Anda di halaman 1dari 4

PANITIA SEJARAH-SMKRPK

SEJARAH TINGKATAN 4

LATIHAN PENGUKUHAN BAB 1


Nama Murid : Kelas : Bahagian B [60 markah] Jawab tiga soalan sahaja. Markah :

1.

Sebelum terciptanya tulisan, manusia tamadun awal telah menggunakan pelbagai cara untuk menyimpan rekod. (a) Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu.
[ 8 Markah ] (b) Bandingkan sistem tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir Purba dengan tulisan ideogram bagi tamadun Hwang Ho. [ 12 Markah ]

2.

Tamadun Mesir Purba berkembang antara tahun 10000 S.M hingga 5000 S.M. (a) Jelaskan sistem pemerintahan tamadun Mesir Purba. [ 10 Markah ] (b) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. [ 10 Markah ]

3.

(a) Jelaskan perkembangan pengkhususan dari segi pekerjaan masyarakat tamadun Mesopotamia. [ 12 Markah ] (b) Terangkan sistem pemerintahan dan kedudukan raja dalam tamadun Mesopotamia. [ 8 Markah ]

4.

Tamadun Indus adalah tamadun yang terawal di India dan dikenali sebagai tamadun Harappa. (a) Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah tamadun ini terbentuk? [ 8 Markah ] (b) Huraikan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus. [ 12 Markah ]

1) (a)

Jelaskan kepentingan tulisan pada ketika itu.

- Merangsang kepada perkembangan pendidikan - Merekodkan semua urusan pentadbiran

Menyertakan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perniagaan Kelahiran tradisi kesusasteraan Merakam sejarah kegemilangan dan keagungan sebuah tamadun Sumber sejarah yang amat berharga Penilikan nasib seperti tulisan ideogram Menulis titah perintah raja dan undang-undang Asas kepada perkembangan ilmu pengetahuan [8 markah ]

(b)

Bandingkan sistem tulisan hieroglif dalam tamadun Mesir Purba dengan tulisan ideogram bagi tamadun Hwang Ho. Hieroglif berasaskan kombinasi gambar dan simbol berdasarkan bunyi Merekodkan segala aktiviti pertanian, percukaian Tujuan keagamaan, amalan-amalan ritual dan kepercayaan Ideogram kemunculan tulisan ini berdasarkan penilikan tulang oracle berbentuk simbol tulisan asalnya mempunyai gambar seperti kanak-kanak/matahari/sungai berubah menjadi bentuk kompleks pada hari ini berfungsi untuk penilikan nasib berdasarkan rekahan-rekahan yang terdapat pada tulang oracle [12 markah ]

2) Tamadun Mesir

Purba berkembang antara tahun 10000 S.M hingga 5000 S.M

(a)

Jelaskan sistem pemerintahan Tamadun Mesir Purba. Sistem pemerintahan Mesir Purba diterajui oleh raja iatu Firaun Dibantu oleh golongan bangsawan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan, mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan dalam negara Golongan bangsawan merupakan pembesar yang terdiri daripada pegawai, penasihat dan juga gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki Para rahib dipertanggungjawabkan mentadbir hal keagamaan Urusan pentadbiran turut dibantu oleh jurutulis yang terdiri daripada orang awam yang telah dilantik untuk menulis segala rekod kerajaan

Tamadun Mesir Purba juga telah mengiktiraf wanita sebagai pemimpin Pada Zaman Empayar, seorang wanita telah dilantik menjadi Firaun iaitu Firaun Hatshepsut Era pemerintahannya penuh dengan pembaharuan seperti pembinaan terusan dan penukaran padang pasir kepada tanah pertanian yang subur Ini menunjukkan wanita mampu memerintah dan memiliki status yang tinggi ( 10 markah ) (b) Terangkan sumbangan tamadun Mesir Purba dalam bidang sains dan teknologi. Seni bina piramid yang bermula daripada ilmu Imhotep seorang saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat penting kepada Firaun Djoser Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata Mencipta kertas daripada pokok papyrus Rekod yang tertulis dan terpahat dalam sistem tulisan hieroglif Kemajuan ilmu perubatan telah melahirkan pengamal perubatan Mencipta ubat bagi proses memumiakan mayat Tahap keilmuan dan kemahiran yang tinggi dalam bidang fizik, kimia, perubatan dan pembedahan Perkembangan ilmu matematik seperti algebra, geometri dan astronomi digunakan untuk mengawal banjir Sungai Nil Mencipta sistem pengairan yang telah menukarkan padang pasir kepada tanah pertanian yang subur Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari berdasarkan 12 bulan dalam setahun ( 10 markah ) (a) 3) Pengkhususan pekerjaan masyarakat tamadun Mesopotamia wujudnya lebihan hasil pertanian. meninggalkan pekerjaan sebagai petani menjadi peniaga,pedagang dan artisan perdagangan dikendalikan dengan wilayah di sekitar Mesopotamia dan dengan kawasan Lembah Indus. perdagangan amat penting bagi Mesopotamia lembah ini tidak menghasilkan banyak bahan mentah barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk ditukar dengan hasil pertanian yang dikeluarkan oleh lembah ini. terdapat pengusaha atau pembuat tekstil, barang tembikar dan alat keperluanharian menjadi tukang rumah kerana pertambahan penduduk. terdapat sebilangan anggota masyarakat yang menjadi tentera. (mak 10m) (b) Kedudukan raja dalam pemerintahan tamadun Mesopotamia -

sistem pemerintahan beraja berbentuk teokrasi. raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan atau pemilik tanah. Masyarakat Mesopotamia tidak menyembah raja mereka sebagai tuhan kecuali pemerintah raja Naramsin. Raja Empat Penjuru Alam Raja menjadi ketua pentadbir Raja menjadi ketua tentera Raja menjadi ketua pendeta. ahli keluarga diraja memegang jawatan di zigurat serta tentukan bentuk pentadbiran. amat berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perniagaan Dibantu para pegawai yang terdiri dari golongan bangsawan dan mempunyai ikatan keluarga diraja. (10m)
4) (a)

Berdasarkan penyataan di atas, bagaimanakah tamadun ini terbentuk?

Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus Kesuburan tanah sumber air membentuk masyarakat pertanian yang bercucuk tanam menternak binatang Berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekeliling membawa kepada pertambahan jumlah penduduk Penempatan kekal membentuk satu sistem perancangan bandar yang teratur [Mak. 8 markah ] Huraikan keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa dalam tamadun Indus.

(b)

Bandar terbahagi kepada dua bahagian bahagian utama merupakan pusat keagamaan dan pentadbiran, tempat mandi awam digunakan untuk upacara ritual tempat penyimpanan hasil pertanian Bahagian kedua bandar ialah kawasan perumahan Dikelilingi oleh tembok-tembok Bandar disusun atur dengan begitu rapi berasaskan blok-blok berbentuk segi empat Sistem kumbahan yang terancang Bandar dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan Menggunakan batu-bata daripada tanah liat yang melalui proses pembakaran dengan suhu yang tinggi untuk membina rumah Pengetahuan mendalam dari aspek geometri, matematik kesenian Mak. 12 markah ]

Anda mungkin juga menyukai