Anda di halaman 1dari 5

KRISIS POLITIK THAILAND DAN PENGAJARAN TERHADAP MALAYSIA

oleh Hisyam Hj Basabah, 19/12/2013

Politik adalah sebuah isu yang kerap kali mencuri perhatian sebahagian besar manusia
dan masyarakat kerana politik adalah sebahagian mobilisasi masyarakat yang
bertamadun.Adanya politik itu kerana didorong oleh struktur masyarakat yang mempunyai
kepentingan hidup berorganiasi. Oleh kerana itu ia menjadi subjek yang sangat penting dan
mempengaruhi apa jua perkara yang berlaku di dalam sesebuah negara lebih-lebih lagi dalam
struktur antarabangsa yang mana negara menjadi aktor terpenting dalam sistem antarabangsa.
Hal ini kerana politik mampu mempengaruhi ekonomi sesebuah negara seperti jatuh bangunnya
pendapatan negara, naik turunnya harga barangan dalam pasaran, kedaulatan undang-undang
serta mampu mewujudkan polisi-polisi yang berkaitan susun atur kehidupan bermasyarakat dan
bernegara.Seperti mana yang dijelaskan oleh Dr Syed Husin Ali, politik berkenaan kuasa, yang
mana sejarah telah menyaksikan kuasa dicapai melalui pengundian mahupun
pemberontakan1.Melalui penyelidikan, masyarakat di rantau Asia Tenggara mempunyai
beberapa pengalaman berkaitan isu rampasan kuasa ini.Justeru tidak hairan jika sesebuah negara
itu khususnya di rantau Asia Tenggara ini kerap kali mengalami krisis politik domestik kerana ia
berpunca daripada segelintir ataupun majoriti rakyat yang merasakan kehidupan mereka ditekan
oleh sistem pemerintahan sedia ada ataupun mahukan taraf kehidupan yang lebih
baiksepertimana yang pernah berlaku di Indonesia, Filipina, Kemboja dan juga Thailand.

Sekiranya ketidakpuasan hati rakyat tidak diperhalusi oleh kerajaan memerintah maka
akan terbitlah pemberontakkan yang mampu mengancam kestabilan negara melalui rampasan
kuasa yang membawa kejatuhan rejim yang memerintah.Pergolakkan politik yang melanda
negara jiran, Thailand sedikit sebanyak memberikan bahang kepada politik Malaysia kerana
faktor-faktor serantau yang saling mempengaruhi. Melalui penulisan ini, penulis ingin melihat
adakah terdapatnya pengaruh daripada krisis politik Thailand yang mampu mempengaruhi iklim
politik Malaysia berdasarkan beberapa fakta kes terdahulu serta pengajaran yang boleh diambil
oleh Malaysia agar konflik yang terjadi di Thailand tidak berlaku di negara kita..

1
Dr Syed Husin Ali, 2008, Ethnic Relations In Malaysia:Harmony and Conflicts, SIRD Publications,Petaling Jaya,hal
120.

1
Seperti mana yang kita sedia maklum, Thailand juga mengamalkan konsep pemerintahan
yang tidak jauh berbeza dengan sistem pemerintahan Malaysia iaitu raja berpelembagaan yang
mana ketua negara bagi Thailand ialah Raja Bhumibol Adulyadev dan ketua negara bagi
Malaysia ialah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Manakala ketua kerajaan bagi
kedua buah negara adalah Perdana Menteri.Semenjak tujuh tahun kebelakangan ini lebih-lebih
lagi selepas era Thaksin Shinawatra, politik Thailand mengalami ketidakstabilan yang
berpanjangan sehingga menyaksikan lima orang Perdana Menteri dan dua pemangku Perdana
Menteri silih berganti mentadbir Negara Gajah Putih itu. Ia adalah rentetan daripada gerakan
rakyat yang menyebabkan regim Thaksin dan partinya Thai Rak Thai digulingkan melalui kudeta
tentera yang diketuai oleh Jeneral SonthiBoonyaratglin, Panglima Tentera DiRaja Thailand pada
tahun 2006.Penggulingan regim Thaksin berpunca daripada ketidakpuasan hati rakyat akibat
pemerintahan korup dan penyelewengan Thaksin dan parti Thai Rak Thai ditambah dengan
polisi zalim terhadap masyarakat Islam di Selatan Thai. Oleh itu, kesempatan bagi melakukan
rampasan kuasa dilakukan ketika Thaksin menghadiri Persidangan Agung PBB di Amerika
Syarikat yang mengakibatkan Thaksin terus hidup dalam buangan kerana menghadapi pelbagai
pertuduhan berhubung penyelewengannya ketika berkuasa sebagai Perdana Menteri.Sekiranya
beliau pulang ke Thailand, maka Thaksin akan dibicarakan seperti mana yang terjadi terhadap
Suharto.

Penggulingan regim Thaksin juga menyaksikan pertembungan antara puak baju merah
yang menyokong Thaksin dan juga puak baju kuning yang pro pembangkang dan di sinilah
terbitnya konflik politik yang berpanjangan di Thailand.Politik Thailand agak reda seketika
ketika pentadbiran Abhisit Vejajiva dari parti Demokrat selama dua tahun sebelum pilihanraya
Thailand yang menyaksikan kemenangan Yingluck Shinawatra dan partinya Puea
Thai.Pemerhati politik berpendapat kemenangan ini mengembalikan pengaruh Thaksin ke dalam
arena politik Thailand kerana adiknya Yingluck menerajui kerajaan dan Yingluck tidak lebih
sebagai proksi politik Thaksin semata untuk mengenepikan segala pertuduhan
terhadapnya.Melalui tentangan hebat rakyat yang anti Thaksin, Yingluck dilihat gagal
membersihkan pertuduhan salah laku abangnya sekaligus menafikan hasrat tersiratnya membawa
abangnya, Thaksin pulang ke Thailand.

2
Politik Thailand terus terusan bergolak hingga kini dengan pertempuran dan demonstrasi
antara puak baju merah yang mempertahankan kerajaan Puea Thai dan puak baju kuning di
bawah pimpinan Suthep Thaugsuban bekas Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan
Abhisit Vejajiva yang menuntut perletakkan jawatan Yingluck Shinawatra sebagai Perdana
Menteri secepat mungkin. Tekanan demi tekanan oleh pihak pembangkang menyebabkan
Yingluck mengisyhtiharkan pilihanraya akan dijalankan pada Februari 2014. Dalam masa yang
sama, pencabar utama Yingluck, Abhisit Vejajiva kembali ke arus perdana politik Thailand
apabila memenangi jawatan Pengerusi Parti Demokrat dan bersedia merebut kerusi Perdana
Menteri Thailand semula. Persoalannya kini, adakah pihak pembangkang Thailand mahu
mengambil bahagian dalam pilihanraya ataupun memboikot pilihanraya terebut kerana
ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihanraya Thailand selain tidak bersetuju Yingluck menjadi
pemangku Perdana Menteri sehingga tertubuhnya kerajaan baru di Thailand?

Menurut pandangan penulis, pihak pembangkang khususnya parti Demokrat seharusnya


mengambil bahagian dalam pilihanraya Thailand yang bakal diadakan kerana sekiranya tidak, ia
melambangkan pihak pembangkang tidak bekerjasama dalam menyuburkan demokrasi di
Thailand. Selain itu, ketidakterlibatan pihak pembangkang akan meneruskan lagi krisis politik
Thailand dan ia akan menjerumuskan Thailand ke kancah perang saudara pertama dalam sejarah
negara itu sekiranya tidak dibendung dan ditangani secara berhemah oleh kedua belah pihak.
Natijahnya sudah tentu kerugian yang tidak dapat digambarkan terhadap Thailand dan
kemungkinan besar juga kedaulatan negara tersebut tergugat dengan campur tangan
asing.Sebagai negara jiran, sudah tentu Malaysia tidak senang duduk dengan perkembangan
krisis yang sedang berlaku di Thailand, ditambah dengan iklim politik negara yang dalam bibit-
bibit berlakunya ketidaktentuan.Penulisan penulis ini bukannya mahu menimbulkan sebarang
keraguan berkenaan kestabilan politik di negara kita, tetapi seharusnya kita peka dengan keadaan
negara tetangga tentang kemungkinan menjalarnya gerakan-gerakan sebegitu di negara kita.
Penulis mengambil kira setelah melihat perkembangan yang berlaku di negara-negara Arab
kerana ia seperti berlakunya “Teori Domino” kejatuhan kerajaan-kerajaan di sesetengah negara
Arab. Dimulai kejatuhan kerajaan di Tunisia, kemudian merebak kenegara tetangga seperti Libya
dan Mesir. Maka dengan perkembangan yang berlaku di negara-negara Arab itu, penulis tidak
mahu ia berlaku di rantau Asia Tenggara yang sekian lama mepunyai kestabilan politik serantau
yang kukuh .

3
Penulis melihat perkembangan yang berlaku di Thailand ini mampu menjalar ke negara
tetangga melalui pemikiran dan ideologi gerakan. Ini kerana, sebagai negara serantau, secara
tidak langsung sesebuah gerakan itu akan saling mempengaruhi dan bersifat transnasional
sebagai contoh gerakan pelajar di Malaysia 1974 yang terpengaruh dengan gerakan pelajar dari
Indonesia dan juga penggulingan Suharto di Indonesia dari tampuk kuasa mempengaruhi
gerakan reformasi di negara kita pada tahun 1998. Sekalipun pengaruh seperti ini tidak banyak
tetapi barang diingat, dunia hari ini bukan lagi seperti tahun 1990-an atau 1970-an yang mana
pada ketika itu akses dunia siber tidak secanggih sekarang. Segala apa sahaja maklumat atau
peristiwa yang berlaku di luar negara akan dapat dicapai dalam masa kurang 1 saat, dan
bersandarkan perkara ini, penulis berpandangan bahawa gerakan-gerakan di negara jiran mampu
disebarkan kalaupun tidak melalui fizikal, ia boleh disebarkan melalui pemikiran, ideologi dan
dakyah melalui medium siber.

Justeru, krisis politik di Thailand sememangnya menjadi tanggungjawab rakyat dan


pemerintah di negara tesebut dalam mencari jalan penyelesaian tanpa dicampuri urusannya oleh
negara-negara luar termasuklah negara jiran seperti Malaysia, tetapi sebagai negara jiran dan
juga negara anggota dalam pertubuhan kerjasama ASEAN, Malaysia seharusnya lebih peka dan
berhati-hati agar konflik politik yang sedang melanda Thailand tidak menular ke negara kita.
Suka penulis ingatkan bahawa kerajaan Malaysia khususnya agar mengambil pengajaran dan
tindakan yang sewajarnya daripada krisis politik Thailand ini dan menghindari tindakan-tindakan
yang boleh menimbulkan penentangan rakyat terhadap kerajaan sepertimana yang terjadi
terhadap regim Thaksin Shinawatra bersama partinya Thai Rak Thai sehinggakan sebilangan
rakyat Thailand mahu sama sekali meluputkan segala cengkaman kuasa dan pengaruh Thaksin
dalam politik Thailand. Mereka seolah-olah trauma dengan nama “Shinawatra” sehinggakan
kerajaan pimpinan Yingluck diberikan tekanan yang sangat hebat. Kerajaan Malaysia harus
menganalisis apakah dasar-dasar yang membuatkan tentangan rakyat yang diwakili oleh puak
baju kuning di Thailand begitu kuat menentang kerajaan pemerintah dan bagaimana mekanisma
penyelesaian yang boleh diambil sekiranya kemungkinan penentangan sebegitu menular ke
negara kita.Kerajaan juga seharusnya mengambil pendekatan berbeza dan lebih bijaksana
sekiranya terdapat dasar-dasar atau tindakan-tindakan yang seakan mampu mencetuskan
gelombang penentangan rakyat seperti mana yang berlaku di Thailand.Penulis berharap melalui
penulisan ini dapat kita bersama-sama mengambil iktibar tentang krisis yang sedang berlaku di

4
negara jiran itu semoganya Malaysia terus aman dan makmur tanpa adanya perkara-perkara yang
boleh mengganggu gugat kesejahteraan, keharmonian dan juga kestabilan negara tercinta ini.

Anda mungkin juga menyukai