Anda di halaman 1dari 6

Konsep Tamadun

Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan: Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan civilisation pula berasal dari Greek civitas bermakna bandar.

i)

Kamus Dewan (1989), menjelaskan tamadun sebagai keadaan masyarakat manusia yang dicirikan oleh atau didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan serta perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain) yang tinggi peradabannya.

ii)

Maksud tamadun dari sudut Barat: Tamadun pembangunan lahirah seperti dalam aspek kebudayaan penulisan undang-undang, kesenian dan perbandaran. Pencapaian lahiriah ialah penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Pembangunan lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja

iii)

Maksud tamadun dari sudut Islam: Meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibn Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun.

iv)

Mengikut sarjana Islam: a) Abu Bakar Hamzah (1972)- Tamadun adalah suatu yang lahir dan berkembang bersama kehidupan manusia sama ada berupa skala-abstrak, mahupun berupa skala-material. b) Mahmood Taib an-Najmi (1971)- Tamadun merupakan peraturan masyarakat yang dapat membantu manusia untuk menambahkan hasil pengeluaran sama ada dari segi pe-mikiran atau kebendaan. c) Ibnu Khaldun (1967)- Tamadun atau peradaban sebagai pencapaian manusia yang melebihi keperluan asasi kehidupan sehingga dapat membuka jalan ke arah pemikiran dan penghasilan daya cipta yang lebih halus dan mempunyai nilai-nilai seni.

v)

Mengikut sarjana Barat: a) Will Deorand- Tamadun sebagai satu sistem sosial yang menolong manusia bagi mem-pertinggikan kedudukan kebudayaan. b) Deorand- Tamadun.ialah sesuatu kemajuan atau ciptaan baru yang dilahirkan oleh sesuatu umat untuk menjadikan hidup mereka lebih tenteram dan lebih senang. c) Redfield- Tamadun ialah satu cara hidup yang dapat diberikan kriteria tertentu. d) Arnold Toynbee- Tamadun sebagai sejenis kebudayaan yang berkembang di dalam kota. Tamadun juga merupakan satu gugusan pemikiran dari berbagai-bagai manifestasi, orientasi yang berterusan, satu gaya kebudayaan yang bertanggungjawab membentuk institusi politik kesusasteraan, agama dan moral. e) A.S. Hornby dan E.C. Parnwell- Tamadun bererti meningkatkan pencapaian hidup manusia daripada kemunduran kepada kemajuan dalam bidang ilmu, sains, teknologi, politik, moral dan sebagainya.

Ciri-ciri Tamadun
i)

Urbanisasi Manusia hidup tetap di sesuatu tempat setelah menguasai cara bercucuk tanam dan menternak. Mereka menetap di lembah-lembah sungai kerana tanah subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan. Perkampungan-perkampungan ini lama-kelamaan akan membentuk bandarbandar kerajaan atau negara kota. Contoh : Harappa dan Mohenjo-Daro. Ciri-ciri: o Kedua-dua bandaraya terbahagi kepada petak-petak perumahan berdasarkan corak checker-board. o Rumah-rumah dibina dengan batu-bata dan terletak di kedua-dua belah jalan raya. o kubu-kubu telah dibina untuk melindungi bandar-bandar ini daripada serangan musuh.

ii)

Sistem Pemerintahan Dibentuk untuk menjalankan pentadbiran akibat pertumbuhan masyarakat yang besar. Pemimpin atau raja sering menggunakan unsur magis atau mendakwa mereka sebagai wakil Tuhan untuk mendapat pengiktirafan sebagai ketua pemerintah. Undang-undang telah digubal untuk menjamin keselamatan nyawa dan harta benda. Contoh : Kod Hammurabi yang diamalkan di Tamadun Sumeria telah merangkumi 280 undang-undang atau hukuman yang meliputi semua aspek kehidupan.

iii)

Organisasi Sosial Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan. Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur. Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas, diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir. Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan. Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing. Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja-kerja yang berat. Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda. Contohnya, kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat Tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi. Kemajuan Sains dan Teknologi

iv)

Perkembangan sains dan teknologi telah tercapai dalam bidang pertanian, perdagangan dan pengangkutan. Dalam bidang pertanian, terusan dibina untuk mengairi sawah. Roda dicipta untuk memudahkan sistem pengangkutan, digunakan sebagai pedati, kincir air dan peroda untuk membuat tembikar. Penemuan-penemuan baru ini telah berlaku dalam beberapa bidang sains seperti astronomi, matematik dan perubatan. Wujudnya penciptaan layar kapal, kalendar, alat menyukat dan penimbang pada zaman ini juga. Sebagai contoh, rakyat Mesir membina piramid dan orang Mesopotamia membina Ziggurat.

v)

Kepercayaan dan Agama

Menyembah banyak Tuhan :

Dalam tamadun awal manusia agama yang diamalkan adalah bersifat politeisme iaitu agama yang menyembah banyak tuhan dan dewa-dewi. Misalnya orang Sumeria, Mesir dan Indus menyembah banyak tuhan. Manusia pada zaman tamadun awal percaya dewa-dewi ini boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan. Tuhan utama bagi orang Sumeria ialah Anu iaitu dewa langit, bagi orang Mesir pula tuhan yang paling penting Amon Re iaitu tuhan matahari dan Osiris iaitu tuhan sungai Nil. Manakala dewa-dewi yang disembah oleh orang Indus ialah dewa bermuka tiga. Bagi orang Aryan mereka menyembah tuhan matahari (Mitra), langit (Dyaus) dan api (Agni). Tuhan yang paling popular ialah tuhan Indra.

Menyembah Dewa -dewi :

Dalam masyarakat Sumeria, mereka percaya setiap kota mempunyai dewa penaung (patron deity). Orang-orang Sumeria menyembah dewa ini yang dipercayaai dapat melindungi kota-kota mereka. Bagi orang-orang Mesir, mereka mempercayaai seluruh alam dikuasai oleh dewa-dewai yang akan menentukan hidup matinya sesuatu kehidupan. Mereka memuja banyak semangat roh binatang seperti kucing dan tanaman.

Upacara Pemujaan dan Pengorbanan :

Masyarakat tamadun awal sering menjalankan upacara agama seperi pemujaan dan pengorbanan supaya mereka tidak ditimpa malapetaka. Bagi orang Sumeria upacara pemujaan dan pengorbanan dilakukan dalam kuil kuil berbentu menara yang dipanggil Ziggurat. Dalam masyarakat Indus mereka juga menjalankan upacara pengorbanan terutamanya binatang. Tetapi mereka tidak mengorbankan lembu kerana dianggap sebagai binatang suci. Masyarakat Shang percaya bagi mengelakkan malapetaka, orang Shang perlu menjalankan upacara pengorbanan untuk tuhan-tuhan mereka.

Menyembah Banyak Objek dan Unsur Alam Semesta :

Bagi masyarakat Shang mengamalkan agama menyembah banyak objek dan unsur alam semesta seperti bumi, sungai, angin, binatang dan sebagainya. Mereka percaya tuhan yang paling berkuasa adalah tuhan Tien iaitu tuhan langit. Mereka percaya tuhan-tuhan ini boleh menguasai kehidupan manusia dan boleh menyebabkan malapetaka seperti kemarau, banjir dan wabak penyakit. Bagi mengelakkan malapetaka belaku orang Shang menjalankan upacara pengorbanan supaya tuhan-tuhan mereka tidak marah.

Kepercayaan Kehidupan Selepas Mati :

Bagi orang-orang Sumeria mereka tidak mempercayai kehidupan selepas mati. Oleh itu mereka tidak menghasilkan mumia atau makam yang kompleks. Sebaliknya orang-orang Mesir, mereka mempercayaai kehidupan selepas mati. Justeru itu dikalangan pemerintah mereka akan membina piramid untuk menyimpan mumia sebagai tempat bersemadi roh-roh mereka. Selain itu banyak barangan seperti makanan, perabut, harta juga disemadikan bersama-sama mumia. Masyarakat Shang juga percaya kehidupan selepas kematian, mereka akan menanam raja-raja Shang ini bersama barang seperti harta, manusia seperti tawanan perang, petani bersama-sama raja yang telah mati dalam satu kawasan perkuburan.

Memuja Roh Nenek Moyang :

Orang-orang Shang memuja roh nenek moyang mereka kerana mereka percaya roh roh ini mempunyai pengaruh yang kuat ke atas keghidupan mereka. Mereka percaya dengan penggunaan tulang tulang nujum ( oracle bones ) untuk membuat ramalan terutamanya untuk mengetahui sesuatu perkara yang berkaitan dengan roh nenek moyang mereka.

vi)

Bahasa dan Tulisan Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, symbol atau berbentuk pepaku Tulisan digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara. Lambang bertulis merupakan alat yang melahirkan idea perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan. Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil. Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.

vii)

Budaya dan Kesenian

Seni Bina Dengan pembangunan masjid-masjid maka terciptalah seni bina khas Arab dengan unsur-unsurnya seperti pilar, busur, kubah, ukiran lebah bergantung dan menara yang menjulang tinggi. Oleh yang demikian, seni bina Islam boleh dibahagi kepada tiga cabang: Bangunan sipil yang menyatakan tentang bandar-bandar dan gedung-gedung khusus.

Bangunan agama yang wujud pada masjid-masjid dan tempat-tempat ibadat lainnya. Bangunan milter yang terjelma pada bentang dan menara pertahanan.

Seni Sastera Sebelum kedatangan Islam, orang Arab mengenali kesusasteraan dalam bentuk syair. Deklamasi dapat ditaksirkan sebagai bahan yang digunakan dari segi pengucapan di mana pada kebiasaannya berunsur karya sastera. Selain itu, terdapat banyak karya-karya syair telah dicipta pada zaman tamadun Islam. Hal ini demikian kerana masyarakat pada zaman itu sering menggunakan syair untuk meluahkan sesuatu perkara. Walau bagaimanapun, terdapat jurang perbezaan yang ketara di antara syair berbanding dengan ayat- ayat Al-Quran. Al-Quran yang diwahyukan Allah kepada Rasullah s.a.w.

Seni Bahasa Kebanyakan sastera dikarang atau disalin daripada bahasa asing, buku-buku novel, riwayat, nasihat, dan huraian sastera. Penghasilan drama juga telah mula menampakkan perkembangannya namun kurang sambutan kerana terdapat unsurunsur yang bercanggah dengan nilai etika Islam seperti penampilan wanita.

Anda mungkin juga menyukai