Anda di halaman 1dari 21

16-20 Feb 2014

BULETIN PROGRAM
Tu n
Un iv er sit i
Hu ss ei n
TRANSFORMASI
MINDA
On n Ma la ys ia

1/2014

Tanjung Bidara Beach Resort

Unit Pembangunan Modal Insan,


Pejabat Pendaftar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Phone: 07 - 453 7000
86400 Parit Raja, Batu Pahat, Fax: 07 - 453 6337
Johor E-mail: pp@uthm.edu.my

“Dengan Hikmah
Kita Meneroka”
Assalamualaikum WBt dan salam sejahtera…Bismillahirrahmannirrahim…
Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia dan izinNya dapatlah kita
menjayakan “Pogram Tranformasi Minda Bil 01/2014 di Tanjung Bidara Beach Resort,
Melaka pada kali ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih khususnya kepada barisan


Urusetia dari Unit Pembanggunan Modal Insan, Pejabat Pendaftar UTHM di atas usaha
yang tidak berbelah bahagi bagi menjayakan PTM 01/2014 pada kali ini. Ucapan terima
kasih juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang telah memberi komitmen dan
kerjasama sepenuhnya sepanjang kursus berjalan bagi menjayakan setiap aktiviti yang te-
lah di rancang.

Sepanjang 5 hari berkampung di Tanjung Bidara Beach Resort ini, pelbagai aktiviti
telah dijalankan di antaranya ceramah-ceramah, “Team Building”, Sukaneka dan riadah
yang secara tidak langsung mengeratkan lagi silaturahim antara peserta kursus, disamping
dapat menambahkan lagi pengetahuan mengenai Perkhidmatan Awam.

Dikesempatan ini juga, tahniah diucapkan kepada barisan Jawatankuasa Buletin


PTM 01/2014 kerana telah berjaya menerbitkan sebuah Buletin yang menarik sebagai
kenangan peserta kursus pada kali ini.

Akhir kata khasnya kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga PTM 01/2014 kali
ini akan menjadi satu platform untuk kita terus bersama memperkasakan Perkhidmatan
Awam Malaysia.

“ JADILAH KEGAGALAN SEBAGAI SATU KEJAYAAN”

Muhammad Azlan Bin Uji


Penghulu PTM 1/2014
UTHM, 16 Februari 2014 - Para peserta PTM
2014 berkumpul di hadapan pejabat pendaftar
pada jam 8.30 pagi. Peserta tiba di Tanjung
Bidara Beach Resort pada jam 1300 dan terus
memasuki dewan untuk mendengar taklimat
daripada pihak urusetia.

Selepas makan tengahari, peserta telah


diarahkan untuk membentuk kumpulan masing
-masing dengan cara undian. Setelah itu, pe-
serta di berikan tugasan kumpulan untuk
memilih Ketua, Pen. Ketua, Setiausaha, dan
Bendahari.

Setiap kumpulan juga ditugaskan untuk


memilih nama kumpulan dan menghasilkan
logo, motto, lagu, tagline, penganugerahan
dan hukuman yang kemudiannya dibentangkan
Pilihanraya dilaksanakan pada 16 Februari 2014 bagi memilih calon-calon bagi jawatan Pen-
ghulu, Penghuluwati, Setiausaha dan Bendahari bagi menerajui kepimpinan Program Transfor-
masi Minda di Tanjung Bidara Beach Resort ini. Berdasarkan undian yang telah dibuat, calon
yang terpilih adalah:

Penghulu : En Muhammad Azlan Bin Uji


Penghuluwati : Affah Binti Mohd Apandi
Setiausaha : Khairunesa Binti Isa
Bendahari : Ong Pauline
AJK Tertinggi 

Dari kiri : Nesa (setiausaha), Affah (penghuluwati), Azlan (penghulu) dan Ong (bendahari) 

AJK Persembahan 

Dari kiri  (belakang): Sarbani, So’od, Azri dan Zainor 
Dari kiri (depan) : Azura, Fatin, Azita, Nurun Najwa dan Siti Nazmilah 
AJK Tugas Khas 

Dari kiri : Azlan, Hairol, Ashraf dan Shahrul Niza 

AJK Penerbitan 

Dari kiri : Salehuddin, Siti Khajar,  Rohayu, Norasikin, Nurhayati dan Faezah 
AJK Pengacara Majlis 

Dari kiri : Azean, Nadia, Suhana dan Muneer 

AJK Sukaneka 

Dari kiri (belakang): Azahari, Hainil, Hisham dan Lukman 
Dari kiri (depan) : Audrey, Nabilah, Azwan, Affendi dan Hanis 
Tg.Bidara Beach Resort, 16 Februari 2014 — Aktiviti riadah yang pertama telah dijalankan pada
sebelah petang. Aktiviti yang dijalankan adalah “Si Buta” iaitu permainan dimana seorang peserta
ditutup mata dengan kain hitam dan dengan bantuan seorang peserta kumpulan yang digelar
‘cheerleader’ untuk member arahan bagi melancarkan permainan tersebut. Peserta yang lain pula
bertindak untuk menggangu cheerleader. Semua peserta bersemangat dalam memastikan ke-
menangan kumpulan masing-masing sehingga ada yang kehilangan suara pada esok hari.
Aktiviti riadah diadakan pada setiap hari,
pada sesi pagi dan petang, untuk
meningkatkan stamina dan semangat
kesukanan setiap peserta. Ia juga dapat
memupuk semangat kerjasama di antara
pasukan.
CERAMAH
Pelbagai ceramah yang bermanafaat telah disampaikan oleh pegawai-pegawai yang pakar
dalam bidang masing-masing. Antaranya:

Tajuk : Hala Tuju Negara


Penceramah : Dr. Hanafi Bin Haron dari Biro Tata Negara

Ceramah beliau memfokuskan tentang idea gagasan 1 Malaysia yang diilhamkan oleh perdana menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak. Sebagai penjawat awam, asas-asas utama dalam gagasan 1 Malaysia ialah menyubur perpaduan
dan membina negara maju.

Tajuk : Tatakelakuan dan Tatatertib dalam Perkhidmatan Awam


Penceramah : Pn Nafisah Binti Hamzah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Beliau menekankan kepentingan para penjawat awam untuk mengekalkan dan menjaga tatatertib yang baik untuk
menjaga nama dan integriti kerajaan Malaysia. Implikasi pelanggaran tatatertib juga dijelaskan terutamanya yang
terkandung didalam Akta Badan Berkanun ( Tatatertib dan Surcaj) 2000 yang juga dikenali sebagai Akta 605.
CERAMAH
Tajuk : Sistem Pentadbiran Negara
Penceramah : P.M. Dr Khairul Azman Dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Dengan moto ‘selagi negara ada, selagi itu saya akan mengajar kenegaraan’, beliau menyampaikan ceramah dengan
penuh dedikasi. Ceramah dilaksanakan secara perkongsian idea yang memfokuskan tentang sistem pelaksanaan
pentadbiran negara, konsep demokrasi, struktur pentadbiran persekutuan, negeri dan juga daerah.

Tajuk : Pengurusan Integriti Dan Keselamatan (Isu Keselamatan)


Penceramah : En. Abd Rahman Md Esa dari Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia

Penjawat awam perlu memiliki integriti yang tinggi dalam melindungi keselamatan rahsia kerajaan. Ianya
termasuklah keselamatan fizikal, keselamatan dokumen dan keselamatan peribadi.
ldk
Aktiviti sukaneka dilaksanakan pada petang Selasa 18 Feb-
ruari 2014 jam 5.30 petang.

Aktiviti yang dijalan kan adalah, pemain perlu:


1. Membaling 3 biji bola tenis ke dalam baldi
2. Membawa kertas di atas sudu tanpa memegang kertas
tersebut.
3. Sampai di tiang, tiup belon hingga pecah
4. Koyakkan kertas a4 untuk masukkan 3 orang pemain
sekali gus dan bergerak ke garisan permulaan tanpa me-
mutuskan kertas tersebut.
5. Kumpulan yang pertama tiba dikira pemenang.
Rabu 19 Februari 2014— Bertempat di perkarangan Kolam Renang
Tanjung Bidara Beach Resort telah berlangsungnya Malam Persem-
bahan Bagi PTM siri 1/2014. Majlis ini telah di anjurkan oleh AJK
Persembahan. Tema persembahan pada malam tersebut adalah
Drama Muzikal di mana peserta perlu membuat lakonan sambil
menyanyi.

Pada malam tersebut juga, telah diadakan Majlis Penyampaian


Hadiah bagi pemenang Sukaneka dan cenderahati kepada semua
peserta.Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada Pen-
daftar UTHM iaitu Tuan Haji Sulam Bin Hamid, satu majlis khas juga
telah diadakan. Malam persembahan ini telah menjadi kenangan
yang manis untuk semua peserta dan menjadi medan untuk mera-
patkan silaturahim sesama staf UTHM.

Persembahan yang diadili oleh tetamu VIP telah dijuarai oleh kum-
pulan TRANSFORMER. Manakala naib juara ialah kumpulan
TEROVER, dan ditempat ketiga ialah kumpulan EAGLE. Kumpulan
KRU dan BOLTZ sekadar berpuas hati ditempat ke-empat dan ke-
lima. Apa yang penting, semua enjoy!
TEROVER

Dari kiri hadapan : Norasikin, Azita, Najwa, Najah.


Dari kiri belakang : Sabani, Hainil, Hisham, Ashraf.
K.R.U.

Dari kiri hadapan : Suhana, Nurhayati, Fatin, Azean.


Dari kiri belakang : Rizzuan, Shahrul, Razi, Hairunnizam.
EAGLE

Dari kiri hadapan : Fendi, Mohd Azlan, Muhammad Azlan.


Dari kiri belakang : Nabilah, Khajar, Khairunnesa, Audrey
BOLTZ

Dari kiri hadapan : Lukman, Azri, Muneer, Zainorizuan


Dari kiri belakang : Faezah, Affah, Ong, Hanis
TRANSFORMER

Dari kiri hadapan : Azahari, Sallehuddin, Hairol, Azwan


Dari kiri belakang : Siti Nazmilah, Rohayu, Nadia, Azura

Anda mungkin juga menyukai