jahiliah.

1. Dua golongan iaitu Badwi ( tinggal di gurun dan pendalaman) dan Hadari ( tinggal dipesisiran pantai).

2. Mengamalkan perbuatan tidak bermoral – judi, zina, arak.

3. Pemabuk dianggap telah menjadi lelaki sempurna.

4. Wanita dipandang rendah – tidak mewarisi harta ibu bapa, bayi perempuan ditanam hidup – hidup
(dianggap menjatuhkan maruah keluarga).

5. Lelaki boleh berkahwin dengan beberapa wanita dan sesiapa sahaja yang disukai.

6. Perniagaan – berasaskan riba, merompak/merampas satu kewajipan, orang kaya menindas orang
miskin.

7. Kepercayaan – menyembah berhala, pokok, menilik nasib.

8. Agama samawi – Kristian, Yahudi, Hanif.

9. Sistem kabilah – berpuak – puak dalam suku tertentu, sangat taksub/fanatik dengan suku sendiri,
diketuai oleh syeikh (seseorang yang disukai, dipersetujui ramai, berani, gagah).

10. Semangat assabiah – semangat kesukuan melampau, terikat dengan peraturan kabilah, sanggup
menuntun bela demi diri dan kabilah.

11. Keadaan geografi panas kering kontang- menbawa sikap ingin berperang, kacau – bilau contohnya
perang al – Basus

BAB 5
Perjanjian Aqabah 1 dan 2.

1. Ketika di Makkah beberapa orang suku Khazraj berjumpa nabi dan memeluk Islam, selepas kembali
mereka menyebarkan Islam di Madinah.

2. Pada tshun berikutnya (621 M), suku Aus dan Khazraj menemui nabi lagi dan membuat perjanjian
Aqabah 1.

3. Isi perjanjiannya – suku Aus/Khazraj beriman kepada Allah dan Rasul. Mereka berjanji membantu
nabi. Mereka tidak melakukan amalan jahiliah seperti mencuri, minum arak.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
4. Selepas perjanjian ini nabi menghantar Mus’ab b. Umair ke Madinah menyebarkan Islam di sana.

5. Pada tahun 622 M, suku Aus dan Khazraj menandatangani Perjanjian Aqabah 2, isi kandungannya –
suku Aus/Khazraj memeluk Islam dan mengaku taat setia kepada nabi. Mereka menjemput nabi dan
orang Islam berhijrah ke Madinah. Mereka akan menyediakan tempat tinggal, keselamatan dan
mempertahankan Islam.

Perjalanan hijrah nabi Muhammad.

1. Berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622M.

2. Ia berlaku secara senyap dan berperingkat – peringkat.

3. Nabi berhijrah selepas penghijrahan orang Islam lain.

4. Perjalanan hijrah Nabi ditemani oleh Abu Bakar selama 12 hari.

5. Umar al-Khattab berhijrah dengan terang – terangan, bersendirian dan dengan berani.

Konsep hijrah.

1. Perkataan arab bermaksud berpindah (perpindahan dari Makkah ke Madinah untuk mengukuhkan
Islam).

2. Pengertian lebih luas – menegakkan kebenaran, meninggalkan keburukkan dan kejahatan, perubahan
sikap, cara berfikir, dan tingkah laku.

3. Tafsiran orientalis barat, hijrah ialah pelarian. Ia disangkal oleh Islam kerana orang Islam dijemput
oleh penduduk Madinah, ketibaan disambut rela penduduk Madinah, diberi tempat tinggal dan dijamin
keselamatan, nabi diterima semua penduduk termasuk orang bukan Islam.

Bagaimana Nabi melepaskan diri dari Makkah ke Madinah.

1. Hijrah bermula apabila nabi melepasi kepungan Quraisy di rumah bagnda. Ali telah tidur di tempat
tidur nabi dan menggunakan selimut nabi.

2. Kemudian nabi berjumpa Abu Bakar memeberitahu perintah Allah agar berhijrah. Mereka berdua
bersembunyi di Gua Thur. Perjalanan seterusnya dipandu Abdullah b. Arqat.

Apakah sebab dan tujuan hijrah.

1. Perintah Allah melalui wahyu yang menyatakan niat orang Quraisy ingin membunuh nabi.

2. Allah memerintahkan nabi agar segera berhijrah ke Madinah.

3. Ancaman di Makkah menjejaskan penyebaran Islam, maka suasana aman di Madinah memudahkan
penyebaran Islam.

4. Suku Auz dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang yahudi. Maka mereka
memerlukan pemimpin seperti nabi untuk mendamaikan hidup mereka.

Apakah kepentingan hijrah.

1. Dakwah Islam dapat disebarkan secara aman dan terang.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE

2. Mempersaudarakan suku Arab Madinah (Aus dan Khazraj).

3. Mempersaudarakan orang Islam Madinah dan Makkah.

4. Orang Makkah yang berhijrah ke Madinah digelar Muhajirin dan orang Madinah digelar Ansar.

5. Menyatukan penduduk pelbagai suku, budaya dan agama di Madinah.

6. Nabi membina masjid al-Nabai – masjid menjadi temapt beribadat, belajar bertemu dan berbincang,
di persekitaran masjid aktiviti harian dijalankan seperti jual beli.

7. Takwim hijrah sempena peristiwa hijrah digunakan bermula dari pemerintahan Khalifah Umar.

8. Nama Yathrib ditkar kepada Madinah al-Munawwarah bermaksud kota bercahaya.

9. Hijrah membawa sikap toleransi, tolong – menolong. contohnya orang Islam Makkah dibantu oleh
orang Madinah.

10. Hijrah dibantu pengorbanan harta dan nyawa para sahabat seperti Abu Bakar, Ali dan Abdul Rahman
Auf.

11. Wanita juga sanggup berkorban seperti Asma’ puteri Abu Bakar ke Gua Thur menghantar makanan
dan berita.

12. Hijrah menunjukan ketabahan nabi meninggalkan kesenangan hidup dan tidak berputus asa.

13. Hijrah menunjukkan kebijaksanaan nabi yang tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di
Gua Thur.

PERJANJIAN HUDAIBIAH.
a) Latar belakang berlakunya Perjanjian Hudaibiah.

1. Pada tahun 628 M, umat Islam berhasrat menziarahi Makkah tempat asal mujahirin dan mengerjakan
umrah.

2. Mereka disekat oleh Arab Quraisy di Hudaibiyah keranaQuraisy merasa maruah mereka tercabar.

3. Pihak Islam menghantar utusannya iaitu Uthman Affan menerangkan tujuan sebenar mereka datang.

4. Tetapi Quraisy enggan menerimanya. Kemudiannya Quraisy bimbang, lalu menghantar Suhail b. Amru
memeterai Perjanjian Hudaibiah.

5. Mulanya para sahabat tidak menerima perjanjian ini yang dianggap berat sebelah, tetapi
menerimanya sebagai pengajaran yang besar.

Apakah kandungan Hudaibiah.

1. Genjatan senjata selama 10 tahun.

2. Kabilah Arab lain bebas memihak kepada pihak Islam Madinah atau Quraisy Makkah.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu
dipulangkan.

4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya akan dipulangkan.

5. Umat Islam boleh mengerjakan umrah tahun berikutnya.

Apakah kepentingan Perjanjian Hudaibiah.

1. Memberi umat Islam menunaikan haji.

2. Memberi kebebasan umat Islam ke Makkah dan menunaikan ibadat di Kaabah.

3. Tempoh pendamaian ini memberi peluang kepada dakwah Islamiah ke seluruh Tanah Arab tanpa
gangguan Quraisy.

4. Perjanjian memberi gambaran Islam tersebar secara aman.

5. Perkara 3 dan 4 perjanjian Hudaibiah kelihatan menguntungkan Quraisy tetapi dalam masa panjang ia
menguntungkan Islam buktinya pengislaman tokoh berpengaruh seperti Khalid al Walid, Amru al – As.

6. Perjanjian juga menunjukkan nabi pemimpin unggul, dikagumi dan berwawasan.

7. Perjanjian ini menunjukkan Arab Quraisy mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah.

Bagaimana pencabulan Perjanjian Hudaibiah berlaku.

1. Perjanjian ini hanya bertahan selama 2 tahun kerana pihak Quraisy sengaja mencabulinya.

2. Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.

3. Bani Khuza’ah ini berpihak kepada Islam di Madinah,

4. Bermakna Quraisy melanggar perjanjian genjatan senjata.

5. Pihak Islam bertegas menghantar tentera ke Makkah.

BAB 6
Konsep Khalifah:
Arab – pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.

Agama – tanggungjawab memelihara kemurnian agama islam yang disampaikan Nabi saw, dan
tanggungjawab kekalkan kehormonian serta kestabilan Islam.

SYARAT

lelaki yang merdeka/beragama islam/memiliki pengetahuan islam/mematuhi perintah allah/sanggup


melaksanakan hukum islam/bersifat adil dan akhlak yang mulia.tubuh badan yang sihat dan
sempurna/berfikiran cerdas, warak/pandai mentadbir.

KAEDAH ATAU CARA:

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
musyarawarah atau syura ( Syura bermaksud – Permuafakatan atau konsesnsus)

cadangan satu nama sahaja

pemilihan beberapa calon

pencalonan sekelompok masyarakat.

Baiah atau lafaz taat setia selepas dilantik jadi khalifah.

Kepentingan Baiah dan syuara:

jamin bakal pentadbir yang tepat berkelayakan dan berhemah tinggi./Pentadbiran kerajaan lancar.

TUGAS KHALIFAH

Aspek Agama

memelihara kedudukan agama serta

mentadbir mengikut hukum syariah.

menitikberatkan sistem politik, ekonomi, sosial supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani
dan jasmani.

Politik:

memastikan kelicinan pentadbiran negara.

mempertahankan negara islam daripada musuh

bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai.

ketua negara

Sosial:

menjaga kebajian rakyat supaya nikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat

menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.

mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura

memantapkan sistem perundangan Islam.

Ekonomi:

menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara-baitulmal

mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.

KERAJAAN ABBASIYAH
Pembentukan Kerajaan

Mula 750M ditaja oleh Ali bin Abdullah.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Peringkat awal sulit kemudian terbuka.

Gunakan kempen Ahlul Bait ( Keluarga Nabi saw)

Pusat Operasi di Khurasan, Kufah dan Humaimah.

Diperkukuhkan dengan sokongan 2 pahlawan besar – Abu Salamah Al-Khallal di Kufah dan Abu Muslim
al-Khurasani di Khurasan.

Ambil sempena nama bapa saudra Nabi saw – Abbas.

Amal sistem monarki warisan.

Zaman Abu Jaafar, pusat pemerintahan ke Bagdad.

Berakhir dengan serangan tentera mongol pimpinan Hulagu Khan-cucu Genghiz Khan. Mengusir Sultan
al Mutasim. Meninggal Dunia di pulau Shahi setelah memeluk Islam

SUMBANGAN ABBASIYAH

Zaman kegemilangan dalam zaman Harun A-Rashid, dan Al Makmun.

Baghdad menjadi pusat intelektual dan penyebaran ilmu – melalui aktiviti terjemahan bahasa asing ke
bahasa arab. Bahasa asing spt: Yunani, Sanskrit, Suriani .

Baitulhikmah – institusi keilmuan diasas oleh Harun Al Rashid – berkembang pada zaman al-Makmun
Harun al rashid.

Kegiatan utama:

Terjemahan falsafah dan sains, terutama dari Yunani. 3 tahap:

i. Catat segala idea atau percakapan

ii. Kumpul idea yang serupa atau kumpul hadis nabi dalam buku.

iii. Mengarang – lebih teliti kerana dicatat dan diatur ke dalam bab tertentu..

Penglibatan golongan ulama dalam penulisan – susun Hadis dan hasilkan buku fikah, tafsir, sejarah.
Ulama terkenal spt Imam Malik ( Al- Muwatta), Ibn ishaq ( Sejarah hidup Nabi), Abu Habifah ( Fikah dan
Itjihad), Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam Shafei, Imam Ahmad Hanbal.

Wujud pemisahan dalam ilmu tafsir, sirah dan hadis.

Kelebihan terjemahan:

Terjemahan/penciptaan dapat buat perubahan karya.Hurai dan buat penambaikkan dengan memuatkan
keterangan dan ulasan.

Peranan besar dalam kebudayaan dunia – pelihara ilmu daripada lenyap dan pupus kerana terima hasil
penulisan daripada zaman gelap di Eropah.

Penubuhan institusi tingkatkan kegiatan penyelidikan hingga ke Eropah , kemudian diterjemah ke


bahasa asing dan mula kebangkitan Eropah.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Kesan perkembangan ilmu:

Mula zaman pemulihan budaya @ Renaissance.

Tingkat pengetahuan manusia dan warisan yang tidak ternilai.

Ketrbukaan dan kesediaan terjemah daripada bahasa asing bagi faedah umat Islam.

Cendikiawan Islam memperbaiki dan meningkatkan karya asal.

Berlaku percambahan dan perkembangan ilmu.

PERTEMBUNGAN TAMADUN ISLAM DENGAN TAMADUN LAIN


Cara pertembungan:

Perdagangan dan perniagaan

Zaman Nabi pertembungan dengan Syam

Penguasaan Islam di Teluk Parsi,Laut Merah dan Timur Mediteranean pertembungan dengan Tamadun
Rom dan Yunani

Orang Islam menetap dan berdagang di Canton Cina .

Hubungan diplomatik

Penghantaran kumpulan peneroka ke Gibraltar, Selatan Sepanyol.

Bertemu dengan orang bukan Islam di Cardova, Valencia, dan Rhonda dan berjaya buat hubungan
diplomatik. Boleh memahami cara hidup, pandangan politik,keagamaan, ekonomi dan pentadbiran.

Penaklukan dan ketenteraan

Kerajaan-kerajaan Islam membentuk ekpedisi ketenteraan.Menguasai Iraq dan Iran. Bertembung


dengan Tamadun Parsi.

Penaklukan Mesir dan Afrika Utara bertembung dengan Tamadun Eropah.

Kebudayaan

Kemasukan Islam ke Sepanyol wujud kebudayaan baru. Bahasa Arab menjadi bahasa utama.berpusat di
Cardova.

Lahir golongan Mozarab – orang Kristian yang ambik kebudayaan Islam dan Berbahasa Arab.

Intelektual

Berlaku antara ahli fikir Islam dan bukan Islam.

Ilmuan islam berjaya mendalami ilmu dan keilmuan Eropah.

Kesan Pertembungan

Dapat dilihat melalui sumbangan tamadun Islam kepada peradaban dunia.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Keagamaan sendiri.- satu nilai akidah – percaya kepada Allah swt. Sediakan sistem perundangan
berdasarkan Quran dan Hadis. Berasakan syariah dan akidah mudah diterima kerana sarwajagatnya.
Islam tidak menghapuskan amalan, cara hidup dan adat setempat.

Perluasan kawasan penyebaran Islam

Melahirkan bentuk kerajaan dan masyarakat spt

i. Kerajaan Delhi Mughal

ii. Cina wujud masyarakat islam

iii. Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniah wujud kerajaan pusat yang kuat.

Memboleh orang Islam menguasai ekonomi. Dengan ememastikan keselamatan laluan perdagangan.
Dibuat dengan cara

i. Uthmaniah mempunyai Armada laut yang kuat .Menguasai Laut Merah, Mediteranean dan Teluk
Parsi.

Pedagang Islam berjaya berdagang hingga ke India,Ceylon, Kepulauan Melayu, Cina, Sepanyol, Selatan
Perancis, Armenia, dan selatan gurun Sahara.

Menguasai Istanbul pusat pertembungan dunia timur dan barat.

Mempengaruhi proses urbanisasi dan organisasi sosial

Mempengaruhi penyelarasan undang-undang yang saksama – cth di Balkan Zaman Uthmaniyah.

Kebudayaan dan Intelektual

i. Perkembangan pendidikan agama dan bukan agama spt Matematik, Sains dan Teknologi. Zaman
Abasiyah pelajar diwajbkan belajar – Ilmu Mantik ( Logik ), Geografi, Sejarah, Sains Fizikal dan Biologi.

ii. Tatatertib berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik. Zaman Uthmaniyah , Sepanyol
– orang bukan Islam mengamalkan cara hidup Islam.

Betutur dalam bahasa Arab, berpakaian Islam, tatasusila kehidupan. – dilakukan sehingga zaman
Renaissance

Peranan penting dimainkan oleh golongan Mudejar – orang Islam setempat yang menetap di kawasan
majoriti Kristian.

Pertukaran pendapat antara cendikiawan.

Peringkat awal cendikiawan Islam mengumpul maklumat dan teks penulisan.

Diterjemahkan daripada penulis Greek spt Aritotle, Plato, Galen dan Hipocrates.

Proses penterjemahan wujudkan perpustakaan – Baituhikmah, Zaman Abbasiyah

Wujudkan budaya keilmuan dan intelektual yang tinggi.

Kedatangan Islam Di Asia Tenggara.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Teori Semenanjung Arab:

Dikemukakan oleh John Crawford disokong Syed Muhamad Naquib l-Attas. Buktinya:

i. Aktiviti perdagangan menerusi catatan China yang menyataka orang Arab dan Parsi tmempunyai
petempatan di Canton pd 300M.

ii. Pedagang Arab dapat kuasai laut dari pelabuhan Iskandariah hingga China. Telah berdagang di
rantau ini terutama setelah kemunculan Islam pada abad 7M.

iii. Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama AT sebelum ke China. Jadi tempat menunggu dari angin
monsun.

iv. Menetap beberapa bulan dan mewujudkan perkampungan dan ada urusan jual beli barangan
mewah dari China dan India. Perkampungan Islam – Ta Shih di Sumatera Utara pd 650M – catatan China.

v. Perkahwinan dengan orang tempatan.

vi. Wujud persamaan tulisan kesusasteraan di AT dan Arab. Perkataan arab terdapat dalam tulisan
Jawi, Zapin dan dabus.

vii. Pengislaman raja-raja melayu oleh syeikh dari Arab spt dalam Hikayat Raja-Raja Pasai. – Keturunan
sufi. Berjaya mengislamkan Merah Silu ( Malik al-Salih. ) Raja Pattani – Phaya Tu Nakpa – diislamkan
Syeikh Said

Mengapakah tertarik dengan Islam:

i. Tertarik dengan nilai Islam yang murni.

ii. Amalan pendakwah Islam mengamalkan nilai Islam yang murni spt

Kejujuran pedagang Islam

Mementingkan kebersihan

Berhemah tinggi.

Catatan tempatan tentang pengislaman Raja-raja Melayu:

i. Hikayat Raja-Raja Pasai.

ii. Hikayat Merong mahawangsa – Raja Kedah diislamkan oleh Syeikh Abdullah al-Yamani

iii. Hikayat Acheh – Syed Abdullah Ariff berusaha kembangkan Islam.

iv. Sejarah Kepulauan Sulu – Sharif Hassan dan Awlia sebar Islam di Sulu.

Teori Chin: Dkemuka oleh: Emanuel Gadinho : Alasan beliau:

i. Khan Fo atau Canton menjadi pusat perdagangan Arab sejak abad 9M

ii. Menyebarkan Islam dikalangan peniaga China kemudian sebar ke AT.

SQ Fatimi. Alasan beliau:

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
i. Berlaku perpindahan beramai-ramai pedagang Islam di Canton ke AT pada 876M.

ii. Diperkukuhkan dengan adanya batu bersurat Kuala Berang. Wujud Islam di Trengganu. Dijumpai pd
1899M. Isi tulisan tentang hukum syarak, peraturan dan undang-undang kekeluargaan, hukuman zina,
hukuman terhadap yang tidak hutang.

Bukti lain:

i. Penemuan batu nisan bertarikh 1028M di Kg Permatang Pasir, Pulau Tambun, Pekan Pahang
mempunyai ayat al-Quran dan kalimah Arab.

ii. Bukti Islam telah sampai sbelum abad 13M

iii. Dibawa oleh mubaligh Cina menerusi Laut Cina Selatan ke Phang Rang IndoCina dan Pekan Pahang.

iv. Persamaan seni bina China dan seni bina masjid di Kelantan, Melaka dan Jawa. Di Melaka bentuk
bumbung, atap genting, warna merah dan kuning pada kayu kepala pintu dan tingkap,lantai, dinding,
tangga, dan kolam air.

Teori India : Dari Wilayah Gujerat dan Pantai Coromandel.abad 13M Dikemukan oleh:

Snouck Hurgronge.Buktinya:

i. Hubungan rantau AT dan India sudah lama wujud. Boleh pedagang Islam India sebar Islam ke AT.

ii. Gujerat pelabuhan penting pada zaman Alaudin Khinji di India.

iii. Batu marmar pada batu nesan Malik Ibrahim di Gerisik, Jawa dan Malik al-Salih di pasai
mempunyai ciri-ciri India.

iv. Kewujudan unsur India dan kebudayaan masyarakat.

Pengaruh Islam di Asia Tenggara


Sebelum Islam masyarakat AT berpegang pada amalan Hindu, Buddha dan roh nenek moyang. Wujud
dalam politik, ekonomi, dan sosial.

Selepas Isla wujud unsur-unsur baru yg diperkenalkan dan kekal hingga kini yang merangkumi dalam:

Pemerintahan dan Pentadbiran

1.1. Perubahan dalam sistem pemerintahan beraja. Dalam Sistem pentadbiran Islam spt berikut:

1.1.1. Sultan ( Raja ) – Ketua Negara dan Kerajaan

1.1.2. Mufti – penasihat Sultan . Wujud juga jawatan khadi, khatib, bilal, pemungut zakat, penyelia
baitul mal, dan penjaga harta wakaf.

1.1.3. Penggunaan gelaran Sultan – kelebihannya:-

1.1.3.1. kukuhkan kedudukan kerajaan Islam

1.1.3.2. jamin kewibawaan raja

1.1.3.3. Setaraf dengan kerajaan Islam lain dan

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
1.1.3.4. memupuk semangat persaudaraan di kalangan umat Islam.

1.1.4. Dalam Hukum Kanun Melaka: –

1.1.4.1. Raja Melaka diberi gelaran Khalifahtul Mukminin ertinya pemimpin orang mukmin.

1.1.4.2. Perkataan itu tercatat pada wang syiling kerajaan Melayu melaka, Johor, Pahang, Kedah,
trengganu dan kelantan.

1.1.4.3. Gelaran Zillulah fil’Alam – bayangan Allah di dalam alam digunaka juga.

1.1.5. Islam menjadi agama rasmi dalam kerajaan Melaka, Acheh, Brunei.

1.1.6. Penggunaan Konsep Khalifah Allah ialah wakil Allah di bumi. – Harus tunaikan amanah, dan
perintah dengan adil serta menerapkan unsur Islam bagi menggantikan konsep dewaraja Hindu. Cth
Sultan yang alim :-

1.1.6.1. Sultan al-Zahir Samudera-Pasai.

1.1.6.2. Sultan Ali Mughayat Shah – Aceh

1.1.6.3. Sultan Iskandar Thani – Acheh.

1.1.7. Konsep Sultan :- bermakna kuasa, kewibawaan, atau pemerintah.

1.1.8. Konsep DewaRaja – Raja keturunan tuhan atau penjelmaan tuhan hindu.

1.1.9. Penggunaan nama negeri spt:- Acheh Darus Salam, Nama sultan – Sultan Mansur Shah
bermaksud pemerintah yang dibantu Allah. Sultan Mahmud Shah – Sultan terpuji.

1.1.10. Undang-undang Syariah diperkenalkan.

1.1.10.1. Di Melaka dimasukkan dalam Hukum Kanun Melaka. Diperkenalkan oleh Sultan Muzaffar
Shah. Zaman Sultan Alaudin Riayat Shah hukum syariah diamalkan dengan tegas.

1.1.10.2. Tidak dapat dijalankan sepenuhnya kerana ada undang-undang adat.

1.1.10.3. Antara aspek syariah yg ada :- jenayah – kecurian, pembunuhan,urusan pernikahan,


perniagaan serta pembahagian harta pusaka.

1.1.10.4. Di Acheh – Kanun yang sama ialah Kanun Mahkota Alam – terangkan tentang

1.1.10.4.1. Tanggungjawab raja, catat adat istiadat dan

1.1.10.4.2. Peraturan tradisi Acgeh spt Balairung Seri dipimpin Sultan, Balai Majlis Mahkamah Rakyat
oleh Kadi Malik al-Adi.

1.1.11.Konsep Jihad. Semangat penentangan terhadap penjajahan.

1.1.11.1. Maksud Jihad – Menegakkan Islam, Menentang kemiskinan dan capai kehidupan yg
sempurna.

Sistem Pendidikan

2.1. Sebelum Islam pendidikan hanya terbatas kepada golongan bangsawan sahaja.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE

2.2. Selepas Islam tersebar luas kepada seluruh masyarakat. Disebarkan melalui:

2.2.1. Istana/ 2.2.2. Pondok /2.2.3. Pesantren / 2.2.4. Madrasah/2.2.5. Surau.

2.3. Pusat pendidikan awal Islam:

2.3.1. Kerajaan Perlak di Sumatera Utara – melalui Dayah @ Pondok. Yg terkenak Dayah Bukit Ce Breek
pada 9M.

2.3.2. Samudra-Pasai :- Pusat terjemahan karya agama – tempat rujukan kerajaan Islam lain spt
Melaka.

2.4. Pendidikan Pondok muncul seawal kedatangan dan peluasan Islam di AT.spt di Pattani, Acheh, dan
Jawa.

2.5. Tempat belajar dan masyarakatnya:-

2.5.1. Pondok – masyarakat tempatan dan pelajar negeri lain : Pattani.

2.5.2. Melaka :- Rumah ulama, masjid dan surau – atidak formal dan masyarakat bawahan, Istana –
formal dan golongan bangsawan.

2.5.3. Acheh :- Lebih sistematik. Terdapat peringkat :

2.5.3.1. rendah ( rangkang )

2.5.3.2. menengah ( muenasah )

2.5.3.3. pengajian tinggi. Atau Universiti ( Jamiah Bait Rahman )

2.5.3.4. Wanita juga digalakkan belajar dan diberi peluang yang sama dengan lelaki baik dalam
pemerintahan. Dalam pemerintahan Sultan Safiatudin –

2.5.3.4.1. 22 wanita anggotai Majlis Rakyat Acheh drp 73 ahli.

2.5.3.4.2. 9 jadi ahli jawatankuasa kerja Mahkamah Rakyat, terdapat juga

2.5.3.4.3. Undang-undang lindungi hak wanita sebagai anak, ibu, tunggal dan isteri.

2.5.3.5. Digelar serambi mekah.

2.6. Peranan Institusi Pendidikan:

2.6.1. Istana :- tempat ulama bicara hukum dengan sultan dan pembesar , juga sampaikan ilmu dan
nasihati sultan.

2.6.2. Surau :- tempat belajar al-Quran secara tidak formal dan gurunya ajar tidak tetap.

2.6.3. Madrasah :- sistem pendidikan formal.

2.6.4. Pondok:- pusat pengajian Islam terutama di Pattani dan T melayu. Acheh – Dayah, Jawa –
Pesantren.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
2.6.4.1. Subjek yang diajar:- Fikah, Usuludin, Tasauf, hadis dan Tafsir, bahasa pengantar – Melayu
dan Arab.

2.6.4.2. Keperluan asas disediakan oleh pelajar sendiri.

BAB 9
PENGARUH ISLAM TERHADAP POLITIK

Unsur pengaruh Islam dapat dilihat dari aspek:

Pentadbiran dan Pemerintahan

Ulama sebagai penasihat Sultan:

i. Melaka: Makhdum Sayid Abdul Aziz, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Jahan, Maulana Jalaludin,
Qadi Yusuf.

ii. Kelantan : Tuk Pulau Condong

iii. Trengganu: Tuk Pulau Manis

Pengaruh Islam dalam pentadbiran dan pemerintahan

i. Gelaran sultan – bayangan Allah di muka bumi

ii. Gelaran Khalifatul Mukminin – pemimpin orang Mukmin : Sultan Mahmud Melaka dan Sultan Abdul
Ghafar Muhyidin Pahang.

iii. Nasab sultan dari Iskandar Zulkarnain. Sebelum in daripada Dewa.

iv. Kekal sebagai institusi warisan – sultan kuasa tertinggi

v. Pentadbiran dibantu oleh pembesar spt Bendahara, laksamana, Temenggong dan Penghulu
Bendahari.

vi. Ulama jadi penasihat Sultan.

vii. Konsep daulat ikatan taat setia terhadap sultan.

viii. Adat istiadat yang membabitkab budaya istana – gambarkan kedaulatan sultan

ix. Amalan protokol atau hijabah – pengaruh Umaiyah

x. Upacara lafaz taat setia = baiah dalam pelantikan sultan

xi. Pengganti sultan dilantik sebelum pemakaman sultan = spt dalam Bani Umaiyah

Perundangan

Terikat dengan hukum adat = undang-undang tidak bertulis yang jadi malan orang melayu.

Dua jenis adat – adat pepatih dan adat temenggong

Peranan adat:

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
i. Menjamin keselematan

ii. Mengawal pelakuan dalam masyarakat

iii. Menentukan hak pewarisan harta

iv. Menentukan bidang tugas

v. Mewujudkan masyarakat bersistem dan berorganisasi

vi. Merapatkan tali persaudaraan

Beza adat pepatih dan temenggong

Temenggong Pepatih

Diasas Dato Ketemenggongan – Palembang Dato Pepatih Nan Sebatang – Pagar Ruyung

Negeri lain di Tanah Melayu Negeri Sembilan dan Utara Melaka

Asas pentadbiran mutlak Musyawarah

Sultan dilantik – warisan Dari bawah =pilihan pembesar

Pilihan pasangan terbuka asal patuh hukum Islam Perkahwinan dari suku berlainan

Sistem nasab cara patrilineal – bapa Matrilineal – ibu

Warisan harta keutamaan anak lelaki spt faraid Harta pusaka = perempuan

Hukuman berbentuk pembalasan dan pengajaran Berbentuk pemulihan atau diat / denda

Perempuan berkahwin menetap rumah lelaki Menetap rumah perempuan.

Undang-undang bertulis di Melaka

i. Hukum kanun Melaka

ii. Undang-undang laut Melaka

Sebab Penggubalan Undang-undang Melaka

i. Sebagai peraturan dan hukuman

ii. Corak perjalanan pemerintahan dan pentadbiran

iii. Perjalanan masyarakat tersusun dengan pelakuan, tanggungjawab serta hukuman terhadap
pesalah

iv. Hukum Kanun – Menjelaskan tanggungjawab pembesar dan raja, pantang larang anggota
masyarakat, hukuman terhadap pesalah , undang-undang keluarga, pemasalahan ibadat, jenis hukuman.

v. Undang-undang Laut – Jelaskan seraoang makhoda diertikan sebagai imam dan anak buah
makmum.

PENGARUH KEDATANGAN ISLAM TERHADAP SOSIOBUDAYA

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Pendidikan
Pengaruh Islam terhadap pendidikan

i. 2 jenis pendidikan – formal /tak formal

ii. Tidak formal – pendidikan awal atau asuhan dalam keluarga

iii. Peringkat keluarga tekankan nilai moral, pembelajaran melalui dengar, lihat & perhati

iv. Kemahiran daripada ibu/bapa, pemerhatian dan latihan

v. Kanak-kanak belajar tentang agama, budaya, adat, sikap, cara berkawan dan jaga maruah

vi. Kaedah – bercerita dan serap nilai budaya, unsur pengajaran seperti dalam cerita binatang dll.

vii. Kanak-kanak belajar pantang larang dan adat melalui pergaulan seperti tunduk sambil hulur tangan
hadapan orang dewasa.

viii. Pantun, peribahasa, teka-teki dan perpatah ajar kelaluan baik

Sistem Pedidikan Agama

i. Formal – Berkembang pesat dan tak terhad kepada golongan atasan

ii. Tempat – Istana, masjid, rumah,surau, madrasah dan pondok

iii. Pendidikan di rumah:

Bentuk pendidikan tak formal

Pendidikan Al-Quran

Di rumah Tok Guru

Umur 7 hingga 15 tahun

Selepas waktu Zohor atau Maghrib

Kitab, Muqadam & Al-Quran

Bayaran percuma

Di masjid, ilmu lebih formal seperti fiqah, tajuid, cara bacaan dalam solat dan perkara wajid

iv. Sistem Pendidikan Pondok

Bentuk pendidikan – formal

Bermula abad 12M di Patani dan berkembang

Terdapat di Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu

Contoh pengajian pondok – Pulau Condong & Pondok Kutan – Kelantan, Pondok Pulau Manis –
Terengganu, Pondok Titi Gajah & Pondok Langgar – Kedah

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Penekanan Ilmu Agama

Guru daripada para pelajar yang lulus

Masa panjang hingga 10 tahun

Ilmu yang dipelajari – Feqah, Tafsir, Saraf, Nahu Arab, Tauhid, Sirah, Mantiq & Tawarif Islam

Sistem tersusun

11. Pelajar kongsi pondok – tempat tinggal

v. Sistem Pendidikan Madrasah

Berdasarkan sukatan pelajaran

Secara bilik darjah

Ada jadual waktu

Ikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan

Diawasi oleh mudir, guru besar

Diselia sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dll

Peranan Istana – Pusat Intelektual

i. Istana Melaka Pusat Pengajian Agama

ii. Mansur Shah terima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Mahmud Shah dan Raja Ahmad berguru
dengan Maulana Sadar Jahan

iii. Ulamak dan pendakwah – bangsa asing tinggal di Melaka – kembangkan Islam

iv. Melaka beri perhatian terhadap perkembangan Ilmu – ramai tinggal di Melaka

v. Melaka berminat terhadap Ilmu apabila kitab Al Dur Al Manzum karangan Maulana Abu Bakar
diarak ke istana

vi. Mansur Shah berminat tasauf

vii. Alauddin Riayat Shah Johor jadikan istana pusat pengajian

viii. Istana tempat simpan buku hikayat seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah

ix. Istana pusat pendidikan yang berkaitan hal pentadbiran dan politik

a) Perdagangan semasa Kesultanan Melayu Melaka


Aktiviti perniagaan berkembang

Pedagang tempatan terlibat dengan rangkaian perdagangan Timur Barat

Menyediakan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Wujud jawatan penting seperti syahbandar sebagai ketua pelabuhan

Wujud jawatan laksamana bagi menjaga urusan kelautan

Undang-undang Laut Melaka memperuntukkan undang-undang perniagaan

Wujud sistem sukat dan timbang

Terdapat paling kurang 84 bahasa yang dipertuturkan di Melaka

Urusan perdagangan menggunakan dua kaedah iaitu kaedah pertukaran barang dan kaedah jual beli

b) Ciri-Ciri Mata Wang di Johor pada abad ke 16

Pengaruh Islam Terhadap Ekonomi

Diperbuat daripada timah

Dikenali sebagai wang katun

Berbentuk bulat dan enam segi

Tidak mempunyai tarikh

Mempunyai tulisan jawi atau Arab seperti Malik atau Sultan al- Adil

Mata wang emas Johor yang tertua dikenal pasti bertarikh tahun 1527

Mata wang emas ini dikenali kupang

Mengandungi emas seberat 10 grain (0.65 gram) dan 40 grains (2.6 gram)

Ditulis dengan nama dan pangkat sultan yang memerintah dan yang mengeluarkan mata wang tersebut

Di bahagian belakang pula tertulis gelaran Islam sultan berkenaan seperti Khalifatul Muslimin

c) Sistem Percukaian pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka

Cukai paling asas ialah cukai tetap atau cukai import ditetapkan oleh pemerintah

Para pedagang dari India,Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak 6 peratus

Pedagang dari China dan Jepun dikenakan cukai sebanyak 5 peratus

Barang seperti beras dan makanan tidak dikenakan cukai

Cukai diraja dikenakan terhadap orang asing yang menetap di Melaka

Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak 3 peratus

Orang asing dari tempat-tempat lain dikenakan cukai diraja sebanyak 6 peratus

Amalan riba tidak dibenarkan dalam bidang perniagaan di kalangan orang Islam

Walau bagaimanapun, golongan ceti yang memberikan pinjaman wang dibenarkan

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Penegasan bersabit larangan amalan riba ini dijelaskan dalam Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun
Pahang

Pihak pemerintah telah menekankan agar golongan kaya dan berkemampuan membayarzakat harta

Kutipan zakat disimpan oleh Baitulmal

Baitulmal berfungsi menyelenggarakan harta kerajaan

Harta ini akan digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran negara

BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH


Perubahan Masyarakat Dan Budaya Eropah

zaman gelap
Mundur – balik kebelakang. Bermula selepas kejatuhan tamadun Rom,masyarakat dalam keadaan
mundur,merupakan peringkat awal Zaman Pertengahan.

Merosot kualiti hidup Mengalami kemerosotan dalam bidang politik,ekonomi dan sosial.

Ciri-ciri kehidupan pada Zaman Gelap.

Tiada Pentadbiran pusat Tiada pentadbiran pusat yang berkesan. Yang mengawal tingkah laku
rakyat dan pembesar.

Pusat hilang kuasa Kemusnahan kuasa pusat kerana tidak dapat mentadbir wilayah-wilayah.

Wujud Baron – kuasai tanah Kemunculan golongan baron (tuan rumah) yang berkuasa di wilayah
yang diduduki.

Perlindungan Baron Golongan petani terpaksa mencari perlindungan daripada tuan tanah untuk
menjaga keselamatan mereka sebagai balasan petani terpaksa membayar cukai kepada tuan tanah.

Wujud perhambaan Petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah
mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksa menjadi hamba.

Perlindungan Raja utk Baron Tuan tanah mendapat perlindungan daripada golongan raja dan sebagai
tukaran golongan tuan tanah dikehendaki memberikan khidmat atau membayar cukai kepada raja.

Ikatan hubungan rakyat – tuan tanah – Raja Jalinan ikatan yang menghubungkan golongan rakyat
dengan tuan tanah dan seterusnya raja dengan tuan tanah merupakan asas kepada sistem feudal di
Eropah.

Kelembapan ilmu Kelembapan ilmu pengetahuan

Gereja berkuasa miliki harta Institusi gereja amat berkuasa dengan memiliki harta yang banyak.

Fokus Akhirat Institusi gereja memberikan fokus kepada kegiatan amalan agama dan ilmu keakhiratan.

Kongkongan Gereja Gereja mengongkong kehidupan masyarakat Eropah.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Gangguan orang gasar Kegiatan perdagangan tidak meluas dan sering diganggu oleh serangan orang
gasar seperti Viking dan Magyar.

Kegagalan bersaing dengan org Islam. Kegiatan perdagangan ke Timur Jauh tidak dapat dijalankan
kerana tidak berupaya menyaingi penguasaan orang islam di Mediterranean.

Tumpuan Pertanian shj. Mereka terpaksa menumpukan kegiatan ekonomi mereka kepada sektor
pertanian.

Amalan Sistem Barter. Perniagaan barangan pertanian dikendalikan menerusi sistem tukaran barang
kerana penggunaan matawang terhad.

Ciri-ciri persamaan antara sistem feudal di Eropah dengan sistem feudal masyarakat Melayu tradisional.

Raja penaung Sistem secara mutlak Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam
sesebuah negara dengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak.

Ikatan hubungan Raja – Pembesar – Rakyat Pembesar memberikan khidmat kepada pihak raja
manakala golongan pembesar mendapatkan naungan daripada pihak istana dan dianugerahkan tanah.

Pembesar kutip Cukai Pembesar memaksa rakyat memberikan khidmat kepada mereka dengan
mengerjakan tanah.Hasil cukai dikutip untuk diserahkan kepada raja.

Kerahan tenaga Pembesar melayu akan mengerahkan rakyat untuk menjadi askar dan membina istana.

Wujud Perhambaan Rakyat jadi hamba kerana gagal bayar hutang/cukai.

Perubahan pada Zaman Kemuncak Pertengahan di Eropah.

Penyatuan oleh Gereja Gereja memainkan peranan universal serta menjadi ejen penyatuan.

Perubahan Ekonomi--Perubahan ekonomi hasil pertambahan penduduk.

Tingkat Pertanian---Peningkatan dalam aktiviti pertanian.

Wujud perdagangan---Kemunculan kegiatan perdagangan yang maju.

Muncul Bandar besar--- Kemunculan bandar-bandar seperti Venice,Milan dan Florest di Itali.

Kelas Pertengahan.------ Melahirkan kelas pertengahan yang terdiri daripada artisan,pedagang,dan ahli
perbankan.

Status berasaskan kekayaan bukan kuasa/tanah.-----Status sosial seseorang itu tidak lagi berasaskan
pemilikan tanah tetapi kekayaan.

Penglibatan Rakyat dalam politik.-----Perubahan politik berlaku apabila rakyat mula terlibat dalam
kegiatan politik.

Parlimen suara rakyat.-- Rakyat dapat menuntut hak menerusi institusi parlimen yang diwujudkan.

Hak politik rakyat.----Perubahan ini memeberikan hak politik kepada rakyat.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Hubungan rakyat +kerajaan.-----Menjalinkan hubungan antara rakyat dengan pemerintah.

Zaman Renaissance
Maksud Renaissance

Kelahiran semula Berasal daripada perkataan Itali,renisciment yang bermaksud “kelahiran


semula” merujuk pada penghargaan semula ilmu dalam tamadun Yunani dan Rom.

Tokoh Humanisme.

Francisco Petrarch

Niccolo Machiavelli

Giovanni Bocaccio

Sebab-sebab Renaissance berlaku di Itali.

Lahir pemkiran Humanisme Lahir aliran pemikiran humanisme melalui penonjolan terhadap
keupayaan manusia berfikir untuk menyelesaikan permasalahan.

Bapa Humanisme Melahirkan bapa humanisme iaitu Francesco Petrach,Niccolo Machiavelli dan
Govanni Bocaccio.

Penerokaan dan Inkuiri Kesediaan meneroka bidang dan kawasan baru kerana didorong oleh semangat
inkuiri yang kuat.

Muncul Bandar Besar Kemunculan bandar-bandar terkenal yang menjadi pusat antarabangsa seperti
Venice,Genoa,Florence,Rom dan Milan.

Kedudukan Strategik Pertembungan budaya,bahasa dan agama kerana kedudukan Itali yang strategik
di kelilingi Laut Mediterranean.

Pelabuhan perdagangan Kemunculan Venice dan Genoa sebagai pelabuhan untuk menjalankan
perdagangan antarabangsa.

Tumpuan seniman dan ilmuan. Kemunculan para pedagang kaya yang menggunakan kekayaan untuk
mengindahkan bandar dan menjadikannya tumpuan para seniman dan cendekiawan.

Penaung ilmu Golongan pedagang kaya menjadi patron atau penaung kepada para pelukis,ahli
muzik,saintis dan penulis.Antara patron yang terkenal ialah keluarga Medici di Florence.

Persaingan dapatkan ilmu oleh patron. Berlaku persaingan antara bandar-bandar di Itali untuk
mendapatkan seniman dan cendekiawan yang terbaik dalam pelbagai bidang oleh patron.

Kunjungan dan lawatan Para seniman dan cendekiawan sering berkunjung dari bandar bagi tujuan
menyiapkan tugasan secara tidak langsung menyebarkan idea Renaissance di Itali.

Peranan Paus sebagai patron. Paus di Rom menjadi penaung/patron kepada para seniman dan
cendekiwan.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Perlihat bakat Golongan ini mula bekerja secara bersendirian untuk mempelihatkan bakat masing-
masing.

Bakat dihargai Kemahiran seniman dihargai dan ini mempengaruhi para pelukis untuk dikenali secara
individu iaitu individualisme seperti pelukis iaitu Leonardo da Vinci,Raphael dan Michelangelo.

Perubahan Pendidikan Perubahan konsep pendidikan dengan menggalakkan pembinaan kemahiran


dalam aspek intelektual serta fizikal dikalngan individu. Misalnya Leonardo da Vinci dan Michelangelo,
selain mejadi pelukis dan pengukir agung, disanjung kerana kemahiran dalam bidang ilmu pengetahuan
yang lain.

Muncul tokoh Renaissance Terdapat tokoh renaissance yang muncul di beberapa buah negara
Eropah di England, contohnya, tokoh pemikir seperti Thomas More, Francis Bacon, William Shakespeare.

Sebab permusuhan antara gereja Rom dengan ahli sains dan matematik di Itali.

Cemburui pencapaian bandar Florence Gereja Rom mencemburui pencapaian bandar seperti Florence
yang dikuasai keluarga Medici

Nak jadikan Rom cantik Gereja Rom berhasrat menjadikan Rom secantik Florence

Cabaran drp ahli sains & mate Gereja menghadapi masalah kerana khuatir ahli sains dan ahli
metematik mencabar pemikiran mereka.

Konflik kes Galileo Galilei Konflik atau perselisihan pendapat berlaku seperti dalam kes Galileo
Galilei.

Berkenaan Pusat alam Galileo Galilei menyatakan matahari sebagai pusat alam manakala gereja
menyatakan bumi sebagai pusat alam.

Sains guna akal dan logik. Para saintis logik dalam menekanan kaedah pemerhatian serta
penggunaan akal dan logik dalam menerangkan sesuatu fenomena alam.

Gereja guna tradisi Pihak gereja menekankan penjelasan tradisional tentang fenomena alam.

Langkah Paus menjadikan Rom sebagai pusat Renaisance di Itali.

Tumpuan lukisan dan ukir. Memberi perhatian kepada seni lukis dan seni ukir

Upah pelukis cantikkan Rom. Paus Julius 2 telah mengupah pelukis dan pengukir terkenal seperti
Leonardo Da Vinci , Raphael, dan Michelangelo untuk mencantikkan dan menghiasi gereja dan katedral
di Rom

Bina Katedral. Membina Katedral St Peter.

Pindah pusat seni. Pusat seni Renaissance telah berpindah dari Florence ke Rom.

Sumbangan tokoh zaman Renaissance

Francesci Petrach

Bapa Dikenali Bapa Humanisme

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Tubuh pustaka Menubuhkan perpusatakaan kerana minat dalam ilmu

Simpan koleksi agong Menyimpan koleksi karya agong zaman Yunani dan Rom yang diterjemahkan
oleh cendikiawan Islam dan Paderi.

Tulis pemerhatian Memerhati sendiri apa yang ditulis untuk mengelakkan percanggahan pendapat.

Kaedah penulisan. Memperkenalkan kaedah penulisan melalui sistem pemerhatian.

Niccolo Machiavelli

Tokoh Dikenali tokoh Humanisme

Buku Menghasilkan buku The Prince

Raja kuasa mutlak Menyarankan seorang raja harus berkuasa mutlak.

Ditakut rakyat Pemerintah harus ditakuti dan bukan disayangi rakyat.

Rakyat perlu setia Rakyat perlu memberi taat setia kepada Geraja Katolik.

Nasionalisme Memperkenalkan aliran nasionalisme di Eropah.

Negara Bangsa. Ideanya mendorong pembentukan negara bangsa di Eropah.

Leornado da Vinci

Seniman, Cendikiawan Seorang tokoh seniman dan cendekiawan yang terkenal.

Cantikkan gereja Melukis dan mengukir untuk mencantikkan gereja dan katedral di Rom.

Terkenal dgan Mona Lisa Menjadi pelukis terkenal dengan menghasilkan lukisan “Mona Lisa”.

Kembang bakat Berjaya membina dan mengembangkan bakat sebagai manusia yang ideal.

Versatil – kuasai banyak ilmu. Seorang Versatil dengan menguasai semua bidang ilmu seperti seni
bina,seni ukir,kejuruteraan,botani,falsafah,geografi dan strategi ketenteraan.

Guna Ikuiri utk jawapan. Mendahului zamannya mempunyai semangat inkuiri untuk mencari
jawapan segala kejadian alam.

Buku Catatan Membuat buku catatan dengan pelbagai lakaran ciptaan teknikal seperti busur panah
gergasi digerakkan dengan roda.

Kesan yang berlaku selepas Renaissance di Eropah.

Muncul Monarki baru. Kemunculan monarki baru yang mempunyai kekuatan dan kekuasaan yang
diasaskan melalui kewujudan kerajaan pusat dan kesatuan kebangsaan.

Cukai – Raja kukuh. Pembayaran cukai secara langsung kepada kerajaan pusat memperkukuhkan
kedudukan raja menyebabkan kuasa gereja dan kuasa golongan bangsawan semakin kurang.

Negara monaarki baru. Monarki baru ini terdapat di Portugal,Castile dan Aragon
(Sepanyol),England,Perancis dan Belanda.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Perdagangan berkembang Sistem perdagangan tempatan dan antarabangsa semakin berkembang
dan meluas manakala kegiatan ekonomi sara diri kian pupus.

Kemajuan ilmu. Kemajuan dalam bidang matematik,geografi,kartografi (teknik melukis peta) dan
astronomi menyebabkan perkembangan kegiatan penjelajahan dan penerokaan.

Ilmu moden – keonjektifan. Menekankan ciri-ciri inkuiri ,keobjektifan,eksperimen dan merintis jalan
kepada pembangunan dan perkembangan ilmu sains seperti biologi,fizik,kimia dan perubatan.

Emosi dan perubahan pemikiran. Perubahan dalam pemikiran dan gaya hidup manusia
melahirkan emosi atau perasaan yang dicerminkan di dalam muzik,lukisan,dan ukiran yang dihasilkan.

Budaya dan keyakinan diri. Dari segi psikologinya,unsur emosi yang dicerminkan berjaya memupuk
dan melahirkan budaya yang menyuburkan keyakinan diri.

Perubahan dan pemikiran masy. Perubahan sikap masyarakat terhadap pendidikan yang
menekankan pemikiran logik,saintifik,falsafah,dan metafizik.

Inkuiri dan berani – kejayaan. Pengajaran daripada Zaman Renassance ialah kita harus mempunyai
sifat inkuiri dan berani untuk meneroka perkara dan bidang baru

Revolusi Pertanian dan Revolusi Prindustrian


Sistem tanah di Britain

Tanah awam

Tanah milikan persendirian

Kesan Akta Pemagaran Tanah terhadap tuan tanah yang kaya.

Meluas Tuan tanah memiliki tanah yang luas.

Bentuk ladang Membentuk ladang pertanian.

Beli tanh Golongan tuan tanah dapat membeli tanah awam.

Tanah dipagar Semua tanah milik tuan tanah dapat dipagar.

Kesan Akta Pemagaran tanah terhadap petani-petani kecil

Kemampuan Petani kecil tidak mampu memagari tanah.

Kos tinggi Kos untuk memagar tanah tinggi.

Jual tanah Petani terpaksa menjual tanah.

Kerja ladang Terpksa bekerja di ladang milik tun tanah yang kaya.

Buruh kilang – bandar Berhijrah ke bandar untuk menjadi buruh kilang.

Hilang rezeki Petani kecil yang bergantung kepada tanah awam hilang punca rezeki.

Sebab berlaku Revolusi Pertanian di Britain.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Milik tanah dapat kelulusan – pagar Perubahan dalam penggunaan dan pemilikan tanah
persendirian setelah tuan tanah mendapat kelulusan Parlimen untuk memagar tanah awam bagi
membolehkan penanaman secara ladang.

Pertambahan penduduk Britain menghadapi pertambahan penduduk,menyebabkan permintaan


hasil pertanian meningkat dan menyebabkan harga gandum meningkat.

Tanaman bergilir Kaedah penanaman secara bergilir diperkenalkan oleh Lord Townshend dengan
menanam pelbagai jenis tanaman secara berterusan sepanjang tahun.

Kesuburan tanah dijaga.Melalui kaedah ini kesuburan tanah dapat dikekalkan kerana tanaman berbeza
memerlukan nutrien yang berbeza serta tanah tidak dibiarkan kosong.

Tanaman baru. Tanaman baru diperkenalkan seperti turnip dan ubi kentang.

Jentera pertanian Terdapat alat yang dicipta olh Jethro Tull untuk kegunaan menggali dan
menugal serta penanaman biji benih dapat dilakukan dengan pantas.

Baja asli Penggunaan baja asli secara meluas telah menjadikan tanaman lebih subur dan hasil
pertanian meningkat.

Pemasaran produk – didagangkan. Lebihan produk dapat diperdagangkan melalui kaedah


pemasaran yang meluas.

Kesan Revolusi Pertanian di Britain pada abad ke-18.

Punca ekonomi Pertanian menjadi punca ekonomi negara.

Lebihan dieksport Lebihan produk dieksport.

Peladang jadi pedagang Para peladang besar menjadi pedagang antarabangsa.

Makanan mencukupi Menyedikan makanan yang cukup kepada tenaga buruh industri di bandar.

Tuang tanah – tokoh Kedudukan tuan tanah sebagai tokoh pentig dalam masyarakat.

Pertanian skala besar Muncul sistem ekonomi skala besar dengan pembukaan ladang pertanian
membolehkan rakyat bekerja sebagai buruh ladang mewujudkan golongan buruh dan majikan.

Ciptaan baru dan kegunaannya dalam Revolusi Perindustrian.

Water Frame

Cipta Dicipta oleh Richard Arkwright pada tahun 1769.

Pintal Alat pemintal benang.

Wap Menggunakan kuasa wap

Spinning Jenny

Cipta Dicipta oleh John Hargreaves pada tahun 1770.

Pintal Alat pemintal benang.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Tangan Menggunakan tangan dapat memintal lapan jurai benang serentak.

Enjin Berkuasa Wap James Watt

Cipta Dicipta oleh James Watt.

Enjin Memperbaiki enjin rekaan Nercomen.

Lombong Untuk melombong arang batu.

Faktor mempengaruhi berlaku Revolusi Perindustrian di Britain.

Lebihan modal dilabur semula Para peladang yang menjadi kaya hasil daripada Revolusi Pertanian
telah melaburkan lebihan modal dalam sektor perindustrian.

Sikap sanggup risiko Perubahan sikap sanggup mengambil risiko untuk melaburkan modal dalam
bidang perindustrian.

Dana diselamatkan – tidak gantung impot. Dana dapat diselamatkan kerana Britain tidak perlu
bergantung pada pengimportan bahan makanan dari luar seterusnya membantu pertumbuhan dan
perkembangan industri.

Rekaan baru dlm industri. Rekaan dalam bidang sains dan teknologi dengan mencipta mesin baru
dalam kegiatan perindustrian.

Arang batu – tenaga Penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga perusahaan.

Semangat usahawan. Semangat dan kegiatan keusahawanan telah mencetuskan daya kreativiti dan
inovatif tokoh-tokoh perindustria Britain.

Perubahan daripada Revolusi Perindustrian di Britain

Pengeluaran secara besar Pengeluaran barangan dihasilkan secara besar-besaran melalui kaedah
dan ciptaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia.

Pengkususan pengeluaran. Pemoda hanya mengkhusus kepada satu bidang industri untuk
mengawal kos yang dapat mendatangkan faedah dan kemahiran dalam bidang tersebut.

Prestasi ditingkatkan. Prestasi barangan dari segi kuantiti dan kualiti dapat dipertingkatkan.

Pasaran dlm dan luar negeri Produk tersebut dapat dipasarkan secara meluas di dalam negeri dan
diluar negeri.

Teknologi moden –cepat, murah, cekap – luaskan pasaran Penggunaan teknologi enjin berkuasa
wap dapat menjimatkan kos pengeluaran menyebabkan setiap barang menjadi murah dan mampu dibeli
masyarakat dan dipasarkan secara meluas di pasaran antarabangsa.

Rekaan dan penemuan Pelbagai mesin direka untuk mempertingkatkan pengeluaran telah dihasilkan
melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis seperti tenaga wap melalui pembakaran
arang batu.

Pengangkutan – bantu kembang industri Penggunaan kuasa wap membantu perkembangan


sistem pengangkutan kereta api dan kapal laut untuk mengangkut hasil industri.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Kesan Revolusi Perindusrian di Britain.

Industri Ganti pertanian. Kegiatan pembuatan dan pengilangan telah mula menggantikan
kegiatan pertanian sebagai bidang utama ekonomi negara.

Buruh upah industri Semakin ramai rakyat Britain terlibat sebagai pekerja atau buruh industri
berbanding sebagai buruh pertanian.

Tuan tanah diganti pengusaha kilang. Kedudukan tuan-tuan tanah sebagai tokoh utama dalam
masyarakat telah diganti oleh para pengusaha dan pemilik kilang.

Dagangan Antarabangsa Lebihan produk hasil daripada Revolusi Perindustrian diperdagangkan


pada peringkat antarabangsa dan keuntungan dapat dimaksimumkan.

Rekaan dan penemuan Kemajuan rekaan dan penggunaan kereta api berkuasa wap,menyebabkan
gerabak boleh dipacu dengan lebih laju.

Gerabak keretapi wap Enjin berkuasa wap boleh menarik lebih banyak gerabak bagi mengangkut
barangan dan pekerja kilang.

Pengangkutan moden – Kapal wap Kemunculan sistem pengangkutan laut dengan penggunaan
kapal laut yang dikemudikan oleh jentera berkuasa wap.

Sistem Kilang Revolusi Perindustrian telah memperkenalkan sistem perkilangan terutamanya kilang
tekstil.

Tiada Layanan Peringkat awal golongan buruh tidak mendapat layanan atau pembelaan yang
sewajarnya.

Pengunnaan Mesin Kemahiran para penenun dan tukang jahit tidak diperlukan selepas mesin
membuat stoking,renda dan bahan pakaian lain tercipta.

Protes pekerja Pekerja mahir memprotes dan memusnahkan mesin-mesin pemidang membuat stoking
dan renda dikenali sebagai Pergerakan Luddite.

Larangan pekerja bergabung. Terdapat Akta Anti penggabungan yang melarang para pekerja daripada
bergabung dan bermuafakat atau menjalankan sebarang tindakan bagi mendapatkan gaji atau layanan
yang lebih baik daripada majikan mereka.

Hukuman berat Sekiranya pekerja didapati melanggar peraturan tersebut,mereka boleh dikenakan
hukuman berat oleh pemerintah.

Buruh Kanak-kanak Kanak-kanak dipaksa bekerja di lombong arang batu.

Masa kerja 10 jam Masa bekerja panjang melebihi 10 jam sehari.

Tindakan kerajaan mengatasi penindasan pekerja kilang.

Wujud Kesatuan dan pindaan undang-undang. Pada tahun 1824,Akta Anti Penggabungan telah
dimansuhkan dan penubuhan Kesatuan Sekerja buat pertama kalinya telah diizinkan.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Larangan kanak-kanak bekerja. Pada tahun 1833,Akta Kilang digubal di Parlimen yang melarang kanak-
kanak dibawah umur sembilan tahun bekerja sebaliknya diwajibkan ke sekolah.

Masa kerja 9 jam. Had masa bekerja bagi kanak-kanak yang layak tidak melebihi sembilan jam
sehari.

Keselamatn terjamin Majikan perlu memastikan keselamatan para pekerja mereka terjamin.

Buruh kanak-kanak perempuan/wanita dilarang. Pada tahun 1842,Akta Lombong diperkenalkan


untuk melarang penglibatan kanak-kanak perempuan dan wanita dalam perusahaan arang batu.

Pekerja wanita -sepuluh jam Pada tahun 1847,memperkenalkan Akta Sepuluh Jam menetapkan agar
pekerja wanita dalam perusahaan tekstil tidak bekerja lebih sepuluh jam sehari.

Imperialisme
Maksud imperielisme.

Penguasaan terhadap negara Imperialisme boleh diertikan sebagai penguasaan sesebuah negara yang
lebih kuat terhadap negara yang lemah.

Keuntungan politik dan eko. Penguasaan bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dari segi politik
dan ekonomi.

Faktor mempengaruhi kedatangan penjajahan Barat ke Asia.

Bahan Mentah Kuasa Barat pada masa itu berminat untuk mendapatkan bahan mentah dalam kuantiti
yang banyak serta berterusan daripada tanah jajahan seperti rempah ratus,emas dan perak.

Luaskan Pasaran Untuk mendapatkan pasaran bagi hasil pengeluaran industri negara mereka.

Revolusi Industri Kesan daripada Revolusi Industri yang merebak ke Eropah menyebabkan
Britain,Jerman,Belanda,Perancis dan Itali menjadi kuasa imperialis untuk cari untung, bahan mentah,
pasaran..

Sistem Pengangkutan moden. Revolusi Pengangkutan mewujudkan sistem jalan kereta api dan
penciptaan kapal berkuasa wap menyebabkan kuasa Barat berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah
jajahan.

Kenaikan Tarif Britain terpaksa mencari pasaran di Asai kerana Amerika Syarikat mengenakan tarif
untuk melindungi industri mereka.

Niat sebar pengaruh. Pihak Barat yang juga berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan
agama kristian ke seberang laut.

Lumba Semangat perlumbaan dikalangan negara Barat dalam kegiatan penaklukan kerana menganggap
pemilikan tanah jajahan sebagai satu status kuasa yang kuat.

Tanggungjawab Orang-orang Eropah menganggap usaha mengembangkan tamadun mereka sebagai


satu tanggungjawab yang disebut oleh orang Inggeris sebagai “the white man’s burden”,oleh Perancis
sebagai “ mission civilisatrice”,oleh Jerman sebagai tugas menyebarkan budaya dan oleh Amerika
sebagai “the blessing of the Anglo-Saxon protection.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Kesan imperialisme Barat ke atas Asia Tenggara.

Terima penasihat Para pemerintah tempatan terpaksa menerima para penasihat dan pentadbir
dari Barat.

Perundangan ditukar Sistem politik perundangan peribumi telah ditukar agar menyamai sistem Barat.

Persaing antara kuasa barat. Persaingan kuasa-kuasa Barat mendapatkan tanah jajahan
menyebabkan kuasa British telah campur tangan di Tanah Melayu,Burma,India,Belanda di
Indonesia,Perancis menjajah Indo China dan Amerika menduduki Filipina.

Ekonomi tempatan hapus. Kegiatan ekonomi peribumi dihapuskan.

Wujud eko.komersial Kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih telah dikomersialkan untuk
memenuhi keperluan industri di Britain.

Pendidikan diperkenalkan. Sistem pendidikan yang diperkenalkan terhad di kawasan bandar untuk
memberi pendidikan asas dan melatih golongan pentadbir rendah bagi memenuhi keperluan
pentadbiran penjajah.

Buruh imgran. Kuasa Barat bertindak untuk mengimport buruh dari negara lain untuk menjadi tenaga
kerja bagi keperluan kegiatan ekonomi komersial mereka.

Demografi dan masyarakat majmuk. Perubahan demografi dan komposisi etnik berlaku di negara
yang telah dijajah oleh kuasa Barat membentuk masyarakat majmuk.

Pecah dan perintah. Menjalankan dasar pecah dan perintah mengelakkan hubungan antara kaum
semasa pemerintahan mereka.

Perpaduan ditanggung pribumi. Tugas untuk meransang dan menjalin hubungan baik di kalangan
pelbagai kaum terpaksa dipikul oleh pemerintah peribumi selepas merdeka.

BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA


Ekonomi tradisional

Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.

Bercucuk tanam/Menagkap ikan/Menternak binatang/Perlombongan/Memungut hasil hutan

Ekonomi Tradisional

Sara Diri Mengamalkan ekonomi secukup hidup.

Jenis Ekonomi Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak


dan menangkap ikan.

Tujuan Lebihan utk pertukaran barangan Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga
untuk tujuan penukaran barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu
tempoh.

Tanaman makanan Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan


kelapa.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Ternakan makanan Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah
sumber bekalan makanan.

Teknologi kuno/mudah Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti


tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.

Air semulajadi Sistem perairan berasaskan sumber air dari sungai dan hujan.

Tangkapan Ikan tradisi Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.

Tenaga manusia dan haiwan Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.

Modal/Tenaga kecil Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.

Tiada Pengkhususan Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya
melibatkan perbezaan jantina dan umur.

Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu


Elemen utama. Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.

Sistem Pemilikan tanah Melayu. Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat
Melayu tidak sesuai dengan sistem tanah di Barat.

Tiada Rekod Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan
catatan yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.

Rekod Bertulis Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.

Mudahkan Pentadbiran Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai
dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa
beli,penjualan dan pembelian.

Jadikan Cagaran Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.

Nilai Komersial tanah Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah
ladang,tanah peribumi dan tanah perlombongan.

Ketentuan Cukai Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau
diusahakan.

Permohonan Tanah Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan
sesuatu kawasan membuat permohonan di Pejabat Tanah.

Kebenaran Pejabat Tanah. Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat
Tanah untuk mengutip sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan.

Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu

Permohonan – Pejabat Tanah Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat
kebenaran pembesar Melayu sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.

POWERED BY : CS LEE
POWERED BY : CS LEE
Kuasa residen Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah
yang diberikan kepada para pemodal.

Kebenaran Pejabat Tanah Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat


Tanah untuk mengutip sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.

Sistem Wang Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.

Urusan dengan wang Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan
perkhidmatan dibayar dengan wang.

Melayu Pinjam Wang Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam
wang.

Melayu Jual Tanah. Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Undang-undang tanah yang diperkenalkan di Tanah Melayu ,Sabah dan Sarawak.

Akta Tanah Simpanan Melayu

Land Order

Land Settlement Order

Proklamasi Perlindungan Hak Peribumi

Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
Bijih timah Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping
dan Seremban.

Petroleum Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.

Perkembangan Pengangkutan Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala


Lumpur.

Pertanian Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.

Kedudukan Strategik Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan
strategiknya.

Ada Pelabuhan Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan
pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.

Pusat Pengumpulan hasil Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan
gambir dan lada hitam.

POWERED BY : CS LEE

Anda mungkin juga menyukai